Kalkulator Zakat

Kewajipan Menunaikan Zakat Emas Dan Perak

Rasulullah S.A.W bersabda yang maksudnya: “Tidak ada seorang pun yang mempunyai emas dan perak yang tidak menunaikan zakatnya, melainkan pada hari kiamat dijadikan hartanya itu beberapa keping api neraka. Setelah dipanaskan, digosokkan lambung, dahi dan belakangnya. Setiap kali ia sejuk, dipanaskan semula pada satu hari yang lamanya 50 ribu tahun sehingga Allah menyelesaikan segala perkara yang berkaitan dengan hamba-Nya.” Riwayat Muslim

 

SYARAT WAJIB ZAKAT
Setiap individu yang ingin membayar zakat harus di ambil kira syarat wajib zakat yang perlu difahami dan dipenuhi sebelum membuat taksiran. Syarat-syarat tersebut ialah:

1. ISLAM
Zakat hanya dikenakan kepada orang-orang Islam  sahaja.

2. MERDEKA
Syarat ini tetap dikekalkan sebagai salah satu syarat wajib.

3. SEMPURNA MILIK
Harta yang hendak dizakat hendaklah dimiliki dan dikawal sepenuhnya oleh orang Islam yang merdeka. Bagi harta yang berkongsi antara orang Islam dengan orang bukan Islam, hanya bahagian orang Islam sahaja yang diambil kira di dalam pengiraan zakat.

4. HASIL USAHA YANG BAIK SEBAGAI SUMBER ZAKAT
Para Fuqaha’ merangkumi semua pendapatan dan penggajian sebagai “Mal Mustafad” iaitu perolehan baru yang termasuk dalam taksiran sumber harta yang dikenakan zakat.

5. CUKUP NISAB
Nisab adalah paras minimum yang menentukan sesuatu harta itu wajib dikeluarkan atau tidak. Nisab menggunakan nilai harga semasa iaitu 20 misqal emas bersamaan 85 gram emas atau 196 gram perak.

6. CUKUP HAUL
Bermaksud genap setahun iaitu selama 354 hari mengikut tahun Hijrah atau 365 hari mengikut tahun Masihi. Dalam zakat pendapatan, jangkamasa setahun merupakan jangkamasa mempersatukan hasil-hasil pendapatan untuk pengiraan zakat pendapatan.

Sumber: Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM)

Harga Emas Bakal Naik ?

Pergerakan harga emas yang menurun sejak kebelakangan ini merisaukan ramai pelabur terutama yang baru berjinak-jinak dengan emas. Ramai yang telah menjual simpanan emas walaupun mengetahui akan kerugian kerana takut harga akan turun lebih rendah.

Tetapi harus diingat bahawa emas adalah penyimpan nilai yang berkesan. Penjualan secara panik tersebut adalah merugikan pelabur sendiri dan menyalahi hukum pelaburan iaitu beli semasa harga rendah dan jual semasa harga tinggi.

Ketika harga rendah adalah peluang bijak untuk pelabur menambah simpanan emas.

Jika dilihat dari graf KITCO ini, Harga emas sudah menunjukkan bounce dan akan kembali naik mengikut trend. Jadi jangan lepaskan peluang ini untuk membeli emas sekarang.

Semak Harga Emas disini .

Pergerakan Emas 08 Mei 2013

Harga emas meningkat semalam disokong permintaan dari China dan pasaran fizikal yang ketat, namun kenaikannya dihadkan oleh pasaran ekuiti kukuh dan kejatuhan pegangan dalam dana pertukaran perdagangan berasaskan emas (ETF) kepada paras terendah dalam tempoh empat tahun.

Import emas bersih China daripada Hong Kong mencapai paras tertinggi pada Mac dan permintaan bagi tempoh beberapa bulan akan datang dijangka meningkat yang berkemungkinan menyokong harga emas yang terjejas oleh aliran keluar ETF yang berterusan selepas mencatat kejatuhan harga terendah dalam sejarah bulan lalu.

