Bantu Customer Bukan Dengan Harga Murah

value-for-money

Salah satu cabaran orang baru nak berniaga ialah rasa tak tergamak nak ‘caj’ customer. Kalau modal produk RM80, nak jual pada harga RM100 pun rasa tak patut. Rasa macam ambil kesempatan atas customer jer. Mungkin kalau jual harga RM85 jer baru rasa tergamak. Yang lebih-lebih tu rasa bersalah sedangkan duit minyak nak pergi ambil barang tu pun dah RM10! Itulah juga konflik saya masa mula-mula berniaga dulu.

Tapi bila dah lama berniaga, saya rasa tak patut bagi harga murah. Peniaga mesti caj harga patut, bukan harga murah. Jual produk pada harga murah sebenarnya merosakkan diri sendiri, merosakkan pasaran (dan peniaga lain), dan akhir sekali menyusahkan customer juga!

Salah satu cara nak buang rasa ‘tak tergamak’ caj customer, kita mesti tahu NILAI sebenar produk (atau servis) yang kita jual. Bila kita bagi NILAI lebih mahal dari HARGA yang customer bayar, kita sebenarnya telah membantu customer. Bila kita rasa kita membantu orang lain, insyaAllah kita akan ada ‘harga diri’. Kita tak segan untuk caj harga patut, dan kita tak gelabah dengan “harga murah” ditawarkan oleh pesaing.

Beri Nilai Lebih Dari Harga

Apakah maksud “harga” dan apakah maksud “nilai”?

“Harga” ialah apa yang customer bayar. “Nilai” ialah apa yang customer dapat dari kita. Contohnya, kenapa kalau harga mee goreng RM4.00 sebungkus di pasar malam kita rasa mahal, sedangkan harga RM4.00 mee goreng di restoran kita rasa ok? Mee goreng pasar malam tu mee goreng kosong, tapi mee goreng di restoran cukup dengan ayam, udang dan sotong. Walaupun kita bayar harga yang sama, tapi mee goreng pasar malam kita rasa mahal dan mee goreng restoran kita rasa ok. Itulah bezanya anda “nilai” dan “harga”.

Sama juga bila kita berniaga. Bila berniaga, lebih baik kita caj harga patut dengan NILAI yang terbaik, berbanding harga murah tapi nilai yang kita beri tu teruk. Jangan bersaing dengan harga, tapi bersainglah dengan NILAI yang kita tawarkan. Salah satu risiko bersaing harga ialah merosakkan pasaran dan membunuh peniaga kecil.

Bersaing Pada Nilai, Bukan Harga

Orang Melayu bila berniaga suka bersaing harga, tapi akhir sekali semua tak boleh cari makan. Yang boleh survive cuma mereka yang modal besar. Kalau kita perhati masyarakat Cina berniaga, susah kita jumpa mereka bersaing harga. Mereka boleh berniaga sebaris, tapi semua maju. Kalau pergi Low Yat (tempat jual barang IT), pergilah kedai mana sekalipun harganya semuanya sama. Kalau harga murah sikit, biasanya sebab mereka exclude (keluarkan) aksesori.

Mereka boleh niaga sama-sama dan semua boleh untung. Mereka tetap bersaing, tapi bukan bersaing harga, tapi bersaing “nilai”. Bersaing pada “nilai” maksudnya, mereka bersaing customer service, after sales service, layout kedai yang lebih selesa dsb. Jadi kalau nak maju dalam bisnes, jangan bagi harga murah. Bila untung tak berbaloi, kita akan “give-up”.

Peniaga Harga Murah Akan Give-up!

Dalam bisnes emas, tahun 2010 – 2012 dulu ramai orang excited berniaga emas Public Gold. Saya perhati memang ramai yang jenis ‘lelong’ harga di facebook 3% lebih rendah dari harga web Public Gold sedangkan komisyen dealer hanyalah 1% – 2% jer. Mungkin mereka masih untung sebab dulu mereka beli pada harga rendah, tapi akhir sekali, saya boleh katakan semua yang jenis lelong harga murah dah tinggalkan bisnes Public Gold! Bila peniaga tinggalkan bisnes, pembeli juga yang susah. Ramai pembeli emas lama terpaksa cari dealer macam saya untuk urusan jual beli emas sebab dealer-dealer mereka dah tinggalkan bisnes katanya.

Sebab tu salah satu etika berniaga ialah caj harta patut. Kalau kita ejen, bila syarikat dah tetapkan harga, kita kena follow harga tu. Jangan bagi diskaun, tapi bagilah servis yang terbaik. Kita bersiang pada servis, bukan pada harga. Sejak dari dulu lagi, saya tak bagi harga diskaun walaupun seringgit bila jadi ejen. Bisnes adalah bisnes. Daripada bagi diskaun seringgit, saya lebih sanggup belanja RM20! Saya tak bagi diskaun walaupun seringgit, tapi masa jumpa saya, saya belanja makan habis RM20! Ok tak?…

Strategi Salah Membantutkan Bisnes

Kenapa saya lebih sanggup belanja makan RM20 berbanding bagi diskaun RM1? Sebab diskaun akan beri kesan jangka panjang. Ia akan menyusahkan kita dan membantutkan bisnes kita untuk berkembang. Masa kita ada 10 customer, mungkin kita boleh layan, tapi macam mana kalau 100 customer datang nak ‘runding’ harga? Kalau 100 customer kita dah pening, macam mana bisnes kita nak berkembang menjadi 1,000 customer? Itulah sebab peniaga yang suka main harga akhir sekali akan give-up. Mereka tak boleh cari makan.

