8 perkara yang perlu diketahui tentang Emas

WEIGHT-OF-GOLD-copy

1. Kedudukan emas sangat tinggi nilainya dan merupakan komoditi yang terpenting masyarakat dunia – Pengeluaran emas dari perut bumi adalah sedikit dan tidak dapat memenuhi permintaan masyarakat dunia.

2. Jumlah emas di atas muka bumi tidak banyak tetapi beredar di dalam masyarakat ketika ini dan pemilikan emas sentiasa bertukar tangan – Kebanyakan orang yang mampu sahaja memiliki dan menyimpan emas.

3. Emas adalah wang – Emas memberi banyak kelebihan kepada pemiliknya berbanding simpanan wang kertas yang susut nilainya dan tidak disandarkan kepada sesuatu yang bernilai seperti emas, sebaliknya digunakan kerana arahan pemerintah.

4. Emas adalah alternatif kepada wang kertas dunia – Wang kertas sentiasa bermasalah kerana dikawal oleh kerajaan dan nilainya boleh turun menjunam apabila berlakunya defisit negara.

5. Nilai jualan emas tetap kekal dan tidak seperti wang – Nilai wang kertas sepuluh tahun yang lalu tidak akan sama nilainya pada hari ini.

6. Jikalau emas dipasarkan dipasaran saham, keadaannya sentiasa ‘BULLISH’ kerana nilai harga yang sentiasa naik.

7. Nilai emas ditentukan oleh pasaran dan tidak dikawal oleh bank pusat (Central Bank); dan

8. Nilai emas adalah stabil dan tidak dipengaruhi oleh inflasi (zero inflation effect) – Satu fungsi utama wang yang gagal dimainkan oleh wang kertas adalah sebagai penyimpan nilai yang baik. Nilai wang kertas akan menyusut dalam jangka masa yang panjang. Inflasi akan memakan nilai wang anda, menyebabkan nilai wang kertas yang berada ditangan anda sekarang tidak akan sama dengan nilainya pada masa hadapan.

artikel dari www.mas2u.com

_________________________________________________________________________________________

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

_________________________________________________________________________________________
perlukan TUNAI dengan segera . tukarkan EMAS anda kepada TUNAI 
sedia membeli emas terpakai dengan harga yang tinggi. sedia membeli segala jenis emas 999.9, 999, 916, 875, 835, paun, 750, pandora 916, emas lama, emas patah, bengkok, surat pajak dan lain-lain lagi. asalkan emas tulen.
COD cheras / ke tempat anda.

whatsapp/sms/call 013-9720910 @ 017-8855788 Acikx Hargaemas + facebook 
_________________________________________________________________________________________

Pairing Emas Dengan Makanan

original1.584825.3

Soalan

Assalamualaikum ustaz. Apa pendapat ustaz tentang pairing emas dengan makanan, contohnya ustaz bagi saya 100g pamp, saya bagi ustaz makan selama sebulan. Lepas sebulan, saya pulangkan pamp tersebut. Selesai.

Jawapan

Istilah pairing memang cantik, tetapi mengelirukan. Dalam struktur di atas, jelas sekali ia bermakna memberi pinjam (qard) emas. Emas adalah barang ribawi, seperti juga perak dan matawang. Seolah olah tuan kata, ustaz, pinjamkan saya RM13k (nilai emas semasa), saya akan belanja ustaz makan selama sebulan. Ia adalah RIBA.

Ia adalah riba walaupun sekadar memberi makanan percuma atau belanja makan selama sebulan kepada ustaz yang meminjamkan emas tadi, bukan bayar lebih pinjaman dlm bentuk emas/wang. Ia adalah riba walaupun ustaz yang buat transakasi tersebut. Ini kerana, kaedah feqah menegaskan,
كل قرض جر نفعا فهو ربا
Maksud:”Setiap pinjaman (qard), yang medatangkan manfaat (kepada pemberi pinjaman) adalah riba.”

Wallahua’lam

drazman.net (Dr. Azman Mohd Noor)

_________________________________________________________________________________________

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

_________________________________________________________________________________________
perlukan TUNAI dengan segera . tukarkan EMAS anda kepada TUNAI 
sedia membeli emas terpakai dengan harga yang tinggi.
sedia membeli segala jenis emas 999.9 , 999 , 916 , 875 , 835 , paun , 750 , pandora 916, emas lama , emas patah , bengkok , surat pajak dan lain-lain lagi . asalkan emas tulen.
COD cheras / ke tempat anda.

whatsapp/sms/call 013-9720910 Acikx Hargaemas + facebook 
_________________________________________________________________________________________

Skim mudah & cepat kaya bertopengkan Emas

FGo3U6Nlcb

KUALA LUMPUR: Ahmad (bukan nama sebenar) mula berkenalan dengan seorang ejen pelaburan emas yang kebetulan adalah salah seorang pelanggan perniagaan barangan elektronik miliknya.

Kemewahan hidup ejen berkenaan menarik minat Ahmad untuk menceburi skim pelaburan emas yang semakin popular sejak kebelakangan ini.

