Masa Untuk Semua Beli Emas

KUALA LUMPUR 24 April 2013 – Sekarang adalah masa yang sesuai untuk semua pihak membeli emas dengan harga yang masih rendah selepas kejatuhan terbesarnya pada 15 April, kata pengerusi eksekutif kumpulan Public Gold Datuk Louis Ng.

“Sekarang dengan harga yang merudum, ia menjadikan emas lebih mampu milik untuk semua, terutamanya pembeli baharu, yang mahu menyimpan emas untuk perlindungan harta,” katanya dalam satu kenyataan.

Pada 15 April, harga emas susut US$140 kepada US$1,395 satu auns, satu kejatuhan terbesar semenjak 1993, mengejutkan ramai pelabur veteran.

Semenjak itu, harga telah memulih sedikit, dan semalam ia ditutup pada US$1,408 satu auns, susut US$16.50.

Permintaan untuk emas telah meningkat kukuh semenjak 2000, dengan kebanyakan daripadanya berikutan negara-negara membangun menggunakan kekayaan baharu mereka untuk memenuhkan rizab mereka dengan emas.

Pada masa sekarang, adalah dinasihatkan rakyat Malaysia untuk membeli emas sebagai simpanan masa depan sebelum harga meningkat semula, kata kenyataan itu. – Bernama

Bahang Emas Sama Panas Dengan Kempen PRU13

KOTA BHARU – Di sebalik kehangatan kempen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) di sini, orang ramai khususnya kaum wanita Kelantan, tidak melepaskan peluang membeli barang perhiasan berikutan harga emas turun sejak minggu lepas.

Harga emas jenis 916 yang menjadi pilihan penggemarnya, turun kepada RM380 bagi 2.7 gram, berbanding RM420 untuk 2.7 gram sebelumnya.

Tinjauan Bernama mendapati seawal 9 pagi, pengunjung mula membanjiri kedai-kedai emas di sekitar bandar Kota Baharu, malah ada yang sanggup beratur sebelum waktu perniagaan bermula.

Pekerja Kedai Emas Wan Hassan Wan Omar, Wan Ahmad Salihan Wan Mohd Zaki, 18, berkata orang ramai mula menyerbu kedai milik keluarganya itu selepas berita harga emas turun, disiarkan akhbar.

Susulan itu, Wan Ahmad Salihan berkata operasi kedai itu yang ditutup 5.30 petang setiap hari, kini dilanjutkan sehingga 7 malam.

“Suasana bertambah meriah pada hari minggu sebab orang datang tak putus-putus. Kalau waktu kerja orang hanya datang pada masa rehat,” katanya ketika ditemui di sini.

Antara yang menjadi pilihan pelanggan ialah rantai, gelang dan loket selain barangan kemas yang ditempah mengikut kehendak mereka.

Penggemar rantai dan gelang, Rozilawati Sallehuddin, 41, berkata beliau tidak kisah berbelanja besar untuk mendapatkan barangan kemas kerana ia tidak mudah susut nilai.

“Emas ni pelaburan. Beli banyak kemudian boleh jual bila harga dia naik semula, kadang-kadang tu sampai dua kali ganda daripada harga asal,” katanya.

Nik Mahani Nik Abdullah, 55, berkata emas Kelantan mempunyai keunikan tersendiri kerana mendakwa kualitinya lebih tinggi berbanding tempat lain.

Meminati emas sejak 30 tahun lepas, Nik Mahani berkata beliau biasanya akan membuat tinjauan harga serta mencari reka bentuk terbaharu barangan kemas sebelum membuat sebarang pembelian.

“Kalau tak jumpa yang berkenan, saya akan buat tempahan di kedai emas untuk disesuaikan dengan pergelangan tangan saya yang kecil. Walaupun mahal sedikit, tak apa, janji puas hati,” katanya.- Bernama

Harga Emas Jatuh

KUALA LUMPUR , April – Harga emas yang jatuh sejak beberapa hari lalu merupakan peluang terbaik untuk orang ramai membeli emas bagi simpanan kekayaan untuk masa depan.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan Public Gold, Datuk Louis Ng berkata, harga emas yang turun mendadak itu bukanlah satu berita buruk tetapi peluang kepada pelabur baharu.