Mungkin sahabat tanya, apakah NILAI yang kita boleh bersaing?

Bila berniaga, lebih baik bersaing dengan servis yang kita beri. Contohnya sebagai dealer emas, nilai yang paling mahal yang mereka perlukan daripada dealer ialah:

-Nasihat pelaburan yang jujur dan betul, sesuai dengan kedudukan kewangan pembeli emas. Fikirkan kepentingan pembeli emas, bukan poket kita sebagai dealer. Bukan emas yang membuatkan kita kaya, tapi ilmu tentang emas itulah yang membezakannya.
-Bantu permudahkan urusan juga beli terutamanya bila melibatkan apa-apa urusan yang perlu follow-up dengan Public Gold.
-Terus kekal bertahan lama dalam bisnes! Inilah after sales service yang mahal.

Peniaga Baru Perlukan Fast Cash

Saya nampak, strategi lawan harga ni banyak sangat berlaku dikalangan orang berniaga direct selling. Bagi sahabat yang nak berniaga lama, jangan sesekali main harga apatah lagi jual “harga ahli” kepada yang “bukan ahli”. Daripada bagi diskaun, lebih baik tawarkan hadiah kepada customer. Memang betul, selain dari untung runcit 20% – 25%, syarikat akan bayar bonus tapi bonus tu tak berbaloi bagi orang yang baru bermula.

Untung runcit adalah “fash cash” yang boleh memotivasikan orang baru untuk bina bisnes. Bila ada order dari customer, ejen sebenarnya terpaksa keluarkan kos. At least kos petrol pergi ambil barang tu di cawangan terdekat, kos bil telefon untuk consult customer dan kos habis masa ke sana ke mari. Bagi leader yang dah ada network yang besar, mereka mungkin tak kisah dengan untung runcit. Tapi kalau ramai peniaga baru tak boleh survive sebab susah dapat fast cash dari untung runcit, akhir sekali leader pun turun sama akan jatuh!

Peniaga Mesti Berprinsip

Penyelesaiannya, kalau orang minta diskaun, jangan bagi diskaun tapi offer hadiah sebagai alternatif. Kalau ada customer yang bukan ahli, jangan sesekali bagi harga ahli. Kalau customer nak beli harga ahli juga, suruh dia register sebagai ejen. Kalau tak nak register ejen juga, suruh dia cari peniaga lain! Jangan rasa rugi untuk lepaskan pembeli yang ‘memeras ugut’ hak kita sebagai peniaga. Kita mesti berprinsip dan ada harga diri. Saya percaya, peniaga yang main harga akhir sekali ada give-up dan akhir sekali customer terpaksa cari peniaga yang ada harga diri macam kita juga. InsyaAllah.

Wallahu a’lam.

Zulkifli

sumber : http://www.mohdzulkifli.com/2014/09/bantu-customer-bukan-dengan-harga-murah.html#ixzz3Lq6HdvT6

Awas, Skim Cepat Kaya Bertopeng Emas!

ru_02.1

Terlalu banyak orang tanya saya akhir-akhir ni tentang skim pelaburan emas yang dapat income bulan-bulan. Dah terlalu famous sekarang ni. Hari ni sahaja dah 6 orang tanya saya soalan yang sama. Ye lah. Siapa tak ‘curious’. Bukan sikit janji keuntungnya. Ada yang janji bagi keuntungan mencecah 70% – 100% dalam tempoh setahun!

Secara jujurnya, bila dengar boleh dapat keuntungan yang tak masuk akal tu pun, saya dah ‘reject’ awal-awal. Too good to be true. Kalau “perniagaan” untung 200% setahun tu memang biasa, tapi kalau “pelaburan” untung 20% tu bagi saya luar biasa. Apatah lagi untungnya 70% hingga 100% setahun!

Penganjur Bijak Lagi Baik Hati?

