Orang Sibuk Menjual, Orang Bijak Sibuk Membeli.

Selepas peristiwa 11 September berlaku kegawatan ekonomi. Ramai yang hilang pekerjaan. Sewa rumah menjadi rendah. Berikutan itu harga rumah menjadi rendah. Ramai yang menjual rumah mereka dengan harga yang rendah. Pada ketika itu sesiapa yang mempunyai cash money mereka membeli rumah yang murah-murah itu. Apabila ekonomi pulih kembali, harga rumah kembali pulih kepada harga asal yang tinggi.

Pada masa itu yang membeli ketika rendah, sekarang menjadi jutawan. Keadaan yang sama berlaku hari ini kepada emas. Apabila harga emas menjadi rendah orang ramai menjadi panik. Mereka melepaskan pegangan mereka terhadap emas. Orang yang bijak dan mempunyai cash money akan mengambil kesempatan membeli emas-emas yang dijual murah. Berdasarkan itu, inilah masa yang tepat untuk pelaburan emas. Orang awam sibuk menjual, orang yang bijak sibuk membeli.

Tersangatlah ruginya jika anda tidak memulakan pelaburan/simpanan emas dan perak ketika ini. Harga “tidak normal’ seperti ini sangat jarang berlaku dan mungkin kali terakhir rendah sebegini. Amerika sekarang sudah kehabisan emas dan perak, mereka sudah menjadi pengimport. Mereka cuba memborong sebanyak-banyaknya emas dan perak pelabur yang takutkan harga jatuh ini. Selepas itu harga melonjak semula ke paras sebenar, Gold sepatutnya pada paras $2000-$2500/oz dan perak $50-$200/oz. Bertindak sebelum terlambat.

Tips Pelaburan Emas Melalui Teknik Arrahnu

Sejak kesedaran masyarakat tentang kepentingan pelaburan emas semakin meningkat , bermacam – macam jenis teknik pelaburan muncul di mana tujuan utamanya adalah untuk memboleh kan seseorang membeli dan mengumpul stok emas sehingga kadang kadang melangkaui kemampuan pelabur itu sendiri. Teknik yang paling popular adalah menggunakan kemudahan Arrahnu untuk mendapatkan pinjaman yang akan digunakan pula untuk menambah stok emas.

Ada yang membeli emas dengan wang simpanan yang sudah cukup untuk membeli emas dan kemudian baru menggadaikannya untuk mendapatkan pinjaman daripada Arrahnu dan kemudian menggunakan wang pinjaman tersebut untuk membeli stok emas baru . Dan ada juga yang cuma membayar 35% daripada harga emas kepada penjual dan kemudiannya menggadaikan emas yang diterima daripada penjual kemudian baru melangsaikan baki 65% harga emas yang dibeli olehnya.

Terdapat dua khilaf terhadap hukum pembelian secara 35%-65% ini. Ada pendapat yang mengatakan ianya harus dan ada yang mengatakan ianya haram sama sekali. Namun topik kali ini bukanlah untu membincangkan hukum halal haram cara jual/beli tersebut kerana saya bukanlah org yang layak untuk membincangkan hukum jual beli tersebut.Apa yang saya ingin bincangkan adalah tips dan nasihat kepada mereka yang menggunakan kemudahan arrahnu untuk membeli emas.

Pertamanya jangan gunakan kesemua wang simpanan tunai untuk pelaburan emas kerana walaupun emas boleh ditukarkan kepada tunai pada bila bila masa namun harus diingat kita biasanya akan menjual emas pada harga yang kurang menarik atau lebih rendah daripada nilai belian kita apabila memerlukan wang dalam keadaan terdesak atau kecemasan. Jadi seeloknya simpanlah juga wang tunai untuk kegunaan di masa kesusahan atau kecemasan. Jadi jangan terlalu ghairah untuk menambah stok emas sehinggakan kesemua wang tunai ditukarkan kepada emas dan sehingga sanggup menggunakan teknik 35% – 65 % demi untuk menambah pembelian emas. Belilah ikut kemampuan anda, harus diingat teknik 35% – 65% bukannya sesuai untuk sesiapa sahaja tapi perlulah di teliti dan dikaji terlebih dahulu sebelum diaplikasikan.

Jangan terlalu taksub atau mudah mempercayai janji-janji manis ejen jualan emas yang menjanjikan emas pada harga murah dengan pulangan yang terlampau tinggi. Buat perbandingan harga dahulu sebelum membeli daripada ejen – ejen, ini kerana ada ejen -ejen yang tidak jujur dan mengambil kesempatan keatas pembeli terutamanya mereka yang baru hendak berjinak jinak dengan pelaburan emas. Janji kenaikan harga emas tahunan secara puratanya 30% setahun juga perlu diteliti, pengiraan perbezaan harga jual beli perlu diambil kira, biasanya spread adalah diantara (5-15%), jadi pilihlah emas yang mempunyai spread yang rendah bagi memaksimumkan keuntungan pelaburan . Upah simpanan arrahnu juga perlu diambilkira jika menggunakan perkhidmatan ar-rahnu semasa pembelian.

