Lelaki Cuba Rompak Kedai Emas Ditembak Mati

KOTA BHARU: Seorang lelaki bersenjatakan pisau mati ditembak polis dalam cubaan merompak bersama seorang lagi rakannya di sebuah kedai emas di Jalan Temenggong di sini, Ahad.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, dalam kejadian 11.15 pagi itu, suspek berumur 32 tahun yang berasal dari Kampung Gabus, Tok Uban, Pasir Mas, meninggal dunia di tempat kejadian selepas terkena satu das tembakan di paha kiri.

“Cubaan merompak oleh dua suspek lelaki bersenjatakan pisau dan pistol itu disedari tiga anggota polis yang meronda di kawasan berkenaan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata rentetan itu, seorang daripada anggota polis tersebut memperkenalkan diri sebelum suspek yang bersenjatakan pisau bertindak melarikan diri ke belakang bangunan kedai berkenaan.

Menurutnya, polis melepaskan tembakan amaran ke udara supaya suspek berhenti, namun suspek bertindak menyerang anggota polis sebelum ditembak di bahagian kaki.

“Selepas ditembak, suspek berusaha melarikan diri kira-kira 15 meter daritempat tembakan dilepaskan sebelum rebah. Dua anggota lain (polis) kemudian sampai dan membantu mengikat paha suspek dengan kain untuk memberhentikan pendarahan, ” katanya.

Jalaluddin berkata, pihak ambulans yang tiba di tempat kejadian mengesahkan suspek meninggal dunia akibat pendarahan.

“Seorang lagi suspek yang bersenjatakan pistol berjaya melarikan diri dan polis kini menjalankan operasi mengesan penjenayah itu,” katanya menambah polis akan mendapatkan gambar suspek melalui rakaman kamera litar tertutup.

– BERNAMA

Q10 Disalut Emas

Telefon mewah

Anda mahu memiliki telefon pintar dengan rekaan yang mewah dan bergaya. Bukan sebarangan telefon pintar tetapi BlackBerry Q10.
Terbaru Goldgenie, syarikat yang biasa mengeluarkan telefon mewah baru saja memperkenalkan BlackBerry Q10 yang dilapisi dengan emas 24 karat.

Namun tentu saja, dengan rekaan dan saduran emasnya yang mewah membuatkan telefon BlackBerry Q10 ini pun dijual dengan harga yang di luar jangkaan.

Untuk memperoleh telefon ini, pengguna harus membayar sekitar RM7,000. Selain dari rekaannya yang mewah, telefon ini memiliki kemampuan yang tidak jauh beza dengan versi asal Q10. Telefon ini turut memiliki fungsi yang sama seperti telefon BB Q10 yang lain.

Masa Untuk Semua Beli Emas

KUALA LUMPUR 24 April 2013 – Sekarang adalah masa yang sesuai untuk semua pihak membeli emas dengan harga yang masih rendah selepas kejatuhan terbesarnya pada 15 April, kata pengerusi eksekutif kumpulan Public Gold Datuk Louis Ng.

“Sekarang dengan harga yang merudum, ia menjadikan emas lebih mampu milik untuk semua, terutamanya pembeli baharu, yang mahu menyimpan emas untuk perlindungan harta,” katanya dalam satu kenyataan.

Pada 15 April, harga emas susut US$140 kepada US$1,395 satu auns, satu kejatuhan terbesar semenjak 1993, mengejutkan ramai pelabur veteran.

Semenjak itu, harga telah memulih sedikit, dan semalam ia ditutup pada US$1,408 satu auns, susut US$16.50.

Permintaan untuk emas telah meningkat kukuh semenjak 2000, dengan kebanyakan daripadanya berikutan negara-negara membangun menggunakan kekayaan baharu mereka untuk memenuhkan rizab mereka dengan emas.

