Harga emas semasa 24-8-2015

hargaemas 24-8-15

Harga emas Belian 24.08.15 Jam 11 pagi
ULASAN: harga emas mencecah harga tertinggi sejak 2 tahun lalu…hari ini indeks emas mencecah 6000 buat pertama kali sejak Mac 2013, ringgit pula sedang di paras kritikal jatuh lagi kepada RM4.24/1USD.

Pada ketika ini indeks emas dunia adalah USD1153/onz, tidaklah begitu tinggi berbanding indeks emas ketika Mac 2013 iaitu USD1600/onz. Untuk rekod, harga emas paling tinggi pernah mencecah USD1900/onz pada Nov 2011 ataupun harga lebur 999.9 ketika itu RM190/g

Harga ringgit jatuh setiap hari, hanya mereka yang menyimpan emas sahaja untung ketika pasaran ekonomi negara semakin teruk. keep calm n buy gold -admin

Harga jualan emas scrap 916 : RM144.22/g
Harga emas baru 916 : 148.41/g belum termasuk upah
Harga emas bar 999.9 : RM159.23/g belum termasuk premium
kami membeli emas terpakai, rosak, patah. sedia membeli segala jenis emas 999.9, 999, 916, 875, 835, paun, 750, emas lama, emas patah, bengkok, tebus surat pajak dan lain-lain lagi
.
whatsapp/sms/call : 012-2864232 hargaemas
atau hubungi Ofis Hargaemas : 03-92264232
Layari laman web kami untuk mengetahui lebih lanjut tentang perkongsian berita-berita emas terkini.
www.hargaemas.com.my/terkini/
www.hargaemas.com.my
www.hargaemas.my
*harga emas belian yang dipaparkan adalah harga kami membeli emas tuan/puan dengan tunai segera

Enggan Pulang Modal, Pengelola Ugut Pelanggan

Sebentar tadi dalam group emas, salah sebuah syarikat pengelola pelaburan emas  yang sedang mengalami masalah kewangan yang serius mengeluarkan memo enggan untuk memulangkan wang pelabur, malah menangguhkan sehingga bulan Julai 2015 untuk memulangkan modal, itupun minima RM100 je sebulan… apa? RM100 je, den dah sontot orang berjuta-juta kemudian nak bagi orang RM100 sebulan..apa ke gila den ni.. den ni otak letak kat lutut ke ada kat kuku…

Undang-undang rimba mana yang digunapakai dalam kes ini dahlah duit pelabur tidak tak mahu bagi balik, siap nak kenakan tindakan serius kepada pelabur yangnak modal balik, kawe rasa nak gelak je, apa bodoh sangat perangai pengelola ni, kalau kawe dah lempang dah kerja gila semua ni

Nak kata tak bijak kan, berjuta dah duit orang dia sapu, orang tak bijak macam kawe ni, sapu sikit2 je RM1 tupun sbb customer bagi keep the change.

Operasi syarikat diorang ni mudah je sebenarnya, bukan pelaburan sangat pun, memang sah ponzi scheme, duit orang baru guna untuk bayar duit orang lama, lepastu ambil duit orang ramai masuk BAW ke apa bendanya, tersontot kene tipu..lepastu buat projek rumah pulak nak menipu orang, pairing?? lanjio pairing apa, rumah takbleh duduk kata Amran…

10391376_587141024752148_8278524050553525503_n

 

1920198_587141054752145_5792969603085661714_n

 

Kalau dah sampai tahap ancam pelabur ni, kawe suggest sangat kepada mereka yang terlekat, terus buat report polis kat laki bini ni, setakat minima RM100 sorang stiap bulan dia nak bayar tu, bek mcm tak bayar.. duit pun entah dah tukar ke akaun mana, selamat cucu cicit mereka harta byk tok nenek tinggal..

