Remaja perempuan curi kalung 30 berlian harga RM17 juta

kedai-emas2

HONG KONG – Polis China pada Jumaat melancarkan gerakan secara besar-besaran untuk memburu seorang remaja perempuan yang disyaki berjaya melesapkan seutas kalung bertatahkan 30 berlian dan bernilai HK$36 juta (RM16.7 juta).

Akhbar berpengaruh Hong Kong, South China Morning Post pada Sabtu melaporkan, suspek berusia dari 12 hingga 14 tahun dipercayai mencuri permata itu yang mengandungi emas jenis 100 karat dari sebuah kedai barangan mewah di sini pada Khamis.

Remaja itu memakai baju kemeja warna biru dan seluar panjang hitam dibantu lagi dua wanita dan seorang lelaki dewasa berpakaian kemas umur lingkungan 30-an memasuki kedai terkenal Emperor Jewellery di daerah beli-belah popular Tsim Sha Tsui.

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

people-are-seen-passing

Tiga orang dewasa itu berpura-pura mahu berbelanja besar dan sibuk meminta petugas kedai menunjukkan beberapa barangan kemas bagi mengalihkan perhatian ketika remaja tersebut mencuri kunci laci pameran dan terus melarikan kalung berkenaan.

Rakaman kamera litar tertutup menunjukkan suspek remaja perempuan berjalan selepas berjaya mencuri kalung permata dari sebuah kedai mewah di Hong Kong. – Gambar hiasan

Rakaman kamera litar tertutup di kedai itu menunjukkan empat suspek tersebut berada di premis berkenaan selama setengah jam sahaja dan anehnya, petugas seperti dipukau apabila hanya menyedari kehilangan kalung itu beberapa jam kemudian.

94a81a063fbbd5af25f0fe87e92cb31a

Siasatan awal mendapati, kumpulan suspek bergaya tersebut bertutur dalam dialek standard Putonghua dan memasuki premis terletak di dalam kompleks beli-belah 1881 Heritage pukul 3 petang sebelum keluar tanpa membeli apa-apa barangan pun.

Seorang penyelia Emperor Jewellery berusia 63 tahun kemudian menyedari kalung berkenaan hilang dari rak pameran pukul 5 petang dan segera menutup premis sebelum menghubungi polis yang datang bagi menjalankan siasatan lebih lanjut.

Polis Hong Kong menggambarkan remaja perempuan licik itu sebagai bertubuh kurus dengan tinggi 1.4 meter dan memakai baju bertudung warna kelabu bagi menyembunyikan wajahnya daripada dirakam oleh kamera pengawasan kedai tersebut. – Agensi

_________________________________________________________________________________________

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

_________________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________________
perlukan TUNAI dengan segera . tukarkan EMAS anda kepada TUNAI 
sedia membeli emas terpakai dengan harga yang tinggi. sedia membeli segala jenis emas 999.9, 999, 916, 875, 835, paun, 750, pandora 916, emas lama, emas patah, bengkok, surat pajak dan lain-lain lagi.
asalkan emas tulen. COD cheras / ke tempat anda.

whatsapp/sms/call 013-9720910 @ 017-8855788 Acikx Hargaemas + facebook 
_________________________________________________________________________________________

Bagaimana Mengenal pasti Emas Palsu?

Awas2

Terdapat pelbagai cara untuk membezakan emas palsu. Saya telah menggariskan beberapa cara untuk mengenalpasti emas palsu.

Ujian Harga: Ujian emas sebenar adalah dengan melakukan kajian pasaran harga emas. Jika item emas yang anda telah jauh lebih murah, yang mungkin menjadi tanda untuk menyiasat lebih lanjut.

