Awas, Skim Cepat Kaya Bertopeng Emas!

ru_02.1

Terlalu banyak orang tanya saya akhir-akhir ni tentang skim pelaburan emas yang dapat income bulan-bulan. Dah terlalu famous sekarang ni. Hari ni sahaja dah 6 orang tanya saya soalan yang sama. Ye lah. Siapa tak ‘curious’. Bukan sikit janji keuntungnya. Ada yang janji bagi keuntungan mencecah 70% – 100% dalam tempoh setahun!

Secara jujurnya, bila dengar boleh dapat keuntungan yang tak masuk akal tu pun, saya dah ‘reject’ awal-awal. Too good to be true. Kalau “perniagaan” untung 200% setahun tu memang biasa, tapi kalau “pelaburan” untung 20% tu bagi saya luar biasa. Apatah lagi untungnya 70% hingga 100% setahun!

Penganjur Bijak Lagi Baik Hati?

Kalau betul ianya pelaburan yang tulen, jangankan kita yang nak labur, badan-badan kerajaan, bank-bank dan institusi kewangan yang ada dana jauh lebih besar, dan jauh lebih ‘pakar’ dari kita akan rebut dulu. Tak sempat nak labur, dah ‘penuh’ dah quota macam saham Bank Rakyat! Tapi kalau kita dengar mana-mana skim pelaburan yang bagi pulangan tak masuk akal, sedangkan pihak bank pun tak “ambil port” langsung, sepatutnya itu dah boleh bagi kita “red flag”. Hati-hati. Labur duit jangan sampai lebur…

Kedua, banyak penganjur yang sangat bijak niagakan dan manipulasi emas katanya. Bukan setakat bijak, baik hati pulak tu. Kalau penganjur boleh bagi pelabur untung 70% – 100% setahun, agaknya berapa untung penganjur (peniaga)? Paling tidak pun 200% setahun. Maksudnya, daripada modal yang kita beri, mereka mesti dapat untung 300% setahun. Memang bijak, jauh lebih bijak dari kedai-kedai emas yang lama dan mana-mana institusi kewangan di Malaysia. Kalau itu kaedah niaga yang untungnya sangat besar, kenapa pengeluar emas berpengalaman seperti Poh Kong, Habib Jewel, dan Public Gold tak secerdik tu untuk niagakan kaedah macam tu?

Ciri-Ciri Skim Cepat Kaya

Secara jujurnya, saya tak pasti samada skim-skim begitu pelaburan tulen atau tak. Tapi berdasarkan ciri-ciri yang saya perhati, saya buat kesimpulan, ia adalah money game atau skim cepat kaya (cepat miskin!), sebab faktor berikut:

#1 – Keuntungan Tak Masuk Akal

Janji keuntungan 70% – 100% setahun tu sangat tak masuk akal. Pesan Azizi Ali (Pakar Kewangan berpengalaman), “Pelabur-pelabur world class seperti Warren Buffett dan George Soros pun ‘hanya’ memberi pulangan 20-34% setahun! Adakah masuk akal orang yang tidak pernah dikenali dapat memberikan pulangan yang sebegitu tinggi (melebihi 34% setahun)?”.

Kalau benar pelaburan tu tulen, saya syorkan ramai-ramai buat loan bank RM200,000 dan laburkan ke skim macam tu. Saya kira-kira, lepas tolak ansuran bank dalam RM1,200 sebulan, kita masih berbaki at least RM8,000 – RM10,000 sebulan. Dah tak perlu penat-penat kerja sampai mati. Bulan depan pun dah boleh pencen dan “bebas kewangan”!

#2 – Terma Sentiasa Berubah-ubah

Apa yang saya perhati, kaedah begitu mula popular sebagai skim “delay”, kemudian berubah-ubah dan pelbagai program ditawarkan tapi urusniaganya hampir sama. Letak duit, dapat income bulan-bulan. Dan macam-macam nama-nama pelik yang digunakan.

#3 – Produk Bukan Subjek Penting

Emas tak penting, harga emas semasa tak penting, tapi yang penting ialah letak duit dan dapat income bulan-bulan. Bahkan penganjur letak harga terlalu tinggi atau terlalu rendah yang tak masuk akal pun orang tak kisah sebab kebanyakkannya tak ada “penyerahan fizikal”. Keuntungan yang dijanjikan tak ada kena mengena dengan turun naik harga emas. Harga emas naik atau turun, semuanya untung. Pendek kata, confirm untung. Bahkan pembeli emas tak kisah pun tentang emas tu. Yang penting, dapat income bulan-bulan.

#4 – Punca Keuntungan Agak Kabur

Boleh dikatakan hampir kesemua penganjur akan mengelak untuk jawab mana datang keuntungan yang luar biasa tu. Kalau jawab pun, jawapan tu sangat kabur. Saya pernah tanya beberapa pengajur tapi ramai yang bukan sahaja tak menjawab soalan, tapi hentam balik Public Gold. Mungkin sebab mereka kenal saya dealer Public Gold yang aktif. Persoalan asas saya, mana datang keuntungan luar biasa tu? Jawapan biasa, emas tu diniagakan. Niaga yang macam mana yang boleh bagi untung berlipat kali ganda tu? Jawapan untuk persoalan ini biasanya berbelit-belit.

Kalau kita labur mana-mana tempat yang betul, “fund manager” biasanya akan terangkan sejelas-jelasnya mana datang keuntungan mereka. Macam mana operasi perniagaan mereka, strategi dan prospek bisnes mereka, ada prospektus, ada statistik, ada laporan kewangan dsb. Tapi skim begitu terlalu kabur. Orang yang join tu pun tak kisah. Janji masyuuk jer.

