Q10 Disalut Emas

Telefon mewah

Anda mahu memiliki telefon pintar dengan rekaan yang mewah dan bergaya. Bukan sebarangan telefon pintar tetapi BlackBerry Q10.
Terbaru Goldgenie, syarikat yang biasa mengeluarkan telefon mewah baru saja memperkenalkan BlackBerry Q10 yang dilapisi dengan emas 24 karat.

Namun tentu saja, dengan rekaan dan saduran emasnya yang mewah membuatkan telefon BlackBerry Q10 ini pun dijual dengan harga yang di luar jangkaan.

Untuk memperoleh telefon ini, pengguna harus membayar sekitar RM7,000. Selain dari rekaannya yang mewah, telefon ini memiliki kemampuan yang tidak jauh beza dengan versi asal Q10. Telefon ini turut memiliki fungsi yang sama seperti telefon BB Q10 yang lain.

Gold Accounts For 9% Of Turkey Exports To MENA

Turkey, which is not a major gold producer, was a net importer of gold, jewellery and precious metals in 2011 but swung to being a net exporter last year when it began shipping billions of dollars of the metal to Iran.

Gold accounted for 9 percent of Turkey’s exports to Middle Eastern and North African (MENA) country’s, particularly to Iran and the UAE.

According to Standard Chartered research, Iran and the United Arab Emirates received so much Turkish gold last year that the trade affected their export data.

That’s because of sanctions that prevent Turkey from buying Iranian oil with euros or dollars. Turkey is exempt from certain US sanctions on trade with Iran because it is dependent upon Iranian natural gas.
However, Iran-Turkey gold trade have been singled out by the US and EU for sanctions.

Analysts said Turkey pays Iran for natural gas in Turkish lira. Iranians then buy gold in Turkey and send it to Dubai via couriers, who import the yellow metal in hand luggage.

Once in Dubai, they can exchange gold for foreign currency, or ship it back to Iran. They added that, Interestingly, this turns up as exports in Turkey’s data.

Turkey, which is not a major gold producer, was a net importer of gold, jewellery and precious metals in 2011 but swung to being a net exporter last year when it began shipping billions of dollars of the metal to Iran.

In February, the most recent month for which figures are available,Turkey’s total exports of gold were worth $550 million, far below last year’s average of $1.1billion a month — although they were still almost wholly accounted for by sales to the UAE and Iran.

That drop in demand is likely to contribute to a rise in Turkey’s current account deficit this year, after a decline last year, and increases the woes of the country’s gold trade at a time when it is beset by other problems.

Harga Emas Bakal Naik ?

Pergerakan harga emas yang menurun sejak kebelakangan ini merisaukan ramai pelabur terutama yang baru berjinak-jinak dengan emas. Ramai yang telah menjual simpanan emas walaupun mengetahui akan kerugian kerana takut harga akan turun lebih rendah.

Tetapi harus diingat bahawa emas adalah penyimpan nilai yang berkesan. Penjualan secara panik tersebut adalah merugikan pelabur sendiri dan menyalahi hukum pelaburan iaitu beli semasa harga rendah dan jual semasa harga tinggi.

Ketika harga rendah adalah peluang bijak untuk pelabur menambah simpanan emas.

Jika dilihat dari graf KITCO ini, Harga emas sudah menunjukkan bounce dan akan kembali naik mengikut trend. Jadi jangan lepaskan peluang ini untuk membeli emas sekarang.

Semak Harga Emas disini .

Pergerakan Emas 08 Mei 2013

Harga emas meningkat semalam disokong permintaan dari China dan pasaran fizikal yang ketat, namun kenaikannya dihadkan oleh pasaran ekuiti kukuh dan kejatuhan pegangan dalam dana pertukaran perdagangan berasaskan emas (ETF) kepada paras terendah dalam tempoh empat tahun.

Import emas bersih China daripada Hong Kong mencapai paras tertinggi pada Mac dan permintaan bagi tempoh beberapa bulan akan datang dijangka meningkat yang berkemungkinan menyokong harga emas yang terjejas oleh aliran keluar ETF yang berterusan selepas mencatat kejatuhan harga terendah dalam sejarah bulan lalu.

