GST : Harga Emas tidak naik mendadak

image

SEBERANG JAYA – Harga emas tidak akan naik mendadak selepas pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang dikuatkuasa mulai 1 April 2015 ini kerana tidak melibatkan pertambahan kos operasi.

Timbalan Presiden Penang Chinese Heng Woh Goldsmith Employees Union, Foong Hon Beng berkata, harganya hanya membabitkan pertambahan enam peratus untuk cukai berkenaan.

Beliau berkata, selama ini kebanyakan pemilik kedai tidak mengenakan kos operasi terhadap barangan emas dan ia akan terus kekal seperti itu selepas ini.

“Walaupun ada pertambahan cukai tetapi pengilang, pemborong aau peruncit emas masih diberi rebat oleh kerajaan bagi setiap pembelian bahan input untuk menghasilkan barangan terbabit melalui inisiatif GST.

“Jadi tiada sebab untuk mereka menaikkan harga emas kerana kerajaan sudah memberi pelepasan terhadap setiap perbelanjaan yang dikeluarkan,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Sidang media turut dihadiri wakil dari Malaysian Indian Gold & Jewellery Association dan Muslim Jewellers & Money Changes Association.

Bagaimanapun, Hon Beng menjangkakan permintaan atau pembelian emas akan terjejas dan menurun antara 20 hingga 30 peratus selepas GST diperkenalkan kelak.

“Ia tidak akan lama dan dijangka kembali kepada sediakala dalam tempoh dua tahun setelah pembeli mengetahui keadaan sebenar GST,” katanya.

Menurutnya, ahli persatuan akan memperolehi kemudahan rebat cukai jika mendaftar dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) untuk GST yang mewajibkan semua syarikat memperolehi pendapatan melebihi RM500,000 setahun berbuat demikian.

“Saya yakin semua ahli persatuan memperolehi pendapatan tahunan melebihi RM500,000. Oleh itu, mereka wajar mendaftar untuk program GST kerana ia menawarkan pelbagai kemudahan dan kelebihan,” katanya.

Beliau turut mencadangkan orang ramai membeli emas sekarang kerana harganya yang masih rendah akibat kelembapan pasaran dunia.

“Pengguna beruntung kerana harganya lebih murah sekarang ini dan selepas GST, ia dijangka meningkat sedikit,” katanya.

Sehubungan itu, proses pendaftaran GST untuk semua ahli ketiga-tiga persatuan berkenaan akan diadakan di pejabat KDRM Seberang Jaya Ahad ini. -sinarharian

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

Tahun 2015 , Harga Emas Dijangka Naik

ilustrasi-harga-emas-naik-140529-andri

Chicago (ANTARA News) – Harga emas niaga hadapan di COMEX New York Mercantile Exchange pada perdagangan pertama tahun 2015, mencapai tahap tertinggi dalam lebih daripada lapan tahun.

Kontrak emas yang paling aktif untuk penghantaran Februari, naik 2.1 dolar AS, atau 0,18 persen, menjadi menetap di 1.186,20 dolar AS per ounce.

Emas naik selepas Institute for Supply Management (ISM) yang berpusat di AS mengeluarkan data lebih buruk daripada anggaran untuk indeks perkilangan, yang mengukur arah umum pengeluaran di syarikat pembuatan. Indeks komposit turun 3.2 mata menjadi 55.5, yang para penganalisis katakan pertumbuhan bulanan paling lambat dalam enam bulan. Demikian jelas Xinhua.

Sementara pesanan baru turun menjadi 57.3 dari 66,0 pada November. Laporan ini memberikan tekanan pada pasaran ekuiti AS, mendorong pelabur terhadap “syurga selamat” emas.

Selain itu, sebuah laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perdagangan AS menunjukkan perbelanjaan pembinaan jatuh 0.3 peratus lebih buruk daripada yang dijangka pada November, selepas kenaikan 1.2 peratus pada Oktober. Ini adalah faktor lain yang menekan ekuiti AS, yang seterusnya memberi sokongan pada logam mulia.