Katanya, walaupun harga jatuh pada tahap yang rendah dalam sejarah, namun, harga emas telah mencecah harga yang tinggi sejak sekian lama.

“Jadi sekarang adalah masa yang sesuai untuk membeli emas sementara harga masih rendah, terutamanya bagi pembeli baharu.

“Menurut sumber-sumber yang dipercayai, sejak beberapa hari lepas, orang ramai dari negara-negara Asia di rantau ini telah bergegas ke kedai emas untuk membeli emas menyebabkan kebanyakan kedai kehabisan stok.

“Ini kerana mereka sedar bahawa emas ialah aset pelindung yang selamat dan berguna semasa kesusahan. Emas adalah mata wang yang tidak boleh dimanipulasi,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Pada 15 April lalu, harga emas telah jatuh secara mendadak mengakibatkan keruntuhan harga terbesar sejak 1993.

Kejatuhan harga emas itu mengakibatkan ramai pelabur veteran terkejut dan mungkin telah menyebabkan kerugian bagi sesetengah pelabur.

Namun, harga emas telah mencecah harga yang tinggi buat kian lama yang menyebabkan ramai tidak mampu untuk memilikinya.

“Emas selalunya digemari di Asia. Bagi mereka, secara tradisinya, emas dibeli sebagai hadiah untuk pelbagai majlis seperti majlis perkahwinan, hari lahir, ulang tahun, dan sebagainya.

“Kini harga emas telah jatuh, membuatkan lebih ramai orang mampu untuk memiliki emas, terutama bagi pembeli baharu yang ingin menyimpan emas untuk perlindungan kekayaan masa depan,” ujarnya.

Permintaan emas telah semakin meningkat sejak tahun 2000, disebabkan oleh negara-negara membangun sedar bahawa emas boleh dijadikan kekayaan baru mereka. -Utusan

Orang Sibuk Menjual, Orang Bijak Sibuk Membeli.

Selepas peristiwa 11 September berlaku kegawatan ekonomi. Ramai yang hilang pekerjaan. Sewa rumah menjadi rendah. Berikutan itu harga rumah menjadi rendah. Ramai yang menjual rumah mereka dengan harga yang rendah. Pada ketika itu sesiapa yang mempunyai cash money mereka membeli rumah yang murah-murah itu. Apabila ekonomi pulih kembali, harga rumah kembali pulih kepada harga asal yang tinggi.

Pada masa itu yang membeli ketika rendah, sekarang menjadi jutawan. Keadaan yang sama berlaku hari ini kepada emas. Apabila harga emas menjadi rendah orang ramai menjadi panik. Mereka melepaskan pegangan mereka terhadap emas. Orang yang bijak dan mempunyai cash money akan mengambil kesempatan membeli emas-emas yang dijual murah. Berdasarkan itu, inilah masa yang tepat untuk pelaburan emas. Orang awam sibuk menjual, orang yang bijak sibuk membeli.

Tersangatlah ruginya jika anda tidak memulakan pelaburan/simpanan emas dan perak ketika ini. Harga “tidak normal’ seperti ini sangat jarang berlaku dan mungkin kali terakhir rendah sebegini. Amerika sekarang sudah kehabisan emas dan perak, mereka sudah menjadi pengimport. Mereka cuba memborong sebanyak-banyaknya emas dan perak pelabur yang takutkan harga jatuh ini. Selepas itu harga melonjak semula ke paras sebenar, Gold sepatutnya pada paras $2000-$2500/oz dan perak $50-$200/oz. Bertindak sebelum terlambat.