#5 – Kaedah Marketing Terlalu “Fishy”

Maaf. Kalau marketing tunjuk duit berlambak-lambak, tunjuk duit berjuta dalam akaun bank, itu cara skim cepat miskin. Pengalaman saya jumpa ramai orang kaya, majoriti mereka lebih suka low profile. Kalau kita betul-betul kaya, buat apa nak bising-bising kan? Duduk diam-diam lagi bagus.

Cuba tengok guru-guru bisnes, guru kewangan dan guru pelaburan sebenar, ada tak mereka tunjukkan harta mereka? Cuba perhati guru-guru seperti Robert Kiyosaki (Kewangan), Azizi Ali (Kewangan), Puan Ainon (Bisnes), Irfan Khairi (Bisnes Internet), Dr. Shah Razali (Hartanah), Tuan Faizul Ridzuan (Hartanah) dan lain-lain, pernah tak mereka “jual” produk mereka dengan tunjuk harta mereka? Tak pernah, tapi orang ramai tetap cari mereka sebab NILAI diri mereka yang sebenar.

Jadi bagi saya, kalau orang yang terlalu show-off (menunjuk-nunjuk), mereka bukan kaya sebenarnya. Kekayaan yang dia pamerkan tu cuma “umpan” untuk tangkap pelabur. Kaya yang mereka tunjukkan tu biasanya palsu, ataupun kaya dengan duit orang!

Money Game Bertopeng Emas?

Saya boleh buat kesimpulan, skim-skim begitu hanyalah money game i.e. skim cepat kaya (cepat miskin!) atau permainan duit. Penganjur sebenarnya nak guna duit kita dan emas kita untuk rolling bisnes ‘rahsia’ mereka. Kalau betul-betul jujur, jual emas tu pada harga pasaran. Emas tu kita simpan sendiri. Lepas tu penganjur yang baik hati tu bagi income bulan-bulan selama setahun. Ada tak pengajur berani buat macam tu? Jawapannya tak ada. Mana mereka nak cari duit untuk bayar income bulan-bulan?

Kalau tengok kes-kes lama, skim-skim macam tu memang ‘proven’ bayar income bulan-bulan supaya dapat kepercayaan orang ramai, tapi akhir sekali akan lingkup dan duit-duit pelabur akan lebur kesemuanya bila (1) penganjur lari, atau (2) diserbu oleh Bank Negara (BNM). Tapi saya nampak, bukan mudah BNM nak serbu sebab penganjur skim dah belajar dari kes sebelum ni. Urusniaga tak dibuat atas nama satu syarikat, tapi dibuat guna nama banyak syarikat. Setiap ejen ada syarikat “Sdn. Bhd” mereka. Syarikat “Sdn. Bhd” ialah syarikat yang liabilitinya terhad. Kalau syarikat kena beku, ianya tak menjejaskan ASET PERIBADI penganjur. Pelabur semua akan lingkup, tapi penganjur tetap kaya raya…

Pelaburan Emas Sebenar?

Saya harap, pandangan dan kesimpulan yang saya buat ni tak betul. Kalau ianya pelaburan tulen, alhamdulillah. Maksudnya itu peluang pelaburan luar biasa yang semua rakyat Malaysia patut sertai.

Hakikatnya, pelaburan emas yang sebenarnya ialah beli dan simpan emas SENDIRI, tak ada income bulan-bulan. Tak menarik macam skim-skim pelaburan begitu. Untung pelaburan emas secara asasnya bergantung naik turun harga emas. Buy low, sell high. Itu sahaja. Memang lambat kaya, tapi itu cara paling selamat sebab apa pun berlaku dalam dunia ni, emas tu masih ditangan kita.

Wallahu a’lam.

Zulkifli

sumber : http://www.mohdzulkifli.com/2014/08/awas-skim-cepat-kaya-bertopeng-emas.html#ixzz3LpyEtHEP

Kaya Segan, Miskin Tak Mahu

unta siluet

Antara sebab kenapa Melayu Muslim susah kaya; kita ada satu konflik besar dalam pemikiran tentang kekayaan. Kata Tan Sri Ali Hashim, orang kita ada masalah “kaya segan, miskin tak mahu”. Itu “mind block” yang menyebabkan kita rasa teragak-agak untuk kaya. Nak kaya, tapi rasa was-was antara kaya atau miskin, yang mana lebih baik? Bila cari kekayaan, kita rasa kita kejar dunia dan lupa akhirat. Tapi kalau kerja, kita nak gaji lebih besar. Kalau bonus, kita nak bonus lebih banyak.

Lagi konflik bila kita dengar cerita dari ustaz-ustaz katanya, Rasulullah s.a.w itu miskin, hingga Rasulullah s.a.w terpaksa ikut perut dengan batu kerana lapar. Bukan setakat Rasulullah, para sahabat pun turut sama miskin bila kita dengar cerita Saidina Umar pun turut sama ikat perut mengadu lapar kepada Rasulullah s.a.w. Sahabat yang kaya raya cuma seorang sahaja yang kita dengar iaitu Abdul Rahman Bin Auf r.a. Yang lain semuanya miskin!

