Kisah Sontot Tentang Emas ETA

Topeng

Cerita Sebenar Tentang Emas ETA.

bulan pertama
sipolan bernama A, ada modal 200k, beli emas 1kg = 135,000
dia akan jual emas ni dengan harga murah, contoh 100,000 tapi perlu delay selama 30 hari.
tapi dia tak buka di facebook, dia approach orang2 yang mata duitan yang tak berapa bijak matematik.
orang2 ini yang menamakan diri pengelola/wakalah akan order pada sipolan A ni,
tapi pada client, mereka akan beritahu yang mereka order dari kilang ( tak wujud pun kilang, sebenarnye order pada si A)
dan pengelola pun buka la ETA 30 harga 110,000 untuk 1kg.
_________________________________________________________________________________________

bulan ke dua
balance duit si A, ada 165,000. beli lagi emas 1 kg, harga 135,000.
jual emas ni harga murah lagi 100,000 pada pengelola. kerugian kali ni, pun sama 35,000
total kerugian = 70,000.
jangka masa untuk dua transaksi ini adalah 2 bulan. dalam masa 2 bulan, nama pengelola dah naik, pungpang trusted kiri kanan,
penjilat tumbuh bagai cendawan. segala ilmu, teknik pusing, teknik ar rahnu, teknik cincin belah rotan walaupun tak logik, orang akan percaya.
tapi si A rilek je kat rumah, no publisiti. tak ada orang kenal pun, yang orang sebut2 hanya pengelola.
_________________________________________________________________________________________

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

_________________________________________________________________________________________

setelah beberapa siri kerugian untuk pancing investor, si A deploy 5-6 orang untuk berlakon sebagai kilang, dan promot pada pengelola,
masa tu, kuota tak kurang 10kg, dan dalam market kalau kita kumpulkan, bertan2 emas diorang ni ada ( logik ke???)
pada masa ni, semua orang yang percaya dengan pengelola, yang percaya dengan teori akhir zaman, yang keluar hadis emas berbuku2, akan buatla pinjaman bank, keluarkan asb, gadai tanah, untuk beli emas eta.
bila dinasihat, dia kata ini tak lebih dari jual beli, kita pulak yang dikata bodoh tak faham jual beli. ada yang kata diorang tak main program (padahal program tu adalah berasaskan ETA, jika tiada ETA, tiada la program)
tapi mereka tak berapa bijak, jadi kita biarkan. yang ada kereta, gadai kereta dengan emas, kereta masih bayar bulan2. yang ada rumah, gadai rumah dengan emas, loan rumah masih perlu bayar.(keadaan paling bodoh kalau diorang fikir balik)
_________________________________________________________________________________________

tapi dalam cerita ni si A adalah yang paling bijak.
dia akan beli ETA dari pengelola secara senyap dengan amount yang banyak dari berpuluh2 pengelola. dan lipat berkali2 melalui beberapa orang.
sampai masa berKG emas yang dijanjikan pada pengelola, diorang tak deliver (sbb barang mmg takde), tapi pengelola perlu dahulukan duit sendiri untuk jaga nama, dan juga berharap kilang akan deliver.
tapi mereka tak faham game ni. jadi bergadaila bayar emas client (termasuklah emas si A yang diorang tak sedar A ni order pada diorang)
dan juga si A dah ada berpuluh2 bijik rumah berpuluh2 bijik kereta, hasil daripada tukaran dengan emas, sebab si A ni tahu, orang yang tukar barang dengan emas ni, takkan pulangkan balik emas, sebab pasti akan tersontot. sebab sistem ni dia yang cipta.
jadi dia tahu.
_________________________________________________________________________________________

ok sekarang. dengan modal 200k si A, berapa juta agaknya dia collect?
berapa banyak aset dia ada?
sy tahu ramai yang fikir “cilaka tokbomoh ni tipu aku”, dan menggangap tokbomoh itulah si A ni.
tapi sy rasa, tok bomoh ni pun kene tipu jugak, cuma depan orang ramai perlu berlagak bijak. leader marketing, biasalah, semua nak nampak bagus.
_________________________________________________________________________________________
ada yang bertanya kenapa tak pulang modal? beri modal pun dah ok.
hmmm.. fahamilah cerita ini dah selepas itu, tahu lah anda kenapa modal tak nampak langsung.
_________________________________________________________________________________________
sama cerita seperti penipuan topup dulu2. celcom, maxis, digi topup akan dijual harga 7rm, berebut la orang beli, order kali pertama 10k pcs, dapat.
order kali kedua 20k pcs pun, dapat.
order kali ketiga 100k pcs, duit dah bayar 700k, topupnye tak nampak sampai la tahun 2015 ni. untung tak seberapa, rugi berganda2.
si penipu hanya rugi 90k rm je. tapi bawak lari 700k.
hmm.. cerita tahun 2006. pengalaman mematangkan diri..
_________________________________________________________________________________________

kesimpulan, jangan la percaya bulat2 perkara yang kita sendiri tak berapa faham. pakai ikut je. orang yang kita ikut jatuh tak seberapa, tapi kita jatuh dah tak boleh bangun dah.
banyakkan diri sendiri dengan ilmu. baca sejarah2. perkara ni bukan baru, sejarah yang berulang2. cuma watak berbeza2. mmg betul ada yang berjaya dengan emas, tapi orang tu betul2 berilmu.
bukannya ilmu yang tak jelas/tak logik, ilmu eta, ilmu pusing, ilmu manipulate arrahnu yang asasnya tak jelas. ada satu pengelola yang sy nampak di fb, kiraan matematik pun tak betul, siap tampal graf, tapi ramai yang komen nak belajar.
nasihat sy, belajar lah dari orang yang berilmu, tuhan bagi kita otak, nak fikir logik atau tidak, jika tak logik pun kita percaya, mana kita letak otak kita ni?

akhir kata.
selamat maju jaya pada si A, dan anda diperhatikan. ramai yang dah boleh baca anda ni siapa. dan tak lama lagi anda akan busted.

