Goldman Sachs : Harga Emas Bakal Terus Turun

Jakarta – Investment Banking asal AS, Goldman Sachs Group Inc meramalkan harga emas dunia akan bergerak turun setelah terus naik selama 12 tahun belakangan. Goldman mengurangkan target ramalan harga emas dalam tiga bulan kedepan dari US $ 1,615 per ounce menjadi US $ 1.530 per ounce.

Dipetik dari Business Week , Khamis (11/4/2013) pada akhir tahun ini, Goldman menetapkan ramalan harga emas di level US $ 1.450 per ounce. Bahkan, pada akhir 2014 syarikat ini meramalkan harga emas boleh turun hingga mencapai US $ 1.270 per ounce.

“Emas bakal turun 5.8% tahun ini kerana spekulasi dari The Fed (bank pusat AS) yang menunda pemberian stimulus untuk pemulihan ekonomi,” ungkap penganalisis Goldman Sachs Group Inc, Damien Courvalin dan Jeffry Currie dalam laporannya.

Harga emas semalam saja sudah terlihat lemah turun 1.75% di US $ 1.558,90 per ounce. Harga emas sempat didagangkan menjunam mencapai titik terendah sejak Jun tahun lalu. Harga emas berjangka dan Emas spot masing-masing didagangkan lebih rendah meski data AS menunjukkan adanya kelembapan dalam penambahan jumlah lapangan kerja pada sektor swasta.

Harga emas batangan di Logam Mulia milik PT Aneka Tambang Tbk (Antam) hari ini juga mengalami penurunan yang cukup dalam. dikutip dari laman Logam Mulia, Khamis (11/4/2013), harga emas Antam 1 gramnya turun Rp 4.000 menjadi Rp 544.000.

Investor kewangan dan salah satu orang terkaya di dunia iaitu George Soros menyatakan emas tak lagi menjadi alat pelaburan yang selamat (safe haven ), karena harganya yang terus runtuh. “Emas tidak lagi menjadi pelaburan yang selamat (safe haven), terbukti dia tidak selamat lagi. Ini kerana kekecewaan banyak orang yang memegang emas. Namun saat ini banyak bank-bank pusat yang terus membeli emas, jadi saya berharap harga emas tidak terus jatuh. Emas saat ini sangat volatile hari ke hari, tidak lagi pelaburan jangka panjang, “tutur Soros .

Harga emas jatuh $ 27 ( RM82 ) Dekati Harga Terendahnya

Financeroll – Harga emas jatuh, dekati harga termurahnya hari ini dengan turun $ 27.90 atau 1.8% ke harga $ 1,558.80 per ons di bursa Comex – New York Mercantile Exchange pada Rabu (10/04) di sesi perdagangan AS.Harga emas dunia terus menjunam pada perdagangan kali ini, setelah Deutsche Bank sehari sebelumnya menurunkan unjuran harga emas di 2013, kali ini Goldman Sachs juga melakukan perkara yang sama iaitu menurunkan unjuran harga emas di tahun ini dari $ 1,610 / trz menjadi $ 1,545 / trz, ini merupakan unjuran penurunan kedua kalinya yang dilakukan oleh Goldman Sachs sepanjang 2 bulan terakhir.

Selain itu tekanan harga emas juga berlaku selepas Cyprus bersetuju untuk menjual cadangan emasnya bernilai 400 bilion euro atau sekitar $ 523 bilion sebagai sebahagian penambahan dana untuk penyelamatan ekonomi negara.

Dari hasil Fed minute, terjadi sedikit perdebatan tatkala pada meeting 20-21 Mac lalu, Jawatankuasa Federal sebahagian besar tetap melakukan perlanjutan pembelian aset asetnya, tetapi ada beberapa anggota menginginkan bank pusat AS tersebut sudah memulakan untuk mengurangkan besaran stimulus tersebut dan beberapa anggota lagi berupaya agar stimulus tersebut berakhir sebelum Disember 2013. Perdebatan inilah yang membuat harga emas dan juga perak mengalami tekanan jual.

Harga Emas Jatuh Hampir 2% – Goldman Sachs

Financeroll – Harga emas dalam perdagangan hari Rabu (10/04) hampir sebanyak 2% selepas pihak Goldman Sachs memangkas unjuran harga emas di tahun ini, menguatnya Dolar AS disisi lain ditambah dengan kenaikan yang berlaku di bursa saham dan sinyalemen yang pelbagai dari para pejabat Bank pusat AS atas tempoh dasar kuantitatif AS semakin membuat harga emas terpuruk.

