3D Printing – Reka Barang Kemas 916 Dari Rumah

3D Printing adalah teknologi masa depan untuk barang kemas. Kadang-kadang mungkin anda jemu dengan design barang kemas di kedai emas.

Hampir sama saja saban tahun, tidak unik dan sama dengan jiran sebelah rumah.

Ada masanya anda terniat untuk reka sendiri barang kemas atau rasa nak tiru sebijik macam barang kemas JLo.

Kini teknologi 3D sudah advance, tak perlu beli printer 3D printer harga ribu riban, cukup sekadar anda tahu design apa yang nak.

Video 3D Printing Process

3D Software Senang Guna

Samada nak guna software 3D sendiri atau minta tolong kawan buat mana2 pun boleh.

Antara software paling senang guna untuk reka model 3D adalah

1. Sketchup ( by google) paling senang macam microsoft paint.

2. Figuro – Online based 3D model creator, antara yang senang guna

3. Fusion 360 (by autodesk) software free guna untuk guru dan student (daftar sbg student 🙂

4. AutoCAD (by autodesk) ini yang profesional selalu guna tidak free.

Kemudian design dengan segala penuh imaginasi anda, nak letak love boleh, nak letak payung pun boleh

( nasihat orang tua : perempuan jgn pakai design payung2 emas ni, mcm meminta minta dimadukan )

3D Printing On Demand

Kemudian selepas siap, hantar ke syarikat 3D Printer On Demand dan pilih material/bahan yang nak guna untuk print emas, silver, alloy, stainless steel etc

Antara contoh syarikat 3D Printer On Demand adalah;

1. Shapeways – hantar 3d model anda dan pilih material untuk print.

2. Sculpteo – sama seperti shapeways diatas, ada marketplace sendiri untuk jual produk anda.

3. Craftcloud -seperti namanya, adalah untuk pusat barang kemas custom dalam talian.

Kesemua printing service on demand diatas menyediakan penghantaran worldwide.

Di Malaysia mungkin ada servis ini, jika anda jumpa sila tinggalkan comment dibawah.

Jana Pendapatan Pasif

Selain untuk print untuk diri sendiri, anda juga boleh menjual design anda di marketplace barang kemas seperti Etsy, Shopee ataupun Mudah.

Mana tahu design anda boleh meletup viral, dapatlah income hanya dengan khayalan 3d sahaja. Tuan-tuan…

Success Story 3 Printing

Proses penghasilan gold bar emas 24 k

(Video) Proses Penghasilan & Penulenan Bar Emas 24 Karat

Untuk menerangkan proses menghasilkan jongkong emas tulen 24 karat, Wartawan Business Insider telah pergi ke kilang Baird & Co Bullion Ltd di London, satu satunya kilang penulenan emas di UK untuk merakam proses sebenar menghasilkan jongkong emas tulen 24 Karat 999.9%.

Video Proses Penulenan Emas

emas mentah lombong

Sumber Asal Emas

Menurut Baird & Co, mereka memperolehi bahan mentah untuk menghasilkan jongkong emas dari lonbong emas dengan ketulenan sekitar 90% emas manakala sumber kedua pula adalah dari scrap gold barang kemas yang biasanya berketulenan 37% emas.

proses penulenan emas

Miller Process

Emas-emas mentah dan scrap yang diterima akan dileburkan dan ditambah dengan bahan kimia chlorine untuk mengekstrak logam-logam lain.

proses penulenan emas 2

proses ini dapat menghasilkan emas dengan ketulenan 95% atau maksimum 99.5% emas dalam bentuk cornflakes

Aqua Regia

Aqua Regia adalah campuran diantara Nitric dan Hydrochloric asid kemudiannya dicampurkan ke produk diatas untuk melarutkan base metal dan mengasingkan emas dan silver.

