Beli Emas 10gram, setiap bulan dapat rebate 7%

DSCN0084

Soalan
Assalamualaikum tuan,
Ada 1 program emas. Bayar RM1800 dapat emas sebanyak 10gram, setiap bulan akan diberikan rebate sebanyak 7% = RM126 selama 10 bln. Emas ada di tangan. Adakah halal tuan?
Terima kasih

Jawapan

Soalan bagi struktur sebegini sudah diutarakan sebelum ini. Cuma, munkin ada perbezaan pada jumlah atau peratus pulangan yang diberikan. Ia lebih kurang dengan skim cepat kaya yang lain, yang menggunakan hibah/rebate sebagai tarikan. pertamanya, harga sudah di mark up daripada harga pasaran semasa iaitu lebih kurang RM 1,250 -RM1,300 sahaja. Perbezaan lebih kurang RM500. Keseluruhan rebate/hibah yang diberikan pula adalah sekitar RM1,260. ia adalah jumlah yang besar. Ini adalah risiko yang besar kepada penjual/penganjur skim. Pada masa yang sama ia adalah tarikan yang amat menarik kepada pembeli/pelabur. Seolal olah pembeli dapat beli dengan harga yang amat murah. Tetapi kena tunggu sampai 10 bulan.

Hukum asal hibah adalah harus. Penjual juga boleh beri hibah kepada pembeli bagi setiap pembelian. Namun, hibah dalam bentuk rebate yang tinggi iaitu hampir dengan membayar balik harga jualan menimbulkan masalah. Seolah olah jumlah kesuluran rebate adalah harga pasaran semasa emas. Penjual seolah olah tidak mendapat apa apa keuntungan langsung. Di dalam perniagaan sebenar sifirnya, penjual perlu mendapat keuntungan. Tidak ada peniaga yang sengaja mahu menanggung kerugian.

Dalam skim di atas, satu satu cara mendapatkan keuntungan ialah penangguhan bayaran rebate. Dari segi cashflow, penjual/penganjur akan bermasalah tidak mampu membayar rebate. It is too good to bu true. Dengan itu tarikan rebate yang tinggi adalah tarikan kepada pelabur yang baru atau supaya pelabur yang lama menambah atau meneruskan pelaburan. Jelas sekali ia adalah skim cepat kaya, ia akan lingkup dalam tempoh tertentu apabila tidak ada lagi pelabur yang baru, penganjur tidak mampu mebayar rebate, pelabur pula, walaupun ada emas di tangan, disebabkan emas dibeli dengan harga yang mahal, akan kerugian kalau mahu dijual semula emas di pasaran.

Wallahuaโ€™alam

sumber – drazman.net (Dr.Azman Mohd Noor)

Adakah Matawang Kertas sama nilai dengan Emas?

WEIGHT OF GOLD copy

Soalan
Saya nak Tanya berkaitan Bukti menyatakan matawang adalah sama nilai dengan emas?
Bagaimana jika matawang bkn sama nilai emas..adakah boleh buat urusniaga tersebut?

Jawapan

Soalan perlu diperbetulkan. Persoalan sepatutnya berbunyi โ€œApakah bukti matawang kertas sama dianggap matawang seperti dengan emas? Emas adalah matawang pada asalnya. Memang tak boleh samakan emas dengan kertas, epal dengan pisang, atau buah limau dengan kurma. Emas tidak sama nilanya dengan wang kertas. Wang kertas berlainan negara juga tidak sama nilai. Perak yang digunakan sebagai matawang dan dipanggil dirham juga tidak sama nilainya dengan emas. Jawapan kepada soalan adakah wang kertas sama nilai dengan emas ialah kedua duanya berbeza nilai, tetapi kedua duanya adalah matawang (al-thaman), samalah dengan perbezaan 1 kilo emas dan 1 kilo perak, kedua duanya adalah al-thaman, walaupun nilai berbeza.

Persoalannya ialah adakah matawang kertas dianggap sebagai matawang seperti emas. Jawapannya, ya, ia adalah matawang/althaman, sebab peranan matawang sebagaimana yang disebut oleh Imam Ghazali ialah, penkur nilai, alat tukar (medium of exchange) dan simpanan kepada kekayaan. Buktinya, bagaimana kita mengukur nilai bil elektrik, harga barang, nasi lemak dan lain lain? Ia diukur dalam Ringgit. Duit kertas digunakan untuk membayar hutang, memenuhi pelabagai kerpeluan dan hajat manusia pada hari ini kerana ia adalah alat tukar/medium of exchange. Orang ramai menyimpan duit kertas di rumah, di bank bank, kerana ia adalah simpanan kepada kekayaan.

Persoalan kedua, kalau matawang, tidak sama dengan emas, adakah boleh berurusniaga? Jawapan, ya, emas tidak sama nilai dengan perak, duit US tak sama nilai dengan RM, tidak adalah halangan untuk tukar menukar RM dengan USD, beli emas dengan perak atau emas dengan RM asalkan pertukaran dilakukan secara lani, tangan ke tangan dalam majlis aqad.

Wallahuaโ€™lam

sumber – drazman.net (Dr.Azman Mohd Noor)

 

Fahami Konsep Beli Emas ETA atau Delay

34654b64-e2d4-4437-9cac-99655b263771

Pernah kah anda mengkaji pembelian emas secara delay yang tengah hangat dalam pasaran sekarang?.