Jangan kerap melakukan over lapse hutang setiap kali harga emas naik ataupun setelah tamat tempoh 6 bulan gadaian kerana dikhuatiri pada satu tahap apabila hargta emas jatuh anda sudah tidak boleh lagi untuk over lapse dan tidak mempunyai tunai untuk membayar upah simpan. Memang emas anda akan dilelong dan sebarang lebihan setelah ditolak upah simpan akan dikembalikan namun harus diingat nama anda akan diblacklist untuk beberpa bulan barulah anda boleh kembali menggunakan khidmat arrahnu, tidakkah ianya menyusahkan anda sebenarnya.

Dinasihatkan bayar upah simpan dengan wang sendiri kerana kita cuma perlu membayar upah simpan asal dan boleh mengekalkan upah simpan asal berbanding dengan mereka yang selalu over lapse yang perlu membayar upah simpan baru. Kalau ada duit lebih, cuba untuk membuat bayaran secara bulanan kepada pihak arrahnu dan tidak menunggu sehingga tamat tempoh 6 bulan pertama. Jadikanlah pembelian Emas sebagai salah satu bentuk simpanan paksaan yang boleh memberi keuntungan di masa depan.

Jangan mudah terpengaruh dengan spekulasi harga dan membuat panic selling kerana ianya boleh merugikan anda . Jika tiada keperluan mendesak untuk menjual emas anda , simpanlah emas tersebut walaupun terdapat spekulasi yang mengatakan harga emas akan jatuh gila-gila kerana lambat laun harga emas akan naik kembali lebih lebih lagi dalam keadaan ekonomi dunia yang semakin parah sekarang.

Setiap pelaburan mempunyai risikonya tersendiri, jadi buatlah kajian dan belajar dari mereka yang telah berpengalaman tentang naik turun pelaburan emas sebelum mengambil keputusan untuk menjadikan pelaburan emas sebagai salah satu portfolio pelaburan .

Betulkah Rugi Bila Harga Emas Jatuh ?

Mengenal logam Emas dan Perak begitu mengujakan.

Saya juga menganggapnya sebagai satu amanah. Iaitu amanah untuk memberi kefahaman kepada masyarakat bahawa wang kertas yang ada dalam poket mereka (dan saya) adalah suatu yang diberi nilai oleh pihak berwajib. Jika tidak, ia hanya sekeping kertas.

Andai kata berlaku huru-hara dalam sesebuah masyarakat atau negara, seperti berlakunya hyperinflasi, wang kertas sudah kembali kepada nilai asalnya. Iaitu sekitar RM0.03 sen sahaja. Berbeza dengan emas dan perak. Nilai intrinsiknya menjadikan ia sebagai logam yang ‘pelik’, kerana tetap disukai oleh manusia walau dalam keadaan ekonomi yang huru-hara.

HARGA EMAS dan PERAK JATUH?

Ya. Sejak Jumaat lepas, harga dua logam ini jatuh mendadak. Kesan kejatuhan ini hanya akan menimbulkan kekhuatiran kepada sesiapa yang belum kenal benar logam-logam ‘pelik’ ini. Ditambah pula, dalam lanskap ekonomi masa kini, emas kelihatan ‘berharga’ dan ‘tidak berharga’ apabila ditag kan dengan harga-harga tertentu. Sedangkan, dalam dunia logam berharga ini, emas adalah emas. Perak juga adalah perak.

Bezanya di sini adalah, harga-harga yang ditag kan ke atas logam berharga ini hanyalah sebagai ‘batu loncatan’ untuk memilikinya pada ‘harga’ yang murah.

Gorge Soros pula menyarankan supaya pemilik emas melepaskan logam tersebut kerana mendakwa ia bukan lagi satu portfolio yang menarik. Saranan ini, pada pandangan saya, hanya untuk mereka yang menyandarkan emas pada wang fiat yang tidak bernilai. Ia adalah nilai jadi-jadian.

Para pelanggan Bank of Cyprus yang mengerumuni bank setelah tutup selama DUA MINGGU

TUKAR CARA BERFIKIR

Ya. Tukar cara berfikir dan miliki Emas atau Perak. Jadikan ia sebagai medium penyimpanan nilai anda untuk masa depan. Kenali dua jenis logam berharga dan pelik ini.

Sesiapa yang memegang emas atau perak, tidak perlu risau dengan kejatuhan harga atau ‘belum balik modal’. Anda sebenarnya tidak rugi sedikit pun kerana anda memiliki suatu yang amat bernilai. Nilainya tidak ditentukan oleh naik atau turunnya nilai matawang US (US$).

