Pelaburan / Simpanan Emas Semakin Diminati

Kejatuhan harga emas mendadak pada 15 April yang lalu telah menyebabkan ramai orang berpusu-pusu membeli emas. Tak kurang juga yang memborong emas sebanyak yang boleh. Siapa yang tak nak rebut peluang yang ada depan mata untuk mendapatkan emas dengan harga yang rendah, kan?. Kerana, semua orang pun tahu, emas mahal harganya.

Lihat saja graf emas diatas, dalam tempoh setahun ni. Kita boleh nampak, emas menunjukkan trend menurun!. Ya, harga emas sedang rendah sekarang ni. Sudah semestinya peminat-peminat emas merebut peluang yang ada untuk menambah koleksi emas masing-masing.

Kelebihan emas kerana ianya kalis inflasi berbanding wang kertas yang semakin lama semakin rendah nilainya. Manakala emas pula semakin meningkat harganya. Harga emas memang ada turun naiknya. Tetapi untuk jangka masa panjang, emas menunjukkan trend menaik.

Cuma sekarang ini, pada tahun 2013 ini, harga emas dalam trend menurun. Tapi, tidak mustahil harga emas boleh naik semula. Ramai orang suka menyimpan wang di dalam bank. Sedangkan wang hari demi hari semakin menyusut nilainya.

Sekarang ni, dah ramai yang mula sedar tentang kepentingan menyimpan emas dan emas fizikal menjadi pilihan! macamcool.my..

Jurujual Dipenjara, Denda Curi Rantai & Loket Guru

KUALA TERENGGANU – Seorang jurujual bukan sahaja tidak sempat merasa ‘habuan’ hasil mencuri seutas rantai dan loket emas milik seorang guru muzik, malah dia juga terpaksa meringkuk dalam penjara selama tiga bulan dan dikenakan denda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam.

Tidak cukup dengan itu, Muhammad Azwan Zolkifli, 20, dari Puchong, Selangor, turut diperintahkan agar dikenakan tiga bulan penjara tambahan jika gagal menjelaskan denda.

Keputusan itu dibuat Majistret Abdul Hayyi Salim selepas dia mengaku bersalah mencuri seutas rantai leher berserta loket emas milik Hartini Othman, di dalam makmal komputer Sekolah Kebangsaan Mengabang Telipot, di sini, kira-kira jam 11.50 pagi, 2 April lalu.

Muhammad Azwan mengaku bersalah di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Sebelum kejadian, mangsa keluar minum pagi dan meletakkan beg tangan di atas meja di dalam bilik makmal komputer di tingkat dua bangunan sekolah itu.

Bagaimanapun, lima minit kemudian, mangsa kembali semula sebelum mendapati zip beg tangannya telah terbuka dan selepas membuat pemeriksaan, dia dapati rantai leher berserta loket telah hilang.

Hasil siasatan, Muhammad Azwan yang berjaya ditangkap sebelum sempat melarikan diri itu menyorokkan barang kemas berkenaan di rak buku bersebelahan dengan pejabat sekolah.

Sebelum ini, Sinar Harian menyiarkan hasrat seorang jurujual melarikan seutas rantai dan loket bernilai RM6,000 milik seorang guru muzik tidak kesampaian apabila dia dicekup sejurus perbuatannya terbongkar, dalam kejadian di sebuah sekolah rendah di sini.

Suspek, berusia 20 tahun dipercayai telah datang ke sekolah berkenaan kononnya untuk menjual naskhah Al-Quran digital kepada guru sekolah. -Sinarharian

12 Maut Terowong Lombong Emas Terbesar Runtuh

TIMIKA – Seramai 12 pekerja disahkan mati selepas terowong sebuah lombong di timur Indonesia runtuh dengan 16 yang lain masih hilang, kata pihak pengurusan lombong dari Amerika Syarikat yang memiliki lombong berkenaan.

Perkembangan tersebut disahkan selepas lima hari kemalangan itu berlaku.

