PPIM gesa berhati-hati dengan aktiviti penipuan pelaburan emas

NADZIMJOHAN_160115_TMIAFIF_002

Presiden Persatuan Pengguna Islam Malaysia Datuk Nadzim Johan menunjukkan contoh emas sadur pada sidang media penipuan skim pelaburan emas di Kuala Lumpur, hari ini.

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) hari ini menasihati orang ramai supaya berhati-hati sebelum terjebak dalam penipuan pelaburan emas yang semakin berleluasa hari ini, serta menyemak dengan pihak Bank Negara Malaysia (BNM) terlebih dulu.

Presidennya PPIM Datuk Nadzim Johan berkata, mereka menerima banyak aduan daripada orang ramai selepas ditipu dalam skim itu kerana kecuaian tidak menyemak dengan pihak berwajib.

“Kebanyakan aduan yang kami terima memberitahu mereka tidak menerima bayaran daripada syarikat yang pelaburan emas walaupun dijanjikan sebelum ini,” kata Nadzim pada sidang media di ibu pejabat mereka di Kuala Lumpur hari ini.

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

Nadzim berkata, skim pelaburan emas ini menjalankan modus operandi dengan menjanjikan pulangan yang lumayan sehingga memperdaya orang ramai yang mahu untung cepat.

“Jual beli emas ini akan menawarkan harga emas dengan kadar tertentu sama ada mahal atau murah daripada harga pasaran dan pelanggan dijanjikan keuntungan bulanan oleh penganjur atau agen,” katanya.

Sebagai contoh, penganjur atau pengelola akan melantik agen di mana emas dijual lebih murah daripada harga pasaran dan kemudiannya dijanjikan dengan imbuhan bulanan.

Dalam aktiviti ini, pihak yang terdedah kepada risiko ialah agen kerana mereka yang menjalankan aktiviti perniagaan emas ini dengan pelabur.

“Penganjur guna agen dan agen pula kena ada syarikat. Pengelola akan selamat sebab berurusan perniagaan dengan agen.

“Agen akan buat jualan dan kumpul duit daripada pelanggan. Namun agen terdedah kepada bahaya sebab boleh dikenakan caj di bawah Akta Pengambilan Deposit Awam tanpa lesen,” katanya.

Bagaimanapun, masalah timbul apabila imbuhan atau barang tidak diterima oleh pelanggan maka agen berdepan risiko besar.

“Sekiranya imbuhan atau barang tidak diterima pelanggan maka agen sebagai orang tengah yang berisiko sebab agen yang buat urusan dengan pelanggan,” terangnya.

Apabila situasi ini berlaku, agen terpaksa berdepan dengan hutang kerana mereka mengambil wang daripada pelanggan tapi syarikat pelaburan emas yang tidak sah tersebut hilang tanpa dapat dikesan.

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

“Apa yang berlaku sekarang ialah agen dah kira berhutang dengan pelanggan sedangkan agen hanya orang tengah.

“Pengelola sudah sapu semua sama ada emas atau duit dan ini menyebabkan agen terbeban dengan hutang,” katanya.

Menurut PPIM terdapat berpuluh-puluh syarikat pelaburan emas yang sudah disenaraihitamkan BNM daripada senarai 182 keseluruhan syarikat atau perniagaan atas talian yang tidak sah.

Antara syarikat pelaburan emas yang tersenarai hitam dan dipantau PPIM sendiri ialah CGF Fine Metal Sdn Bhd, Darul Emas Perak Bhd, GGF Golden House Sdn Bhd.

Nadzim dalam pada itu menggesa supaya orang ramai berhati-hati dan menyemak terlebih dahulu dengan BNM sebelum membuat sebarang pelaburan yang kelak akan merugikan diri mereka sendiri.