“Wujudnya kecairan berterusan daripada ETF yang memberikan tekanan kepada emas. Sentimen ini tidak baik,” kata Ronald Leung, ketua peniaga di Lee Cheong Gold Dealers di Hong Kong.

Emas mencapai paras rendah AS$1,447 seauns sebelum melonjak AS$2.22 kepada AS$1,454.21 pada 0626 GMT.

Walaupun harga emas mula meningkat selepas pengumuman data perdagangan China yang menunjukkan ekonominya mencatat pemulihan kukuh, namun peniaga berkata kenaikan itu disebabkan oleh kegiatan membeli saham murah dan bekalan fizikal ketat.

“Dagangan akan berada pada jujuran itu,” kata Leung, yang menjangkakan emas akan bergerak antara AS$1,435 ke AS$1,485. Emas AS didagangkan kepada AS$1,453.60 seauns, naik AS$4.80.

SPDR Gold Trust, dana ETF terbesar dunia, berkata pegangannya susut 0.42 peratus kepada 1,057.79 tan pada Selasa. Dari segi auns, pegangan ETF susut kepada 34,008,852 auns, paras paling lemah sejak awal 2009.

Emas tunai susut lebih daripada 13 peratus setakat ini selepas mencatatkan peningkatan tahunan (12 bulan berturut-turut) disokong pelonggaran dasar yang mendorong pelabur membeli komoditi itu.

Sementara itu, pasaran fizikal yang kekal ketat memacu peningkatan bar, syiling dan ketulan emas selepas harganya susut kepada paras lebih daripada paras dua tahun rendah pada pertengahan April.

“Masih ada kekurangan bekalan di logam fizikal yang mana menjadikan premium kepada paras tertinggi. Apa yang boleh diperkatakan ialah bar emas adalah AS$3.50 seauns,” kata peniaga di Hong Kong.

Pasaran fizikal di Singapura kurang aktif kelmarin dengan pengguna tidak memasuki pasaran.

“Bekalan ketat dan saya mendapat berita bahawa premium di Hong Kong disebut pada AS$4 kepada AS$4.50. Permintaan dari Indonesia dan Thailand reda, namun masih ada sedikit jualan hari ini,’ kata peniaga Singapura.

Emas juga mendapat sokongan daripada data China.

Aliran emas bersih dari Hong Kong ke China, iaitu negara pengguna kedua terbesar selepas India, melonjak kepada 223.52 tan pada Mac daripada 97.11 tan pada Febuari, melepasi rekod terdahulu iaitu 114.37 tan pada Disember. – REUTERS

Pergerakan Emas 07 Mei 2013

Emas susut semalam, kehilangan sinar sebagai pelaburan alternatif selepas pasaran saham meningkat pada harapan pemulihan Amerika Syarikat (AS) yang kukuh dan ketika dana pelaburan emas susut ke paras terendah dalam tempoh tiga tahun.

Walaupun pembelian fizikal membantu emas kembali meningkat daripada paras rendah dua tahun yang direkodkan pada April, pengaliran keluar ETF mencerminkan keadaan berterusan penurunan minat pelabur dalam logam itu yang susut lebih 12 peratus pada 2013 selepas naik setiap tahun untuk 12 tahun sebelumnya.

Emas susut AS$6.45 seauns kepada AS$1,462 menjelang 0609 GMT.

Ia naik hampir tiga minggu tinggi sebanyak AS$1,462.80 pada Jumaat bersandarkan pembelian lindung nilai yangdicetuskan oleh Bank Pusat Eropah dan keputusan Rizab Persekutuan AS untuk meneruskan program rangsangan.

“Saya merasakan sentimen agak bercampur. Permintaan fizikal menyokong emas tetapi kamu akan menyaksikan terdapat kecairan dalam pasaran.