Ujian Visual: Ini boleh menjadi tidak benar tetapi tidak ada cara untuk mengiktiraf emas sebenar tanpa ujian visual. Persoalannya adalah “Bagaimana emas sebenar kelihatan?” Pertama sekali, cari beberapa tanda. Tiap-tiap emas tulen mempunyai tanda yang menunjukkan nilai karat. Ia biasanya terdiri daripada 14k, 18k, 22k dan 24k. Sistem karat digunakan untuk menyatakan peratusan emas tulen dalam ruang. Semakin tinggi nilai karat, lebih tinggi peratusan emas. Ini bermakna 24k itu adalah emas tulen, 18k ialah kira-kira 75% emas, 14k emas kira-kira 59% manakala 10k emas kira-kira 42%. Kadang-kala seseorang itu boleh melihat tanda GP atau EP di sebelah. Ini bermakna bahawa item bersalut dengan emas. Ia hanya ditutup dengan emas. Ini bukan emas sebenar kerana penyaduran emas hanya boleh menjadi satu lapisan yang sangat nipis.

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

Adalah penting untuk ambil perhatian bahawa emas boleh datang dalam warna-warna yang berbeza apabila ia bercampur dengan sebatian yang berbeza. Sebagai contoh, emas putih yang dihasilkan apabila nikel bercampur dengan emas; Palladium yang digunakan untuk mencipta emas putih bagi orang-orang yang alah kepada nikel; emas hijau apabila perak dicampur dengan emas dan merah jambu untuk emas merah apabila kuantiti yang berbeza tembaga bercampur dengan emas. Emas Sebenar mempunyai peratusan kemilau tetapi tidak perlu sangat berkilat. Apabila barang kemas emas adalah sangat berkilat, ia bukan emas sebenar.

Ujian Asid: reaksi item untuk asid nitrik atau asid hidroklorik akan membantu untuk menentukan sama ada ia benar-benar asli atau tidak. Emas sebenar tidak terjejas atau tidak membentuk tindak balas dengan asid nitrik atau asid hidroklorik. Kebanyakan logam yang biasanya digambarkan sebagai emas apabila diuji dalam bentuk asid hidroklorik reaksi manakala emas sebenar tidak, itulah sebabnya ini telah ditubuhkan sebagai ujian sebenar untuk emas.

Tukang emas bereputasi: Ia sentiasa dinasihatkan untuk membeli emas daripada tukang emas yang mempunyai reputasi baik kerana anda sentiasa boleh membuat ujian, periksa tanda-tanda dan mendapat beberapa nasihat yang baik tentang produk .

Perubahan warna: Emas palsu, apabila dipakai sama ada boleh menyebabkan perubahan warna kulit atau perubahan warna perhiasan itu sendiri. Ramai orang menggunakan kaedah ini sebagai cara yang paling mudah untuk mengetahui emas sebenar. Dan bagi orang-orang yang mempunyai jaminan, mereka hanya kembali apabila mendapatinya ia palsu.

Karat: Emas palsu dalam suhu lembab akan menjadi karat, dan juga dari masa ke masa manakala emas sebenar tidak.

Gigit emas: Emas lembut dan apabila digigit meninggalkan tanda kecil. Emas palsu adalah sangat kuat dan apabila digigit tidak meninggalkan tanda.

Berat: Emas mempunyai jumlah baik ketumpatan. Letakkan ia di dalam air dan lihat kuantiti air disesarkan. Ketumpatan yang lebih ia, maka ia adalah emas.

sumber artikel – www.sayangemas.com

_________________________________________________________________________________________
perlukan TUNAI dengan segera . tukarkan EMAS anda kepada TUNAI 
sedia membeli emas terpakai dengan harga yang tinggi. sedia membeli segala jenis emas 999.9, 999, 916, 875, 835, paun, 750, pandora 916, emas lama, emas patah, bengkok, surat pajak dan lain-lain lagi.
asalkan emas tulen. COD cheras / ke tempat anda.

whatsapp/sms/call 013-9720910 @ 017-8855788 Acikx Hargaemas + facebook 
_________________________________________________________________________________________

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

_________________________________________________________________________________________

Pura-pura tanya khabar sebelum samun

ne_08.1 (1)Farah WAHIDA menunjukkan tempat neneknya disamun empat lelaki di Kampung Banggol Besi, Pendang semalam.

PENDANG – Seorang warga emas berdepan detik-detik cemas apabila disamun empat lelaki di rumahnya di Kampung Banggol Besi di sini semalam.