“Saya melihat ejen itu setiap bulan membeli barangan elektrik melalui keuntungan jual beli emas beli.

“Sebulan dia boleh beli TV, bulan depan dia beli laptop. Jadi saya rasa ketika itu, keuntungannya adalah berbaloi kalau saya masuk dan dapat imbuhan setiap bulan,” kata Ahmad ketika dihubungi Astro AWANI.

Sejak daripada itu, dia telah melabur wang simpanannya untuk nilai 2 kilogram emas.

Malangnya, keuntungan yang dinikmati hanya seketika apabila dia cuma menerima imbuhan pelaburan untuk dua bulan pertama.

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

“Sejak Disember tahun lalu, syarikat pengelola telah berhenti memberi imbuhan atas alasan syarikat bertukar konsep.

“Salah satu ingin mengemas kini syarikat kepada Sdn Bhd agar lebih kukuh. Jadi semua pemberian imbuhan perlu ditangguh dahulu,” keluh Ahmad.

Sejak itu, Ahmad telah berjumpa dengan ejen berkenaan serta syarikat pengelola, namun masih tidak membuahkan sebarang hasil.

Kos kerugian yang terpaksa ditanggung kini mencecah RM200,000.

Kisah Ahmad adalah antara 5,000 pengguna seluruh Malaysia yang dipercayai terbabit dalam skim pelaburan emas dengan jumlah kerugian dianggar mencecah RM500 juta.

Di sebalik keghairahan mengejar kemewahan, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menasihati orang ramai agar berhati-hati supaya tidak terjebak dengan penipuan skim pelaburan emas yang semakin berleluasa kebelakangan ini.

PPIM turut menerima beberapa aduan pengguna yang tertipu dengan skim itu, sehingga mengakibatkan kerugian mencecah puluhan juta ringgit.

Menurut Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan, antara aduan yang diterima adalah seperti kes Ahmad di mana syarikat terbabit didakwa tidak membayar pulangan pelaburan sepertimana dijanjikan.

“Bila syarikat tidak bayar, pelabur akan pergi cari mereka. Pelabur akan ugut nak lapor polis dan Bank Negara.

“Syarikat itu kata kalau report, mereka langsung tak akan dapat duit. Itu alasan yang digunakan untuk terus menipu,” kata Nadzim pada sidang media di ibu negara.

Bank Negara Malaysia di laman webnya turut menyenaraikan 197 syarikat pelaburan yang tidak diiktiraf dalam senarai berjaga-jaga.

Menurut Jawatankuasa Biro Pendidikan PPIM, Mohd Nor Izzat Johari, daripada jumlah itu, dianggarkan 30 peratus terdiri daripada syarikat skim pelaburan emas.

Setakat ini, PPIM sudah mengenal pasti tiga syarikat yang terbabit dalam skim penipuan.

“Tiga syarikat ini kita dah ada aduan. Kita dah buka fail. Sampai sekarang pengelola atau bos dia cuba menghilangkan diri, tetapi Insyaallah dengan kerjasama masyarakat yang ada, mereka akan bantu beri maklumat.” kata Izzat.

Modus operandi skim pelaburan emas ialah pihak penganjur atau pengelola akan melantik wakil atau ejen untuk melaksanakan proses jual beli dengan pelanggan.

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

Menurut Pegawai Kerja PPIM, Mohd Mustaffa Hamzah, antara dua skim pelaburan yang wujud adalah menjual emas kepada pelanggan dengan harga lebih tinggi daripada pasaran untuk mendapat imbuhan secara bulanan.

Selain itu, jual emas secara “Estimate Time Arrival” (ETA) yang mengenakan syarat pelanggan perlu membuat bayaran dahulu sebelum menerima emas dalam tempoh tertentu.

“Pelanggan melabur dalam bentuk wang beli 100g emas pada harga pasaran atau lebih rendah daripada itu, tetapi dijanjikan fizikal emas tersebut dapat dalam tempoh 7 hari, 14 hari dan 30 hari.

“Malangnya apabila tiba masa emas perlu diberikan keapda mereka, mereka tidak menerima emas tersebut,” kata Mustaffa.

Kebanyakan syarikat pengelola juga didapati berselindung di sebalik ejen yang menjadi orang tengah, sekali gus mendedahkan mereka kepada risiko bila imbuhan dan barangan tidak diterima pelanggan.

Mengakui tidak membuat semakan latar belakang terhadap syarikat pengelola skim pelaburan emas, Ahmad kini belajar daripada kekhilafannya, satu pengajaran yang dikira cukup mahal agar tidak mudah terpedaya dengan sebarang janji skim pelaburan.