Salah Faham Tentang Kekayaan

Lama juga saya mengkaji tentang konflik ni. Saya cari buku-buku tentang Rasulullah s.a.w. berniaga waktu mudanya. Dari pembacaan, saya rasa ada yang tak kena dengan kefahaman masyarakat kita tentang kekayaan. Bila saya dengar beberapa siri kuliah dari Ustaz Dr Ahmad Faisal (UM), Ustaz Zulkifli Ahmad dan mendapat input dari Pn. Ainon hasil daripada team pengkaji hadis beliau, maka saya boleh buat kesimpulan, kefahaman kita terhadap Rasulullah s.a.w dan para sahabat tentang kekayaan adalah salah. Baginda bukan sebagaimana yang kita fikir. Agama tak pernah suruh kita jadi miskin. Kemiskinan bukan sesuatu yang digalakkan oleh agama, bahkan agama menggalakkan kita jadi kaya!

Saya masih mengkaji untuk dapatkan input-input berdasarkan hadis yang sahih tentang perkara ini. Setakat input yang saya dapat, rupa-rupanya 9 dari 10 sahabat yang dijamin Syurga itu adalah orang kaya. Bahkan Rasulullah s.a.w sebelum kerasulannya juga adalah orang kaya. Baginda adalah seorang JUTAWAN sebelum berumahtangga, hingga diriwayatkan maskahwin baginda dengan Khadijah a.s ialah 20 ekor unta!

Rasulullah s.a.w Seorang Jutawan

Sekarang ni, kalau 20 ekor lembu pun nilainya dah mencecah RM60,000 (RM3,000 x 20 ekor). Kalau unta? Dan unta yang Rasulullah jadikan maskahwin ialah UNTA MERAH yang digunakan sebagai TRELER DAGANGAN waktu itu. Dan bukan setakat unta, tapi maskahwinnya penuh dengan barang dagangan untuk setiap unta. Seekor unta nilai barang dagangan yang dibawa dianggarkan sekitar RM25,000 kalau mengikut nilai hari ni. Nah, cuba kira berapa agaknya nilai 20 buah treler zaman sekarang? Mana nak cari anak muda dari kampung yang mampu berikan maskahwin sebanyak itu ketika umurnya baru 25 tahun?!

Yang Kedua, adalah mustahil seorang anak muda itu akan serahkan segala harta kekayaannya hanya untuk maskahwin. Tentunya tidak. Maskahwin hanya sebahagian dari kekayaan sahaja. Maksudnya, kekayaan baginda s.a.w lebih banyak dari itu. Berdasarkan pembacaan saya dari buku “Beginilah Rasulullah Berniaga”, sewaktu Baginda berkahwin, Baginda telahpun capai status “financialy free” (bebas kewangan). Maksudnya, kekayaan baginda cukup untuk hidup sepanjang hayat tanpa perlu bekerja lagi.

Rasulullah Berniaga Diusia Muda

Hasil input daripada team pengkaji hadis Pn Ainon, Rasulullah memulakan bisnesnya sendiri pada usia 18 tahun. Dan berpartner dengan Khadijah a.s. sebagai pemodalnya yang berusia 33 tahun waktu itu. Sebelum berpartner dengan Khadijah a.s, baginda bermentor dengan pakciknya Abu Talib selama 6 tahun. Ketika umurnya 25 (gen Y), baginda telahpun menjadi seorang jutawan, iaitu hanya lepas 7 tahun berniaga dan berpartner dengan Khadijah a.s.

Baginda berdagang, bukan pengeluar. Baginda jadi pengedar, bukan mengeluarkan produk sendiri. Baginda tak ada produk sendiri, dan baginda tak ada kedai sendiri. Antara barang dagangan Baginda ialah kain dari Yaman, iaitu komoditi paling hot waktu itu.

Harta Habis Kerana Dakwah

Lepas kerasulan, baginda hidup bersederhana. Harta baginda dan isterinya dihabiskan ke jalan dakwah hinggakan Khadijah a.s diriwayatkan pernah berkata “Ambillah tulang belulangku, ambillah tulang belulangku. Aku sudah tidak ada apa lagi ya Rasulullah. Hanya yang ada tulang belulang ini. Ambillah ia setelah aku wafat. Jadikan ia jambatan untuk sahabatmu pergi berjihad”. Maksudnya, Nabi s.a.w dan isterinya yang kaya raya jadi ‘papa kedana’ kerana dakwah dan perjuangan, bukan kerana malas berusaha! Jadi kalau nak ikut Nabi, kita kena kaya dan papa kedana kerana perjuangan juga! Jangan sesekali samakan kemiskin kita dengan Nabi. Ia jauh sama sekali dengan orang yang hidup papa kedana kerana tak ada wawasan dalam hidup!

Kata Ustaz Zulkifli Ahmad, kisah-kisah Rasulullah dan para sahabat yang hidup susah hanya berlaku hanya ketika awal-awal hijrah sahaja. Abdul Rahman bin Auf yang kaya raya di Mekah terpaksa papa kedana kerana agama ketika berhijrah. Tapi bermula tahun ke-6 hijrah, para sahabat Nabi dah mula hidup senang. Waktu itu barulah Nabi s.a.w. hantar utusan kepada kerajaan lain supaya menerima Islam. Oh, jangan lupa, zaman dulu hantar utusan bersama dengan wakil yang menghantar utusannya sekali, bukan pakai poslaju! Kalau sahabat Nabi dan kuda-kuda pun dalam kelaparan, mana mungkin Baginda menghantar utusan?!