Kejadian pada pukul 8.30 pagi itu menyebabkan mangsa, Siti Esah Saat, 70, kerugian hampir RM5,000 selepas rantai leher dan gelang emas diragut kumpulan penjenayah terbabit.

Siti Esah memberitahu, ketika kejadian, hanya dia dan seorang cucunya, Farah Wahida Muhamad, 18, berada di rumah tersebut.

“Ketika saya sedang menyapu daun kering di luar rumah, tiba-tiba muncul empat lelaki tidak dikenali yang menunggang dua buah motosikal.

“Mereka berpura-pura bertanya khabar sebelum bertindak merentap rantai dan gelang emas yang saya pakai sebelum melarikan diri,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini semalam. – www.kosmo.com.my

_________________________________________________________________________________________

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

_________________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________________
perlukan TUNAI dengan segera . tukarkan EMAS anda kepada TUNAI 
sedia membeli emas terpakai dengan harga yang tinggi. sedia membeli segala jenis emas 999.9, 999, 916, 875, 835, paun, 750, pandora 916, emas lama, emas patah, bengkok, surat pajak dan lain-lain lagi.
asalkan emas tulen. COD cheras / ke tempat anda.

whatsapp/sms/call 013-9720910 @ 017-8855788 Acikx Hargaemas + facebook 
_________________________________________________________________________________________

Enggan Pulang Modal, Pengelola Ugut Pelanggan

Sebentar tadi dalam group emas, salah sebuah syarikat pengelola pelaburan emas  yang sedang mengalami masalah kewangan yang serius mengeluarkan memo enggan untuk memulangkan wang pelabur, malah menangguhkan sehingga bulan Julai 2015 untuk memulangkan modal, itupun minima RM100 je sebulan… apa? RM100 je, den dah sontot orang berjuta-juta kemudian nak bagi orang RM100 sebulan..apa ke gila den ni.. den ni otak letak kat lutut ke ada kat kuku…

Undang-undang rimba mana yang digunapakai dalam kes ini dahlah duit pelabur tidak tak mahu bagi balik, siap nak kenakan tindakan serius kepada pelabur yangnak modal balik, kawe rasa nak gelak je, apa bodoh sangat perangai pengelola ni, kalau kawe dah lempang dah kerja gila semua ni

Nak kata tak bijak kan, berjuta dah duit orang dia sapu, orang tak bijak macam kawe ni, sapu sikit2 je RM1 tupun sbb customer bagi keep the change.

Operasi syarikat diorang ni mudah je sebenarnya, bukan pelaburan sangat pun, memang sah ponzi scheme, duit orang baru guna untuk bayar duit orang lama, lepastu ambil duit orang ramai masuk BAW ke apa bendanya, tersontot kene tipu..lepastu buat projek rumah pulak nak menipu orang, pairing?? lanjio pairing apa, rumah takbleh duduk kata Amran…

10391376_587141024752148_8278524050553525503_n

1920198_587141054752145_5792969603085661714_n

Kalau dah sampai tahap ancam pelabur ni, kawe suggest sangat kepada mereka yang terlekat, terus buat report polis kat laki bini ni, setakat minima RM100 sorang stiap bulan dia nak bayar tu, bek mcm tak bayar.. duit pun entah dah tukar ke akaun mana, selamat cucu cicit mereka harta byk tok nenek tinggal..

Barang kemas bertukar duit syiling

image (5)Khatijah menunjukkan keadaan ketika dia didatangi dua lelaki di Pekan Baru, Kuala Besut dalam kejadian Selasa lalu.

KUALA BESUT – Seorang guru al-Quran mendakwa dipukau dua lelaki tidak dikenali sehingga menyebabkan dia kerugian kira-kira RM5,000.

Lebih menghairankan, dalam kejadian Selasa lalu, dia tidak menyedari sampul surat berisi barang kemas miliknya yang dikembalikan kepadanya rupa-rupa hanya mengandungi duit syiling.

Mangsa, Khatijah Muhammad, 66, berkata, dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi, dia dalam perjalanan ke sebuah kedai di Pekan Baru Kuala Besut seorang diri.

Dalam perjalanan itu, katanya, dia didatangi seorang lelaki berusia lewat 50-an bertanyakan rumah seorang bomoh di sekitar kawasan terbabit.

