Dapat Emas Jika Badan Kurus

Dubai: Pihak berkuasa Dubai melancarkan kempen hadiah emas kepada penduduk yang berjaya mengurangkan berat badan ketika Ramadan.

Kempen itu digelar ‘Berat Anda adalah emas,’ lapor portal berita.

Penaja kempen berjanji sesiapa yang menyertai program akan diberi satu gram emas bagi setiap 2.2 paun berat yang hilang.

Peserta, bagaimanapun, akan tersingkir jika gaggle hilang lebih daripada 4.6 paun berat pada 16 Ogos.

Tiga peserta paling banyak menurunkan berat badan akan menerima syiling emas bernilai AS$5,500 (RM16,500).

Ramai percaya, pihak berkuasa melancarkan usaha itu bagi menggalakkan penduduk tidak makan berlebihan.

Lawan obesiti

Ini kerana ramai makan berterusan hingga pagi menyebabkan pihak berkuasa melancarkan tindakan melawan obesiti.

Peserta program berkenaan juga perlu bersumpah untuk tidak mengurangkan berat badan secara tidak sihat.

Bagi membolehkan lebih ramai orang terbabit, alat penimbang diletak di tempat awam.

Masalah makan berlebihan selepas berbuka puasa diketahui ramai di Qatar apabila berpuluh-puluh penduduknya masuk hospital pada malam pertama Ramadan.

Ini disebabkan ramai yang mengambil kesempatan daripada banyaknya tempat berbuka untuk penduduk membolehkan mereka terus makan di beberapa tempat. – AGENSI

Loket Logam Radioaktif Berbahaya

Contoh barang kemas bersadur Rhodium (Mempunyai Isotop Radioaktif) yang dijual secara online

Putrajaya: Penggunaan pendant atau loket mengandungi bahan radioaktif semula jadi tidak memberi sebarang faedah dari segi perubatan dan boleh memudaratkan pengguna.

Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (LPTA) berkata, produk itu boleh memudaratkan pengguna jika terdedah kepada dos sinaran yang berlebihan. Setiausaha Eksekutif LPTA, Raja Datuk Abdul Aziz Raja Adnan, berkata Kementerian Kesihatan juga mengesahkan penggunaannya tidak memberi sebarang faedah perubatan.

Letak nota peringatan

Berikutan itu, beliau mengingatkan pengeluar, pengedar, penjual, pengimport, dan semua pihak yang berurusan dengan loket berkenaan memastikan sisipan peringatan keselamatan dikepilkan bersama produk yang dijual kepada orang awam. Umum harus dimaklumkan bahawa produk ini mengandungi bahan radioaktif semula jadi dan pengedar bertanggungjawab memaklumkan pengguna mengenai dos sinaran maksimum pada permukaan produk serta cara pemakaian yang selamat.

Tempoh maksimum
Tempoh maksimum pemakaian harian juga perlu dipastikan supaya had dos tahunan bagi orang awam tidak melampaui 1 mSv/tahun, selain pengedar memberi nasihat mengenai tatacara pelupusannya yang selamat.

Wanita hamil, ibu menyusu dan kanak-kanak yang menggunakannya perlu merujuk kepada pengamal perubatan. Kementerian Kesihatan menegaskan kumpulan ini paling terjejas jika terdedah kepada dos sinaran berlebihan, katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Peringatan keselamatan itu bertujuan memberi panduan kepada orang awam rentetan daripada keraguan yang timbul berhubung aspek keselamatan dan kesihatannya.
Abdul Aziz berkata, peringatan keselamatan itu turut terpakai kepada produk lain yang mengandungi bahan radioaktif semula jadi yang nyata.

Isu loket mengandungi bahan radioaktif semula jadi itu timbul September tahun lalu, apabila Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Kesihatan mengharamkan produk berkenaan.

Ia berikutan kajian LPTA pada awal 2011 mendapati kepekatan bahan radioaktif thorium-232 dan uranium-238 pada loket berkenaan melebihi paras dibenarkan.