BELI EMAS SEMPENA ‘KEJATUHAN’ HARGA 

Saya tidak mampu untuk membelinya kali ini. Mungkin sedikit rugi, tetapi tidak mengapa. Saya akan beli pada dalam masa seminggu lagi. Saya akan membeli untuk kitaran pendapatan – perbelanjaan bagi bulan hadapan.

Kepada yang mampu, belilah. Jangan bertangguh!

: aliffbasri.com

Harga Emas Merosot, Sebaiknya Beli, Jual atau Tahan?

Liputan6.com : Harga emas terus merosot cukup untuk membuat pelabur bimbang. Ini instrumen pelaburan bersinar kemilau tiba-tiba hilang selepas komoditi mencatatkan penurunan terbesar dalam 30 tahun.

Tidak menghairankan, terdapat reaksi yang muncul. Dalam satu tangan, terdapat pelabur yang tidak pasti tentang apa yang perlu dilakukan dengan pelaburan mereka dalam emas, sebaliknya ada yang tertanya-tanya jika ada peluang untuk membeli emas pada harga semasa dan keuntungan dengan cepat.

Dilema pelabur boleh difahami. Salah satu faktor yang perlu dipertimbangkan apabila membuat keputusan sama ada untuk membeli, menjual atau memegang pelaburan dalam emas adalah sebab awal mereka melabur dalam emas.

Seperti yang dipetik dari Kawalan Wang, Khamis (18/04/2013), pemahaman yang lebih baik tentang peranan emas dalam proses peruntukan aset mereka boleh membantu mereka menangani kerumitan keadaan semasa. Malah, mengetahui bahawa terdapat lebih daripada satu sebab untuk mengumpul emas dalam portfolio mereka.

Pertama, emas adalah pelaburan yang selamat instrumen cenderung. Kedua, emas adalah satu komoditi yang mempunyai pelbagai dan cenderung untuk meningkatkan permintaan. Bukan sahaja dibuat ke syiling atau emas, tetapi ia juga mengambil pelbagai pembeli seperti pembuat barang kemas, institusi kewangan dan pengeluar produk-produk industri. Ketiga, melabur dalam emas tidak membawa risiko kredit.

Sudah tentu, seseorang itu untuk menghadapi adalah risiko turun naik harga. Walau bagaimanapun, ketidaktentuan boleh ditangani dengan pelaburan sistematik dan memilih cara yang betul untuk melabur dalam emas. Ingat, membeli emas dalam bentuk kertas sebagai “dana dagangan bursa” (ETF)
dan menyimpan emas boleh menjadi cara yang mudah dan berkesan.

Satu lagi tujuan untuk melabur dalam emas adalah untuk mengumpul wang untuk acara-acara khas seperti kanak-kanak perkahwinan. Oleh itu, bagi seseorang yang telah melabur dalam emas untuk tujuan ini dan rancangan untuk memastikan ia 10 tahun-15 tahun ke masa depan, tidak ada sebab untuk panik. Mereka masih memegang emas seperti yang dirancang dan mengambil peluang ini untuk menambah koleksi beliau.

Bagi pelabur yang ingin mengambil kesempatan cepat momentum bahawa penurunan mendadak harga, satu perkara yang perlu diingat harga emas boleh jatuh dari tahap semasa dan turun naik harga logam berharga akan terus untuk beberapa ketika. Jangan biarkan ia memakan diri sendiri. Faktor utama menentukan kejayaan pelaburan emas adalah keputusan untuk membuat emas sebagai instrumen pelaburan jangka panjang.

Masa Terbaik Untuk Pelaburan Emas

Sebagai orang lama dan berpengalaman, saya inig berkongsi kepada tuan-tuan, dalam penglibatan pelaburan, simpanan dan muamalah dalam bentuk emas dan perak, Saya berpendapat, SEKARANG adalah masa yang sesuai untuk PELABURAN, Saya nyatakan pelaburan/simpanan adahlah kerana harga yang pratikal, (tidak rendah/tinggi) disebabkan spekulasi di peringkat dunia, ambil peluang ini untuk emas fizikal, bukan Emas Kertas atau ‘paper gold’, Saya syorkan pelaburan dalam bentuk emas tulen iaitu bentuk bar atau barang kemas berketulenan 999. (Anda boleh buat kajian sendiri, syarikat mana yang menawarkan harga terbaik!!!)