Apabila Jerung Tamak, Bilis Yang Susah

jerung-emas

APABILA Cikgu Halim akan bersara dari karier perguruan pada akhir 2014, beliau mempunyai banyak impian yang ingin dilaksanakan. Halim dan keluarganya tidak sabar menunggu hari persaraan tersebut kerana apabila tugasnya berbakti kepada anak bangsa tamat, Cikgu Halim ingin menghabiskan masa bersama keluarga dirumah dan tidak perlu lagi berfikir masalah yang menimbung di sekolah

Sebelum bersara Halim telah merancang pelan persaraan yang selesa. Duit simpanannya akan digunakan untuk membayar semua hutang yang ada dan bakinya bernilai RM300, 000 akan dilaburkan didalam perniagaan atau pelaburan yang selamat. Halim berharap agar masa depan yang bakal dilaluinya akan cerah dan hasil pelaburan dan perniagaannya dapat menjamin masa depan yang lebih baik untuk anak-anaknya dengan pendidikan yang lebih sempurna.

Semasa Halim sedang mencari skim-skim pelaburan yang selamat dan pulangan yang tinggi, Halim telah didatangi Haji Syed (bukan nama sebenar), seorang kenalan lamanya yang dulu hanya menjawat jawatan guru biasa sekolah kanak-kanak khas, tetapi kini seperti orang kaya baru dengan memakai kereta Porsche Cayenne, no pendaftaran dua digit dan motor berkuasa tinggi. Halim teruja melihat kemewahan Haji Syed dan bertanya tentang peluang pelaburan & perniagaan Haji Syed sehingga menjadi kaya begini dalam masa yang singkat.

Halim telah diterangkan dengan skim pelaburan emas yang dijamin selamat, guarantee dan dijanjikan tunjuk ajar dengan pelbagai kotak skill pelaburan emas yang mampu memanipulasi emas untuk menjana kekayaan. Halim semakin berminat apabila mendengar keterangan Haji Syed dan yakin dengan pelaburan emas dan memulakan pelaburan emas yang asing pada dirinya dengan bermodalkan 100g sahaja.

Pada bulan pertama pelaburan, halim mendapat keuntungan RM2500 dan dia mula teruja dan berkira-kira untuk menambah lebih banyak, dari sehari ke sehari Halim menambah jumlah pelaburannya sehingga 80% dari jumlah simpananya, tempoh masa 2-3 bulan pertama halim mendapat jauh lebih banyak dari gaji yang diperolehi selama ini di sekolah, Halim semakin aktif dalam pelaburan emas dan mula menarik kawan-kawan seangkatan yang lain dan mula mengelolakan jemaahnya sendiri dengan nasihat dari Haji Syed, Halim menerima wang dari pelabur baru jemaahnya dan masuk kedalam program haji syed sebagai wakilnya dengan berharap akan mendapat berganda lagi untung.

Hidup Halim kini berubah dalam masa beberapa bulan sahaja, jumlah pelabur dibawahnya kini mencecah berjuta-juta, dulu hanya bawa kereta Honda kini Halim mampu swap dengan kereta BMW M6 idamannya, sehinggalah suatu hari.

Secara tiba-tiba haji syed memaklumkan pelaburan mereka adalah haram dari segi syariat dan terpaksa dihentikan serta merta, duit-duit pelaburan terpaksa dicuci dahulu dan akan dibayar pada suatu tarikh yang dijanjikan, tanpa ilmu emas yang cukup, halim terkial-kial menjawab persoalan jemaahnya dalam situasi sekarang. Apabila tarikh yang dijanjikan tiba, Haji Syed menangguhkan lagi pembayaran modal pelabur dan meminta wakil-wakilnya mendahulukan wang mereka dengan janji untuk memberi pulangan lebih tinggi, Halim yang yakin dengan Haji syed membayar pendahuluan wang kepada pelabur dengan baki simpananya 20% tadi.

Masa semakin berlalu, mesyuarat demi mesyuarat telah halim lalui tapi transaksi wang atau emas yang ditunggu tidak kunjung tiba, manakala jemaahnya semakin menekan Halim untuk mendapatkan modal mereka, kereta-kereta mewah dan rumah-rumah mewah terpaksa Halim let go dahulu demi mengelak dari namanya buruk oleh kawan-kawan untuk memberi bayaran kepada mereka.

