ar-rahnu yapem

Pajak Gadai Ar-Rahnu Yapeim Dibuka Waktu PKP

Pajak Gadai Ar-Rahnu Yapeim dibuka hari isnin dan khamis sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan fasa tiga ketika Pandemic Covid 19 melanda negara, boleh ke cawangan terdekat dengan anda seperti dibawah

Buka jam 9.00 pagi hingga 2 petang (Isnin & Khamis)

via www.hargaemas.my

Cawangan Ar-Rahnu Yapeim berada di lokasi berikut, sila semak kawasan anda.

KUALA PILAH
GEMAS
PORT DICKSON
GEMENCHEH
(p) SENAWANG
REMBAU
TAMPIN
BANDAR ENSTEK
SEREMBAN
JELEBU
KUALA PILAH
GEMAS
PORT DICKSON
GEMENCHEH
(p) SENAWANG
REMBAU
TAMPIN
BANDAR ENSTEK
SEREMBAN
JELEBU
MASJID TANAH
AYER KEROH
SUNGAI UDANG
MERLIMAU
KOTA MELAKA
PAYA RUMPUT
PASIR GUDANG
PARIT RAJA
SEGAMAT
KLUANG
SIMPANG RENGGAM
bukit gambir
KOTA TINGGI
PONTIAN
PARIT JAWA
LABIS
LARKIN
MERSING
BANDAR PENAWAR
AYER HITAM
KANGAR
ARAU
PADANG BESAR
SIK
PENDANG
PADANG SERAI 1
BALING
KUALA KEDAH
SUNGAI PETANI
KUALA NERANG
CHANGLUN
LANGKAWI
KUALA KETIL
KULIM
GURUN
YAN
UTC KEDAH
JITRA
KODIANG
SUNGAI PETANI 2
JENIANG
POKOK SENA
MERGONG
GERIK
SLIM RIVER
SELAMA
HUTAN MELINTANG
MEDAN TASEK
KAMUNTING
MEDAN GOPENG
BAGAN SERAI
CHANGKAT JERING
TELUK INTAN
PARIT BUNTAR
YBU IPOH
RTC GOPENG
MANJOI
YBU-UTC
MERU
SERI ISKANDAR
TAPAH
LENGGONG
KUALA KANGSAR
LUMUT
KAMPAR
SITIAWAN
SUNGAI SIPUT
TANJUNG MALIM
PENAGA
KEPALA BATAS
TASEK GELUGOR
BAYAN PERMAI
SUNGAI DUA
ALMA
JELUTONG
BALIK PULAU
SIMPANG AMPAT
PERMATANG PAUH
KETEREH
BANDAR BARU JELI
GUA MUSANG
WAKAF BHARU
BERIS KUBOR BESAR
PASIR TUMBOH
TUMPAT
TANAH MERAH
RANTAU PANJANG
KOK LANAS
PASIR MAS
KOTA BHARU
PENGKALAN CHEPA
WAKAF CHE YEH
PASIR PUTEH
GUA MUSANG 2
PENGKALAN KUBOR
MACHANG
KUALA KRAI
JELAWAT
SETIU
KUALA BERANG
PAKA
KOTA PUTRA
KEMAMAN
LOSONG
KUALA NERUS
DUNGUN
MARANG
KUALA TERENGGANU
JERTIH
MENTAKAB
KUANTAN
JENGKA
BENTONG
JERANTUT
PEKAN
MUADZAM SHAH
BALOK
BANDAR TUN RAZAK
KUALA LIPIS
UTC PAHANG
BERA
TEMERLOH
MARAN
GAMBANG
KAMPUNG ATTAP
BANDAR TUN RAZAK
SETIAWANGSA
WANGSA MAJU
(P) DESA PANDAN
PEKELILING
GRAND SEASON
ALAM DAMAI
UTC KUALA LUMPUR
KAPAR
TAMAN MELAWATI
SUNGAI BESAR
BATANG KALI
BANTING
BANGI
KUALA SELANGOR
(P) PELABUHAN KLANG
KAJANG
SERI KEMBANGAN
TAMAN MEDAN
SEKSYEN 17
(P) SEKSYEN 7
AMPANG POINT
SRI ANDALAS
SALAK TINGGI
SELAYANG
RAWANG
BANDAR SERI PUTRA
HULU LANGAT
BUKIT JELUTONG
SRI GOMBAK
SAUJANA UTAMA
SEMENYIH
KELANA JAYA
PUNCAK ALAM
KOTA DAMANSARA
BANDAR TASIK PUTERI
SEKSYEN 19
PUTRAJAYA
PUTATAN
KOTA BELUD
UTC SABAH
INANAM
TAWAU
SEMPORNA
SIPITANG
LAHAD DATU
SANDAKAN
MIRI
LIMBANG
LAWAS
TAMAN SUKMA
PETRA JAYA
MATANG JAYA
SAMARAHAN
UTC SARAWAK
SIBU
SARIKEI