Proses penghasilan emas

Pada proses ini ketulenan maksimum emas 99.99% terhasil dalam bentuk molekul halus seperti pasir.

proses penulenan emas

Casting Bar

Emas dalam bentuk pasir seperti proses diatas kemudiannya dicairkan pada suhu melebihi 1200 celsius dan kemudiannya di dituangkan kedalam acuan casting mengikut berat dan bentuk.

proses penulenan emas
Maka terhasilah jongkong emas dengan ketulenan 24 Karat.

proses penulenan emas

Minting Bar

Produk dari proses diatas kemudiannya boleh dicairkn lagi dan dibentuk ke kemasan yang lebih baik untuk menghasilkan jongkong emas yang lebih kecil, bar tersebut kemudian dihantar kepada quality assayer untuk pengesahan ketulenan sebelum dijual

Berminat untuk belajar lebih terperinci perniagaan emas, boleh dapatkan ebook kami bertajuk Ilmu Asas Emas.

Asus Zenbook 30 Edisi Premium Emas 18 Karat

Sempena ulangtahun Asus ke 30, pada event Computex 2019 baru-baru ini, Asus memperkenalkan peranti laptop terbaru mereka, “Asus Zenbook 30” yang disertakan dengan beg kulit mewah dan led logo dihasilkan dari emas 18 karat.

Laptop Asus Zenbook 30 dilaporkan sebagai laptop 13 inch terkecil didunia dengan mempunyai skrin meliputi 95% dari ratio bodynya.

Antara Spesifikasi utama Zenbook 30 adalah;

  1. 13.3 inch full HD NanoEdge display 1080 x 1920 pixels
  2. Intel Core Processor i7-8565U
  3. NVIDIA GeForce MX150 2GB GDDR5 VRAM graphic card
  4. 16GB LPDDR3 RAM
  5. 1Tb PCle SSD / 512Gb / 256Gb
  6. Windows 10 Pro
  7. Weight 1.29kgs
  8. Asus SonicMaster Stereo Audio
  9. 50Wh 3-cell Lithium-polymer battery ( 14 hours single charge )
  10. Bluetooth 5.0
  11. Dual-band gigabit class WIFI

Dual-screen laptop

Asus Zenbook 30 turut dilengkapi dengan skrin kedua bersaiz 5.65 inch full-HD super IPS display pada bahagian touchpad yang dilapisi glass dan mempunyai sensor finger print dan anti calar.

Asus Zenbook 30 didatangkan dalam varian Premium dan Sports

Harga boleh tengok di Shopee atau Lazada

Review : Asus Zenbook 30 adalah “Masterpiece” dengan kelajuan 16Gb, i7-8565U dan PCle SSD, ia tidak akan memberi sebarang masalah untuk run mana-mana applikasi dan software termasuk adobe photoshop, illustrator apatah lagi jika hanya menggunakan untuk kerja biasa seperti office atau sheets.

Ia mungkin berada pada benchmark teratas untuk kelasnya 13 inch laptop, yang senang dibawa dan lebih selesa berbanding skrin lebih kecil untuk melakukan kerja office.

Sesuai untuk mereka yang berkemampuan dan mementingkan elegan pada masa yang sama memerlukan sebuah peranti yang berkuasa dan boleh bertahan untuk jangka hayat yang lama.

— Penulis masih menggunakan laptop lenovo 2009 beroperasi menggunakan linux kerana hardware tidak mampu lagi menampung windows 🙂

beli emas murah di shopee

10 Sebab Beli Emas Lebih Murah di Shopee

Shopee merupakan laman web dan apps marketplace yang semakin popular di Malaysia. Admin sendiri telah kehabisan ribuan ringgit membeli belah online di Shopee kerana banyak barang dijual dengan harga murah serta mendapat points untuk setiap pembelian yg boleh digunakan untuk membeli barang yang lain.

Setiap minggu, banyak ‘kedai-kedai’ baru yang dibuka di Shopee termasuklah Kedai Emas popular seperti Tomei, Pohkong, Aurora Italia dan sesiapa sahaja boleh membuka kedai emas online di shopee secara PERCUMA

Membeli barang kemas secara online mungkin agak baru di Malaysia, mungkin masih ramai yang takut dan ragu-ragu berkenaan keselamatan pembayaran dan sebagainya. Tetapi mengenangkan terdapat banyak pilihan barang kemas di Shopee dan harga nya jauh lebih murah dari membeli di kedai emas, sedikit sebanyak Apps Shopee memberi pilihan yang baik kepada pengguna.