Penjual Emas Rugi RM96,000

HULU SELANGOR – Seorang penjual emas rugi RM96,000 apabila dirompak tiga lelaki ketika dalam perjalanan untuk berjumpa pelanggannya dekat Batang Kali di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affandi berkata, kejadian pukul 11.40 pagi itu berlaku apabila mangsa didatangi tiga suspek bersenjatakan parang dan pisau sebaik turun dari kenderaan pacuan empat roda (4WD) jenis Mitsubishi Pajero.

Katanya, turut berada dalam 4WD itu ialah seorang rakan mangsa.

“Salah seorang suspek kemudian menarik baju dan menolak mangsa hingga jatuh sebelum memijak dada dan mengacukan parang di lehernya.

“Dua lagi rakan suspek kemudian pergi ke kereta dan memegang rakannya sebelum melarikan sebuah beg galas yang mengandungi wang RM90,000 dan emas bernilai RM6,000,” katanya.

Tambahnya, suspek kemudian melarikan diri dengan menaiki kereta jenis Proton Wira yang menggunakan nombor pendaftaran palsu.

Menurut Norel Azmi, siasatan mendapati mangsa pergi ke situ untuk menemui pelanggannya yang ingin menebus emas di sebuah premis pajak gadai.

Polis masih menyiasat kejadian itu mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

Permohonan Maaf Astro Awani

Pada 18 Mac lalu, Astro Awani telah menyiarkan laporan khas mengenai pelaburan tidak sah dan skim cepat kaya. 

Dalam laporan berkenaan, kami telah secara tidak sengaja menyiarkan beberapa visual sijil dinar, dinar emas dan jongkong emas yang tertera logo dan nama Triplenine Goldworld Gallery Sdn Bhd.

Kenyataannya, Triplenine Goldworld Gallery Sdn Bhd tidak terlibat langsung dengan kegiatan haram itu.

Kami dengan ikhlas kesal dengan penyiaran itu kerana berkemungkinan memberi pemahaman salah kepada penonton mengenai syarikat berkenaan.

Astro Awani

Harga Emas Merosot, Sebaiknya Beli, Jual atau Tahan?

Liputan6.com : Harga emas terus merosot cukup untuk membuat pelabur bimbang. Ini instrumen pelaburan bersinar kemilau tiba-tiba hilang selepas komoditi mencatatkan penurunan terbesar dalam 30 tahun.

Tidak menghairankan, terdapat reaksi yang muncul. Dalam satu tangan, terdapat pelabur yang tidak pasti tentang apa yang perlu dilakukan dengan pelaburan mereka dalam emas, sebaliknya ada yang tertanya-tanya jika ada peluang untuk membeli emas pada harga semasa dan keuntungan dengan cepat.

Dilema pelabur boleh difahami. Salah satu faktor yang perlu dipertimbangkan apabila membuat keputusan sama ada untuk membeli, menjual atau memegang pelaburan dalam emas adalah sebab awal mereka melabur dalam emas.

Seperti yang dipetik dari Kawalan Wang, Khamis (18/04/2013), pemahaman yang lebih baik tentang peranan emas dalam proses peruntukan aset mereka boleh membantu mereka menangani kerumitan keadaan semasa. Malah, mengetahui bahawa terdapat lebih daripada satu sebab untuk mengumpul emas dalam portfolio mereka.

Pertama, emas adalah pelaburan yang selamat instrumen cenderung. Kedua, emas adalah satu komoditi yang mempunyai pelbagai dan cenderung untuk meningkatkan permintaan. Bukan sahaja dibuat ke syiling atau emas, tetapi ia juga mengambil pelbagai pembeli seperti pembuat barang kemas, institusi kewangan dan pengeluar produk-produk industri. Ketiga, melabur dalam emas tidak membawa risiko kredit.

Sudah tentu, seseorang itu untuk menghadapi adalah risiko turun naik harga. Walau bagaimanapun, ketidaktentuan boleh ditangani dengan pelaburan sistematik dan memilih cara yang betul untuk melabur dalam emas. Ingat, membeli emas dalam bentuk kertas sebagai “dana dagangan bursa” (ETF)
dan menyimpan emas boleh menjadi cara yang mudah dan berkesan.