Hari ini admin ingin menceritakan atau memberi kefahaman kepada yang masih baru dalam perniagaan emas tentang pembelian emas ETA atau Delay.
Delay atau ETA bermaksud membeli emas secara bertangguh dimana pelanggan mendahulukan pembayaran terlebih dahulu dalam masa tertentu pelanggan akan mendapatkan barang emas.

Sebagai contoh, ramai orang buat belian emas secara Delay pada masa 7 hari, 14 hari dan sebulan. dan ada juga yang over belian delay ini sampai berbulan-bulan.

Contoh:
Harga Besar Semasa (MKS) RM128.00/g

Pelanggan beli
ETA / Delay 7 hari: RM126.00/g
ETA / Delay 14 hari: RM124.00/g
ETA / Delay 30 hari: RM120.00/g

Pelanggan beli ETA / Delay 30 hari adalah RM120.00/g x 100g =RM12,000.00
RM12,000.00 pelanggan serah kepada penjual ETA dalam masa yang ditentukan barang emas akan dibagi

Persoalan disini:
Mampu kah company yang menjual emas secara Delay ini delever barang yang telah dijanjikan. ini yang sepatutnya pihak pelanggan kena fikir sebelum bertindak.

Ok, saya akan rumuskan bagaimana Company yang menjual emas secara Delay membuat pusingan wang anda.

ETA / Delay 7 hari: RM126.00/g (Company ETA topup RM2.00/g)
ETA / Delay 14 hari: RM124.00/g (Company ETA topup RM4.00/g)
ETA / Delay 30 hari: RM120.00/g(Company ETA topup RM8.00/g)

Dalam masa 7 hari / 14 hari / 30 hari company kena rolling wang modal anda tadi. minimum keuntungan company rolling adalah RM2.00/g ETA 7 (dan seperti yang admin sebutkan diatas).
Jika Roling tersebut tidak mencapai jumlah yang admin sebutkan diatas maka pihak compny akan rugi.

Begitulah konsep pembelian emas secara ETA atau Delay yang kebanyakan company emas over, pesanan admin kepada pelanggan adalah buat kira-kira yang tepat untuk membeli emas dengan konsep ini.

jika ada salah silap dalam artikel ini sila emailkan kepada support@pampmalaysia.com.my
insyallah kami akan perbetulkan.

sumber – www.pampmalaysia.com.my

Jual Emas 100gram dengan harga RM4k, lepas sebulan dapat balik Emas yang dijual bersama hibah

gold-bars-2012-2

Soalan

Salam. Saya nak tanya pasal program terbaru anjuran xxx gold trading, patuh Syariah atau tidak. Hantar pamp 100g dpt rm 4000 time tu jgk, selepas 30 hari, dapat balik pamp dan diberikan hibah rm 1500.

Jawapan,
Ia adalah transaksi yang bermasalah dari segi kepatuhan kepada Shariah, berdasarkan alasan berikut:

Pertama, jual beli sedemikian adalah tidak sah. Kalau saya jual barang, saya ambil harga bayaran, kemudian saya kata, kena pulangkan balik barang yang saya jual selepas sebulan, ia adalah jual beli yang tidak sah. Samalah juga kalau pembeli menawarkan awal awal lagi akan memulangkan barang yang dibeli, penjual beretuju menjual dengan syarat tersebut, ia adalah syarat yang bercanggah dengan tujuan (muqtada) jual beli, dengan itu ia membatalkan jual beli tersebut dari awal awal lagi. Ini kerana jual beli adalah pertukaran dua gantian yag melibatkan perpindahan pemilikan.

Kedua, ia adalah pinjaman berfaedah. Emas dipinjamkan (qard), kemudian dipulangkan balik. Kalau sekadar meminjam emas, tidak ada isu Shariah. Tetapi, masalahnya ada manfaat dalam bentuk bayaran duit tunai. Bayaran duit kononnya harga jualan emas iaitu RM4000 dan hibah RM1500 adalah riba, kerana ia bukan betul betul jual beli. Ini kerana pemilik emas tidak akan bodoh menjual emas yang bernilai RM13k dengan harga RM4k, kecuali dia sudah tahu, dia akan dapat balik emas yang dijual sebab pembeli/pengelola skim sudah berjanji akan bagi balik emas tersebut. Pemilik emas/pelabur sudah tahu tidak akan berlaku pemindahan pemilikan sebenar kepada pembeli. Emas itu akan kembali kepadanya.

Kesimpulan, ia bukan transaksi jual beli yang sebenar, ia hanyalah โ€œcamouflageโ€ atau helah kepada riba. Transakasi tersebut pada adalah dikira sebagai pinjaman (qard) emas. Setiap pinjaman yang memberikan manfaat kepada pemberi pinjaman adalah riba.

Wallahuโ€™alam

sumber – drazman.net (Dr.Azman Mohd Noor)

Beli Emas dengan harga mark up, buy back setiap bulan selama 3 tahun

harga-emas

Soalan,

Salam,

Soalan dr anok buah. Dia beli emas 100g dengan harga RM 18k. Harga pasaran RM15k. Dia jual semula di hujung bulan kepada syarikat yg sama dgn harga RM21k, untung RM3k. Perjanjian dgn syarikat emas tersebut selama 3 tahun. Apa hukumnya?

Jawapan.