Pasukan penyelamat kelmarin mengeluarkan satu lagi mayat dan menemui enam mayat pekerja lombong tersebut tetapi masih belum dapat mengeluarkan mangsa.

Firma Freeport-McMoRan cawangan Indonesia menyatakan, 10 pekerja diselamatkan hidup-hidup susulan nahas itu pada Selasa lepas.

Lombong Grasberg itu yang terletak di pergunungan wilayah Papua merupakan antara lombong emas dan kuprum terbesar di dunia.

Terowong runtuh itu merupakan sebahagian daripada fasiliti latihan bawah tanah dan bukan kawasan perlombongan sebenar. – AFP

Cyprus Tidak Akan Jual Rizab Emas

Cyprus tidak akan menjual rizab emasnya sekiranya ia berjaya mencari alternatif lain untuk melunaskan hutangnya yang berjumlah 10 bilion Euro.

Menurut Menteri Kewangan Cyprus, ini termasuk mendapatkan sumber pinjaman dari negara zon Euro lain dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) untuk tempoh empat tahun akan datang.

Harris Georgiades bagaimanapun berkata Cyprus mungkin perlu menjual rizab minyak aslinya untuk mengumpul dana dengan cepat.

Beliau bagaimanapun berkata perancangan rapi perlu dilakukan bagi memastikan sumber tenaga negara itu diuruskan dengan baik ketika krisis.

Harga Emas Semasa Turun – May 2013

Harga Emas Semasa turun lagi pada 17 may 2013 jumaat malam. mencecah USD1360/oz.

Penurunan harga emas mentah ini akan menjadi kan harga di kedai emas fizikal juga turun agak drastik juga.

Macam hari ni emas 999 30gram boleh didapati pada harga rm149/gram siap semua , manakala harga emas 916 boleh didapati pada harga rm145/gram .

Sangat jauh berbeza dengan harga-harga sebelum ini .

Ada sesetengah kedai emas akan jual pada harga spot iaitu rm136/gram harini. tetapi mereka akan markup pula pada upah tukang. menjadikan harga emasnya akan lebih tinggi apabila ia pindah milik kepada customer.

Namun begitu banyak kedai-kedai emas yang jual pada harga spot dengan sedikit upah kebanyakannya kehabisan stok.

Ini adalah fenomena biasa anda akan lihat di kedai-kedai emas pada ketika ini.

Orang ramai berpusu-pusu ke kedai emas terdekat untuk melihat design terkini yang menambat hati lebih-lebih lagi dengan harga emas semasa yang sangat rendah ketika ini.

Emas bukan lagi untuk orang kaya tetapi untuk mereka yang sedar akan kepentingannya dan ketahanannya dalam menyimpan nilai duit kertas anda.

Ya betul, sekarang harga emas terkini turun begitu mendadak, tetapi ia tidak turun selalu… turun sikit tapi naiknya banyak kali.

Anda masih memilih meyimpan duit kertas ??? fikir-fikirkan.

Skim: Pengarah dan Bekas Pengarah Genneva Dibebas

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam melepas serta membebaskan tiga pengarah dan seorang bekas pengarah sebuah syarikat pelaburan jongkong emas daripada 224 pertuduhan pengubahan wang haram dan lima pertuduhan menerima deposit tanpa lesen membabitkan urus niaga melebihi RM100 juta.

Hakim Datuk Rozana Ali Yusuff membuat keputusan itu selepas mendapati pembelaan Ng Poh Weng, 63, Marcus Yee Yuen Seng, 61, Chin Wai Leong, 37, dan Liew Chee Wah, 59, berjaya menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan.

Ng, Yee dan Chin diwakili peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla dan K.Selva Kumaran manakala Liew oleh Keppy Wong.

Timbalan Pendakwa Raya Mardziatun Nisa Ahamadul Kabir kemudian memaklumkan mahkamah pendakwaan akan mengemukakan rayuan berhubung keputusan itu.

Beliau juga memohon pelaksanaan keputusan berhubung emas dan wang syarikat Genneva Sdn Bhd (GSB) yang sebelum ini dibekukan, ditangguhkan sementara menunggu rayuan.