-cerita dari facebook

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

Roti ditabur serbuk Emas berharga RM517

image (2)Juan Manuel Moreno menunjukkan roti ditabur serbuk emas yang dijual di kedainya di Sepanyol. – Agensi

BARCELONA January 2015 – Kebiasaannya, sebuku roti hanya dibuat menggunakan air, tepung, dan telur namun pengenalan roti yang ditabur serbuk emas oleh sebuah kedai di Sepanyol telah menarik perhatian pelanggan kaya dari seluruh dunia.

Laman web Oddity Central melaporkan, kedai roti Pan Pina di Algatocin memperkenalkan ‘roti serbuk emas’ yang berharga AS$150 (RM517) setiap 400 gram.

Pemilik bersama kedai itu, Juan Manuel Moreno berkata, idea membuat roti tersebut timbul selepas dia melihat penjualan ‘kopi paling mahal di dunia’ di sebuah kedai di rantau ini.

“Saya membuat keputusan untuk menabur serbuk emas yang boleh dimakan bernilai AS$100 (RM340). Namun, serbuk emas ini tidak membantu menyerlahkan rasa roti,’’ katanya.

Moreno, 41, berkata, serbuk emas itu hanya menjadi daya penarik roti berkenaan.

“Roti itu turut diperbuat daripada bahan organik dan sa­ngat sihat. Orang ramai percaya, sedikit serbuk emas yang ditambah kepada makanan bagus untuk penghadaman,’’ katanya. -Utusan

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

Harga Emas di Malaysia : Siri 3

315699_308681889249650_553206616_n

Adalah disarankan agar pembeli membuat analisa dan penyelidikan sendiri sebelum membuat keputusan apakah pilihan terbaik untuk pelaburan atau pembelian yang ingin dilakukan. Jangan mudah terpengaruh dengan apa jua pengiklanan atau desakan sebelum membuat penyelidikan sendiri. Zaman ini kebanyakan maklumat berada dihujung jari, jadi amat mudah untuk pembeli membuat perbandingan. Justeru penjual yang tidak berkongsi maklumat seperti harga produk yang dijual di laman web mereka bolehlah dianggap tidak telus dan tidak prihatin.

Pembeli juga perlu membuat bandingan secara “apple-to-apple”. Contohnya perbandingan yang tepat ialah membandingkan harga emas jongkong 50g 999.9 (24k) dengan emas jongkong yang lain pada berat dan ketulenan yang sama.

Jangan sekali-kali membandingkan harga per gram emas 999 (24k) dengan harga per gram emas 916 (22k), dan juga jangan membandingkan harga per gram emas jongkong 50g dengan harga per gram emas jongkong 5g. Seperti yang telah dimaklumkan dalam siri sebelum ini, ketulenan berbeza dan denominasi yang berbeza membawa kepada premium yang berbeza.

Begitu juga dengan jenama. Setiap jenama meletakkan premium yang berbeza-beza untuk produk-produk keluaran mereka. Antara jenama-jenama besar yang diakreditasi oleh London Bullion Market Association (LBMA) di dalam “Good Delivery List” ialah PAMP, Perth Mint, Valcambi, Argor-Heraeus, Istanbul Gold Refinery, Johnson Matthey, Metalor, Umicore, OPM, dan lain-lain.

Pembeli juga perlu memberi perhatian terhadap harga emas yang ditawarkan dalam bentuk buku simpanan yang ditawarkan oleh institusi-institusi kewangan (i.e : Gold Saving Passbook Account (GSPA), Gold Investment Account (GIA), dll). Ini kerana apabila pembelian tidak dibuat dalam bentuk fizikal, pembeli tidak mempunyai pilihan selain menjual kembali emas yang dibeli kepada institusi-institusi kewangan terbabit.

Contohnya pembelian emas yang dibuat melalui Gold Saving Passbook Account di Maybank hanya boleh dijual kembali ke Maybank. Ianya tidak boleh dijual kepada pembeli lain atau ke bank-bank lain seperti CIMB atau Public Bank.

Perlu diingatkan, institusi-institusi kewangan terbabit mempunyai kawalan penuh sama ada untuk menaikkan atau menurunkan harga jualan dan harga belian semula. Pembeli tidak mempunyai sebarang pilihan melainkan menerimanya. Justeru pembeli terdedah kepada kawalan harga oleh para penjual yang tidak menawarkan pembelian emas dalam bentuk fizikal.

Walau bagaimanapun, masalah di atas boleh dielakkan sekiranya pembeli memiliki emas dalam bentuk fizikal kerana emas dalam bentuk fizikal boleh dijual semula dengan mudah kepada orang lain atau kepada mana-mana kedai dan syarikat yang menawarkan harga yang lebih tinggi. Mesej penting di sini ialah emas fizikal tidak terdedah pada risiko kawalan atau manipulasi harga oleh mana-mana penjual yang tidak menawarkan emas dalam bentuk fizikal.Mungkin pembeli akan dimaklumkan bahawa institusi-insitusi kewangan yang menjual emas melalui buku-buku simpanan juga menawarkan emas fizikal sekiranya pembeli mahu. Benar, sekiranya ini berlaku pembeli harus memasukkan pertimbangan-pertimbangan di bawah dalam kos pembelian:

  1. Premium yang dikenakan untuk emas fizikal yang diminta (contohnya setiap 100g yang dikeluarkan dari buku simpanan, premium atau caj untuk jongkong emas terbabit ialah RM 200). Kos ini hendaklah dimasukkan dalam kos keseluruhan pembelian;
  2. Kos transaksi / kos pemprosesan yang dikenakan untuk proses pengeluaran tersebut. Kos ini hendaklah dimasukkan dalam kos keseluruhan pembelian;
  3. Syarat denominasi minimum pengeluaran emas fizikal. Kebanyakan institusi-institusi kewangan yang menjual emas berbentuk buku simpanan menetapkan denominasi minimum sebelum pengeluaran berbentuk fizikal layak diproses. Contohnya pengeluaran berbentuk fizikal hanya boleh dibuat untuk berat 100g. Justeru sekiranya pembeli mempunyai emas sebanyak 150g di dalam buku simpanannya, dia hanya boleh mengeluarkan emas fizikal sebanyak 100g sahaja dari buku simpanannya dan baki 50g lagi hanya boleh dikeluarkan sekiranya pembeli menjualnya kembali kepada bank terbabit.

oleh Mohd Faizal Mohd Nor
www.nubex.my

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

Harga Emas di Malaysia : Siri 2

523987_438438699515756_839753278_n

Harga Emas di Malaysia dirujuk dari pelbagai sumber. Antara rujukan untuk harga emas di Malaysia ialah:

  • Bank-bank komersial yang menjual emas fizikal / buku simpanan;
  • Kedai-kedai emas terkemuka yang bernaung di bawah FGJAM (Federation of Goldsmiths And Jewellers Associations of Malaysia);
  • Laman web Nubex (www.nubex.my)

 

1) Bank-bank komersial:

Terdapat pelbagai bank di Malaysia yang menjual emas sama ada dalam bentuk fizikal atau dalam bentuk buku simpanan. Antaranya Maybank, Public Bank, CIMB, Al-Rajhi Bank, dan Kuwait Finance House.

Harga yang ditawarkan oleh bank-bank ini juga berbeza-beza mengikut ketetapan dan premium masing-masing. Apa yang perlu difahami oleh pembeli ialah biasanya harga yang ditawarkan oleh bank-bank yang menawarkan emas berbentuk fizikal adalah lebih tinggi berbanding harga emas yang dijual dalam bentuk buku simpanan.

Justeru, adakah bank-bank yang menjual emas berbentuk buku simpanan menjadi pilihan terbaik kerana menawarkan harga yang lebih rendah? Tunggu dulu, baca dulu hingga habis dan kemudian buatlah pilihan dengan bijak.

2) Kedai-kedai emas di bawah FGJAM

Sebahagian besar kedai-kedai emas terkemuka di Malaysia bernaung di bawah FGJAM. Penubuhan FGJAM sekitar 1978 pada awalnya adalah untuk menggabungkan pemain-pemain industri dalam memperjuangkan dan melindungi hak-hak mereka. Selain itu, FGJAM juga berhasrat membuat penyeragaman pada harga runcit emas dikalangan ahli-ahli yang bernaung di bawahnya.

Secara umumnya harga yang dikeluarkan oleh FGJAM adalah lebih tinggi dari harga spot semasa sekitar 10-15%. Premium ini kemungkinan ditetapkan sedemikian rupa kerana FGJAM tidak mengemaskini harga setiap masa berpandukan harga pasaran lani atau harga pasaran hadapan. Sehubungan itu premium tersebut dilihat mampu menyerap sebarang risiko kenaikan mendadak pada harga emas yang pernah mencatat kenaikan mendadak sehingga 10% dalam masa kurang 24 jam.

Harga yang dikeluarkan oleh FGJAM juga tidak termasuk kos upah (workmanship) yang perlu dibayar untuk setiap produk. Justeru pembeli perlu memastikan kos pembelian telah mengambilkira semua faktor ini.

Walaupun banyak syarikat-syarikat dan kedai-kedai emas bernaung di bawah FGJAM, ianya tidak bermakna semua kedai emas di Malaysia tertakluk di bawah harga yang ditetapkan oleh FGJAM. Terdapat banyak kedai-kedai emas yang menetapkan harga mereka sendiri.

3) Laman web Nubex (www.nubex.my):

Nubex merupakan sebuah syarikat yang menjalankan perniagaan menjual dan membeli logam berharga seperti emas dan perak, dan juga barang-barang perhiasan emas dan perak. Nubex juga menawarkan pilihan produk yang pelbagai sama ada dalam bentuk jongkong emas, syiling emas, dan barang kemas.

Satu perkara unik di laman web Nubex ialah harga emas dan perak yang dipaparkan sentiasa dikemaskini setiap minit secara automatik mengikut harga pasaran lani atau pasaran spot dunia. Harga-harga yang dipaparkan itu pula telah ditukarkan dalam nilai RM yang sentiasa berubah-ubah setiap masa berbanding nilai dolar Amerika. Justeru ianya memudahkan pengguna untuk membuat penilaian harga semasa atau membuat perbandingan terus dengan penjual-penjual lain, sama ada bank, atau kedai-kedai emas terkemuka.

Harga produk-produk fizikal emas dan perak yang ditawarkan di laman web Nubex juga umumnya lebih rendah berbanding harga yang ditawarkan oleh bank-bank di Malaysia dan juga dari harga yang ditawarkan oleh kedai-kedai emas yang bernaung di bawah FGJAM.

Harga emas di laman web Nubex juga turut digunapakai di portal e-muamalat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sebagai rujukan untuk orang ramai.

oleh Mohd Faizal Mohd Nor
www.nubex.my

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

Niaga hadapan Emas dijangka tinggi minggu depan

emas-menanjak-naik-hingga-tembus-di-harga-rp-7-000gram1

KUALA LUMPUR: Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif dijangka dalam dalam trend meningkat minggu depan disokong pembelian yang lebih baik.

