30 Fakta yang Perlu Tahu Tentang Emas

big4

1. Menyimpan emas dan perak adalah sunnah Nabi sejak 1400 tahun dahulu. Emas pada asalnya adalah matawang iaitu matawang sunnah

2. Nilai 1DINAR hari ni masih sama nilai 1DINAR zaman Rasulullah S.A.W

3. Pelaburan terbaik kerana harganya semakin naik

4. Penyimpan nilai terbaik dan kalis inflasi dimana emas juga disimpan oleh bank-bank pusat kebanyakan negara bagi memelihara nilai matawang

5. Mudah dicairkan/dijual bila memerlukan wang

6. Jual beli yang mudah tidak perlu pihak ketiga

7. Halal dengan akad jual beli mengikut Islam

8. Habuk emas lebih bernilai dari habuk kayu

9. Aset yang boleh diwarisi tanpa perlu dokumen, prosedur mahkamah dan campurtangan pihak ketiga

10. Sifat semulajadi manusia menyukai emas

11. Logam yang berharga, menarik dan cantik untuk perhiasan dan pelaburan

12. Senang dibawa ke mana-mana dengan pelbagai variety saiz yang sesuai

13. Boleh diniagakan tanpa campurtangan pihak ketiga

14. Sebagai salah satu cara menyimpan wang dari membazir membeli barangan yang kurang berfaedah

15. Permintaan yang semakin tinggi kerana banyak negara menyimpan emas untuk mengelak kekangan matawang dollar

16. Tiada cukai dikenakan kecuali zakat emas bagi orang Islam. Mengeluarkan zakat adalah tanda bersyukur dan Allah akan menambah rezeki orang bersyukur akan nikmatNya.secara tidak langsung anda menunaikan Rukun Islam yang ke-5.

17. Boleh jadi permulaan suatu bisnes untuk keluarga menyimpan emas untuk diniagakan

18. Membeli emas di dalam negeri membantu aliran matawang di dalam negeri berbanding membeli barangan import

19. Membeli emas bagi wanita bukan sahaja untuk dipakai tetapi juga membantu keluarga apabila keadaan memerlukan

20. Emas sebagai aset simpanan sebagai persediaan menghadapi keadaan ekonomi, politik yang tidak stabil

21. Emas boleh dijadikan hadiah untuk sahabat dan orang tersayang, Boleh dijadikan hantaran kepada mereka yang mendirikan rumahtangga.

22. Aset fizikal yang tidak boleh dibekukan walaupun diistiharkan bankrupt

23. Kejatuhan nilai dollar (USD) yang mungkin menyebabkan inflasi yang besar

24. Menggantikan nilai matawang kertas (wang fiat) yang semakin susut nilainya ditelan masa sedangkan emas kalis inflasi.

25. Boleh dipajak di ArRahnu dengan kadar upah simpan yang rendah pada bila-bila masa apabila memerlukan pinjaman wang dari bank

26. Kegagalan wang kertas yang terjadi di Zimbabwe adalah kerana mencetak wang melebihi rizab/simpanan emas Negara..Buktinya 100 billion Zimbabwe hanya mampu beli 3biji telur. Indonesia bakal menjadi Negara seperti Zimbabwe jika inflasi yang melampau terus belaku

27. Emas tidak dicipta dan dikawal oleh kerajaan sedangkan wang fiat dicipta/dicetak dan dikawal oleh kerajaan

28. Pelarian Vietnam bertindak bijak dengan menukarkan harta kekayaan mereka kepada emas dan melarikan diri ke Malaysia ketika Negara mereka sedang bergolak dgn peperangan “PERANG VIETNAM 1955-1975”

29. Dikatakan kerajaan China menasihatkan rakyatnya menyimpan 5% dari kekayaan mereka dengan membeli emas.Tahap kesedaran rakyat china terhadap penyimpanan emas begitu tinggi sehinggakan di Negara mereka terdapat satu vendor mesin yang menjual emas sedangkan di Malaysia vendor mesin hanya menjual Nescafe/air tin