“Makcik cakap tak tahu.. kemudian datang seorang lagi lelaki berusia 30-an kononnya tak kenal lelaki pertama.

“Lelaki pertama kemudian beritahu.. saya langkah kanan kerana bertemunya sambil dia mengeluarkan sebiji batu berwarna perang seperti tembaga untuk diberikan kepada makcik,” katanya.

Khatijah berkata, lelaki itu juga mengeluarkan satu objek lain untuk diberikan kepada seorang lagi lelaki yang dipercayai berpura-pura tidak mengenalinya.

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

Menurutnya, lelaki pertama yang berpakaian kemas dan bersih serta memakai kopiah itu mendakwa dia datang dari Sarawak kemudian meminta dia memasukkan semua barang kemas yang dipakai ke dalam sampul surat bersama batu tembaga itu kononnya untuk memastikan batu tersebut benar-benar berkesan sebagai azimat.

“Makcik bagai dipukau dan hanya menurut arahannya tanpa membantah.. makcik masukkan dua cincin ke dalam sampul surat yang disediakan lelaki kedua.

“Lelaki pertama cuba menanggalkan rantai pada leher makcik tetapi makcik larang dan makcik tanggalkan rantai itu sendiri,” katanya.

Selepas memasukkan kesemua barangan kemas tersebut kata Khatijah, lelaki itu menyerahkan kembali satu sampul surat kepadanya sambil memberitahu dia kena mematuhi pantang larang iaitu jangan membuka sampul tersebut sebelum waktu Maghrib dan jangan beritahu sesiapa.

Lelaki berkenaan kemudian berlalu pergi sementara Khatijah berjalan menuju ke kedai yang terletak tidak jauh dari tempat itu untuk membeli barangan keperluan.

Katanya, keadaan dia ketika itu bagai kebingungan dan tidak banyak bercakap sehingga menyebabkan peniaga yang sememang mengenalinya kehairanan.

“Selepas selesai membeli di kedai itu makcik berjalan kaki pulang ke tempat makcik mengajar mengaji.. barulah terlintas untuk membuka sampul surat itu kerana mula mengesyaki sesuatu yang buruk

“Makcik terkejut sebaik membuka sampul surat mendapati hanya terdapat sejumlah kecil duit syiling dan bukan barang kemas makcik, batu juga tiada di dalam sampul itu,” katanya.

Tidak puas hati dengan tindakan dua lelaki berkenaan Khatijah kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Kuala Besut.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Khaled Che Lah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan tersebut.

Menurutnya, polis sedang menjalankan siasatan lanjut untuk mengesan suspek dan sebelum ini dua kes seumpama itu telah dilaporkan berlaku di daerah ini.

www.sinarharian.com.my

_________________________________________________________________________________________

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

_________________________________________________________________________________________
perlukan TUNAI dengan segera . tukarkan EMAS anda kepada TUNAI 
sedia membeli emas terpakai dengan harga yang tinggi. sedia membeli segala jenis emas 999.9, 999, 916, 875, 835, paun, 750, pandora 916, emas lama, emas patah, bengkok, surat pajak dan lain-lain lagi.
asalkan emas tulen. COD cheras / ke tempat anda.

whatsapp/sms/call 013-9720910 @ 017-8855788 Acikx Hargaemas + facebook 
_________________________________________________________________________________________

Kes samun 40 
keping emas selesai

imageYahaya Ramli

KUALA LUMPUR 20 Jan. – Polis berjaya menyelesaikan kes samun 40 keping emas bernilai RM1.65 juta di Kampung Bukit Lanchong, Putra Height pada 23 Disember lalu, dengan tertangkapnya baki enam suspek termasuk seorang wanita yang disyaki terlibat secara langsung dalam kejadian itu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, siasatan polis juga percaya motif utama kes samun tersebut mempunyai berkaitan dengan persaingan perniagaan emas yang dijalankan kedua-dua pihak.

“Kita berjaya menahan saki-baki ahli kumpulan ini dalam beberapa operasi susulan yang dijalankan minggu lepas.