“Wujudnya kecairan berterusan daripada ETF yang memberikan tekanan kepada emas. Sentimen ini tidak baik,” kata Ronald Leung, ketua peniaga di Lee Cheong Gold Dealers di Hong Kong.

Emas mencapai paras rendah AS$1,447 seauns sebelum melonjak AS$2.22 kepada AS$1,454.21 pada 0626 GMT.

Walaupun harga emas mula meningkat selepas pengumuman data perdagangan China yang menunjukkan ekonominya mencatat pemulihan kukuh, namun peniaga berkata kenaikan itu disebabkan oleh kegiatan membeli saham murah dan bekalan fizikal ketat.

“Dagangan akan berada pada jujuran itu,” kata Leung, yang menjangkakan emas akan bergerak antara AS$1,435 ke AS$1,485. Emas AS didagangkan kepada AS$1,453.60 seauns, naik AS$4.80.

SPDR Gold Trust, dana ETF terbesar dunia, berkata pegangannya susut 0.42 peratus kepada 1,057.79 tan pada Selasa. Dari segi auns, pegangan ETF susut kepada 34,008,852 auns, paras paling lemah sejak awal 2009.

Emas tunai susut lebih daripada 13 peratus setakat ini selepas mencatatkan peningkatan tahunan (12 bulan berturut-turut) disokong pelonggaran dasar yang mendorong pelabur membeli komoditi itu.

Sementara itu, pasaran fizikal yang kekal ketat memacu peningkatan bar, syiling dan ketulan emas selepas harganya susut kepada paras lebih daripada paras dua tahun rendah pada pertengahan April.

“Masih ada kekurangan bekalan di logam fizikal yang mana menjadikan premium kepada paras tertinggi. Apa yang boleh diperkatakan ialah bar emas adalah AS$3.50 seauns,” kata peniaga di Hong Kong.

Pasaran fizikal di Singapura kurang aktif kelmarin dengan pengguna tidak memasuki pasaran.

“Bekalan ketat dan saya mendapat berita bahawa premium di Hong Kong disebut pada AS$4 kepada AS$4.50. Permintaan dari Indonesia dan Thailand reda, namun masih ada sedikit jualan hari ini,’ kata peniaga Singapura.

Emas juga mendapat sokongan daripada data China.

Aliran emas bersih dari Hong Kong ke China, iaitu negara pengguna kedua terbesar selepas India, melonjak kepada 223.52 tan pada Mac daripada 97.11 tan pada Febuari, melepasi rekod terdahulu iaitu 114.37 tan pada Disember. – REUTERS

Pergerakan Emas 07 Mei 2013

Emas susut semalam, kehilangan sinar sebagai pelaburan alternatif selepas pasaran saham meningkat pada harapan pemulihan Amerika Syarikat (AS) yang kukuh dan ketika dana pelaburan emas susut ke paras terendah dalam tempoh tiga tahun.

Walaupun pembelian fizikal membantu emas kembali meningkat daripada paras rendah dua tahun yang direkodkan pada April, pengaliran keluar ETF mencerminkan keadaan berterusan penurunan minat pelabur dalam logam itu yang susut lebih 12 peratus pada 2013 selepas naik setiap tahun untuk 12 tahun sebelumnya.

Emas susut AS$6.45 seauns kepada AS$1,462 menjelang 0609 GMT.

Ia naik hampir tiga minggu tinggi sebanyak AS$1,462.80 pada Jumaat bersandarkan pembelian lindung nilai yangdicetuskan oleh Bank Pusat Eropah dan keputusan Rizab Persekutuan AS untuk meneruskan program rangsangan.

“Saya merasakan sentimen agak bercampur. Permintaan fizikal menyokong emas tetapi kamu akan menyaksikan terdapat kecairan dalam pasaran.

“Emas dalam jangka masa sederhana masih sedikit menyakinkan. Kamu boleh melihat pegangan SPDR masih turun sebanyak tiga hingga empat tan setiap hari,” kata ketua niaga Wing Fung Precious Metals, Peter Fung di Hong Kong.