Secara mengejutkan pula, pegawai-pegawai di Cyprus menyatakan mereka akan menjual rizab emas mereta guna menutupi hutang saat ini. Hal ini membuat harga emas juga semakin tertekan. Cyprus menyatakan akan menjual kira-kira 400 juta euros ($ 523 juta) kelebihan rizab emas mereka, sebagai usaha untuk mengurangkan hutang. Hal ini membuat ketersediaan emas di pasaran meningkat.

Untuk kontrak penghantaran bulan Jun, harga emas berakhir turun $ 27.90, atau turun 1.8%, kepada kadar $ 1,558.80 per ons di bursa Comex – New York Mercantile Exchange.

Dalam mesej kepada para Investornya, Goldman Sachs memberikan anggaran bahawa harga rata-rata emas di tahun ini adalah $ 1,545, menurun daripada anggaran mereka yang boleh mencapai $ 1,610. Dalam waktukurang dari dua bulan, Goldman Sachs telas mengurangkan turun unjuran harga emasnya. Hal ini menimbulkan kebimbangan pasaran akan kebenaran kejatuhan harga emas dimasa yang akan datang. Harga emas dijangka sukar menguat kembali saat-saat ini.

Goldman Sachs tidak hanya memberikan nasehat belaka kepada para pelabur dan pengikutnya akan kemungkinan kejatuhan harga emas ini, bahkan mereka diperkirakan sudah menutup posisi beli jangka panjang mereka, dan mengesyorkan untuk mula melakukan posisi jual.

Sehari sebelumnya, pihak Deutsche Bank juga mengurangkan unjuran harga emas pula di tahun ini, menguatnya Dolar AS menjadi pertimbangan mereka menurunkan harga emas di tahun ini ditengah membaiknya ekonomi AS dan naiknya keinginan para peserta pasaran dalam berdagang di kawasan yang lebih berisiko seperti bursa saham daripada emas .

Kenaikan yang berlaku di bursa saham AS, mencatatkan bursa saham Dow Jones dan S & P 500 dalam prestasi terbaik mereka selama enam minggu ini. Menguatnya Dolar AS disisi lain juga memberikan sumbangan bagi melemahkan harga emas dan semakin menjauhkan pelabur dari emas.

Polis Tumpaskan Sindiket Cuci Emas Tipu

KEPALA BATAS: Polis menumpaskan sindiket penipuan mencuci barang kemas yang bertindak menghakis emas mangsa dengan menggunakan sejenis bahan kimia selepas menahan dua lelaki warga China dan seorang wanita tempatan Rabu lepas.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Abdul Rahman Ibrahim berkata bertindak hasil maklumat dan risikan sepasukan pegawai dan anggota bahagian Siasatan Jenayah Komersil sejak sebulan lepas, pihaknya berjaya mengesan dua lelaki dan seorang wanita berusia 30 hingga 40 tahun berkenaan di terminal tambang murah di Sepang, Selangor.

“Ketika ditahan mereka mahu ke China dan dipercayai untuk menjual emas yang telah dicuri.

Bersama mereka ketika itu kita turut merampas beberapa ketulan emas dan barangan kemas bernilai lebih RM70,000,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Katanya susulan penahanan itu, polis menyerbu sebuah rumah di Raub, Pahang dipercayai tempat sindiket terbabit beroperasi sejak dua tahun lepas dengan menipu orang ramai di seluruh negara.

“Di rumah berkenaan kita merampas beberapa lagi barang kemas pelbagai bentuk, peralatan membuat atau membentuk emas, tiub gas dan tong gas serta wang tunai.

Selain itu, polis turut menemui beberapa bahan kimia yang dipercayai digunakan untuk menghakis emas,” katanya.

Set Barang Kemas RM150,000 ABPBH

Ampang: Penaja emas Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 2012, Habib Jewels Sdn Bhd, memperkenalkan set barang kemas bernilai RM150,000 yang bakal menjadi milik Bintang Paling Popular di bilik pamerannya di sini, semalam.

Penyanyi dan pelakon, Elly Mazlein, dipilih menggayakan set perhiasan berkenaan yang merangkumi subang, rantai, cincin dan gelang tangan.
Selain Elly, dua selebriti lain yang turut memperagakan barang kemas Habib semalam ialah Anzalna Nasir dan Aishah Sinclair.

