Pairing Sewa Kereta dengan Emas

King World News Michael Pento Here is Why Gold & Silver Will Not Collapse

Soalan berkenaan pair kereta dengan emas

1) pemilik kereta menyewa kereta selama 6 bulan, penyewa kena bayar 100g emas pamp suise, penyewa akan terima kad touch n go rm 100 percuma dan duit minyak rm300 setiap bulan, cukup tempoh enam bulan, kereta dipulangkan, dan emas 100g dapat semula,

2)jika cukup sewa kereta selama 18 bulan, kereta jd milik penyewa, emas jd milik tuan kereta,

3) emas td tuan kereta gunakan untuk labur,

dah ramai rakan-rakan tedekat terjebak dengan perkara ini,

bagaimana hukumnya prof?

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

Jawapan

1. Sewa adalah aqad mu’awadah, di dalam kes di atas, ia melibatkan pertukaran penggunaan kereta dengan bayaran emas.Apabila emas dipulangkan semula, ia menjadi pinjaman emas (qard). Apa apa manfaat samada duit minyak, touch and go atau lain lain adalah riba. Ini berdasarkan kaedah fekah:

كل قرض جر نفعا فهو ربا

“Setiap pinjaman yang memberikan manafaat (kepada peminjam) adalah riba”

2. Ia adalah akad jual beli bersharat. Jual beli tidak boleh disyaratkan dengan syarat yang boleh menjejaskan pelaksanaan aqad jula beli (muqtada al-aqad). Dengan kata lain, jual atau beli akan berlangsug kalau berlaku sewa selama 18 bulan.

Isu seterusnya ialah gabungan dua aqad dalam satu. Dalam kes di atas tidak jelas samada ia adalah aqad sewa ataupun jual beli. Dengan itu ia bermasalah.

3. Pelaburan emas tidak ada kena mengena dan tidak sepatutnya dikaitkan dengan sewa atau jual beli emas bersayarat. Aqad lain seperti mudarabah dan wakalah boleh dijadikan alternatif.

Wallauha’lam

Prof Dr Azman Mohd Noor
drazman.net

_________________________________________________________________________________________

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

_________________________________________________________________________________________

Persediaan Membeli, Melabur dan Menyimpan Emas

emas

Sebelum terjun kedalam pasaran emas, waimah bertujuan untuk menyimpan atau melabur mangaut keuntungan atau membuat aktiviti jual beli, anda dinasihatkan membuat persediaan asas mengenai emas dan faktor-faktor yang mempengaruhi pasaran emas. Semua maklumat asas perlulah anda fahami sebelum membuat transaksi yang pertama.

Selepas itu anda bolehlah membuat penyelidikan yang lebih terperinci dan meluas mengenai ilmu emas agar anda terus berada dalam persaingan pasaran emas yang semakin pelbagai.

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

Berikut adalah panduan asas bersedia untuk menjadi pemain emas, menurut pandangan kami:-

1. Rukun Islam berkaitan Emas

Sekiranya anda beragama Islam maka asas pertama ini menjadi rukun dan wajib anda fahami berkaitan jual beli dan simpanan emas. Bila diaplikasikan rukun ini dalam transaksi maka anda mendapat ganjaran pahala begitu pula sebaliknya. Ganjaran pahala ini tidak boleh disamakan dengan untung meniaga emas, walaupun anda rugi sedikit atau harga emas turun, anda tetap dapat pahala. Hebat bukan…! Oleh itu sentiasalah jaga rukun asas yang pertama ini dalam setiap transaksi emas anda.

Jual beli emas didalam Islam wajib dilakukan “on-the-spot”, ataupun tunai. Emas mesti dihantar kepada pembeli dengan segera selepas bayaran dilakukan tanpa tangguhan waktu. Menangguh penghantaran adalah haram. Membuat hutang atau bayaran tertangguh juga diharamkan.

Menyimpan emas pula akan dikenakan zakat mengikut nisab dan haul yang tertentu. Sila rujuk mereka yang berilmu berkaitan zakat emas agar transaksi kita mendapat keberkatan dariNya.

2. Punyai Disiplin Diri

Melibatkan diri dalam pasaran emas perlu disiplin diri yang tinggi. Pasaran emas adalah homogenous diseluruh dunia. Semua orang berhadapan dengan situasi pasaran dan harga yang sama walau dimana anda berada didunia ini. Pertama sekali anda perlu kreatif dan sabar dengan setiap transaksi emas sepanjang masa. Jangan pula putus asa bila berhadapan dengan masalah. Tidak pula menindas, menipu harga, manipulasi kualiti emas atau terlibat dengan skim pelaburan yang meragukan.

Kedua, perlu ada perancangan untuk menyimpan wang yang akan digunakan untuk membeli emas. Konsistensi menyimpan dan membeli dan melabur berterusan akan melebarkan potfolio anda. Perancangan yang baik datang dari disiplin diri yang baik. Oleh itu set kan minda anda dengan tetap dan menjurus kepada urusan yang telus dan konsisten

Ketiga, menyimpan emas ada tujuan sendiri begitu juga dengan melabur dalam emas. Setiap individu mempunyai tujuan yang berbeza dan tersendiri. Oleh itu sentiasalah berada dalam landasan yang anda telah aturkan sejak dari mula. Bertukar arah tujuan akan menyebabkan potfolio anda kucar kacir.

Keempat, jangan terpengaruh dengan peniaga emas yang anda tidak kenali. Sentiasa kembali kepada asas penjagaan disiplin anda sebagai pemain emas yang tegas dengan pendirian yang anda pupuk melalui pembelajaran dan nasihat dari orang yang anda percayai.

3. Punya Ilmu Emas

Anda mesti tahu asas emas iaitu harga, pasaran, kualiti, pengeluar, pemborong dan kenali rakan-rakan dalam lingkungan anda yang berniaga emas. Untung dan rugi adalah adat dalam perniagaan, tetapi didalam jangkapanjang emas tetap menguntungkan.