SPDR Gold Trust, dana pelaburan emas terbesar dunia, berkata pegangannya jatuh 0.31 peratus kepada 1,062.30 tan pada Isnin, terendah sejak Ogos 2009.

Emas susut ke sekitar AS$1,321 pada 16 April, terendah lebih dua tahun, selepas ia susut di bawah AS$1,500 dan kebimbangan jualan bank pusat membawa kepada penjualan yang mengejutkan pelabur dan mencetuskan mereka untuk menurunkan pegangan dalam pelaburan emas.

Penyusutan emas mencetuskan minat belian di Asia dan bahagian lain dunia, membawa kepada kekuurangan jongkong emas, syiling dan logam emas di Hong Kong, Singapura dan Tokyo serta membantu logam itu kembali meningkat.

Namun, kegagalan emas untuk kembali kepada paras psikologi AS$1,500 mencadangkan dana logam itu masih dalam memerhati.

Emas AS untuk penghantaran Jun pada AS$1,462.10 seauns, turun AS$5.90.

“Kami menjangkakan permintaan fizikal menyokong pasaran, tetapi ia mungkin sukar bertahan ketika pasaran ekuiti meningkat, pengaliran keluar dana ETF serta keadaan spekulatif dalam jangka pendek.

“Selain itu, kebimbangan inflasi global yang mungkin menyokong emas adalah rendah. Kami menjangkakan peningkatan harga melepasi separuh kedua 2013 yang mana emas patut didagangkan dalam paras sederhana tinggi pada AS$1,500, ” kata ANZ dalam satu laporan. – REUTERS

Kualiti & Kuantiti Emas Untuk Pelaburan

3 cara yang mungkin digunakan oleh pelabur

1) membeli emas pada kuantiti besar100g,500g,1kg
2) membeli emas pada kuantiti medium 10g,20g
3) membeli emas pada kuantiti kecil 0.5g,1g,5g

berdasarkan 3 cara diatas terdapat kelebihan dan keuntungannya.. tetapi semuanya bergantung kepada tuanpelabur,

1) Membeli emas pada kuantiti besar 100g, 500g, 1kg
Terdapat kebaikan jika membeli emas pada kuantiti yang besar antaranya ialah dapat mengurangkan spread harga ( harga jual beli). apabila spread rendah pelabur dapat mengurang tempoh memperolehi keuntungan kerana spread harga dpt diatasi dengan cepat jika dibandingkan membeli pada kuantiti medium dan kecil. Dalam dunia pelaburan emas fizikal, anda perlu paham terdapat 2 kategory pembeli iaitu syarikat yang membekal emas( syarikat yang menjual emas kepada anda) dan pembeli emas seperti anda. jika anda mahukan keuntungan yang maksima anda perlu menjual kepada pembeli bukan kpd syarikat kerana syarikat akan membeli pada harga “we buy”. jika anda pandai mencari pembeli anda boleh memperolehi keuntungan lebih kerana anda boleh naikkan harga we buy tersebut.. point saya ialah pada kuantiti besar pelabur mungkin sukar untuk mencari pembeli,kerana harga yang tinggi.. akhirnya pelabur terpaksa menjual kepada syarikat asal..

2) Membeli pada kuantiti medium 10g,20g
secara peribadi saya galakkan pelabur memberi pada kuantiti ini kerana spread harga yg sederhana dan pelabur boleh menjual pada pembeli.. kerana ianya mampu dibeli oleh pelabur lain jika dibandingkan dengan kuantiti besar..

3) Membeli pada kuantiti kecil 0.5g,1g dan 5g
kelebihan pada kuantiti kecil ialah ianya mampu milik. ianya sesuai untuk golongan yang mempunyai simpanan yang kecil.. antara kelebihan lain ialah ianya dpt dibeli secara bulanan.
tetapi harganya we sellnya tinggi kerana disbbkan factor minted,mold dan harga beli semula yang rendah. ini menyebabkan spread menjadi tinggi. disini saya simpulkan bahawa

membeli pada kuantiti yang besar mengambil masa 1 tahun untuk memperolehi keuntugan minima pertama.
membeli pada kuantiti sederhana mengambil masa 1 tahun setengah untuk memperolehi keuntungan minima yang pertama.
membeli pada kuantiti kecil mengambil masa 2-3 tahun untuk memperolehi keuntungan minima yang pertama.

keuntungan diatas bergantung kepada timing yang sesuai.