Usahawan Emas Gunung Afghanistan

PELOMBONG di Afghanistan mula menggunakan peralatan moden untuk melombong dan mendulang emas.

SELEPAS memanjat lereng gunung yang curam di utara Afghanistan, Morad Ali membongkokkan badannya lalu menyentuh beberapa ketul batu berwarna merah yang ada di tebing gunung itu.

“Terdapat emas di sini,” pintasnya.

Morad merupakan penduduk tempatan yang menggunakan pahat untuk mengeluarkan sejumlah kecil emas dari perkampungan Qara Zaghan yang terletak di pinggir pergunungan Hindu Kush.

Kini, terdapat laluan tanah menghala ke kawasan berkenaan untuk membolehkan golongan profesional dalam bidang mineral menjalankan kajian.

Mereka membuat kajian secara terperinci mengenai jenis-jenis mineral yang boleh memberi keuntungan kepada Afghanistan.

“Saya mula bekerja dalam bidang perlombongan ketika berumur 12 tahun. Kebiasaannya, kami akan menemui serpihan emas atau kami sendiri menghancurkan batu dan mendulang untuk mendapatkan butiran halus emas,” kata Morad yang kini berusia 30 tahun.

Pengetahuan Morad dalam bidang perlombongan secara tradisional merupakan aset yang berharga kepada syarikat Afghan Gold Minerals (AGM).

Ancaman Taliban

Syarikat berkenaan telah mendapat lesen untuk menjalankan kerja-kerja menggali emas di Qara Zaghan pada tahun 2011.

“Kami mengetahui tentang emas ini daripada penduduk setempat. Berdasarkan kajian, kami mendapati kehadiran emas di kawasan itu menunjukkan potensi yang baik.

“Jadi, kami perlu menjalankan kajian lebih lanjut,” kata seorang ahli geologi dari utara Afrika, Dusko Ljubojevic.

Begitupun, kebanyakan ahli perniagaan menghadapi cabaran yang besar di Afghanistan kerana kehadiran emas di atas puncak itu menarik perhatian pelbagai pihak.

Malah, pelombong terdedah kepada risiko serangan Taliban dan kumpulan-kumpulan penjenayah.

DUA pelombong menjalankan kerja-kerja menggali emas sambil diberikan kawalan ketat bagi mengelakkan serangan penjenayah.

Sehubungan itu, syarikat AGM terpaksa menggunakan kereta perisai dan membawa senjata api ketika menyusur ke wilayah Baghlan yang mengambil masa kira-kira lapan jam.

Syarikat AGM dimiliki oleh seorang usahawan Afghanistan, Sadat Nadari, 36, yang turut mengendalikan rangkaian pasar raya dan syarikat insurans.

Dalam pada itu, beliau juga melabur dalam bidang pembinaan, telekomunikasi dan pengedaran bahan api.

Sadat merupakan seorang usahawan yang berjaya selain mempunyai kelulusan dalam bidang perniagaan dari luar negara. Dia boleh tinggal di negara lain, namun Sadat masih sayangkan tanah airnya.

“Saya akan tinggal dan bekerja di Afghanistan, malah akan menjalankan kerja-kerja perlombongan di sini.

“Lagipun, sektor perlombongan boleh membawa perubahan kepada negara ini. Kami berada di peringkat penerokaan emas di Qara Zaghan, jadi kami mahu mencari simpanan emas secara komersial untuk menjana pendapatan kerajaan Afghanistan,” jelasnya.

AGM ditubuhkan selepas Sadat bertemu secara kebetulan dengan tokoh pelaburan yang juga pengerusi firma kewangan terkemuka JP Morgan, Ian Hannam di Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Kabul.

Lesen lombong emas

“Saya memberitahu Hannam bahawa saya memiliki sebuah lombong emas kecil dan reaksi muka beliau berubah,” katanya sambil ketawa kecil.

