Harga Emas Mampu Cecah RM247/g Tahun 2013

Harga emas dijangka bergerak ke arah AS$2,000 seauns dalam tempoh enam bulan akan datang dengan arah aliran menaik itu dijangkakan berterusan untuk mencapai harga sasaran AS$2,500 seauns dalam tempoh setahun ini, kata Naib Presiden yang juga Pengurus Porfolio DWS Investments GmbH, Manuel Tenekedshijew.

Beliau berkata, pendorong utama kepada kenaikan harga itu termasuk kadar faedah sebenar yang tidak menarik, kebimbangan jangka panjang terhadap inflasi, kekukuhan permintaan bagi pelaburan, arah aliran terkini yang menunjukkan meningkatnya pembelian logam berharga oleh bank pusat di seluruh dunia, selain bekalan terhad. “Berdasarkan analisis kami, harga emas dijangka mencecah AS$1,800 sedikit masa lagi dengan sebarang pembetulan harga menjadi asas kepada kenaikan lanjut.
“Harga emas dijangka bakal bergerak ke arah AS$2,000 seauns dalam tempoh enam bulan akan datang dan arah aliran menaik itu dijangka berterusan untuk mencapai harga sasaran AS$2,500 seauns selepas setahun dari sekarang,” katanya sambil menambah dalam persekitaran ekonomi yang tidak menentu, emas kebiasaannya dilihat sebagai pelaburan terbaik.

Beliau berkata demikian pada taklimat media berhubung arah aliran logam emas di Kuala Lumpur, semalam. Harga emas berlegar AS$1,760 seauns semalam.
Perkembangan ekonomi dan geopolitik semasa menyaksikan dorongan kenaikan harga pasca 2000.

Sementara itu, Pengarah Dana Runcit Bahagian Pengurusan Dana AMMB Holdings Bhd, Ng Chze How (gambar), berkata prestasi lebih baik saham syarikat berkaitan perlombongan emas berbanding pergerakan harga emas fizikal sejak sedekad lalu mendorong AMMB Holdings menambah saiz dana AmPrecious Metal tidak kurang tiga kali daripada 350 juta unit sejak dilancarkan pada 2007, kepada 600 juta unit dan terkini kepada 750 juta unit.
Beliau berkata, dana berasaskan Syariah AmPrecious Metal dilaburkan dalam saham syarikat global terbabit aktiviti berkaitan emas dan logam berharga, seperti syarikat pelombongan emas kerana statistik menunjukkan prestasi saham syarikat terbabit jauh lebih baik berbanding pergerakan harga emas fizikal sejak sedekad lalu.

-Berita Harian

 ~ usd2500/oz iaitu lebih kurang rm247/g!

Emas RM65j Belum Diserah Kepada Pelabur

Kuala Lumpur: Syarikat pelaburan emas, Genneva Malaysia Sdn Bhd yang diserbu Oktober lalu, belum menyerahkan 4,000 kilogram emas bernilai RM64.94 juta kepada lebih 8,000 pelaburnya.

Selain itu, pelabur yang menyerahkan emas kepada syarikat itu tetapi masih belum menerima bayaran balik tunai berjumlah lebih RM80 juta.

Jumlah itu dikesan selepas siasatan dijalankan ke atas dokumentasi yang disita dalam serbuan premis syarikat itu.

Bank Negara Malaysia (BNM) dalam kenyataan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, semalam, berkata agensi penguat kuasa menerima banyak rayuan daripada pihak yang terbabit dengan syarikat berkenaan.

“Mereka meminta BNM melepaskan wang yang dibekukan sebanyak RM99.8 juta dan emas yang disita seberat 126 kg yang disimpan sebagai bukti bagi kesalahan yang disyaki.

“Wang dan emas itu dikehendaki untuk tujuan penyiasatan dan hanya akan dilepaskan dengan arahan mahkamah,” kata kenyataan itu di sini.