ar-rahn koperasi kelantan

Kedai Pajak Gadai Ar-Rahn Koperasi Kelantan Dibuka Waktu PKP

Pajak Gadai Islam Ar-Rahn koperasi Kelantan dibuka setiap Isnin dan Khamis sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan fasa 3 ketika pandemic Covid 19 melanda negara

9.00 pagi – 2.00 petang

via www.hargaemas.my

Cawangan Ar-Rahn seperti dibawah, sila semak kawasan anda

Kota Bharu 1
Jeli
Kota Bharu 2
Wakaf Baru
Kok Lanas
Wakaf Che Yeh
Tanah Merah
Pasir Mas
Jelawat
Guchil
Gua Musang
Pasir Puteh
Rantau Panjang
Machang
One Stop
Kuantan
Temerloh
Raub
Bentong
Raja Laut
Kajang
Rawang
Sungai Petani
Kangar
Putatan
Sandakan
Api-Api
Tawau
Kota Belud
Beufort

rahnu koop sahabat

Pajak Gadai Ar-Rahnu Koop Sahabat Dibuka Waktu PKP

Ar-Rahnu Koop Sahabat dibuka pada setiap Rabu dah Khamis sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan di Malaysia ketika pandemic Covid 19 melanda negara ini dari jam 9 pagi hingga 2 petang.

Layari web/fb koopsahabat untuk maklumat lanjut

via www.hargaemas.my

Cawangan Ar-Rahnu Koop Sahabat berada di lokasi berikut, sila semak kawasan anda.

Pasir Tumboh
Jerteh
Gong Badak
Kemaman
Meru
Mentakab
Shah Alam
Manjung
Teluk Intan
Pengkalan Chepa
Kuantan
Sungai Besar
Banting
Jitra
Alor Setar

Pajak Gadai Ar-Rahnu Pos Buka Setiap Hari Dalam Tempoh PKP

Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan di Malaysia ketika pandemik Covid 19, Pos Ar-Rahnu dibuka setiap hari untuk gadaian/tebusan emas sepanjang tempoh PKP fasa 3 ini.

Waktu untuk berurusan adalah dari 8.00 pagi sehingga 2.30 petang

Cawangan Ar-Rahnu Pos ada di pejabat pos seperti dibawah, sila semak area anda

Kangar
Sg Petani
Kulim
Jitra
GPO Alor Setar
Pendang
Kepala Batas
Bukit Mertajam
Dato Keramat
Gerik
Ipoh
Parit Buntar
Kuala Kangsar
Seri Manjong
Tanjung Malim
Batu Gajah
Taiping
Teluk Intan
Rawang
Kuala Kubu Bharu
Klang Utara
Telok Panglima Garang
GPO Shah Alam
Kelana Jaya
Bandar Baru Bangi
Semenyih
Dengkil
Kajang
Ulu Langat
Pelabuhan Klang
Jinjang
Gombak
GPO Kuala Lumpur
Port Dickson
Tampin
GPO Seremban
Jasin
Masjid Tanah
Ayer Keroh
GPO Melaka
Alor Gajah
Segamat
Muar
Skudai
Bandar Tenggara
GPO Johor Bahru
Gelang Patah
Simpang Renggam
Parit Raja
Kota Tinggi
Jerantut
Jengka
GPO Kuantan
Temerloh
Mentakab
Raub
Cukai
Dungun
Jerteh
Kuala Terengganu
Kuala Berang
Chabang Tiga
Selising
Wakaf Che Yeh
Wakaf Bharu
GPO Kota Bharu
Machang
Tumpat
Pasir Mas
Kuala Krai
Gua Musang
GPO Kota Kinabalu
Lahad Datu
Tawau
Sandakan
Inanam
Tuaran
Keningau
Tawau 2020
Marudu

zuraida kedai pajak

Kedai Pajak Dibenar Beroperasi 2 Hari Seminggu – Covid 19

“Kerajaan bersetuju agar premis syarikat kredit komuniti dan pajak gadai dibenarkan beroperasi selama dua hari seminggu dari 9 pagi hingga 2 petang sahaja.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Zuraida Kamaruddin berkata, ia susulan perbincangan dengan persatuan berkenaan susulan pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai Langkah Tambahan Bagi Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin-Tambahan) yang diumumkan pada 6 April lalu.