Walaupun ekuiti AS yang semakin lemah, kenaikan emas terhad oleh dolar AS yang lebih kuat daripada anggaran, mencapai tahap tertinggi dalam lebih daripada lapan tahun. Emas dan dolar biasanya bergerak berlawanan arah.

Perak untuk penghantaran Mac naik 16.9 sen, atau 1.08 peratus, untuk ditutup pada 15,768 dolar AS per ounce. Platinum untuk penghantaran April kehilangan 5.6 dolar AS, atau 0.46 peratus, untuk ditutup pada 1.203,90 dolar AS per ounce.

Editor : Ella Syafputri

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

Roti ditabur serbuk Emas berharga RM517

image (2)Juan Manuel Moreno menunjukkan roti ditabur serbuk emas yang dijual di kedainya di Sepanyol. – Agensi

BARCELONA January 2015 – Kebiasaannya, sebuku roti hanya dibuat menggunakan air, tepung, dan telur namun pengenalan roti yang ditabur serbuk emas oleh sebuah kedai di Sepanyol telah menarik perhatian pelanggan kaya dari seluruh dunia.

Laman web Oddity Central melaporkan, kedai roti Pan Pina di Algatocin memperkenalkan ‘roti serbuk emas’ yang berharga AS$150 (RM517) setiap 400 gram.

Pemilik bersama kedai itu, Juan Manuel Moreno berkata, idea membuat roti tersebut timbul selepas dia melihat penjualan ‘kopi paling mahal di dunia’ di sebuah kedai di rantau ini.

“Saya membuat keputusan untuk menabur serbuk emas yang boleh dimakan bernilai AS$100 (RM340). Namun, serbuk emas ini tidak membantu menyerlahkan rasa roti,’’ katanya.

Moreno, 41, berkata, serbuk emas itu hanya menjadi daya penarik roti berkenaan.

“Roti itu turut diperbuat daripada bahan organik dan sa­ngat sihat. Orang ramai percaya, sedikit serbuk emas yang ditambah kepada makanan bagus untuk penghadaman,’’ katanya. -Utusan

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

4 Kilogram Emas Lesap

EMAS01.transformed

Shah Alam: Seorang peniaga emas kerugian RM2 juta selepas wang tunai berjumlah RM1.65 juta bersama 40 kepingan emas dengan berat keseluruhan empat kilogram disamun antara sembilan hingga 11 penjenayah dalam kejadian di Kampung Bukit Lanchong, Putra Heights, dekat sini, pada 23 Disember lalu.

Dalam kejadian itu, mangsa yang berusia 25 tahun cedera dipukul menggunakan rotan dan kayu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Datuk Mohd Adnan Abdullah berkata, kejadian jam 8 malam di premis mangsa dan polis percaya suspek mengenali mangsa berikutan kedua-duanya dikatakan mempunyai urusan perniagaan.

Beliau berkata, mangsa mendakwa wang tunai RM1.65 juta serta 40 kepingan emas jenis 999.9 dengan setiap satunya seberat 100 gram disamun kumpulan berkenaan.

“Kerugian dianggarkan kira-kira RM2 juta,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini, semalam.

Mohd Adnan berkata, sejurus menerima laporan mangsa, polis menjalankan siasatan dan menahan tujuh individu berusia 20-an hingga awal 50-an membabitkan enam rakyat tempatan iaitu lima lelaki dan seorang wanita manakala seorang lelaki warga asing.

Menurutnya, hasil penahanan, polis merampas wang tunai RM259,520, empat keping emas dengan berat setiap satunya 100 gram, 11 unit telefon bimbit, seutas rantai tangan emas, seutas gelang tangan emas, satu topi dan sebuah kenderaan pacuan empat roda.