Sebelum ini, angka awal yang dikeluarkan BNM memaklumkan emas disita iaitu sebanyak 142.7kg dan wang yang dibekukan dalam akaun bank serta wang tunai berjumlah RM101.92 juta adalah merujuk kepada semua empat syarikat yang disyaki menjalankan skim pelaburan haram menggunakan emas termasuk Genneva Malaysia.
Kenyataan itu juga menjelaskan, laporan awal perakaunan forensik menunjukkan kerugian besar dialami syarikat terbabit tahun ini dengan memiliki tanggungan melebihi 10 kali aset syarikat.

Operasi sebenar syarikat itu adalah menjual emas pada kadar kira-kira 20 hingga 25 peratus lebih tinggi daripada pasaran, membayar pulangan dua hingga tiga peratus sebulan kepada pelanggan dan membeli balik emas daripada pelanggan pada harga asal belian emas bukan sesuatu yang dapat dikekalkan, katanya.

BNM berkata, dalam keadaan itu, aliran tunai membolehkan syarikat meneruskan operasinya.

Sehubungan itu, BNM menasihatkan orang ramai merujuk kepada sesawangnya untuk maklumat berkaitan perkembangan terkini siasatan kes berkenaan.

sumber : Berita Harian

8,000 Pelabur Genneva Malaysia Belum Dapat Emas

SHAH ALAM – Bank Negara mendedahkan lebih daripada 8,000 pelabur syarikat pelaburan emas Genneva Malaysia Sdn Bhd masih belum menerima emas mereka dengan jumlah berat melebihi 4,000 kilogram (kg) walaupun telah menyelesaikan bayaran.

Dalam satu kenyataan semalam, Bank Negara berkata, terdapat juga pelabur yang telah menyerahkan emas mereka berjumlah lebih RM80 juta kepada syarikat tetapi masih belum menerima bayaran balik tunai.

“Perakaunan forensik awal telah mendedahkan kerugian besar yang dialami oleh syarikat itu pada tahun 2012. Syarikat mempunyai liabiliti melebihi 10 kali asetnya.

“Menjual emas pada kira-kira 20 hingga 25 peratus lebih tinggi daripada harga pasaran, membayar pulangan kira-kira dua hingga tiga peratus setiap bulan kepada pelanggan dan membeli balik emas daripada pelanggan pada harga belian awal bukan merupakan satu usaha yang mampan,” kata kenyataan dari Bank Negara.

Ia juga menyatakan bahawa aliran tunai bagi syarikat itu untuk mengekalkan operasinya bergantung sepenuhnya kepada jumlah yang dikumpulkan daripada pelanggan baru.

Genneva, telah diserbu oleh Bank Negara, polis, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia pada 2 Oktober lalu.

Tiga hari kemudian, pihak berkuasa menjalankan serbuan ke atas premis perhiasan Emas Bhd, Caesar Gold Sdn Bhd dan Worldwide Far East Bhd yang disyaki terlibat dengan pengambilan deposit haram, pengubahan wang haram pengelakan cukai dan dan keterangan palsu.

Menurut kenyataan itu, wang Genneva sebanyak RM99.8 juta telah dibekukan dan 126kg emas disita, di mana pihak bank berkata, ia diperlukan untuk siasatan dan hanya akan diuruskan mengikut perintah mahkamah. Orang ramai dinasihatkan merujuk laman web Bank Negara untuk maklumat lanjut.

Syarikat Pengendali Skim Emas Gagal Urus Rekod

KUALA LUMPUR – Susulan serbuan dan penyiasatan terhadap empat syarikat yang disyaki mengendalikan skim pelaburan haram menggunakan emas, agensi penguatkuasaan mendapati sesetengah daripada syarikat yang terbabit tidak mempunyai simpanan rekod yang memuaskan.

Dalam satu kenyataan bersama hari ini Polis Diraja Malaysia, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan Bank Negara Malaysia, berkata hasil penyiasatan ke atas empat syarikat yang disyaki mengendalikan skim pelaburan haram menggunakan emas, mendapati sesetengah daripada syarikat gagal menyimpan semua rekod transaksi perniagaan dan kewangan yang baik dan tepat.