Dunia Dalam Genggaman Para Sahabat

Lepas tahun ke-6 hijrah, barulah banyak hadis-hadis Nabi tentang “berhati-hati dengan dunia” sebab “kekayan dunia” mula berada dalam gengaman para sahabat. Ketika zaman susah, Nabi ingatkan tentang fadhilat faqir. Bila dah senang, Nabi ingatkan berhati-hati dengan dunia. Kata Ustaz Zulkifli Ahmad, kesilapan kita ialah kita ingatkan “berhati-hati dengan dunia” kepada orang ‘miskin’ tak ada harta! Seolah-olah seluruh hidup Nabi dan para sahabat dalam keadaan kemiskinan. Dan ini boleh melemahkan motivasi ummat Islam untuk jadi kaya.

Dan satu fakta yang kita selalu lupa, walaupun baginda hidup bersederhana selepas kerasulan, baginda dikelilingi oleh para sahabat yang kaya raya. Kalau tak, masakan 17 peperangan yang Rasulullah sertai, kosnya hanya dibiayaai oleh ‘duit’ para sahabat! Dalam sejarah manusia, kos terbesar bagi sesebuah kerajaan ialah kos peperangan! Kalau kita baca sirah Nabi s.a.w, tahun ke-9 hijrah, Abdul Rahman bin Auf menginfaqkan 1,500 ekor unta dan 500 ekor kuda untuk Perang Tabuk. Usman r.a. menginfaqkan 500 ekor unta untuk Perang Tabuk, bahkan dalam hidup Usman r.a. pernah dua (2) kali bergolok-gadai hartanya kerana agama! Itulah kekayaan bagi sahabat Baginda.
Kaya Dunia, Kaya Akhirat

Kalau nak dianggarkan, kedua-dua sahabat baginda ini sahaja kita dah boleh anggarkan, mereka ialah MULTI-MILLIONNAIRE. Mereka bukan setakat kaya, ahli Syurga pulak tu! Oh, betapa jauh bezanya kita dengan para sahabat. Kita kononnya meninggalkan kekayaan atas nama agama sedangkan sahabat Nabi “menggengam dunia” kerana agama.

Jadi dalam konteks membina kekayaan, pertama sekali mesti ada dalam kepala kita “kaya itu mulia”. Jadikan Rasulullah s.a.w dan para sahabat sebagai idola dan motivasi untuk kita jadi kaya. Dan kita kena tahu, ke mana nak dibawa kekayaan kita itu, barulah kita yakin untuk usahakan kekayaan. Bagi yang berniaga, bongkarlah rahsia usahawan Muslim tersohor di zaman Nabi, iaitu Abdul Rahman bin Auf. Beliau bukan sahaja MULTI-MILLIONNAIRE, tapi beliau juga ialah AHLI SYURGA!

Kesimpulan

Apa yang boleh saya simpulkan;

#1 – Untuk jadi kaya, mesti ada dalam kepala kita fikiran “kaya itu mulia”. Perbetulkan mindset dulu, barulah senang kita mencari kekayaan dengan bersungguh.

#2 – Carilah dunia sebanyak mungkin, tapi kita mesti tahu ke mana nak di bawa kekayaan itu. Ia tak lain tak bukan, kekayaan yang kita cari demi sempurnakan tanggungjawab yang Allah beri, bukan untuk bermewah-mewah yang bersifat sementara.

#3 – Salah satu cara memastikan dunia tak melalaikan kita ialah disiplinkan diri dengan bersedekah. Setiap harta yang Allah beri, tetapkan portionnya untuk bersedekah. Bersedekahlah dari sekarang walaupun sedikit. Jangan tunggu kaya baru nak besedekah.

Mudah-mudahan coretan ini memberi kefahaman kepada kita, “kaya itu mulia”…

Wallahu a’lam.

Zulkifli

sumber : http://www.mohdzulkifli.com/2014/12/kaya-itu-mulia.html#ixzz3LprA9uJM

Tun Dr. Mahathir Galak Rakyat Simpan Emas

MahathirPic06

Utusan Online

KUALA LUMPUR 17 Dis. – Tun Dr. Mahathir Mohamad menasihatkan orang ramai supaya menyimpan emas berbanding mata wang kerana nilai emas lebih terjamin dan sukar untuk jatuh.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, nilai mata wang tidak terjamin kerana ia bergantung kepada pasaran tukaran mata wang dunia yang sentiasa berubah-ubah.

Menurutnya, ada kalanya nilai mata wang akan jatuh dengan teruk apabila berlaku sesuatu krisis kewangan di dalam sesebuah negara.

“Mata wang hanyalah sehelai kertas yang digunakan untuk mewakili nilai tertentu tetapi bukan nilai sebenar, namun emas boleh mewakili nilai sebenar kerana ia sebuah logam berharga di seluruh dunia.

“Simpanan emas lebih terjamin kerana fungsi komoditi itu sebagai penyimpan nilai kalis inflasi dan berdaya tahan terhadap ketidaktentuan ekonomi global yang sedang melanda ekonomi dunia ketika ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Pelancaran Produk Emas Genneva Malaysia berkonsepkan syariah di sini, kelmarin.

Produk emas Genneva Malaysia dihasilkan dalam bentuk jongkong oleh Persatuan Persahabatan Malaysia-Arab Saudi (MSAF) dan Persatuan Usahawan Jongkong Emas Malaysia (GBEAM) yang dikeluarkan memenuhi keperluan Syariah.

MSAF dan GBEAM menyasarkan syarikat swasta dan orang ramai untuk mendapatkan produk berkenaan sebagai urusan dalam pelbagai transaksi terutamanya jualan dan belian.

Dr. Mahathir berkata, suatu ketika dahulu, satu auns emas bernilai AS$30 (RM109.79) tetapi kini satu auns emas bernilai kira-kira AS$1,400 (RM4,390.40).