Barang kemas yang direka khas itu diperbuat daripada gabungan moganite, berlian dan batu permata, serta dicipta mengikut reka bentuk unik dan tersendiri.

Jika sebelum ini Habib menghadiahkan kerongsang untuk pemenang kategori itu, namun kali ini mereka menggantikannya dengan gelang tangan potongan kelopak bunga.

Perkenal barang kemas

Majlis memperkenalkan hadiah utama itu dihadiri Pengarah Urusan Habib, Datuk Meer Sadik Habib dan Pengerusi Bersama Jawatankuasa Pengelola ABPBH 2012 merangkap Pengarang Hiburan BH, Shamshul Azree Samshir.
Selain hadiah utama, majlis petang itu turut memperkenalkan barangan kemas yang bakal digayakan pengacara, penyampai trofi, artis persembahan serta selebriti terpilih.

Pada malam kemuncak nanti, pengacaranya, Fara Fauzana, bakal menggayakan cincin bernilai RM10 juta, yang juga aksesori paling mahal pada acara yang bakal berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil, 7 April ini.

12 Jongkong Emas Bernilai RM17.86 Juta Ditemui Di Dalam Kereta

ROM – Polis Itali semalam menyatakan pihaknya menemui beberapa jongkong emas yang bernilai AS$5.8 juta (RM17.86 juta) yang disembunyikan di dalam sebuah kereta.

Ketika kejadian, kereta tersebut dalam perjalanan ke Switzerland.

Polis menahan kereta berkenaan ketika melakukan pemeriksaan harian.

Ketika kereta tersebut ditahan, isteri pemandu kereta berkenaan dan anak-anaknya berada dalam keadaan gementar.

Anggota-anggota polis kemudian menemui dua ruang yang tersembunyi di bawah kereta itu.

Sebanyak 12 jongkong emas kemudian ditemui yang dibungkus dengan surat khabar lama.

Pemandu kereta yang berusia 53 tahun itu merupakan seorang penduduk Itali yang tinggal di Switzerland.

Dia dan pasangannya itu disoal siasat di sebuah balai polis ekoran penemuan tersebut.

Pemandu itu dikenakan dakwaan melakukan penggubahan wang haram dan jongkong emas tersebut dirampas. – AFP

Lans Koperal Rompak Kedai Emas Dipenjara 9 Tahun


Dua ‘perompak’ yang dijatuhi hukuman kelmarin oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu.

“Hukuman penjara lebih lama diberikan kepada tertuduh kedua (Azizan) kerana sebagai polis, dia sepatutnya menjaga dan melindungi orang awam, tetapi bertindak sebaliknya apabila turut sama-sama melakukan jenayah.”

Demikian hujah Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa ketika menjatuhkan hukuman penjara sembilan tahun dan dua sebatan terhadap seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal.

Manakala rakannya seorang tukang masak dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Tinggi di Kuala Terengganu, kelmarin.

Azizan Shaari, 30, dari Cawangan Bengkel Pengangkutan Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Terengganu, manakala rakannya Jeffridin Manan, 33, dijatuhi hukuman itu selepas didapati bersalah melakukan rompakan menggunakan senjata api jenis revolver di sebuah kedai emas di Marang, kira-kira dua tahun lalu.

Mengikut kertas pertuduhan, kedua-dua mereka didakwa merompak barang kemas bernilai RM35,000 milik Fong Swee Heng, 50, dan semasa melakukan rompakan itu menggunakan sepucuk senjata api revolver dan satu tukul besi.

Mereka didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan rompakan berkumpulan menggunakan senjata di Kedai Emas Swee Heng, Wakaf Tapai, Marang, kira-kira jam 11.30 pagi, pada 28 November 2011.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nazlyza Mohamad Nazri di hadapan Hakim Mohd Yazid, manakala Jeffridin dan Azizan masing-masing diwakili peguam, Osman Bakar dan Bernard.

Terdahulu dalam penghakimannya, Mohd Yazid berkata, keputusan dibuat selepas mengambil kira beberapa faktor termasuk kejadian rompakan yang berlaku sebaik saja kedai dibuka pada waktu siang dan di tempat awam dengan tertuduh menutup muka.

Katanya lagi, ia satu rompakan dirancang secara teratur dan paling penting rompakan itu menggunakan senjata api iaitu pistol menyebabkan mahkamah perlu mengenakan hukuman setimpal.