1. Membeli barang kemas di Shopee adalah selamat

Sebenarnya membeli barang kemas di Shopee adalah selamat, pertamanya kerana pembayaran tidak terus kepada akaun seller, apabila buyer membeli emas di shopee, payment berkenaan akan dipegang dahulu payment gateway shopee sehinggalah item tersebut dihantar kepada seller, apabila item diterima, buyer bolehlah release payment kepada seller (payment tetap akan auto release pada tempoh tertentu jika tiada complaint dari buyer)

2. Penghantaran berinsuran semakin bertambah

Semakin banyak permintaan penghantaran menggunakan postage yang berinsuran, walaupun kosnya mungkin agak tinggi berbanding penghantaran biasa, ada beberapa syarikat insurance yang menawarkan postage berinsurance menggunakan gdex, easyparcel, dhl dan sebagainya

3a. Lebih banyak pilihan dan mudah untuk browsing experience

Oleh kerana di Shopee terdapat juga barang kemas bukan dibuat dari emas, cara paling mudah adalah meletakkan filter harga minimum RM150 apabila mencari barang kemas, keyword yang paling senang adalah karat emas itu sendiri contohnya “916” atau “rantai tangan 916”, cincin belah rotan atau sebagainya dan secara automatiknya barang2 kemas korea, sadur, palsu telah terfilter keluar dari carian buyer.

filter untuk barang kemas shopee

3b. Melihat review dan lokasi seller.

Buyer juga boleh membaca review-review dari pelanggan-pelanggan seller untuk meningkatkan keyakinan pembelian, lokasi seller juga boleh dicari jika buyer hanya berminat untuk COD di lokasi terdekat tanpa perlu membuat pembayaran online.


7 Langkah keselamatan membeli barang kemas online


4. Membayar menggunakan shopee atau secara terus kepada seller?

Adalah lebih baik buyer membayar menggunakan payment gateway shopee berbanding transfer terus ke akaun seller, kerana selagi item tidak diterima buyer, payment tidak akan direleasekan, risiko buyer adalah minimum.

5. Cara memastikan emas yang diterima adalah tulen.

Untuk memastikan ketulenan emas, buyer boleh meminta seller menyediakan resit belian surat emas, bukannya resit cetak yang boleh dibeli di kedai-kedai buku, bagi peniaga yang genuine, mereka pastinya mempunyai syarikat berdaftar ataupun boleh menggunakan resit supplier mereka. Kesalahan menjual emas palsu adalah kesalahan yang amat serius dan tidak ramai yang berani mengambil risiko menjual emas palsu terang terangan.

6. Kenapa harga emas di Shopee lebih rendah

Kos peniaga emas online di shopee sangat rendah berbanding kos yang perlu ditanggung pemilik kedai emas, selain insuran yang bernilai puluhan ribu ringgit, kos sewa, gaji pekerja, dan sebagainya, menyebabkan kedai emas mengenakan harga yang cukup premium menyebabkan biasanya pembeli emas jarang sangat untung apabila menyimpan emas emas. Biasanya 95% pemilik emas akan rugi apabila menjual balik emas kerana telah membeli pada harga premium.

Peniaga emas online pula boleh menjual pada harga yang lebih kompetitif, kebanyakan kedai emas meletakkan harga emas segram yang murah, tetapi mengenakan caj upah berlipat kali ganda, ada sehingga upah yang tidak logik seperti ketika raya 2018 tahun ini.. (8gram 916 RM165/gram kos upah sehingga RM600 .. ibarat sembelih peminat emas pelanggan sendiri.