Pada masa sekarang, adalah dinasihatkan rakyat Malaysia untuk membeli emas sebagai simpanan masa depan sebelum harga meningkat semula, kata kenyataan itu. – Bernama

Simpanan Emas Terbaik : Dinar, Gold Bar atau Barang Kemas

Ini antara persoalan yang bermain di minda seseorang yang baru “Nak simpan dinar ,gold bar atau barang kemas ye? Mana yang paling bagus?”
Ramai yang bertanyakan soalan ini apabila ingin memulakan simpanan emas.
Nasihat saya ialah –pelbagaikan bentuk simpanan emas fizikal anda kerana setiap jenis mempunyai kelebihannya sendiri.
Dalam entry kali ini,anda boleh baca info tentang jenis emas fizikal ini,kelebihan serta kelemahannya :

TENTANG DINAR 

Kelebihan :

  • Boleh digunakan untuk muamalat dan ibadah aqiqah
  • Digunakan untuk membayar zakat
  • Dijadikan hantaran dan mas kawin
  • Cenderamata/hadiah untuk orang yang tersayang
  • Simpan untuk pergi haji
  • Tabungan/simpanan

Lain-lain :

  • Dinar dengan syiling emas rupa sama tetapi berbeza dari segi fungsi sebenar.Berat standard dinar ialah 4.25g tetapi syiling emas ada pelbagai jenis berat.Dari segi harga,syiling emas agak mahal jika dibandingkan dengan dinar dan gold bar kerana kos pembuatan lebih tinggi.
  • Ada tempat pajakan @ ar rahnu yang tidak menerima dinar,jadi simpanlah untuk tujuan yang telah disebutkan di atas.

TENTANG GOLD BAR

Kelebihan :

  • Harganya lebih murah berbanding barang kemas kecuali jongkong 1 gram kerana kos pembuatannya tinggi
  • Memberi pilihan kepada mereka yang ingin membuat simpanan semata-mata.
  • Pilihan untuk mereka yang sudah banyak barang kemas,dan ingin simpan dalam bentuk jongkong pula.
  • Bentuk fizikalnya lebih menyerlah berbanding emas untuk simpanan/pelaburan yang lain dan menjadi kebanggaan kepada pemiliknya
  • Sesuai untuk simpanan jangka masa panjang seperti untuk pendidikan anak-anak,perkahwinan,simpanan hari tua ,membeli rumah dan lain-lain.

Lain-lain :

  • Harga gold bar di kedai emas biasanya sama untuk semua,sebagai contoh katakan harga FGJAM ialah RM200g maka harga 10g =RM2000 dan 100g=RM20000 Syarikat emas fizikal pula biasanya menawarkan harga yang lebih murah untuk emas yang lebih berat . contoh : RM1800 untuk 10g dan RM16500 untuk 100g
  •  Namun begitu,untuk jongkong 1gram,tiada mana-mana institusi yang menawarkan harga murah kerana kos pembuatannya tinggi. Bayangkan sekeping jongkong 1kg (1000g) ,hendak dipotong kecil menjadi 1g,perlu dipotong dan ditempa sebanyak 1000 kali!!Disebabkan inilah harga jongkong kecil 1gram lebih mahal.Dan harga gold bar jongkong kecil @ gold bar 1gram keluaran syarikat emas fizikal biasanya murah RM20-RM50 berbanding kedai emas.
  • Tidak banyak tempat pajakan@ ar rahnu yang terima gold bar untuk pajakan,jadi simpanlah untuk tujuan yang disebutkan di atas.

TENTANG BARANG KEMAS

Kelebihan

  • Dijadikan barang perhiasan wanita
  • Mudah menarik kaum hawa untuk memilikinya kerana rekaan yang cantik dan kilauan yang memukau.
  • Fungsi 4 dalam 1 – Perhiasan,simpanan,pelaburan dan perniagaan
  • Mudah untuk dapatkan tunai kerana diterima di semua pajakan@ ar rahnu.

Lain-lain :