Harga Emas Dijangka Turun

Kejatuhan cecah 7.5 peratus lebih rendah akhir 2012

London: Aliran meningkat harga emas sejak sembilan dekad lalu, dijangka berakhir berikutan langkah menjual pegangan oleh sebahagian besar pengurus dana global.
Susulan itu kebanyakan penganalisis menjangka harga komoditi itu akan mencatat aliran menurun buat kali pertama sejak 2000.

Harga emas mulai susut pada April meskipun bank pusat mencetak wang secara besar-besaran, penularan krisis hutang Eropah dan pengurangan unjuran pertumbuhan ekonomi tahun ini untuk kali keempat oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

Harga logam berharga itu dijangka berada pada paras AS$1,550 seaun menjelang akhir tahun ini, iaitu 7.5 peratus lebih rendah berbanding harga pada akhir 2012.

Ia adalah kejatuhan paling besar sejak 1997, demikian mengikut 38 jangkaan yang dikumpulkan Bloomberg.

Pelabur kini menjual logam berharga menerusi produk dagangan bursa (ETF) pada kadar terpantas dalam rekod.

Harga emas mulai susut pada April meskipun bank pusat mencetak wang secara besar-besaran, penularan krisis hutang Eropah dan pengurangan unjuran pertumbuhan ekonomi tahun ini untuk kali keempat oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).
Nilai emas jatuh ketika ekuiti Amerika Syarikat (AS) mencatatkan rekod tertinggi, sekali gus mencerminkan penurunan keyakinan pelabur.

“Ia adalah tanda berakhirnya satu era,” kata Ketua Penyelidik Komoditi Societe Generale SA di New York, Michael Haigh, yang membuat jangkaan mengenai kejatuhan harga logam berharga itu sebulan lalu.

“Arah aliran ETF dan dana lindung nilai mengubah arah aliran emas buat pertama kali dalam tempoh yang sangat lama. Harga dilihat akan terus jatuh,” katanya.

Harga emas susut 13 peratus kepada AS$1,450 di London tahun ini dan mencecah paras terendah dalam tempoh dua tahun pada AS$1,321.95 pada 16 April.

Ia mencatatkan peningkatan 16 peratus untuk terus mencatatkan peningkatan 13 tahun berturut-turut. Standard & Poor’s GSCI menunjukkan 24 komoditi jatuh 5.8 peratus sejak awal Januari, dengan emas mencatatkan prestasi ketiga terburuk selepas perak dan plumbum.

Indeks Ekuiti MSCI Semua Negara Dunia meningkat 8.3 peratus dan Indeks Bank of America Corp menunjukkan Treasuries naik 0.9 peratus.

Peningkatan tahunan selama 12 tahun berturut-turut turut dicatatkan sesetengah aset lain.

Perbendaharaan AS memberi pelabur pulangan sekurang-kurangnya 16 tahun menerusi 1993 dan bon Indeks pasaran Meluas Global Bank of America meningkat setiap tahun sejak 2000.

Nilai emas yang dipegang menerusi ETF jatuh AS$37 bilion kepada AS$106.1 bilion sejak Oktober berikutan kejatuhan harga dan pelabur menjual logam, demikian mengikut perangkaan yang dikumpulkan Bloomberg.

Institusi memiliki kira-kira 50 peratus 1,078 tan dalam SPDR Gold Trust, iaitu ETP terbesar, dan mereka mungkin menjual kira-kira separuh daripadanya kerana harga jatuh dan pelabur memilih ekuiti, kata Deutsche Bank AG dalam laporannya pada 26 April.