Kalau betul ianya pelaburan yang tulen, jangankan kita yang nak labur, badan-badan kerajaan, bank-bank dan institusi kewangan yang ada dana jauh lebih besar, dan jauh lebih ‘pakar’ dari kita akan rebut dulu. Tak sempat nak labur, dah ‘penuh’ dah quota macam saham Bank Rakyat! Tapi kalau kita dengar mana-mana skim pelaburan yang bagi pulangan tak masuk akal, sedangkan pihak bank pun tak “ambil port” langsung, sepatutnya itu dah boleh bagi kita “red flag”. Hati-hati. Labur duit jangan sampai lebur…

Kedua, banyak penganjur yang sangat bijak niagakan dan manipulasi emas katanya. Bukan setakat bijak, baik hati pulak tu. Kalau penganjur boleh bagi pelabur untung 70% – 100% setahun, agaknya berapa untung penganjur (peniaga)? Paling tidak pun 200% setahun. Maksudnya, daripada modal yang kita beri, mereka mesti dapat untung 300% setahun. Memang bijak, jauh lebih bijak dari kedai-kedai emas yang lama dan mana-mana institusi kewangan di Malaysia. Kalau itu kaedah niaga yang untungnya sangat besar, kenapa pengeluar emas berpengalaman seperti Poh Kong, Habib Jewel, dan Public Gold tak secerdik tu untuk niagakan kaedah macam tu?

Ciri-Ciri Skim Cepat Kaya

Secara jujurnya, saya tak pasti samada skim-skim begitu pelaburan tulen atau tak. Tapi berdasarkan ciri-ciri yang saya perhati, saya buat kesimpulan, ia adalah money game atau skim cepat kaya (cepat miskin!), sebab faktor berikut:

#1 – Keuntungan Tak Masuk Akal

Janji keuntungan 70% – 100% setahun tu sangat tak masuk akal. Pesan Azizi Ali (Pakar Kewangan berpengalaman), “Pelabur-pelabur world class seperti Warren Buffett dan George Soros pun ‘hanya’ memberi pulangan 20-34% setahun! Adakah masuk akal orang yang tidak pernah dikenali dapat memberikan pulangan yang sebegitu tinggi (melebihi 34% setahun)?”.

Kalau benar pelaburan tu tulen, saya syorkan ramai-ramai buat loan bank RM200,000 dan laburkan ke skim macam tu. Saya kira-kira, lepas tolak ansuran bank dalam RM1,200 sebulan, kita masih berbaki at least RM8,000 – RM10,000 sebulan. Dah tak perlu penat-penat kerja sampai mati. Bulan depan pun dah boleh pencen dan “bebas kewangan”!

#2 – Terma Sentiasa Berubah-ubah

Apa yang saya perhati, kaedah begitu mula popular sebagai skim “delay”, kemudian berubah-ubah dan pelbagai program ditawarkan tapi urusniaganya hampir sama. Letak duit, dapat income bulan-bulan. Dan macam-macam nama-nama pelik yang digunakan.

#3 – Produk Bukan Subjek Penting

Emas tak penting, harga emas semasa tak penting, tapi yang penting ialah letak duit dan dapat income bulan-bulan. Bahkan penganjur letak harga terlalu tinggi atau terlalu rendah yang tak masuk akal pun orang tak kisah sebab kebanyakkannya tak ada “penyerahan fizikal”. Keuntungan yang dijanjikan tak ada kena mengena dengan turun naik harga emas. Harga emas naik atau turun, semuanya untung. Pendek kata, confirm untung. Bahkan pembeli emas tak kisah pun tentang emas tu. Yang penting, dapat income bulan-bulan.

#4 – Punca Keuntungan Agak Kabur

Boleh dikatakan hampir kesemua penganjur akan mengelak untuk jawab mana datang keuntungan yang luar biasa tu. Kalau jawab pun, jawapan tu sangat kabur. Saya pernah tanya beberapa pengajur tapi ramai yang bukan sahaja tak menjawab soalan, tapi hentam balik Public Gold. Mungkin sebab mereka kenal saya dealer Public Gold yang aktif. Persoalan asas saya, mana datang keuntungan luar biasa tu? Jawapan biasa, emas tu diniagakan. Niaga yang macam mana yang boleh bagi untung berlipat kali ganda tu? Jawapan untuk persoalan ini biasanya berbelit-belit.

Kalau kita labur mana-mana tempat yang betul, “fund manager” biasanya akan terangkan sejelas-jelasnya mana datang keuntungan mereka. Macam mana operasi perniagaan mereka, strategi dan prospek bisnes mereka, ada prospektus, ada statistik, ada laporan kewangan dsb. Tapi skim begitu terlalu kabur. Orang yang join tu pun tak kisah. Janji masyuuk jer.

#5 – Kaedah Marketing Terlalu “Fishy”

Maaf. Kalau marketing tunjuk duit berlambak-lambak, tunjuk duit berjuta dalam akaun bank, itu cara skim cepat miskin. Pengalaman saya jumpa ramai orang kaya, majoriti mereka lebih suka low profile. Kalau kita betul-betul kaya, buat apa nak bising-bising kan? Duduk diam-diam lagi bagus.

Cuba tengok guru-guru bisnes, guru kewangan dan guru pelaburan sebenar, ada tak mereka tunjukkan harta mereka? Cuba perhati guru-guru seperti Robert Kiyosaki (Kewangan), Azizi Ali (Kewangan), Puan Ainon (Bisnes), Irfan Khairi (Bisnes Internet), Dr. Shah Razali (Hartanah), Tuan Faizul Ridzuan (Hartanah) dan lain-lain, pernah tak mereka “jual” produk mereka dengan tunjuk harta mereka? Tak pernah, tapi orang ramai tetap cari mereka sebab NILAI diri mereka yang sebenar.