30. Kerajaan Korea mmbeli 1billion emas/ 3tan emas daripada siapa?? Jawapannya dari U.S.. U.S terkenal dgn Negara yang paling banyak “hutang” tetapi kenapa dia boleh jual emas sebanyak 3tan kepada korea dengan mudah?? Ini kerana U.S ialah Negara yang paling banyak emas/rizab emas/simpanan emas. Ini bermksd berlaku satu perancangan hebat di mana mereka akan menggunakan emas sebgai transaksi..bagi yang beragama islam, terdapat hadis dari rasulullah :

“Akan tiba suatu zaman…di mana tiada apa yang bernilai…dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham untuk digunakan” [Hadis dari rekod Imam Ahmad Ibnu Hanbal]

sumber – www.emasedar.com

Syiling Emas sempena pemerintahan Sultan Ahmad Shah

syilingemas..ROZAINI ROSDIN (kiri) dan Datuk Leen Mustafa menunjukkan syiling emas edisi terhad di Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan, semalam. – UTUSAN/ABD. RAZAK AID

SEREMBAN 21 Dis. – Sebanyak 3,999 keping syiling emas edisi terhad ditawarkan untuk jualan sempena sambutan 40 tahun pemerintahan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah.

Pengeluaran syiling emas itu adalah kerjasama antara kerajaan negeri Pahang dan syarikat penyedia perkhidmatan jual beli emas milik bumiputera, Triplenine Goldworld Gallery Sdn. Bhd (Triplenine).

Ketua Pegawai Eksekutif Triplenine, Datuk Rozaini Rosdin berkata, syiling emas itu akan diedarkan secara eksklusif sebagai koleksi kenang-kenangan pada harga RM6,999 setiap keping.

Beliau berkata, setakat ini, sambutan yang diterima untuk koleksi tersebut amat menggalakkan.

“Ia dijangka menarik orang ramai terutamanya dalam kalangan pengumpul koleksi keluaran khas,” katanya kepada Utusan Malaysia di Nilai, dekat sini semalam.

Majlis Pelancaran Syiling Peringatan dan Setem Kenangan Sempena Memuliakan Sambutan 40 Tahun Pemerintahan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah akan berlangsung di Kuala Lumpur malam esok.

Rozaini berkata, syiling itu mengandungi emas tulen 999.9 dengan berat 31.33 gram setiap keping.

Tambahnya, ukur lilit syiling adalah 32 milimeter (mm) manakala tebalnya tiga mm.

Jelasnya, pengesahan ketulenan syiling itu dibuat oleh assayer dari KL Assay Office (M) Sdn. Bhd, Abdul Shukor Anuar.

“Kami berharap orang ramai akan mengambil peluang daripada majlis sambutan 40 tahun pemerintahan Sultan Ahmad Shah untuk mendapatkan syiling emas ini yang mempunyai edaran terhad iaitu 3,999 keping sahaja,” ujarnya.

goldsultan

Maklumat lanjut mengenai koleksi syiling emas itu boleh diperoleh daripada Datuk Leen Mustafa di talian 012-9996006, 017-9996006 dan e-mel: leentriplenine@gmail.com.

sumber – www.utusan.com.my

Tips menjemput rezeki dengan lebih mudah !

IMG_20130623_165850

1.Networking pertama adalah DHUHA. Jika kita selalu buat 2 Rakaat..sekarang ubah lebih rakaat..makin lama makin meningkat.

Selepas Solat Dhuha kita perlu baca surah Al-Waqiah. Surah ini tidak akan membuat kita miskin untuk selamanya.Waktu DHUHA rasa getaran kita untuk menjadi apa. Jika ingin jadi JUTAWAN. Doalah jadi JUTAWAN BERKAT

2.Tahajjud. Bangunlah menunaikan solat ini setiap malam. Tambahkan juga bilangan rakaat tahajjud ni. Muhasabah diri dan mintalah pertolongan Allah sebulat-bulatnya.

3.Membaca Al-Quran. Apa yang di cerita,bangun pagi kita jangan buka hp atau rancang nak buat apa dulu..mandi dan ambil wudhuk terus baca Al-Quran & terjemahan walaupun 1 ayat. Ini kerana apabila kita melakukan ini..Allah akan bagi kecukupan masa yang melampau pada kita untuk 1 hari. Jadi tiada istilah “TIADA MASA”.