Logam berharga itu jatuh 25 peratus daripada paras rekodnya AS$1,921.15 pada September 2011 kerana Indeks MSCI Semua Negara Dunia meningkat 26 peratus.
Societe Generale mengunjurkan harga purata pada suku keempat ialah sekitar AS$1,375, iaitu paras terendah dalam tempoh tiga tahun.

Goldman Sachs Group Inc, Barclays Plc, Credit Suisse Group AG dan Morgan Stanley juga antara mereka yang mengunjurkan harga rendah dan hanya 10 daripada 38 penganalisis yang terbabit dalam kaji selidik Bloomberg menjangkakan logam berharga itu mencatatkan peningkatan bagi tahun ke-13.

Sementara Goldman pula dalam cadangan jualannya pada 23 April, berkata ia menjangkakan harga emas mencatatkan kejatuhan selanjutnya.

Harga emas mencatatkan peningkatan 11 peratus sejak mencecah paras terendah dalam dua tahun kerana kejatuhan mendorong pembelian emas syiling dan barang kemas. – Bloomberg

Akaun Pelaburan Emas : Perbandingan Antara Bank

Harga emas kini berada pada tahap paling rendah dalam tempoh dua tahun, jadi sekarang adalah peluang terbaik untuk anda mula melabur dalam emas. Cara yang paling mudah untuk melakukannya adalah dengan membuka Akaun Pelaburan Emas di bank.

Apakah itu Akaun Pelaburan Emas? Ia adalah satu akaun yang membolehkan individu untuk membeli dan menjual emas pada harga emas harian dalam Ringgit Malaysia (MYR), tanpa perlu menyimpan emas fizikal.

Akaun Pelaburan Emas memberikan anda peluang untuk memperolehi keuntungan modal dan kepelbagaian portfolio melalui pelaburan dan jual beli emas. Pada masa yang sama anda boleh menikmati kemudahan dan ciri-ciri keselamatan yang lebih baik sepertimana akaun-akaun bank yang lain.

Pada masa ini terdapat 5 bank di Malaysia yang menawarkan perkhidmatan akaun pelaburan emas:

  • Akaun Pelaburan Emas (MGIA) – Maybank
  • Akaun Pelaburan Emas (GIA) – Public Bank
  • Gold Account-i – Kuwait Finance House
  • Akaun Simpanan Emas (GSA) -UOB
  • Akaun Deposit Emas (GDA) -CIMB Bank

Di bawah ini saya telah menyenaraikan semua ciri-ciri yang ditawarkan oleh setiap akaun. Mereka dibentangkan sebelah menyebelah dalam jadual supaya anda boleh membuat perbandingan, dan seterusnya memilih akaun yang terbaik untuk anda.

Features

Maybank MGIA

Public Bank GIA

KFH Gold Account-i

UOB GSA

CIMB GDA

Belian pertama minima1 gm10 gm10 gm20 gm10 gm
Baki minima1 gm2 gm2 gm10 gm1 gm
Urusniaga minimaMesti dlm gandaan 1 gm5 gm & mesti dlm gandaan 1 gm5 gm & mesti dlm gandaan 1 gmMesti dlm gandaan 5 gm5 gm & mesti dlm gandaan 1 gm
Keaslian emas99.99%99.99%99.5%99.99%99.9%
Spread jual-beli4.09%3.89%3.50%1.15%2.99%
Pilihan jualan/pengeluaran-Tunai-Kredit ke dlm akaun-Tunai-Kredit ke dlm akaun