Dengan ilmu yang ada anda akan berada dalam situasi sentiasa untung, bagaimana? Persoalan anda akan terjawab apabila anda punyai ilmu asas emas.

Jangan ada sikap mencuba atau “test market”, kerana anda pasti kecundang. Masuk pasaran emas dengan ilmu dan panduan dari sahabat dan guru yang berilmu.

Anda dinasihatkan sertai kelas dan seminar mengenai emas atau membeli buku rujukan emas. Sedikit berbelanja keatas seminar dan buku akan menghasilkan pulangan yang optimum, dan mengelakkan dari penipuan dan skim cepat kaya.

4. Persepsi turun naik harga

Harga menjadi topik panas, walhal ada banyak faktor lain yang sama pentingnya. Turun naik harga adalah trend biasa semua komodoti diseluruh dunia. Ramai beranggapan beli pada harga rendah dan jual pada harga tinggi. Memang betul teori ini, tetapi malangnya tiada siapa tahu bila harga akan turun dan bila masa akan naik. Malah tiada siapa berupaya untuk manipulasi harga kerana emas ditentukan oleh pasaran dunia!

Untuk mengetahui harga rendah atau tinggi, anda perlulah membuat belian yang pertama, kemudian anda akan mempunyai “benchmark” harga anda sendiri. Anda akan “dipaksa” untuk memantau harga semasa dan melatih diri untuk memahami pasaran emas dengan lebih teratur.

Didalam seminar anda akan diajar mengenai harga dan pasaran serta diberi panduan masa terbaik untuk membeli dan menjual emas. Analisa akan lebih sedikit teknikal tetapi kebiasaannya pensyarah akan menjelaskan secara mudah difahami.

Pemain emas yang berilmu akan sentiasa gembira kerana apabila harga turun mereka berpeluang membeli emas sebanyak dan semampu mungkin. Apabila harga naik pun mereka gembira kerana nilai kekayaan yang ada telah bertambah, kalau nak jualpun ada margin untung.

5. Membeli barang kemas utk pelaburan

Barang kemas adalah untuk perhiasan bukan untuk pelaburan. Noktah.!

Barang kemas mempunyai susutnilai yang tinggi iaitu sehingga 25% serta mempunyai rekabentuk yang tidak ramai menyukainya kecuali anda, sebab itu anda membelinya.

Kesilapan bermula sebab anda tiada ilmu emas, oleh itu anda terpengaruh dengan promosi sehingga sanggup berhutang untuk membeli barang kemas tujuan untuk pelaburan.

6. Pengurusan kewangan

Anda dinasihatkan membuat pengurusan kewangan bulanan anda dengan kemas, termasuklah duit simpanan untuk tujuan tertentu, duit kecemasan dan duit untuk perbelanjaan harian, bulanan dan tahunan. Amalan ini adalah biasa bagi kebanyakan anda yang makan gaji.

Apabila pengurusan kewangan anda kemas maka urusan jual beli emas secara otomatik akan kemas juga. Apabila anda semakin kreatif, simpanan emas anda akan menjadi instrumen yang sentiasa membantu anda sepanjang masa. Peranan Arrahnu dan program jual beli emas akan membantu menaikkan taraf hidup anda tanpa menjejaskan nilai kekayaan emas yang anda miliki.

Sentiasa terus belajar ilmu emas agar anda lebih gembira dengan pertambahan pahala dan nilai kekayaan anda.

7. Sikap tamak dan salah guna rujukan kedai emas, jual beli emas di bank dan eksploitasi sistem arrahnu.

Sekali lagi ramai yang terjebak dengan promosi kedai emas ataupun bank yang menawarkan iklan dan promosi jualan yang amat menarik sekali. Kebanyakan dari mereka hanya mementingkan jualan mereka sahaja tanpa mengambil kira faedah yang anda boleh perolehi dimasa hadapan.

Berhati-hati dengan skim pelaburan yang menyerupai skim cepat kaya kerana sikap tamak anda akan menyebabkan anda semakin muflis. Terdapat juga mereka yang mengeksploitasi sistem arrahnu untuk kepentingan jualan emas mereka sahaja tetapi akhirnya membiarkan anda menanggung beban hutang berpanjangan.

Emosi anda perlu dikawal untuk mengelakkan sifat tamak ini. Sekali lagi diingatkan hanya ilmu dan disiplin akan menyelamatkan anda dari kesusahan akibat transaksi emas.

Akhir kalam, berbelanjalah sedikit untuk mendapatkan ilmu emas dengan menyertai seminar, bengkel dan kelas atau membeli buku rujukan berkaitan emas. Jadilah penyimpan dan pelabur yang semakin bijak kerana transaksi yang disertai dengan niat akan mendapat ganjaran pahala. Ganjaran inilah yang hakiki, teramat besar dan tiada bandingan dengan keuntungan dan kekayaan emas anda.

sumber – www.myarrahnu.com

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

_________________________________________________________________________________________

sedia membeli emas terpakai dengan harga yang tinggi .
sedia membeli segala jenis emas 999.9 , 999 , 916 , 875 , 835 , paun , 750 , pandora 916, emas lama , emas patah , bengkok , surat pajak dan lain-lain lagi . asalkan emas tulen .

perlukan TUNAI dengan segera . tukarkan EMAS anda kepada TUNAI 
whatsapp/sms/call 013-9720910 Acikx Hargaemas + facebook 
COD cheras / ke tempat anda .
_________________________________________________________________________________________

10 Negara dengan Simpanan Emas Terbesar Dunia

jongkong-emas.public-gold

Emas

Emas, merupakan unsur kimia ‘Au’ dengan nombor atomic 79, yang juga dikenali sebagai material yang “tidak pernah bernilai kosong”. Raja Tutankhamen dan masyarakat Inca telah lama memahami akan nilai dan keterbatasan sumber emas justeru menggunakannya sebagai simbol kekayaan dan kekuasaan.