JP Morgan mewujudkan sebuah konsortium pelabur untuk mengambil alih 49 peratus pemilikan AGM serta enam lesen perlombongan emas yang lain di seluruh Afghanistan.

SAMPEL batu dari lombong emas dihancurkan untuk menentukan kandungan emas.

Dalam pada itu, AS yang menjalankan kajian di Afghanistan pada tahun 2006 mendapati negara itu memiliki simpanan tembaga dan besi yang bernilai AS$1 trilion (RM3.08 trilion).

Hakikatnya, kekayaan itu menawarkan sedikit harapan kepada negara tersebut yang musnah ekoran peperangan.

“Afghanistan berada di kawasan yang bernilai tinggi, jika kita tidak meneroka galian itu, ia hanya sia-sia. Sebab itulah kita memerlukan rakan kongsi antarabangsa yang mempunyai kepakaran dan modal,” kata Sadat.

Malah, pihak pemerintah Afghanistan juga berharap perlombongan emas itu dijadikan sebagai sumber pendapatan pada masa hadapan.

Justeru, undang-undang perlombongan baharu akan diluluskan tidak lama lagi bagi menggalakkan pelaburan.

Sementara itu, seorang profesor dalam industri perlombongan di Kabul, Amir Mohammad Mosazai berkata, perlombongan emas membantu meningkatkan taraf ekonomi Afghanistan seperti minyak di negara-negara Arab.

“Namun, perniagaan ini sangat mahal dan negara memerlukan kawalan keselamatan yang ketat,” ujarnya. – AFP

http://www.kosmo.com.my/

Gudang EMAS Terbesar Di Dunia

Federal Reserve Bank of New York terletak di New York, 33 Liberty Steet, Manhattan, New York, Amerika Syarikat. Bank ini di buka pada tarikh 16 November 1914 dan tempat inilah anda boleh melihat emas yang banyaknya yang tidak akan pernah anda lihat seumur umur anda kerana disinilah terdapat vault (ruang penyimpanan) emas terbesar di dunia.

Di vault ini dianggarkan terdapat 10% daripada rizab emas di dunia atau sekitar 5000 metric tons emas deposit, yang bernilai USD $270 b.

Rizab emas ditempat ini bukan hanya berasal dari Amerika Syarikat tetapi sebahagian adalah merupakan simpanan dari 36 negara yang lain, yang mempercayai penyimpanannya di The Fed Bank of New York.
Tidak sembarangan orang dapat memasukinya apalagi mendokumentasikan tentang apa yang ada di dalam vault tersebut.

Jadi berbahagialah anda yang dapat melihat vault penyimpanan emas terbesar di dunia tersebut. Walaupun hanya melihat, tapi menambah pengetahuan kita.

iPad Bersalut Emas 24 Karat Untuk Penghuni Burj Al Arab

Satu–satunya hotel bertaraf tujuh bintang Burj Al Arab, Dubai mengumumkan bahawa mereka akan membekalkan setiap tetamunya dengan iPad bersalut emas 24 karat sepanjang tempoh menginap di hotel tersebut sebagai sebahagian daripada virtual concierge.

Hotel ini sememangnya terkenal sebagai sebuah hotel yang menawarkan “kemewahan” seiring dengan falsafah mereka iaitu “stay different“.

iPad bersalut emas 24 karat ini telah direka dan disediakan khusus oleh Gold & Co, London dan ianya eksklusif untuk Burj Al Arab.

Selain daripada iPad bersalut emas 24 karat ini, Hotel Burj Al Arab turut menyediakan iMac di setiap bilik hotel mereka. Sekiranya berhasrat untuk menginap di Burj Al Arab, pastikan anda betul – betul “kaya” memandangkan kos menginap di hotel tersebut adalah sekitar £985 semalaman dan mencecah £12,339 untuk Royal Suite.

P/S : iPad mesti dipulangkan semasa “check-out“.