Ia adalah pakej jual beli emas yang bermasalah. Sekiranya emas yang dibeli sudah diterima, dan munkin dilakukan secara taqabud dan tunai di dalam majlis aqad, maka ia selamat dari masalah riba pada jual beli emas secara bertangguh. Sekiranya emas tidak diterima, maka ia adalah riba pada jual beli emas. Adapun menjual semula kepada syarikat pada hujung bulan dengan harga yang lebih tinggi, ia adalah bayโ€™ al-inah. Walaupun tidak disyaratkan jual balik, qarinah kepada perancangan dan persetujuan kepada jual semula sangat jelas. Tidak ada pembeli biasa yang bodoh membeli emas yang jauh lebih mahal dari harga pasaran, kecuali kerana inginkan ganjaran buyback dengan harga yang lebih tinggi walaupun tersangat jauh dari harga pasaran.

Perjanjian selama 3 tahun? Berapa kali nak jual emas yang sama? Kalau sudah dijual, macam mana nak dijual lagi? Tak masuk akal. Mana boleh jual barang yang tiada. Tidak sah jual beli.

Kemunkinan besar, emas tidak diterima oleh pembeli/pelabur, ia hanyalah tempahan secara ETA, dan apabila tiba tempoh sebulan, dibeli balik dengan harga yang lebih mahal. Maka ia adalah riba yang berganda ganda, riba pada jual beli emas bertangguh serahan, riba pada buy back dengan harga yang tinggi kerana bayโ€™ al-inah yang dilarang oleh Rasulullah, dan riba kerana mengulangi riba riba tadi berkali kali.

Wallahuaโ€™lam

sumber – drazman.net (Dr.Azman Mohd Noor)

Larangan Menjual Beli Emas Secara Bertangguh

10806471_998140676879532_4806184510157293196_n

Ada yang mendakwa bahawa yang dilarang jual beli emas secara bertangguh ialah bagi pertukaran emas dengan emas sahaja. Kepada mereka yang mendakwa sedemikian, adakah anda inkar hadith hadith Rasulullah sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ubadah b Samit seperti berikut:

ย—ู‚ูŽุงู„ูŽ ุฑูŽุณููˆู„ู ุงู„ู„ู‡ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ: ยซุงู„ุฐู‘ูŽู‡ูŽุจู ุจูุงู„ุฐู‘ูŽู‡ูŽุจูุŒ ูˆูŽุงู„ู’ููุถู‘ูŽุฉู ุจูุงู„ู’ููุถู‘ูŽุฉูุŒ ูˆูŽุงู„ู’ุจูุฑู‘ู ุจูุงู„ู’ุจูุฑู‘ูุŒ ูˆูŽุงู„ุดู‘ูŽุนููŠุฑู ุจูุงู„ุดู‘ูŽุนููŠุฑูุŒ ูˆูŽุงู„ุชู‘ูŽู…ู’ุฑู ุจูุงู„ุชู‘ูŽู…ู’ุฑูุŒ ูˆูŽุงู„ู’ู…ูู„ู’ุญู ุจูุงู„ู’ู…ูู„ู’ุญูุŒ ู…ูุซู’ู„ู‹ุง ุจูู…ูุซู’ู„ูุŒ ุณูŽูˆูŽุงุกู‹ ุจูุณูŽูˆูŽุงุกูุŒ ูŠูŽุฏู‹ุง ุจููŠูŽุฏูุŒ ููŽุฅูุฐูŽุง ุงุฎู’ุชูŽู„ูŽููŽุชู’ ู‡ูŽุฐูู‡ู ุงู„ู’ุฃูŽุตู’ู†ูŽุงููุŒ ููŽุจููŠุนููˆุง ูƒูŽูŠู’ููŽ ุดูุฆู’ุชูู…ู’ุŒ ุฅูุฐูŽุง ูƒูŽุงู†ูŽ ูŠูŽุฏู‹ุง ุจููŠูŽุฏูยป ู…ุณู„ู…
โ€œEmas dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, barli dengan barli, kurma dengan kurma, garam dengan garam (ditukarkan) sesama jenis, pada kadar yang sama, secara tunai (spot), sekiranya berlainan jenis, maka jual belilah sesuka hatimu selama mana ia adalah pertukaran tunai.โ€ โ€“ (Muslim, Abu Daud, al-Nasai, dan Ahmad)

Hadith ini menjelaskaan hukum jual beli/pertukaran barang barang ribawi. Hadith di atas tidak meletakkan apa apa sharat bagi jual beli barang barang biasa yang buka ribawi seperti membeli beras degan menggunakan matawang. Ia boleh dilakukan secara tunai, bayaran tangguh, atau bayar dahulu terima kemudian.

Cuba perhatikan lafaz โ€œSekiranya berlainan jenis, maka jual belilah sesuka hati kamu selama mana ia adalah pertukaran secara tunaiโ€ (lani/tangan degan tangan).

Ulama bersepakat kalau emas ditukar dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, ada dua sharat yang perlu dipenuhi: 1. Pada nilai/sukatan yang sama. 2. Dilakukan secara tunai.

Sekirannya berlainan jenis, tetapi illah yang sama seperti emas dengan perak, gandum dengan garam, maka di sana ada satu syarat yang mesti dipatuhi iaitu mestilah dilakukan secara tunai/lani. Maka boleh jual beli 100 gram emas dengan 2 kilo perak, satu kilo tamar dengan 2 kilo gandum dengan syarat ia dilakukan secara tunai/lani, bukan secara tangguh/ansuran.

Emas dalam bentuk dinar pada zaman Rasulullah adalah pada harga 8 atau 10 atau 12 dirham perak. Harganya sentiasa berubah. Emas dijual beli atau ditukar dengan perak atau emas dinar digunakan untuk membayar hutang yang diambil dalam dirham perak atau sebaliknya seperti yang disebut di dalam hadith Abdullah ibn Umar dalam transaksi juala untanya dan bayaran hutang dengan matawang yang berbeza (dinar emas vs dirham perak).