“Syarikat-syarikat ini mempunyai simpanan rekod kewangan dalam pelbagai versi untuk tujuan yang berbeza-beza. Mereka juga gagal mengemukakan akaun untuk diaudit oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia sejak beberapa tahun yang lalu, seperti yang dikehendaki oleh undang-undang.

“Bagi perniagaan, terutamanya yang melibatkan bilangan pelabur dan jumlah wang yang besar, penyimpanan rekod transaksi perniagaan yang baik dan tepat adalah sangat penting untuk mengelak daripada berlakunya salah pengurusan kewangan atau memberikan gambaran yang salah mengenai keadaan kewangan sebenar syarikat,” kata agensi-agensi tersebut.

Menurut kenyataan itu lagi, rekod yang disita menunjukkan sebahagian besar bilangan pelabur telah membayar wang pelaburan mereka tetapi masih belum menerima emas yang dibeli, sebelum serbuan tersebut dibuat.  Dalam kes tertentu, tempoh menunggu untuk mendapatkan emas  tersebut telah melebihi lima bulan.  Jumlah emas yang disita daripada semua syarikat semasa serbuan ialah kira-kira 142.7 kilogram, manakala wang dalam akaun bank dan wang tunai berjumlah RM101.92 juta.

Agensi penguatkuasaan menyedari akan kesukaran yang dialami oleh para pelabur yang terbabit dan sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk mengesan penyimpanan mana-mana wang dan aset syarikat tersebut. Satu pasukan khas telah ditubuhkan untuk mengesan aliran wang dan aset lain.

Firma perakaunan antarabangsa juga telah dilantik secara sepenuh masa untuk membantu siasatan. Skop penyiasatan adalah bersifat antarabangsa. Dalam hubungan ini, agensi penguatkuasaan bekerjasama secara aktif dengan rakan sejawat di luar negara untuk mendapatkan bukti di beberapa negara lain bagi membantu penyiasatan

Maklumat lanjut berhubung dengan penyiasatan ini akan dimaklumkan kepada orang ramai dari semasa ke semasa.

Kenyataan bersama oleh:

Bank Negara Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
Suruhanjaya Syarikat Malaysia

pelaburan kwsp ke public mutual disekat

Sebab KWSP Gantung Dana Public Mutual

pelaburan kwsp ke public mutual disekat

Perkhidmatan Public Mutual Bhd sebagai Institusi Pengurusan Dana (IPD) digantung di bawah Pengeluaran Pelaburan Simpanan Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berkuat kuasa mulai 29 Okt, 2012.”Sehubungan dengan penggantungan tersebut, Public Mutual Bhd (Kod IPD 03) adalah tidak dibenarkan membuka akaun untuk ahli KWSP dan/atau menerima sebarang pemindahan simpanan ahli dari KWSP mulai dari 29 Okt, 2012,” demikian menurut makluman yang dipaparkan di laman sesawang agensi itu mulai semalam.

Makluman itu, bagaimana pun menyatakan bahawa IPD berkenaan masih bertanggung jawab menguruskan pelaburan simpanan ahli KWSP yang telah dipindahkan sebelum 29 Okt, 2012.

Tindakan ke atas PMB ini dilihat sebagai adalah tindakan berterusan yang diambil oleh agensi-agensi berkaitan kerajaan pusat yang ditadbir oleh Barisan Nasional (BN) yang menyasarkan entiti-entiti perniagaan milik dan menjadi kegemaran pelaburan ……

Teruskan membaca di sumber asal: http://www.kl-today.com/2012/10/kwsp-gantung-public-mutualapa-sebab/

Mana yang anda pilih pelaburan emas atau perniagaan emas?

 

Bila saya sebut pasal pelaburan emas ramai yang dah tau kot…Tapi bila saya sebut pasal perniagaan emas ramai yang tak tau dan jarang kita dapati orang ajar secara percuma…ilmu emas ini kalau anda nak tau sangat bermakna dan susah didapati.