“Emas dalam jangka masa sederhana masih sedikit menyakinkan. Kamu boleh melihat pegangan SPDR masih turun sebanyak tiga hingga empat tan setiap hari,” kata ketua niaga Wing Fung Precious Metals, Peter Fung di Hong Kong.

SPDR Gold Trust, dana pelaburan emas terbesar dunia, berkata pegangannya jatuh 0.31 peratus kepada 1,062.30 tan pada Isnin, terendah sejak Ogos 2009.

Emas susut ke sekitar AS$1,321 pada 16 April, terendah lebih dua tahun, selepas ia susut di bawah AS$1,500 dan kebimbangan jualan bank pusat membawa kepada penjualan yang mengejutkan pelabur dan mencetuskan mereka untuk menurunkan pegangan dalam pelaburan emas.

Penyusutan emas mencetuskan minat belian di Asia dan bahagian lain dunia, membawa kepada kekuurangan jongkong emas, syiling dan logam emas di Hong Kong, Singapura dan Tokyo serta membantu logam itu kembali meningkat.

Namun, kegagalan emas untuk kembali kepada paras psikologi AS$1,500 mencadangkan dana logam itu masih dalam memerhati.

Emas AS untuk penghantaran Jun pada AS$1,462.10 seauns, turun AS$5.90.

“Kami menjangkakan permintaan fizikal menyokong pasaran, tetapi ia mungkin sukar bertahan ketika pasaran ekuiti meningkat, pengaliran keluar dana ETF serta keadaan spekulatif dalam jangka pendek.

“Selain itu, kebimbangan inflasi global yang mungkin menyokong emas adalah rendah. Kami menjangkakan peningkatan harga melepasi separuh kedua 2013 yang mana emas patut didagangkan dalam paras sederhana tinggi pada AS$1,500, ” kata ANZ dalam satu laporan. – REUTERS

RM100,000 Hilang Dalam 3 Minit

Anggota forensik memeriksa sekitar kedai emas dalam kejadian rompakan di Jalan Othman, Petaling Jaya. – Foto Mior Azfar Mior Kamarulbaid

Petaling Jaya: Seorang pemilik kedai emas kerugian lebih RM100,000 dalam tempoh tiga minit selepas disamun empat penjenayah di premisnya di Jalan Othman di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, empat lelaki bertopi keledar berpenutup muka, dilihat memasuki kedai emas yang baru sejam dibuka itu selepas melepaskan satu das tembakan amaran.
Enam pekerja dan seorang pelanggan yang berada dalam kedai berkenaan tidak dapat berbuat apa-apa kerana dua daripada empat penjenayah dilihat bersenjatakan pistol.

Penjenayah terbabit memecahkan cermin kaunter menggunakan dua tukul besi dan kapak sebelum mengaut barang kemas dipamerkan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed, ketika dihubungi berkata, rompakan berlaku dalam tempoh tiga minit sebelum suspek melarikan diri menaiki dua motosikal.

“Lokasi kejadian sudah diperiksa pasukan forensik dan kita menemui beberapa bukti termasuk dua tukul besi dan sebilah kapak yang dipercayai digunakan untuk memecahkan cermin pameran.

“Semua pekerja dan pelanggan di premis itu tidak dicederakan manakala polis kini meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) untuk membantu siasatan,” katanya.
Sementara itu, pengurus restoran berhampiran kedai emas terbabit, Ajimir Mustafa, 40, berkata beliau berada di kaunter ketika terdengar bunyi tembakan.

“Saya dan beberapa pekerja serta pelanggan lari ke belakang kedai untuk menyelamatkan diri,” katanya. -Bharian

Harga Emas Dijangka Turun

Kejatuhan cecah 7.5 peratus lebih rendah akhir 2012

London: Aliran meningkat harga emas sejak sembilan dekad lalu, dijangka berakhir berikutan langkah menjual pegangan oleh sebahagian besar pengurus dana global.
Susulan itu kebanyakan penganalisis menjangka harga komoditi itu akan mencatat aliran menurun buat kali pertama sejak 2000.