Bertitik-tolak dari sinilah, emas kekal sebagai bahan yang paling bernilai dan paling berharga.

Di antara tahun 1816 dan 1931, matawang Great Britain Pound (GBP) telah dihubungkan dengan nilai emas, iaitu GBP1 sentiasa disamakan nilai 7.3g emas 22-karat. Emas dengan berat yang sama jika dinilaikan menggunakan nilai emas hari ini maka akan menjadi GBP 230.

Negara-negara lain termasuklah US, Peranchis dan German turut menilaikan matawang mereka dengan harga pasaran emas (maksudnya; sebagai contoh, GBP1 akan sentiasa membolehkan anda membeli sesuatu yang berharga $4.85 apabila matawang keduanya dinilaikan mengikut harga emas). Namun kali terakhir matawang diniagakan mengikut harga emas (di Switzerland) telah ditinggalkan (abandoned) pada tahun 2000.

(nota: bagaimana pula dengan matawang Malaysia Ringgit (MYR)? Apakah kita menilaikan ia mengikut harga pasaran emas, ataupun kita mengikat ia kepada Dollar Amerika?….Mungkin itulah yang membuatkan Tun M “bising” bilamana tiada pihak (selain negeri Kelantan) yang serius untuk menggunapakai “Dinar Emas”)

Sekalipun piawaian emas telah tidak lagi digunakan, “metal” yang berharga ini masih menimbun di serata dunia.

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

Berikut disenaraikan 10 negara yang memiliki simpanan (rizab) emas terbesar di dunia (Sumber: SINI). Malaysia tidak termasuk di dalam senarai ini, harap maklum.

1. Amerika Syarikat (8,133.5 tan)

Sekalipun US telah menamatkan penggunaan piawaian emas sejak tahun 1971, negara ini masih memiliki simpanan emas terbesar di dunia, jauh meninggalkan mana-mana negara lain. Kebanyakan emas ini disimpan di Fort Knox di Kentucky, selain di US Mints di Philadelphia dan Denver dan beberapa lokasi lain.

2. Jerman (3,401.0 tan)

Bank pusat Jerman, the Deutsche Bundesbank di Frunkfurt adalah pengurus kepada rizab emas negara. Namun, terdapat dakwaan bahawa sejumlah besar emas Jerman secara fizikalnya diletakkan di bawah jagaan Simpanan Persekutuan Amerika di New York. Dua tahun lalu, jurnalis Maz Keiser menerima makluman berkaitan pengurusan simpanan emas Jerman di US melalui sumber langsung di Bundesbank.

3. International Monetary Fund (IMF) (2,846.7 tan)

IMF menyelia aktiviti ekonomi di 187 negara “ahlinya” di serata dunia. Sekalipun polisi emas IMF sering berubah, simpanan yang dimiliki seringkali digunakan bagi “membantu” memulih dan menstabilkan ekonomi negara ahli dan pasaran. IMF juga turut membeli dan menjual simpanan emasnya bagi mengumpul modal untuk menggerakkan inisiatif ekonominya dari semasa ke semasa.

4. Itali (2,451.8 tan)

Simpanan emas Itali dijaga dan diurus oleh the Banca D’Italia. Sekalipun Itali tergolong di dalam PIIGS nations (bersama-sama Portugal, Ireland, Greece dan Spain), yang kesemuanya sedang dihantui krisis ekonomi yang meruncing saat ini, yang mengancam survival keseluruhan Eurozone, negara ini masih memiliki emas dengan nilai GBP90 billion.

5. Peranchis (2,435.4 tan)

Negara ini memainkan peranan penting sehingga US menamatkan pergantungan matawang Dollar kepada emas. Selepas Perang Dunia ke-2, perjanjian the Bretton Woodtelah dibuat untuk mengikat wang Dollar kepada emas pada kadar tukaran $35 per ounce. Presiden Peranchis waktu itu, Charles de Gaulle telah mengurangkan simpanan French Dollar dengan menukarkannya ke dalam bentuk emas dari Fort Knox. Tidak senang dengan tindakan “licik” selain pertimbangan ekonomi jangka panjang, Presiden Richard Nixon menamatkan tukaran matawang Dollar kepada emas pada tahun 1971.

6. China (1,054.1 tan)

Disebalik status China sebagai negara paling ramai penduduk, emas hanya mewakili 1.6% simpanan luar negaranya.

China merupakan negara pengeluar emas terbesar dunia dan logiknya secara mudah ia boleh membeli emas dari lombong yang dia keluarkan tanpa perlu memaklumkan transaksi berkenaan kepada umum. Begitupun China mempunyai alasan untuk tidak membeli emas di pasaran terbuka kerana sebarang transaksi terbuka hanya akan meningkatkan nilai emas yang akan menurunkan pegangannya di dalam Perbendaharaan Amerika. (Maknanya, jika negara kuasa besar seperti China mendominasi pasaran terbuka, harga emas akan naik gila-gila sehingga akhirnya China sendiri sukar menambah pegangannya di US Treasury sebab harga membeli pegangan akan menjadi lebih tinggi juga…).

China juga muncul sebagai salah satu pembeli utama apabila UK menjual 395 tan simpanan emasnya pada tahun 1999. The Wall Street Journal melaporkan yang China telah meningkatkan usaha pembelian emasnya secara drastik sebagai persediaan menghadapi serangan inflasi.

7. Switzerland (1,040.1 tan)

Swiss diletakkan pada kedudukan ke-7 senarai ini memandangkan ekonominya adalah yang ke-38 terbesar dan populasinya pula di tempat ke-95 terbesar di dunia. The swiss National Bank bertanggungjawab mengurus simpanan emas dan polisi-polisi berkaitan kewangan negara itu.