Dalil dalil lain yang melaranga jual beli emas/perak dan matawang secara bertangguh:

ุนูŽู†ู’ ู…ูŽุงู„ููƒู ุจู’ู†ู ุฃูŽูˆู’ุณู ุจู’ู†ู ุงู„ู’ุญูŽุฏูŽุซูŽุงู†ูุŒ ุฃูŽู†ู‘ูŽู‡ู ู‚ูŽุงู„ูŽ: ุฃูŽู‚ู’ุจูŽู„ู’ุชู ุฃูŽู‚ููˆู„ู ู…ูŽู†ู’ ูŠูŽุตู’ุทูŽุฑููู ุงู„ุฏู‘ูŽุฑูŽุงู‡ูู…ูŽุŸ ููŽู‚ูŽุงู„ูŽ ุทูŽู„ู’ุญูŽุฉู ุจู’ู†ู ุนูุจูŽูŠู’ุฏู ุงู„ู„ู‡ู โ€“ ูˆูŽู‡ููˆูŽ ุนูู†ู’ุฏูŽ ุนูู…ูŽุฑูŽ ุจู’ู†ู ุงู„ู’ุฎูŽุทู‘ูŽุงุจู -: ุฃูŽุฑูู†ูŽุง ุฐูŽู‡ูŽุจูŽูƒูŽุŒ ุซูู…ู‘ูŽ ุงุฆู’ุชูู†ูŽุงุŒ ุฅูุฐูŽุง ุฌูŽุงุกูŽ ุฎูŽุงุฏูู…ูู†ูŽุงุŒ ู†ูุนู’ุทููƒูŽ ูˆูŽุฑูู‚ูŽูƒูŽุŒ ููŽู‚ูŽุงู„ูŽ ุนูู…ูŽุฑู ุจู’ู†ู ุงู„ู’ุฎูŽุทู‘ูŽุงุจู: ูƒูŽู„ู‘ูŽุงุŒ ูˆูŽุงู„ู„ู‡ู ู„ูŽุชูุนู’ุทููŠูŽู†ู‘ูŽู‡ู ูˆูŽุฑูู‚ูŽู‡ูุŒ ุฃูŽูˆู’ ู„ูŽุชูŽุฑูุฏู‘ูŽู†ู‘ูŽ ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ู ุฐูŽู‡ูŽุจูŽู‡ูุŒ ููŽุฅูู†ู‘ูŽ ุฑูŽุณููˆู„ูŽ ุงู„ู„ู‡ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ู‚ูŽุงู„ูŽ: ยซุงู„ู’ูˆูŽุฑูู‚ู ุจูุงู„ุฐู‘ูŽู‡ูŽุจู ุฑูุจู‹ุงุŒ ุฅูู„ู‘ูŽุง ู‡ูŽุงุกูŽ ูˆูŽู‡ูŽุงุกูŽุŒ ูˆูŽุงู„ู’ุจูุฑู‘ู ุจูุงู„ู’ุจูุฑู‘ู ุฑูุจู‹ุงุŒ ุฅูู„ู‘ูŽุง ู‡ูŽุงุกูŽ ูˆูŽู‡ูŽุงุกูŽุŒ ูˆูŽุงู„ุดู‘ูŽุนููŠุฑู ุจูุงู„ุดู‘ูŽุนููŠุฑู ุฑูุจู‹ุงุŒ ุฅูู„ู‘ูŽุง ู‡ูŽุงุกูŽ ูˆูŽู‡ูŽุงุกูŽุŒ ูˆูŽุงู„ุชู‘ูŽู…ู’ุฑู ุจูุงู„ุชู‘ูŽู…ู’ุฑู ุฑูุจู‹ุงุŒ ุฅูู„ู‘ูŽุง ู‡ูŽุงุกูŽ ูˆูŽู‡ูŽุงุกูŽยป ู…ุณู„ู…
ย—Maksudnya, kata Umar r.a (setelah melarang dua orang sahabat Nabi yang berjualbeli emas dan perak tetapi salah seorang mereka ingin menangguh penyerahan peraknya), โ€œSesungguhnya Rasulullah saw telah berkata: (jual beli) perak dan emas adalah riba kecuali jika (mereka berkata) โ€œnah ambil iniโ€ dan (seorang lagi berkata) โ€œnah ambil iniโ€. (ู‡ุงุก bererti ุฎุฐ ู’ู‡ุง)
ย—
ย—ุญูŽุฏู‘ูŽุซูŽู†ูŽุง ู…ูŽุงู„ููƒูŒุŒ ุนูŽู†ู’ ู†ูŽุงููุนูุŒ ุนูŽู†ู’ ุนุจุฏ ุงู„ู„ู‡ ุจู† ุนู…ุฑุŒ ุฃูŽู†ู‘ูŽ ุนูู…ูŽุฑูŽุŒ ู‚ูŽุงู„ูŽ: ู„ุง ุชูŽุจููŠุนููˆุง ุงู„ุฐู‘ูŽู‡ูŽุจูŽ ุจูุงู„ุฐู‘ูŽู‡ูŽุจู ุฅูู„ู‘ูŽุง ู…ูุซู’ู„ู‹ุง ุจูู…ูุซู’ู„ูุŒ ูˆูŽู„ุงูŽ ุชูุดููู‘ููˆุง ุจูŽุนู’ุถูŽู‡ูŽุง ุนูŽู„ูŽู‰ ุจูŽุนู’ุถูุŒ ูˆูŽู„ุงูŽ ุชูŽุจููŠุนููˆุง ุงู„ู’ูˆูŽุฑูู‚ูŽ ุจูุงู„ู’ูˆูŽุฑูู‚ู ุฅูู„ู‘ูŽุง ู…ูุซู’ู„ู‹ุง ุจูู…ูุซู’ู„ูุŒ ูˆูŽู„ุงูŽ ุชูุดููู‘ููˆุง ุจูŽุนู’ุถูŽู‡ูŽุง ุนูŽู„ูŽู‰ ุจูŽุนู’ุถูุŒ ูˆูŽู„ุงูŽ ุชูŽุจููŠุนููˆุง ุงู„ุฐู‘ูŽู‡ูŽุจู ุจุงู„ู’ูˆูŽุฑูู‚ูŽ ุฃูŽุญูŽุฏูู‡ูู…ูŽุง ุบูŽุงุฆูุจูŒุŒ ูˆูŽุงู„ู’ุขุฎูŽุฑู ู†ูŽุงุฌูุฒูŒุŒ ูˆูŽุฅูู†ู ุงุณู’ุชูŽู†ู’ุธูŽุฑูŽูƒูŽ ุฅูู„ูŽู‰ ุฃูŽู†ู’ ูŠูŽู„ูุฌูŽ ุฅู„ู‰ ุจูŽูŠู’ุชูŽู‡ูุŒ ููŽู„ุงูŽ ุชูู†ู’ุธูุฑู’ู‡ูุŒ ุฅูู†ู‘ููŠ ุฃูŽุฎูŽุงูู ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู…ู ุงู„ุฑู‘ูŽู…ูŽุงุกูŽ ูˆูŽุงู„ุฑู‘ูŽู…ูŽุงุกู ู…ู† ุงู„ุฑู‘ูุจูŽุง โ€“ ุงู„ู…ูˆุทุฃ
ย—
ย—Kata umar:
โ€ฆโ€jangan jual emas dgn perak sedangkan salah satunya tiada di depan kamu dan satu lagi disegerakan. Jika dia minta tangguh hingga dia masuk ke rumahnya maka jgn kamu beri penangguhan padanya kerana aku takuti riba terkena pada kamu.โ€