Kini wang simpanan Halim habis, ilmu emasnya nipis, skills kotak yang dipelajarinya tidak dapat berfungsi dengan modal kosong, manakala Haji Syed masih berkeras untuk memulangkan bayaran kepada wakilnya. Halim semakin tertekan dan mula menyelidik pelaburan Haji Syed didalam sektor hartanah, saham, rumah, agrikultur dan pelbagai lagi, Halim mendesak Haji Syed untuk menjual perniagaannya untuk membayar modal pelabur tetapi Haji Syed berkeras untuk meneruskan programnya dan akan memberikan pulangan kepada pelabur-pelaburnya sehingga tiba waktunya

Cikgu Halim kini berlawan dengan masa, setiap hujung bulan pelabur akan mencari dan meminta modal mereka, dan setiap kali meminta bayaran kepada guru pelaburan emasnya, dia hanya mendapat kosong-kosong, kosong jawapan dan kosong respon serta pulang dengan poket kosong, Halim kini menunggu dan menunggu dengan hati tidak tenteram, bilakah Jerung akan memulangkan pelaburannya……..? atau wang nya telah menjadi bayang-bayang khayalan dalam tempoh hanya beberapa bulan…

 

Laporan Ringkas Harga Emas sepanjang 2014

gold_1_year_o_usd-1-12-2014

Salam Akhir Tahun kepada pelanggan Hargaemas yang di dihormati,

Pejam celik pejam celik, hari ini tahun 2014 sudah sampai ke penghujungnya, hanya sebulan lagi kita akan melangkah ke tahun 2015, semoga semua azam dan usaha anda sepanjang 2014 berhasil & berjaya

Berkenaan dengan laporan harga emas sepanjang 2014, kenaikan harga tahun ini sangat-sangat tidak dapat dibanggakan kerana dalam tempoh masa setahun, harga emas telah turun kira ~RM1/gram dari Januari ke Disember. Tahun ini menyaksikan fluctuate emas menggila dan sangat sukar nak jangka, pernah berlaku tahun ini harga emas naik kira-kira RM7-10/gram dalam masa satu dua hari, keadaan yang tidak berlaku sejak beratus tahun dulu ketika zaman firaun lagi. dan emas juga pernah turun sebanyak ~RM14/gram dalam masa satu dua hari tahun ini juga. jadi ramai yang mungkin untung dan mungkin juga ramai yang tersontot tahun ini sahaja. (half-half je)

Untuk rekod tuan-tuan, harga emas paling tinggi dicapai tahun ini adalah pada 17 March 2014 (MKS We Sell RM146.03/gram, 5520) dan paling rendah adalah pada 3 November 2014 (MKS We Sell RM123.54/gram, 4670), jadi perbezaan fluctuate harga tahun ini dari paling tinggi ke terendah, kira2 RM23/g dah cukup untuk mereka yang pandai membaca pasaran harga emas mengaut keuntungan.

Banyak peristiwa emas berlaku tahun ini , bukan saja diluar negara tetapi, paling panas sebenarnya berlaku didalam negara sendiri, dikhabarkan (khabar angin) beribu-ribu pelabur emas tersontot didalam program emas pengelola oktober lalu, dijangka wang pelabur akan dipulangkan bulan ini ada ada juga pengelola akan pulangkan januari depan. ada yang perlu terbang ke Hong Kong untuk tuntut wang pelaburan, ada juga perlu beli barang kemas tempahan berdiskaun (beli tinggi bulan2 dapat rebet) untuk cover balik modal yang hilang, biasalah adat meniaga, kawe pun terkene sekali, jadi sama2 berdoa semoga dapat balik wang pelaburan kite

Buat masa ini saya tiada ramalan lengkap harga emas untuk tahun depan, saya akan update pada email akan datang, tapi ini sedikit iklan.