  • Barang kemas kini tidak terhad untuk dipakai oleh kaum wanita sahaja,tetapi kaum lelaki juga suka membelinya untuk tujuan simpanan,pelaburan dan bisnes.
  • Dari segi harga,kedai emas biasanya mengenakan upah tukang dan harganya lebih mahal sehingga 20% dari harga emas mentah,manakala syarikat pengeluar emas fizikal menjual barang kemas dengan harga yang sangat murah dan tiada upah tukang.
  • Sesuai untuk mereka yang sudah memiliki banyak dinar dan gold bar dan hendak mempelbagaikan bentuk simpanan emas fizikal sebagai salah satu alternatif apabila hendak memajak nanti.
  • Sebaiknya jika untuk simpanan,pilih yang jenis padu dan emas 999 atau emas 916
  • Elakkan yang mempunyai banyak batu permata
  • Elakkan membeli emas putih kerana susut nilainya mencecah sehingga 70%
  • Ramai menyangkakan emas yang disadur seakan-akan emas putih sebagai emas putih,sebenarnya ia adalah Chrome ( lama-lama warnanya akan pudar dan kembali ke warna emas )
  • Kesimpulannya,setiap jenis dan bentuk emas fizikal yang dihasilkan ada peranannya tersendiri dan sebaiknya pelbagaikan bentuk simpanan.Sebagai contoh,saya sendiri membeli dinar dan gold bar selepas berpuas hati dengan pelbagai koleksi barang kemas untuk dipakai.Sebelum itu saya mempunyai lebih banyak dinar dan gold bar dari barang kemas,tetapi saya seimbangkan semula.Kini saya simpan dinar dan gold bar untuk
  • matlamat jangka masa panjang yang ingin dicapai.

: jutawangold.com

Ramalan : Harga Emas Dunia Dijangka Akan Terus Jatuh Hingga Tahun 2014

Bank Pelaburan dari Amerika Syarikat, Goldman Sachs Group Inc meramalkan harga emas dunia akan bergerak turun setelah terus naik selama 12 tahun kebelakangan ini. Goldman mengurangkan ramalan harga emas dalam tiga bulan hadapan dari US $ 1,615 per ounce menjadi US $ 1.530 per ounce.

Dipetik dari Business Week, Khamis lalu (11/4/2013) pada akhir tahun ini, Goldman menetapkan ramalan harga emas di paras US $ 1.450 per ounce. Bahkan, pada akhir 2014 ,syarikat ini meramalkan harga emas boleh turun hingga mencapai US $ 1.270 per ounce.

“Emas bakal turun 5.8% tahun ini kerana spekulasi dari The Fed (bank pusat AS) yang menunda pemberian stimulus untuk pemulihan ekonomi,” ungkap penganalisis Goldman Sachs Group Inc, Damien Courvalin dan Jeffry Currie dalam laporannya.

Harga emas semalam saja sudah turun 1.75% pada harga US $ 1.558,90 per ounce. Harga emas sempat didagangkan menjunam mencapai titik terendah sejak Jun tahun lalu. Harga emas dijangka didagangkan lebih rendah meskipun data AS menunjukkan adanya kelembapan dalam penambahan jumlah lapangan kerja pada sektor swasta.

Pelabur kewangan dan salah satu orang terkaya di dunia iaitu George Soros menyatakan emas tak lagi menjadi alat pelaburan yang selamat (safe haven), karena harganya yang terus jatuh. “Emas tidak lagi menjadi pelaburan yang selamat (safe haven), terbukti ia tidak selamat lagi. Namun saat ini banyak bank-bank pusat yang terus membeli emas, jadi saya berharap harga emas tidak terus jatuh. Emas saat ini bukan lagi untuk pelaburan jangka panjang, “tutur Soros.

12 Jongkong Emas Bernilai RM17.86 Juta Ditemui Di Dalam Kereta

ROM – Polis Itali semalam menyatakan pihaknya menemui beberapa jongkong emas yang bernilai AS$5.8 juta (RM17.86 juta) yang disembunyikan di dalam sebuah kereta.

Ketika kejadian, kereta tersebut dalam perjalanan ke Switzerland.

Polis menahan kereta berkenaan ketika melakukan pemeriksaan harian.

Ketika kereta tersebut ditahan, isteri pemandu kereta berkenaan dan anak-anaknya berada dalam keadaan gementar.

Anggota-anggota polis kemudian menemui dua ruang yang tersembunyi di bawah kereta itu.

Sebanyak 12 jongkong emas kemudian ditemui yang dibungkus dengan surat khabar lama.

Pemandu kereta yang berusia 53 tahun itu merupakan seorang penduduk Itali yang tinggal di Switzerland.

Dia dan pasangannya itu disoal siasat di sebuah balai polis ekoran penemuan tersebut.

Pemandu itu dikenakan dakwaan melakukan penggubahan wang haram dan jongkong emas tersebut dirampas. – AFP

Lans Koperal Rompak Kedai Emas Dipenjara 9 Tahun


Dua ‘perompak’ yang dijatuhi hukuman kelmarin oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu.