Hanya Kerana Pin Rambut Emas Meiktila Bergolak

KONFLIK antara penganut Buddha dan umat Islam di Myanmar meletus lagi. Kali ini bukan di Sitwe, wilayah Rakhine tetapi di pekan Meiktila (juga ditulis Meikhtila). Pekan tersebut terletak hanya kira-kira 160 kilometer (km) dari Mandalay, bandar kedua terbesar di Myanmar.

Jarak antara Sitwe (tempat meletusnya konflik Rakhine dan Rohingya) dengan Meiktila lebih kurang 700 km. Dua pekan ini dipisahkan oleh Banjaran Arakan Yoma dan perjalanan di antara dua tempat ini boleh mencecah belasan jam.

Demografi dan topografi kedua-dua tempat itu juga amat berbeza. Rakhine merupakan kawasan pesisir pantai, berbeza dengan Meiktila yang terletak dalam wilayah Mandalay iaitu di kawasan tengah Myanmar yang digelar ‘jantung Myanmar’.

Dari segi penduduknya, etnik Rakhine merupakan penduduk majoriti di wilayah Rakhine selain terdapat jumlah etnik Rohingya yang signifikan. Di Meiktila pula, penduduknya rata-rata terdiri daripada etnik Bamar yang juga merupakan kaum majoriti di Myanmar.

Persoalannya bagaimana konflik antara penganut agama Buddha dengan Islam mampu mengharungi Banjaran Arakan Yoma dan merebak dari Sitwe ke Meiktila? Timbul juga tanda tanya yang sememangnya menarik perhatian – adakah antara insiden di kedua-dua tempat itu saling berkait?

Konflik di Meiktila dicetuskan oleh perkara yang amat remeh iaitu apabila satu pasangan beragama Buddha ingin menjual pin rambut emas dengan harga RM496 kepada seorang pemilik kedai emas yang beragama Islam. Selepas tawar-menawar, masing-masing bersetuju dengan harga RM372.

Peniaga emas itu bagaimanapun meninggalkan kedai sebentar pergi ke tempat lain untuk mengenal pasti kualiti pin rambut emas itu. Pergaduhan tercetus apabila peniaga tersebut pulang dan mahu mengurangkan harga belian dengan mendakwa pin rambut itu telah rosak.

Masing-masing bertelagah mengenai siapa yang merosakkan pin rambut itu. Akhirnya, peniaga emas berkenaan bertindak melontar pin rambut tersebut. Lelaki yang ingin menjual pin itu pula mendakwa dirinya telah dipukul oleh pembantu-pembantu kedai yang lain.

Akibat pertelagahan tersebut, sebuah masjid dan banyak kedai dibakar. Belasan orang termasuk seorang sami Buddha dipercayai terkorban manakala ratusan polis mengepung Meiktila. Perintah berkurung dikeluarkan serta-merta untuk mengelakkan konflik merebak.

Sebelum tercetusnya insiden tersebut, Meiktila hanya sebuah pekan kecil yang terletak berhampiran dengan sebuah tasik. Meiktila mencipta nama di peringkat global kerana di Tasik Meiktila itulah, pemenang hadiah Nobel, Aung San Suu Kyi dan suaminya, Dr. Michael Aris berbulan madu.

Selain itu, Meiktila juga merupakan pusat transit pengangkutan bas bagi dua destinasi pelancongan terkemuka di Myanmar iaitu Tasik Inle di negeri Shan dan Kompleks Arkeologi Bagan. Banyak pelancong asing dari Tasik Inle dan Bagan akan singgah di Meiktila untuk menjamu kauk swe jaw (mi goreng Myanmar) sambil minum la peik ye (teh tarik Myanmar) sebelum meneruskan perjalanan ke Yangon, bandar terbesar Myanmar.

Namun konflik pin rambut emas menjadikan Meiktila seperti zon perang dengan penduduknya menyembunyikan diri di dalam rumah dan hidup ketakutan. Pasar Meiktila yang sebelum ini meriah dengan suara tawar-menawar dipenuhi polis yang berkawal.

Yang pasti api permusuhan antara penganut Buddha dan Islam yang bermula dari Sitwe telah merebak sehingga Meiktila.

Walaupun keadaan di Sitwe sedikit sebanyak pulih kepada normal namun hati penduduk di situ dan seluruh Myanmar masih belum ditenangkan, tidak kira mereka yang beragama Buddha atau pun Islam.

Legasi sejarah perkauman yang masih menghantui rakyat Myanmar sekali lagi dibangkitkan. Generasi muda melalui buku-buku sejarah tahu bagaimana tanah pusaka nenek moyang mereka tergadai kerana berhutang dengan ceti-ceti dari India termasuk yang beragama Islam.