8. Russia (775.2 tan)

Simpanan emas Russia diletakkan dibawah jagaan the Central Bank of the Russian Federation. Negara ini juga turut “galak” berbelanja membeli emas dan meningkatkan pegangannya kepada 21% pada 2009 termasuklah langkah persekutuan ini membuka beberapa lombong emas baru dan menambah lagi 24% pada 2010. The Wall Street Journalmelaporkan yang Russia merancang untuk membeli tambahan 90 tan emas setiap tahun untuk mengukuhkan simpanan semasanya.

9. Jepun (765.2 tan)

Emas hanya mencakupi 3.3% daripada jumlah keseluruhan rizab luar dan diurus oleh the Bank of Japan.

10. Netherlands (Belanda) (615.5 tan)

Simpanan emas dan kewangan negara ini diurus oleh the Netherland Bank.

———————-

Tambahan: Simpanan emas UK (310.3 tan).

Ketika ini UK berada di tangga ke-17 negara penyimpan emas dengan jumlah simpanan yang berkurangan berbanding sebelum 1999.

Melihatkan harga emas mengalami penurunan yang konsisten ketika itu, Gordon Brown telah membuat keputusan menjual 395 tan simpanan emas UK pada harga hanya $276.6 per ounce dan kemudian melaburkan wang hasil jualan tersebut ke tempat lain.

Langkah “seperti bijak ini terbukti bangang sekali” kerana sejak itu harga emas naik dengan mendadak, sehingga diejek langkah yang diambil kerajaan sebelum itu oleh kumpulan perniagaan sebagai “Brown bottom”.

Pada ketika artikel ini ditulis, nilai emas telah melebihi $1,800 per ounce, bersamaan 6.5 kali lebih tinggi daripada waktu kerajaan UK membuat keputusan untuk “melupuskan” 395 tan emasnya (bermakna telah wujud jurang kerugian bernilai $20 billion).

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

Penutup

Pihak terbesar yang memiliki dan menguruskan simpanan emas adalah kerajaan, bank-bank pusat dan entiti antarabangsa yang mewakili 30,500 tan daripada anggaran keseluruhan 160,000 tan emas global.

Kadar pengeluaran emas dari aktiviti perlombongan pula meyumbang kira-kira 2,497 tan setahun. Dengan nilai emas yang terus meningkat ini, adalah tidak mustahil lebih banyak lombong baru akan dibuka atau yang sedia tutup, akan dibuka semula.

Emas telah menarik perhatian pelbagai pihak kebelakangan ini dan dengan harganya yang begitu tinggi sekarang (sekalipun masih dikira rendah berbanding waktu semakan inflasi 1980 – emas bernilai $2400 per ounce ketika itu).

Tidak seperti wang kertas, anda tidak boleh mencetak lebih banyak emas. Justeru, metal ini akan terus menjamin pelaburan yang selamat buat anda terutama di dalam mengharungi ketidaktentuan ekonomi.

sumber – diaridrsepet.blogspot.com

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

Tahun 2015 , Harga Emas Dijangka Naik

ilustrasi-harga-emas-naik-140529-andri

Chicago (ANTARA News) – Harga emas niaga hadapan di COMEX New York Mercantile Exchange pada perdagangan pertama tahun 2015, mencapai tahap tertinggi dalam lebih daripada lapan tahun.

Kontrak emas yang paling aktif untuk penghantaran Februari, naik 2.1 dolar AS, atau 0,18 persen, menjadi menetap di 1.186,20 dolar AS per ounce.

Emas naik selepas Institute for Supply Management (ISM) yang berpusat di AS mengeluarkan data lebih buruk daripada anggaran untuk indeks perkilangan, yang mengukur arah umum pengeluaran di syarikat pembuatan. Indeks komposit turun 3.2 mata menjadi 55.5, yang para penganalisis katakan pertumbuhan bulanan paling lambat dalam enam bulan. Demikian jelas Xinhua.

Sementara pesanan baru turun menjadi 57.3 dari 66,0 pada November. Laporan ini memberikan tekanan pada pasaran ekuiti AS, mendorong pelabur terhadap “syurga selamat” emas.

Selain itu, sebuah laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perdagangan AS menunjukkan perbelanjaan pembinaan jatuh 0.3 peratus lebih buruk daripada yang dijangka pada November, selepas kenaikan 1.2 peratus pada Oktober. Ini adalah faktor lain yang menekan ekuiti AS, yang seterusnya memberi sokongan pada logam mulia.

Walaupun ekuiti AS yang semakin lemah, kenaikan emas terhad oleh dolar AS yang lebih kuat daripada anggaran, mencapai tahap tertinggi dalam lebih daripada lapan tahun. Emas dan dolar biasanya bergerak berlawanan arah.

Perak untuk penghantaran Mac naik 16.9 sen, atau 1.08 peratus, untuk ditutup pada 15,768 dolar AS per ounce. Platinum untuk penghantaran April kehilangan 5.6 dolar AS, atau 0.46 peratus, untuk ditutup pada 1.203,90 dolar AS per ounce.