Bagi mereka yang ingin mempelajari perniagaan & pelaburan emas, pada 6 Disember 2014, bertempat di De Palma Hotel Shah Alam, sebuah kursus perniagaan & pelaburan emas akan diadakan pada jam 7pg – 8 malam, tempat adalah terhad dan sudah hampir penuh, jika berminat, layari dengan segera.

Salam Disember dari Keyboard kawe
Shahrul Emas www.hrg.ms
012-2301015

Cara mengambil untung guna ETA ( Behind Scene ) Konservatif

emas-dari-lombong

Ingat lagi ETA yang kawe cerita dulu, kalau tak ingat boleh baca disini, kat sini kawe share sikit cara konservatif untuk jana keuntungan dari ETA di sebalik tabir untuk emas 916 ..kalau sebelum ini emas 999, jadi hari ini emas 916 atau emas perhiasan..

Maksud kawe kali ini, pengelola guna wang ETA sebagai modal untuk beli barang kemas 916 pada harga borong, kalau beli 10g, 30gram xkanlah dapat murah kan, nak ada modal RM165k pun bukan semua orang ada, so terpaksalah buka ETA untuk pinjam modal sekejap dan nnti akan pulang balik

Macam mana nak buat duit melalui kaedah konservatif emas 916 ni tanpa skill 4 kotak, lipat melipat dan sontot menyontot ke singapura sebagainya.. mesti ada cara kan jerung2 duduk ajar semua tu, kat sini kawe buat contoh satu

contohnya, Shamsul (bukan nama sebenar, tiada kaitan dengan sapa2) buka eta 1kg harga hari ini (MKS pamp suisse ) RM125/gram, jadi ETA7 adalah RM120/gram ( tolak 5) standard rate ETA

jadi total wang terkumpul Shamsul RM120,000 dari kuota 1kg, shamsul pun pergi ambil emas 916 dari kilang contohnya mutu 0.935 tanpa upah shamsul dapat 1069gram emas 916

(shamsul ni mestilah ada modal sikit, xkan semua pakai modal pelanggan, jemmlah mcm tu, jadi duit yang dpt tu campur duit sendiri sikit bolehlah beli dr MKS ke RHB ke bar 999.9 1kg

contoh perkiraan:

Modal beli bar 1kg RM125,000 , tukar ke barang kemas 916 dapat 1069gram

Harga modal emas 916 sekarang RM116.87 , tanpa upah (harga mks x 0.935)

Jadi selepas dapat barang-barang  kemas itu, shamsul pun jual kepada pasaran dengan mutu 0.988 + upah RM4/gram

jadi harga shamsul jual sekarang RM125/gram x 0.988 + RM4/gram = RM127.50/gram,

dengan teknik blasting, seminar, spam, atau mulut2 ke mulut shamsul dapat habiskan produk emas itu dalam masa seminggu, jadi berapa keuntungan shamsul dapat dengan cara konservatif ini

Contoh Perkiraan:

Jumlah gram= 1076gram, harga jual = RM127.50/gram, harga modal RM116.87/gram

Total shamsul dapat selepas jual semua emas = (127.50/g x 1076gram = RM137,190.00 untuk satu pusingan seminggu

Jadi cash ada ditangan shamsul sekarang RM137,150

So berapa kena bayar balik kepada peserta ETA yang nak pamp 100g (contoh harga MKS masih lagi 125/gram) jadi untuk 10 pamp kena belanja RM125,000

Untungnya?

Cash ditangan RM137,190 – modal beli balik pamp RM125,000 = RM12,190.00, jadi agak2 shamsul untung tak? ini baru eta7, belum kira eta14, eta21, eta30

Tapi ini baru teknik koservatif, belum lipat-melipat, arrahnu, masuk kotak keluar kotak, bai al wafa, agent, kuda terbang, rania, wakalah…ada nasib baik.. dpt jual harga fgjam beberapa gram dan sebagainya, mungkin berganda untung..

ps: Gambar diatas adalah dari video belakang tabir penghasilan jongkong emas 5-10 kilo yang dikeluarkan dari lombong emas Kibali (lombong emas terbesar di afrika)  yang bernilai RM2.34 bilion setahun. bila dah lipat banyak kali buat eta, bolehla beli lombong pula, lombong2 emas di Malaysia yang ada pun, bukan milik kita,

Bagaimana Pelaburan Emas (Singaporey) Tersontot?

singaporey

Antara pelaburan yang menarik perhatian pelabur emas salah satunya adalah Suisse International (Singapore’s) yang didaftarkan sebagai Suisse HK Limited di Hong Kong.