Mahkamah akan mendengar permohonan itu esok.

Dalam penghakimannya, Rozana memutuskan syarikat itu tidak menjalankan sebarang aktiviti atau urus niaga yang tergolong dalam kategori pengambilan deposit secara haram.

Beliau berkata keterangan pembelaan dan bukti yang dikemuka menunjukkan GSB menjalankan perniagaan jual beli emas secara fizikal serta perniagaannya wujud dan bukan rekaan semata-mata.

Katanya, pendakwaan cuba membuktikan konsep jaminan beli semula atau ‘buy-back guarantee’ (BBG) sebagai mekanisme penerimaan deposit kerana menjanjikan pemulangan dan keuntungan pelaburan yang banyak.

Bagaimanapun, Rozana berkata mahkamah berpendapat diskaun atau rebet dan BBG serta konsep lantikan ejen merupakan satu bentuk promosi dan strategi perniagaan bagi menarik pelanggan untuk membeli dan menanam keyakinan ke atas emas yang dijualnya.

Beliau berkata GSB, melalui BBG, memberi pilihan kepada pelanggan sama ada menjual semula emas kepada syarikat itu, menjualnya kepada yang lain, menyimpan sendiri atau membenarkan GSB menyimpan bagi pihak mereka.

“Bukti keterangan ini menampakkan corak perniagaan GSB menjalankan aktiviti perniagaan jual beli emas sepertimana yang dibenarkan oleh Bank Negara Malaysia.

“Mahkamah tidak seharusnya menilai sama ada BBG merupakan strategi perniagaan yang salah, mengandaikan kerugian yang akan dialami oleh pembeli ataupun menetapkan bila masa sesuai untuk jual beli kerana setiap perniagaan mempunyai strategi masing-masing, dan syarikat tersebut yang akan menanggung untung rugi.

“Transaksi aliran keluar masuk yang dibuat oleh kesemua tertuduh melalui akaun-akaun yang dinyatakan di dalam peruntukan adalah dibuat bagi tujuan pengendalian jual beli emas secara terus, bukannya wang penerimaan deposit daripada orang awam, dan bukan daripada hasil aktiviti haram,” kata Rozana.

Bagi pengubahan wang haram, Ng berdepan 93 pertuduhan, Yee 40 pertuduhan, Chin 61 pertuduhan manakala Liew 30.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Public Bank Berhad Cawangan Kuala Lumpur, Tingkat Bawah, Menara Public Bank, 146, Jalan Ampang antara Julai 2008 dan Jun 2009 mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun dan denda RM5 juta, jika sabit kesalahan.

Mereka juga berdepan lima pertuduhan menerima deposit daripada orang awam tanpa lesen sah mengikut Seksyen 103(1)(a) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 di Jalan Kuchai Maju 6, Off Jalan Kuchai Lama antara November 2008 dan Julai 2009 yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun atau denda RM10 juta atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, Bank Negara Malaysia (BNM) akan memfailkan notis rayuan berhubung kes Genneva Sdn Bhd di Mahkamah Sesyen hari ini

Bank pusat itu dalam satu kenyataan berkata Kamar Peguam Negara telah bersetuju BNM memfailkan notis rayuan.

Kamar Peguam Negara dan BNM tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Sesyen untuk membebaskan Genneva Sdn Bhd dan pengarah-pengarahnya daripada pertuduhan pada hari ini

BNM juga akan memohon supaya aset syarikat terus disita di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 sementara menantikan keputusan rayuan. Genneva telah dikenakan pertuduhan pada Oktober 2010

Syarikat ini telah disiasat susulan terdapatnya aduan daripada orang ramai.

Siasatan kini telah selesai dan laporannya akan diserahkan kepada Kamar Peguam Negara.

Genneva Sdn Bhd ialah entiti berasingan daripada Genneva Malaysia Sdn Bhd (Genneva Malaysia) yang disiasat secara bersama oleh Bank Negara Malaysia dan agensi berkaitan.