“Siasatan terhadap semua suspek yang ditahan membuktikan kumpulan penjenayah ini terlibat dalam satu perusahaan perniagaan ke­pingan emas,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya, Selangor hari ini.

Dalam kejadian 23 Disember tahun lalu, seorang lelaki bersama rakannya disamun sekumpulan penjenayah di Kampung Bukit Lanchong, Putra Height dan melarikan sejumlah 40 keping emas seberat 4 kilogram.

Suspek juga memaksa mangsa memindahkan wang sebanyak RM50,000 ke dalam akaun bank salah seorang suspek.

Menurut Yahaya, pihaknya turut me­nemukan kepingan emas yang disamun dengan penahanan lima suspek termasuk seorang wa­nita pada 5 Januari lalu.

“Semua suspek ditahan di beberapa lokasi berasingan di sekitar Lembah Klang.

“Turut ditemukan ialah wang tunai sejumlah RM100,000 dan polis turut menyita dua kereta jenis Toyota Wish dan BMW milik suspek,” katanya

sumber – www.utusan.com.my

_________________________________________________________________________________________

perlukan TUNAI dengan segera . tukarkan EMAS anda kepada TUNAI 
sedia membeli emas terpakai dengan harga yang tinggi . sedia membeli segala jenis emas 999.9, 999, 916, 875, 835, paun, 750,  emas lama, emas patah, bengkok, surat pajak dan lain-lain lagi. asalkan emas tulen. COD cheras / ke tempat anda.

whatsapp/sms/call 013-9720910 @ 017-8855788 Acikx Hargaemas + facebook 
_________________________________________________________________________________________

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

_________________________________________________________________________________________

Dua Lagi Didakwa Rompak Wang Tunai RM1.6 Juta Dan Jongkong Emas

playmobil51775

PETALING JAYA: Selepas lima rakan didakwa atas pertuduhan rompak berkumpulan terhadap peniaga emas awal bulan lepas, pada Selasa dua lagi lelaki turut didakwa terhadap pertuduhan sama di Mahkamah Sesyen di sini.

Pada 7 Januari lepas, lima tertuduh tersebut didakwa di hadapan Hakim Abu Bakar Manat.

Pada prosiding Selasa, tertuduh Muhammad Fuad Mat Isa dan Muszafaizan Mohamad Zawawi, masing-masing berumur 29 tahun, mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Azhanis Teh Azman Teh.

Mereka dituduh bersama-sama lima lagi yang masih bebas, merompak wang tunai RM1.6 juta dan empat kilogram jongkong emas bernilai RM400,000 milik Abdul Akhmal Mohamad, 26.

Kesemua tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu dengan menggunakan sebatang kayu dan rotan di No.6 Jalan PPRT 2, Kg Bukit Lanchong, Putra Heights, pada 10.45 malam, 23 Disember lepas.

Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama mengikut Seksyen 397 kanun sama dan jika sabit kesalahan, mereka boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan juga dikenakan sebatan.

Timbalan Pendakwa Raya Tan Gin Han tidak menawarkan jaminan atas alasan ia melibatkan kesalahan yang serius.

Kedua-dua mereka yang tidak diwakili peguam, merayu mahkamah membenarkan jaminan ke atas mereka kerana masing-masing masih menyara keluarga.

Azhanis membenarkan kedua-dua mereka diikat jamin RM40,000 dengan seorang penjamin dan melaporkan diri ke balai polis berdekatan pada 7 hari bulan setiap bulan.

Tertuduh, Muhammad Fuad diarah menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Kes disebut semula 12 Februari ini. – Bernama

_________________________________________________________________________________________

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

_________________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________________
perlukan TUNAI dengan segera . tukarkan EMAS anda kepada TUNAI 
sedia membeli emas terpakai dengan harga yang tinggi. sedia membeli segala jenis emas 999.9, 999, 916, 875, 835, paun, 750, pandora 916, emas lama, emas patah, bengkok, surat pajak dan lain-lain lagi.
asalkan emas tulen. cod cheras / ke tempat anda.

whatsapp/sms/call 013-9720910 @ 017-8855788 Acikx Hargaemas + facebook 
_________________________________________________________________________________________

Skim mudah & cepat kaya bertopengkan Emas

FGo3U6Nlcb

KUALA LUMPUR: Ahmad (bukan nama sebenar) mula berkenalan dengan seorang ejen pelaburan emas yang kebetulan adalah salah seorang pelanggan perniagaan barangan elektronik miliknya.