“Tindakan pantas polis berjaya menahan tujuh suspek mulai 27 Disember lalu.
“Bagaimanapun, polis masih mencari seorang lelaki bagi membantu siasatan iaitu Muhamad Fuad Mat Isa, nombor kad pengenalan 860612-29-5293 beralamat di No 175 Jalan Dagang 1/5 Taman Dagang, Ampang,” katanya.

Menurutnya, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai lelaki berkenaan diminta menghubungi Asisten Superintendan Rodney Pasla Haris di talian 016-8977664 atau Inspektor Ahmad Fazlin Rasli di talian 012-5113584.

sumber – www.hmetro.com.my

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

Polis Selangor berjaya tahan tujuh individu penyamun Emas

jenayah

SHAH ALAM 05/01/2015  – Polis Selangor berjaya menahan tujuh individu termasuk seorang lelaki warga Indonesia yang disyaki menyamun seorang penjual kepingan emas sehingga menyebabkan kerugian sebanyak RM2 juta di Kampung Bukit Lanchong, Putra Heights, dekat sini pada 24 Disember lalu.

Dalam tangkapan yang dibuat secara berasingan bermula 27 hingga 30 Disember itu, polis turut merampas RM259,520 dan empat keping emas masing-masing seberat 100 gram.

Kesemua suspek ditahan di tiga lokasi berasingan iaitu di Lenggong, Perak, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur dan Selayang, dekat sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Mohd. Adnan Abdullah berkata, pihaknya menerima maklumat daripada mangsa berusia 25 tahun yang melaporkan dia disamun oleh kira-kira sembilan hingga 11 orang, pukul 8 malam pada 23 Disember lalu.

Katanya, lelaki itu membuat laporan polis pukul 10.34 malam sehari selepas kejadian dan mendakwa dia turut dipukul dengan objek keras namun tidak mengalami kecederaan yang serius.

“Dalam kejadian tersebut, pengadu mendakwa wang tunai sebanyak RM1.65 juta dan 40 kepingan emas jenis 999.9 telah disamun oleh kumpulan tersebut.

“Malah dia turut mendakwa kumpulan penyamun itu melakukan satu transaksi pindahan wang sebanyak RM50,000 ke dalam akaun salah seorang suspek,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini, hari ini.

Menurut Mohd. Adnan, siasatan lanjut masih dijalankan bagi mencari seorang lagi suspek iaitu Muhamad Fuad Mat Isa yang memegang kad pengenalan bernombor 860612-29-5293 dengan alamat terakhir adalah di No. 175, Jalan Dagang 1/5 Taman Dagang, Ampang, dekat sini.

“Kita meminta sesiapa yang mengenali dan tahu dimana suspek berada untuk menghubungi Pegawai Risikan Operasi, Asisten Superitendan Rodney Pasla Haris di talian 016-8977664 atau pegawai penyiasat, Inspektor Ahmad Fazlin Rasli (012-5113584),” ujarnya. – KOSMO!

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

Niaga hadapan Emas dijangka tinggi minggu depan

emas-menanjak-naik-hingga-tembus-di-harga-rp-7-000gram1

KUALA LUMPUR: Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif dijangka dalam dalam trend meningkat minggu depan disokong pembelian yang lebih baik.

Peniaga dijangka terarah kepada komoditi selamat itu disebabkan kebimbangan terhadap ekonomi global meningkat.

Dalam notanya, RHB Research menyatakan firma itu kekal yakin terhadap pasaran hadapan emas dalam unjuran masa terdekat.

“Sekalipun komoditi ditutup rendah pada Rabu, ia tidak jatuh di bawah paras sokongan AS$1,172.40 dan ini menunjukkan sentimen pasaran belum lagi lembab,” menurut firma penyelidikan itu.

Sementara itu, peniaga Phillip Futures Sdn Bhd, Lim Eng Wee, berkata beliau menjangka emas akan meneruskan trend lembap disebabkan pengukuhan dolar AS dan peningkatan pertumbuhan ekonomi AS.