“Saya nasihatkan sekiranya ada apa-apa skim pelaburan, ia harus dibuat secara terus dan bukan melalui ejen dan ia perlu berkonsepkan pertukaran barangan dengan tunai secara serentak untuk mengelakkan sebarang kemungkinan berlaku penipuan.”

sumber – www.astroawani.com

_________________________________________________________________________________________

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

_________________________________________________________________________________________
perlukan TUNAI dengan segera . tukarkan EMAS anda kepada TUNAI 
sedia membeli emas terpakai dengan harga yang tinggi.
sedia membeli segala jenis emas 999.9 , 999 , 916 , 875 , 835 , paun , 750 , pandora 916, emas lama , emas patah , bengkok , surat pajak dan lain-lain lagi . asalkan emas tulen.
COD cheras / ke tempat anda.

whatsapp/sms/call 013-9720910 Acikx Hargaemas + facebook 
_________________________________________________________________________________________

Menempah Kiriman Emas dari Dubai

2013-10-08_215140

Soalan

Saya menjual emas fizikal. Saya atau partner saya sendiri akan ke Dubai. Di sini saya ingin buat preorder dan collect duit customer saya dan ambil stok di dubai. Bolehkah transaksi pre order dibuat yang mana saya ambil untung RM40 dari harga market di Dubai bagi setiap item. Saya kurang arif tentang hukum jual beli emas.

Contoh: 1.1gm goldbar di Dubai RM157,saya buka jualan dgn harga RM197. Saya ambil deposit RM157. Apabila goldbar saya bawa pulang dan saya serahkan pada customer saya, dia akan bayar baki RM40 lagi. Adakah ini transaksi tidak sah dan riba? Penjelasan tuan saya ucapkan ribuan terima kasih dan hanya Allah dpt membalasnya

Jawapan

Pertamanya, usaha tuan ingin memastikan supaya transaksi jual beli emas patuh Shariah adalah usaha yang baik dan terpuji dan patut dicontohi. Membuat tempahan pembelian emas walaupun dengan dengan membayar booking fee (bukan deposit), adalah dibenarkan dengan syarat aqad jual beli hanya dilakukan semasa serarhan emas dan bayaran secara tunai. Adapun tempahan emas yang sudah dikira aqad jual beli yang mengikat, seperti jual beli emas cara ETA, samada dibuat bayaran penuh atau separuh, ia tidak dibenarkan kerana berlaku penagguhan serahan emas, yang menjadikannya riba.

Dalam contoh di atas, di antara alternatif yang dibolehkan ialah tuan menjadi wakil kepada pelanggan tuan untuk membeli emas di Dubai. Adapun pembelian emas oleh wakil, hukumnya adalah harus asalkan ia dilakukan secara tunai di mana berlaku serahan emas dan bayaran harga emas semasa beraqad.

Tuan boleh mengenakan caj. Aqad yang digunakan ialah wakalah bi al-ajr iaitu wakalah beserta upah. Upah/fee/service caj boleh dikenakan samada sebelum atau selepas pembelian. Jadi RM40 boleh dianggap upah atau service caj. Upah mestilah diketahui dan dipersetujui.

Dalam sesetengah situasi, juga dengan prinsip dan aqad wakalah, sekiranya harga emas berubah ubah, tuan boleh cadangkan satu harga contohnya RM 140 satu gram, sekiranya tuan boleh dapatkan harga yang lebih rendah, perbezaan harga itu dianggap hibah kepada tuan. Samalah juga di dalam kes tuan menjadi wakil, boleh disyaratkan sekiranya tuan berjaya menjual dengan harga lebih dari contohnya RM140, maka yang selebihnya itu dihibahkan kepada tuan.

Wallahua’lam

drazman.net (Dr. Azman Mohd Noor)

_________________________________________________________________________________________

perlukan TUNAI dengan segera . tukarkan EMAS anda kepada TUNAI 
sedia membeli emas terpakai dengan harga yang tinggi .
sedia membeli segala jenis emas 999.9 , 999 , 916 , 875 , 835 , paun , 750 , pandora 916, emas lama , emas patah , bengkok , surat pajak dan lain-lain lagi . asalkan emas tulen .
COD cheras / ke tempat anda .

whatsapp/sms/call 013-9720910 Acikx Hargaemas + facebook 
_________________________________________________________________________________________

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

_________________________________________________________________________________________

Senarai 197 Syarikat Pelaburan Tidak Diiktiraf Bank Negara

697_NpAdvHover

KUALA LUMPUR – Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengenal pasti sebanyak 197 syarikat pelaburan menjalankan aktiviti perniagaan tidak diiktiraf. 30% daripadanya menggunakan kaedah skim pelaburan emas.

Semua syarikat yang tersenarai itu, dipercayai telah menipu pelanggan sehingga membabitkan ratusan juta ringgit namun masih aktif sehingga kini.

Berdasarkan aduan yang diterima oleh PPIM, kebanyakan syarikat pelaburan ini menggunakan tiga cara bagi menjayakan modus operandi mereka iaitu,
menjual barangan berdasarkan kadar tertentu yang berbeza dengan harga di pasaran,

membeli barangan daripada pelanggan secara ansuran dengan harga tinggi tetapi dibayar secara berperingkat-peringkat dan

menjual barangan mengikut tempoh tertentu.
Ketiga-tiga cara ini menawarkan kaedah menguntungkan bagi menarik perhatian pelanggan tetapi jika diteliti, terdapat beberapa keraguan yang sebenarnya menipu wang mereka.