Editor : Ella Syafputri

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

Kisah Sontot Tentang Emas ETA

Topeng

Cerita Sebenar Tentang Emas ETA.

bulan pertama
sipolan bernama A, ada modal 200k, beli emas 1kg = 135,000
dia akan jual emas ni dengan harga murah, contoh 100,000 tapi perlu delay selama 30 hari.
tapi dia tak buka di facebook, dia approach orang2 yang mata duitan yang tak berapa bijak matematik.
orang2 ini yang menamakan diri pengelola/wakalah akan order pada sipolan A ni,
tapi pada client, mereka akan beritahu yang mereka order dari kilang ( tak wujud pun kilang, sebenarnye order pada si A)
dan pengelola pun buka la ETA 30 harga 110,000 untuk 1kg.
_________________________________________________________________________________________

bulan ke dua
balance duit si A, ada 165,000. beli lagi emas 1 kg, harga 135,000.
jual emas ni harga murah lagi 100,000 pada pengelola. kerugian kali ni, pun sama 35,000
total kerugian = 70,000.
jangka masa untuk dua transaksi ini adalah 2 bulan. dalam masa 2 bulan, nama pengelola dah naik, pungpang trusted kiri kanan,
penjilat tumbuh bagai cendawan. segala ilmu, teknik pusing, teknik ar rahnu, teknik cincin belah rotan walaupun tak logik, orang akan percaya.
tapi si A rilek je kat rumah, no publisiti. tak ada orang kenal pun, yang orang sebut2 hanya pengelola.
_________________________________________________________________________________________

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

_________________________________________________________________________________________

setelah beberapa siri kerugian untuk pancing investor, si A deploy 5-6 orang untuk berlakon sebagai kilang, dan promot pada pengelola,
masa tu, kuota tak kurang 10kg, dan dalam market kalau kita kumpulkan, bertan2 emas diorang ni ada ( logik ke???)
pada masa ni, semua orang yang percaya dengan pengelola, yang percaya dengan teori akhir zaman, yang keluar hadis emas berbuku2, akan buatla pinjaman bank, keluarkan asb, gadai tanah, untuk beli emas eta.
bila dinasihat, dia kata ini tak lebih dari jual beli, kita pulak yang dikata bodoh tak faham jual beli. ada yang kata diorang tak main program (padahal program tu adalah berasaskan ETA, jika tiada ETA, tiada la program)
tapi mereka tak berapa bijak, jadi kita biarkan. yang ada kereta, gadai kereta dengan emas, kereta masih bayar bulan2. yang ada rumah, gadai rumah dengan emas, loan rumah masih perlu bayar.(keadaan paling bodoh kalau diorang fikir balik)
_________________________________________________________________________________________

tapi dalam cerita ni si A adalah yang paling bijak.
dia akan beli ETA dari pengelola secara senyap dengan amount yang banyak dari berpuluh2 pengelola. dan lipat berkali2 melalui beberapa orang.
sampai masa berKG emas yang dijanjikan pada pengelola, diorang tak deliver (sbb barang mmg takde), tapi pengelola perlu dahulukan duit sendiri untuk jaga nama, dan juga berharap kilang akan deliver.
tapi mereka tak faham game ni. jadi bergadaila bayar emas client (termasuklah emas si A yang diorang tak sedar A ni order pada diorang)
dan juga si A dah ada berpuluh2 bijik rumah berpuluh2 bijik kereta, hasil daripada tukaran dengan emas, sebab si A ni tahu, orang yang tukar barang dengan emas ni, takkan pulangkan balik emas, sebab pasti akan tersontot. sebab sistem ni dia yang cipta.
jadi dia tahu.
_________________________________________________________________________________________

ok sekarang. dengan modal 200k si A, berapa juta agaknya dia collect?
berapa banyak aset dia ada?
sy tahu ramai yang fikir “cilaka tokbomoh ni tipu aku”, dan menggangap tokbomoh itulah si A ni.
tapi sy rasa, tok bomoh ni pun kene tipu jugak, cuma depan orang ramai perlu berlagak bijak. leader marketing, biasalah, semua nak nampak bagus.
_________________________________________________________________________________________
ada yang bertanya kenapa tak pulang modal? beri modal pun dah ok.
hmmm.. fahamilah cerita ini dah selepas itu, tahu lah anda kenapa modal tak nampak langsung.
_________________________________________________________________________________________
sama cerita seperti penipuan topup dulu2. celcom, maxis, digi topup akan dijual harga 7rm, berebut la orang beli, order kali pertama 10k pcs, dapat.
order kali kedua 20k pcs pun, dapat.
order kali ketiga 100k pcs, duit dah bayar 700k, topupnye tak nampak sampai la tahun 2015 ni. untung tak seberapa, rugi berganda2.
si penipu hanya rugi 90k rm je. tapi bawak lari 700k.
hmm.. cerita tahun 2006. pengalaman mematangkan diri..
_________________________________________________________________________________________

kesimpulan, jangan la percaya bulat2 perkara yang kita sendiri tak berapa faham. pakai ikut je. orang yang kita ikut jatuh tak seberapa, tapi kita jatuh dah tak boleh bangun dah.
banyakkan diri sendiri dengan ilmu. baca sejarah2. perkara ni bukan baru, sejarah yang berulang2. cuma watak berbeza2. mmg betul ada yang berjaya dengan emas, tapi orang tu betul2 berilmu.
bukannya ilmu yang tak jelas/tak logik, ilmu eta, ilmu pusing, ilmu manipulate arrahnu yang asasnya tak jelas. ada satu pengelola yang sy nampak di fb, kiraan matematik pun tak betul, siap tampal graf, tapi ramai yang komen nak belajar.
nasihat sy, belajar lah dari orang yang berilmu, tuhan bagi kita otak, nak fikir logik atau tidak, jika tak logik pun kita percaya, mana kita letak otak kita ni?

akhir kata.
selamat maju jaya pada si A, dan anda diperhatikan. ramai yang dah boleh baca anda ni siapa. dan tak lama lagi anda akan busted.

-cerita dari facebook

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

Harga Emas di Malaysia : Siri 3

315699_308681889249650_553206616_n

Adalah disarankan agar pembeli membuat analisa dan penyelidikan sendiri sebelum membuat keputusan apakah pilihan terbaik untuk pelaburan atau pembelian yang ingin dilakukan. Jangan mudah terpengaruh dengan apa jua pengiklanan atau desakan sebelum membuat penyelidikan sendiri. Zaman ini kebanyakan maklumat berada dihujung jari, jadi amat mudah untuk pembeli membuat perbandingan. Justeru penjual yang tidak berkongsi maklumat seperti harga produk yang dijual di laman web mereka bolehlah dianggap tidak telus dan tidak prihatin.