– Bernama

Apakah yang Mempengaruhi Naik & Turun Harga Emas?

Faktor utama yang mempengaruhi harga emas sedunia ialah jumlah permintaan terhadap emas dan jumlah penawaran emas di dalam pasaran. Sekarang mari kita lihat dari mana datangnya permintaan terhadap emas.

Permintaan pasaran terhadap emas terbahagi kepada 5 bahagian iaitu:
1. Untuk kegunaan industri
2. Untuk kegunaan pelaburan
3. Permintaan daripada bank-bank negara sebagai rizab negara
4. Permintaan untuk kegunaan sebagai barang kemas
5. Lain-lain kegunaan

Penawaran emas di dalam pasaran pula datangnya daripada:
1. Lombong emas di seluruh dunia
2. Penjualan rizab emas oleh bank pusat
3. Emas terpakai yang digunakan semula

Jadi, perbezaan diantara penawaran dan permintaan emas inilah yang akan menentukan turun-naiknya harga emas di dalam pasaran dunia. Di pasaran inilah aktiviti belian dan jualan emas secara besar-besaran berlaku. Dengan kata lain setiap masa akan ada pasaran emas yang akan dibuka dan ditutup. Inilah yang menyebabkan kita dapat lihat pergerakan harga emas setiap minit dan saat di kitco.com

Bagaimana harga emas harian dibuka?
Harga emas dibuka dan ditetapkan di pasaran London oleh 5 anggota Pasaran Emas London (London Gold Market). Mereka terdiri daripada penjual emas dan bank tertua, paling berpengaruh dan terbesar dunia iaitu: Barclays Capital, Societe General, HSBC Bank, Scotia Mocatta dan Deutsche Bank. Mereka berlima akan menetapkan harga emas sebanyak 2 kali sehari iaitu A.M fix ( 10.30 pagi waktu London) dan P.M fix (selepas lunch).

5 anggota ini akan menilai maklumat permintaan dan penawaran emas pada hari tersebut dan akan menetapkan harga pada hari tersebut. Jika maklumat menunjukkan permintaan melebihi jualan, maka harga emas akan ditetapkan lebih tinggi. Jika permintaan kurang berbanding penawaran, maka harga emas akan diturunkan.
Harga emas di pasaran ada kala naik ada kala turun. Kalau ditanya pada sesiapa pun, kebarangkalian mereka jawab membeli emas ketika ada duit dan harga emas turun. Sebenarnya ada beberapa faktor lain yang harus kita ingat bila masa yang sesuai untuk membeli emas. Antaranya:

Faktor Pertama – Jika berlaku sebarang acara terbesar di Cina, India atau negara lain yang sinonim dengan Emas, ianya adalah waktu terbaik untuk anda beli emas sebelum acara tersebut. Harga emas naik ketika Piala Dunia di Afrika Selatan, Olimpik di Beijing dan Sukan Komanwel di India pada June 2010.

Faktor Kedua – Anda boleh melihat keadaan ekonomi dunia sebagai rujukan. Jika harga Dollar US berbanding ringgit mengukuh jatuh harga emas akan naik. Kenapa? Harga emas di nilai dengan menggunakan Dollar US. Apabila US Dollar naik, kita memerlukan lebih ringgit untuk membeli emas.

Faktor Ketiga – Keempat, berapakah pengeluaran emas semasa , jika pengeluaran emas di lombong semakin rendah, harga emas akan naik. Ini teori permintaan dan penawaran.

Faktor Keempat – Apakah Landskap ekonomi sekarang, harga emas akan naik ketika ekonomi dalam keadaan jatuh, seperti kejatuhan ekonomi dunia, kejatuhan matawang dollar dan sebagainya, seeloknya anda beli ketika ekonomi bergerak perlahan.