Syarikat ini tidak berdaftar di Singapura walaupun beroperasi sepenuhnya di Singapura, tetapi didaftarkan di Hong Kong.

Selain pelaburan emas, bisnes lainnya adalah lelongan syiling emas, jual beli jam mewah dan turut terlibat dalam bisnes perfileman. Mereka turut mengeluarkan syiling emas sendiri walaupun bukan dari bukanya pengeluar syiling emas terkemuka dunia.

Dikhabarkan baru-baru ini beberapa syarikat pelaburan emas tempatan tersontot dan tidak mampu memberikan pulangan seperti dijanjikan, adalah tidak sukar untuk meneka bagaimana pelaburan mereka terjejas,

dan kenapa teknik manipulasi emas yang diuar-uarkan tidak menjadi, Ini dapat dikaitkan dengan satu bentuk pelaburan merentasi sempadan yang baru-baru ini disita oleh Bank Negara Singapura iaitu Suisse International Ltd.

Bagaimana operasi pelaburan emas Suisse International?

Suisse-International-1

 

1. Untuk memulakan pelaburan, setiap pelabur dikehendaki membawa 200g emas kepada syarikat untuk mula melabur, pelabur boleh membeli pamp suisse pada harga pasaran terkini contohnya hari ini harga RM132/g dan hantar pada syarikat. Atau pelabur boleh membeli secara direct dengan syarikat.

Suisse-International-2

2. Seterusnya syarikat akan membeli emas pelabur pada harga RM200/g secara ansuran, bermaksud pelabur akan dibayar sebanyak RM40,000 untuk 200gram emas secara ansuran ($78/g singapore dollar) dalam tempoh 12 bulan.

Suisse-International-4

3. Apabila pelabur menghantar 200g gold bar, pelabur akan diberikan 3 keping syiling  emas pada harga $52/piece

Suisse-International-5

4. pelabur boleh jual balik kepada syiling kepada syarikat untuk dapat tunai segera dengan harga $1700/piece (kebanyakan pelabur akan jual balik untuk tunai, cashback), jadi 3 keping syiling dijual balik akan dapat RM13,000.00

Suisse-International-3

5.  Seterusnya pelabur akan diberikan keuntungan 7% sebulan dari harga yang dibeli syarikat tadi, jadi 7% dari RM40,000 sama dengan RM2800.00 sebulan ($1092 Singapore Dollar), sebulan.

Berapa jumlah pelabur melabur sekarang?

(1)Beli 200g Pamp Suisse RM26,400… (3) dapat balik cashback ~RM13,000… jadi cuma RM13,4.00 sahaja yang dilaburkan

Berapa modal & keuntungan sebenat?

Modal RM13,400.00, keuntungan dijangka RM33,600 dalam masa 12 bulan atau 250% setahun.

Siapa Yang Melabur?

Banyak syarikat yang mengelolakan pelaburan-pelaburan emas tempatan terheret sama melabur didalam skim pelaburan ini, ramai yang menghantar bar pamp suisse ke singapore kerana tertarik dengan pulangan lumayan kira-kira 250% setahun berbanding pelaburan biasa paling banyak cuma 20-30% sahaja setahun.

Bila bermula skim pelaburan ini?

Dari rekod laman domaintools, laman web syarikat (http://www.suissecollection.com) didaftarkan pada 2-5-2013, dan laman facebook syarikat juga didaftarkan pada 2-5-2013 tarikh yang sama (https://www.facebook.com/suissecollection)

Siapa dibelakang syarikat ini?