Sebagai contoh pelanggan dijanjikan keuntungan beberapa peratus tetapi perlu melabur terlebih dahulu dan menerima barangan pada tarikh ditetapkan.

Masalah akan timbul apabila tiba tarikh dijanjikan untuk pelanggan menuntut keuntungan tetapi ejen gagal memberi imbuhan tersebut dan lebih menyedihkan wang pelaburan lesap begitu sahaja.

Dalam hal ini, ejen berhadapan dengan risiko paling besar, malah boleh didakwa di bawah Akta Pengambilan Deposit Awam Tanpa Lesen kerana pelanggan akan mencari dan menuntut wang daripada mereka sedangkan kesemua wang tersebut telah dimasukkan ke dalam akaun pengelola syarikat.

Orang ramai dinasihati supaya mendapatkan maklumat perniagaan daripada agensi yang diiktiraf sebelum membuat sebarang pelaburan kerana bimbang menjadi mangsa skim yang menipu.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman BNM, http://www.bnm.gov.my. – UTUSAN MALAYSIA

sumber – www.thehypemedia.com

1

2

3

4

5

6

7

_________________________________________________________________________________________

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

_________________________________________________________________________________________
perlukan TUNAI dengan segera . tukarkan EMAS anda kepada TUNAI 
sedia membeli emas terpakai dengan harga yang tinggi.
sedia membeli segala jenis emas 999.9 , 999 , 916 , 875 , 835 , paun , 750 , pandora 916, emas lama , emas patah , bengkok , surat pajak dan lain-lain lagi . asalkan emas tulen.
COD cheras / ke tempat anda.

whatsapp/sms/call 013-9720910 Acikx Hargaemas + facebook 
_________________________________________________________________________________________

Niaga Hadapan Emas Dijangka Meningkat Minggu Depan

Ilustrasi+Harga+emas+Naik

KUALA LUMPUR, 18 Jan (Bernama) — Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka berada dalam aliran meningkat minggu depan disokong oleh beberapa momentum belian.

Peniaga Phillip Futures Sdn Bhd Ong Su Ling berkata peserta pasaran menjangkakan Bank Pusat Eropah mungkin melaksanakan semula program rangsangan bagi menangani tekanan deflasi berikutan harga minyak rendah.

“Ini boleh menyebabkan Rizab Persekutuan AS menangguhkan kenaikan kadar faedah yang seterusnya dapat meningkatkan pasaran,” katanya.

Seorang peniaga lain berkata kemungkinan terdapat sokongan belian daripada pembeli China menjelang perayaan Tahun Baru Cina pada Februari.

Bagi asas Jumaat ke Jumaat, Januari 2015 meningkat 100 mata kepada RM144.50 segram, manakala Februari 2015, Mac 2015 dan April 2015 naik 102 mata masing-masing kepada RM145, RM145.40 dan RM145.40 segram.

Jumlah dagangan bagi minggu ini meningkat kepada 1021.6 lot bernilai RM32.6 juta daripada 927 lot bernilai RM13.02 juta minggu sebelumnya.

Kepentingan terbuka pada Jumaat turun kepada 3,424 kontrak berbanding 3,465 kontrak minggu sebelumnya.

— BERNAMA

_________________________________________________________________________________________

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

_________________________________________________________________________________________
perlukan TUNAI dengan segera . tukarkan EMAS anda kepada TUNAI 
sedia membeli emas terpakai dengan harga yang tinggi.
sedia membeli segala jenis emas 999.9 , 999 , 916 , 875 , 835 , paun , 750 , pandora 916, emas lama , emas patah , bengkok , surat pajak dan lain-lain lagi . asalkan emas tulen.
COD cheras / ke tempat anda.

whatsapp/sms/call 013-9720910 Acikx Hargaemas + facebook 
_________________________________________________________________________________________

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah

Ilustrasi+Harga+Emas

KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) — Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif turun dari paras tertinggi dalam hampir sembilan bulan, dipengaruhi oleh penjualan dalam komoditi lain, kata para peniaga.

Seorang peniaga berkata pembeli emas fizikal di Asia kembali berhati-hati selepas harga emas susut daripada paras tertinggi pada sesi sebelumnya.

“Walaupun majoriti berita negatif bagi emas, pergerakan tidak menentu dalam ekuiti dan kelembapan ekonomi global memberi sokongan kepada harga,” katanya.

Semasa ditutup, Januari 2015 susut 28 mata kepada RM142.40 segram, Februari 2015 merosot 21 mata kepada RM142.80 segram, Mac 2015 turun 20 mata kepada RM143.20 segram dan April 2015 berkurangan 19 mata kepada RM143.60 segram.

Kepentingan terbuka naik kepada 3,791 kontrak daripada 3,735 kontrak pada Selasa manakala jumlah dagangan susut kepada 263 lot bernilai RM3.76 juta berbanding 301 lot bernilai RM4.33 juta sebelumnya.