Dinar Emas bukanlah pelaburan yang sesuai ketika ini kecuali dinar yang diberi pada kadar harga murah!!! (ini disebabkan kos pencetakan/minting dan lain kos, yang meningkatkan kos dan seterusnya menjadi mahal yang ditanggung pembeli), belilah dinar yang ketulenan sama, tetapi harga yang murah atau sama harga pasaran dunia.Dinar Emas Dan Dirham Perak lebih sesuai untuk muamalah, jika untuk pelaburan, ia memberi pulangan yang agak sedikit

Jika anda memerlukan pelaburan jangka panjang dan untuk digunakan sebagai perhiasan, bolehlah mendapatkan barang kemas sekarang, waupun tidak beberapa sesuai, kerana masa ini adalah harga yang paling pratikal.

Telah tiba masanya penggunaan Emas sebagai pelindung nilai, sebagai matawang sandaran kepada urusniaga, kerana emas barang bernilai dan tidak boleh dimanipulasi dan dicipta seperti apa yang berlaku sekrang, paper gold lebih berkuasa menentukan nilai emas fizikal, pada hal, emas fizikal tiada stok bila berlakunya penurunan mendadak paper gold. apa yang berlaku kepada nilai emas sekarang hanyalah spekulasi menyebabkan tenaga nilai emas hilang, terhakis dan keuntungan dikaut oleh pihak kapitalis-kapitas rakus yang hanya mengejar keuntungan semata-mata! Harga emas dunia sekarang adalah hampir 1300usd/oz menyebabkan kesan yang amat besar kepada ekonomi, terutama bank-bank…. (bersambung…)

Satu KERUGIAN BESAR jika anda tidak memulakan pelaburan/simpanan emas dan perak ketika ini. Harga “tidak normal’ seperti ini sangat jarang berlaku dan mungking kali terakhir rendah sebegini. Pada pandangan saya, ini bukan harga normal emas dan perak. ini lebih kepada spekulasii harga, menakutkan pelabur supaya melepaskan pegangan emas fizikal dan perak fizikal anda.

Realiti nya sekarang mereka (US) sudah kehabisan emas dan perak, mereka sudah menjadi pengimport. Terapi mereka kawal harga dengan spekulasi. Rujuk Sini.. http://seekingalpha.com/article/1314211-u-s-mint-sales-for-march-u-s-on-pace-to-use-all-domestic-mine-production-for-silver-eagles

Mereka cuba borong sebanyak-banyaknya emas dan perak pelabur yang takutkan harga jatuh ini. Selepas itu harga melonjak semula ke paras sebenar, tahukah anda paras sebenar emas dan perak sepatutnya berada ketika ini? Gold sepatutnya pada paras $2000-$2500/oz dan perak $50-$200/oz. Peraklah yang paling tersasar jauh, tetapi perak jugalah yang paling kehabisan stok di dunia ketika ini. Bukankah pelik? Bila demand harga tinggi, harga jatuh! maka fikir fikirkanlah, Bertindak sebelum terlambat.

Post by :
ISMAIL JOHARI

Copy write by :
Shahril Rakeb
Pengurus II, NNM GOLD RESOURCES,
Wakalah Rasmi KGT,
Perbadanan Menteri Besar Kelantan,
Kerajaan Negeri Kelantan.

Simpanan Emas Terbaik : Dinar, Gold Bar atau Barang Kemas

Ini antara persoalan yang bermain di minda seseorang yang baru “Nak simpan dinar ,gold bar atau barang kemas ye? Mana yang paling bagus?”
Ramai yang bertanyakan soalan ini apabila ingin memulakan simpanan emas.
Nasihat saya ialah –pelbagaikan bentuk simpanan emas fizikal anda kerana setiap jenis mempunyai kelebihannya sendiri.
Dalam entry kali ini,anda boleh baca info tentang jenis emas fizikal ini,kelebihan serta kelemahannya :

TENTANG DINAR 

Kelebihan :

  • Boleh digunakan untuk muamalat dan ibadah aqiqah
  • Digunakan untuk membayar zakat
  • Dijadikan hantaran dan mas kawin
  • Cenderamata/hadiah untuk orang yang tersayang
  • Simpan untuk pergi haji
  • Tabungan/simpanan

Lain-lain :

  • Dinar dengan syiling emas rupa sama tetapi berbeza dari segi fungsi sebenar.Berat standard dinar ialah 4.25g tetapi syiling emas ada pelbagai jenis berat.Dari segi harga,syiling emas agak mahal jika dibandingkan dengan dinar dan gold bar kerana kos pembuatan lebih tinggi.
  • Ada tempat pajakan @ ar rahnu yang tidak menerima dinar,jadi simpanlah untuk tujuan yang telah disebutkan di atas.