Kemewahan hidup ejen berkenaan menarik minat Ahmad untuk menceburi skim pelaburan emas yang semakin popular sejak kebelakangan ini.

“Saya melihat ejen itu setiap bulan membeli barangan elektrik melalui keuntungan jual beli emas beli.

“Sebulan dia boleh beli TV, bulan depan dia beli laptop. Jadi saya rasa ketika itu, keuntungannya adalah berbaloi kalau saya masuk dan dapat imbuhan setiap bulan,” kata Ahmad ketika dihubungi Astro AWANI.

Sejak daripada itu, dia telah melabur wang simpanannya untuk nilai 2 kilogram emas.

Malangnya, keuntungan yang dinikmati hanya seketika apabila dia cuma menerima imbuhan pelaburan untuk dua bulan pertama.

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

“Sejak Disember tahun lalu, syarikat pengelola telah berhenti memberi imbuhan atas alasan syarikat bertukar konsep.

“Salah satu ingin mengemas kini syarikat kepada Sdn Bhd agar lebih kukuh. Jadi semua pemberian imbuhan perlu ditangguh dahulu,” keluh Ahmad.

Sejak itu, Ahmad telah berjumpa dengan ejen berkenaan serta syarikat pengelola, namun masih tidak membuahkan sebarang hasil.

Kos kerugian yang terpaksa ditanggung kini mencecah RM200,000.

Kisah Ahmad adalah antara 5,000 pengguna seluruh Malaysia yang dipercayai terbabit dalam skim pelaburan emas dengan jumlah kerugian dianggar mencecah RM500 juta.

Di sebalik keghairahan mengejar kemewahan, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menasihati orang ramai agar berhati-hati supaya tidak terjebak dengan penipuan skim pelaburan emas yang semakin berleluasa kebelakangan ini.

PPIM turut menerima beberapa aduan pengguna yang tertipu dengan skim itu, sehingga mengakibatkan kerugian mencecah puluhan juta ringgit.

Menurut Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan, antara aduan yang diterima adalah seperti kes Ahmad di mana syarikat terbabit didakwa tidak membayar pulangan pelaburan sepertimana dijanjikan.

“Bila syarikat tidak bayar, pelabur akan pergi cari mereka. Pelabur akan ugut nak lapor polis dan Bank Negara.

“Syarikat itu kata kalau report, mereka langsung tak akan dapat duit. Itu alasan yang digunakan untuk terus menipu,” kata Nadzim pada sidang media di ibu negara.

Bank Negara Malaysia di laman webnya turut menyenaraikan 197 syarikat pelaburan yang tidak diiktiraf dalam senarai berjaga-jaga.

Menurut Jawatankuasa Biro Pendidikan PPIM, Mohd Nor Izzat Johari, daripada jumlah itu, dianggarkan 30 peratus terdiri daripada syarikat skim pelaburan emas.

Setakat ini, PPIM sudah mengenal pasti tiga syarikat yang terbabit dalam skim penipuan.

“Tiga syarikat ini kita dah ada aduan. Kita dah buka fail. Sampai sekarang pengelola atau bos dia cuba menghilangkan diri, tetapi Insyaallah dengan kerjasama masyarakat yang ada, mereka akan bantu beri maklumat.” kata Izzat.

Modus operandi skim pelaburan emas ialah pihak penganjur atau pengelola akan melantik wakil atau ejen untuk melaksanakan proses jual beli dengan pelanggan.

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

Menurut Pegawai Kerja PPIM, Mohd Mustaffa Hamzah, antara dua skim pelaburan yang wujud adalah menjual emas kepada pelanggan dengan harga lebih tinggi daripada pasaran untuk mendapat imbuhan secara bulanan.