12 Maut Terowong Lombong Emas Terbesar Runtuh

TIMIKA – Seramai 12 pekerja disahkan mati selepas terowong sebuah lombong di timur Indonesia runtuh dengan 16 yang lain masih hilang, kata pihak pengurusan lombong dari Amerika Syarikat yang memiliki lombong berkenaan.

Perkembangan tersebut disahkan selepas lima hari kemalangan itu berlaku.

Pasukan penyelamat kelmarin mengeluarkan satu lagi mayat dan menemui enam mayat pekerja lombong tersebut tetapi masih belum dapat mengeluarkan mangsa.

Firma Freeport-McMoRan cawangan Indonesia menyatakan, 10 pekerja diselamatkan hidup-hidup susulan nahas itu pada Selasa lepas.

Lombong Grasberg itu yang terletak di pergunungan wilayah Papua merupakan antara lombong emas dan kuprum terbesar di dunia.

Terowong runtuh itu merupakan sebahagian daripada fasiliti latihan bawah tanah dan bukan kawasan perlombongan sebenar. – AFP

Cyprus Tidak Akan Jual Rizab Emas

Cyprus tidak akan menjual rizab emasnya sekiranya ia berjaya mencari alternatif lain untuk melunaskan hutangnya yang berjumlah 10 bilion Euro.

Menurut Menteri Kewangan Cyprus, ini termasuk mendapatkan sumber pinjaman dari negara zon Euro lain dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) untuk tempoh empat tahun akan datang.

Harris Georgiades bagaimanapun berkata Cyprus mungkin perlu menjual rizab minyak aslinya untuk mengumpul dana dengan cepat.

Beliau bagaimanapun berkata perancangan rapi perlu dilakukan bagi memastikan sumber tenaga negara itu diuruskan dengan baik ketika krisis.

Apakah yang Mempengaruhi Naik & Turun Harga Emas?

Faktor utama yang mempengaruhi harga emas sedunia ialah jumlah permintaan terhadap emas dan jumlah penawaran emas di dalam pasaran. Sekarang mari kita lihat dari mana datangnya permintaan terhadap emas.

Permintaan pasaran terhadap emas terbahagi kepada 5 bahagian iaitu:
1. Untuk kegunaan industri
2. Untuk kegunaan pelaburan
3. Permintaan daripada bank-bank negara sebagai rizab negara
4. Permintaan untuk kegunaan sebagai barang kemas
5. Lain-lain kegunaan

Penawaran emas di dalam pasaran pula datangnya daripada:
1. Lombong emas di seluruh dunia
2. Penjualan rizab emas oleh bank pusat
3. Emas terpakai yang digunakan semula

Jadi, perbezaan diantara penawaran dan permintaan emas inilah yang akan menentukan turun-naiknya harga emas di dalam pasaran dunia. Di pasaran inilah aktiviti belian dan jualan emas secara besar-besaran berlaku. Dengan kata lain setiap masa akan ada pasaran emas yang akan dibuka dan ditutup. Inilah yang menyebabkan kita dapat lihat pergerakan harga emas setiap minit dan saat di kitco.com

Bagaimana harga emas harian dibuka?
Harga emas dibuka dan ditetapkan di pasaran London oleh 5 anggota Pasaran Emas London (London Gold Market). Mereka terdiri daripada penjual emas dan bank tertua, paling berpengaruh dan terbesar dunia iaitu: Barclays Capital, Societe General, HSBC Bank, Scotia Mocatta dan Deutsche Bank. Mereka berlima akan menetapkan harga emas sebanyak 2 kali sehari iaitu A.M fix ( 10.30 pagi waktu London) dan P.M fix (selepas lunch).