Pelaburan Emas
Pelaburan emas adalah terbahagi kepada dua,iaitu pelaburan emas secara online dan pelaburan emas secara fizikal. Pelaburan emas secara online adalah seperti forex, ianya tak semudah yang kita jangkakan sebab kita kena mahir dalam perjalanan graf dan teknik-teknik yang lain.
Pelaburan emas secara fizikal anda selamat dari pada kejatuhan harga sebab emas tersebut ditangan anda sendiri, walau bagaimanapun anda boleh menunggu harga naik,simpan lama-lama pun tak mengapa kerana emas takkan susut nilainya..tapi saya sarankan anda kalau anda ingin memulakan pelaburan emas pilihlah harga yang murah, bandingkan semua harga penjual-penjual emas dan pastikan spread harga jual dan harga beli jangan terlalu jauh,maximum rm5.00 kebawah adalah senang anda mendapat keuntungan.

Perniagaan Emas
Kalau sebut pasal perniagaan emas adalah bermacam-macam cara dan bermacam-macam ragam dalam perniagaan emas,keuntungan pun begitu juga tergantung pada ilmu yang kita ada, kepakaran dalam persaingan market adalah faktor kepada kejayaan perniagaan emas,kebanyakan orang rugi dalam perniagaan emas adalah orang yang tamak yang ingin keuntungan besar, contohnya ada sebahagian yang saya jumpa harga dah naik tapi tak nk jual juga sebab dia nak tunggu lagi naik, padahal besoknya harga emas turun. Perniagaan emas adalah lebih untung dari pada pelaburan emas.

Banyak lagi yang anda kena ambil peduli atau kena belajar dalam perniagaan emas,mengenali emas tak rugi sebab anda sendiri pun membeli emas.

 

 

Beli emas dapat duit setiap bulan

“Orang tamak selalu rugi, macam anjing dengan bayang-bayang. ”

Ada beberapa cara nak melabur dengan emas hari ini. Tapi sila berhati-hati, ada cara yang halal, ada cara yang tak patuh Shariah dan ada cara yang menipu atau skim cepat lingkup.

1. Emas Fizikal

Beli 25 gram emas fizikal dalam bentuk bar, syiling dan barang kemas.

Selagi mana beli secara tunai, tiada isu Shariah. Cara buat untung adalah beli harga rendah, jual harga tinggi.

Rujuk: http://www.pakdi.net/cara-membeli-emas-perak-patuh-shariah/

2. Akaun Pelaburan Emas

Beli 25 gram emas dari bank, emas fizikal tak perlu ambil. Bank simpan atau bank cuma benchmark harga emas semasa.

Yang confirm transaksinya halal cuma KFH dan Al-Rajhi Bank, selebihnya tidak.

Rujuk: http://www.pakdi.net/akaun-pelaburan-emas/

3. Emas + Ar-Rahnu

Kalau emas dah beli secara tunai dan kemudian digadaikan, ok. Patuh Shariah.

Kalau buat kombo sekaligus, maka ada isu Shariah yang pelu diperhalusi.

Rujuk: http://www.pakdi.net/hukum-pelaburan-emas-ar-rahnu/

4. Saham syarikat berhad yang berkaitan emas di Bursa Malaysia

Setahu saya hanya Poh Kong Holdings Berhad (5080) yang sahamnya dijual beli di Bursa Malaysia. Wah Chan dan Habib Jewels masih Sdn Bhd. (Kalau saya tertinggal syarikat berhad dalam industri emas yang didagangkan di Bursa, tolong beritahu saya ya dalam ruang komen) Poh Kong merupakan penjual emas dan barang kemas paling besar di Malaysia dan mempunyai lebih 100 cawangan seluruh negara.

Beli saham Poh Kong Holdings Berhad dan kita berpeluang mendapat capital gain dari harga saham dan juga dividen tahunan. Saya ulang, dividen tahunan.