Dalam konteks sekarang, matawang kertas adalah matawang yang sah dan mengambil hukum yang sama dengan emas sebagaimana yang diputuskan oleh Majma Fiqhi, Majlis Majlis Fatwa dan badan badan Fiqh sedunia. Dengan itu haram hukumnya membeli emas secara tangguh. Ia adalah RIBA. Penangguhan boleh berlaku dalam dua keadaan. 1. Dengan membuat bayaran dahulu, emas diterima kemudian, termasuklan penangguhan beberapa minit selepas majlis aqad atau beberapa hari atau minggu. 2. Penangguhan bayaran, di mana emas sudah diterima tetapi dibayar secara ansuran atau lum sum, tetapi selepas majlis aqad, beberapa jam, hari, minggu etc.

Kedua dua cara jual beli emas sebegini adalah perlanggaran yang jelas ke atas hadith di atas dan ia adalah RIBA.

Wallahuโ€™alam

sumber – drazman.net/2014/10/larangan-menjual-beli-emas-secara-bertangguh/

Komen Azizi Ali Tentang Belian Emas Berdiskaun

azizi-ali

1. Sebelum saya komen tentang emas ETA ini, saya perlu terangkan 4 perkara: (a) saya mula melabur dalam emas pada awal tahun 1990an, lama sebelum kebanyakkan orang (termasuk mereka yang buat komen di Fan Page ini) dan malah sebelum sesetengah orang lahir lagi; (b) saya telah menulis dua buah buku (1 fizikal dan 1 ebook) tentang emas dan juga menganjurkan banyak seminar tentang pelaburan ini; (c) jumlah pelaburan emas peribadi saya adalah substantial; (d) saya pemegang designation Chartered Financial Consultant (ChFC) yang bermakna saya telah menjalani latihan formal dan layak untuk memberi nasihat kewangan peribadi.

2. Tujuan saya bermula dengan poin (1) ialah untuk memberitahu sesetengah pihak yang saya lebih daripada layak untuk memberikan komen tentang subjek ini, dan bukan untuk riak. Jika tidak, adalah hamba Allah yang akan berkata saya hanya โ€˜tuan tanahโ€™ dan tak tahu menahu tentang emas.

3. Baik, sekarang setelah itu diterangkan, berikut adalah komen saya tentang sistem emas ETA ini: Pertamanya ia boleh dibahagikan kepada 2 aktiviti: (1) pengusaha/supplier (perlu jual kepada orang lain); (2) pelabur (tak perlu jual kepada orang lain). Anda boleh buat satu atau kedua-dua aktiviti itu.

4. Sudah tentu mereka yang mempunyai kepentingan dalam sistem ini akan menceritakan yang indah-indah saja: ianya senang untuk dilakukan (orang tak pas SPM pun boleh buat), pembeli beratur untuk membeli emas anda, dan untungnya berlipat ganda.

5. Berikut adalah cerita disebalik tabir: untuk menjayakan bisnes ini secara konsisten, pengusaha perlu 3 elemen: modal yang besar, supply emas yang besar dan konsisten, dan supply pembeli yang besar dan konsisten.

6. Oleh kerana ramai pengusaha tidak mempunyai modal yang besar, itulah salah satu sebabnya mereka menggunakan fasiliti gadaian ar-rahnu, yang merupakan langkah meminjam wang dengan kadar bayaran balik yang tinggi i.e. boleh mencapai 18% setahun. (Poin ini telah saya komen pada post yang bertarikh 10 dan 12 Nov.)