TENTANG GOLD BAR

Kelebihan :

  • Harganya lebih murah berbanding barang kemas kecuali jongkong 1 gram kerana kos pembuatannya tinggi
  • Memberi pilihan kepada mereka yang ingin membuat simpanan semata-mata.
  • Pilihan untuk mereka yang sudah banyak barang kemas,dan ingin simpan dalam bentuk jongkong pula.
  • Bentuk fizikalnya lebih menyerlah berbanding emas untuk simpanan/pelaburan yang lain dan menjadi kebanggaan kepada pemiliknya
  • Sesuai untuk simpanan jangka masa panjang seperti untuk pendidikan anak-anak,perkahwinan,simpanan hari tua ,membeli rumah dan lain-lain.

Lain-lain :

  • Harga gold bar di kedai emas biasanya sama untuk semua,sebagai contoh katakan harga FGJAM ialah RM200g maka harga 10g =RM2000 dan 100g=RM20000 Syarikat emas fizikal pula biasanya menawarkan harga yang lebih murah untuk emas yang lebih berat . contoh : RM1800 untuk 10g dan RM16500 untuk 100g
  •  Namun begitu,untuk jongkong 1gram,tiada mana-mana institusi yang menawarkan harga murah kerana kos pembuatannya tinggi. Bayangkan sekeping jongkong 1kg (1000g) ,hendak dipotong kecil menjadi 1g,perlu dipotong dan ditempa sebanyak 1000 kali!!Disebabkan inilah harga jongkong kecil 1gram lebih mahal.Dan harga gold bar jongkong kecil @ gold bar 1gram keluaran syarikat emas fizikal biasanya murah RM20-RM50 berbanding kedai emas.
  • Tidak banyak tempat pajakan@ ar rahnu yang terima gold bar untuk pajakan,jadi simpanlah untuk tujuan yang disebutkan di atas.

TENTANG BARANG KEMAS

Kelebihan

  • Dijadikan barang perhiasan wanita
  • Mudah menarik kaum hawa untuk memilikinya kerana rekaan yang cantik dan kilauan yang memukau.
  • Fungsi 4 dalam 1 – Perhiasan,simpanan,pelaburan dan perniagaan
  • Mudah untuk dapatkan tunai kerana diterima di semua pajakan@ ar rahnu.

Lain-lain :

  • Barang kemas kini tidak terhad untuk dipakai oleh kaum wanita sahaja,tetapi kaum lelaki juga suka membelinya untuk tujuan simpanan,pelaburan dan bisnes.
  • Dari segi harga,kedai emas biasanya mengenakan upah tukang dan harganya lebih mahal sehingga 20% dari harga emas mentah,manakala syarikat pengeluar emas fizikal menjual barang kemas dengan harga yang sangat murah dan tiada upah tukang.
  • Sesuai untuk mereka yang sudah memiliki banyak dinar dan gold bar dan hendak mempelbagaikan bentuk simpanan emas fizikal sebagai salah satu alternatif apabila hendak memajak nanti.
  • Sebaiknya jika untuk simpanan,pilih yang jenis padu dan emas 999 atau emas 916
  • Elakkan yang mempunyai banyak batu permata
  • Elakkan membeli emas putih kerana susut nilainya mencecah sehingga 70%
  • Ramai menyangkakan emas yang disadur seakan-akan emas putih sebagai emas putih,sebenarnya ia adalah Chrome ( lama-lama warnanya akan pudar dan kembali ke warna emas )
  • Kesimpulannya,setiap jenis dan bentuk emas fizikal yang dihasilkan ada peranannya tersendiri dan sebaiknya pelbagaikan bentuk simpanan.Sebagai contoh,saya sendiri membeli dinar dan gold bar selepas berpuas hati dengan pelbagai koleksi barang kemas untuk dipakai.Sebelum itu saya mempunyai lebih banyak dinar dan gold bar dari barang kemas,tetapi saya seimbangkan semula.Kini saya simpan dinar dan gold bar untuk
  • matlamat jangka masa panjang yang ingin dicapai.

: jutawangold.com

Ramalan : Harga Emas Dunia Dijangka Akan Terus Jatuh Hingga Tahun 2014

Bank Pelaburan dari Amerika Syarikat, Goldman Sachs Group Inc meramalkan harga emas dunia akan bergerak turun setelah terus naik selama 12 tahun kebelakangan ini. Goldman mengurangkan ramalan harga emas dalam tiga bulan hadapan dari US $ 1,615 per ounce menjadi US $ 1.530 per ounce.

Dipetik dari Business Week, Khamis lalu (11/4/2013) pada akhir tahun ini, Goldman menetapkan ramalan harga emas di paras US $ 1.450 per ounce. Bahkan, pada akhir 2014 ,syarikat ini meramalkan harga emas boleh turun hingga mencapai US $ 1.270 per ounce.

“Emas bakal turun 5.8% tahun ini kerana spekulasi dari The Fed (bank pusat AS) yang menunda pemberian stimulus untuk pemulihan ekonomi,” ungkap penganalisis Goldman Sachs Group Inc, Damien Courvalin dan Jeffry Currie dalam laporannya.