Wujud desas desus di alam siber, CEO The Gold Capital, Lee Siong Tek yang menghilangkan diri sejak Januari 2013 mempunyai kaitan dengan syarikat Suisse Internatiol HK ltd. Pada akhir 2012, Bank Negara Singapura telah menyita syarikat-syarikat pelaburan emas genneva, asia pacific dan gold guarantee kerana terbabit menerima deposit haram dalam urusniaga skim ponzi berjumlah berbillion ringgit, Lee Siong Tek telah menghilangkan diri sejak itu dan sehingga  kini tidak dapat dihubungi.

Bagaimana Suisse International jatuh?

Akaun utama Suisse International di DBS telah dibekukan pada akhir September 2014/ awal oktober 2014 dan siasatan sedang dilakukan oleh CAD & MAS Singapura keatas syarikat ini kerana menerima deposit haram dan mengelolakan pelaburan haram (mirip ponzi scheme), kesan daripada pembekuan akaun ini menyebabkan beberapa syarikat pelaburan emas tempatan tidak menerima cash dari Suisse International dan turut terheret sekali dalam masalah ini.

Berapakah kerugian kepada Syarikat Pelaburan Emas dalam negara?

Tidak dapat dijangka, kerana dikhabarkan berkilo-kilo malah bertan emas telah dibawa merentasi tambak johor oleh syarikat-syarikat  pelaburan emas tempatan menggunakan operasi yang hampir sama (program atas program)

Contohnya: Syarikat A mengumpul 3 tan emas dari beribu pelabur, kemudiannya melaburkannya kedalam skim ini, jika Suisse International memberikan bulanan RM2800 sebulan, syarikat pelaburan tempatan akan memberi RM2000/bulan kepada pelabur dan makan untung RM800/sebulan bagi setiap seorang pelabur. (lebih kurang).

Adakah semua syarikat pelaburan emas di Malaysia terlibat?

Tidak semua, cuma syarikat yang mempunyai masalah membayar amaun yang dijanjikan kepada pelabur mungkin terlibat, kerana tarikh, masa dan ceritanya hampir sama (tak perlu ambil phd pun boleh agak kot)

Dr Azman: Bolehkah saya menjual emas tidak sama dengan pasaran?

drazman-header-short

Soalan: Bolehkan saya menjual emas dengan harga saya sendiri walalupun tidak sama dengan harga pasaran?

Jawapan
Ya. Penetapan harga sesuatu barang dalam sesuatu jual beli adalah berdasarkan kepada persetujuan kedua dua pihak yang berkontrak, iaitu penjual dan pembeli. Sebagai contoh, walaupun harga sebuah rumah semi D di sebuah kawasan perumahan adalah sekikar RM500, tetapi penjual dan pembeli boleh bersetuju di atas satu harga munkin lebih tinggi, dan pembeli sanggup membayarnya kerana faktor faktor tersendiri munkin untuk tinggal di kawasan yang tidak jauh dari tempat kerjanya, atau sebab ingin tinggal berdekatan dengan orang tuannya. Penjual juga boleh jual dengan harga yang lebih rendah daripada harga pasaran munkin kerana kerana terdesak nak dapatkan duit, atau sebab sebab lain.

Yang menjadi masalah ialah apabila ada unsur penipuan, contohnya penjual berkata ini adalah harga yang termurah di pasaran. Kemudian didapati ia jauh lebih mahal. Ini dipanggil ‘bay’ al-ghubn”. Apabila didapati ada unsur penipuan dalam penetapan harga, maka pembeli diberikan hak untuk membatalkan kontrak jual beli, dan seterusnya mendapatkan semula duitnya.

Penipuan juga boleh berlaku dengan menaikkan harga terlalu tinggi, kemudian diberikan hibah atau cash back yang banyak kepada pembeli. Sedangkan hibah tersebut adalah daripada duit pembeli sendiri. Ini dipanggil taghrir.