Harga fizikal emas turun RM1.67 kepada RM137.44 segram hari ini daripada RM139.11 segram semalam.

-BERNAMA

_________________________________________________________________________________________

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

_________________________________________________________________________________________

perlukan TUNAI dengan segera . tukarkan EMAS anda kepada TUNAI 
sedia membeli emas terpakai dengan harga yang tinggi.
sedia membeli segala jenis emas 999.9 , 999 , 916 , 875 , 835 , paun , 750 , pandora 916, emas lama , emas patah , bengkok , surat pajak dan lain-lain lagi . asalkan emas tulen.
COD cheras / ke tempat anda.

whatsapp/sms/call 013-9720910 Acikx Hargaemas + facebook 
_________________________________________________________________________________________

Skim Pelaburan Emas Menipu !?

45792_Obv

Dari tahun 2009 sehinggalah tahun 2015 ini, berbagai-bagai skim pelaburan emas yang tidak diketahui asal-usulnya timbul. Macam cendawan selepas hujan.

Ramai yang join.

Ramai yang tertipu.

Ramai yang hilang duit. RM10k, RM20k, bahkan ada yang beratus-ratus ribu.

Inilah yang kita panggil skim pelaburan emas menipu!

Nak tahu bagaimana untuk detect skim-skim pelaburan emas scam dan menipu jenis seperti ini?

Mereka janjikan pulangan bulanan yang lumayan. Setiap bulan RM2,000, selama 5 bulan… contohnya.

Mereka tidak dapat menjelaskan sumber income dan keuntungan yang mereka jana. Anda tanyalah mereka sama ada di public ataupun secara private message. Mereka takkan layan anda.

Mereka tidak berikan produk kepada anda. Seperti contoh, pelaburan emas. Mana emas-nya? Anda dapat pegang emas? Tidak, kan? Sedangkan ASB pun ada boleh nampak value dan angka di buku akaun bank.

Mereka mencipta skill pelik-pelik dan sangat tidak praktikal, bahkan ada yang sebenarnya sangat merugikan, dan tunjuk kepada anda. Dengan harapan anda akan percaya bahawa mereka sangat power dan berilmu tinggi. Padahal kalau anda kaji, anda akan nampak bahawa mereka sebenarnya sangat bodoh.

Di akhir cerita, mereka akan cepat menyalahkan orang lain apabila berlaku insiden yang tidak diingini. Ianya dipanggil ‘Tersontot’, dalam bahasa kasarnya. Mereka akan cipta drama demi drama, mencipta kambing hitam (scapegoat) untuk disalahkan, demi mengalihkan perhatian orang lain dari masalah tersontot. Ada antara mereka yang diam menyorok, padahal di belakang orang lain mereka bangunkan hartanah dan segala macam bisnes menggunakan duit modal pelabur.

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

Dalam sesi muzakarah saya dengan Ustaz Halim (pakar Mu’amalat Islam Singapura) pada 11/1/2015, beliau telah memberikan kami panduan untuk mengelakkan dari terjebak dengan skim-skim pelaburan emas menipu ini.

Kaji source of income dan keuntungan syarikat yang menjalankan program yang diragui.
Kaji latar belakang syarikat dan pemilik syarikat tersebut.

Ikut tertib perniagaan emas dalam Islam. Tiada istilah seumpama ‘pelaburan emas’ dalam Islam, mohon ambil perhatian ya.

Dalam Islam, emas hanyalah satu medium yang boleh diperdagangkan dengan cara fizikal kerana ianya cara yang halal lagi sahih dan jelas.

Kalau anda dengar si pengelola skim emas bercakap tentang Bai Al-Wafa’, Bai As-Salam dan segala macam terms Arab bagi menghalalkan program mereka, ignore saja dan elakkan diri. Itu cuma antara alasan untuk mereka menghalalkan benda yang kalau silap hari-bulan, boleh jatuh haram.

Perhatikan akad mereka. Adakah akad menjual beli? Atau akad sewa? Ataupun akad pun entah ke mana? Kerana perniagaan emas adalah paling strict dalam hukum Islam. Silap akad, urusniaga tak sah. Dan adakah pelaburan emas sebahagian dari urusniaga dan perniagaan? Sudah tentu tidak.

Kami secara jujurnya tidak terlibat langsung dengan skim-skim pelaburan emas menipu seperti ini.

Pada kami, asalnya ia adalah hukum khilaf dan sudah jatuh syubhah. Tapi sekarang ianya lebih memudaratkan dan menyebabkan kerugian besar di pihak pelanggan.

Jelas bertentangan dengan prinsip hukum mu’amalat Islam yang sangat menekankan sifat puas hati penjual dan pembeli selepas pertukaran barang. Jadi cara kami senang saja.

Hukumnya HARAM.

