Tips memulakan perniagaan emas

Ada orang tanya saya cammana nak jadi tokey emas, ada yang minta pendapat saya tentang business model emas dan macam-macam lagi…

KIRA VALUE EMAS KALKULATOR EMAS, AR-RAHNU, PAJAK GADAI
Kira Disini

Untuk posting kali ini, saya ingin memberikan panduan bagaimana anda boleh memulakan perniagaan emas. Bagi mereka yang nak panduan berniaga emas maka artikel ini boleh membantu.

Perniagaan emas.

SIMPLE GOLD TESTING KIT USING ACID TEST TO CHECK GOLD PURITY
Uji Emas Anda

Rasulullah pernah bersabda, 9/10 daripada rezeki datangnya daripada perniagaan. Best tu…

Sekarang cuba bayangkan… Anda mempunyai perniagaan emas sendiri… bila orang beli emas anda dapat duit.. orang beli emas dapat lagi duit… dan duit itu pula datang sepanjang masa.. kekadang pagi.. tengahari…petang… malam… hari bekerja..hari cuti… semuanya duit.

Best tak?

Perniagaan emas ialah perniagaan yang sangat menarik dan menguntungkan. Ini kerana:

1. Minat manusia terhadap emas tidak pernah pudar. Makin bertambah ada lah….

2. Orang tetap akan beli emas walaupun harga tinggi atau rendah.

3. Kalau anda simpan stok emas, nilainya akan naik dalam jangkamasa panjang.

4. Senang jual dan beli. Bila pelanggan tahu anda jual emas, diorang yang akan cari anda untuk beli… nak jual pun diorang akan cari anda.

Tips perniagaan emas yang berjaya:
Berdasarkan kajian saya, terdapat 5 perkara yang sangat penting kalau anda nak jadi peniaga emas yang berjaya:

1. Anda mempunyai pembekal (supplier) yang baik.

2. Anda mempunyai pembeli yang baik

3. Banyak cash (lagi banyak lagi bagus)

4. Sifat amanah dan boleh dipercayai

5. Banyak ilmu berkenaan emas.

 

Ok, mari saya huraikan satu persatu:

1. Pembekal yang baik.

1. Boleh memberikan stok emas dalam kuantiti yang anda kehendaki.

2. Kalau boleh dapat stok segera lagi bagus. Kalau kena tunggu lama then susah lah..

3. Supplier mesti mampu memberikan emas ketika harga emas naik ataupun turun. Kalau supplier anda boleh supply ketika harga emas naik tapi takder stok waktu harga turun, then anda akan hadapi masalah nak buat business.

4. Sanggup membeli balik emas pada spread yang kecil. Bukan setakat jual lepas tu tak nak ambil balik emas diorang ataupun potong sampai 10% keatas.

2. Pembeli yang baik.

Selain daripada pembekal yang baik. Anda perlukan pembeli yang baik. Pembeli yang bermasalah akan memeningkan kepala anda dan boleh merugikan masa dan perniagaan anda.

1. Pembeli mesti membayar cash bila beli emas ataupun semasa lock harga emas. Emas nie tak boleh beli secara hutang atau ansuran. Hukumnya haram (baca sini)

2. Pembeli anda mesti jujur. Kalau dah bersetuju untuk membeli atau “lock” pada harga tertentu, maka kenalah ikut harga yang dipersetujui.

(p/s: lock bermaksud pembeli dan penjual bersetuju membeli dan menjual emas pada satu harga yang dipersetujui bersama).

Dalam business ini anda akan jumpa pembeli yang tidak jujur dan pentingkan diri sendiri. Mula-mula setuju untuk ‘lock’ harga, tetapi bila harga emas turun daripada harga yang dia booking… maka jadilah adegan drama minta diskaun lah… takut rugilah… nak lock harga baru lah…nak batalkan pembelian lah.. telepon tak angkat lah..dan macam-macam lagi…

3. Banyak cash (lagi banyak lagi bagus)

1. Dalam business emas, lebih banyak cash lebih bagus. Anda boleh simpan banyak stok. Tambahan pula kalau stok dibeli pada harga murah dan dijual pada harga tinggi. Anda menggandakan keuntungan.

2. Cash diperlukan untuk membeli balik emas daripada pelanggan jika mereka nak jual balik emas mereka. So cash kena ada banyak.