-Emas fizikal

-Kredit ke dlm akaun-Emas fizikal-Kredit ke dlm akaun-Emas fizikal-Kredit ke dlm akaun-Emas fizikal
YuranTiada-Yuran tahunan RM10 sekiranya baki akaun kurang dari 10 gm pada akhir tahun
-Yuran pengeluaran emas fizikal
Tiada-Yuran pentadbiran RM2 dikenakan setiap bulan jika baki kurang dari 10 gm pada akhir bulan-Yuran tahunan RM5 sekiranya baki akaun kurang dari 10 gm pada akhir tahun
-Yuran pengeluaran emas fizikal
Mod  operasiBuku akaunBuku akaunPenyataPenyataBuku akaun
Pra-syaratTiadaMempunyai akaun simpanan atau semasaMempunyai akaun simpanan atau semasaMempunyai akaun simpanan atau semasaMempunyai akaun simpanan atau semasa
Insuran PIDMTidak diinsuranTidak diinsuranTidak diinsuranTidak diinsuranTidak diinsuran

: www.malaysiatercinta.com/

Rahsia “EMAS” Beli dan Untung

Rahsia pelaburan emas :
Beli Sesuatu Yang Mahal, Tapi Bayar Dengan Harga Murah atau percuma dan untung

Ramai yang tidak sedar kita boleh membeli sesuatu yang mahal dengan harga murah atau dapat percuma dengan cara memanipulasikan emas.

Sebenarnya kita mengetahui bahawa wang kertas yang ada pada kita sebenarnya tiada nilai, tetapi ianya jadi bernilai apabila disandarkan kepada rizab simpanan emas di bank dunia. Tetapi, apabila wang kertas yang dicetak melebihi nilai rizab simpanan emas, maka lebihan cetakan itu yang dipanggil “Fiat Money”. Ianya hanyalah sehelai kertas yang dicetak dengan nilai muka diatasnya, tanpa ada emas yang menjadi sandarannya ianya bernama dinar seperti wang dinar iraq.

Oleh itu, kita juga dapat menambah nilai wang kita dengan menggunakan teknik yang sama seperti bank dunia diatas iaitu dengan menyandarkan pada emas. Maksubnya kita membeli emas, mengadaikan emas tersebut dan membeli barangan yang kita inginkan.

Caranya?
Beli emas, cagarkan di Ar-Rahnu, kemudian tunai yang anda dapat hasil cagaran itu tadi baru boleh anda belanjakan. Itulah teknik kita untuk menambah nilai kepada wang fiat yang tiada nilai tadi. Maka saya sangat tidak setuju jika ada sesetengah individu yang mengatakan bahawa memajakkan emas adalah merugikan!! Sedangkan ianya adalah sandaran kepada wang tunai anda.

Contoh :
Saya mempunyai tunai sebanyak RM100,000 dan ingin membuat pinjaman bank untuk membeli sebuah motosikal baru yang berharga RM 70,000

Cuba kita renungkan
Jika saya membuat pinjaman tidak sihat untuk membeli sesuatu yang susut nilai bahkan akan menjadi liabiliti disebabkan kos-kos sampingan termasuk maitanance, ianya adalah satu tindakan yang kurang bijak, sedangkan saya mempunyai tunai yang banyak.

Tindakan bijak, saya menyandarkan belian sesuatu yang susut nilai kepada sesuatu yang meningkat nilainya, agar tidak mengalami kerugian!!

Tindakan Pertama yang boleh lakukan :
Beli Sesuatu Yang Mahal, Bayar Dengan Harga Murah

Wang RM 100,000 tersebut saya belikan emas , pajakkan dan dapat RM 70,000 tunai dan bayar kereta tersebut secara tunai.

Ambil kira kenaikan purata tahunan emas sebanyak 25%, selepas 3 tahun kenaikan nilai emasnya adalah sebanyak 75%. Bermakna nilai emasnya ketika itu telah menjadi RM 175,000.00.

Pada ketika itu, saya boleh menjual emas dan menebusnya dari Ar-Rahnu.
Perkiraan mudahnya ialah :

RM 175,000.00 (Hasil Jualan Emas) – RM 70,000.00 (Pinjaman Ar-Rahnu) = RM 105,000.00
RM 105,000.00 – RM 21,600.00 (Upah simpan 3 tahun) = RM 83,400.00 (Untung dlm)
Tengok, dalam hanya 3 tahun, saya telah mendapat semula RM 83,400.00.