Satu lagi tujuan untuk melabur dalam emas adalah untuk mengumpul wang untuk acara-acara khas seperti kanak-kanak perkahwinan. Oleh itu, bagi seseorang yang telah melabur dalam emas untuk tujuan ini dan rancangan untuk memastikan ia 10 tahun-15 tahun ke masa depan, tidak ada sebab untuk panik. Mereka masih memegang emas seperti yang dirancang dan mengambil peluang ini untuk menambah koleksi beliau.

Bagi pelabur yang ingin mengambil kesempatan cepat momentum bahawa penurunan mendadak harga, satu perkara yang perlu diingat harga emas boleh jatuh dari tahap semasa dan turun naik harga logam berharga akan terus untuk beberapa ketika. Jangan biarkan ia memakan diri sendiri. Faktor utama menentukan kejayaan pelaburan emas adalah keputusan untuk membuat emas sebagai instrumen pelaburan jangka panjang.

Harga Emas Terendah Sejak 2011

HARGA emas dunia menyaksikan penurunan sejak dua tahun lepas
disebabkan keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu.- REUTERS

KUALA LUMPUR 17 April – Harga emas dunia mencatat penurunan mendadak dalam tempoh enam bulan dengan kemerosotan harga lebih 20 peratus apabila didagangkan pada harga AS$44.3 (RM134) segram hari ini.

Harga komoditi berkenaan mencatatkan rekod tertinggi sepanjang tahun iaitu mencecah AS$60 (RM181.7) segram pada 2011 dan kemudiannya menunjukkan trend menurun kepada AS$50 (RM151) segram pada separuh pertama 2012.

Pada Oktober 2012, harga emas kembali bangkit untuk mencecah AS$57 (RM173) segram, namun momentum berkenaan tidak kekal lama sekali gus terus mencatatkan penurunan mendadak.

Harga emas didagangkan pada AS$54 (RM164) segram pada Januari tahun ini dan nilainya terus merosot dengan ketara bulan ini dengan mencatatkan harga AS$50 (RM151) segram pada 1 April dan kemudiannya jatuh lagi kepada AS$44 (RM133) segram.

Semalam komoditi berkenaan jatuh ke paras terendah sejak 2011 dengan didagangkan pada harga AS$43 (RM130) segram.

Penganalisis berpendapat penurunan berkenaan disebabkan oleh faktor kelembapan ekonomi China dalam tempoh tiga bulan ini sehingga menyebabkan industri emas dan besi berdepan dengan situasi sukar.

China merupakan negara kuasa ekonomi kedua terbesar dunia dengan rekod pertumbuhan 7.7 peratus setahun namun semakin perlahan disebabkan banyak faktor.

Bagaimanapun, dari segi prestasi emas dalam tempoh 12 tahun sebelum ini, komoditi berkenaan mengekalkan rekod pertumbuhan tahunan positif untuk tempoh 12 tahun berturut-turut dan dalam perkiraan lima tahun kebelakangan ini pertumbuhan lebih 46 peratus dicatatkan.

Penganalisis berpendapat harga emas akan bangkit semula dari fenomena kejatuhan ini untuk mencatat pertumbuhan positif untuk tempoh sepanjang tahun ini.

Berdasarkan perangkaan ini, situasi kejatuhan harga emas, sekarang adalah masa terbaik untuk pelabur emas mengambil peluang meningkatkan pelaburan masing-masing.