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

Saya senang mengambil petikan antara perbualan saya dengan pakar kewangan dan mentor jutawan, Datuk Azizi Ali, yang mana beliau mengatakan bahawa “Sesiapa yang sudah terjebak dengan skim seperti ini, dinasihatkan supaya ambil balik duit modal mereka dan keluar jauh-jauh dari skim seperti ini. Kalau nak berniaga, buatlah seperti orang berniaga.

Back to basic.”.

Mudah saja, kan?

oleh Mohd Shafrizal Bin Azmi
sumber – niagaummah.com

_________________________________________________________________________________________

perlukan TUNAI dengan segera . tukarkan EMAS anda kepada TUNAI 
sedia membeli emas terpakai dengan harga yang tinggi .
sedia membeli segala jenis emas 999.9 , 999 , 916 , 875 , 835 , paun , 750 , pandora 916, emas lama , emas patah , bengkok , surat pajak dan lain-lain lagi . asalkan emas tulen .
COD cheras / ke tempat anda .

whatsapp/sms/call 013-9720910 Acikx Hargaemas + facebook 
_________________________________________________________________________________________

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

_________________________________________________________________________________________

Hukum Akaun Pelaburan Emas Di Bank Malaysia

gold

Soalan 1

Assalamualaikum UZAR, Saya nak kepastian dari UZAR mengenai masalah berikut:

Bagaimana pula pelaburan emas Kijang emas yang telah diperkenalkan oleh Maybank? Bagaimana cara selamat mengikut undang-undang Syariah untuk membeli dan melabur gold tersebut? Sila masuk ke maybank2u.com Terima kasih.

Akaun Pelaburan Emas di Maybank atau Public Bank – Pelaburan di Maybank jika mahu boleh dapatkan emasnya tapi di Public Bank tak pasti emasnya boleh dikeluarkan (Tiada yang sumber memastikan yang emas di PB boleh dikeluarkan). Jika mereka dagangkan hanya berdasarkan harga sahaja adakah ianya SAH disegi Islam?

Soalan 2

Saya telah membuat panggilan telefon (Public Bank customer service 1800883323) untuk mengetahui cara-cara urusniaga pelaburan akuan emas ini.

Dari maklumbalas yang diberikan ialah:

Jualbeli emas hanyalah berdasarkan harga semasa dan tidak mewakili emas fizikal.

Keuntungan pelaburan adalah dari perbezaan harga beli dan jual.

Setakat ini nilai pelaburan tidak mewakili emas fizikal dan tiada emas yang boleh dikeluarkan. Mereka ada rancangan perlaksanaan pembelian emas secara fizikal tetapi mungkin tahun depan.

Bagaimana pula Maybank yang Emasnya boleh diperolehi jika ada permintaan.

Minta komen ustaz kerana ramai pengguna-pengguna Islam terkeliru diatas pelaburan ini yang dianjurkan oleh institusi yang disahkan oleh kerajaan.

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

JAWAPAN

Tidak dinafikan, tatkala nilai matawang USD dan lain-lain semakin tidak menentu ketika ini, membeli emas dengan tujuan pelaburan adalah tindakan positif menurut banyak pendapat. Ini mungkin disebabkan emas yang mempunyai nilai lebih stabil berbanding matawang kertas ( paper or fiat money), ditambah pula dengan permintaan emas yang sentiasa ada.

Bagi mengulas isu yang ditanyakan, setelah merujuk dan melakukan pembacaan maklumat dari web bank yang terbabit, saya berpendapat seperti berikut :-

Apabila seseorang pelanggan ingin membuka akaun pelaburan emas, ia beerti ia bersetuju untuk membeli emas, simpan dan mungkin menjualnya apabila harga emas meningkat.

Oleh kerana itu, hukum bagi sebarang jenis akaun pelaburan jenis emas ini bergantung kepada beberapa keadaan, bagi memberikan sedikit kefahaman kepada pembaca berkenaan keadaan-keadaan berbeza ini, ia adalah seperti berikut :-

• HARAM DAN BATAL : Jika emas itu belum berada dalam pemilikan bank dan hanya akan dibeli daripada pihak ketiga dalam majlis transaksi yang berasingan. Urusniaga pembukaan akaun itu telah menjadi HARAM dan tidak SAH, kerana pihak bank telah menjual emas yang tiada di dalam miliknya dan juga kerana riba telah berlaku apabila tiadanya elemen ‘Taqabud fil Majlis’ (serah terima dalam satu masa), sebarang penangguhan membawa kepada Riba an-Nasiah.

Kesimpulan ; pastikan emas yang ingin dijual mestilah berada dalam pemilikan pihak bank tersebut.

• HARAM DAN BATAL : Iaitu jika emas BELUM atau TIDAK diterima sertamerta ketika membuka akaun pelaburan emas itu.

Sebagai contohnya, pelanggan hanya yang membayar sejumlah wang untuk membeli emas 100 gram dan memulkana akaunnya, namun pihak bank tidak memberikan sebarang bukti pembelian telah termeterai dengan rasminya atau ‘concluded’. SERTA tiada sebarang jenis bukti bertulis yang menunjukkan pelanggan kini menerima ‘hak tasarruf’ (hak kebebasan terhadap sejumlah emas yang telah dibelinya sama ada untuk menjualnya padabila-bila masa yang dikehendakinya).