Harga emas semalam saja sudah turun 1.75% pada harga US $ 1.558,90 per ounce. Harga emas sempat didagangkan menjunam mencapai titik terendah sejak Jun tahun lalu. Harga emas dijangka didagangkan lebih rendah meskipun data AS menunjukkan adanya kelembapan dalam penambahan jumlah lapangan kerja pada sektor swasta.

Pelabur kewangan dan salah satu orang terkaya di dunia iaitu George Soros menyatakan emas tak lagi menjadi alat pelaburan yang selamat (safe haven), karena harganya yang terus jatuh. “Emas tidak lagi menjadi pelaburan yang selamat (safe haven), terbukti ia tidak selamat lagi. Namun saat ini banyak bank-bank pusat yang terus membeli emas, jadi saya berharap harga emas tidak terus jatuh. Emas saat ini bukan lagi untuk pelaburan jangka panjang, “tutur Soros.

Harga Emas Jatuh : Jutawan John Paulson Rugi US $300 Juta

BISNIS.COM, NEW YORK – Jutawan John Paulson kehilangan lebih dari US $ 300 juta kekayaan peribadinya dalam taruhan emas kerana harga emas itu turun ke paras terendah dalam hampir 2 tahun.

Seperti diberitakan Bloomberg, Paulson telah melabur kira-kira US $ 9.5 bilion dananya di berbagai hedge fund yang mana sebanyak 85% dilaburkan dalam kelas saham emas.

Hari ini, harga emas turun 4.1%, mengikis sekitar US $ 328 juta dari harta bersih kekayaannya hanya dari taruhan ini.

Bloomberg mencatat harga emas jatuh dan memasuki bear market selepas jatuh lebih daripada 20% sejak Ogos 2011, membawa kabar buruk bagi lelaki berusia 57 tahun itu yang selama ini telah berjuang dengan hasil yang buruk selama 2 tahun terakhir.

Pada tahun lalu, Paul mengatakan kepada para pelabur bahawa dana emasnya sebesar US $ 700 juta akan mengalahkan strateginya yang lain selama 5 tahun sebab emas merupakan lindung nilai terbaik terhadap inflasi dan penurunan mata wang kerana negara-negara akan mengepam wang ke dalam ekonomi mereka.

Seseorang yang mengetahui masalah ini pada bulan ini menyatakan bahawa dana Paul telah merosot 28% pada tahun ini sehingga Mac.

“Penurunan baru-baru ini pada harga emas tidak merubah tesis jangka panjang kami,” kata John Reade, Partner dan Penganalisis Emas Paulson & Co seperti dikutip Bloomberg, Sabtu (13/4/2013).

“Kami mula pelaburan dalam emas pada masa harganya sebanyak US $ 900 pada April 2009 dan sementara harganya turun dari kemuncaknya menjadi US $ 1,500, itu naik besar dari kos kami,” ujarnya.

Pelabur Paulson boleh memilih antara dollar dan versi denominasi emas untuk sebahagian besar dana syarikat.

Selain kerugian dari penurunan harga emas, pelabur di Paulson & Co, termasuk pengasas syarikat, kehilangan kira-kira US $ 62 juta hari ini pada pelaburan saham emas mereka, berdasarkan pemilikan per 31 Disember 2012.

Paulson & Co yang berpusat di New York itu memasang taruhan terbesar pada syarikat tambang termasuk pemilikan saham 7,35% di AngloGold Ashanti Ltd.

Harga Emas Dalam Perspektif Jangka Panjang

Semalam harga emas jatuh mendadak – paling tajam sejak saya mula mengamati langsung pergerakan harga emas dunia lima tahun terakhir. Dalam situasi seperti ini, pasti banyak soalan dari masyarakat pengguna emas atau Dinar. Ada apa sebenarnya?, Apa yang perlu dilakukan?kemana arah selanjutnya? dlsb. Soalan-soalan tersebut akan lebih mudah dijawab bila kita lihat harga emas ini dalam perpektif jangka panjang dan dalam perspektif ekonomi yang lebih luas.

Sumber: BPS, IDX, Kitco & GeraiDinar

gunakan data dua puluh tahun terakhir dan belajar juga dari luar pasaran emas, yaitu dengan saudara-nya yang mirip – pasaran saham. Untuk era moden ini pasaran saham lebih mateng dari pasaran emas kerana para pemainnya adalah korporat-korporat besar dunia. Bila di Indonesia ya syarikat-syarikat besar Indonesia.

Selama dua puluh tahun terakhir, sekurang-kurangnya saya melihat tiga kali penurunan besar di pasaran saham iaitu semasa krisis 1997-1998 (turun 38%), krisis di awal reformasi tahun 2000 (turun 42%) dan terakhir pengaruh krisis kewangan global tahun 2008 (turun 51 %).