Peniaga dijangka terarah kepada komoditi selamat itu disebabkan kebimbangan terhadap ekonomi global meningkat.

Dalam notanya, RHB Research menyatakan firma itu kekal yakin terhadap pasaran hadapan emas dalam unjuran masa terdekat.

“Sekalipun komoditi ditutup rendah pada Rabu, ia tidak jatuh di bawah paras sokongan AS$1,172.40 dan ini menunjukkan sentimen pasaran belum lagi lembab,” menurut firma penyelidikan itu.

Sementara itu, peniaga Phillip Futures Sdn Bhd, Lim Eng Wee, berkata beliau menjangka emas akan meneruskan trend lembap disebabkan pengukuhan dolar AS dan peningkatan pertumbuhan ekonomi AS.

Asas Jumaat ke Jumaat menunjukkan Januari 2015 susut lima mata kepada RM134.40 segram manakala Februari 2015 naik 15 mata kepada RM134.70 segram, dan Mac 2015 serta April 2015 masing-masing naik 35 mata kepada RM135.10 dan RM135.50 segram.

Jumlah dagangan menyusut kepada 230 lot bernilai RM3.1 juta daripada 4,736 lot bernilai RM63.71 juta yang dicatat minggu lepas.

Kepentingan terbuka pada Jumaat berjumlah 3,016 kontrak berbanding 3,823 kontrak minggu lepas.

– BERNAMA

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

Pelaburan Emas kini semakin panas

63968_175188385842103_174685805892361_515248_1487934_n

Pelaburan Emas kini semakin panas. Berbagai skim kini muncul dan sudah banyak yang “tersontot”. Saya tak pasti siapa yang memulakan istilah sontot ini, namun ia kini mula digunakan secara meluas untuk mengambar mereka yang telah membuat pelaburan emas sebelum ini sudah kena tipu.

Tiada Manipulasi Emas sebenarnya…Yang dimanipulasi sebenarnya ialah wang pelabur dan ditambah dengan item ribawi iaitu emas sebagai penarik minat bakal mangsa. Emas yang berfungsi sebagai logam berharga dijadi satu alat manipulasi untuk menari minat mangsa.

Pada awalnya mereka membayar, yang kononnya sebagai dividen. Apabila sudah tepi, mereka akan menyepi, jadi munculkan istilah sontot ini.. Mereka juga mengunakan hadis tentang Rasullullah SAW yang menyarankan agar umat Islam menyimpan emas. Ya. Itu betul, menyimpan emas. Jadi jika anda membeli emas, pastikan anda mendapat emas berkenaan secara terus dan tidak bertangguh.

Jika mendapat pulangan wang ringgit yang tetap dalam tempoh tertentu. Ia adalah satu transaksi riba. Ia bermakna anda mungkin terlibat dalam satu transaksi yang Allah benarkan untuk diperangi dan dibunuh.

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

Bagaimana Hukum Pembelian Emas Secara Berdiskaun atau ETA

Apakah hukum pembelian emas secara tempahan berdiskaun. Saya membeli emas 10gram, goldbar 999. Harganya RM1700. Setiap bulan saya mendapat diskaun sebanyak RM14 untuk setiap 1gram. Paling awal saya boleh mengambil emas ialah selepas tiga bulan dan paling lewat ialah selepas 36 bulan.

PENJELASAN:

Pemberian diskaun dalam penjualan emas adalah dibenarkan sekiranya pembelian emas dibayar dengan matawang selain daripada emas, seperti pembelian emas menggunakan perak, atau pembelian emas menggunakan mata wang kertas (spt. RM, USD). Manakala dalam pembelian/pertukaran emas dengan emas, diskaun pada harga adalah tidak dibenarkan kerana antara syarat khas jual beli emas dengan emas ialah tam?thul (persamaan) pada kadarnya.
Dalam skim yang disebut dalam soalan di atas, tidak ada isu syariah berkaitan dengan pemberian diskaun kerana emas dibeli dengan menggunakan duit kertas iaitu Ringgit Malaysia. Tetapi wujud isu kelewatan dalam penyerahan emas, kerana emas tidak diserahkan serta-merta selepas pembelian sebaliknya diserahkan seawal-awalnya selepas tiga bulan. Ini tidak menepati salah satu syarat asasi dalam jual beli iaitu taq?budh yang menghendaki penyerahan emas dan pembayaran harga dilakukan dalam satu majlis iaitu ketika akad jual beli dijalankan. Dalam Parameter Pelaburan Emas, syarat tersebut disebut sebagaimana berikut: Parameter No. 11: Taqabudh (penyerahan) hendaklah berlaku terhadap kedua-dua item jual beli iaitu harga dan juga barang belian (emas), dan ia hendaklah terlaksana sebelum kedua-dua pihak berpisah daripada majlis akad.

Justeru, akad jual beli emas sebagaimana skim yang disebutkan dalam soalan adalah tidak sah kerana tidak menepati syarat jual beli emas, dan tidak menepati Parameter Pelaburan Emas yang telah diperakukan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-96 yang bersidang pada 13-15 Oktober 2011. – parameter-pelaburan-emas

Artikel diatas saya salin daripada Facebook JAKIM.

Daripada komen yang di page berkenaan, ada yang mempertikaikan Hukum-Hukum ini dengan membandingkannya dengan cabutan bertuah di tv, ASB, Cadbury, Pusat Judi Nombor Ekor dan sebagainya.