4. Berzikir..Beliau meminta semua berzikir Ya Wahhab 40,000 kali setiap hari selama 7 hari. Ini adalah latihan kita bersama dengan Allah. Jika tiada perubahan buatlah sehingga 40 hari.

5.Solat Berjemaah. Terutama lelaki,,solat berjemaah di surau atau masjid. Pergi awal 10 minit awal sebelum azan. Orang lelaki diminta telefonlah ibu 1 hari 5 kali atau lebih.

6. Bersilaturrahim..Janganlah kita memecahkan silaturrahim. Maafkan mereka yang pernah sakiti anda dengan hati yang yang lapang dan tenang.

7.Bersedekah. Ini amalan yang sangat dititikberatkan oleh pn.areena kerana sedekah satu power yang luar biasa. Nak sakit sembuh,nak anak dengar cakap kita,nak kaya perlu kita sedekah. 1 kali memberi..Allah gandakan 10 & boleh digandakan lagi 700 kali.

Contoh yang dia beri semalam..Jika inginkan pendapatan bulan ini RM5000..10% daripada RM5000 yang kita inginkan..RM500 perlu kita sedekahkan pada bulan ini.

Bila bersedekah terang-terang kita minta dengan Allah.

Testimoni beliau tentang sedekah..seorang peniaga online setiap bulan sedekah RM120,000. Pendapatan setiap bulan RM600,000.

Testimoni beliau lagi..seorang kawan pergi outstation 7 hari. Sebelum outstation..kawan dia pergi bayar ‘INSURANS’..bukan insurans prudential atau takaful tapi insurans SEDEKAH. Dia sedekah 3 tempat anak yatim. Dijadikan cerita..iron rumah dia tak tutup. Selama 7 hari tiada apa yang berlaku pada rumah dia..iron tu hanya panas sahaja. SUBHANALLAH

8.Solatlah di awal waktu. Panggilan ALLAH lagi penting dari segala-segalanya. Contoh : Jika anda hendak susun 40 batu..batu yang ke 39 azan berkemandang,agaknya kita sambung batu terakhir atau tidak??

Pesan beliau sambunglah batu terakhir selepas solat..
9.Serahkan sepenuh pergantungan kita kepada ALLAH. Jangan mengharapkan manusia di luar sana.

10.Tawakal dan Usaha. Selalu kita dengar, usaha dulu baru tawakal. Betul tak ?? Tapi pn.rina kata ..tawakal dulu baru usaha..minta bulat-bulat pada Allah..baru kita usaha.

4 amalan surah setiap hari.
● Surah Yaasin- Setiap solat fardhu
● Surah Al-Waqiah-Waktu Dhuha
● Surah Ar-Rahman- Waktu Asar
● Surah Al-Mulk – Sebelum tidur

Pesan beliau juga minumlah air masak 3 liter sehari.
Jika yang perempuan mulalah pakai stokin. Sebab penyakit bermula dari kaki. Ini kerana mak dia adalah pesakit KANSER..Tapi dia tak. Sebab dia tidak beremosi seperti mak,selalu minum air. Mak dia jarang minum air.

Yang ikut adalah adik dia pesakit KANSER. Ini kerana adik dia seperti mak yang selalu beremosi dan kurang minum air.

BILA ANDA CUKUP AMALAN…BARULAH SEMUA AKAN BERUBAH. SEKARANG SEMUA TERLETAK PADA DIRI KITA SAMA ADA INGIN BERUBAH ATAU TIDAK.

BERPEGANG KEPADA ALQURAN

sumber – www.atanahmad.net/2014/12/tips-menjemput-rezeki-dengan-lebih-mudah.html

Rezeki Habuk Emas

cara3

SETIAP pagi Mohammad Sallu, 12, bangun awal.

Dengan berus dan penyodok sampah, dia berjalan ke kawasan tempat terletaknya beberapa bengkel barang kemas, menanti bengkel berkenaan membuang sampah.

Dia akan memungut kotoran dari tepi longkang, dalam longkang dan di sekitar jalan raya berhampiran. Mohammad bukan tukang sapu sampah jalanan. Dia mencari habuk emas dan kemudian menjualnya semula kepada tukang emas bagi mendapatkan wang secukupnya untuk hidup.