Jadi bagi saya, kalau orang yang terlalu show-off (menunjuk-nunjuk), mereka bukan kaya sebenarnya. Kekayaan yang dia pamerkan tu cuma “umpan” untuk tangkap pelabur. Kaya yang mereka tunjukkan tu biasanya palsu, ataupun kaya dengan duit orang!

Money Game Bertopeng Emas?

Saya boleh buat kesimpulan, skim-skim begitu hanyalah money game i.e. skim cepat kaya (cepat miskin!) atau permainan duit. Penganjur sebenarnya nak guna duit kita dan emas kita untuk rolling bisnes ‘rahsia’ mereka. Kalau betul-betul jujur, jual emas tu pada harga pasaran. Emas tu kita simpan sendiri. Lepas tu penganjur yang baik hati tu bagi income bulan-bulan selama setahun. Ada tak pengajur berani buat macam tu? Jawapannya tak ada. Mana mereka nak cari duit untuk bayar income bulan-bulan?

Kalau tengok kes-kes lama, skim-skim macam tu memang ‘proven’ bayar income bulan-bulan supaya dapat kepercayaan orang ramai, tapi akhir sekali akan lingkup dan duit-duit pelabur akan lebur kesemuanya bila (1) penganjur lari, atau (2) diserbu oleh Bank Negara (BNM). Tapi saya nampak, bukan mudah BNM nak serbu sebab penganjur skim dah belajar dari kes sebelum ni. Urusniaga tak dibuat atas nama satu syarikat, tapi dibuat guna nama banyak syarikat. Setiap ejen ada syarikat “Sdn. Bhd” mereka. Syarikat “Sdn. Bhd” ialah syarikat yang liabilitinya terhad. Kalau syarikat kena beku, ianya tak menjejaskan ASET PERIBADI penganjur. Pelabur semua akan lingkup, tapi penganjur tetap kaya raya…

Pelaburan Emas Sebenar?

Saya harap, pandangan dan kesimpulan yang saya buat ni tak betul. Kalau ianya pelaburan tulen, alhamdulillah. Maksudnya itu peluang pelaburan luar biasa yang semua rakyat Malaysia patut sertai.

Hakikatnya, pelaburan emas yang sebenarnya ialah beli dan simpan emas SENDIRI, tak ada income bulan-bulan. Tak menarik macam skim-skim pelaburan begitu. Untung pelaburan emas secara asasnya bergantung naik turun harga emas. Buy low, sell high. Itu sahaja. Memang lambat kaya, tapi itu cara paling selamat sebab apa pun berlaku dalam dunia ni, emas tu masih ditangan kita.

Wallahu a’lam.

Zulkifli

sumber : http://www.mohdzulkifli.com/2014/08/awas-skim-cepat-kaya-bertopeng-emas.html#ixzz3LpyEtHEP

Untungnya Emas

slide-2

Emas? Siapa yang tak tahu tentang logam mulia ni? Semua orang pun tahu pentingnya emas dalam lipatan sejarah.

Tapi tak semua mampu memiliki emas.

Ya benar. Tak semua mampu. Kalau ada pun, masa emergency dah tentu gadai dan pajak. Hilang dah emas. Hanya yang kaya saja boleh simpan emas dan siap wariskan pada anak cucu.

Apa untungnya berniaga emas?

1 – Menyimpan emas dan perak adalah sunnah Nabi SAW sejak 1400 tahun dahulu. Lihat sajalah dinar dan dirham, digunapakai sebagai sistem matawang official Empayar Khalifah sehingga tahun 1924.

2 – Sifat semulajadi manusia menyukai emas kerana prestij-nya. Jadi penjual emas tak perlu takut kerana demand sentiasa tinggi. Dan supply pun sedang tinggi pada masa kini.

3 – Peluang pelaburan manual yang terbaik kerana harganya semakin naik (sebenarnya sistem matawang dunia saja yang mengalami penurunan). Bulan lepas beli 1 gram harga RM140. Bulan ni jual RM160. Untung RM20. Kalau simpan sampai tahun 2016? Semestinya akan untung banyak.

4 – Emas disimpan oleh bank-bank pusat setiap negara sebagai Rizab (Reserve). kenapa kita tak boleh ikut langkah mereka dan simpan sendiri emas kita?

5 – Kalis inflasi. Sebagai contoh, harga kambing seekor sekarang berapa? Kalau mengikut kadar emas, harga kambing seekor di zaman Nabi SAW adalah 1 dinar emas. Zaman sekarang? Masih lagi 1 dinar emas.

IMG-20141207-WA0082

6 – Jual beli yang mudah dan tidak perlu pihak ketiga. Anda nak jual, anda jual sendiri. Untung anda dapat rasa sendiri.