7. Cara penentuan harga emas pasaran.

Pembeli juga boleh membandingkan harga-harga yang dijual di shopee dengan lebih mudah, senang untuk mencari kedai yang menjual harga paling murah, dan banyak pilihan yang mana jika dilakukan dari kedai ke kedai akan mengambil masa yang lama. Pembeli juga boleh melihat harga emas sebenar di www.hrg.ms untuk membandingkan berapa jumlah yang mereka boleh jimatkan

8. Membeli emas di shopee lebih selamat dari facebook

Tidak dinafikan sebelum ini ramai yang membeli emas di facebook, tetapi di facebook terlalu ramai scammer-scammer yang mencari peluang memerangkap buyer, ini biasa berlaku apabila payment dibayar direct ke akaun seller, apabila scammer mendapati duit telah masuk ke akaun mereka, facebook akan ditutup, whatsapp tidak akan dibalas dan sebagainya, disebabkan itu pembayaran yang selamat menggunakan payment gateway shopeee sangat membantu buyer.

9. Meminimumkan risiko penghantaran ditanggung pembeli.

Jika sebelum ini biasanya seller akan menetapkan risiko ditanggung pembeli apabila item dipostage, menyebabkan ada seller yang tidak tidak berhati-hati mengepos item buyer menyebabkan lambakan kehilangan item didalam proses postage menyebabkan buyer terpaksa berputih mata apabila barang hilang, dengan membeli melalui shopee, seller akan lebih berhati-hati menghantar barang dan akan menggunakan penghantaran yang diinsurankan dengan lebih selamat.

10. Trend lebih terkini dan lebih baru dari item di kedai.

Kebiasanya barang-barang kemas yang design terlalu cantik sukar untuk dijual, hanya yang design evergreen sahaja yang sangat laku, jadi sesetengah design yg nampak cantik di kedai mungkin design 3 tahun, 5 tahun malah mungkin 10 tahun dulu yang tidak dapat dijual.

Klik untuk ke applikasi shopee dan search “Rantai Tangan Emas 916” untuk mula membeli.

Bagaimana membeli emas di dinarpal

Bagi mereka yang belum lagi pernah mendengar dinarpal, adalah arrahnu dalam talian, ye arrahnu dalam talian? masih lagi belum faham..baik..  kata mudahnya Dinarpal adalah tempat anda menyimpan emas dengan upah simpan yang rendah, sangat-sangat rendah tetapi abaikan dulu bahagian ini.  Dinarpal adalah seperti bank emas, dimana pelanggan boleh menyimpan emas samada dalam bentuk jongkong, barang kemas dan sebagainya.

DinarPal-arrahnu

Selain dari fungsi arrahnu seperti diatas, pelanggan juga boleh membeli sebahagian dari jongkong emas dalam bentuk yang kecil, contohnya membeli 0.1gram emas dari 50gram jongkong, ia seperti REITs, atau Real Estate Investment Trust, dimana pembeli berpakat untuk membeli sebuah bangunan dan setiap pembeli diberikan dalam bentuk unit bukannya sorg satu bilik (paling untung sapa dapat jamban, boleh caj skali masuk berapa -lawak geng2 REITs), berbeza dengan Dinarpal ialah pelanggan berpakat secara jemaah untu membeli jongkong emas yang berat, dan setiap seorang diberikan dalam bentuk gram yang kecil dan bersandarkan kepada jongkong emas yang sebenar.

DinarPal-jual beli emas

Apa yang menguntungkan pelanggan adalah, jumlah simpanan gram emas di boleh digunakan terus untuk membeli barang di talian, sepertimana anda gunakan paypal (mungkin features akan datang), berbeza jika anda menyimpan unit, mungkin terpaksa tunggu untuk jual dulu, tunggu agent, tunggu hq proses, sain borang, jawab soalan kenapa nak keluar dan pelbagai-pelbagai lagi dan yang penting Dinarpal boleh dikeluarkan bila-bila masa dalam bentuk fizikal

Untuk membeli emas di l, anda perlu mendaftar sebagai ahli dahulu, caranya daftar disini dan teruskan dengan proses pendaftaran

DinarPal-daftar-dinarpal

 

1. Next step adalah login dan memasukkan sejumlah wang untuk membeli emas, contohnya saya memasukkan RM100 untuk membeli 2 bar 0,1gm dinarpal

DinarPal-topupu duit

 