3. Kalau dalam business emas terpakai memang banyak tunai diperlukan.

4. Sifat amanah dan boleh dipercayai.

1. Dalam business emas, sifat amanah, jujur dan boleh dipercayai sangat penting. Bila pelanggan bank-in duit, kita kena hantar emas.

2. Jangan mungkir janji atau tipu pelanggan. Kalau ada masalah, just beritahu pelanggan. Jangan nak sembunyi-sembunyi.

3. Kalau order emas dari supplier.. jangan batalkan.

Kalau dah lock harga dengan pelanggan, kita kena ikut harga tu..

5. Banyak ilmu tentang emas.

1. Lebih banyak ilmu dan pengetahuan mengenai emas yang anda ada,

maka pelanggan lebih yakin terhadap anda.

2. Lebih yakin pelanggan anda terhadap anda, lebih banyak jualan anda.

3. Anda pun akan lebih yakin apabila berhadapan dengan pelanggan.

4. Nak dapat ilmu emas? baca dan print semua artikel blog jutawanemas

5. Banyakkan bertanya kepada orang yang tahu.. contohnya tanya saya.

6. Banyak baca buku, website, artikel dan lain-lain.

Saya sendiri memiliki banyak koleksi buku-buku berkenaan emas. Kat Malaysia nie buku-buku pasal pelaburan emas amat terhad. Kalau anda berminat, boleh order daripada www.amazon.com atau gi tengok kat kedai buku Popular atau MPH.

BELAJAR CARA KIRA HARGA EMAS DAN SENARAI SUPPLIER KILANG
Learn More

0 thoughts on “Tips memulakan perniagaan emas

  • aidid says:

    ingin tahu berkaitan perniagaan jual beli emas.

    bagaimana untuk mulakan perniagaan emas

  • Nurrul Faiezza binti Abu bakar says:

    Saya nak tahu lebih lanjut cara memulakan perniagaan emas, dan cara mendapatkan supplier yang dipercayai..

    • admin says:

      nak cari supplier x susah.. dapatkan ebook hrg.ms/hargabiz kami kongsikan kat mana nak cari supplier..

  • nadirah says:

    berapa ye modal minima utk bukak kedai emas… hehehe ada cita2 tapi mesti kena banyak pengalaman kan…

    • admin says:

      ada member yang pernah buka 500k, ada yang berjuta, tetapi minimum dalam 2kg baru rasa ok sekuarang-kurangnya item apa yg customer cari slalu ada… bagaimanapun skrg ramai meniaga secara online, 20k-50k pun dah cukup… utk setup kedai emas, biasa habis duit dekat security banyak, renovation n etc, kalau nak insurankan, kene ikut spec insured, so sebelum buka kedai emas, cek dulu apa spec yang insurance nak, mostly part ni makan banyak duit boleh makan beratus ribu ikut tempat dan lokasi.. pinjaman punb pun bergantung kepada lokasi dan niche

  • INTAN NURUL SAFINA BINTI ZAHARIN says:

    Saya berminat dengan emas…bole sy tahu peluang perniagaan kedai emas…sy tak tahu langsung berkaitan perniagaan emas…sy berharap pihak tuan dpt membantu sy…kursus berkaitan perniagaan emas ke…

  • Aini says:

    Hai sy bak brlajar dan tahu mengenai emas..boleh tolong

    • admin says:

      senang je blajar berkenaan emas, dapatkan ebook kami di hrg.ms/hargabiz

  • Saiful Izam says:

    Assalam tuan, saya berminat untuk mengetahui selok belok perniagaan emas terutamanya menjual emas untuk pakai. Dengan kata lain perniagaan kedai emas. Boleh ke saya jumpa tuan untuk belajar.

    Nama saya saiful. No saya 0192622580.

    • admin says:

      tak susah meniaga emas, emas ni perniagaan lama, tetapi yg penting kena ada modal 🙂 boleh baca details pasal perniagaan emas di ebook sy hrg.ms/hargabiz

  • Haza says:

    Saya berminat nak mendalami ilmu perniagaan emas

  • Nuraysah says:

    Modal permulaan yang di perlukan untuk perniagaan emas

  • Ain says:

    Boleh bantu saya. Saya nak berniaga emas tapi tak ada ilmu. Boleh bantu saya tak? Tq

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes:

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>