Asas Jumaat ke Jumaat menunjukkan Januari 2015 susut lima mata kepada RM134.40 segram manakala Februari 2015 naik 15 mata kepada RM134.70 segram, dan Mac 2015 serta April 2015 masing-masing naik 35 mata kepada RM135.10 dan RM135.50 segram.

Jumlah dagangan menyusut kepada 230 lot bernilai RM3.1 juta daripada 4,736 lot bernilai RM63.71 juta yang dicatat minggu lepas.

Kepentingan terbuka pada Jumaat berjumlah 3,016 kontrak berbanding 3,823 kontrak minggu lepas.

– BERNAMA

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

Pengurus didakwa tipu urusan jual beli Emas

37Penipuan (2)

KUALA LUMPUR: Seorang pengurus syarikat jual beli logam berharga mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ampang di sini semalam terhadap empat pertuduhan menipu seorang ahli perniagaan berhubung urusan jual beli 47.5 kilogram emas membabitkan lebih RM5.3 juta, awal bulan ini.

Mohd Khairul Firdaus Mohd Rejab, 29, didakwa memperdayakan Nurul Syazalina Md Isa, 29, untuk mempercayai bahawa dia boleh menyerahkan 47.5kg emas sedangkan dia tidak mempunyai emas itu sehingga mendorong wanita berkenaan menyerahkan wang tunai berjumlah RM5,352,950 kepadanya.

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di pejabat bernombor B-12A-G, Jalan Selaman 1, Dataran Palma, Ampang Jaya di sini pada jam 5 petang, 3 hingga 5 Dis lepas.

Bagi kesemua pertuduhan itu dia didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan denda, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Nurakmal Farhan Aziz menawarkan jaminan RM535,000 dengan seorang penjamin atas alasan amaun itu adalah munasabah memandangkan ia hanya 10 peratus daripada jumlah kerugian.

Peguam Abd Muiz Samsuri yang mewakili tertuduh memohon jaminan dikurangkan kepada RM100,000 memandangkan anak guamnya menanggung isteri yang tidak bekerja dan tiga anak yang masih bersekolah.

Hakim Unaizah Mohd membenarkan tertuduh diikat jamin RM300,000 dengan dua penjamin bagi kesemua pertuduhan serta syarat tambahan iaitu tertuduh perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah dan menetapkan 5 Feb untuk sebutan.
Di mahkamah sama, seorang penganggur mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan menyerang seorang anggota polis menggunakan parang, bulan lepas.

Noorzyzy Shah Abdul Rahman, 32, didakwa menyerang Sarjan Rohaizad Jaafar, 46, dari Bahagian D9 (Siasatan Khas), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, menggunakan parang yang boleh mengakibatkan kematian.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam didakwa melakukan kesalahan itu di kawasan tapak pasar malam, Lorong Sarawak, Taman Melawati, Ampang pada 1.50 tengah hari 25 Nov lepas mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Nurakmal Farhan tidak menawarkan sebarang jaminan kerana kesalahan itu adalah serius.

Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 29 Jan untuk sebutan. — Bernama

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

Sasar transaksi RM250 juta lagi

jewelry02

Kuala Lumpur: Pasaran pajak gadai Islam, Ar-Rahnu kian mendapat permintaan dalam kalangan masyarakat dan semakin banyak juga kedai Ar-Rahnu dibuka di negara ini.

Malah, dilihat masih ramai pemilik barang kemas di negara ini belum didedahkan dengan sistem Ar-Rahnu sedangkan ia mampu menjadi modal pusingan perniagaan yang boleh mendatangkan keuntungan besar.

Terbaru, Pos Malaysia turut meluaskan lagi perkhidmatannya dengan membuka rangkaian ArRahnu@POS bagi memberi kemudahan kepada orang ramai di sekitarnya.

Ikuti temu bual wartawan Bisnes Metro bersama Naib Presiden Kanan, Pos Ar Rahnu Sdn Bhd, Abd Razak Mohd A Kadir mengenai perkhidmatan yang ditawarkan ArRahnu@POS.