2. Kemudiannya pergi ke menu “Souq Anshar” (x faham apa maknanya setakat ini), dan teruskan ke “”

dinarpal-beli-emas

3. Kemudiannya pilih no bar atau no pilihan yang anda suka dan klik buy, seterusnya item tersebut berada di ruangan cart dan pilih amil atau (skip sahaja) dan klik button “Puchase & Keep in Our Vault”

dinarpal-beli-emas-2

 

4. Dan yang terakhir ada proceed button untuk membeli 0.1gram emas , simple sahaja,

Setiap jualan 0.1gram dari ahli dibawah anda (RM30 je per pcs) anda akan nikmati komisyen RM2, tapi jika anda mendaftar dealer akan dpt tambahan RM3/pcs , keseluruhannya RM5 per pcs yang anda dapat apabila ahli dibawah anda membeli 0.1gram dinarpal. Itu baru 0.1gm, bayangkan jika ada yang beli 100gm,..apapun jadilah org pertama dlm circle anda untuk mendaftar,, daftar disini sekarang  (FREE je daftar)

DinarPal-membeli emas 3

Dinarpal adalah satu usaha murni dari foundernya Encik Arash Al Saadi dengan sokongan kerajaan negeri Melaka untuk memartabatkan urusan jual beli bersandarkan kepada seperti zaman kegemilangan islam dahulu, dan idea-idea ini telah dipatentkan dengan nilai melebihi RM5 bilion seperti terkandung didalam “kitab” ini… jangan lupa untuk (FREE lagi setakat ini)

patent-dinarpal

Update harga emas harian di Telegram

012-2864232 (2)

Salam & selamat sejahtera, bermula tahun 2016 ini kami akan menggunakan servis Apps Telegram untuk menghantar update harga emas harian kepada pelanggan dan tidak lagi melalui whatsapp

Kami menyarankan semua pengguna telefon android, ios, windows untuk install apps Telegram di playstore OS masing2 dan ikuti kami di channel @hrgms atau klik disini www.telegram.me/hrgms

Apps telegram adalah lebih baik dari whatsapp kerana tidak membebankan usage data / usage space yang besar kerana image tidak akan terus didownload ke phone, dan user boleh lihat history harga sejak channel @hrgms dibuka.

Jangan lupa, join channel @hrgms di Telegram untuk update harian harga emas terus ke telefon tuan puan. Klik disini untuk join www.telegram.me/hrgms

Laporan Harga Emas Mac 2015 & GST

graf-emas-2015

Harga emas hari ini sedang melesu dan berada pada paras terendah sepanjang tahun 2015, setelah mencatatkan harga tertinggi pada 17-18 Januari lalu (150.37/g) emas terus  menjunam keparas 136.62/g hari ini

Pada 1 April 2015 ini, kerajaan akan mula memperkenalkan GST dan emas tidak terkecuali turut dikenakan cukai, maka peminat-peminat emas harap bersedia dengan poket lebih tebal untuk membeli emas, cukai yang dikenakan adalah minima, dukacitanya ada  sesetengah pembeli malah peniaga tersilap faham bagaimana cukai GST akan dikira pada barangan kemas.

Cukai GST yang dikenakan kepada emas akan dikira 6% dari keuntungan jualan, bukannya 6% dari harga emas semasa. Jadi akan timbul nanti, pembeli akan dapat mengagak keuntungan sebenar peniaga emas dari tax 6% yang dikenakan. Ada beberapa contoh cara kiraan GST untuk barang kemas.

 

Contoh paling senang : Cincin emas 10g berharga RM1000 dibeli dari pembekal RM800. maka cukai GST yang akan dikenakan adalah

  • 6% x RM200 = RM12.00 , bukannya
  •  6% x RM1000 = RM60.00 (salah!)