“Namun syarikat kredit komuniti itu diingatkan tidak mengenakan caj faedah melebihi yang ditetapkan dalam Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 (Akta 400) iaitu sebanyak 12 peratus bagi pinjaman bercagar dan 18 peratus bagi pinjaman tidak bercagar kepada peminjam sepanjang tempoh PKP,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Menurut Zuraida, kementeriannya menerima banyak pertanyaan daripada orang awam mengenai perkhidmatan kredit komuniti dan pajak gadai.

“Pihak berkenaan diingatkan agar mematuhi arahan dan peraturan sepanjang tempoh PKP.

“Orang awam dan syarikat PKS yang terlibat boleh mendapatkan maklumat dan perkhidmatan KPKT yang lain di talian hotline KPKT iaitu 03-88913975,” katanya.

Poh Kong catat keuntungan berganda 155% tahun ini

Poh Kong dilaporkan mencatatkan keuntungan berganda daripada kenaikan harga emas pada tahun 2019 sebanyak hampir 3 kali ganda.

Keuntungan bersih Poh Kong berjumlah hampir RM8.08 juta untuk suku pertama tahun ini pada 31 Okt lalu berbanding RM3.16 juta yang dicatatkan pada tahun yang lalu

Poh Kong Group berfikiran positif permintaan untuk produk berasaskam emas masih tinggi walaupun ekonomi pasaran semasa kelihatan tidak menentu pada tahun hadapan.

billionaire malaysia

40 Gaji CEO Tertinggi Di Malaysia

Dalam laporan Aliran Online semalam, pada 2018 kekayaan mereka yang digelar Billionaire meningkat sebanyak 12% tahun lalu manakala majoriti 3.8 bilion penduduk bumi yang lain, menyaksikan sendiri kemewahan mereka diragut hampir 11% sepanjang tahun 2018.

Laporan disediakan oleh Oxfam untuk World Economic Forum di Davos.

Jurang pendapatan bagi penduduk kaya dan miskin semakin bertambah menunjukkan usaha kerajaan tidak berkesan membantu masyarakat miskin terutamanya b40.

kerajaan juga tidak banyak membantu menjana ekonomi negara malah pertikaman lidah terbuka diantara mereka menyebabkan orang ramai semakin meluat dengan pimpinan baru yang dibentuk.

Mari bezakan jumlah pendapatan 40 CEO tertinggi di Malaysia berbanding pendapatan anda tahun 2018.

[wpdatatable id=7]

koperasi emas makmur gold

Komakmur Koperasi Pertama Malaysia Keluarkan Gold Bar

Baru-baru ini keluar artikel di Utusan bertajuk “Komakmur Koperasi Pertama Keluar Emas Bar Jenama Sendiri” pada awal may 2019.

Jadi beberapa hari lalu kami berkesempatan bertemu sendiri dengan Tuan Hishamuddin Abdullah merangkap Pengerusi Koperasi Muafakat Makmur Berhad berpangkalan di Kuantan dan bertanya sendiri beberapa soalan.

Ikuti temubual dibawah yang telah diubahsuai untuk kefahaman pembaca dan apa yang menarik dengan bar emas terbaru buatan bumiputera tempatan.

utusan komakmur gold

Kenapa Keluarkan Bar Jenama Sendiri

Di Malaysia setakat ini jual-beli emas di peringkat industri kebanyakannya menggunakan bar jenama dari luar, jadi kami nampak masih ada ruang dan peluang untuk syarikat bumiputera bersaing dalam bidang ini.

jongkong emas komakmur gold

Bolehkah Komakmur Memberi persaingan harga dengan bar dari luar.

Harga bar emas jenama komakmur amat kompetitif dan kami yakin boleh bersaing dengan jenama-jenama yang sudah terkenal. Lagipun kebanyakan kedai emas milik bumiputera di kawasan luar bandar jauh dari kilang penghasilan emas, jadi kami boleh memberikan servis terutamanya di wilayah pantai timur.