“PPIM mengharapkan agar pengguna terus bijak dan tidak mudah tertipu dengan skim sebegini, berusaha dapatkan maklumat perniagaan daripada agensi yang diiktiraf sebelum membuat pelaburan dalam mana-mana syarikat.

sumber – www.themalaysianinsider.com

_________________________________________________________________________________________

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

_________________________________________________________________________________________
perlukan TUNAI dengan segera . tukarkan EMAS anda kepada TUNAI 
sedia membeli emas terpakai dengan harga yang tinggi.
sedia membeli segala jenis emas 999.9 , 999 , 916 , 875 , 835 , paun , 750 , pandora 916, emas lama , emas patah , bengkok , surat pajak dan lain-lain lagi . asalkan emas tulen.
COD cheras / ke tempat anda.

whatsapp/sms/call 013-9720910 @ 017-8855788 Acikx Hargaemas + facebook 
_________________________________________________________________________________________

RM20j hangus

juta1.jpg.transformed

Kuala Lumpur: Sebanyak 34 transaksi yang sepatutnya merubah kehidupan seorang ahli perniagaan dan 30 rakannya bertukar menjadi mimpi ngeri selepas wang yang dilaburkan untuk membeli emas mengakibatkan mereka kerugian lebih RM20 juta.

Ia gara-gara termakan janji manis seorang lelaki yang ‘membuktikan’ kekayaannya menerusi pelaburan emas sejak beberapa tahun lalu sehingga mampu membeli kereta mewah bernilai RM2 juta serta rumah milik ahli perniagaan terkenal di utara tanah air bernilai RM3 juta.

Mangsa yang mahu dikenali sebagai Rosli, 40-an berkata, dia mula menyertai seminar itu awal tahun lalu selepas diperkenalkan rakan yang juga bekas pengarah agensi kerajaan di pantai timur dan melabur RM30,000.

“Saya dijanjikan pulangan keuntungan sebanyak lima, tujuh dan 10 peratus setiap bulan selama dua tahun. Pada awalnya, saya bermula dengan 200 gram emas dan selepas mengikuti seminar kejayaan itu beberapa kali, saya tambah pembelian sebanyak dua kilogram dengan nilai keseluruhan RM500,000,” katanya.

Katanya, bagi memastikan tidak ditipu, dia turut menyertai lawatan ke ibu pejabat syarikat berkenaan yang terletak di China dan diberi penerangan berhubung operasi pelaburan yang kononnya tidak disenarai hitam oleh kerajaan mahupun Bank Negara Malaysia (BNM).

www.hmetro.com.my

_________________________________________________________________________________________

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

_________________________________________________________________________________________
perlukan TUNAI dengan segera . tukarkan EMAS anda kepada TUNAI 
sedia membeli emas terpakai dengan harga yang tinggi.
sedia membeli segala jenis emas 999.9 , 999 , 916 , 875 , 835 , paun , 750 , pandora 916, emas lama , emas patah , bengkok , surat pajak dan lain-lain lagi . asalkan emas tulen.
COD cheras / ke tempat anda.

whatsapp/sms/call 013-9720910 Acikx Hargaemas + facebook 
_________________________________________________________________________________________

Apakah Barangan Diklasifikasikan Sebagai Emas Perhiasan?

15TH_GOLD_1428839f

ISU:

Merujuk kepada hadis, “Emas dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, barli dengan barli, kurma dengan kurma, garam dengan garam, (ditukarkan) sesama jenis, pada kadar yang sama, secara tunai (spot), sekiranya berlainan jenis, maka jual belilah sesuka hatimu selama mana ia adalah pertukaran tunai.” [Muslim, Abu Daud, al-Nasai, dan Ahmad]

Apakah barangan yang klasifikasikan sebagai emas perhiasan? Adakah terhad kepada barang kemas sahaja atau termasuk sekali gold bar/jongkong/dinar (contoh: Pamp Suisse 100g) yang dibentuk oleh pengilang berdasarkan permintaan?

Sekiranya klasifikasi termasuk dalam emas perhiasan maka adakah benar hukum jual beli secara tertangguh adalah dibolehkan dengan merujuk kepada hadis tersebut?

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

PENJELASAN:

Emas perhiasan yang dibincangkan dalam hukum-hakam riba adalah merujuk kepada barang kemas atau perhiasan yang dipakai pada badan seperti cincin, gelang, rantai, dan seumpamanya. Dalam Bahasa Arab, ia dipanggil huliyy (plural bagi haly).

Manakala emas jongkong /bar ataupun emas dinar yang juga dibentuk dengan acuan tertentu, ia tidak dikategorikan sebagai emas perhiasan. Maka hukum-hakamnya berkaitan dengan riba hendaklah dikekalkan sebagaimana hukum asal.