RM 100,000.00 (Modal asal ) – RM 83,400.00 (Untung) = RM 16,600.00
Ini bermakna saya telah membeli sebuah motosikal yang berharga RM 70,000.00 dengan hanya membayar
RM 16,600.00 sahaja dalam masa 3 tahun, murah sahaja.

Dan upah simpan yang saya bayar hanyalah kira-kIra RM 600.00 sebulan, sedangkan jika saya membuat pinjaman bank sebanyak RM 70,000.00 untuk membeli motosikal tersebut, sudah pasti bayarannya mencecah hampir RM 1,000.00 selama 9 tahun!!

Tindakan Bijak kedua : Ini yang saya lakukan ;
Beli Sesuatu Yang Mahal, dapat percuma dan untung

Wang RM 100,000 tersebut saya belikan emas , pajakkan dan dapat RM 70,000 tunai, wang RM 70,000 itu saya beli emas dan pajak / gadaikan sekali dapat RM 49,000 tunai, beli emas lagi dan pajakkan lagi dapat RM 34,300 tunai. Wang RM 34,300 ini saya gunakan untuk membayar muka atau pendahuluan motosikal tersebut dan selebihnya saya buat pinjaman / ansuran bulanan selama 5 tahun.

Ambil kira kenaikan purata tahunan emas sebanyak 25%, selepas 5 tahun kenaikan nilai emasnya adalah sebanyak 125%. Bermakna nilai emasnya ketika itu telah menjadi RM 225,000.00 + 157,500.00 + 110,250.00 (dapatan pinjaman dari gadaian) semuanya berjumlah RM 492,750.00

Pada ketika itu, saya boleh menjual emas dan menebusnya dari Ar-Rahnu.

Perkiraan mudahnya ialah :
RM 492,750.00 (Hasil Jualan Emas) – RM 153,300.00 (Pinjaman Ar-Rahnu) – 35,700.00 ( pinjaman ansuran bulanan ) = RM 303,750.00
RM 303,750.00 – RM 55,188.00 (Upah simpan 5 tahun) – 8,925 ( loan bank 5%) = RM 239,637.00 (Untung)
Nah, dalam hanya 5 tahun, saya akan mendapat untung RM 239,637.00.

RM 100,000.00 (Modal asal ) – RM 239,637.00 (Untung) = – RM 139,637.00

Ini bermakna saya telah membeli sebuah motosikal yang berharga RM 70,000.00 dengan PERCUMA ..DAN DAPAT UNTUNG SEBANYAK RM 139,637.00.

: toyip-wang.blogspot.com

Strategi Keuntungan Emas

Bagaimana kita tahu bila kita boleh membeli emas …?

Steve Sjuggerud di dalam emel Daily Wealth memberitahu yang dia telah mendapat strategi mudah untuk mengetahui bila masa yang sesuai untuk membeli emas … dan bila masa yang tidak sesuai.

Yang bagusnya, dengan melabur sebanyak US$10,000 di dalam strategi mudah ini boleh bertukar kepada hampir $2 juta sejak permulaan 70-an.  Cuma membeli emas – dan memegang emas itu – pada masa yang sama boleh menukarkan $10,000 kepada hanya $300,000.

Carta di bawah menunjukkan cara-caranya.  Garisan biru merupakan strategi mudah.  Garisan emas merupakan harga emas.

Strategi mudah Steve Sjuggerud mampu meningkat naik secara stabil dari bahagian bawah sebelah kiri carta hingga ke atas di bahagian kanan.  Ia hampir sepenuhnya mengelakkan kejatuhan Dollar pada 1957 – 1977.  Dan ia secara amnya mengelak kejatuhan emas selama dua (2) dekad dari tahun 1980  hingga 2000.

Menurut Steve, strategi mudah ini sangat mudah tetapi ia berdasarkan titik-titik penting. Biar Steve menerangkannya.

Bagaimana kita tahu bila pasaran emas telah berada dalam keadaan ‘bull”? Titik yang sangat penting ialah bila emas hanya melonjak naik kerana ada berlaku sesuatu di pasaran Dollar.