Apakah keistimewaan ArRahnu@POS jika dibandingkan dengan pajak gadai Islam yang lain?

Ar-Rahnu@POS menawarkan margin pinjaman tertinggi iaitu sehingga 75 peratus dari nilai marhun. Upah simpan yang dikenakan juga sangat rendah iaitu RM0.75 bagi setiap RM100 marhun serta menerima semua jenis emas termasuk jongkong emas Pamp Suisse dan Public Gold dengan berat sehingga 100 gram.
Selain itu, tempoh pinjaman yang fleksibel iaitu 6 bulan+6 bulan, tanpa caj tersembunyi dan paling penting ia patuh syariah. Perkhidmatan ini juga terdapat di75 lokasi pejabat pos terpilih seluruh negara.

Bagaimanakah ArRahnu@POS menguji ketulenan emas?

Kami akan menimbang berat dan menjalankan ujian ‘agua regia’ untuk memastikan ketulenan emas. Selain itu, mesin densimeter juga digunakan untuk menentukan ketumpatan kandungan dan isipadu emas.

ArRahnu@POS juga menggunakan harga emas mentah yang diniagakan di Bursa Logam London (LME) untuk menentukan nilai marhun.

Berapakah kadar upah simpan yang dikenakan dan cara pembayaran?

Upah simpan bulanan adalah RM0.75 bagi setiap RM100 marhun dan pelanggan boleh melakukan pembayaran secara ansuran (selagi masih dalam tempoh pinjaman) atau penebusan penuh termasuk bayaran upah simpan. Kami juga hanya menerima wang tunai saja.

Bagaimanakah pelanggan akan menerima bayaran bagi setiap transaksi gadaian dan berapakah had gadaian bagi pelanggan?

Pelanggan akan menerima wang secara tunai serta-merta. Pelanggan juga mempunyai pilihan untuk mendepositkan wang terbabit ke akaun RHB atau Maybank yang menawarkan perkhidmatan mereka di pejabat pos terpilih melalui Perkongsian Perkhidmatan Perbankan.

Pinjaman minimum adalah RM100, manakala had pinjaman maksimum sehari sehingga RM20,000 dan had pinjaman terkumpul bagi seorang pelanggan bernilai RM50,000.

Siapakah yang boleh membuat gadaian di ArRahnu@POS dan dokumen apa yang diperlukan?
i. Warga tempatan (kad pengenalan).
ii. Penduduk tetap (kad pengenalan penduduk tetap yang masih sah).
iii. Warga asing (pasport asal dengan tempoh sah laku sekurang-kurangnya setahun).
iv. Pelanggan perlu berusia 18 tahun dan ke atas.

Adakah ArRahnu@POS menawarkan perkhidmatan lain selain pajak gadai dan apakah jaminan keselamatan yang ditawarkan?

Ya, kami menawarkan perkhidmatan lain iaitu Ar-Rahnu Simpan, Ar-Rahnu Cuci dan penilaian zakat secara percuma,

Urus niaga dan transaksi dilaksanakan di hadapan pelanggan, malah ruang operasi dalam premis pejabat pos juga dilengkapi kelengkapan keselamatan seperti CCTV, alat penggera kecemasan dan bilik kebal turut dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan terbaru.

ArRahnu@POS sangat menitikberatkan pematuhan kepada setiap standard operasi dan unit pematuhan menjalankan audit bulanan di setiap cawangan untuk memastikan semua kakitangan mematuhi semua protokol yang ditetapkan.

Semua barang gadaian di ArRahnu@POS diinsuranskan sepenuhnya iaitu sehingga 100 peratus terhadap barang gadaian pelanggan.

Apakah sasaran ArRahnu@POS?