Pada tempoh yang sama, harga emas atau dalam hal ini saya setarakan Dinar mengalami dua kali penurunan besar iaitu tahun 1999 (turun 27%) dan yang sekarang sedang terjadi (sudah turun 14% dari harga tertingginya 2011).

Apa Penyebabnya?

Kenaikan harga saham mestinya selaras dengan pertumbuhan syarikat-peusahaan yang tercatat di bursa saham. Kerana yang tercatat di bursa saham umumnya syarikat-syarikat besar yang memegang peranan penting pada ekonomi suatu negara, maka pertumbuhan bursa saham mestinya juga seiring dengan pertumbuhan ekonomi negeri yang bersangkutan.

Bila pertumbuhan ekonomi rata-rata misalnya 6%, tetapi Index Harga Saham Gabungan melonjak jauh di atas angka ini, maka bisa jadi kenaikan ini bukan kerana faktor fundamental – tetapi lebih kerana faktor sentimen pasaran yang dengan mudah akan terkoreksi bila sentimen tersebut berbalik arah. Itulah umumnya yang terjadi pada setiap penurunan besar di bursa saham yang tercermin dalam grafik tersebut di atas.

Bila saham mestinya seiring dengan pertumbuhan ekonomi, tidak demikian dengan harga emas. Emas berada di pasaran komoditi dan emas juga merupakan cermin dari harga barang-barang. Oleh karenanya kenaikan harga emas, seharusnya mencerminkan kenaikan harga barang-barang pada umumnya. Atau dengan kata lain kenaikan harga emas mestinya selaras dengan inflasi.

Bila kita andaikan inflasi rata-rata itu juga hanya 6%, maka kenaikan harga emas yang terlalu tinggi – seperti yang sempat mencapai kenaikan 53% daripada 2010 ke 2011 – bukan merupakan kenaikan yang disokong oleh faktor fundamental yang wajar. Pendorongnya lebih banyak kerana faktor sentimen pasaran.

Dalam hal harga emas sentimen pasaran yang melonjakkan harga emas itu adalah polisi Quantitaive Easing (QE) dari the Fed-nya Amerika Syarikat. Dasar QE 1 yang dilakukan Amerika tahun 2008 membuat harga emas melonjak 33% di tahun 2008, QE 2 yang dilakukan tahun 2010 membuat harga emas melonjak 53% di tahun 2011. QE 3 di tahun 2012 belum sempat mengangkat pasaran ketika isu dihentikannya program QE mula merebak di pasaran.

Sebagaimana sentimen QE melonjakkan harga emas selama 2008 – 2011, maka ketika sentimen QE ini menghilang, harga emas seperti roket yang terhempas jatuh kerana kehilangan daya dorong – itulah yang terjadi saat ini di pasaran emas dunia tidak terkecuali Indonesia!

Lantas Apa Yang Perlu Kita Lakukan?

Lagi-lagi kita boleh belajar dari saudara tua pasaran emas iaitu pasaran saham. Pemain baru – yang umumnya individu – di pasaran saham, mereka panik apabila harga saham jatuh. Dalam keadaan ini mereka justru menjual saham dan meninggalkan pasaran saham, mereka inilah yang paling rugi kerana yang tadinya baru potential loss (ketika harga saham jatuh) diubah menjadi actual loss (ketika saham dijual pada saat harga jatuh).

Pemain-pemain yang bersifat long term – umumnya syarikat-syarikat yang mempunyai track record panjang di bursa saham – mereka mencatat dan mengambil kira potential loss ini – tetapi mereka tidak meng- actual -kan loss -nya kerana mereka tidak menjual ketika harga saham jatuh. Kerana perpektifnya yang lebih jauh, mereka-mereka inilah yang mendapat manfaat ketika terjadi rebound di pasaran saham seperti yang terjadi dalam 5 tahun terakhir – sejak kejatuhannya pada tahun 2008.

Maka demikian pula yang boleh dilakukan oleh para pengguna emas atau Dinar. Penurunan yang significant sekarang tentu menjadi potential loss bagi emas atau Dinar anda (terutama yang membelinya ketika harga tinggi di tahun 2011 dan sesudahnya), tetapi potential loss ini baru akan menjadi kerugian yang sesungguhnya – actual loss – bila anda menjual selagi harga emas rendah seperti sekarang ini.

Bila anda berlangsung sekarang untuk perspektif jangka panjang, maka ketika harga emas rebound – InsyaAllah anda pula yang akan mendapat manfaat.

Apakah Harga Emas Masih Akan Turun Terus?