“Hukuman penjara lebih lama diberikan kepada tertuduh kedua (Azizan) kerana sebagai polis, dia sepatutnya menjaga dan melindungi orang awam, tetapi bertindak sebaliknya apabila turut sama-sama melakukan jenayah.”

Demikian hujah Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa ketika menjatuhkan hukuman penjara sembilan tahun dan dua sebatan terhadap seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal.

Manakala rakannya seorang tukang masak dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Tinggi di Kuala Terengganu, kelmarin.

Azizan Shaari, 30, dari Cawangan Bengkel Pengangkutan Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Terengganu, manakala rakannya Jeffridin Manan, 33, dijatuhi hukuman itu selepas didapati bersalah melakukan rompakan menggunakan senjata api jenis revolver di sebuah kedai emas di Marang, kira-kira dua tahun lalu.

Mengikut kertas pertuduhan, kedua-dua mereka didakwa merompak barang kemas bernilai RM35,000 milik Fong Swee Heng, 50, dan semasa melakukan rompakan itu menggunakan sepucuk senjata api revolver dan satu tukul besi.

Mereka didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan rompakan berkumpulan menggunakan senjata di Kedai Emas Swee Heng, Wakaf Tapai, Marang, kira-kira jam 11.30 pagi, pada 28 November 2011.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nazlyza Mohamad Nazri di hadapan Hakim Mohd Yazid, manakala Jeffridin dan Azizan masing-masing diwakili peguam, Osman Bakar dan Bernard.

Terdahulu dalam penghakimannya, Mohd Yazid berkata, keputusan dibuat selepas mengambil kira beberapa faktor termasuk kejadian rompakan yang berlaku sebaik saja kedai dibuka pada waktu siang dan di tempat awam dengan tertuduh menutup muka.

Katanya lagi, ia satu rompakan dirancang secara teratur dan paling penting rompakan itu menggunakan senjata api iaitu pistol menyebabkan mahkamah perlu mengenakan hukuman setimpal.

Untung Suku Kedua POH KONG Turun Kepada RM12.3 Juta

KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) — Keuntungan pracukai Poh Kong Holdings Bhd bagi suku kedua berakhir 31 Januari, 2013 turun kepada RM12.3 juta berbanding RM17.7 juta pada tempoh yang sama tahun lepas.

Perolehannya juga turun kepada RM197.9 juta berbanding RM202.4 juta pada tempoh yang sama tahun lepas.

Pendapatan sesaham asas syarikat itu turun kepada 2.22 sen berbanding 3.03 sen, katanya dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Peruncit barang-barang kemas itu berkata kerugian keuntungan pracukai pada sukuan semasa sebahagian besarnya disebabkan kejatuhan perolehan dan turun naik harga emas yang menghasilkan margin keuntungan yang kecil daripada perolehan emas.

Kerugian perolehan Poh Kong juga disumbangkan oleh kejatuhan permintaan produk pelaburan emas seperti kepingan emas dan wafer pada sukuan yang dikaji.

Bagi tahun kewangan semasa, kumpulan itu berkata ia akan terus memacu untuk membina agihan pasaran dengan meningkatkan dan membezakan tawaran produknya kepada segmen pasaran yang disasarkan.

Katanya Poh Kong sedang menilai secara aktif pelbagai prakarsa dan peluang untuk menarik pelanggan baharu melalui pengenalan reka bentuk produk baharu dan meningkatkan perkhidmatan pelanggan. – BERNAMA

Bekas Pekerja Syarikat Barang Kemas Didakwa Pecah Amanah

KUALA LUMPUR 12 Mac – Seorang bekas pekerja syarikat pembuatan barangan kemas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap pertuduhan pecah amanah membabitkan batu permata berlian milik syarikat itu dua tahun lepas.

Hew Sok Chan, 28, yang ketika itu penolong pengurus bahagian perkhidmatan produk syarikat Tomei Gold and Jewellery Manufacturing Sdn. Bhd., didakwa melakukan pecah amanah melibatkan 5,776 biji berlian asli bernilai RM695,794.18 dengan menyalahgunakannya untuk kegunaan sendiri.