5 anggota ini akan menilai maklumat permintaan dan penawaran emas pada hari tersebut dan akan menetapkan harga pada hari tersebut. Jika maklumat menunjukkan permintaan melebihi jualan, maka harga emas akan ditetapkan lebih tinggi. Jika permintaan kurang berbanding penawaran, maka harga emas akan diturunkan.
Harga emas di pasaran ada kala naik ada kala turun. Kalau ditanya pada sesiapa pun, kebarangkalian mereka jawab membeli emas ketika ada duit dan harga emas turun. Sebenarnya ada beberapa faktor lain yang harus kita ingat bila masa yang sesuai untuk membeli emas. Antaranya:

Faktor Pertama – Jika berlaku sebarang acara terbesar di Cina, India atau negara lain yang sinonim dengan Emas, ianya adalah waktu terbaik untuk anda beli emas sebelum acara tersebut. Harga emas naik ketika Piala Dunia di Afrika Selatan, Olimpik di Beijing dan Sukan Komanwel di India pada June 2010.

Faktor Kedua – Anda boleh melihat keadaan ekonomi dunia sebagai rujukan. Jika harga Dollar US berbanding ringgit mengukuh jatuh harga emas akan naik. Kenapa? Harga emas di nilai dengan menggunakan Dollar US. Apabila US Dollar naik, kita memerlukan lebih ringgit untuk membeli emas.

Faktor Ketiga – Keempat, berapakah pengeluaran emas semasa , jika pengeluaran emas di lombong semakin rendah, harga emas akan naik. Ini teori permintaan dan penawaran.

Faktor Keempat – Apakah Landskap ekonomi sekarang, harga emas akan naik ketika ekonomi dalam keadaan jatuh, seperti kejatuhan ekonomi dunia, kejatuhan matawang dollar dan sebagainya, seeloknya anda beli ketika ekonomi bergerak perlahan.

Harga Emas Jatuh : Jutawan John Paulson Rugi US $300 Juta

BISNIS.COM, NEW YORK – Jutawan John Paulson kehilangan lebih dari US $ 300 juta kekayaan peribadinya dalam taruhan emas kerana harga emas itu turun ke paras terendah dalam hampir 2 tahun.

Seperti diberitakan Bloomberg, Paulson telah melabur kira-kira US $ 9.5 bilion dananya di berbagai hedge fund yang mana sebanyak 85% dilaburkan dalam kelas saham emas.

Hari ini, harga emas turun 4.1%, mengikis sekitar US $ 328 juta dari harta bersih kekayaannya hanya dari taruhan ini.

Bloomberg mencatat harga emas jatuh dan memasuki bear market selepas jatuh lebih daripada 20% sejak Ogos 2011, membawa kabar buruk bagi lelaki berusia 57 tahun itu yang selama ini telah berjuang dengan hasil yang buruk selama 2 tahun terakhir.

Pada tahun lalu, Paul mengatakan kepada para pelabur bahawa dana emasnya sebesar US $ 700 juta akan mengalahkan strateginya yang lain selama 5 tahun sebab emas merupakan lindung nilai terbaik terhadap inflasi dan penurunan mata wang kerana negara-negara akan mengepam wang ke dalam ekonomi mereka.

Seseorang yang mengetahui masalah ini pada bulan ini menyatakan bahawa dana Paul telah merosot 28% pada tahun ini sehingga Mac.

“Penurunan baru-baru ini pada harga emas tidak merubah tesis jangka panjang kami,” kata John Reade, Partner dan Penganalisis Emas Paulson & Co seperti dikutip Bloomberg, Sabtu (13/4/2013).

“Kami mula pelaburan dalam emas pada masa harganya sebanyak US $ 900 pada April 2009 dan sementara harganya turun dari kemuncaknya menjadi US $ 1,500, itu naik besar dari kos kami,” ujarnya.

Pelabur Paulson boleh memilih antara dollar dan versi denominasi emas untuk sebahagian besar dana syarikat.

Selain kerugian dari penurunan harga emas, pelabur di Paulson & Co, termasuk pengasas syarikat, kehilangan kira-kira US $ 62 juta hari ini pada pelaburan saham emas mereka, berdasarkan pemilikan per 31 Disember 2012.

Paulson & Co yang berpusat di New York itu memasang taruhan terbesar pada syarikat tambang termasuk pemilikan saham 7,35% di AngloGold Ashanti Ltd.