Untuk jangka pendek kemungkinan itu tentu ada kerana seperti roket yang kehilangan daya dorong tersebut di atas. Namun sama dengan harga saham yang jatuh berkali-kali-pun tetap boleh bangkit kembali kerana setakat ekonomi suatu negara tetap berkembang, harga saham mestinya juga tetap boleh tumbuh (kembali) – selaras dengan pertumbuhan ekonomi.

Demikian halnya dengan harga emas, sejauh inflasi atau kenaikan umum harga barang-barang masih terjadi di suatu negeri – maka emas tidak terkecuali, dia akan ikut naik selaras dengan inflasi itu.

Walaupun saya gunakan pembelajaran dengan harga saham untuk memahami penurunan harga emas kali ini, tidak bermakna lantas saya menganjurkan pelaburan saham dan produk-produk derivatif walaupun sekarang lagi sangat menggiurkan hasilnya. Kerana bila pembetulan itu terjadi seperti yang pernah terjadi 3 kali dalam dua dekad terakhir, maka pembetulan itu akan menyakitkan – sebagaimana yang kita alami kini untuk pembetulan harga emas.

Tetapi apakah emas lebih baik?, Mungkin ini subjektif tetapi agar tidak subjektif sila perhatikan prestasi keduanya di grafik tersebut di atas – dan anda boleh tarik kesimpulan anda sendiri. Saya tidak pernah mengatakan bahawa pelaburan emas itu adalah pelaburan terbaik, kerana emas bukan instrumen pelaburan yang sesungguhnya – emas lebih merupakan instrumen untuk mempertahankan nilai.

Lantas Apakah Pelaburan Terbaik Itu?

Yang terbaik adalah pelaburan yang tidak hanya berorientasikan untung rugi, yang tidak terhad kepada penciptaan nilai (value creation), yang terbaik adalah pelaburan yang membawa misi dan membina nilai-nilai. Seperti apa bentuk konkritnya?.

Bayangkan kalau anda melabur pada lahan, kemudian di atas tanah tersebut anda tanami dengan tanaman pangan yang akan diperlukan untuk umat sekarang dan yang akan datang. Setiap anda datangi lahan tersebut dan menyirami tanaman diatasnya, anda niatkan untuk memberi makan di hari kelaparan – memberi makan bagi dunia. Maka seperti inilah pelaburan terbaik itu, jenisnya boleh sangat banyak dan ada dalam pelbagai bidang – tidak harus pertanian.

Intinya adalah sektor sebenar yang menciptakan lapangan kerja, meng- create produk, memberi penyelesaian atas masalah yang ada di masyarakat, memenuhi segala keperluan manusia di jaman ini dan nanti. InsyaAllah.

: nilai-dinar.blogspot.com/

Mengapa Emas Jatuh

Emas berjangka memanjangkan kerugian Setelah jatuh 5,25% semasa sesi Jumat AS, Setelah melanggar level support kunci di USD1, 535 per troy ounce mudian lagi pada USD1, 520 per troy ounce dipercepatkan sebagai stop-loss order dicetuskan.

Harga emas kemungkinan besar akan mencari sokongan jangka pendek pada USD1, 478,05 per troy ounce, rendah sejak tarikh 1 Julai 2011 dan resistance pada USD1, 516,80 per troy ounce.Pedagang emas menyedari telah memasuki wilayah pasaran lesu.

Harga Emas telah jatuh hampit 23% sejak mencapai titik tetinggi sepanjang masa dari USD 1920,80 per troy ounce pada September 2011.

Emas berada di bawah tekanan di perdagangan jum’at minggu lalu selepas terungkap di minit mesyuarat dari Federal Open Market Committee bahawa beberapa anggota menyokong Federal Reserve reda atau menamatkan Fed kewangan usaha pelonggaran tahun ini. Program pelonggaran kuantitatif Fed telah dipandang sebagai menyokong emas atas dasar bahawa pelonggaran melemahkan dolar AS, namun dalam beberapa bulan terakhir, dolar telah menguat. Emas dalam mata wang dolar AS.

Namun kejatuhan Emas ini tidaklah lama, apabila dalam Minggu ini emas menembus USD 1,505 per trpy ounce.Emas akan kembali naik ke nilai rata rata emas di level USD 1,565 per troy ounce. Secara technical untuk Stochastic dan Garis MA (moving average) Emas untuk naik ke harga Normal di minggu ini masih besar peluangnya menembusi ke level USD 1,505 per troy ounce. dan bergerak naik melewati USD 1,525 per troy ounce dan menuju ke USD 1,565 per troy ounce di bulan ini.

Namun disisi lain tidak menutup kemungkinan apabila emas turun terlebih dahulu pembetulan di USD 1,475 hingga ke USD 1,460 per troy ounce.di karenakan di pergerakan pagi Isnin di pagi ini pergerakan Emas masih menunjukan akan ada penurunan kembali ke level USD 1,480 sampai USD 1,475 per troy ounce .