Selain itu, jual emas secara “Estimate Time Arrival” (ETA) yang mengenakan syarat pelanggan perlu membuat bayaran dahulu sebelum menerima emas dalam tempoh tertentu.

“Pelanggan melabur dalam bentuk wang beli 100g emas pada harga pasaran atau lebih rendah daripada itu, tetapi dijanjikan fizikal emas tersebut dapat dalam tempoh 7 hari, 14 hari dan 30 hari.

“Malangnya apabila tiba masa emas perlu diberikan keapda mereka, mereka tidak menerima emas tersebut,” kata Mustaffa.

Kebanyakan syarikat pengelola juga didapati berselindung di sebalik ejen yang menjadi orang tengah, sekali gus mendedahkan mereka kepada risiko bila imbuhan dan barangan tidak diterima pelanggan.

Mengakui tidak membuat semakan latar belakang terhadap syarikat pengelola skim pelaburan emas, Ahmad kini belajar daripada kekhilafannya, satu pengajaran yang dikira cukup mahal agar tidak mudah terpedaya dengan sebarang janji skim pelaburan.

“Saya nasihatkan sekiranya ada apa-apa skim pelaburan, ia harus dibuat secara terus dan bukan melalui ejen dan ia perlu berkonsepkan pertukaran barangan dengan tunai secara serentak untuk mengelakkan sebarang kemungkinan berlaku penipuan.”

sumber – www.astroawani.com

_________________________________________________________________________________________

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

_________________________________________________________________________________________
perlukan TUNAI dengan segera . tukarkan EMAS anda kepada TUNAI 
sedia membeli emas terpakai dengan harga yang tinggi.
sedia membeli segala jenis emas 999.9 , 999 , 916 , 875 , 835 , paun , 750 , pandora 916, emas lama , emas patah , bengkok , surat pajak dan lain-lain lagi . asalkan emas tulen.
COD cheras / ke tempat anda.

whatsapp/sms/call 013-9720910 Acikx Hargaemas + facebook 
_________________________________________________________________________________________

PPIM gesa berhati-hati dengan aktiviti penipuan pelaburan emas

NADZIMJOHAN_160115_TMIAFIF_002

Presiden Persatuan Pengguna Islam Malaysia Datuk Nadzim Johan menunjukkan contoh emas sadur pada sidang media penipuan skim pelaburan emas di Kuala Lumpur, hari ini.

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) hari ini menasihati orang ramai supaya berhati-hati sebelum terjebak dalam penipuan pelaburan emas yang semakin berleluasa hari ini, serta menyemak dengan pihak Bank Negara Malaysia (BNM) terlebih dulu.

Presidennya PPIM Datuk Nadzim Johan berkata, mereka menerima banyak aduan daripada orang ramai selepas ditipu dalam skim itu kerana kecuaian tidak menyemak dengan pihak berwajib.

“Kebanyakan aduan yang kami terima memberitahu mereka tidak menerima bayaran daripada syarikat yang pelaburan emas walaupun dijanjikan sebelum ini,” kata Nadzim pada sidang media di ibu pejabat mereka di Kuala Lumpur hari ini.

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

Nadzim berkata, skim pelaburan emas ini menjalankan modus operandi dengan menjanjikan pulangan yang lumayan sehingga memperdaya orang ramai yang mahu untung cepat.

“Jual beli emas ini akan menawarkan harga emas dengan kadar tertentu sama ada mahal atau murah daripada harga pasaran dan pelanggan dijanjikan keuntungan bulanan oleh penganjur atau agen,” katanya.

Sebagai contoh, penganjur atau pengelola akan melantik agen di mana emas dijual lebih murah daripada harga pasaran dan kemudiannya dijanjikan dengan imbuhan bulanan.

Dalam aktiviti ini, pihak yang terdedah kepada risiko ialah agen kerana mereka yang menjalankan aktiviti perniagaan emas ini dengan pelabur.

“Penganjur guna agen dan agen pula kena ada syarikat. Pengelola akan selamat sebab berurusan perniagaan dengan agen.

“Agen akan buat jualan dan kumpul duit daripada pelanggan. Namun agen terdedah kepada bahaya sebab boleh dikenakan caj di bawah Akta Pengambilan Deposit Awam tanpa lesen,” katanya.