5. Skim Cepat Lingkup

Caranya, beli emas dapat dividen, duit dan pulangan x% setiap bulan.

Ini skim cepat lingkup. Emas fizikal tak beri dividen. Akaun pelaburan emas pun tak beri sebarang dividen. Kalau nak dapat dividen pun kena beli saham macam syarikat Poh Kong yang tersenarai dengan Bursa Malaysia untuk tujuan tersebut, tapi itu bukan beli emas tapi beli saham.

Kalau syarikat berkaitan emas yang paling besar pun cuma berani dan mampu beri dividen tahunan sahaja, kenapa boleh ada syarikat biasa-biasa yang nak janjikan pulangan dividen setiap bulan? Ia tidak masuk akal. Syarikat sebegitu adalah musang yang sedang membela ayam.

Apa yang sebenarnya syarikat sebegini jual? Emas ke saham?

Jika emas, mana emasnya? Jika emas tiada itu sudah jadi transaksi haram.

Kalau saham pula, adakah ia tersenarai di Bursa Malaysia atau mana-mana bursa saham lain ?

Apakah operasi sebenar syarikat tersebut? Terlibat dalam jual beli emas macam Poh Kong, Habib dan Wah Chan atau cuma sedang menipu orang ramai, penjawat awam dan makcik-makcik di kampung?

Modus operandi skim cepat lingkup bermula dengan model “pelaburan” semudah skim Pak Man Telo dan Labu Peram. Kemudian disusuli skim forex, futures market, CPO, ternak lembu, rumpai laut, jala ikan, MLM dan kini pelaburan emas.

Tak percaya?

“Takkan dia tipu pula, sebab saya masih dapat duit tiap-tiap bulan Pakdi!” ujar seorang pegawai kerajaan.

Ok. Tiada masalah.

Pergi lah habiskan semua duit simpanan, duit simpanan nak pergi haji, gadai tanah, buat pinjaman bank, minta duit & paksa emak ayah, adik beradik, kawan-kawan semua masuk dan jumpa peneroka Felda dan orang kampung untuk terlibat dalam skim yang sama.

Pergi buat apa yang patut untuk terlibat dalam skim macam ni. Pergi buat untuk jadi kaya dengan jalan menipu. Teruskan mengikis duit orang lain.

Saya dah tegur dan ingatkan skim cepat lingkup sebegini melalui siri seminar, ceramah dan bengkel dan hari ini melalui blog. Saya cuma nak selamatkan diri saya, keluarga dan kalian yang mahu percaya sahaja.

Blog perniagaan vs facebook perniagaan

 

Dalam perniagaan, mana yang lebih penting? Guna Blog perniagaan atau Facebook perniagaan?

Jawapannya agak cliche, sebab kedua-duanya penting dan kedua-duanya lain fungsinya untuk sesuatu perniagaan. Saya pecahkan kegunaannya di bawah:

Facebook untuk perniagaan:

  • berhubung dengan pelanggan lama, baru dan prospek secara santai
  • kongsi maklumat-maklumat menarik yang berkaitan dengan industri
  • update pengikut dan penyokong tentang perniagaan yang dijalankan

Blog untuk perniagaan:

  • tunjukkan kepakaran dan bidang perniagaan anda
  • kongsikan perniagaan yang dijalankan dengan lebih terperinci
  • amat penting untuk mendapat kedudukan terbaik di enjin pencari!

Jadi, bagi yang tanya saya nak guna blog ataupun facebook dalam perniagaan, jawapannya adalah guna kedua-duanya sekali. Lagi banyak medium pendedahan kita di Internet, lebih mudah sesuatu perniagaan itu mendapat pendedahan di Internet untuk berkembang.

Tiada syarat yang tetap sama ada sesuatu post atau berita itu patut kita letak di blog ataupun facebook. Ia bergantung pada keadaan. Gunakan tip di atas sebagai panduan sahaja.