Dia tidak bersendirian. Ramai lagi kanak-kanak seusianya melakukan kerja itu dan ramai lagi yang sudah sekian lama menyapu jalan raya untuk mencari logam halus berharga yang tersembunyi di antara kotoran dan debu.

Mereka dikenali sebagai Newaras, mencari rezeki dengan meniliti kotoran, termasuk di dalam longkang.

“Sudah tiga tahun saya melakukan kerja ini dan kini sudah mahir. Saya mencarinya di celah kotoran, sisa buangan dan batu. Saya jual habuk emas itu semula kepada tukang emas yang membayar dengan harga yang lumayan,” katanya.
Terdapat hampir 200 Newaras di Kolkata. Mereka boleh memperoleh sekurang-kurang 2,000 rupee (RM111) sehari dengan menjual semula debu logam berharga itu.

Kumar Sunny, 23 yang menyara lima adik dan ibunya berkata, mendiang bapa dan datuknya juga melakukan pekerjaan sama.

“Selepas bapa meninggal dunia ketika saya berusia lapan tahun, saya mula melakukan pekerjaan ini untuk menyara keluarga.

Kerja Newaras bermula awal pagi sebelum penduduk di situ mula bekerja. Mereka mengaut kotoran dari longkang dengan penyapu dan kemudian membasuh lumpur dengan asid hingga habuk emas itu boleh diasingkan.

“Asid mencairkan semuanya termasuk logam lain, meninggalkan hanya debu emas yang berkilauan. Kemudian kami mengeluarkannya dan menjual semula kepada tukang emas,” katanya.

Walaupun menghadapi kesulitan dan kesukaran, Newaras berbangga dengan apa yang mereka lakukan. Dibandingkan dengan pemuda seusia mereka yang tidak ke sekolah, mereka percaya kerja itu mendatangkan hasil yang lumayan.

Mohammad Shera, 13, yang berhenti sekolah ketika berusia lapan tahun berkata, dia tidak mungkin memperoleh pendapatan lebih baik sekiranya mempunyai pendidikan atau melakukan pekerjaan kasar.

“Emas tidak pernah mengecewakan kami; dalam setiap baldi kami menjumpai debu kuning.

“Pekerjaan itu memenatkan, tetapi apa yang hebat, wang berada di dalam poket selepas habis bekerja dan tidak perlu risau dengan syif, kami membuat wang segera,” katanya.

Emas amat berharga di India dan ia adalah negara kedua paling banyak membeli emas selepas China.

Pengaruh tradisi menyebabkan kebanyakan keluarga menghabiskan wang simpanan mereka untuk membeli barangan kemas diperbuat daripada emas yang juga melambangkan status tinggi dalam kalangan masyarakat India.

sumber – www.hmetro.com.my

Basikal bersadur Emas RM1.4 juta

11hmbemas.transformed

London: Sebuah basikal bersadur emas ditawar untuk dijual dengan harga RM1.4 juta. Syarikat barangan mewah Goldgenie.com menawar menjual basikal yang disadurkan dengan emas 24 karat itu di Internet.

Goldgenie.com yang sebelum ini terkenal kerana menghasilkan ‘perumah’ untuk telefon pintar dan tablet, menyadur seluruh basikal lumba itu dengan emas, termasuk pemegangnya dan setiap bucu rantai gear.

Ia turut dihiasai dengan berlian di beberapa tempat.

Basikal berkenaan turut dilengkapi dengan edisi terhad tempat duduk San Marco dan tayar lumba SR4.

Harga basikal itu mengalahkan kos membeli sebuah Ferrari dan juga lebih mahal daripada kos purata untuk membeli rumah di Britain bulan lalu. – Agensi – www.hmetro.com.my

Lubuk Emas Kampung Jenang Di Marang

Kampung Jenang Di Marang, Lubuk Emas Yang Tersimpan

Percaya atau tidak, penduduk Kampung Jenang yang terletak di Marang jika memerlukan duit berbelanja lebih boleh keluar dan mendulang emas hanya di kawasan berhampiran rumah mereka.

Itulah keistimewaan yang diberikan kepada bumi Kampung Jenang yang terletak berhampiran Jeti Sungai Kerak jika mengikuti pelayaran dengan bot sepanjang Sungai Marang.