Pembeli juga perlu membuat bandingan secara “apple-to-apple”. Contohnya perbandingan yang tepat ialah membandingkan harga emas jongkong 50g 999.9 (24k) dengan emas jongkong yang lain pada berat dan ketulenan yang sama.

Jangan sekali-kali membandingkan harga per gram emas 999 (24k) dengan harga per gram emas 916 (22k), dan juga jangan membandingkan harga per gram emas jongkong 50g dengan harga per gram emas jongkong 5g. Seperti yang telah dimaklumkan dalam siri sebelum ini, ketulenan berbeza dan denominasi yang berbeza membawa kepada premium yang berbeza.

Begitu juga dengan jenama. Setiap jenama meletakkan premium yang berbeza-beza untuk produk-produk keluaran mereka. Antara jenama-jenama besar yang diakreditasi oleh London Bullion Market Association (LBMA) di dalam “Good Delivery List” ialah PAMP, Perth Mint, Valcambi, Argor-Heraeus, Istanbul Gold Refinery, Johnson Matthey, Metalor, Umicore, OPM, dan lain-lain.

Pembeli juga perlu memberi perhatian terhadap harga emas yang ditawarkan dalam bentuk buku simpanan yang ditawarkan oleh institusi-institusi kewangan (i.e : Gold Saving Passbook Account (GSPA), Gold Investment Account (GIA), dll). Ini kerana apabila pembelian tidak dibuat dalam bentuk fizikal, pembeli tidak mempunyai pilihan selain menjual kembali emas yang dibeli kepada institusi-institusi kewangan terbabit.

Contohnya pembelian emas yang dibuat melalui Gold Saving Passbook Account di Maybank hanya boleh dijual kembali ke Maybank. Ianya tidak boleh dijual kepada pembeli lain atau ke bank-bank lain seperti CIMB atau Public Bank.

Perlu diingatkan, institusi-institusi kewangan terbabit mempunyai kawalan penuh sama ada untuk menaikkan atau menurunkan harga jualan dan harga belian semula. Pembeli tidak mempunyai sebarang pilihan melainkan menerimanya. Justeru pembeli terdedah kepada kawalan harga oleh para penjual yang tidak menawarkan pembelian emas dalam bentuk fizikal.

Walau bagaimanapun, masalah di atas boleh dielakkan sekiranya pembeli memiliki emas dalam bentuk fizikal kerana emas dalam bentuk fizikal boleh dijual semula dengan mudah kepada orang lain atau kepada mana-mana kedai dan syarikat yang menawarkan harga yang lebih tinggi. Mesej penting di sini ialah emas fizikal tidak terdedah pada risiko kawalan atau manipulasi harga oleh mana-mana penjual yang tidak menawarkan emas dalam bentuk fizikal.Mungkin pembeli akan dimaklumkan bahawa institusi-insitusi kewangan yang menjual emas melalui buku-buku simpanan juga menawarkan emas fizikal sekiranya pembeli mahu. Benar, sekiranya ini berlaku pembeli harus memasukkan pertimbangan-pertimbangan di bawah dalam kos pembelian:

  1. Premium yang dikenakan untuk emas fizikal yang diminta (contohnya setiap 100g yang dikeluarkan dari buku simpanan, premium atau caj untuk jongkong emas terbabit ialah RM 200). Kos ini hendaklah dimasukkan dalam kos keseluruhan pembelian;
  2. Kos transaksi / kos pemprosesan yang dikenakan untuk proses pengeluaran tersebut. Kos ini hendaklah dimasukkan dalam kos keseluruhan pembelian;
  3. Syarat denominasi minimum pengeluaran emas fizikal. Kebanyakan institusi-institusi kewangan yang menjual emas berbentuk buku simpanan menetapkan denominasi minimum sebelum pengeluaran berbentuk fizikal layak diproses. Contohnya pengeluaran berbentuk fizikal hanya boleh dibuat untuk berat 100g. Justeru sekiranya pembeli mempunyai emas sebanyak 150g di dalam buku simpanannya, dia hanya boleh mengeluarkan emas fizikal sebanyak 100g sahaja dari buku simpanannya dan baki 50g lagi hanya boleh dikeluarkan sekiranya pembeli menjualnya kembali kepada bank terbabit.

oleh Mohd Faizal Mohd Nor
www.nubex.my

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

Harga Emas di Malaysia : Siri 2

523987_438438699515756_839753278_n

Harga Emas di Malaysia dirujuk dari pelbagai sumber. Antara rujukan untuk harga emas di Malaysia ialah:

  • Bank-bank komersial yang menjual emas fizikal / buku simpanan;
  • Kedai-kedai emas terkemuka yang bernaung di bawah FGJAM (Federation of Goldsmiths And Jewellers Associations of Malaysia);
  • Laman web Nubex (www.nubex.my)

 

1) Bank-bank komersial:

Terdapat pelbagai bank di Malaysia yang menjual emas sama ada dalam bentuk fizikal atau dalam bentuk buku simpanan. Antaranya Maybank, Public Bank, CIMB, Al-Rajhi Bank, dan Kuwait Finance House.

Harga yang ditawarkan oleh bank-bank ini juga berbeza-beza mengikut ketetapan dan premium masing-masing. Apa yang perlu difahami oleh pembeli ialah biasanya harga yang ditawarkan oleh bank-bank yang menawarkan emas berbentuk fizikal adalah lebih tinggi berbanding harga emas yang dijual dalam bentuk buku simpanan.

Justeru, adakah bank-bank yang menjual emas berbentuk buku simpanan menjadi pilihan terbaik kerana menawarkan harga yang lebih rendah? Tunggu dulu, baca dulu hingga habis dan kemudian buatlah pilihan dengan bijak.