7. Elemen yang kedua dan ketiga adalah kritikal kerana bisnes ini main masa (7 hari, 14 hari, dsb). Jika supply emas dan supply pembeli tergendala, maka bisnes ini akan pincang, yang akan membawa masalah kepada pengusaha yang akan membawa kerugian.

8. Apa yang menambahkan risiko kepada semua pihak โ€“ pengusaha dan pelabur โ€“ ialah harga transaksi ditetapkan lebih awal walhal harga emas semas naik turun setiap hari, malah ia naik turun setiap minit! Harga emas pula amat volatile (mudah meruap), yakni boleh naik turun dengan mendadak. Apabila harganya naik atau turun dengan mendadak, ramai orang akan terperangkap โ€“ yang PASTI akan berlaku.

9. Pelabur menanggung risiko yang mungkin tidak disedarinya: jika pengusaha/supplier itu mati, accident, berhenti berniaga (sebab dia buat part-time saja) atau melarikan diri sebelum pelabur mendapat emas yang dibeli (masih dalam tempoh ETA), pelabur akan menanggung kerugian.

10. Jika harga emas naik mendadak dalam masa ETA tersebut, pengusaha mungkin enggan menyerahkan emas itu kepada pelabur kerana dia akan menanggung kerugian.

11. Dan jika harga emas jatuh merudum dalam masa ETA pula, pelabur akan menanggung kerugian.

12. Jika emas yang diberikan oleh pengusaha bukan yang tulin, pelabur akan menanggung kerugian. Ini PASTI akan berlaku โ€“ hanya menunggu masa saja! (Realitinya ialah ramai orang tidak tahu bagaimana untuk mengenal pasti emas yang tulin dan yang palsu.)

13. Produk emas yang sama boleh dijual kepada ramai pelabur (sudah tentu tanpa pengetahuan pelabur tersebut). Ini bermakna semua pelabur akan tersangkut jika dan bila berlaku apa-apa masalah yang disebut dalam poin 9.

14. Jika ada pembayaran hibah, hadiah atau dividen kepada pelabur, sistem ini telah menjadi pelaburan dan oleh itu menyalahi undang-undang. (Pengusaha perlu mendapat kelulusan daripada BNM sebelum boleh menjual produk pelaburan di Malaysia.)

15. Nama salah satu pengusaha utama emas ETA โ€“ syarikat Darul Emas Perak Berhad โ€“ ada dalam blacklist BNM. Bukankah amaran yang sebesar dinosaur ini lebih daripada cukup untuk membuatkan anda melarikan diri jauh daripadanya?

16. Jadi seperti yang boleh dilihat, risiko dalam bisnes ini amat tinggi. Malah, ianya jauh lebih tinggi daripada bisnes-bisnes biasa. Bayangkan: anda mempunyai masalah untuk membuat untung daripada bisnes yang kos produknya tetap; bagaimana untuk mendapat untung daripada bisnes yang kos produknya begitu volatile? Ingat: nak beli emas itu senang; nak jual emas itu pada harga yang dikehendaki tak begitu senang!

17. Kesimpulannya? Walaupun ada segelintir individu yang buat duit daripada bisnes ini, kebanyakkan peserta akan menanggung kerugian dan kesalan.

18. Sudah tentu saya boleh silap. Jadi untuk menentukan kesahihan sistem dan pengusaha emas ETA ini, sila telefon BNM Telelink di 1-300-88-5465. Ingat โ€“ WANG ANDA yang dipertaruhkan!

19. Apa yang menarik tentang semua ini ialah bagaimana mereka yang aktif dalam emas ETA ini tidak menjawab/komen poin 3 hingga 18. Yang dia concentrate ialah untuk โ€˜menyerangโ€™ poin 1!

Ditulis oleh : Azizi Ali
sumber – ikhwanfahmi.com/2014/11/komen-azizi-ali-tentang-belian-emas-berdiskaun/

Bagaimana Cara Mengelakkan Riba Pada Transaksi Jual Beli Emas

no riba

Riba pada jual beli emas boleh berlaku dalam dua keadaan. Pertama: Penangguhan serahan emas, kedua: Penangguhan bayaran harga emas.

Jadi, untuk mengelakkan berlakunya riba, kedua dua bayaran harga dan serahan emas mestilah dilakukan segera ketika melakukan aqad jual beli emas (di dalam majlis aqad) tanpa sebarang penangguhan keseluruhan atau baki bayaran/emas. Di antara cara cara yang dicadangkan adalah seperti berikut:

1. Serahan bayaran boleh dilakukan secara tunai, bankersโ€™ cheque, debit credit akaun, kad kredit yang patuh Shariah. Pembeli juga boleh meminjam duit daripada pihak ketiga untuk membayar emas secara tunai.

2. Serahan dan penerimaan emas secara segera/lani oleh pembeli atau wakilnya.

3. Melantik wakil untuk membeli emas. Di antara penyelesaian untuk mengelakkan berlaku riba dalam jual beli emas secara tangguh serahan ialah melantik wakil untuk melakukan transaksi membeli dan qabad. Pembeli boleh mewakilkan sesiapa sahaja untuk melakukan transaksi jual beli dan qabad. Bank bank Islam yang berurusan menjual emas, sharikat, atau individu yang yang bergiat menjual emas boleh bertindak sebagai wakil kepada pelanggan untuk membeli emas dari pembekal. Cara wakalah sebegini agak lebih fleksible, kerana pembeli tidak perlu datang untuk melakukan akad jual beli dan qabad emas. Ia juga boleh menyelesaikan jual beli online atau secara pos. Ini dibenaran dengan syarat wakil melakukan transaksi jual beli emas dan qabad tanpa ada unsur penagngguhan.