Saya pasti mereka ini adalah golongan yang telah “tersontot” dalam pelaburan emas. Emosinya jelas terganggu apabila pihak JAKIM mengeluarkan kenyataan sedemikian. Penentuan HUKUM sebegini bukan dibuat oleh individu sebaliknya satu persidangan oleh pakar-pakar agama dan ekonomi yang akan membincangkan secara sangat mendalam. Hasilnya ialah pengumuman Hukum berkenaan di laman web JAKIM.

Bagi yang menyimpan emas, jangan lupa tentang zakat Emas ya.

sumber artikel – www.shamsuriyadi.com

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

Jom Simpan Emas , Kenapa Emas ?

harga-emas1

Kenapa Emas?

1. Keselamatan (Security)
Wang yang disimpan di bank akan hilang secara perlahan-lahan dek caj-caj pengurusan bank, caj kad debit, dan sebagainya. Malah sekiranya, akaun simpanan anda dorman atau tidak aktif, bank mungkin akan memotong beberapa ringgit dari akaun antara RM10-RM30 dan berkemungkinan wang simpanan anda akan terus lesap sepenuhnya apabila pihak bank mengambil tindakan untuk menutup terus akaun tersebut. Simpanan emas anda walaubagaimanapun sama sekali selamat dari caj-caj dan kemungkinan yang berlaku seperti wang kertas kerana ia adalah milik mutlak dan peribadi.

2. Perlindungan (Protection)
Simpanan dalam bentuk wang fiat kertas akan sentiasa dimamah inflasi setiap hari tetapi tidak pada emas. Nilai emas anda akan sentiasa meningkat. Anda tidak akan hilang kekayaan jika menyimpan emas.

3. Mudah Dicairkan (High Liquidity)
Pelaburan dalam saham, hartanah, properti, kenderaan, bon, barang antik, artifak, lukisan, dan sebagainya tidak mudah dicairkan. Ianya mungkin memerlukan masa yang minimum sehari atau lebih untuk ditukarkan kepada duit bagi urusan transaksi urusniaga seharian. Ini kerana permintaan segera ke atasnya adalah terbatas, peminatnya tidak selalu ada dengan memetik jari sahaja, malah nilainya mungkn menyusut akibat caj pengurusan, cukai-cukai, upah broker, inflasi, dan pelbagai caj lagi. Untungnya, apabila anda ada emas, dengan mudah anda boleh mencairkannya di mana-mana sahaja di Malaysia, malah di seluruh dunia sekali pun. Terdapat permintaan yang sangat tinggi terhadap emas di mana-mana. Kedai-kedai emas, institusi pajakan, peminat-peminat emas, pengumpul koleksi emas, wakil-wakil bank tertentu, dan mana-mana ejen Jongkong Emas dan ramai lagi. =)]

4. Menguntungkan (Profitable)
Keuntungan dari simpanan emas sesungguhnya tidak perlu diperdebatkan lagi. Ini kerana, tidak ada pelaburan lain, yang cukup selamat dan kurang risikonya, tetapi mampu memberikan pulangan yang sangat lumayan setiap tahun. Pelaburan emas secara puratanya memberikan antara 15 – 35% kadar keuntungan setahun bergantung kepada spread emas yang anda beli.

5. Mudah Dipindahkan (Portable)
Sekiranya anda ingin memindahkan wang kertas RM160,000 dari satu tempat ke tempat yang lain, sudah tentu anda akan memerlukan satu beg yang besar untuk mengisinya. Biasanya dipaparkan dalam drama-drama atau filem, pertukaran barang dan wang dalam jumlah yang banyak dilakukan, dengan meletakkan duit tersebut dalam sebuah ‘briefcase’. Sungguh mencurigakan dan tinggi kebarangkalian untuk anda diragut atau dirompak bukan?! Namun, jika anda membawa RM160k dalam bentuk emas, iaitu 1kg jongkong emas, anda mungkin meletakkannya dalam poket anda sahaja tanpa orang menyedarinya ke sana sini dengan selamat.

6. Tahan Lama (Durable)
Rumah, kedai, bangunan, hartanah, kereta, surat-surat berharga, lukisan seni, wang kertas dan sebagainya akan mudah terbakar, terendam air atau musnah dalam bencana alam dengan begitu sahaja. Dengan itu, nilainya juga akan hilang sama sekali. Sebaliknya, emas yang tahan terhadap segala keadaan cuaca, anti karat, air bahkan api sekalipun hanya melebur sahaja pada suhu yang tinggi (di atas 1083 darjah celcius), emas tetap logam mulia dan tetap bernilai hanya bentuknya saja berubah setelah kembali sejuk dan mengeras. Nilainya emas terus ada sampai bila-bila.

7. Hak pemilikan dan Pengelolaan sendiri (Ownership & Stewardship)
Anda beli emas, anda dapat emas, anda pegang emas, anda simpan emas dan anda yang menguruskan segalanya. Bukan pihak lain atau pihak ketiga. Sama ada anda menyimpannya dirumah atau di peti simpanan(safety deposit), tiada siapa yang mampu menghalang diri anda sendiri untuk mengambilnya apabila perlu. Sekiranya anda ingin memajak atau menjualnya, bagi mendapatkan wang, bila-bila masa sahaja boleh dilaksanakan. Namun, sekiranya aset anda dalam bentuk yang lain, ianya mungkin mengambil masa yang lama, mungkin 10 hari bekerja, walaupun dalam keadaan kecemasan, disaat anda memerlukan, kerana tidak mudah dicairkan. Lihat sahaja pada tabung insurans atau tabung KWSP anda sendiri sebagai contoh, agak sukar untuk mengeluarkannya, walaupun ianya untuk pembiayaan ahli keluarga anda yang sedang tenat memerlukan kos pembedahan atau rawatan yang segera. Pelbagai prosedur perlu diikuti. Kemungkinan besar, ada yang meninggal terlebih dahulu, nauzubillah.