7 – Sebagai satu aset untuk menghadapi keadaan ekonomi, politik dan sosial yang tidak stabil. Ramai warga Vietnam semasa perang dulu berhijrah ke negara lain dengan berbekalkan 1 kilogram emas. Dan mereka dapat membina kehidupan yang baru. Lihat saja warga Libya yang bawa duit Libya ke luar negara. Tak laku beb.

8 – Emas tak dikawal oleh kerajaan. Ikut suka hati anda lah nak simpan sampai penuh satu bilik. Kerajaan tiada kuasa untuk halang anda. Wang fiat? Nilai wang fiat semuanya bergantung pada spekulasi matawang, pengaliran keluar dan masuk serta peraturan yang ditetapkan oleh Bank Negara. Kalau Bank Negara jatuh? Wang anda lesap tidak laku.

9 – Aset fizikal yang tidak boleh dibekukan walaupun si penyimpan diisytiharkan bankrap. Bank tidak boleh sentuh emas anda. Itu adalah hak milik mutlak anda.

Jadi anda sudah nampak kan betapa pentingnya emas?

Pinjamkan Pamp Emas, Dijanjikan Hibah, Tetapi Tidak Disebut di Dalam Aqad

how-gold-bars-are-manufactured-8

Soalan

Ada seorang ustaz keluar fatwa, boleh buat aqad hutang pamp yang bernilai 100 gram, selepas 30 hari pulangkan pamp, RM4500 dan RM1500 diberikan sebagai hibah, offer boleh cuma jangan masuk dalam aqad bertulis. Ramai pelabur Muslim yang melabur dalam skim tersebut kerana fatwa yang diberikan. Mohon penjelasan?

Jawapan

Saya tidak bersetuju dengan pandangan yang diberikan oleh ustaz tersebut. Fatwa sedemikian adalah menghalalkan riba. Ia membuka ruang yang luas kepada riba, dosa besar yang disebut di dalam Al-Quran sebagai memerangi Allah dan Rasulnya. Kenapa ada orang yang berani sangat keluar fatwa? Padangan yang mengelirukan orang ramai tentang riba. Ia bukan fatwa, kerana bukan semua orang boleh keluar fatwa. Pandangan mengharuskan memberi faedah kepada pinjaman seperti di atas kerana tidak disebut di dalam aqad bertulis hanya keluar dari orang yang tidak tahu fiqh muamalat, tetapi shok sendiri. Pandangan yang sangat merbahaya, kerana memberi peluang kepada penganjur skim skim pelaburan emas dan pemabuk pemabuk pelaburan emas untuk terus melakukan riba dan mempengaruhi orang ramai melakukan riba.

Membayar pinjaman atau hutang dengan bayaran yang lebih, sekiraya tidak disyaratkan dan tidak diperstujui daripada awal, adalah dibenarkan. Ini adalah berdasarkan hadis:

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: خياركم أحسنكم قضاء. رواه البخاري ومسلم

رواه ابن ماجة ــ كتاب التجارات رقم 2276 ورواه أيضا عن عرباض بن سارية بلفظ ( خير الناس خيرهم قضاء ) والحديث صححه الألباني في صحيح الجامع حديث رقم: 3290 (2) فيض القدير / المناوي 2/451

Maksud: “Sebaik baik kamu adalah orang yang paling baik dalam membayar hutang. Aku adalah yang terbaik daripada kamu semua dalam membayar hutang”

Di dalam hadith yang lain atau riwayat yang lain Rasulullah pernah berhutang seekor anak unta. Baginda membayar balik dengan anak unta yang lebih besar.

وفي صحيح مسلم: أن النبي صلى الله عليه وسلم استلف من رجل بكر فجاءته إبل من إبل الصدقة فأمر أبا رافع أن يقضي الرجل بكره فرجع إليه أبو رافع، فقال: لم أجد فيها إلا جملا خيارا رباعيا، فقال أعطه إياه، إن خيار الناس أحسنهم قضاء.

Berdasarkan hadis hadis di atas para ulama merumuskan bahawa peminjam yang membayar hutang boleh membayar lebih atau memberi hibah kepada pemberi hutang ketika pembayaran dibuat dengan syarat ia tidak disyaratkan atau tidak dipersetujui daripada awal, atau diminta sedemikian oleh pemiutang samada daripada awal atau ketika bayaran dibuat.

Dalam contoh skim pelaburan emas di atas, persetujuan sudah berlaku walaupun tidak dimasukkan di dalam aqad. Perlu difahami bahawa aqad bertulis adalah formaliti, bukannya penentu kesahihan aqad. Tidak semestinya tidak berlaku aqad sekiranya tidak ditulis. Aqad boleh berlaku melalui offer (ijab) dan acceptance (qabul) secara lisan. Aqad bererti mengikat pihak berkontrak dengan komitmen yang disyaratkan/ditawarkan. Perjanjian dan tawaran memberi hibah adalah sebahagian daripada aqad program skim pelaburan emas di atas yang berteraskan pinjaman riba/berfaedah.