Penjual emas yang bertindak menjadi wakil boleh mengenakan upah dalam bentuk peratus atau jumlah tertentu bagi setiap transaksi. Upah mestilah diketahui dan dipersetujui. Wakil juga boleh meminta kebenaran sekiranya dia boleh dapatkan harga yang lebih rendah, ia akan dikira sebagai komisyen atau insentif kepadanya. Begitulah juga ketika ingin menjual semula emas yand sudah dibeli samada untuk mendapatkan keuntungan kerana kenaikan harga emas di pasaran, atau di atas tujuan untuk mendapatkan tunai, maka wakil juga boleh membuat persetujuan, sekiranya dia berjaya menjual dengan harga yang lebih tinggi, maka harga jualan yang melebihi harga yang disiytiharkan dikira sebagai komisyen kepada wakil. Ini adalah berdasarkan kepada prisip:

โ€ุจุน ุจูƒุฐุง ูู…ุง ุฒุงุฏ ูู‡ูˆ ู„ูƒโ€ ูˆู†ุธูŠุฑู‡ โ€œุงุดุชุฑ ุจูƒุฐุง ูู…ุง ู†ู‚ุต ูู‡ูˆ ู„ูƒโ€

Bermaksud: โ€œJual lah dengan harga sekian sekian, yang selebihnya adalah diberikan kepada muโ€, Belikanlah dengan harga sekian-sekian, kalau kamu boleh dapatkan dengan harga yang lebih murah, baki adalah diberikan kepada muโ€.

Ini adalah pendapat Ibn Abbas dan sebahagian daripada ulama Hanabilah.

4. Consignment dan melantik wakil untuk menjual emas

Cara seterusnya ialah consignment. Penjual emas menjadi wakil menjual emas kepada pembekal seperti MKS. Emas sudah ada bersama dengan consignee. Sebagai wakil, consignee boleh menjual terus kepada pembeli atau wakilnya. Melalui konsep consignment juga, emas yang ada di tangan consignee boleh dianggap wadiah atau dipinjamkan (โ€˜ariyah, bukan qard) untuk dipamerkan. Dalam keadaan ini, consignee boleh membeli dahulu emas tersebut daripada consignor sebelum dia menjual terus kepada customer dan bayaran dibuat melalui debit dan kredit ke dalam akaun consignor. Kelebihan cara yang kedua ialah, consignee sudah boleh menentukan harga dan keuntungan yang akan diperolehinya, dan boleh iklan โ€œharga kamiโ€. Adapun dalam wakalah, ia adalah harga yang diishtiharkan oleh consignor. Kedua dua keadaan wakalah atau wadiah, senarai harga perlu diishtiharkan.

Wallahuโ€™alam

sumber – drazman.net (Dr.Azman Mohd Noor)

Jual Beli Emas Melalui โ€œLock inโ€ Harga Dan Dikenakan Denda Bagi Pembatalan

lockPrice

Soalan: Saya berminat nak beli emas untuk simpanan, bukan mengharapkan keuntungan yang tetap melalui skim skim pelaburan atau jual beli emas yang menjanjikan pulangan tetap atau janji beli balik dengan harga yang lebih tinggi. Cara jual belinya sebegini:

1)Lock harga.

2) Perlu bayar jumlah penuh dalam masa 24jam, samada melalui ejen atau walk in. Ejen pun mesti bank in duit dahulu.

3) Buat appointment utk ambil stok emas yang dipesan 3 hari lebih awal.

Pembatalan: Penalti/denda 5% daripada total harga emas yang ditempah

Jawapan

Struktur jualan di atas bermasalah. Pertamanya tidak ada taqabud/pertukaran segera di antara duit dan emas. Jumlah duit yang di bank in 3 hari lebih awal dianggap bayaran kepada emas, dan disyaratkan kena bayar awal. Emas pula akan diserahkan 3 hari kemudian. Jelas sekali di sini ada penangguhan di antara bayaran dan serahan emas. Sharat khas bagi jual beli emas ialah mesti berlaku pertukaran (bayaran dan serahan emas secara taqabud, on the spot, berlaku pertukaran secara serentak). Hukum yang sama adalah pada pembelian perak dan juga pertukaran matawang. Dalam struktu jual beli emas di atas, kalau nak anggap bayaran awal sebagai wadiah pun, tidak dinyatakan dengan jelas mekansimanya.

Kedua, dikenakan denda sebanyak 5% sekiranya pembeli ingin membatalkan pembelian. Isu Shariah ialah seolah olah tempahan atau purchase order sudah mengikat/binding, dianggap seperti sudah berlaku jual beli daripada awal, bukan sekadar tempahan. Apa yang berlaku dalam aqad jual beli ialah, komitment menyerah barang pertukaran kerana berlakunya perpindahan pemilikan. Ini bererti kalau aqad jual beli belum berlaku, penjual tidak ada hak untuk mengenakan apa apa caj pembatalan. Kalau ada pandangan yang membenarkannya pun, ia mestilah berdasarkan actually incurred cost/kos sebenar sahaja (kalau ada, seperti tambang pengangankutan), bukan dalam bentuk peratus.