Cuba kita lihat, kejatuhan US Dollar melawan kepada matawang yang lain, ia mungkin akan turut jatuh di dalam terma emas.  Ini akan menunjukkan emas berada dalam keadaan pasaran ‘bull’.  Tetapi apa akan berlaku jika kejatuhan emas di dalam terma matawang Euro ataupun Yen?  Itu menunjukkan emas bukan berada dalam pasaran ‘bull’.

Jadi apa ia pasaran ‘bull’ dalam emas?

Satu definisi mudah ialah : bila emas meningkat naik di dalam terma matawang yang terpenting di dunia.  Kita lihat empat (4) jenis matawang yang digunakan seluruh dunia secara meluas – US Dollar, Euro, British Pound dan Japanese Yen.  Dan kita gunakan strategi mudah Steve.  Begini ia akan bertindak:

Jika emas meningkat melawan kesemua empat (4) matawang pad bulan sebelumnya, Oleh itu beli emas.  Ulangi pada bulan depan strategi ini.

Itu saja.  Dan bila Steve mencubanya menggunakan data 40 tahun yang lepas, keputusannya amat memeranjatkan.

Apabila emas meningkat melawan kesemua empat (4) matawang utama dunia pada penghujung bulan baru-baru ini – Apabila strategi mudahnya menunjukkan masa untuk membeli emas – emas meningkat kepada kadar tahunan 35%.  Strategi mudahnya berada di dalam keadaan ‘beli’ lebih kurang ketiga pada masa itu. (Pada masa yang lain, emas kehilangan wang.)

Jadi jika anda membeli emas bila mendapat ‘signal’, dan tukarkan emas itu kepada tunai bila ‘signal’ telah hilang, anda akan menukarkan pelaburan US$10,000 pada tahun 1971 kepada hampir $2 million hari ini.

Sejak tahun 1971, harga emas secara purata tahunanya meningkat sebanyak 9.2% setahun.  Dengan menggunakan sistem mudah ini, di mana anda melaburkan  1/3 emas pada satu-satu masa, kekayaan anda akan menjadi secara purata 14.5% setahun.

Sistem ini mudah, tapi berkesan.  Sejarah menunjukkan peramal terbaik bila emas akan meningkat naik iaitu apabila ia meningkat naik melawan matawang utama dunia.

Sekarang anda sudah tahun bagaimana untuk mencari keadaan ‘bullish’ emas.  Dan jika anda nak tahu, kita sekarang berada di dalam pasaran ‘bull’ … dan kita telah berada sejak bulan Mac lagi.  Setiap bulan, emas telah meningkat melawan kesemua empat (4) matawang utama dunia.

Masa Untuk Semua Beli Emas

KUALA LUMPUR 24 April 2013 – Sekarang adalah masa yang sesuai untuk semua pihak membeli emas dengan harga yang masih rendah selepas kejatuhan terbesarnya pada 15 April, kata pengerusi eksekutif kumpulan Public Gold Datuk Louis Ng.

“Sekarang dengan harga yang merudum, ia menjadikan emas lebih mampu milik untuk semua, terutamanya pembeli baharu, yang mahu menyimpan emas untuk perlindungan harta,” katanya dalam satu kenyataan.

Pada 15 April, harga emas susut US$140 kepada US$1,395 satu auns, satu kejatuhan terbesar semenjak 1993, mengejutkan ramai pelabur veteran.

Semenjak itu, harga telah memulih sedikit, dan semalam ia ditutup pada US$1,408 satu auns, susut US$16.50.

Permintaan untuk emas telah meningkat kukuh semenjak 2000, dengan kebanyakan daripadanya berikutan negara-negara membangun menggunakan kekayaan baharu mereka untuk memenuhkan rizab mereka dengan emas.

Pada masa sekarang, adalah dinasihatkan rakyat Malaysia untuk membeli emas sebagai simpanan masa depan sebelum harga meningkat semula, kata kenyataan itu. – Bernama