Para ulama juga menegaskan bahawa sesuatu yang menjadi adat/uruf, walau tidak disayaratkan adalah seperti disyaratkan. Ini adalah berdasarkan kaedah fiqh.

المعروف عرفا كالمشروط شرطا

Maksud: “Perkara yang sudah menjadi adat kebiasaan (sesuatu transaksi) adalah seperti disyaratkan”

Ini bermakna, sekalipun tidak disyaratkan dengan jelas, di dalam perjanjian atau aqad, apabila ia sudah menjadi uruf untuk membayarar hutang dengan jumlah yang lebih, maka ia adalah sama dengan mensyaratkannya. Dengan itu, dalam kontek struktur skim di atas, ia adalah riba. Faktor kenapa pemilik emas memberi pinjam emasnya adalah kerana “hibah” yang ditawarkan/di offer/dijanjikan, atau sudah menjadi uruf program tertentu memberik hibah sedemikian bagi sesiapa yang meminjamkan emas kepada mereka walaupun tidak disebut di dalam aqad bertulis.

Wallahu’alam

sumber – drazman.net (Dr.Azman Mohd Noor)

Beli Emas 10gram, setiap bulan dapat rebate 7%

DSCN0084

Soalan
Assalamualaikum tuan,
Ada 1 program emas. Bayar RM1800 dapat emas sebanyak 10gram, setiap bulan akan diberikan rebate sebanyak 7% = RM126 selama 10 bln. Emas ada di tangan. Adakah halal tuan?
Terima kasih

Jawapan

Soalan bagi struktur sebegini sudah diutarakan sebelum ini. Cuma, munkin ada perbezaan pada jumlah atau peratus pulangan yang diberikan. Ia lebih kurang dengan skim cepat kaya yang lain, yang menggunakan hibah/rebate sebagai tarikan. pertamanya, harga sudah di mark up daripada harga pasaran semasa iaitu lebih kurang RM 1,250 -RM1,300 sahaja. Perbezaan lebih kurang RM500. Keseluruhan rebate/hibah yang diberikan pula adalah sekitar RM1,260. ia adalah jumlah yang besar. Ini adalah risiko yang besar kepada penjual/penganjur skim. Pada masa yang sama ia adalah tarikan yang amat menarik kepada pembeli/pelabur. Seolal olah pembeli dapat beli dengan harga yang amat murah. Tetapi kena tunggu sampai 10 bulan.

Hukum asal hibah adalah harus. Penjual juga boleh beri hibah kepada pembeli bagi setiap pembelian. Namun, hibah dalam bentuk rebate yang tinggi iaitu hampir dengan membayar balik harga jualan menimbulkan masalah. Seolah olah jumlah kesuluran rebate adalah harga pasaran semasa emas. Penjual seolah olah tidak mendapat apa apa keuntungan langsung. Di dalam perniagaan sebenar sifirnya, penjual perlu mendapat keuntungan. Tidak ada peniaga yang sengaja mahu menanggung kerugian.

Dalam skim di atas, satu satu cara mendapatkan keuntungan ialah penangguhan bayaran rebate. Dari segi cashflow, penjual/penganjur akan bermasalah tidak mampu membayar rebate. It is too good to bu true. Dengan itu tarikan rebate yang tinggi adalah tarikan kepada pelabur yang baru atau supaya pelabur yang lama menambah atau meneruskan pelaburan. Jelas sekali ia adalah skim cepat kaya, ia akan lingkup dalam tempoh tertentu apabila tidak ada lagi pelabur yang baru, penganjur tidak mampu mebayar rebate, pelabur pula, walaupun ada emas di tangan, disebabkan emas dibeli dengan harga yang mahal, akan kerugian kalau mahu dijual semula emas di pasaran.

Wallahua’alam

sumber – drazman.net (Dr.Azman Mohd Noor)

Adakah Matawang Kertas sama nilai dengan Emas?

WEIGHT OF GOLD copy

Soalan
Saya nak Tanya berkaitan Bukti menyatakan matawang adalah sama nilai dengan emas?
Bagaimana jika matawang bkn sama nilai emas..adakah boleh buat urusniaga tersebut?

Jawapan

Soalan perlu diperbetulkan. Persoalan sepatutnya berbunyi “Apakah bukti matawang kertas sama dianggap matawang seperti dengan emas? Emas adalah matawang pada asalnya. Memang tak boleh samakan emas dengan kertas, epal dengan pisang, atau buah limau dengan kurma. Emas tidak sama nilanya dengan wang kertas. Wang kertas berlainan negara juga tidak sama nilai. Perak yang digunakan sebagai matawang dan dipanggil dirham juga tidak sama nilainya dengan emas. Jawapan kepada soalan adakah wang kertas sama nilai dengan emas ialah kedua duanya berbeza nilai, tetapi kedua duanya adalah matawang (al-thaman), samalah dengan perbezaan 1 kilo emas dan 1 kilo perak, kedua duanya adalah al-thaman, walaupun nilai berbeza.