Beliau berkata, perbezaan antara menyimpan emas fizikal dan emas yang siap diproses (barang kemas, syiling emas) adalah dari sudut keuntungan.

Untungnya Emas

slide-2

Emas? Siapa yang tak tahu tentang logam mulia ni? Semua orang pun tahu pentingnya emas dalam lipatan sejarah.

Tapi tak semua mampu memiliki emas.

Ya benar. Tak semua mampu. Kalau ada pun, masa emergency dah tentu gadai dan pajak. Hilang dah emas. Hanya yang kaya saja boleh simpan emas dan siap wariskan pada anak cucu.

Apa untungnya berniaga emas?

1 – Menyimpan emas dan perak adalah sunnah Nabi SAW sejak 1400 tahun dahulu. Lihat sajalah dinar dan dirham, digunapakai sebagai sistem matawang official Empayar Khalifah sehingga tahun 1924.

2 – Sifat semulajadi manusia menyukai emas kerana prestij-nya. Jadi penjual emas tak perlu takut kerana demand sentiasa tinggi. Dan supply pun sedang tinggi pada masa kini.

3 – Peluang pelaburan manual yang terbaik kerana harganya semakin naik (sebenarnya sistem matawang dunia saja yang mengalami penurunan). Bulan lepas beli 1 gram harga RM140. Bulan ni jual RM160. Untung RM20. Kalau simpan sampai tahun 2016? Semestinya akan untung banyak.

4 – Emas disimpan oleh bank-bank pusat setiap negara sebagai Rizab (Reserve). kenapa kita tak boleh ikut langkah mereka dan simpan sendiri emas kita?

5 – Kalis inflasi. Sebagai contoh, harga kambing seekor sekarang berapa? Kalau mengikut kadar emas, harga kambing seekor di zaman Nabi SAW adalah 1 dinar emas. Zaman sekarang? Masih lagi 1 dinar emas.

IMG-20141207-WA0082

6 – Jual beli yang mudah dan tidak perlu pihak ketiga. Anda nak jual, anda jual sendiri. Untung anda dapat rasa sendiri.

7 – Sebagai satu aset untuk menghadapi keadaan ekonomi, politik dan sosial yang tidak stabil. Ramai warga Vietnam semasa perang dulu berhijrah ke negara lain dengan berbekalkan 1 kilogram emas. Dan mereka dapat membina kehidupan yang baru. Lihat saja warga Libya yang bawa duit Libya ke luar negara. Tak laku beb.

8 – Emas tak dikawal oleh kerajaan. Ikut suka hati anda lah nak simpan sampai penuh satu bilik. Kerajaan tiada kuasa untuk halang anda. Wang fiat? Nilai wang fiat semuanya bergantung pada spekulasi matawang, pengaliran keluar dan masuk serta peraturan yang ditetapkan oleh Bank Negara. Kalau Bank Negara jatuh? Wang anda lesap tidak laku.

9 – Aset fizikal yang tidak boleh dibekukan walaupun si penyimpan diisytiharkan bankrap. Bank tidak boleh sentuh emas anda. Itu adalah hak milik mutlak anda.

Jadi anda sudah nampak kan betapa pentingnya emas?

4 Jenis Sumber Pendapatan Yang Perlu Anda Ketahui

wang-kertas1

Ramai yang telah salah mentakrifkan pendapatan sebagai gaji bulanan yang diperolehi, lebih-lebih lagi kepada mereka yang baru memasuki alam pekerjaan. Justeru, apabila membuat pinjaman bersandarkan kepada slip gaji semata-mata, peluang untuk pinjaman mereka diluluskan agak tipis, tambahan pula dengan deretan hutang lain yang tersenarai di dalam Laporan CCRIS mereka. Oleh itu, sering aku nasihatkan golongan ini agar mengenal pasti dahulu jenis-jenis sumber pendapatan mereka sebelum sesuatu pinjaman itu dipohon.

Bagi anda yang kurang arif tentang jenis-jenis sumber pendapatan ini, di sini aku gariskan 4 jenis sumber pendapatan yang perlu anda ketahui :

Pendapatan Aktif
Ini merupakan pendapatan yang ramai di kalangan kita memilikinya. Gaji bulanan yang tersenarai pada slip gaji seringkali menjadi nadi kepada satu-satu pinjaman ditambah pula dengan dokumen sokongan lain seperti Penyata KWSP dan Borang BE (Cukai Pendapatan) yang sering menjadi bukti pendapatan kita.

Pendapatan Sampingan
Pendapatan sampingan kebiasaannya dimiliki oleh mereka yang mempunyai perniagaan sampingan. Hasil dari perniagaan kecil-kecilan inilah sebenarnya yang turut membantu menguatkan permohonan pinjaman seseorang dan kebiasaannya, pihak bank akan meminta anda menyediakan Borang Pendaftaran Perniagaan beserta Penyata Bank sebanyak 3-6 bulan sebagai bukti pendapatan jenis ini.

Pendapatan Portfolio
Pendapatan jenis ini juga sering dikenali sebagai pendapatan yang terhasil dari aktiviti pelaburan anda. Aktiviti-aktiviti pelaburan ini termasuklah pelaburan emas, saham amanah, saham di Bursa Malaysia dan sebagainya. Oleh itu, setiap keuntungan yang diperolehi dari aktiviti ini biasanya akan dikira secara purata oleh pihak seperti contoh dividen yang terhasil dari pelaburan Amanah Saham Bumiputera, biasanya akan dibahagi sebanyak 12 bulan bagi mendapatkan kadar purata pendapatan portfolio anda setiap bulan.