• HALAL DAN SAH :

Setelah anda membaca dua bentuk yang jatuh haram, sudah tentu anda mampu memeastikan bagaimana bentuk akaun pelaburan emas yang halal dan sah. Iaitu :-

a. Bank memiliki emas yang dijual semasa menjual.

b. Bank memberikan bukti dan hak tasarruf kepada pelanggan sama ada dalam bentuk fizikal emas atau bentuk sijil hak ke atas sejumlah emas (yang telah dibeli), yang mana sijil itu melayakkan pelanggan itu menuntut emasnya secara fizikal pada bila-bila masa yang dikehendakinya. Ini bermakna sijil itu ibarat sebuah kad debit dan cek yang mewakili duit fizikal yang wujud. Penyerahan menggunakan sijil ha milik emas sebagai tanda pembeli dan pembukaan akaun sudah sempurna adalah SAH DAN HARUS di sisi Islam. Ia dianggap sebagai penyerahan tidak fizikal (al-Qabdhu Al-Ma’nawi) Demikian fatwa oleh Majlis Fiqh Antarabangsa dalam keputusan mereka nombor 84, 9/1 (Qararat Wa Tawsiat, hlm 191)

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

DALAM KES AKAUN PELABURAN EMAS DI BANK ?

Setelah melihat serba ringkas info akaun pelaburan emas di kedua-dua bank terbabit melalui web mereka. Saya kira Maybank menawarkan akaun pelaburan emas yang HALAL dengan TIGA lagi syarat tambahan lagi, iaitu :

1- JANGAN DIGUNAKAN UNTUK AKTIVTI RIBA : mestilah emas sebenar (fizikal) yang berada simpanannya bagi pihak pelanggan tadi TIDAK digunakan untuk kegunaan aktiviti ribawi mereka. Justeru, satu jaminan atau pengesahan dari pihak bank mestilah diperolehi sama ada secara lisan atau bertulis atau disahkan oleh Majlis Syariah bank berkenaan.

Apabila kita menyimpan emas fizikal yang telah kita beli di bank tersebut, aqad simpanan itu juga sepatutnya mesti dikenal pasti dengan jelas. Apakah jenis aqadnya? Adakah ia Wadiah? atau Qard dan sebagainya.

2- JUMLAH EMAS MENCUKUPI KETIKA TRANSAKSI : Mestilah dipastikan wujud jumlah emas mencukupi ketika proses jual beli dibuat pada satu-satu masa.

Maksud saya, sebagai contoh : Bank mempunyai 100 kilo emas sahaja, dalam masa yang sama (satu waktu), 100 kilo emas itu digunakan untuk dua atau lebih pelanggan yang berlainan.

Pelanggan Ahmad membeli 100 kilo emas pada jam 2.30 petang, demikian juga sdr Ah Chong tepat jam 2.30 petang juga membeli dan membuka akaun yang sama di kaunter berlainan, padahal bank hanya mempunyai 100 kilo emas sahaja. Tatkala itu, transaksi orang kedua tidak sah. Hanya yang pertama sahaja yang sah.

3- CARA PEMBAYARAN YANG HALAL : Pembayaran yang dibuat oleh pihak pelanggan pula WAJIBLAH menggunakan sama ada tunai, debit akaun sertamerta, kad debit dan kad kredit Islam bank tempatan, cek tempatan.

Sebarang pembayaran menggunakan cek antarabangsa dan kad kredit Islam yang mengambil masa lebih 3 hari untuk settlement adalah TERLARANG menurut fatwa Majlis Fiqh Antarabangsa.

Mengapa 3 hari? ia adalah tempoh maksimum menurut ‘uruf bagi memastikan syarat ‘Taqabud fil hal’ tercapai, ia adalah fatwa yang dipetik dari pandangan Mazhab Maliki dan juga fatwa kebanyakan ulama fiqh sedunia, termasuk Syeikh Dr Abd Sattar Abu Ghuddah.

4- PEMEGANG AKAUN PELABURAN EMAS MESTILAH MEMBAYAR ZAKAT : Apabila cukup hawl atau tempoh setahun bulan Islam dan apabila nisab simpanannya mencapai atau melebihi nisab wajib keluar zakat emas iaitu 85 gram. Untuk kira-kira buka di sini.

Namun akaun pelaburan Public Bank saya kurang pasti kerana tidak dinyatakan sama ada sijil atau bukti pembelian itu boleh ditukarkan kepada emas fizikal pada bila-bila masa yang dikehendaki. Malah penyoal menyatakan beliau telah menelefon pihak bank dan terbukti sijil atau bukti pembelian itu tersebut TIDAK BOLEH ditukar kepada emas fizikal. Tatkala itu, bagi saya transaksi ini bermasalah dari sudut hukum Islam.