8. Sangat peribadi (Total Privacy)
Aset dalam bentuk properti yang lain seperti akaun simpanan bank, amanah saham, bon, saham, insurans, rumah, bangunan, tanah, dan sebagainya, malah akaun simpanan emas seperti Public Bank GIA atau Maybank GSPA sekalipun akan dapat diketahui, dikesan, direkod dan dinilai oleh pihak lain. Pihak BNM, jabatan audit negara, SPRM, LHDN dan pelbagai agensi lagi mampu mendapatkan jumlah kekayaan sebenar seseorang itu melalui pelbagai cara. Tambahan pula, di era digital money dan jaringan jalur lebar ini, semuanya hanya beberapa saat sahaja. Maka, dengan itu, gerakan freemason dan sistem kewangan yahudi yang sememangnya ingin memerhati dan mengawal ekonomi setiap individu di dunia ini adalah satu matlamat yang telah tercapai. Dengan mengenakan tekanan ekonomi yang hebat bagi melemahkan gerakan penentang mereka menjadi satu perkara yang sangat mudah bagi mereka yang sedia ada mengawal bank-bank pusat dunia, IMF dan Federal Reserve.

Maybank Gold Saving Passbook Account (GSPA). Walaupun spreadyang kecil, tetapi, anda tidak boleh melihat, pegang, atau memajaknya.

Public Bank Gold Investment Account (GIA) merupakan produk yang sama seperti Maybank GSPA. Tidak boleh dijual pada bila-bila masa yang anda mahu.

Namun, pemilikan emas anda adalah suatu yang peribadi. Jumlah kekayaan anda, hanya anda sahaja yang tahu. Berapa gram atau kilogram emas yang anda miliki bukanlah pengetahuan umum, kerana komoditi emas adalah logam pemilikan bebas.Tiada undang-undang yang melarang anda untuk memilikinya seberapa banyak mana sekalipun. Jadi tidak ada siapa yang tahu jumlah sebenar gram yang anda simpan, apatah lagi pihak bank dan kerajaan, kecuali anda menceritakannya pada umum.

9. Risiko rendah (Low Risk)
Dalam jangkamasa panjang, boleh dikatakan risiko melabur dalam emas adalah sangat kecil dan lansung tiada. Anda mungkin hanya perlu membiayai caj simpanan di safety deposit box sahaja sebagai beban tahunan. Memanglah ada masa dan ketika harga emas jatuh sedikit pada jangkamasa pendek dan sederhana, namun, jika dilihat pada rekod, harga emas setiap tahun tidak pernah jatuh, malah melonjak ke paras harga yang lebih tinggi. Tahun ini sahaja, emas telah mencatatkan kenaikan untuk lebih 34%. Jadi risikonya hanya melibatkan sama ada kehilangan, kecurian atau rompakan sahaja, di mana kebarangkaliannya adalah sangat kecil.

p.s: risiko rompakan terhadap apa benda dan aset kita sekalipun adalah perkara yang tidak boleh diketepikan. Begitu juga wang kertas yang tambahan pula terdedah pada risiko terbakar, bencana alam dan sebagainnya.

10. Bebas Cukai & Caj Pengurusan (Tax & Admin Free)
Aset hartanah, saham, bon, bangunan dan lainnya akan dibebankan dengan pelbagai cukai dan caj pengurusan rutin. Cukai pintu, pendapatan, perkhidmatan, perniagaan, dan banyak lagi. Jadi, semakin banyak aset anda, maka semakin tinggi pula kos pembiayaan yang yang membebani kewangan anda. Itu belum dikira kos baikpulih, kos maintainence, penyusutan nilai harta dan juga kos-kos biaya yang tak terduga. Namun tidak pada Emas, If you choose fine gold, fee become free..!

Pemilikan aset seperti hartanah adalah wajib dikenakan cukai dan sekiranya anda tidak menjelaskannya, tindakan undang-undang seperti kompoun, penyitaan, pindahmilik atau dipenjarakan mungkin terjadi.

11. Keindahan dan Kebanggaan (Beauty & Pride)
Kilauan kuning keemasan telah mewarnai sejarah umat manusia, sebagai lambang kemakmuran, kejayaan, kekayaan, kehormatan, kemurnian dan keindahan yang bernilai seni tinggi pada berbagai bentuk perhiasan, artifak, syiling, jongkong, peralatan dan perlengkapan yang dapat dijadikan sebagai collector items. Dengan memiliki emas, anda akan dapat menikmati sendiri aset dan pemilikan sendiri yang mutlak dengan rasa bangga dan puas. Aset ini kemudiannya dapat diwariskan pula.

sumber – jongkongemas.com

Konsep Tarik Emas Pamer Keunikan Pembentukan Barang Kemas

Barang-Kemas-02

Oleh Maizaitul Sabirah Magis@Aziz

KOTA BAHARU (Bernama) — Konsep tarik emas bagi menghasilkan barang kemas merupakan keunikan yang terdapat di beberapa kedai emas sekitar Kota Baharu, Kelantan.

Pemilik Kedai Emas Abdullah Roni atau nama sebenarnya Abdullah Muhammad yang menjalankan perniagaan tersebut hampir dua tahun berkata, ia adalah kaedah menarik emas yang merupakan keunikan terdapat di beberapa kedai emas sekitar Kota Baharu, Kelantan melalui serpihan debu emas yang terkeluar semasa proses penghasilannya.

“Di sini, kita akan leburkan semula serpihan itu untuk dijadikan barang kemas seperti sebentuk cincin, seutas rantai, selain pelbagai jenis koleksi barang kemas.