Pendapatan Pasif
Pendapatan jenis ini pula adalah pendapatan yang terhasil secara tetap setiap bulan atas usaha anda sebanyak ‘sekali’. Mengambil contoh, hasil yang diperolehi dari penjualan eBuku secara tetap walaupun aktiviti menulis anda hanya dilakukan sekali sahaja dan begitu juga pendapatan sewa rumah, di mana usaha ‘sekali’ sahaja ketika membeli rumah menjuruskan kepada sewa bulanan yang tetap setiap bulan. Di dalam kes ini, kebiasaannya Penyata Bank dan serba-sedikit tentang eBuku dan Perjanjian Sewa Rumah akan menjadi bukti yang boleh ditunjukkan kepada pihak bank. Aku harap dengan penerangan ringkas mengenai jenis-jenis pendapatan ini mampu membantu anda ketika membuat permohonan pinjaman di masa hadapan dan seterusnya, akan memudahkan pinjaman anda nanti diluluskan.

sumber – www.ahmadpazil.com

LAGI CERITA TENTANG EMAS

emasfaiz03

“Putrajaya: Johan Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTQA) 2013 bakal membawa pulang hadiah jongkong emas seberat 350 gram (g) yang bernilai kira-kira RM70,000 selain wang tunai RM40,000, sijil penghargaan dan hadiah iringan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, pemberian hadiah jongkong emas itu ditaja Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) bagi menggantikan hadiah kereta Proton Preve yang dijanjikan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) selaku penganjur, sebelum ini. Menurutnya, pemberian jongkong emas itu adalah pertama kali dalam sejarah penganjuran MTQA bertujuan memudahkan pemenang membawa pulang hadiah ke negara mereka. “Pemberian jongkong emas berkenaan kepada pemenang memudahkan mereka membawa pulang hadiah itu termasuk boleh dimasukkan dalam poket saja.

“Pada masa sama, kita berbuat demikian selepas mendapati kemungkinan kos pengangkutan dan penghantaran kereta Proton Preve ke negara diwakili juara kategori qari dan qariah MTQA adalah lebih tinggi berbanding nilai hadiah itu,” katanya pada sidang media selepas melancarkan logo dan setem kenangan sempena ulang tahun ke-55 MTQA di Masjid Putra di sini, semalam. Majlis perasmian MTQA ke-55 akan disempurnakan oleh Timbalan Yang Pertuan Agong merangkap Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, malam ini.

Majlis penyampaian hadiah dijangka disempurnakan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu’adzam Shah, pada 6 Julai ini. Dalam pada itu, Jamil berkata, beliau gembira kerana sehingga kini seramai 76 peserta mewakili 45 negara termasuk Malaysia selaku tuan rumah, Brunei, Indonesia dan Thailand sudah mengesahkan diri untuk menyertai.”

Artikel di petik dari Harian Metro

Sumber- emasfaiz.blogspots.com

*PS : Lepas baca ni, mesti anda semua faham kenapa emas sangat penting… so apa tunggu lagi, jangan bazirkan masa anda… pelajari ILMU EMAS di blog ini dan di mana mana blog tentang emas

Diana Kaya Sebab Emas

diana-rafar-bertudung

RAMAI yang menyangka sejak melahirkan anak sulung, Kashfi Haiqal, pada 29 Oktober 2010, pelakon Diana Rafar sudah tidak aktif berlakon.

Sebenarnya, pelakon utama filem Susuk itu masih meneruskan kerjaya sebagai pelakon yang diladeni sejak 1988.

Kata Diana atau Adiana Abdul Rafar, 30, sejak ada anak, kegiatannya sebagai pelakon agak terbatas kerana dia perlu mengutamakan keluarga.

“Diana tidak boleh tinggalkan anak lama sebab masih menyusu badan. Kalau ada tawaran berlakon yang waktu penggambarannya singkat, pasti Diana terima.

“Lainlah kalau ada produksi yang boleh bertolak ansur, sudah pasti Diana terima tawaran itu. Bagi Diana, sekarang ini keluarga lebih utama. Kalau tidak berlakon, Diana tetap sibuk menguruskan spa dan memenuhi undangan persembahan nyanyian bersama kakak, Linda Rafar,” katanya ketika ditemui di D’Lugano Spa, Seksyen 13, Shah Alam baru-baru ini.

Menurut anak bongsu dari enam beradik itu, dia tidak menyesal menolak banyak tawaran kerana telah menemui satu bidang baru yang lebih menguntungkan, iaitu menjadi ejen menjual kepingan emas.

Sebagai ejen menjual kepingan emas 999.9 dengan syarikat pembekal Serambi Emas, Diana memberitahu, dia tidak memerlukan masa yang lama di sesuatu tempat memandangkan pekerjaan itu mampu mendatangkan hasil yang lumayan.

“Kalau berlakon, Diana kena tinggalkan anak di rumah. Bila buat jualan emas begini, boleh bawa anak bersama. Adalah menjadi hasrat Diana untuk berkongsi rezeki ini dengan orang lain kerana perniagaan ini sudah lama beroperasi, cuma orang kita sahaja yang tidak sedar,” katanya bersungguh-sungguh.

Menurut Diana, sudah dua tahun dia menjadi ejen menjual kepingan emas dan pulangan yang diperoleh amat lumayan sehinggakan sekarang ini menjadi terlalu memilih untuk berlakon.