ArRahnu@POS sudah menyalurkan pinjaman sebanyak RM300 juta menerusi transaksi yang membabitkan lebih 50,000 pelanggan di seluruh negara.
Kami menyasarkan transaksi kira-kira RM250 juta lagi bagi tempoh sekarang sehingga 31 Mac 2015 kerana pelanggan selesa dan menunjukkan peningkatan mendapatkan perkhidmatan di ArRahnu@POS. Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman web www.pos.com.my.

sumber – www.hmetro.com.my

Konsep Tarik Emas Pamer Keunikan Pembentukan Barang Kemas

Barang-Kemas-02

Oleh Maizaitul Sabirah Magis@Aziz

KOTA BAHARU (Bernama) — Konsep tarik emas bagi menghasilkan barang kemas merupakan keunikan yang terdapat di beberapa kedai emas sekitar Kota Baharu, Kelantan.

Pemilik Kedai Emas Abdullah Roni atau nama sebenarnya Abdullah Muhammad yang menjalankan perniagaan tersebut hampir dua tahun berkata, ia adalah kaedah menarik emas yang merupakan keunikan terdapat di beberapa kedai emas sekitar Kota Baharu, Kelantan melalui serpihan debu emas yang terkeluar semasa proses penghasilannya.

“Di sini, kita akan leburkan semula serpihan itu untuk dijadikan barang kemas seperti sebentuk cincin, seutas rantai, selain pelbagai jenis koleksi barang kemas.

“Apabila selesai dibentuk, barang kemas itu akan dijual mengikut jenis, berat, upah, dan harga pasaran semasa,” katanya kepada Bernama.

Menurut Abdullah, terdapat lebih 150 kedai emas di bandar itu yang melakukan kaedah tarik emas.

Namun, apa yang membezakan kedai emasnya berbanding kedai emas lain adalah dengan menunjukkan kerja-kerja pertukangan barang kemas secara terbuka kepada pelanggan.

Tambahan pula, ia telah menarik minat pengunjung dan pelancong tempatan untuk melihat sendiri bagaimana sesuatu barang kemas itu dihasilkan.

KAEDAH MENGUJI KETULENAN EMAS

Mengulas mengenai harga emas di Kelantan, Abdullah berkata ia tertumpu kepada harga upah, berat dan jenis emas selain dijual dengan harga yang lebih murah.

“Rata-rata kedai emas di sini tidak terlalu mengikut harga pasaran. Ada yang meletakkan harga mengikut kadar upah dan berat, berbeza dengan kedai emas di tempat lain.

Bagaimanapun, katanya, hasil tukangan emas, perak dan tembaga yang dijual di situ tetap mendapat sambutan di kalangan penduduk tempatan.

Bagi Kamaliah Abd Wahab, 33, seorang daripada pelanggan Abdullah, barang kemas di negeri Cik Siti Wan Kembang atau kini dikenali dengan “Kelantan Unique” itu berbeza daripada segi kilauan emas dan kualitinya.

“Mungkin itu sebabnya setiap kali musim perayaan saya dan keluarga akan pulang ke kampung dan singgah ke sini untuk membeli dan menempah barang kemas sedangkan terdapat banyak pilihan kedai emas yang lain.

PERBEZAAN EMAS DI KELANTAN BERBANDING TEMPAT LAIN

Jika berkunjung ke mana-mana kedai emas di Kelantan, kilauan barang kemasnya berbeza berbanding barang kemas yang terdapat di negeri lain.

Abdullah menambah, kilauan itu bergantung kepada cara pembuatan dan jenis emas yang digunakan termasuk ketulenan emas yang perlu diuji terlebih dahulu.

Menurut Abdullah, terdapat beberapa kaedah untuk menguji emas dan salah satu daripadanya dengan menggunakan asid nitrik dan batu hitam.

“Pada mulanya, emas akan ditoreh pada batu hitam hingga meninggalkan kesan pada batu tersebut. Kemudian, asid nitrik akan dituang pada emas yang terlekat di batu hitam dan jika kesan emas itu hilang maka ia bukanlah emas yang tulen.