Walaupun harga emas kadang kala tidak menentu, namun prestasi jangka panjangnya adalah lebih baik berbanding pelaburan dalam komoditi lain. -Utusan

Masa Terbaik Untuk Pelaburan Emas

Sebagai orang lama dan berpengalaman, saya inig berkongsi kepada tuan-tuan, dalam penglibatan pelaburan, simpanan dan muamalah dalam bentuk emas dan perak, Saya berpendapat, SEKARANG adalah masa yang sesuai untuk PELABURAN, Saya nyatakan pelaburan/simpanan adahlah kerana harga yang pratikal, (tidak rendah/tinggi) disebabkan spekulasi di peringkat dunia, ambil peluang ini untuk emas fizikal, bukan Emas Kertas atau ‘paper gold’, Saya syorkan pelaburan dalam bentuk emas tulen iaitu bentuk bar atau barang kemas berketulenan 999. (Anda boleh buat kajian sendiri, syarikat mana yang menawarkan harga terbaik!!!)

Dinar Emas bukanlah pelaburan yang sesuai ketika ini kecuali dinar yang diberi pada kadar harga murah!!! (ini disebabkan kos pencetakan/minting dan lain kos, yang meningkatkan kos dan seterusnya menjadi mahal yang ditanggung pembeli), belilah dinar yang ketulenan sama, tetapi harga yang murah atau sama harga pasaran dunia.Dinar Emas Dan Dirham Perak lebih sesuai untuk muamalah, jika untuk pelaburan, ia memberi pulangan yang agak sedikit

Jika anda memerlukan pelaburan jangka panjang dan untuk digunakan sebagai perhiasan, bolehlah mendapatkan barang kemas sekarang, waupun tidak beberapa sesuai, kerana masa ini adalah harga yang paling pratikal.

Telah tiba masanya penggunaan Emas sebagai pelindung nilai, sebagai matawang sandaran kepada urusniaga, kerana emas barang bernilai dan tidak boleh dimanipulasi dan dicipta seperti apa yang berlaku sekrang, paper gold lebih berkuasa menentukan nilai emas fizikal, pada hal, emas fizikal tiada stok bila berlakunya penurunan mendadak paper gold. apa yang berlaku kepada nilai emas sekarang hanyalah spekulasi menyebabkan tenaga nilai emas hilang, terhakis dan keuntungan dikaut oleh pihak kapitalis-kapitas rakus yang hanya mengejar keuntungan semata-mata! Harga emas dunia sekarang adalah hampir 1300usd/oz menyebabkan kesan yang amat besar kepada ekonomi, terutama bank-bank…. (bersambung…)

Satu KERUGIAN BESAR jika anda tidak memulakan pelaburan/simpanan emas dan perak ketika ini. Harga “tidak normal’ seperti ini sangat jarang berlaku dan mungking kali terakhir rendah sebegini. Pada pandangan saya, ini bukan harga normal emas dan perak. ini lebih kepada spekulasii harga, menakutkan pelabur supaya melepaskan pegangan emas fizikal dan perak fizikal anda.

Realiti nya sekarang mereka (US) sudah kehabisan emas dan perak, mereka sudah menjadi pengimport. Terapi mereka kawal harga dengan spekulasi. Rujuk Sini.. http://seekingalpha.com/article/1314211-u-s-mint-sales-for-march-u-s-on-pace-to-use-all-domestic-mine-production-for-silver-eagles

Mereka cuba borong sebanyak-banyaknya emas dan perak pelabur yang takutkan harga jatuh ini. Selepas itu harga melonjak semula ke paras sebenar, tahukah anda paras sebenar emas dan perak sepatutnya berada ketika ini? Gold sepatutnya pada paras $2000-$2500/oz dan perak $50-$200/oz. Peraklah yang paling tersasar jauh, tetapi perak jugalah yang paling kehabisan stok di dunia ketika ini. Bukankah pelik? Bila demand harga tinggi, harga jatuh! maka fikir fikirkanlah, Bertindak sebelum terlambat.

Post by :
ISMAIL JOHARI

Copy write by :
Shahril Rakeb
Pengurus II, NNM GOLD RESOURCES,
Wakalah Rasmi KGT,
Perbadanan Menteri Besar Kelantan,
Kerajaan Negeri Kelantan.