Harga emas mulai susut pada April meskipun bank pusat mencetak wang secara besar-besaran, penularan krisis hutang Eropah dan pengurangan unjuran pertumbuhan ekonomi tahun ini untuk kali keempat oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

Harga logam berharga itu dijangka berada pada paras AS$1,550 seaun menjelang akhir tahun ini, iaitu 7.5 peratus lebih rendah berbanding harga pada akhir 2012.

Ia adalah kejatuhan paling besar sejak 1997, demikian mengikut 38 jangkaan yang dikumpulkan Bloomberg.

Pelabur kini menjual logam berharga menerusi produk dagangan bursa (ETF) pada kadar terpantas dalam rekod.

Harga emas mulai susut pada April meskipun bank pusat mencetak wang secara besar-besaran, penularan krisis hutang Eropah dan pengurangan unjuran pertumbuhan ekonomi tahun ini untuk kali keempat oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).
Nilai emas jatuh ketika ekuiti Amerika Syarikat (AS) mencatatkan rekod tertinggi, sekali gus mencerminkan penurunan keyakinan pelabur.

“Ia adalah tanda berakhirnya satu era,” kata Ketua Penyelidik Komoditi Societe Generale SA di New York, Michael Haigh, yang membuat jangkaan mengenai kejatuhan harga logam berharga itu sebulan lalu.

“Arah aliran ETF dan dana lindung nilai mengubah arah aliran emas buat pertama kali dalam tempoh yang sangat lama. Harga dilihat akan terus jatuh,” katanya.

Harga emas susut 13 peratus kepada AS$1,450 di London tahun ini dan mencecah paras terendah dalam tempoh dua tahun pada AS$1,321.95 pada 16 April.

Ia mencatatkan peningkatan 16 peratus untuk terus mencatatkan peningkatan 13 tahun berturut-turut. Standard & Poor’s GSCI menunjukkan 24 komoditi jatuh 5.8 peratus sejak awal Januari, dengan emas mencatatkan prestasi ketiga terburuk selepas perak dan plumbum.

Indeks Ekuiti MSCI Semua Negara Dunia meningkat 8.3 peratus dan Indeks Bank of America Corp menunjukkan Treasuries naik 0.9 peratus.

Peningkatan tahunan selama 12 tahun berturut-turut turut dicatatkan sesetengah aset lain.

Perbendaharaan AS memberi pelabur pulangan sekurang-kurangnya 16 tahun menerusi 1993 dan bon Indeks pasaran Meluas Global Bank of America meningkat setiap tahun sejak 2000.

Nilai emas yang dipegang menerusi ETF jatuh AS$37 bilion kepada AS$106.1 bilion sejak Oktober berikutan kejatuhan harga dan pelabur menjual logam, demikian mengikut perangkaan yang dikumpulkan Bloomberg.

Institusi memiliki kira-kira 50 peratus 1,078 tan dalam SPDR Gold Trust, iaitu ETP terbesar, dan mereka mungkin menjual kira-kira separuh daripadanya kerana harga jatuh dan pelabur memilih ekuiti, kata Deutsche Bank AG dalam laporannya pada 26 April.

Logam berharga itu jatuh 25 peratus daripada paras rekodnya AS$1,921.15 pada September 2011 kerana Indeks MSCI Semua Negara Dunia meningkat 26 peratus.
Societe Generale mengunjurkan harga purata pada suku keempat ialah sekitar AS$1,375, iaitu paras terendah dalam tempoh tiga tahun.

Goldman Sachs Group Inc, Barclays Plc, Credit Suisse Group AG dan Morgan Stanley juga antara mereka yang mengunjurkan harga rendah dan hanya 10 daripada 38 penganalisis yang terbabit dalam kaji selidik Bloomberg menjangkakan logam berharga itu mencatatkan peningkatan bagi tahun ke-13.

Sementara Goldman pula dalam cadangan jualannya pada 23 April, berkata ia menjangkakan harga emas mencatatkan kejatuhan selanjutnya.