Bagaimanapun, masalah timbul apabila imbuhan atau barang tidak diterima oleh pelanggan maka agen berdepan risiko besar.

“Sekiranya imbuhan atau barang tidak diterima pelanggan maka agen sebagai orang tengah yang berisiko sebab agen yang buat urusan dengan pelanggan,” terangnya.

Apabila situasi ini berlaku, agen terpaksa berdepan dengan hutang kerana mereka mengambil wang daripada pelanggan tapi syarikat pelaburan emas yang tidak sah tersebut hilang tanpa dapat dikesan.

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

“Apa yang berlaku sekarang ialah agen dah kira berhutang dengan pelanggan sedangkan agen hanya orang tengah.

“Pengelola sudah sapu semua sama ada emas atau duit dan ini menyebabkan agen terbeban dengan hutang,” katanya.

Menurut PPIM terdapat berpuluh-puluh syarikat pelaburan emas yang sudah disenaraihitamkan BNM daripada senarai 182 keseluruhan syarikat atau perniagaan atas talian yang tidak sah.

Antara syarikat pelaburan emas yang tersenarai hitam dan dipantau PPIM sendiri ialah CGF Fine Metal Sdn Bhd, Darul Emas Perak Bhd, GGF Golden House Sdn Bhd.

Nadzim dalam pada itu menggesa supaya orang ramai berhati-hati dan menyemak terlebih dahulu dengan BNM sebelum membuat sebarang pelaburan yang kelak akan merugikan diri mereka sendiri.

“PPIM mengharapkan agar pengguna terus bijak dan tidak mudah tertipu dengan skim sebegini, berusaha dapatkan maklumat perniagaan daripada agensi yang diiktiraf sebelum membuat pelaburan dalam mana-mana syarikat.

sumber – www.themalaysianinsider.com

_________________________________________________________________________________________

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

_________________________________________________________________________________________
perlukan TUNAI dengan segera . tukarkan EMAS anda kepada TUNAI 
sedia membeli emas terpakai dengan harga yang tinggi.
sedia membeli segala jenis emas 999.9 , 999 , 916 , 875 , 835 , paun , 750 , pandora 916, emas lama , emas patah , bengkok , surat pajak dan lain-lain lagi . asalkan emas tulen.
COD cheras / ke tempat anda.

whatsapp/sms/call 013-9720910 @ 017-8855788 Acikx Hargaemas + facebook 
_________________________________________________________________________________________

RM20j hangus

juta1.jpg.transformed

Kuala Lumpur: Sebanyak 34 transaksi yang sepatutnya merubah kehidupan seorang ahli perniagaan dan 30 rakannya bertukar menjadi mimpi ngeri selepas wang yang dilaburkan untuk membeli emas mengakibatkan mereka kerugian lebih RM20 juta.

Ia gara-gara termakan janji manis seorang lelaki yang ‘membuktikan’ kekayaannya menerusi pelaburan emas sejak beberapa tahun lalu sehingga mampu membeli kereta mewah bernilai RM2 juta serta rumah milik ahli perniagaan terkenal di utara tanah air bernilai RM3 juta.

Mangsa yang mahu dikenali sebagai Rosli, 40-an berkata, dia mula menyertai seminar itu awal tahun lalu selepas diperkenalkan rakan yang juga bekas pengarah agensi kerajaan di pantai timur dan melabur RM30,000.

“Saya dijanjikan pulangan keuntungan sebanyak lima, tujuh dan 10 peratus setiap bulan selama dua tahun. Pada awalnya, saya bermula dengan 200 gram emas dan selepas mengikuti seminar kejayaan itu beberapa kali, saya tambah pembelian sebanyak dua kilogram dengan nilai keseluruhan RM500,000,” katanya.

Katanya, bagi memastikan tidak ditipu, dia turut menyertai lawatan ke ibu pejabat syarikat berkenaan yang terletak di China dan diberi penerangan berhubung operasi pelaburan yang kononnya tidak disenarai hitam oleh kerajaan mahupun Bank Negara Malaysia (BNM).

www.hmetro.com.my