Keadaan itu diburukkan lagi apabila ramai penduduk Islam di Myanmar mempunyai legasi dengan India yang boleh dikesan sejak penjajahan British atau lebih awal. Istilah Myanmar Muslim digunakan untuk menggelar kumpulan penduduk ini selain membezakan mereka dengan etnik Rohingya.

Fenomena fobia terhadap Islam pernah mencetuskan pelbagai rusuhan sebelum dan selepas penjajahan British, malahan selepas kemerdekaan. Keadaan itu mendesak banyak umat Islam yang berasal dari India melarikan diri.

Banyak penduduk Myanmar melihat etnik Rohingya di Rakhine sebagai pendatang haram dari Bangladesh. Kemarahan mereka terhadap etnik tersebut sebenarnya berjangkit kepada umat Islam secara umumnya.

Dalam kalangan umat Islam pula, mereka secara automatik percaya bahawa etnik Rohingya telah ditindas habis-habisan melalui tindakan balas dendam besar-besaran etnik Rakhine.

Kepercayaan ini bukan disebabkan mereka mempunyai hubungan dengan Rohingya tetapi kerana persepsi bahawa penganut Islam sebagai orang yang tertindas.

Sebab itu hanya kerana pin rambut emas, ia boleh mencetuskan tragedi yang mengorbankan nyawa dan merosakkan harta-benda.

Kejadian itu menggambar betapa rapuhnya hubungan orang Islam dengan Buddha di Myanmar. Ia turut menggambarkan rasa tidak puas hati penduduk beragama Buddha di Meiktila yang kebanyakannya petani terhadap peniaga beragama Islam. Maka dalam keadaan tertentu, senario itu mungkin boleh digambarkan sebagai konflik antara kelas yang didorong oleh perbezaan agama.

Perkembangan di Meiktila boleh dijadikan isyarat bahawa konflik penganut Buddha dengan Islam di Myanmar tidak lagi bersifat setempat atau terhad di negeri Rakhine. Konflik seumpama itu boleh berlaku di mana-mana sahaja termasuk di Yangon sekiranya tindakan pencegahan tidak dilakukan dengan serta-merta.

Simbol pusat bandar Yangon ialah Pagoda Sule yang dikatakan berusia 2,000 tahun di tengah-tengah kesibukan sebuah bulatan jalan raya. Menariknya, pagoda Buddha itu dikelilingi oleh gereja Kristian dan masjid Sunni yang bersejarah.

Oleh sebab keunikan itu, pengunjung yang berjalan kaki di pusat bandar Myanmar kadang-kala boleh mendengar nyanyian lagu penganut kristian, bacaan doa penganut Buddha dan laungan azan pada masa yang hampir sama.

Suasana tersebut melambangkan walaupun Myanmar diduduki secara majoriti oleh penganut Buddha tetapi turut memberi kebebasan kepada rakyatnya untuk mengamalkan kepercayaan masing-masing. Adalah menjadi tanggungjawab kerajaan Myanmar dan setiap penduduk negara itu mempertahankan keharmonian yang sedang dinikmati. -Utusan

Harapan Temui Pelombong Emas Tertimbus di Tibet Semakin Pudar

BEIJING: Harapan pasukan pencari dan penyelamat China untuk mengesan 82 lagi mangsa tanah runtuh yang berlaku di kawasan perlombongan emas di sebuah kawasan pergunungan Tibet semalam, kini semakin pudar.

Seramai 3,500 anggota pasukan penyelamat serta 300 kelengkapan jentera menyertai gerakan mencari dan menyelamat itu, sambil ada yang hanya menggunakan tangan kosong untuk mencari mangsa tertimbus selain berdepan salji tebal dan ancaman penyakit.

Menurut laporan agensi berita rasmi China, Xinhua, seramai 82 pelombong masih terperangkap setelah seorang mangsa ditemui semalam, iaitu hampir 36 jam selepas kejadian tanah runtuh besar yang menimbus pekerja lombong emas di Lhasa di daerah Maizhokunggar, pada jam 6 pagi Jumaat.

“Pasukan penyelamat sedang bertungkus lumus mencari mangsa yang tertimbus, tetapi sehingga kini belum dapat mengesan lokasi mereka,” kata Wu Yingjie, Timbalan Setiausaha Jawatankuasa Autonomi Wilayah Tibet Parti-Komunis China. – AFP