“Apabila selesai dibentuk, barang kemas itu akan dijual mengikut jenis, berat, upah, dan harga pasaran semasa,” katanya kepada Bernama.

Menurut Abdullah, terdapat lebih 150 kedai emas di bandar itu yang melakukan kaedah tarik emas.

Namun, apa yang membezakan kedai emasnya berbanding kedai emas lain adalah dengan menunjukkan kerja-kerja pertukangan barang kemas secara terbuka kepada pelanggan.

Tambahan pula, ia telah menarik minat pengunjung dan pelancong tempatan untuk melihat sendiri bagaimana sesuatu barang kemas itu dihasilkan.

KAEDAH MENGUJI KETULENAN EMAS

Mengulas mengenai harga emas di Kelantan, Abdullah berkata ia tertumpu kepada harga upah, berat dan jenis emas selain dijual dengan harga yang lebih murah.

“Rata-rata kedai emas di sini tidak terlalu mengikut harga pasaran. Ada yang meletakkan harga mengikut kadar upah dan berat, berbeza dengan kedai emas di tempat lain.

Bagaimanapun, katanya, hasil tukangan emas, perak dan tembaga yang dijual di situ tetap mendapat sambutan di kalangan penduduk tempatan.

Bagi Kamaliah Abd Wahab, 33, seorang daripada pelanggan Abdullah, barang kemas di negeri Cik Siti Wan Kembang atau kini dikenali dengan “Kelantan Unique” itu berbeza daripada segi kilauan emas dan kualitinya.

“Mungkin itu sebabnya setiap kali musim perayaan saya dan keluarga akan pulang ke kampung dan singgah ke sini untuk membeli dan menempah barang kemas sedangkan terdapat banyak pilihan kedai emas yang lain.

PERBEZAAN EMAS DI KELANTAN BERBANDING TEMPAT LAIN

Jika berkunjung ke mana-mana kedai emas di Kelantan, kilauan barang kemasnya berbeza berbanding barang kemas yang terdapat di negeri lain.

Abdullah menambah, kilauan itu bergantung kepada cara pembuatan dan jenis emas yang digunakan termasuk ketulenan emas yang perlu diuji terlebih dahulu.

Menurut Abdullah, terdapat beberapa kaedah untuk menguji emas dan salah satu daripadanya dengan menggunakan asid nitrik dan batu hitam.

“Pada mulanya, emas akan ditoreh pada batu hitam hingga meninggalkan kesan pada batu tersebut. Kemudian, asid nitrik akan dituang pada emas yang terlekat di batu hitam dan jika kesan emas itu hilang maka ia bukanlah emas yang tulen.

“Selain itu, emas juga boleh diuji dengan membakar barangan kemas itu sehingga menjadi merah namun kebiasaannya emas tulen tidak akan terjejas manakala emas tiruan pula akan meninggalkan kesan hitam bergantung kepada jenisnya.

Tambahnya, emas yang tinggi mutunya senang dibengkok dan dibentuk serta lebih lembut berbanding emas tiruan.

“Tidak semestinya barang kemas itu tulen jika terdapat label 916 dan sebagainya. Sebagai pembeli, kita harus bijak menilai,” katanya.

TEMPAHAN BARANG KEMAS

Tempahan barang kemas yang diterima oleh kedai emas Abdullah juga lebih tertumpu kepada tempahan terus daripada pelanggan selain mengeluarkan barang kemas untuk dijual.

“Semuanya bergantung pada permintaan pelanggan, kami akan hasilkan jika ada tempahan. Namun begitu, tempahan barang kemas seperti perak dan tembaga kurang mendapat permintaan.

“Kami juga mempunyai kira-kira sepuluh orang pekerja pertukangan bagi membuat barang kemas di samping menerima khidmat membaiki barang kemas,” katanya.

Tambahan pula, pihaknya lebih mementingkan kualiti koleksi barang kemas yang dihasilkan berbanding kuantiti.

“Kebiasaannya, pelanggan yang membuat tempahan akan memberikan contoh rekabentuk dan jenis emas yang diingini mengikut harga yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

“Pembayaran deposit bagi tempahan akan diambil dalam 30 peratus daripada harga barang kemas itu dan boleh disiapkan dalam masa satu minggu bergantung kepada jenis barang kemas.

Apa yang lebih menarik, pelanggan Abdullah boleh memberi ilham idea rekabentuk barang kemas yang diingini sebelum dihasilkan oleh pekerja tukangan emas.

–BERNAMA

ilmu Rahsia Kejayaan EMAS

0

Emas adalah satu logam yang amat berharga, dari dahulu, sekarang dan selamanya. Itulah sebabnya digalakkan kita melabur di dalam emas. Tapi sebelum melabur, pastikan anda ada ilmunya dahulu.

Saya rasa, pasti ramai yang telah dengar tentang pelaburan emas yang sedang hangat di sembang di media sosial. Mungkin ada rakan anda, atau saudara mara anda yang sedang mempromosi, dan mahu menjual emas kepada anda. Anda boleh membeli, tetapi harus diingat, anda perlu ada sedikit ilmu untuk menceburi pelaburan emas ini. Pasti ada diantara anda yang telah membeli emas tetapi tidak tahu bagaimana mahu menguruskannya.

Saya berbesar hati untuk berkongsikan dengan anda mengenai Buku Rahsia Emas dimana Azizi Ali telahpun berjaya menghasilkan ebook ( Buku ) yang bertajuk ” Rahsia Emas

rahsia-emas-6

Saudara Azizi Ali sendiri telah habiskan pembacaan lebih daripada 50 buah buku tentang pelaburan emas. Barulah beliau kemudiannya melabur di dalam emas.Itulah betapa tingginya ilmu diletakkan oleh beliau sebelum melakukan sesuatu.

