Faktor turun naik harga emas

Kenaikan harga emas pada pasaran tempatan dan luar negara lazimnya dikaitkan dengan 3 faktor utama seperti di bawah, bagi mereka yang ingin memulakan pelaburan emas, anda bolehlah lihat bagaimana berikut boleh mengubah harga pasaran emas semasa. Faktor Pertama ialah penyusutan nilai dolar Amerika. Apabila nilai dolar Amerika susut harga emas akan naik, apabila dolar Amerika stabil harga emas akan susut. Emas bertindak sebagai pelindung nilai menentang dolar Amerika. Pada masa ini dolar Amerika lemah dan menunjukkan tanda-tanda akan menjadi lebih lemah. Ada juga ura-ura negara Asia Barat dan China akan menggunakan mata wang lain selain dolar Amerika disebabkan kelemahan dolar Amerika ini. Walaupun peralihan kepada mata wang selain dolar Amerika (euro misalnya atau mata wang bentuk baru) bukan sesuatu yang boleh berlaku dengan segera, berita itu telah cukup untuk melonjakkan harga emas dunia. Faktor kedua ialah harga emas akan naik selari dengan kadar inflasi. Apabila inflasi naik, harga emas akan naik selaras dengan inflasi. Dalam keadaan negara-negara di dunia termasuk kuasa-kuasa ekonomi besar menyuntik pakej rangsangan ekonomi dengan besar seperti AS$787 bilion pakej rangsangan Amerika Syarikat kesannya ialah peningkatan inflasi. Amerika hanya mengecap duitnya sesuka hati dan ini akan menyebabkan nilai duitnya akan turun. Continue reading

Trend harga emas menurun Raya Cina

images (1)
ACCESSORIES 916 UNTUK SAMBUNG PUTUS ROSAK
View Catalog

Beberapa hari lagi, sambutan Hari Raya Cina bakal disambut di Malaysia, seperti trend tahun-tahun yang lalu, harga emas Malaysia mula mengalami penurunan sehingga index terkini iaitu 4490 (9Feb10), selepas sambutan raya cina dijangkakan harga emas akan kembali naik. Index emas Malaysia kemungkinan akan ditutup selama seminggu, bagi pengusaha emas kecilan, modal jual beli emas mungkin sukar untuk transaksi berikutan tauke utama menghentikan aliran masuk tunai selama seminggu , kemungkinan selepas index emas dibuka, index akan melonjak naik, itu anggaran pihak kami. Walaupun begitu, kemungkinan harga emas jatuh tetap anda. Pilihan ditangan anda, samada anda mengikat harga sebelum cuti perayaan atau mengikut harga index emas selepas index dibuka kembali. Selamat tahun baru cina, hati2 memandu dari kami. Terima kasih.

Harga emas semasa mulai jatuh

images (3)
ACCESSORIES 916 UNTUK SAMBUNG PUTUS ROSAK
View Catalog

Harga emas di Pasaran mulai jatuh sejak beberapa hari yang lalu, kejatuhan ini adalah yang terbesar dalam tempoh masa 20 bulan ini. Kejatuhan harga emas ini dikatakan berkait dengan peningkatan nilai dollar didalam pasaran dunia dan wujudnya kemungkinan China tidak akan membeli emas didalam simpanan IMF seperti dilakukan India beberapa bulan lalu yang menyaksikan harga emas dunia melambung tinggi. Apa pun, emas tetap sesuai untuk pelaburan jangka panjang.
3PLY FACEMASK FOR RM0.10 PER PCS LOCAL SELLER
View Item

BELAJAR KIRA EMAS EBOOK ASAS NIAGA EMAS KILANG
View Catalog