Setakat ini Makmur Gold mempunyai cawangan di Kuantan dan akan membuka cawangan seterusnya di Kota Bharu dalam masa terdekat.

Bagaimana mutu dan kualiti jongkong emas Komakmur

Setiap bar emas jenama komakmur setelah diproses dan dihasilkan akan dihantar ke KL Assayer untuk tujuan pengesahan ketulenan sebelum disahkan assayer yang bertauliah. Jadi produk Komakmur sememangnya emas tulen 99.99% sama seperti bar jenama lain di pasaran.

Komakmur mengeluarkan produk emas tulen 100gm dan 50gm untuk tujuan industri manakala produk 1gm, 0.5gm dan 0.25gm untuk tujuan komersial.

Berapa Harga Bar kecil ini?

Harga bar 1gm kami jual jauh lebih murah dari bar yang dihasilkan syarikat tertentu. Selain ahli mendapat harga kompetitif, setiap bar 1gm, 0.5gm, 0.25gm juga boleh ditukar dengan pakej perlancongan yang kami sediakan.

Jadi maksudnya ahli mendapat peluang untuk simpan emas setiap bulan dan boleh melancong bersama Komakmur ke Legoland, Korea dan sebagainya.

Produk Apa Selain Bar Emas?

Komakmur juga memiliki anak syarikat Makmur Gold yang memiliki kedai emas di Kuantan yang menjual pelbagai bentuk barang kemas 916 pada harga yang kompetitif kepada ahli-ahli. Orang ramai juga dijemput untuk membeli dan boleh mendaftar sebagai ahli

Berminat menjual emas moden 916?

Pada peringkat ini pasaran kami di pantai timur hanya mengfokuskan design tradisi emas tulen 916, design-design seperti pandora dan sebagainya kurang diminati di Pantai Timur, jadi fokus hanya dengan produk yang laku disana.

Emas Online atau Crypto

Ketika ini banyak syarikat emas mengfokuskan e-gold, crypto, kenapa Komakmur backward atau dengan kata lain buat apa yang dah ada?

Sebagai sebuah koperasi, kami terikat dengan akta koperasi dan hanya menjalan perniagaan fizikal, e-gold atau crypto senang disalahguna untuk tujuan pelaburan dan itu bertentangan dengan akta koperasi. Buat masa sekarang komakmur hanya menjalankan perniagaan emas fizikal bar dan barang kemas.

kedai emas komakmur kuantan

Ar-Rahnu atau Kedai Emas

Biasanya koperasi membuka ar-rahnu kedai pajak gadai Islam kenapa komakmur buka kedai emas?

Kedai emas makmur gold adalah kedai emas pertama di Malaysia milik koperasi sepenuhnya, mengikut perancangan kami menyasarkan untuk membuka 30 kedai emas dengan ahli-ahli koperasi menggunakan kaedah mentor mentee.

Berbalik kepada ar-rahnu, memang kami ada merancang untuk membuka ar-rahnu sendiri, tetapi buat masa ini kami mengfokuskan kepada jualan emas dahulu.

Tutup Buku

Banyak syarikat bumiputera emas yang keluarkan bar sendiri sebelum ini tutup buku, kenapa mencuba?

Kami mempunyai perancangan kami sendiri dan tidak mengfokuskan hanya untuk mengeluarkan bar emas jenama sendiri sahaja, kami juga menjual barang kemas 916 dimana disitu menjana lebih pendapatan.

Bagaimana untuk mendaftar dan membeli emas

Mereka yang berminat untuk boleh mendaftar di laman web komakmur dan boleh ke pejabat kami di kuantan, jika hargaemas nak dapat komisyen boleh bantu mereka dengan mendaftar dibawah 🙂

-TAMAT-


Artikel ini telah disunting dengan hebatnya sekali kerana pertemuan kami tidaklah berbentuk formal hanya sekadar sembang-sembang biasa, terima kasih kepada Pengerusi Koperasi Komakmur, Tuan Shamsudin Abdullah kerana sudi bertemu kami di Hargaemas

Jadi peniaga-peniaga emas, maka kami perkenalkan bar jenama Komakmur sebagai salah satu pilihan sumber bahan mentah untuk menghasilkan barang kemas.

Kepada pelabur atau collector emas, jangan lepaskan peluang untuk dapatkan bar emas bersaiz kecil 1gm, 0.5gm dan 0.25gm dari pengedar yang sah.