“Selain itu, emas juga boleh diuji dengan membakar barangan kemas itu sehingga menjadi merah namun kebiasaannya emas tulen tidak akan terjejas manakala emas tiruan pula akan meninggalkan kesan hitam bergantung kepada jenisnya.

Tambahnya, emas yang tinggi mutunya senang dibengkok dan dibentuk serta lebih lembut berbanding emas tiruan.

“Tidak semestinya barang kemas itu tulen jika terdapat label 916 dan sebagainya. Sebagai pembeli, kita harus bijak menilai,” katanya.

TEMPAHAN BARANG KEMAS

Tempahan barang kemas yang diterima oleh kedai emas Abdullah juga lebih tertumpu kepada tempahan terus daripada pelanggan selain mengeluarkan barang kemas untuk dijual.

“Semuanya bergantung pada permintaan pelanggan, kami akan hasilkan jika ada tempahan. Namun begitu, tempahan barang kemas seperti perak dan tembaga kurang mendapat permintaan.

“Kami juga mempunyai kira-kira sepuluh orang pekerja pertukangan bagi membuat barang kemas di samping menerima khidmat membaiki barang kemas,” katanya.

Tambahan pula, pihaknya lebih mementingkan kualiti koleksi barang kemas yang dihasilkan berbanding kuantiti.

“Kebiasaannya, pelanggan yang membuat tempahan akan memberikan contoh rekabentuk dan jenis emas yang diingini mengikut harga yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

“Pembayaran deposit bagi tempahan akan diambil dalam 30 peratus daripada harga barang kemas itu dan boleh disiapkan dalam masa satu minggu bergantung kepada jenis barang kemas.

Apa yang lebih menarik, pelanggan Abdullah boleh memberi ilham idea rekabentuk barang kemas yang diingini sebelum dihasilkan oleh pekerja tukangan emas.

–BERNAMA

Kedai Emas dirompak , rugi RM400,000

ROMPAKAN KEDAI EMASAnggota Unit Forensik menjalankan siasatan susulan kejadian rompakan di kedai emas Jalan Tunku Hassan, Seremban awal pagi tadi.

Seremban: Sebuah kedai emas di Jalan Tunku Hassan di sini, kerugian hampir RM400,000 selepas empat dulang emas dilarikan dua lelaki bersenjatakan besi, semalam.

Dalam kejadian jam 11 pagi, kedua-dua suspek yang memakai baju lengan panjang, bersarung tangan dan topi keledar berpenutup penuh menyerbu masuk kedai berkenaan.

Pemilik kedai yang hanya mahu dikenali Teng, 30-an berkata, ketika kejadian, dia dan dua pekerjanya serta seorang pelanggan lelaki berada di dalam premis berkenaan.

“Suspek yang bersenjatakan besi panjang dibaluti tali berwarna merah putih mengarahkan kami diam. Mereka memecahkan kaca rak pameran emas menggunakan besi terbabit.

“Mereka kemudian melarikan empat dulang emas dengan membonceng sebuah motosikal yang diletak di lorong bersebelahan kedai,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Menurut Teng, kejadian hanya mengambil masa kira-kira dua minit. Dia yang tergamam hanya menekan penggera sebaik suspek melarikan diri sebelum menghubungi polis.

Teng berkata, ia kali ketiga kedainya itu dirompak sejak beroperasi sembilan tahun lalu.

Sementara itu, Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Jaafar Mohd Yusof berkata, pihaknya sudah menjalankan siasatan di lokasi termasuk meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kedai berkenaan.

“Kami sudah melancarkan Ops Tutup bagi mengesan kedua-dua suspek. Kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan,” katanya.

Jaafar turut menasihatkan pemilik kedai emas supaya mempertingkatkan aspek keselamatan di premis masing-masing dan pihaknya pula akan meningkatkan rondaan terutama menjelang tahun baru.

sumber : www.hmetro.com.my