Harga emas mencatatkan peningkatan 11 peratus sejak mencecah paras terendah dalam dua tahun kerana kejatuhan mendorong pembelian emas syiling dan barang kemas. – Bloomberg

60 Maut Lombong Emas Runtuh di Sudan

KHARTOUM 2 Mei – Lebih 60 orang dilapor mati tertimbus apabila sebuah lombong emas runtuh di Darfur, Sudan hari ini.

Pegawai polis tempatan, Haroun al-Hassan berkata, kejadian tersebut berlaku di Jebel Amir, Darfur Utara dan jumlah sebenar mangsa yang tertimbus masih lagi disiasat.

“Menurut laporan, lebih 60 orang terbunuh dalam insiden berkenaan.

“Saya tidak dapat memberikan jumlah sebanar mangsa yang terkorban atau terperangkap kerana tiada maklumat yang menunjukkan berapa ramai orang memasuki lombong berkenaan,” jelasnya. – AFP

Sindiket Tipu Beli Emas Dan Berlian Internet Tumpas

Polis berjaya menumpaskan satu sindiket penipuan internet yang kononnya menawarkan jualan barang berharga seperti emas dan berlian, dengan tertangkapnya 14 lelaki warga Afrika di Puchong, Selangor.

Tangkapan itu susulan aduan dibuat tiga mangsa dari China yang kerugian lebih tiga juta dolar Amerika.

DATUK SYED ISMAIL SYED AZIZAN / PENGARAH JSJK BUKIT AMAN
“Mangsa telah diminta memasukkan wang itu ke beberapa akaun tempatan dan setelah wang dimasukkan mereka ini, suspek ini telah pun menghilangkan diri”.

Pihaknya menerima laporan daripada polis China Disember lalu daripada tiga rakyat republik itu yang ditipu kenalan di laman sosial.

Siasatan kemudian membawa kepada serbuan di empat premis di Taman Mutiara Indah, Khamis lalu.

Semua yang ditahan berusia antara 25 hingga 33 tahun itu adalah penuntut kolej di sekitar Lembah Klang.

Polis turut merampas 27 unit telefon bimbit, 12 kad ATM dan tujuh buah komputer riba.

Suri Rumah Curi Rantai Emas Dipenjara 6 Hari

Kota Bharu: Seorang suri rumah dijatuhi hukuman penjara enam hari dan denda RM3,000 di Mahkamah Majistret di sini, semalam, kerana mencuri seutas rantai emas bernilai RM900 di dalam sebuah kedai emas minggu lalu.

Majistret Nik Habri Muhamad yang menjatuhkan hukuman itu selepas Nor Aini Mohd Yusoff, 21, mengaku bersalah terhadap pertuduhan dibacakan, memerintahkan hukuman penjara bermula dari tarikh Nor Aini ditangkap pada 25 April 2013 dan dia boleh dikenakan tambahan hukuman penjara tiga bulan jika gagal menjelaskan denda.

Sebelum itu, Nik Habri turut menasihatkan tertuduh supaya mengambil pengajaran terhadap kesalahan dilakukankannya.

“Saya tahu kamu bukan penjenayah tegar dan kejadian jenayah ini berlaku apabila kamu mempunyai peluang berbuat demikian.

“Kesalahan ini menyebabkan kamu rugi kerana perlu membayar denda melebihi nilai barang kemas itu selain memalukan suami dan anak. Saya harap kamu insaf,” katanya.

Mengikut pertuduhan, Nor Aini didakwa mencuri seutas rantai leher emas milik Kedai Emas Seri Ayu di Jalan Temenggong di sini pada jam 11.15 pagi, 25 April 2013. Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Terdahulu, tertuduh dalam rayuannya memohon hukuman ringan kerana dia sudah insaf dengan kesalahannya.

“Saya tidak bekerja manakala suami hanya bekerja sebagai seorang buruh dan mempunyai seorang anak yang masih kecil.

“Selepas direman beberapa hari saya sudah insaf dan berjanji tidak mengulangi kesalahan sama,” katanya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Noor Dayana Mohamed memohon tertuduh dijatuhi hukuman setimpal untuk memberi pengajaran kepada tertuduh dan teladan kepada orang ramai. -hmetro