Buku Rahsia Emas ini adalah hasil pengalaman dan ilmu saudara Azizi Ali sendiri. Jadi, pastinya ilmu yang anda dapat ini pun merangkumi daripada lebih 50 buah buku.

Dapatkan Laporan Percuma Rahsia Pelaburan Emas Yang WAJIB Anda Tahu Dan Praktikkan!

JANGAN KUATIR Dan BIMBANG
Saudara Azizi Ali bukan lah dari agen pelabur emas atau syarikat pelabur emas yang menjual emas. Beliau hanya ingin berkongsi ilmu dan pengalaman beliau kepada yang memerlukan sahaja. Jadi, anda dapat ilmu yang TIDAK BERAT SEBELAH – ini adalah penting kerana anda tidak mahu dipengaruhi oleh orang lain

Oleh itu, Tak kira anda yang membaca ini seorang yang sudah lama atau baru hendak berkecimpung di dalam pelaburan emas, mungkin ini lah buku yang patut baca untuk mengetahui dengan lebih dekat tentang ilmu pelaburan emas.

Jika anda berminat untuk mendapatkan buku ini, Sila klik link / Banner dibawah untuk membeli :

Pelaburan Emas : Tips Dari Amatur

goldbars--621x414

Masa zaman universiti, pelaburan emas sangat popular hingga lah ke tahun-tahun pertama saya bekerja.

Beberapa rakan menjadi ejen syarikat emas.

Saya sendiri telah melabur dengan beberapa ketul emas yang mampu milik.

Berdasarkan sedikit pengetahuan saya yang bukan ejen dan inginkan yang terbaik dalam pelaburan, maksudnya inginkan pulangan maksima, saya suka nak berkongsi beberapa tips berguna.

4 TIPS SEBELUM MENGUMPUL EMAS UNTUK PELABURAN:

Tips ini sebagai panduan supaya anda tidak tersalah beli atau beli secara bijak 😀

1) PASTIKAN JENAMA EMAS ANDA.

Banyak kedai barang kemas menjual emas. Syarikat emas pun tumbuh bagai cendawan.

Persoalannya, emas yang mana yang terbaik?

Pastikan emas yang anda pilih diterima baik di dalam Malaysia, mahu pun di luar Malaysia.

Maksudnya, kalau kita pergi ke persada antarabangsa sekalipun, emas itu diterima untuk di tunaikan.

Bayangkan, satu hari nanti Malaysia akan bergolak dan kita semua terpaksa berhijrah ke luar negara. (mohon dijauhkan, ini hanya sebagai contoh sebagai memudah faham)

Bayangkan di luar negara, RM sudah tiada nilai, hanya emas ada nilai.

Kalau kita bawa bersama emas yang diterima di peringkat antarabangsa iaitu ‘internationally recognized’, maka lebih banyak tunai kita akan dapat sekiranya kita jual emas tersebut di luar negara berbanding emas yang hanya ‘local recognized’.

pelaburan-emas-pamp-suisseSalah satu emas yang ‘internationally recognized’

Contohnya

Sebagai contoh, jika kita beli emas dari Habib Jewel, kita akan dapat pulangan maksima hanya jika kita jual semula kepada Habib Jewel.

Tapi bila kita nak jual emas yang kita beli dari Habib Jewel kepada ejen Public Gold, kemungkinan besar harga jual kepada Public Gold adalah lebih rendah.

Begitu juga dengan emas dari Public Gold.

Jadi pastikan emas anda emas yang jual dimana-mana atau kepada mana-mana kedai atau ejen atau negara sekalipun, anda tetap akan dapat pulangan yang maksima.

2) BELI EMAS YANG BUKAN UNTUK DIPAKAI

Emas yang kita beli sebagai rantai, gelang, cincin- pendek kata sebagai perhiasan dan dipakai, nilainya akan susut.

Bila kita nak tunaikan, ia akan menyusut lebih banyak berbanding emas jongkong.

3) BELI EMAS DALAM KADAR SEDIKIT SEDIKIT

Ia lebih menguntungkan bila kita untuk tunaikan kelak.

Emas yang besar, kalau sekali kita tunaikan, dah tak dapat nak simpan lagi sebagai emas melainkan beli jongkong baru pada harga yang lebih tinggi berbanding harga yang kita beli 10 tahun lepas.

Sebagai contoh

Sebagai contoh, tahun 2010 kita beli emas 20 kg dengan harga RM 10 (contoh sahaja ya)

Tahun 2014, emas 20 kg naik harga RM 100

Bayangkan kalau kita beli 20 kg segedebuk, kemudian nak tunaikan hanya nilai 1 kg.

Tapi oleh kerana emas tak boleh dipotong-potong, kita terpaksa tunaikan semua satu jongkong 20 kg dan beli semula emas 19 kg dengan harga baru.

Dah satu kerugian di situ.

4) PASTIKAN EMAS FIZIKAL

Fizikal bermaksud benda yang ada dan kita boleh pegang.

Elakkan beli emas dan hanya simpan sijil. Sebaiknya beli, tengok dan simpan di peti simpanan.

Ini penting untuk persediaan, sekiranya darurat, kita nak keluarkan emas dari pihak bank, kemungkinan besar pihak bank sedang jatuh dan menggunakan emas kita untuk melabur di mana-mana tempat untuk atasi kejatuhan, dan kita tak dapat nak keluarkan emas kita.

pelaburan-emas-pamp-suisse-e-e1408903120115Pastikan anda simpan sijil belian emas. Pamp Suisse siap pakej bersama sijil.

 

oleh Khadeejah Hasmad
sumber – diaryofmuhammad.com