Tahniah kepada Koperasi Muafakat Makmur Berhad kerana menjadi koperasi pertama memiliki emas jenama sendiri. Hebat-hebat orang pantai timur ni tuan tuan….

harga kereta emas, beli emas kereta, nak jual emas hari ini pemilik emas

Pemilik kereta emas di london rakyat Malaysia

 

Beberapa kenderaan mewah bersalut emas menyelusuri lebuhraya ibu kota London disangkakan penduduk setempat milik orang kaya dari Arab Saudi tetapi sebenarnya Kereta itu sengaja dibiarkan parking ditepi jalan dan disaman sebagai suatu teknik marketing pemiliknya yang juga rakyat Malaysia (hasil dari penilitian kami, financewatch365 adalah satu bentuk scam binary, patutlah kaya )

saman diterima kerana parking kereta emas ditepi jalan

Menurut laporan media antarabangsa, empat kenderaan berkeanaan: Rolls-Royce Phantom Coupe, Lamborghini Aventador SV, Mercedes jeep enam tayar dan Bentley Flying Spur – kesemuanya disaluti emas – disangkakan milik bilionaire Arab Saudi dikenali sebagai Bin Abdullah.

Lapor media tersebut, kesemua kenderaan tersebut dipandu secara merbahaya oleh pelancong dari Timur Tengah itu.

berapa harga emas pembeli emas

Bukan sahaja laporan tabloid tempatan itu meleset, malah kenderaan dikatakan milik pemuda dari Arab itu juga tidak benar ekoran ianya adalah milik usahawan berjaya berasal dari Malaysia, Alex Choon.

Alex yang berasal dari Kuala Lumpur menubuhkan syarikat Financewatch365 membina kejayaannya dalam industri perdagangan Binary Options.

Menurut laporan Mstar, Alex menempa kejayaan dari hasil titik peluhnya sendiri dan bukannya mewarisi kekayaan daripada keluarganya.

Dan hasil kejayaannya ditunjukkan dalam bentuk koleksi kenderaan pelbagai.

harga emas hari ini ampang pandan indah dan cheras

Alex dikatakan membeli kenderaan mewah hampir setiap bulan dan kesemua kenderaannya disaluti emas tulen.

Rolls Royce bernilai RM2.5 juta sementara Mercedes enam roda, Lamborghini dan Bentleynya masing-masing berharga RM1.7 juta, RM1.5 juta dan RM1.6 juta.

Alex pernah dilihat memandu kenderaan berkenaan di Kuala Lumpur dan ianya sepadan dengan koleksi kenderaan miliknya di London.

Menurut Mstar, ketika di Kuala Lumpur, Alex dilihat sedang mengisi minyak disalah sebuah stesen minyak dan kelihatan seorang model wanita berada di tempat duduk kerusi penumpang kenderaan mewahnya.

Jin jaga lombong emas Gua Musang

Mungkin ramai yang tidak tahu, ada golongan lelaki di daerah ini menjadikan aktiviti mendulang emas sebagai mata pencarian utama, apatah lagi apabila penglibatan itu sudah bertahun lamanya.

Bagaimanapun, aktiviti ini bukan boleh dilakukan oleh calang-calang orang kerana sekiranya tidak cukup ilmu di dada, sudah pasti kembara di hutan itu tidak berhasil dan akhirnya pulang dengan tangan kosong tanpa emas.

Kisah misteri si pendulang emas

Mengakui banyak pantang larang dan kejadian misteri yang pernah dilalui sepanjang proses mendulang emas, lelaki berusia 26 tahun ini berkata, kerja-kerja ini bukanlah jalan alternatif untuk kaya sekiranya kesabaran diketepikan.

Menurut Wan Nurul Firki Wan Abdullah, dia mula terlibat dalam pencarian emas sejak berusia 12 tahun lagi, di mana ketika itu dia mengikut bapanya ke hutan.

Bapanya ketika itu menyara keluarga dengan hasil khazanah alam itu.

Menurutnya, ketika berusia 18 tahun, dia pernah melalui pengalaman diganggu ketika mendulang emas di mana ketika sedang mengayak, dia didatangi sekumpulan ular yang mengelilinginya di pinggir sungai.

“Ketika mengayak, saya sudah nampak emas sebesar biji jagung ‘naik’ dalam dulang. Ketika tu juga saya rasa ada sesuatu yang tarik kaki saya dan tiup telinga.