Seringkali, sebaiknya kita membawa bakal pelanggan ke blog dan juga laman web kita daripada Facebook. Facebook adalah amat baik untuk pendedahan perniagaan, tetapi agak sukar untuk dapatkan pelanggan. Gunakan blog atau laman web kita untuk close the sale. Jangan lupa juga kita boleh import blog posting kita ke dalam FB.

Rahsia teknik pelaburan emas terbaik dapat barang dan keuntungan percuma

 

Emas adalah barang paling berharga sejak turun temurun dan diakui seluruh dunia hinggakan emas adalah barang yang paling mudah untuk dicagarkan atau digadaikan dibank. Ramai yang tidak sedar kita boleh membeli sesuatu yang mahal dengan harga murah atau dapat percuma dengan teknik pelaburan emasterbaik.

Emas dapat menambah nilai wang kita dengan menggunakan teknik yang sama seperti bank dunia  iaitu dengan menyandarkan pada emas. Maksubnya kita membeli emas, mengadaikan emas tersebut dan membeli barangan yang kita inginkan dan dapat barang percuma serta keuntungan.

Inilah rahsia emas, beli Sesuatu Yang Mahal, dapat barang  percuma dan untung.Saya telah membeli sebuah motosikal baru yang berharga RM 70,000(contoh nilai mudah,sebenarnya motor yang saya beli kawasaki z1000sx berharga RM86,000.00).Saya mempunyai tunai sebanyak RM100,000 dan ingin membuat pinjaman bank untukuntuk pembelian motosikal tersebut walaupun boleh beli secara tunai kerana mahu dapat motosikal percuma menggunakanteknik pelaburan emas.

Caranya,Wang kita RM 100,000 belikan emas , pajakkan dan dapat RM 70,000 tunai, wang RM 70,000 itu saya beli emas dan pajak / gadaikan sekali dapat RM 49,000 tunai, beli emas lagi dan pajakkan lagi dapat RM 34,300 tunai. Wang RM 34,300 ini saya gunakan untuk membayar muka atau pendahuluan motosikal tersebut dan selebihnya saya buat pinjaman  ansuran bulanan selama 5 tahun untuk pembelian motosikal tersebut.

Ambil kira kenaikan purata tahunan emas sebanyak 25%, selepas 5 tahun kenaikan nilai emasnya adalah sebanyak 125%. Bermakna nilai emasnya ketika itu telah menjadi RM 225,000.00 + 157,500.00 + 110,250.00 (dapatan pinjaman dari gadaian) semuanya berjumlah RM 492,750.00. Pada ketika itu, saya boleh menjual emas dan menebusnya dari Ar-Rahnu.

Perkiraan mudahnya ialah :

RM 492,750.00 (Hasil Jualan Emas) – RM 153,300.00 (Pinjaman Ar-Rahnu) – 35,700.00 ( pinjaman ansuran bulanan ) = RM 303,750.00

RM 303,750.00 – RM 55,188.00 (Upah simpan 5 tahun) – 8,925 ( loan bank 5%) = RM 239,637.00 (Untung)

percaya tak, dalam hanya 5 tahun, saya akan mendapat untung RM 239,637.00.

RM 100,000.00 (Modal asal ) – RM 239,637.00 (Untung) = – RM 139,637.00

Ini bermakna saya telah membeli sebuah motosikal yang berharga RM 70,000.00 DAPAT PERCUMADAN DAPAT UNTUNG FREE  SEBANYAK RM 139,637.00.

INILAH RAHSIA TEKNIK PELABURAN EMAS YANG PELIK TAPI BENAR..

Teknik pelaburan emas ini saya telah buat dan  renungkan bagaimana kita mendapat barang yang kita inginkan dengan  percuma dan untung dengan teknik memanipulasikan kewangan melalui pelaburan emas.Cara dapat barang free adalah hanya dengan teknik pelaburan emas kerana hanya emas yang dapat memberikan wang yang banyak melalui gadaian kepada kita dengan selamat.