Contoh lebih kompleks: Cincin emas 10g dibeli dari pembekal RM800 + upah RM50, penjual menjual pada harga RM1000 + upah RM200, maka

  • 6% x Untung (RM350) = RM21 (Betul)
  • 6% x Jumlah Harga (RM1200) = RM72 (Salah)

Oleh kerana harga emas berubah setiap hari, penjual emas kecil-kecilan, borong, peraih (jika dikenakan GST) memerlukan sistem akaun dan POS (Point of Sale) yang lebih teratur untuk rekod transaksi kos modal dan jumlah jual untuk dikira GST, bukannya seperti cara lama bergantung kepada turun naik harga emas per gram setiap hari. Jadi kepada kita yang niaga kecil-kecilan ini ada baiknya menggunakan Microsoft excel yang dah familiar dari software akaun yang complex seperti Quiken n etc, Boleh dapatkan sistem akaun excel DKS yang senang disini

Bagaimanapun setakat hari ini, cukai GST tidak akan dikenakan kepada jongkong emas, emas mentah dan raw material emas yang lain, cukai hanya  dikenakan kepada barang kemas & perhiasan sahaja

Kejatuhan matawang ringgit berbanding dollar juga memberi impak agak luas kepada harga emas pasaran tempatan kerana setiap kali tukaran matawang jatuh, kita terpaksa membayar lebih untuk mengimport emas kedalam negara.

Ada beberapa ketika tahun ini  pasaran emas antarabangsa dalam keadaan menaik tetapi pasaran emas tempatan merundum disebabkan matawang negara merosot, tukaran matawang MY/USD hari ini USD1/MYR3.70

Shahrul Emas www.hrg.ms SMS/Whatsapp 012-2301015

Dapatkan diskaun RM5/gram untuk emas @Pandora916,  layari www.hargaemas.my

Apple Keluarkan Jam Bersadur Emas 18 Karat

jam

CALIFORNIA – Syarikat Apple semalam melancarkan jam tangan edisi terhad bersalut emas 18 karat, batu nilam dan kristal yang dijual pada harga AS$10,000 (RM36,800).

Jam tangan istimewa itu akan menjadi produk paling mahal firma berkenaan sejak pengeluaran komputer Lisa yang dibangunkan oleh pengasasnya, Steve Jobs pada harga yang sama tahun 1983.

Produk ini merupakan inovasi baharu pertama Apple sejak Jobs meninggal dunia pada 2011 dan dilancarkan oleh Ketua Eksekutif Apple, Tim Cook kelmarin.

Penganalisis berpandangan pengeluaran produk baharu ini sebagai satu percubaan untuk Apple menembusi pasaran barangan mewah Asia dan mampu menjadi permulaan terhadap keseluruhan pasaran baharu.

“Apple merupakan satu-satunya jenama teknologi yang berpotensi untuk beralih daripada barangan teknologi kepada jenama mewah. Ia belum pernah terjadi sebelum ini,” kata Ketua Analisis Teknologi Penyeli­dikan Jackdraw, Jan Dawson.

Sempena pelancaran jam tangan Apple ini, Cook menerangkan secara terperinci bagaimana pelanggan boleh menggunakan butang yang ada di bahagian tepi jam tersebut untuk menghidupkan aplikasi di skrin seperti iPhone.

Selain jam tangan mewah bersalut emas yang disasarkan untuk golongan atasan, App­le turut menawarkan produk bagi golongan pertengahan iaitu jam tangan sukan yang dijual pada harga bermula AS$349 (RM1,284) – AGENSI

_________________________________________________________________________________________

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

_________________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________________
perlukan TUNAI dengan segera . tukarkan EMAS anda kepada TUNAI 
sedia membeli emas terpakai dengan harga yang tinggi. sedia membeli segala jenis emas 999.9, 999, 916, 875, 835, paun, 750, pandora 916, emas lama, emas patah, bengkok, surat pajak dan lain-lain lagi.
asalkan emas tulen. COD cheras / ke tempat anda.

whatsapp/sms/call 013-9720910 @ 017-8855788 Acikx Hargaemas + facebook 
_________________________________________________________________________________________

RM13 Juta Iphone Bersalut Emas, Bertatah Berlian

genie

NEW YORK: Model telefon pintar iPhone yang disaluti emas 24 karat dan dihiasi berlian tulen ditawarkan pada harga £2.3 juta atau kira-kira RM13 juta.