“Sekarang Diana sudah temui satu bidang baru yang memberi pendapatan berlipat ganda daripada berlakon. Jadi buat masa sekarang, Diana tumpukan perhatian pada perniagaan emas ini.

“Dulu memang Diana kena cari pelanggan dan menerangkan apa kelebihan kalau kita membeli emas. Alhamdulillah, sekarang ini ramai yang mencari Diana pula untuk menceburi bidang ini,” katanya.

Menurut Diana, dia ingin mengubah pendirian masyarakat Melayu agar tidak menjadikan emas sekadar hiasan diri semata-mata tetapi sebagai pelaburan jangka masa panjang.

Harga emas sentiasa naik mengikut pasaran semasa dan emas yang dibeli itu boleh disimpan sendiri atau di bank melalui sistem Ar-Rahnu.

“Kalau emas itu disimpan di rumah, pembeli tidak akan mendapat sebarang keuntungan melainkan kena jual emas itu.

“Di Serambi Emas pelanggan boleh membeli melalui sistem Ar-Rahnu di mana mereka boleh membayar 35 peratus daripada nilai sebenar dan bakinya akan dibiayai Ar-Rahnu,” terangnya lancar.

Tambah Diana, selepas membayar secara ansuran kepada Ar-Rahnu, emas berkenaan akan menjadi hak milik pembeli dan mereka yang terbabit dengan perniagaan emas dengan Serambi Emas pada masa sama dapat menjana pendapatan sampingan.

Katanya, perniagaan emas yang dilakukannya bukanlah sistem jualan langsung tapi sebagai persediaan masa depan dan sesiapa yang berminat boleh menghubunginya di talian 014-7104039 atau 014-7104029.

Malah, dia sanggup turun padang untuk memberi penerangan pada sesiapa yang ingin menambah pendapatan dengan cara ini.

Lantaran seronok mengendalikan perniagaan jual beli emas itu, kini Diana menjadi seorang pemilih dalam bidang lakonan.

“Bukan Diana nak berhenti berlakon, cuma kurangkan sedikit. Lagipun sudah lama Diana berlakon, sekarang ini masanya untuk tumpu pada keluarga.

“Disebabkan anak masih menyusu badan, Diana tidak boleh terima tawaran berlakon yang lama sebab kasihan pada anak. Lainlah kalau watak yang diberi benar-benar menarik perhatian, Diana akan fikir dua kali,” katanya tersenyum.

sumber – whitect30-tentangartis.blogspot.com

TAHAP OPTIMUM EMAS

pamp-suisse-original

Ramai yang tidak tahu kita boleh buat duit gila-gila dengan EMAS. Ramai yang takut bila harga emas jatuh menjunam. Sebenarnya kita boleh MENJANA KEUNTUNGAN yang sangat banyak walaupun harga emas jatuh giler! Walaupun masa kita labur awal-awal dulu, harga emas tengah naik giler….

image

Sebenarnya kalau HARGA EMAS NAIK, UNTUNG! Harga EMAS TURUN PUN UNTUNG! Yeahhh! Ilmu dan teknik memang sangat penting dalam pelaburan emas kerana dengan adanya emas anda bakal menjadi jutawan dalam masa yang singkat…. hehehehe… tak percaya ke…? memang lah anda tak percaya, tapi anda akan percaya bila anda melakukannya dengan ILMU PENGETAHUAN dari buku RAHSIA EMAS-Azizi Ali..

Sumber – emasfaiz.blogspots.com

Pinjamkan Pamp Emas, Dijanjikan Hibah, Tetapi Tidak Disebut di Dalam Aqad

how-gold-bars-are-manufactured-8

Soalan

Ada seorang ustaz keluar fatwa, boleh buat aqad hutang pamp yang bernilai 100 gram, selepas 30 hari pulangkan pamp, RM4500 dan RM1500 diberikan sebagai hibah, offer boleh cuma jangan masuk dalam aqad bertulis. Ramai pelabur Muslim yang melabur dalam skim tersebut kerana fatwa yang diberikan. Mohon penjelasan?

Jawapan

Saya tidak bersetuju dengan pandangan yang diberikan oleh ustaz tersebut. Fatwa sedemikian adalah menghalalkan riba. Ia membuka ruang yang luas kepada riba, dosa besar yang disebut di dalam Al-Quran sebagai memerangi Allah dan Rasulnya. Kenapa ada orang yang berani sangat keluar fatwa? Padangan yang mengelirukan orang ramai tentang riba. Ia bukan fatwa, kerana bukan semua orang boleh keluar fatwa. Pandangan mengharuskan memberi faedah kepada pinjaman seperti di atas kerana tidak disebut di dalam aqad bertulis hanya keluar dari orang yang tidak tahu fiqh muamalat, tetapi shok sendiri. Pandangan yang sangat merbahaya, kerana memberi peluang kepada penganjur skim skim pelaburan emas dan pemabuk pemabuk pelaburan emas untuk terus melakukan riba dan mempengaruhi orang ramai melakukan riba.

Membayar pinjaman atau hutang dengan bayaran yang lebih, sekiraya tidak disyaratkan dan tidak diperstujui daripada awal, adalah dibenarkan. Ini adalah berdasarkan hadis:

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: خياركم أحسنكم قضاء. رواه البخاري ومسلم

رواه ابن ماجة ــ كتاب التجارات رقم 2276 ورواه أيضا عن عرباض بن سارية بلفظ ( خير الناس خيرهم قضاء ) والحديث صححه الألباني في صحيح الجامع حديث رقم: 3290 (2) فيض القدير / المناوي 2/451

Maksud: “Sebaik baik kamu adalah orang yang paling baik dalam membayar hutang. Aku adalah yang terbaik daripada kamu semua dalam membayar hutang”

Di dalam hadith yang lain atau riwayat yang lain Rasulullah pernah berhutang seekor anak unta. Baginda membayar balik dengan anak unta yang lebih besar.