Pengambilan deposit sebagai urbun juga tidak dibenarkan bagi jual beli emas kerana ia dianggap sebagai sebahagian daripada harga. Booking fee, yang boleh dipulangkan bagi pembatalan munkin boleh dipertimbangkan.

Kesimpulan: Struktur jual beli emas seperti di atas bermasalah, masih ada unsur unsur penangguhan pertukaran emas dengan duit bayaran, begitu juga pengenaan caj 5% menunjukkan tempahan melalui lock in sudah mengikat/binding, seolah olah sudah berlaku akad jual beli.

Di antara penyelesaian ialah, boleh lock harga, tetapi tidak dikenakan apa apa bayaran. Bayaran hanya dibuat semasa pertukaran bayaran harga dan serahan emas (aqad). Kalau dikenakan booking fee, ia mestilah pada jumlah yang kecil, dan boleh dikembalikan sekiranya tidak diteruskan jual beli.

Wallahuaโ€™lam

sumber – drazman.net (Dr.Azman Mohd Noor)

Tips Membeli Barang Kemas

1655999_998755563484710_3852729457495651585_n

Tips yang dimaksudkan disini ialah cara-cara yang betul membeli emas di kedai emas,tak kira la sama ada kedai Cina atau kedai Melayu dan India. ramai yang tak ambil kisah sebenarnya tentang cara-cara yang betul membeli emas. Diantara Tips-tips tersebut adalah:

Tip1: Beli barang kemas 999 (24k) atau 916 (22k) sahaja
Kedua-dua jenis ketulenan emas itu mempunyai nilai tertinggi untuk jangka panjang. Emas 999 (kandungan emas 99.9%) jarang dibuat barang kemas sebab ia telalu lembut dan mudah lekuk. Untuk kenal emas 999 dan 916 ialah lihat pada bahagian belakang barang kemas tu sebab biasanya ia akan ditempa dengan cop โ€œ999โ€ dan โ€œ916โ€. Satu lagi, kalau dibakar, ia tak tinggalkan kesan kehitaman.

Tip2: Beli barang kemas padu/ tumpat sahaja
Elakkan barang kemas yang berlubang/ kosong di dalam. Ini penting untung memudahkan proses penilaian ketulenan menggunakan densimeter bila nak jual balik ataupun dipajak di Ar-Rahnu nanti. Densimeter tak dapat buat bacaan yang tepat bagi barang kemas yang berlubang ataupun mempunyai batu pertama.Selain daripada tu, barang kemas padu lebih kukuh, tahan lasak dan payah patah, putus, bengkok atau rosak. Bila barang kemas tu rosak, terpaksalah trade-in sebagai โ€˜used goldโ€™ dengan harga diskaun 25%! Banyak tu. Kalau simpan jer, nanti kena zakat sebagai emas yang tak dipakai yang nisabnya lebih tinggi emas yang dipakai.

Tip3: Elakkan membeli barang kemas yang ada batu permata
Barang kemas yang ada batu permata rendah nilai โ€˜2nd hand valueโ€™nya. Nilainya sangat rendah bila nak jual balik dan tak diterima untuk gadaian. Emas 916 biasanya jarang ada batu permata sebab ia tak cukup kuat untuk pegang permata. Kalau emas 916 tapi ada permata, awas! Mungkin barang kemas tu bukan 100% emas 916, biasanya emas 750.

Tip4: Simpan resit belian
Resit asal belian akan membezakan nilai bila nak jual balik pada pengeluar, dan ia perlu untuk pajak di Ar-Rahnu nanti. Kalau nak jual balik emas yang kita beli dari Poh Kong contohnya; kalau ada resit dia beli balik dengan harga diskaun 20% (spread), kalau tau tak ada resit asal, dia akan beli dengan diskuan 25% dari harga semasa.

Tip5: Jangan beli emas putih
Emas putih di jual pada harga platinum (logam paling mahal, lebih mahal daripada emas 999), tapi tak ada second hand value. Emas putih mengandungi samaada 75% atau 37.5% emas, selebihnya dicampur dengan logam lain. Rupa emas putih sama dengan silver. Bezanya cuma terdapat cop โ€œ750โ€ atau โ€œ375โ€ sahaja. Berdasarkan apa yang saya survey, ada juga kedai emas yang jual emas putih sanggup beli balik pada harga diskuan 30% kalau ada resit, dan 50% kalau tak ada resit. Tapi umumnya, bukan mudah nak jual balik emas putih tu. Pokoknya, memang ianya rugi dari sudut pelaburan.

Tip6: Survey kos upah paling rendah.
Kos upah berbeza untuk satu kedai dengan kedai yang lain walaupun designnya sama. Kalau tak ada kos upah lagi bagus.

Tip7: Cari kedai yang jual emas bawah harga FGJAM(Persatuan Pekedai Emas).
Harga โ€˜standardโ€™ pekedai emas boleh rujuk di kedai emas berhampiran.

Tip8: Cari kedai yang terima belian balik (trade-in) dengan harga yang tinggi.
Secara puratanya, mereka beli balik dengan harga diskaun 20% โ€“ 25%, tetapi ada juga kedai yang sanggup beli balik dengan harga diskuan 15% untuk barang kemas yang dibeli di kedainya.

Mudah-mudahan, tips ini boleh dijadikan panduan untuk sahabat-sahabat membeli barang kemas yang bukan sahaja berfungsi sebagai perhiasan, tapi ia juga boleh dijadikan pelaburan yang bernilai tinggi. Sambil menyelam minum air, insyaAllah.

sumber – magoldsilver.blogspot.com