Kampung Jenang Di Marang, Lubuk Emas Yang Tersimpan 02 Pemandangan di tepi Sungai Marang ketika perjalanan ‘river cruise’ dari Jeti Sungai Kerak ke Kampung Jenang. – Foto MYNEWSHUB.CC

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Jenang; Rasid Abdul Ghani berkata jika penduduk sekitar menggali sedalam kira-kira lima hingga enam kaki sebelum mula mendulang.

Menurut beliau, pastinya ada jumlah emas yang akan ditemui dan biasanya kuantitinya banyak.
“Kalau di Terengganu, mereka ukur emas pakai Hamas, kalau sehari betul-betul buat, dapatlah dua hamas atau tiga hamas.
“Emas 10 itu jenis emas lembut, kalau nak buat gelang dengan emas ini tak boleh kerana ia terlampau lembut, tetapi ia perlu dicampur dengan emas lain,” katanya kepada Mynewshub.cc.

Timbalan Pengerusi JKKK Kampung Jenang Rasid Abdul Ghani bercerita mengenai keistimewaan emas Kampung Jenang kepada Mynewshub.cc.

Setem Bersadur Emas Pertama Di Malaysia

setemdiyanaDiyana menunjukkan setem sulaman Kebaya Nyonya yang bersadur emas dan berbentuk kertas.
“Setem ini amat terhad. Jadi bagi peminat setem bolehlah datang ke ruang legar pameran setem antarabangsa ini bermula hari ini (Selasa),” katanya.

KUALA LUMPUR: Peminat setem di negara ini berpeluang mendapatkan koleksi setem bersadur emas yang dikeluarkan buat pertama kalinya di negara ini.

Ketua Unit Setem dan Filateli Pos Malaysia Berhad, Diyana Lean Abdullah berkata setem bertemakan ‘Baba & Nyonya’ itu boleh didapati pada harga RM50 sekeping.

“Setem bersadur emas ini pertama kali dikeluarkan di negara ini. Ia adalah susulan pengeluaran setem tersebut dalam bentuk kertas pada November tahun lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Pameran Setem Belia Dunia Kuala Lumpur (KLwyse) 2014 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini, Selasa.

Diyana berkata, setem tersebut memaparkan motif buah-buahan tempatan sulaman kebaya Nyonya iaitu pakaian tradisional Peranakan Cina di Melaka yang boleh digunakan untuk tujuan pengeposan.

Bagaimanapun, katanya, setem tersebut adalah terhad kerana dicetak sebanyak 5,000 keping sahaja dan boleh didapati bermula Selasa.

Jelas beliau, sambutan terhadap setem tersebut amat memberangsang dan ia akan menjadi antara setem paling laris sepanjang pameran yang akan berakhir Sabtu ini.

“Saya percaya setem ini memang akan jadi rebutan. Ini kerana ia (bersadur emas) pertama kali dikeluarkan di negara ini,” katanya.

Sementara itu, Diyana berkata setem Empat Annas (empat dominasi) iaitu Separuh Anna, Satu Anna, Dua Anna dan Empat Annas antara yang terawal digunakan dalam negeri-negeri Selat dicetak semula bagi memperingati genap 160 tahun penggunaan setem di Malaysia.

“Setem tersebut antara yang terawal digunakan di Malaysia, kira-kira 160 tahun dahulu. Ia susah dijumpai dan kita cetak semula pada kali ini,” katanya.

Beliau berkata, setem tersebut yang juga milik seorang warganegara Singapura itu mampu mencecah $AS1.5 juta di pasaran.

setem1newSetem bertemakan 160 tahun penggunaan setem di Malaysia.

“Koleksi setem Empat Annas itu hanya dicetak sebanyak 60,000 keping sahaja. Jumlahnya juga amat terhad. Bagi peminat setem, saya syorkan datanglah ke pameran ini untuk mendapatkan koleksi ini,” katanya.

Koleksi setem Empat Annas itu boleh didapati pada harga RM1, RM2 dan RM3.

Pameran yang berlangsung di KLCC bermula 1 hingga 6 Disember ini mempamerkan lebih 100,000 koleksi setem termasuk setem wajah Queen Victoria ketika berumur 15 tahun yang digunakan di Negeri-negeri Selat yang berusia 160 tahun.