“Selepas tu, ada pula sekumpulan ular kecil yang banyak datang keliling saya, tapi saya tak kena patuk,” katanya kepada Sinar Harian.

Firki berkata, sebelum ini ayahnya pernah berpesan jika ada gangguan dia kena lawan.

“Ayah saya juga pesan kalau kita putus asa, kita tak akan dapat emas tu kerana apa yang muncul tu adalah penunggu kawasan.

“Saya juga difahamkan kawasan yang ada emas akan ada penunggu termasuk jin dan ular,” katanya.

Tambah Firki, kebiasaannya cara untuk menghalau gangguan itu adalah dengan membaca surah Al-Fatihah, selawat, tiga Qul (Surah al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Naas) dan ayat Kursi.

“Kalau kita ‘lawan’ dia dengan cara bertahan dan tak hiraukan gangguan tu, kita akan dapat lebih banyak hasil emas. Kalau kita tak lawan, mungkin pulang dengan tangan kosong.

“Sebelum saya mendulang, saya akan ambil wuduk dan niat atas perkara yang baik-baik. Selain tu, pantang larang emas ni kita tak boleh terlalu banyak bercakap atau buat bising.

“Kalau dapat sekalipun, kita kena diam saja. Tak boleh cakap besar. Ada masa, kita gali luas namun sedikit saja dapat emas. Esoknya kita gali sedikit di kawasan sama, boleh banyak hasil. Ini dinamakan rezeki,” katanya.

Menurutnya, sepanjang 14 tahun terlibat dalam aktiviti mendulang emas, dia mampu menyara keluarganya dengan hasil penjualan emas selain membeli kebun dan belanja untuk majlis perkahwinannya.

Muncul api atas bukit

Sementara itu, bagi pemilik salah satu syarikat perlombongan emas di daerah ini, Mohd Razali Ibrahim, 55, berkata, dia pernah didatangi api di atas bukit ketika sedang mendulang emas.

Katanya, api berkenaan dilihat marak seolah-olah membakar bukit yang berada 100 meter daripada tempat dia mendulang, namun kejadian itu gagal dirakam menggunakan telefon bimbit.

“Kejadian tu berlaku dua bulan lalu, saya nampak api atas bukit. Saya hanya tengok dan ada rakan mahu merakam, namun bila rakaman dipasang api itu hilang dan bila ditutup api nyala semula.
“Masa berlaku tu kira-kira jam 9 malam, api tu tak ganggu kami. Saya tak ada pengalaman mengenai kejadian ini dan tak tahu apa petandanya. Mungkin orang lebih arif tahu,” katanya.

Kisah misteri si pendulang emas

Namun, menurutnya, seperti kepercayaan orang-orang tua, sememangnya ada makhluk lain di kawasan hutan dan orang ramai tidak boleh melakukan perkara yang tidak senonoh di kawasan berkenaan.

“Kalau orang-orang tua dulu, mereka selalu cakap dengan makhluk di satu-satu tempat seperti meminta izin dan sebagainya. Namun, saya rasa ia tak patut diamalkan kerana makhluk yang ada di hutan juga makhluk ALLAH seperti kita.

“Namun kita tak nampak ia sedangkan ia nampak kita. Elak buat perkara tak baik contohnya kencing merata tempat dan buat bising,” katanya.

Jin jaga kawasan emas

Bagi penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Lan, sepanjang penglibatan dalam kerja-kerja mendulang emas, dia tidak pernah berdepan gangguan yang teruk kerana sering mengingati pesan orang-orang tua.

Katanya, sekiranya menemui banyak hasil emas ketika mengayak, dia tidak akan mengatakan ‘banyak’ namun perlu menggunakan perkataan ‘lebat’.

Kisah misteri si pendulang emas

“Kalau ada banyak, kita tak boleh kata banyak kena kata lebat. Kalu dapat besar, kena guna perkataan kasar. Contohnya, ‘kasarnya barang yang ada di sini’.

“Kita tahu setiap kawasan ada emas mesti ada penunggu dan penunggu itu adalah jin. Jadi, jagalah kelakuan kita dalam hutan dan tak boleh terlalu riak.

“Namun dah lama saya tak masuk ke hutan untuk mengayak kerana kekangan masa dan keluarga. Mungkin bila dah lega sedikit, saya akan masuk hutan semula,” katanya.