Jika sijil tersebut tidak boleh ditukar kepada emas fizikal, tatkala itu ia memberikan kesan kepada proses ‘Taqabud al-hukmi’ yang disyaratkan dalam jual beli item ribawi dan merosakkan aqad ini, dalam kes ini antara emas dan wang Ringgit Malaysia.

KESIMPULAN

Bagi sesiapa yang ingin membuka akaun ini, saya nasihatkan menyemak terlebih dahulu perkara yang telah saya sebutkan di atas. Ditambah pula, akaun pelaburan emas dan kijang emas ini tidak diletakkan di bawah skim pelaburan Islam maybank dan public bank. Ia sekali lagi menimbulkan tandatanya. Saya tidak ada kemudahan untuk menyemak hal itu ketika ini kerana kesukaran komunikasi dengan pihak bank terbabit, terutamanya berada di perantauan.

Jika anda sudah punyai jawapan kepada syarat dan persoalan yang saya utarakan di atas. Baik jika dapat anda memaklumkan kepada saya dengan tepat dan jitu. Saya juga berminat untuk membuka akaun ini jika semua persoalan di atas telah LULUS.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net

_________________________________________________________________________________________

perlukan TUNAI dengan segera . tukarkan EMAS anda kepada TUNAI 
sedia membeli emas terpakai dengan harga yang tinggi .
sedia membeli segala jenis emas 999.9 , 999 , 916 , 875 , 835 , paun , 750 , pandora 916, emas lama , emas patah , bengkok , surat pajak dan lain-lain lagi . asalkan emas tulen .
COD cheras / ke tempat anda .

whatsapp/sms/call 013-9720910 Acikx Hargaemas + facebook 
_________________________________________________________________________________________

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

_________________________________________________________________________________________

Syor Beli Emas

13hm043bb.transformed

Oleh Sri Ayu Kartika Amri

Kuala Lumpur: Persekutuan Persatuan Perniagaan Emas dan Permata Malaysia menjangkakan suku pertama 2015 adalah masa terbaik untuk membeli barang kemas terutamanya emas.

Presidennya, Ermin D M Siow berkata, masyarakat Malaysia menyukai emas dan disebabkan itu permintaan terhadap emas sentiasa ada dan tidak pernah putus sama ada harganya naik atau menurun.

Katanya, dijangka pasaran emas akan perlahan beberapa bulan selepas pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) pada April ini.

“Konsumer perlu mengambil peluang yang ada untuk membeli barang kemas dan emas terutama suku pertama 2015 kerana harga yang rendah dan juga sebelum GST dilaksanakan.

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

“Namun, kerajaan mengecualikan GST untuk jongkong emas pelaburan yang diluluskan oleh London Bullion Market Association (LBMA),” katanya.

Menurutnya, waktu sekarang juga sebenarnya adalah masa terbaik untuk pelaburan emas berikutan harga emas mentah antarabangsa yang lebih rendah tahun ini.

“Harga emas mentah dijangka akan kekal antara USD1,200 hingga USD1,300 seaun tahun ini. Oleh itu, ini peluang yang sangat baik untuk orang ramai mempelbagaikan pelaburan mereka sama ada membeli emas dalam bentuk barang kemas atau pun jongkong,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Urusan Habib Jewels Sdn Bhd (Habib), Datuk Meer Habib berkata, pihaknya menyasarkan suku pertama tahun ini sangat positif untuk pasaran barang kemas.

Beliau berkata, selepas pelaksanaan GST, harga barang kemas akan naik sedikit, namun ia tidak begitu memberi impak begitu besar.

“Oleh itu, kami menyarankan kepada orang ramai untuk membeli barang kemas yang mereka inginkan sebelum GST, tetapi sebagai pemain industri ini, kami akan cuba sedaya upaya menyerap kenaikan harga terhadap pengguna supaya tidak terlalu membebankan mereka.

“Bagaimanapun, orang ramai tidak perlu risau kerana biarpun selepas GST, pasaran barang kemas Malaysia masih berada pada harga yang sangat kompetitif berbanding negara lain,” katanya.

Meer berkata, Malaysia menjadi lokasi tarikan pencinta barang kemas dari seluruh pelosok dunia dan ramai daripada mereka melancong ke negara ini semata-mata untuk mendapatkan koleksi barang kemas buatan tempatan bukan sahaja kerana harga, tetapi termasuk kualiti serta reka bentuknya.

sumber – www.hmetro.com.my

_________________________________________________________________________________________

perlukan TUNAI dengan segera . tukarkan EMAS anda kepada TUNAI 
sedia membeli emas terpakai dengan harga yang tinggi .
sedia membeli segala jenis emas 999.9 , 999 , 916 , 875 , 835 , paun , 750 , pandora 916, emas lama , emas patah , bengkok , surat pajak dan lain-lain lagi . asalkan emas tulen .
COD cheras / ke tempat anda .

whatsapp/sms/call 013-9720910 Acikx Hargaemas + facebook 
_________________________________________________________________________________________

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

_________________________________________________________________________________________