Selain itu, lima set setem lembaran mini khas turut dikeluarkan pada setiap hari pameran dengan tema berbeza iaitu Bangunan Warisan, Flora, Fauna, Tarian Kebudayaan dan Cerita Legenda Melayu.

sumber – SOFEA SUSAN ALBERT KASSIM www.mstar.com.my

 

Pengantin Emas di India

pengantin-serba-emasdari-india

Seorang pembuat manisan benar-benar memastikan anak perempuannya menjadi wanita emas pada hari perkahwinannya apabila dia dilitupi dengan barang kemas bernilai lebih £400,000 (RM 2.1 juta).

Perkahwinan yang berlangsung Tirupati, Andhra Pradesh itu turut menyaksikan si bapa bergaya dengan barang kemasnya, hampir mengalahkan pengantin.

Tindakan mereka menyebabkan polis mengerahkan beberapa anggota mereka bagi memastikan lelaki berkenaan dan anaknya tidak diserang dan dirompak ketika berulang-alik ke tempat majlis itu diadakan melalui kawasan kejiranan miskin.

“Memakai barang kemas sebanyak itu bukanlah satu jenayah, tetapi jenayah boleh terjadi sebaik sahaja orang mendengar mengenainya. Kami hanya mahu memastikan tidak berlaku sebarang masalah,” kata jurucakap polis Tirupati, Sandeep Kumar.

Bapa pengantin perempuan dilaporkan menjadi kaya hasil menjual manisan di seluruh Andhra Pradesh, negeri di selatan India. Perbuatan mereka dikutuk secara meluas menerusi media sosial sebaik saja imej si bapa dan anaknya dimuat naik ke Internet dengan ramai yang menyifatkannya sebagai bodoh. -Agensi

PATI Sembunyi Duit, Emas Berlonggok Longgok

image

Tiga pekerja ladang warga Pakistan ditahan Jabatan Imigresen Negeri ditepi perhentian tol di Senawang di sini, kelmarin kerana disyaki tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.

Lebih mengejutkan, hasil daripada penahanan ketiga-tiga warga Pakistan yang berumur lingkungan 40-an itu, turut membawa kepada penemuan barang kemas seberat 83 gram dan sejumlah wang tunai RM2,500, yang disembunyikan di dalam seluar dalam dua daripada tiga lelaki tersebut ketika pemeriksaan pada anggota badan dilakukan.

Pengarah Jabatan Imigresen Negeri, Faizal Fazri Othman berkata, pihaknya melakukan pemeriksaan secara kebetulan ke atas kesemua mereka kira-kira  2 petang, kelmarin, selepas mereka dilihat dalam keadaan yang mencurigakan.

“Hasil daripada pemeriksaan yang dilakukan, mereka yang bekerja di Shah Alam didapati gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri kepada pihak berkuasa.

“Oleh demikian, kita membawa mereka ke pejabat untuk pemeriksaan lebih lanjut dengan turut membuat pemeriksaan pada anggota badan sebelum menemui barang kemas dan wang tunai yang telah disembunyikan di dalam seluar dalam dua daripada tiga lelaki tersebut,” katanya.

Katanya, daripada soal siasat selepas penemuan barang kemas dan wang tunai tersebut, mereka dipercayai baharu sahaja pulang dari membeli barang kemas di Kuala Pilah sebelum singgah di Senawang.

“Tindakan suspek ketika ditahan kelmarin amat meragukan bagaimanapun, mereka telahpun ditahan dan akan  dibawa ke Depoh Tahanan Imigresen untuk siasatan lanjut mengikut di bawah Sekyen 6 (1)(c) Peraturan-peraturan Imigresen 1959/63 kerana tiada  dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya.

Melombong Emas dari Air Laut

Ketika manusia hanya mengetahui emas cuma boleh diperolehi daripada batuan yang kaya dengan unsur-unsur logam, ramai terlepas pandang tentang peluang yang satu ini.

Sea_Gold [5]

Kajian yang dilakukan oleh ahli kimia Inggeris, S. Sonstadt, pada tahun 1872 mendapati emas bukan saja terdapat di daratan tetapi turut terkandung dalam limpahan air laut.