2) Kedai-kedai emas di bawah FGJAM

Sebahagian besar kedai-kedai emas terkemuka di Malaysia bernaung di bawah FGJAM. Penubuhan FGJAM sekitar 1978 pada awalnya adalah untuk menggabungkan pemain-pemain industri dalam memperjuangkan dan melindungi hak-hak mereka. Selain itu, FGJAM juga berhasrat membuat penyeragaman pada harga runcit emas dikalangan ahli-ahli yang bernaung di bawahnya.

Secara umumnya harga yang dikeluarkan oleh FGJAM adalah lebih tinggi dari harga spot semasa sekitar 10-15%. Premium ini kemungkinan ditetapkan sedemikian rupa kerana FGJAM tidak mengemaskini harga setiap masa berpandukan harga pasaran lani atau harga pasaran hadapan. Sehubungan itu premium tersebut dilihat mampu menyerap sebarang risiko kenaikan mendadak pada harga emas yang pernah mencatat kenaikan mendadak sehingga 10% dalam masa kurang 24 jam.

Harga yang dikeluarkan oleh FGJAM juga tidak termasuk kos upah (workmanship) yang perlu dibayar untuk setiap produk. Justeru pembeli perlu memastikan kos pembelian telah mengambilkira semua faktor ini.

Walaupun banyak syarikat-syarikat dan kedai-kedai emas bernaung di bawah FGJAM, ianya tidak bermakna semua kedai emas di Malaysia tertakluk di bawah harga yang ditetapkan oleh FGJAM. Terdapat banyak kedai-kedai emas yang menetapkan harga mereka sendiri.

3) Laman web Nubex (www.nubex.my):

Nubex merupakan sebuah syarikat yang menjalankan perniagaan menjual dan membeli logam berharga seperti emas dan perak, dan juga barang-barang perhiasan emas dan perak. Nubex juga menawarkan pilihan produk yang pelbagai sama ada dalam bentuk jongkong emas, syiling emas, dan barang kemas.

Satu perkara unik di laman web Nubex ialah harga emas dan perak yang dipaparkan sentiasa dikemaskini setiap minit secara automatik mengikut harga pasaran lani atau pasaran spot dunia. Harga-harga yang dipaparkan itu pula telah ditukarkan dalam nilai RM yang sentiasa berubah-ubah setiap masa berbanding nilai dolar Amerika. Justeru ianya memudahkan pengguna untuk membuat penilaian harga semasa atau membuat perbandingan terus dengan penjual-penjual lain, sama ada bank, atau kedai-kedai emas terkemuka.

Harga produk-produk fizikal emas dan perak yang ditawarkan di laman web Nubex juga umumnya lebih rendah berbanding harga yang ditawarkan oleh bank-bank di Malaysia dan juga dari harga yang ditawarkan oleh kedai-kedai emas yang bernaung di bawah FGJAM.

Harga emas di laman web Nubex juga turut digunapakai di portal e-muamalat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sebagai rujukan untuk orang ramai.

oleh Mohd Faizal Mohd Nor
www.nubex.my

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

Niaga hadapan Emas dijangka tinggi minggu depan

emas-menanjak-naik-hingga-tembus-di-harga-rp-7-000gram1

KUALA LUMPUR: Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif dijangka dalam dalam trend meningkat minggu depan disokong pembelian yang lebih baik.

Peniaga dijangka terarah kepada komoditi selamat itu disebabkan kebimbangan terhadap ekonomi global meningkat.

Dalam notanya, RHB Research menyatakan firma itu kekal yakin terhadap pasaran hadapan emas dalam unjuran masa terdekat.

“Sekalipun komoditi ditutup rendah pada Rabu, ia tidak jatuh di bawah paras sokongan AS$1,172.40 dan ini menunjukkan sentimen pasaran belum lagi lembab,” menurut firma penyelidikan itu.

Sementara itu, peniaga Phillip Futures Sdn Bhd, Lim Eng Wee, berkata beliau menjangka emas akan meneruskan trend lembap disebabkan pengukuhan dolar AS dan peningkatan pertumbuhan ekonomi AS.

Asas Jumaat ke Jumaat menunjukkan Januari 2015 susut lima mata kepada RM134.40 segram manakala Februari 2015 naik 15 mata kepada RM134.70 segram, dan Mac 2015 serta April 2015 masing-masing naik 35 mata kepada RM135.10 dan RM135.50 segram.

Jumlah dagangan menyusut kepada 230 lot bernilai RM3.1 juta daripada 4,736 lot bernilai RM63.71 juta yang dicatat minggu lepas.

Kepentingan terbuka pada Jumaat berjumlah 3,016 kontrak berbanding 3,823 kontrak minggu lepas.

– BERNAMA

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

Harga Emas di Malaysia : Siri 1

946519_651069418252682_1170546437_n

Sebelum kita berbincang tentang harga emas di Malaysia, pembeli perlu tahu tentang harga emas dunia. Ya, bagaimana harga emas dirujuk, dari mana sumbernya, siapa yang menetapkan harganya?

Dalam dunia hari ini, emas dianggap sebagai sebahagian dari komoditi seperti petroleum, kelapa sawit, getah, gula, dan lain-lain yang mana harganya sentiasa diapungkan di pasaran terbuka. Antara pasaran terbesar yang dijadikan rujukan harga emas ialah pasaran lani (spot market) dan pasaran hadapan (futures market) yang dikenali juga sebagai pasaran derivatif. Pasaran hadapan ini didagangkan di pelbagai bursa komoditi, antara yang terbesar ialah CME Group yang juga merupakan antara pemegang saham terbesar dalam Bursa Malaysia.