Gajet termahal di dunia ini dihasilkan syarikat pengeluar barangan mewah di Amerika Syarikat (AS), Goldgenie yang bekerjasama dengan pengeluar iPhone, Apple Inc. bagi menghasilkan telefon pintar itu.

Goldgenie turut menawarkan beberapa pilihan bagi memenuhi kehendak pelanggan seperti rekaan telefon disaluti emas, platinum atau emas merah dan bertatahkan berlian serta batu permata lain.

Pelanggan yang ingin memiliki koleksi iPhone mewah itu akan diberikan tawaran oleh Goldgenie pada harga bermula dari £9,700 atau kira-kira RM54,000.

genie1

“Ia adalah telefon paling eksklusif buat masa ini dan nilainya dianggarkan menyamai harga sebuah pulau kecil,” kata pengasas Goldgenie, Laban Roomes.

Beberapa selebriti dunia termasuk pelari pecut, Usain Bolt, bekas bintang bola sepak, David Beckham dan penyanyi rap terkenal, P Diddy adalah antara pelanggan tetap syarikat barangan mewah itu.

Tahun lalu, syarikat sama bekerjasama dengan pereka popular, Alexander Amosu untuk menghasilkan sebuah telefon pintar iPhone 6 yang dihiasi sejumlah 6,127 butir berlian yang menjadi milik seorang individu tidak dikenali pada harga £1.7 juta (RM9.3 juta).

www.mstar.com.my

_________________________________________________________________________________________

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

_________________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________________
perlukan TUNAI dengan segera . tukarkan EMAS anda kepada TUNAI 
sedia membeli emas terpakai dengan harga yang tinggi. sedia membeli segala jenis emas 999.9, 999, 916, 875, 835, paun, 750, pandora 916, emas lama, emas patah, bengkok, surat pajak dan lain-lain lagi.
asalkan emas tulen. COD cheras / ke tempat anda.

whatsapp/sms/call 013-9720910 Acikx Hargaemas
_________________________________________________________________________________________

But Emas Bertatah Berlian Hadiah Nike Buat Ronaldo

bot emas ronaldo

ZURICH: ‘Mercurial CR7 Rare Gold’, but bertatahkan berlian ditempah khas buat Pemain Terbaik Dunia buat kali ketiga, Cristiano Ro­naldo.

But berkenaan berwarna emas, tertulis perkataan CR7 dan mempunyai mikro berlian di bahagian tumit.

tapak but

Ia dikeluarkan Nike yang juga penaja rasmi penyerang berusia 29 tahun itu.

“Berlian yang digunakan dipilih secara cermat daripada batu-batu besar dan dibentuk dengan penuh teliti oleh pengukir berlian.

“Oleh kerana berlian sangat halus dan butir-butirnya tajam, ia dipotong menjadi kepingan kecil membentuk mikro berlian.

“Ketekunan yang diperlukan untuk menghasilkan but tersebut me­ngingatkan pasukan reka bentuk Nike kepada etika kerja Ronaldo,” kata Nike.

bot emas

Pengeluar barangan sukan antarabangsa itu memutuskan untuk menghasilkan sepasang kasut istimewa buat Ronaldo bagi meraikan kejayaan bintang penyerang Portugal itu menjulang anugerah Ballon d’Or.

Selain itu, Ronaldo juga dilihat berjaya mengharungi musim yang cemerlang dengan merangkul gelaran Liga Juara-Juara, Copa del Rey, Piala Super Eropah, Piala Dunia Kelab. -www.mstar.com.my

_________________________________________________________________________________________

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

_________________________________________________________________________________________
perlukan TUNAI dengan segera . tukarkan EMAS anda kepada TUNAI 
sedia membeli emas terpakai dengan harga yang tinggi.
sedia membeli segala jenis emas 999.9 , 999 , 916 , 875 , 835 , paun , 750 , pandora 916, emas lama , emas patah , bengkok , surat pajak dan lain-lain lagi . asalkan emas tulen.
COD cheras / ke tempat anda.

whatsapp/sms/call 013-9720910 Acikx Hargaemas + facebook 
_________________________________________________________________________________________