Dia menjadi orang pertama yang berjaya mengesan kewujudan emas dalam air laut. Persoalannya, berapa banyak sebenarnya emas yang terkandung di dalam air laut?

Menurut pakar, kepekatan emas di dalam air laut ualah sebanyak 0.00005 ppm (Parts per million) atau bahagian per juta. Jika keperkatan emas di dalam air laut sebanyak itu, bermakna kandungan emas dalam setiap satu liter air laut ialah 0.00005 miligram emas.

Jumlah tersebut dilihat memang sedikit tapi jika dihitung berapa banyak emas yang terkandung dalam satu kilometer padu air laut, jumlahnya sangat luar biasa!

Dianggarkan dalam satu kilometer padu air laut, terdapat 50,000 gram emas atau bersamaan 50 kilogram emas!

Nilai menguntungkan ini membuatkan banyak percubaan dilakukan untuk mengekstrak air laut menjadi emas.

Ahli kimia dari Jerman, Fritz Haber, merupakan antara orang yang memberi tumpuan terhadap perkara ini. Dia menghabiskan seluruh usahanya mengkaji dan mencipta teknik pengekstrakan yang berdaya maju.

Sea_Gold [4]
Sea_Gold
Sea_Gold [2]
Sea_Gold [3]

Dia berharap usahanya akan berjaya dan berhasrat supaya emas tersebut akan digunakan untuk membayar hutang negaranya ketika pasca perang dunia kedua. Namun, usahanya gagal mencapai kejayaan.

Ramai pakar sependapat idea dan teori Sonstadt memang bagus tetapi mempunyai masalah dari segi praktikalnya. Sehingga ke hari ini, masih belum ada teknologi yang boleh digunakan untuk mengasingkan emas dari air laut.

Keadaan itu menyebabkan usaha untuk mengaut keuntungan daripada sumber paling berharga di bumi ini terbantut.

Sekiranya usaha itu mahu diteruskan dengan kapasiti teknologi yang ada ketika ini, saintis menjangkakan kerja-kerja memproses air laut dan menyaring emas akan memakan masa berpuluh-puluh tahun lamanya.

Sekiranya berjaya mengekstrak emas sekalipun, ianya tidak berbaloi dengan kos yang terpaksa dikeluarkan untuk menampung usaha tersebut. Mengekstrak emas tidaklah semudah mengasingkan garam dari air laut.

Sea_Gold [6]

Garam merupakan satu-satunya mineral yang boleh di ekstrak dari lautan menerusi kaedah pengewapan. Malah, garam yang diasingkan dari satu mililiter kubik air laut hasilnya sangat banyak iaitu bersamaan 116,120 kilogram. Jumlah tersebut cukup untuk membekalkan garam ke seluruh dunia selama setahun.

Namun, keadaan ini sangat jauh berbeza dengan emas. Walaupun logam kuning itu ditemui dalam larutan air laut, kandungannya tidak sebanyak garam yang telah diekstrak. Jumlah kandungan emas dalam air laut juga bergantung kepada lokasi dimana ia dilombong.

Data yang dikumpulkan sejak tahun 1988 menunjukkan kepekatan emas paling tinggi dilaporkan telah datang dari sampel air laut yang di ambil dari Laut Bering yang merupakan sebahagian dari Lautan Pasifik.

Jumlah emas yang banyak dalam lautan itu dikaitkan dengan aliran sungai dari Alaska dan Siberia. Sungai-sungai di dua buah negara terbabit memang terkenal memiliki emas yang banyak dan dipercayai telah mengalir masuk ke Laut Bering.

Bering Sea Gold

Selain itu, emas turut dikesan di lautan Nome di Alaska, California, Austria, Laut Atlantik dan Laut Pasifik.

Kehadiran emas dalam air laut di sebahagian kawasan itu dipercayai terbentuk daripada bakteria. Bakteria seperti Chemosynthetic terbukti memiliki kebolehan dan sangat cekap menghasilkan emas, perak, tembaga, mineral dan logam berharga lain menerusi kaedah Akueus.

Dan ketika ini, manusia hanya menunggu teknologi yang benar-benar sesuai dan cekap untuk mengaut kekayaan daripada limpahan air laut itu.