Jual Beli Emas 916 Terpakai

Harga emas 916 hari ini - Kedai emas pembeli emas - Surat pajak

WhatsApp Kami Sekarang

+60122864232 | Respon Pantas 24/7

Harga dikemaskini: 08 Dec 2025, 11:09

Jual Emas dan Beli Emas untuk Harga Terbaik

Harga emas berubah setiap hari, jadi apa waktu terbaik untuk jual emas 916 pada harga paling tinggi? Harga emas Malaysia bergerak sama seperti harga emas dunia, harga emas akan berada pada puncak tertinggi apabila berlaku tragedi kepada kuasa ekonomi dunia seperti US, China, India, German, Jepun dan UK, dan juga apa sahaja event yang menyebabkan matawang Ringgit jatuh.

Ingin jual emas pada harga tertinggi? Hubungi kami melalui WhatsApp untuk mendapatkan update harga terkini dan tawaran terbaik untuk emas anda.

Dapatkan Harga Terkini Sekarang!

Isikan borang atau WhatsApp kami untuk mendapatkan update harga emas harian dan tawaran terbaik.

WhatsApp Sekarang

Kenapa Memilih untuk Berurusan dengan Kami?

Sejak 2007

Kami telah beroperasi sejak 2007 dengan pengalaman lebih 15 tahun dalam jual beli emas.

80,000+ Followers

Hampir 80,000 likers di Facebook page kami (real likers, bukan fake).

Harga Setiap Hari

Kami memaparkan harga emas setiap hari di laman web, pelanggan boleh merujuk harga harian di sini.

Update Harian

Pelanggan boleh mendapat update harga emas harian di Telegram, klik ke t.me/hrgms

Bonus: Pelanggan boleh membeli emas 20% lebih murah dari kedai emas melalui kawan-kawan peniaga online kami di Ibukutu.com

Apakah Beza dan Kelebihan Emas 916

Emas 916 dikira emas 22K iaitu mempunyai campuran 91.6% dan selebihnya adalah logam lain seperti copper, silver, mangan dan sebagainya. 916 dikira emas bermutu tinggi dan sesuai untuk dijadikan perhiasan kerana fizikalnya yang lebih keras dari emas 999 dan boleh dibentuk dengan mudah.

916 biasanya jarang diletakkan dengan batu permata, diamond, mutiara kerana batu mudah tertanggal dan tidak dapat diikat dengan kemas. 916 hanya popular di negara asia dari india, china dan asia tenggara sahaja, di negara barat, kebanyakan barang perhiasan akan dibuat dari emas 18K kebawah.

Harga emas 916 dikira paling popular di Malaysia, soalan umum seperti "Berapa harga emas hari ini" biasanya merujuk kepada harga emas 916.

Apa yang Boleh Menyebabkan Mutu Emas 916 Jatuh?

  • Pajak di Ar-Rahnu - Mutu emas 916 boleh jatuh apabila pemajak memajak di arrahnu, ini kerana arrahnu menggunakan timbangan air, iaitu density metre. Ada sesetengah design yang hollow memerangkap buih udara menyebabkan mesin tidak dapat memberi bacaan yang tepat.
  • Banyak Pateri - Mutu emas juga boleh jatuh apabila pateri banyak digunakan untuk membuat design barang kemas terutamanya emas design india. Kebiasaan emas yang ada banyak pateri hanya mendapat mutu 87% sahaja selepas dileburkan kerana susut dengan logam lain.
  • Emas Patern Italy - Emas patern italy yang popular kini juga banyak menggunakan komponen emas mutu rendah menyebabkan mutu emas juga susut.
Tips: Sebagai langkah selamat untuk mereka membeli emas 916 untuk pelaburan, belilah emas design biasa sahaja.

Sedia untuk Jual atau Beli Emas?

Hubungi kami melalui WhatsApp untuk mendapatkan harga terkini dan tawaran terbaik. Kami akan respon dengan pantas!

WhatsApp Kami Sekarang

+60122864232 | Respon Pantas 24/7

Harga Emas Hari Ini (Rujukan)

Harga di bawah adalah harga spot (raw material) untuk rujukan sahaja. Harga sebenar untuk jualan akan tolak susut nilai 5-10%, manakala untuk belian akan tambah premium 5-10%.

Emas 999 RM 557.954/g
Emas 916 RM 511.086/g
Emas 835 RM 465.892/g
Emas 750 RM 418.466/g
Nota: Harga di atas adalah untuk rujukan sahaja. Hubungi kami melalui WhatsApp untuk mendapatkan harga sebenar untuk jualan atau belian emas anda.
Dikemaskini: 08 December 2025