Tips Hargaemas

Saya ingin berkongsi satu tips dengan anda. Jika anda pergi shopping emas di kedai emas, jangan tengok harga emas sahaja. Tengok sekali kos upah tukangnya. Bila harga emas jatuh banyak nie, maka ramai nak beli @ borong emas 🙂

Tapi, jangan biarkan tokey kedai emas lebih bijak dari anda. Anda kena bijak dari mereka. Negotiate kos upah tukang dengan kedai emas. Jadi harga emas + upah tukang = jumlah kos pelaburan emas anda.

Ops! jangan lupa tanya satu soalan keramat “Jika saya nak jual balik nanti, berapa susutnilainya tokey?”

Kalau susutnilai 25% keatas, lupakan sahaja. Sekarang nie zaman susutnilai 4.5% ke 8% sahaja untuk jongkong emas dan 15% ke 25% sahaja untuk barang kemas. Kalau lebih dari itu, anda rugi. Selamat mencuba!

Duit di Bank atau Beli Emas

Jika anda sekarang mempunyai duit RM1,000,000 dalam bank, 10 tahun lagi, nilai RM1 juta itu akan turun setaraf dengan nilai RM100,000.

Lihat sendiri perbelanjaan setiap tahun masa pergi pasar ramadhan. Jika tahun sebelum ini dengan RM20 boleh beli macam-macam tapi sekarang nilai barang dulu RM20 nak dapat kena belanja dalam RM40.

Mengapa simpan duit tak bijak sekarang, setiap tahun nilai duit kita jatuh dan inflasi meningkat. Inilah masanya orang kaya bertambah kaya sebab orang kaya jual barang meningkat inflasi.

Contohnya jika seorang Tauke station minyak naik harga sebab inflasi, bermakna dia bertambah kaya sebaliknya kita bertambah miskin sebab nak kena bayar tauke minyak beli minyak.

Cadangan terbaik untuk tidak menyebabkan nilai duit anda tak jatuh ialah jangan simpan duit sebaliknya beli emas untuk kekalkan nilai duit.

Duit VS Emas

Rata-rata ramai dah tahu yang mana satu untung antara simpan duit atau simpan emas. Duit kita semua maklum yang ciptanya adalah manusia sendiri.

Bila manusia sendiri yang cipta bermakna banyak kelemahan bukan sahaja dari segi nilai tapi dari segi keselamatan contohnya mudah dihapuskan bila dibakar atau dikoyak.

Bayangkan kalau simpan duit banyak di rumah dan ditakdirkan rumah terbakar, dengan duit-duit semua hangus. Banyak kes rumah terbakar dan pemiliknya kerugian RM puluhan ribu.

Dulu kalau simpan duit dalam peti tangan kita akan rasa gatal nak tarik dan lama kelamaan duitnya susut dan habis.

Berbanding kalau simpan emas, nak ditarik jual untuk dapat duit jadi rasa berat lama kelamaan di atas penangguhan nak jual emas kita tu harganya dah berganda-ganda tingkat.

Contoh mudah, dulu kami suka simpan matawang asing seperti duit US. Dah 6 bulan simpan dari harganya kami beli RM3.40 sehinggalah sekarang harganya RM3.05.

Bila nak jual balik harganya RM2.90. Memang Rugi tapi untung dari bab menyimpan duit. Bayangkan kalau kita beli duit US dan simpan esok lusa nak pakai duit terpaksa menukarnya.

Kepayahan nak tukar semula duit RM menjadikan simpanan tu makin bertambah (Sentiasa beli duit US ).

Tetapi cara begini tak bijak kerana sebenarnya kita menyimpan kertas yang nilainya setiap tahun menurun kerana inflasi.

Tanam azam dan niat untuk simpan emas sebab aset inilah yang dalam sejarah tak pernah turun nilainya malah meningkat sahaja setiap tahun.

Tambahan pula kalau ada emas yang boleh memberikan kita pendapatan setiap bulan, inilah yang dikatakan konsep simpanan bijak. Simpan khazanah bumi yang semakin hari semakin susut ini sekarang.

Tukarkan wang kertas dan konsep simpanan anda ke emas sekarang untuk masa depan anda dan keluarga.

juaramulia.com