Persoalannya ialah adakah matawang kertas dianggap sebagai matawang seperti emas. Jawapannya, ya, ia adalah matawang/althaman, sebab peranan matawang sebagaimana yang disebut oleh Imam Ghazali ialah, penkur nilai, alat tukar (medium of exchange) dan simpanan kepada kekayaan. Buktinya, bagaimana kita mengukur nilai bil elektrik, harga barang, nasi lemak dan lain lain? Ia diukur dalam Ringgit. Duit kertas digunakan untuk membayar hutang, memenuhi pelabagai kerpeluan dan hajat manusia pada hari ini kerana ia adalah alat tukar/medium of exchange. Orang ramai menyimpan duit kertas di rumah, di bank bank, kerana ia adalah simpanan kepada kekayaan.

Persoalan kedua, kalau matawang, tidak sama dengan emas, adakah boleh berurusniaga? Jawapan, ya, emas tidak sama nilai dengan perak, duit US tak sama nilai dengan RM, tidak adalah halangan untuk tukar menukar RM dengan USD, beli emas dengan perak atau emas dengan RM asalkan pertukaran dilakukan secara lani, tangan ke tangan dalam majlis aqad.

Wallahua’lam

sumber – drazman.net (Dr.Azman Mohd Noor)

 

Fahami Konsep Beli Emas ETA atau Delay

34654b64-e2d4-4437-9cac-99655b263771

Pernah kah anda mengkaji pembelian emas secara delay yang tengah hangat dalam pasaran sekarang?.

Hari ini admin ingin menceritakan atau memberi kefahaman kepada yang masih baru dalam perniagaan emas tentang pembelian emas ETA atau Delay.
Delay atau ETA bermaksud membeli emas secara bertangguh dimana pelanggan mendahulukan pembayaran terlebih dahulu dalam masa tertentu pelanggan akan mendapatkan barang emas.

Sebagai contoh, ramai orang buat belian emas secara Delay pada masa 7 hari, 14 hari dan sebulan. dan ada juga yang over belian delay ini sampai berbulan-bulan.

Contoh:
Harga Besar Semasa (MKS) RM128.00/g

Pelanggan beli
ETA / Delay 7 hari: RM126.00/g
ETA / Delay 14 hari: RM124.00/g
ETA / Delay 30 hari: RM120.00/g

Pelanggan beli ETA / Delay 30 hari adalah RM120.00/g x 100g =RM12,000.00
RM12,000.00 pelanggan serah kepada penjual ETA dalam masa yang ditentukan barang emas akan dibagi

Persoalan disini:
Mampu kah company yang menjual emas secara Delay ini delever barang yang telah dijanjikan. ini yang sepatutnya pihak pelanggan kena fikir sebelum bertindak.

Ok, saya akan rumuskan bagaimana Company yang menjual emas secara Delay membuat pusingan wang anda.

ETA / Delay 7 hari: RM126.00/g (Company ETA topup RM2.00/g)
ETA / Delay 14 hari: RM124.00/g (Company ETA topup RM4.00/g)
ETA / Delay 30 hari: RM120.00/g(Company ETA topup RM8.00/g)

Dalam masa 7 hari / 14 hari / 30 hari company kena rolling wang modal anda tadi. minimum keuntungan company rolling adalah RM2.00/g ETA 7 (dan seperti yang admin sebutkan diatas).
Jika Roling tersebut tidak mencapai jumlah yang admin sebutkan diatas maka pihak compny akan rugi.

Begitulah konsep pembelian emas secara ETA atau Delay yang kebanyakan company emas over, pesanan admin kepada pelanggan adalah buat kira-kira yang tepat untuk membeli emas dengan konsep ini.

jika ada salah silap dalam artikel ini sila emailkan kepada support@pampmalaysia.com.my
insyallah kami akan perbetulkan.

sumber – www.pampmalaysia.com.my

Jual Emas 100gram dengan harga RM4k, lepas sebulan dapat balik Emas yang dijual bersama hibah

gold-bars-2012-2

Soalan

Salam. Saya nak tanya pasal program terbaru anjuran xxx gold trading, patuh Syariah atau tidak. Hantar pamp 100g dpt rm 4000 time tu jgk, selepas 30 hari, dapat balik pamp dan diberikan hibah rm 1500.

Jawapan,
Ia adalah transaksi yang bermasalah dari segi kepatuhan kepada Shariah, berdasarkan alasan berikut:

Pertama, jual beli sedemikian adalah tidak sah. Kalau saya jual barang, saya ambil harga bayaran, kemudian saya kata, kena pulangkan balik barang yang saya jual selepas sebulan, ia adalah jual beli yang tidak sah. Samalah juga kalau pembeli menawarkan awal awal lagi akan memulangkan barang yang dibeli, penjual beretuju menjual dengan syarat tersebut, ia adalah syarat yang bercanggah dengan tujuan (muqtada) jual beli, dengan itu ia membatalkan jual beli tersebut dari awal awal lagi. Ini kerana jual beli adalah pertukaran dua gantian yag melibatkan perpindahan pemilikan.