Bertindaklah sekarang dengan membeli emas, jangan tunggu harga emas turun kerana emas sentiasa naik. Jika pun harga emas turun pada masa tertentu ianya pastinya lebih tinggi dari harga sekarang. Ilmu pelaburan emas dan teknik memanipulasi emas kelihatan pelik tapi benar.

 

sumber: pelaburan emas public gold Malaysia.

Kenapa emas?

 

Emas telah memainkan peranan yang sangat besar dari hari pertama ia ditemui. Kisah emas sangat kaya dan kompleks seperti logam itu sendiri.
Emas adalah permulaan dalam setiap simpanan aset jangka panjang atau portfolio pelaburan. Selama berabad-abad, terutama selama masa krisis kewangan, pelabur telah berusaha untuk melindungi nilai aset mereka dan emas merupakan asset mereka yang sangat penting.
Sebagai salah satu aset kewangan sangat sedikit yang tidak bergantung pada janji setiap penerbit untuk membayar, emas menawarkan risiko yang sangat minimal. Ia juga menawarkan pelabur insurans terbaik terhadap gerakan ekstrim dalam nilai kelas aset yang lain

 

 

Kepelbagaian Portfolio

Sebahagian besar orang memiliki pelaburan dalam aset kewangan tradisional seperti bon dan saham. Dengan kepelbagaian portfolio anda boleh menawarkan perlindungan tambahan terhadap setiap fluktuasi nilai dari setiap aset tunggal atau kumpulan aset. Faktor risiko yang boleh mempengaruhi harga emas sangat berbeza dari mereka yang mempengaruhi aset lain kewangan tradisional. Saksi Sejarah, portfolio yang mengandungi emas umumnya lebih layak dan kurang stabil daripada yang tidak

Inflasi Hedge

Pasar kitaran datang dan pergi, lagi dan lagi. Namun, dalam jangka panjang, emas tetap mempertahankan daya beli nya. Di sisi lain, kuasa beli banyak mata wang umumnya menurun, kerana sebahagian besarnya mengikut kenaikan harga barangan dan perkhidmatan. Oleh kerana itu pelabur sering sangat bergantung pada emas untuk melawan kesan daripada turun naik inflasi dan mata wang.

Hedge Mata Wang

Emas digunakan sebagai lindung nilai terhadap naik turun mata wang, khususnya dolar AS. Jika utama perdagangan dunia mata wang, Dolar AS menghargai, harga emas pada umumnya dolar jatuh. Sebaliknya, penurunan dolar relatif terhadap mata wang utama yang lain menghasilkan kenaikan harga emas. Untuk alasan ini, emas telah secara konsisten terbukti menjadi salah satu aset terbaik dalam melindungi terhadap kelemahan dolar.

Pengurusan Risiko

Emas boleh diklasifikasikan sebagai kurang stabil daripada komoditi yang paling banyak dan indeks ekuiti. Ternyata untuk bersikap lebih seperti mata wang dengan sendirinya. Aset dengan volatilitas yang rendah akan membantu untuk memastikan risiko secara keseluruhan dalam portfolio anda. Emas juga membantu kepelbagaian risiko secara lebih berkesan dengan melindungi terhadap peristiwa negatif jarang berlaku atau tidak mungkin tetapi atas sebab, sering disebut sebagai “tail risks”.

 

Permintaan dan Penawaran

Kenaikan harga emas telah membuat keseimbangan antara permintaan dan tawaran. Waktu yang lama dalam bidang perlombongan emas telah memberitahu kita bahawa pengeluaran emas relatif tidak mencukupi, terlepas dari peningkatan permintaan. Itulah sebabnya berbaris pada harga emas sejak tahun 2001 tidak menimbulkan peningkatan yang berarti dalam tahap pengeluaran emas.
Permintaan untuk emas telah menunjukkan pertumbuhan yang berterusan baru-baru ini, sekurang-kurangnya sebahagian peningkatan tahap pendapatan di pasaran utama. Faktor-faktor bekalan dan permintaan telah meletakkan asas yang kuat untuk prospek emas paling positif di lebih daripada satu perempat abad.