Hew didakwa melakukan kesalahan itu di syarikat Tomei Consolidated Bhd., beralamat di Projek Jaya Industrial Estate, Batu 6, Jalan Klang Lama, di sini pada 6 Mei 2011.

Dia didakwa mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 14 tahun dan sebat, dan boleh dikenakan denda.

Hew juga menghadapi pertuduhan kedua iaitu memalsukan akaun majikannya dalam rekod Item Adjustment Listing dengan niat hendak mengubah sehingga menyebabkan syarikat itu mengalami kerugian RM657,587.22.

Bagi pertuduhan itu, Hew didakwa mengikut Seksyen 474(A) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun, atau dengan denda, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Suzanne ak Tiyon Bimen menawarkan jaminan RM100,000 bagi setiap pertuduhan.

Peguam S. Prakash memohon jaminan dikurangkan kepada RM10,000 bagi setiap pertuduhan atas alasan anak guamnya itu menanggung ibu dan adik-beradiknya.

Hakim Che Mohamad Zulkifly Jusoh membenarkan tertuduh diikat jamin RM100,000 bagi kedua-dua pertuduhan dengan seorang penjamin, dan menetapkan 12 April untuk sebutan semula kes.

Dia membayar jaminan itu. – BERNAMA

Masa Sesuai Beli Emas Sekarang

Harga emas sekarang telah berada diparas terendah tahun ini 2013. Bagi sesiapa yang mempuyai lebihan simpanan wang dan ingin membuat pelaburan, maka emas dan perak ada posisi pelaburan terbaik sekarang ini kerana harganya telah jatuh sehingga terendah dalam tempoh 2 tahun ini. Mengikut rekod harga emas pernah turun keparas bawah 1600oz pada bulan Sept 2011 iaitu 1532oz, Disember 2011 iaitu 1522oz dan Mei 2012 iaitu 1526oz dan minggu lepas iaitu1598oz pada hari Jumaat. Ini adalah satu pekembangan yang sihat kepada harga emas. Rekod harga tertinggi pernah dicapai pula ialah 1802oz pada November 2011, 1790oz pada 28 Feb 2012 dan 1795oz pada 30 Sept 2012.

Apa yang dapat kita simpulkan ialah harga emas masih belum memecah rekod harga tertinggi yang pernah dicapai pada bulan Ogos dan September 2011 iaitu 1920oz. Dalam keadaan situasi ekonomi global yang makin kritikal diera peperangan matawang diantara negara-negara kuasa ekonomi seperti Amerika, China, Jepun dan Eropah maka hala tuju harga emas sangat kritikal sekarang ini. Apapun yang akan berlaku selalunya akan dimenangi oleh komodi emas dan perak. Lihat sahaja sejarah keruntuhan sistem kewangan matawang kertas seperti Greek, Jerman 1922, Hungary, Argentina dan Zimbabwe 2008. Apa akan terjadi sekiranya dollar Amerika jatuh seperti Zimbabwe? sudah tentu menimbulkan masalah besar kepada perdagangan dunia. Maka emas akan menjadi pilihan untuk tujuan menukar dagangan pada ketika itu.

MENGGUNAKAN INDIKATOR TERTENTU UNTUK MERAMALKAN HALATUJU HARGA EMAS
Berbagai indikator yang boleh digunakan untuk meramal halatuju harga emas. Salah satunya ialah menggunakan indikator Relative Strange Index. Dibawah sedikit pencerahan menggunakan indikator ini; klik untuk dapatkan butiran.
Relative Strength Index

RSI indikator 0-30 Oversold 70-100 overbought.

Dari apa yang ditunjukkan dalam graf emas diatas menggunakan platform Meta Trader 4 (Demo), RSI telah menunjukkan 31.88 yang mana bermakna berada di zon downtrend oversold. Pada bila-bila masa harga emas boleh membuat pusingan menaik (Pada kebiasaannya). Adalah posisi terbaik sekarang untuk membuat belian emas atau perak sebabnya apabila pembelian pada harga yang rendah akan meminimumkan kerugian dan memaksimumkan keuntungan.
Pembelian emas yang terbaik ialah emas fizikal yang mempunyai spread yang kecil.
– www.emaskuning.com

Hubungi untuk consult pembelian emas pelaburan.