وفي صحيح مسلم: أن النبي صلى الله عليه وسلم استلف من رجل بكر فجاءته إبل من إبل الصدقة فأمر أبا رافع أن يقضي الرجل بكره فرجع إليه أبو رافع، فقال: لم أجد فيها إلا جملا خيارا رباعيا، فقال أعطه إياه، إن خيار الناس أحسنهم قضاء.

Berdasarkan hadis hadis di atas para ulama merumuskan bahawa peminjam yang membayar hutang boleh membayar lebih atau memberi hibah kepada pemberi hutang ketika pembayaran dibuat dengan syarat ia tidak disyaratkan atau tidak dipersetujui daripada awal, atau diminta sedemikian oleh pemiutang samada daripada awal atau ketika bayaran dibuat.

Dalam contoh skim pelaburan emas di atas, persetujuan sudah berlaku walaupun tidak dimasukkan di dalam aqad. Perlu difahami bahawa aqad bertulis adalah formaliti, bukannya penentu kesahihan aqad. Tidak semestinya tidak berlaku aqad sekiranya tidak ditulis. Aqad boleh berlaku melalui offer (ijab) dan acceptance (qabul) secara lisan. Aqad bererti mengikat pihak berkontrak dengan komitmen yang disyaratkan/ditawarkan. Perjanjian dan tawaran memberi hibah adalah sebahagian daripada aqad program skim pelaburan emas di atas yang berteraskan pinjaman riba/berfaedah.

Para ulama juga menegaskan bahawa sesuatu yang menjadi adat/uruf, walau tidak disayaratkan adalah seperti disyaratkan. Ini adalah berdasarkan kaedah fiqh.

المعروف عرفا كالمشروط شرطا

Maksud: “Perkara yang sudah menjadi adat kebiasaan (sesuatu transaksi) adalah seperti disyaratkan”

Ini bermakna, sekalipun tidak disyaratkan dengan jelas, di dalam perjanjian atau aqad, apabila ia sudah menjadi uruf untuk membayarar hutang dengan jumlah yang lebih, maka ia adalah sama dengan mensyaratkannya. Dengan itu, dalam kontek struktur skim di atas, ia adalah riba. Faktor kenapa pemilik emas memberi pinjam emasnya adalah kerana “hibah” yang ditawarkan/di offer/dijanjikan, atau sudah menjadi uruf program tertentu memberik hibah sedemikian bagi sesiapa yang meminjamkan emas kepada mereka walaupun tidak disebut di dalam aqad bertulis.

Wallahu’alam

sumber – drazman.net (Dr.Azman Mohd Noor)

Beli Emas 10gram, setiap bulan dapat rebate 7%

DSCN0084

Soalan
Assalamualaikum tuan,
Ada 1 program emas. Bayar RM1800 dapat emas sebanyak 10gram, setiap bulan akan diberikan rebate sebanyak 7% = RM126 selama 10 bln. Emas ada di tangan. Adakah halal tuan?
Terima kasih

Jawapan

Soalan bagi struktur sebegini sudah diutarakan sebelum ini. Cuma, munkin ada perbezaan pada jumlah atau peratus pulangan yang diberikan. Ia lebih kurang dengan skim cepat kaya yang lain, yang menggunakan hibah/rebate sebagai tarikan. pertamanya, harga sudah di mark up daripada harga pasaran semasa iaitu lebih kurang RM 1,250 -RM1,300 sahaja. Perbezaan lebih kurang RM500. Keseluruhan rebate/hibah yang diberikan pula adalah sekitar RM1,260. ia adalah jumlah yang besar. Ini adalah risiko yang besar kepada penjual/penganjur skim. Pada masa yang sama ia adalah tarikan yang amat menarik kepada pembeli/pelabur. Seolal olah pembeli dapat beli dengan harga yang amat murah. Tetapi kena tunggu sampai 10 bulan.

Hukum asal hibah adalah harus. Penjual juga boleh beri hibah kepada pembeli bagi setiap pembelian. Namun, hibah dalam bentuk rebate yang tinggi iaitu hampir dengan membayar balik harga jualan menimbulkan masalah. Seolah olah jumlah kesuluran rebate adalah harga pasaran semasa emas. Penjual seolah olah tidak mendapat apa apa keuntungan langsung. Di dalam perniagaan sebenar sifirnya, penjual perlu mendapat keuntungan. Tidak ada peniaga yang sengaja mahu menanggung kerugian.

Dalam skim di atas, satu satu cara mendapatkan keuntungan ialah penangguhan bayaran rebate. Dari segi cashflow, penjual/penganjur akan bermasalah tidak mampu membayar rebate. It is too good to bu true. Dengan itu tarikan rebate yang tinggi adalah tarikan kepada pelabur yang baru atau supaya pelabur yang lama menambah atau meneruskan pelaburan. Jelas sekali ia adalah skim cepat kaya, ia akan lingkup dalam tempoh tertentu apabila tidak ada lagi pelabur yang baru, penganjur tidak mampu mebayar rebate, pelabur pula, walaupun ada emas di tangan, disebabkan emas dibeli dengan harga yang mahal, akan kerugian kalau mahu dijual semula emas di pasaran.

Wallahua’alam

sumber – drazman.net (Dr.Azman Mohd Noor)