Dalam urusan jual beli emas, samalah juga dengan jual beli matawang yang berbeza denominasinya ada satu syarat utama perlu dipenuhi, iaitu, bayaran dan serahan emas dibuat secara taqabud, pertukaran emas dan bayaran dibuat secara segera/lani dari tangan ke tangan di dalam satu majlis aqad, tanpa sebarang penangguhan. Sesetengah ulama meletakkan satu lagi syarat tambahan iaitu “hulul” bermaksud selesai perpindahan pemilikan, serahan bayaran dan serahan barang yang dibeli di dalam majlis aqad.

Wallahu’alam

source: blog dr azman

Emas ETA adakah suatu pelaburan?

image

Member saya bertanya tentang emas eta, pairing, delay atau bermacam istilah, adakah sangat berbaloi untuk melabur?

Maksud eta disini adalah Estimate Time Arrival, maksudnya dalam kes ini, anda perlu bayar dulu dalam tempoh tertentu sebelum dapat barangnya. contohnya, ali membeli 100g emas ETA07 berharga rm10,000, ali perlu bayar dulu, dan selepas 7 hari baru dapat emasnya, dan begitulah seterusnya untuk ETA30 atau ETA 6 bulan, setahun dan sebagainya.

Kebiasaannya ETA adalah straight forward urusniaga, jika dijanjikan 7 hari maka dalam masa 7 hari, anda akan dpt emas anda, tetapi ada juga yang tidak straight forward, contohnya.

Tawaran A : beli emas 100g rm10,000 , bulan2 dapat rm2000 selama 6 bulan, dan akhirnya dapat gold bar 100g

atau
Tawaran B : beli emas 100g ETA 3Bulan, rm10,000, rebet tunai rm5000, 3 bulan seterusnya dapat rm2000 sebulan.

Menarik bukan, contohnya dalam tawaran A pelabur boleh menjana keuntungan 2 x ganda, dengan modal RM10,000, dapat balik RM22,000 dalam masa 6 bulan atau tawaran B, modal labur RM5000 (setelah tolak rebet) dapat untung RM6000 dalam masa 3 bulan. totally untung besar pelabur.

So bagaimana keuntungan diperolehi dalam urusniaga diatas? ada beberapa peringkat bahagian ini anda perlu tahu.

Pertama: keuntungan kepada pelabur..
seperti tawaran A & B diatas, pelabur bakal menikmati keuntungan yang tinggi seperti ditawarkan, yang penting jual beli itu siap dokumen yang lengkap, dan syarikat tersebut membayar tepat pada masanya.

Kedua: keuntungan kepada orang tengah…
Dalam urusan ETA ini, wujud orang-orang tengah yang membeli dulu tawaran yang dibuka syarikat, dan menjualnya kembali untuk keuntungan diatas angin, contohnya Abu membeli tawaran A diatas, kemudiannya menjualnya kembali kepada Azman dengan bayaran rm1500 sebulan selama 6 bulan, jadi Abu mendapat untung atas angin rm500 sebulan

Ketiga: Keuntungan kepada syarikat…
Syarikat yang menawarkan ETA seharusnya mempunyai mekanisme yang kencang untuk memberi pulangan lumayan kepada pelabur, samada pelaburan digunakan dalam urusniaga emas, ikan keli, sektor hartanah atau apa sahaja bisnes yang dapat menjana pulangan dalam tempoh masa yang ditetapkan. Pelabur perlu pastikan syarikat ini trusted, wakil mereka trusted, genuine atau tidak urusniaga mereka dan modal pusingan mereka banyak tidak kira berjuta kilo emas, sekilo atau 1-2 gram. Yang penting syarikat berkemampuan membayar kepada pelabur.

Ini adalah tulisan ringkas sistem ETA, tulisan sependek ini tidak mencerminkan keseluruhan urusniaga ETA, tetapi sedikit sebanyak merungkai persoalan pembaca, sila komen untuk perbincangan lebih detail

Shahrul emas www.hrg.ms
Wsapp: 012-2301015