Kedua, ia adalah pinjaman berfaedah. Emas dipinjamkan (qard), kemudian dipulangkan balik. Kalau sekadar meminjam emas, tidak ada isu Shariah. Tetapi, masalahnya ada manfaat dalam bentuk bayaran duit tunai. Bayaran duit kononnya harga jualan emas iaitu RM4000 dan hibah RM1500 adalah riba, kerana ia bukan betul betul jual beli. Ini kerana pemilik emas tidak akan bodoh menjual emas yang bernilai RM13k dengan harga RM4k, kecuali dia sudah tahu, dia akan dapat balik emas yang dijual sebab pembeli/pengelola skim sudah berjanji akan bagi balik emas tersebut. Pemilik emas/pelabur sudah tahu tidak akan berlaku pemindahan pemilikan sebenar kepada pembeli. Emas itu akan kembali kepadanya.

Kesimpulan, ia bukan transaksi jual beli yang sebenar, ia hanyalah “camouflage” atau helah kepada riba. Transakasi tersebut pada adalah dikira sebagai pinjaman (qard) emas. Setiap pinjaman yang memberikan manfaat kepada pemberi pinjaman adalah riba.

Wallahu’alam

sumber – drazman.net (Dr.Azman Mohd Noor)

Beli Emas dengan harga mark up, buy back setiap bulan selama 3 tahun

harga-emas

Soalan,

Salam,

Soalan dr anok buah. Dia beli emas 100g dengan harga RM 18k. Harga pasaran RM15k. Dia jual semula di hujung bulan kepada syarikat yg sama dgn harga RM21k, untung RM3k. Perjanjian dgn syarikat emas tersebut selama 3 tahun. Apa hukumnya?

Jawapan.

Ia adalah pakej jual beli emas yang bermasalah. Sekiranya emas yang dibeli sudah diterima, dan munkin dilakukan secara taqabud dan tunai di dalam majlis aqad, maka ia selamat dari masalah riba pada jual beli emas secara bertangguh. Sekiranya emas tidak diterima, maka ia adalah riba pada jual beli emas. Adapun menjual semula kepada syarikat pada hujung bulan dengan harga yang lebih tinggi, ia adalah bay’ al-inah. Walaupun tidak disyaratkan jual balik, qarinah kepada perancangan dan persetujuan kepada jual semula sangat jelas. Tidak ada pembeli biasa yang bodoh membeli emas yang jauh lebih mahal dari harga pasaran, kecuali kerana inginkan ganjaran buyback dengan harga yang lebih tinggi walaupun tersangat jauh dari harga pasaran.

Perjanjian selama 3 tahun? Berapa kali nak jual emas yang sama? Kalau sudah dijual, macam mana nak dijual lagi? Tak masuk akal. Mana boleh jual barang yang tiada. Tidak sah jual beli.

Kemunkinan besar, emas tidak diterima oleh pembeli/pelabur, ia hanyalah tempahan secara ETA, dan apabila tiba tempoh sebulan, dibeli balik dengan harga yang lebih mahal. Maka ia adalah riba yang berganda ganda, riba pada jual beli emas bertangguh serahan, riba pada buy back dengan harga yang tinggi kerana bay’ al-inah yang dilarang oleh Rasulullah, dan riba kerana mengulangi riba riba tadi berkali kali.

Wallahua’lam

sumber – drazman.net (Dr.Azman Mohd Noor)

Perjanjian Usahasama Emas yang memberikan pulangan tetap

emas

Assalamualaikum Dr Azman,

Mohon pandangan Dr. mengenai perjanjian usahasama pelaburan emas ini.

Syarat2 perjanjian :

1. Pelabur memberi sebahagian modal perjanjian yang dipersetujui selama tempoh yang dikehendaki dalam jual beli emas. Minima 6 bulan dan maksimum 12 bulan. Permulaan usahasama digalakkan bermula pada awal bulan.

2. Syarikat akan memberikan pulangan keuntungan kepada pelabur setelah genap 30 hari dari tarikh bermula usahasama sebanyak 3%-5% dari modal yang dilaburkan.

3. Pelabur akan mendapat balik modal setelah habis program usahasama ini, bergantung kepada pelabur. Tetapi mestilah memberitahu syarikat sebulan lebih awal dari tarikh ingin berhenti dari program usahasama. Sekiranya lewat pihak syarikat akan memberi pulangan modal pada bulan yang berikutnya.

4. Pelabur yang ingin menambah modal pelaburan perlu memberitahu pihak syarikat untuk menukar surat perjanjian lama dengan baru.

Terima kasih.

Jawapan

Ia adalah perkongsian / musyarakah yang tidak patuh Shariah. Menjamin memberi pulangan tetap sekurang kurangnya 3% adalah sama dengan riba yang diberikan pada pinjaman berfaedah. Lebih lebih lagi apabila modal dijamin, maka ia adalah pinjaman berfaedah. Ia adalah riba

Wallahua’lam

sumber – drazman.net (Dr.Azman Mohd Noor)