Antara laman web yang boleh dijadikan rujukan untuk harga emas lani (spot market) ialah Bullion Desk manakala untuk harga emas pasaran hadapan pula ialah di CME. Para pembeli yang baru berjinak dengan logam berharga ini mungkin akan menghadapi sedikit masalah kerana kedua-dua rujukan di atas menggunakan USD dalam paparan harga. Jadi untuk memudahkan para pembeli membuat rujukan dalam Ringgit Malaysia, adalah disyorkan agar mereka merujuk harga pasaran hadapan di Bursa Malaysia.

Perlu diingatkan bahawa harga emas di pasaran lani dan pasaran hadapan bukanlah petunjuk sebenar untuk harga emas fizikal yang dijual di pasaran runcit. Di pasaran runcit, secara umumnya terdapat perbezaan harga kerana pemborong dan peruncit menanggung kos atau diistilahkan sebagai premium untuk emas fizikal tersebut. Kos atau premium ini termasuklah kos perlombongan (mining), kos penulenan (refining), kos pembuatan (casting atau minting), kos pengangkutan, kos insurans, dan kos-kos lain berkaitan operasi.

Terdapat juga segelintir kelompok yang beranggapan bahawa harga emas dikawal oleh Bank Negara Malaysia. Ini adalah maklumat yang tidak tepat. Untuk makluman semua, Bank Negara Malaysia TIDAK mengawalselia sebarang urusniaga berkaitan emas di Malaysia. Ini selaras dengan peruntukan yang disediakan di bawah Akta Kawalan Pertukaran 1953 (semakan 2007) yang menyebut: “Pursuant to the Exchange Control (Gold Exemption) Order 1986, residents and non-residents in Malaysia are free to buy, borrow, sell, lend or export gold.”

oleh Mohd Faizal Mohd Nor
www.nubex.my

 

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

Teknik Rahsia Urusniaga Jual Beli Emas

kejayaan-pelaburan-emas-3

Belajar cara dan teknik pelaburan emas sebenar : Ramai yang kata, buat bisness pelaburan emas ni menguntungkan sebab harga emas sentiasa akan naik. Benarkah?

Jika dilihat kepada harga emas semasa, tidaklah asyik naik sahaja, ada juga turun malah kini pun tidaklah sehebat harganya sewaktu di penghujung 2011 dan awal 2012 dulu. Sebab itu pelaburan emas ini sebenarnya bukanlah satu pelaburan yang terjamin dan pasti untung!

Hakikatnya ramai yang menceburi pelaburan emas ini sebenarnya rugi berbanding mereka yang untung dan berjaya beroleh pulangan seperti yang diidam-idamkan.

Ramai pula yang melabur sekadar ikut-ikut cakap orang atau pun melabur di bawah kendalian orang lain. Inilah masalah utamanya iaitu tidak mahu atau lebih tepat lagi malas untuk mencari ilmu dan melakukan sendiri. Bila rugi, salahkan orang lain! Harga emas jatuh anda pun terduduk sedangkan pelabur lain masih mampu meraih keuntungan!

Kenapa boleh jadi begini? Ini adalah kerana mereka tidak mempunyai ilmu dan memahami konsep sebenar akan pelaburan emas ini.

Untuk Berjaya Perlu Berilmu

Oleh sebab itu, untuk menceburi bidang pelaburan emas ini, anda mesti mempunyai ilmu, panduan dan rujukan dari mereka yang benar-benar bertauliah dan terbukti berjaya dalam bidang ini. Siapakah yang terbaik untuk dijadikan mentor?

Beliau yang dimaksudkan adalah Saudara Azizi Ali iaitu penceramah, penulis, jurulatih dan juga mentor jutawan #1 Malaysia.

Nak berjumpa beliau untuk menuntut ilmu… sudah tentu boleh sahaja dengan menghadiri seminar-seminar beliau yang sentiasa dianjurkan di setiap pelusuk negara. Tapi anda haruslah bersedia untuk melabur sebanyak RM890 untuk menjadi peserta seminar ini. Ya! Itulah harga yang perlu dibayar untuk mendapatkan ilmu dari seorang yang telah terbukti keberhasilannya!

Rahsia-Emas

Rahsia Sebenar Kejayaan Pelaburan Emas

Namun begitu, janganlah pula anda risau kerana semua ilmu, teknik dan panduan untuk berjaya dalam pelaburan emas ini telah beliau dedahkan dalam bentuk audio dan e-book : “Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

Ianya juga amat mudah difahami dan serba lengkap. Untuk mengetahui maklumat produk ini dengan lebih jelas lagi sila ke link berikut : Rahsia Emas

Yang lebih menarik adalah tawaran harga yang ditawarkan, amat-amat murah tetapi berbaloi! Malah anda diberi jaminan 30 hari untuk mencubanya! Tak puas hati… pulangkan sahaja! Wang anda dikembalikan!

Jika anda sudah bersedia untuk memasuki bidang pelaburan emas ini maka dapatkanlah set audio dan e-book “Rahsia Kejayaan Emas Sebenar” sekarang melalui link berikut: “Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

 

Berikut adalah carta harga emas semasa di Malaysia sebagai rujukan anda
SpotPrice-chart

 

Usaha Untuk Mencapai Kejayaan

Tidak kira dalam apa jua yang anda lakukan, pastikan anda punya ilmu yang betul dan tepat serta yang telah terbukti untuk dijadikan panduan. Sedangkan Rasulullah SAW pun berguru dengan Jibrail inikan pula kita insan yang tiada keistimewaannya. Lihatlah… mereka yang berjaya ini pun masih berguru dan perlukan ilmu!

kejayaan pelaburan emas 2

Semoga anda semua berjaya mencapai cita-cita yang diimpikan. Ingat! Setiap usaha harus disusuli dengan keyakinan, doa dan tawakkal. Rezeki itu dari Allah SWT… dan akan dikurniakan kepada mereka yang berusaha untuk mendapatkannya!

 

sila klik banner @ link  : “Rahsia Kejayaan Emas Sebenar” untuk info lebih lanjut.