Justeru, transaksi jual beli yang melibatkan emas-emas tersebut adalah tertakluk kepada hukum-hakam khas jual beli emas yang antara lain hendaklah dilakukan secara taqābud (penyerahan harga dan barangan belian dalam satu majlis).

Wallahu A’lam

www.e-fatwa.gov.my

_________________________________________________________________________________________

perlukan TUNAI dengan segera . tukarkan EMAS anda kepada TUNAI 
sedia membeli emas terpakai dengan harga yang tinggi.
sedia membeli segala jenis emas 999.9 , 999 , 916 , 875 , 835 , paun , 750 , pandora 916, emas lama , emas patah , bengkok , surat pajak dan lain-lain lagi . asalkan emas tulen.
COD cheras / ke tempat anda.

whatsapp/sms/call 013-9720910 Acikx Hargaemas + facebook 
_________________________________________________________________________________________

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

_________________________________________________________________________________________

Polis tahan tiga lagi individu kes samun Kepingan Emas

jenayah (1)

SHAH ALAM: Polis menahan tiga lagi individu termasuk seorang wanita bagi membantu siasatan berhubung kes samun wang tunai berjumlah RM1.65 juta dan 40 kepingan emas di Bukit Lanchong, Putra Heights pada 23 Disember lepas.

Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat, berkata suspek pertama berumur 29 tahun ditahan di Subang Jaya kira-kira 12 tengah hari pada Isnin lepas sebelum memberkas seorang lagi rakannya di kawasan yang sama.

“Hasil penahanan dan siasatan lanjut terhadap kedua-dua suspek lelaki itu, polis menahan seorang wanita berumur 27 tahun di Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur pada hari sama kerana didakwa menganggotai kumpulan samun tersebut,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Abdul Samah berkata, berikutan tangkapan terhadap ketiga-tiga suspek itu, polis menemui semula enam kepingan emas seberat 600 gram serta wang tunai RM100,000.

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

Beliau berkata, ketiga-tiga suspek ditahan reman sehingga Isnin depan.

Dengan penahanan tiga suspek itu menjadikan jumlah mereka yang ditahan setakat ini ialah seramai 10 orang

Sebelum ini, tujuh suspek termasuk seorang lelaki warga Indonesia berusia antara 20 dan 50 tahun diberkas pada 27 Disember lepas.

Abdul Samah berkata, polis masih meneruskan siasatan berhubung kes berkenaan dan saki baki anggota kumpulan samun itu terus diburu.

Dalam kejadian itu, seorang ahli perniagaan mendakwa kehilangan wang tunai RM1.65 juta beserta 40 kepingan emas yang setiap satu seberat 100 gram.

-BERNAMA

_________________________________________________________________________________________

perlukan TUNAI dengan segera . tukarkan EMAS anda kepada TUNAI 
sedia membeli emas terpakai dengan harga yang tinggi .
sedia membeli segala jenis emas 999.9 , 999 , 916 , 875 , 835 , paun , 750 , pandora 916, emas lama , emas patah , bengkok , surat pajak dan lain-lain lagi . asalkan emas tulen .
COD cheras / ke tempat anda .

whatsapp/sms/call 013-9720910 Acikx Hargaemas + facebook 
_________________________________________________________________________________________

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

_________________________________________________________________________________________

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah

Ilustrasi+Harga+Emas

KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) — Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif turun dari paras tertinggi dalam hampir sembilan bulan, dipengaruhi oleh penjualan dalam komoditi lain, kata para peniaga.

Seorang peniaga berkata pembeli emas fizikal di Asia kembali berhati-hati selepas harga emas susut daripada paras tertinggi pada sesi sebelumnya.

“Walaupun majoriti berita negatif bagi emas, pergerakan tidak menentu dalam ekuiti dan kelembapan ekonomi global memberi sokongan kepada harga,” katanya.

Semasa ditutup, Januari 2015 susut 28 mata kepada RM142.40 segram, Februari 2015 merosot 21 mata kepada RM142.80 segram, Mac 2015 turun 20 mata kepada RM143.20 segram dan April 2015 berkurangan 19 mata kepada RM143.60 segram.

Kepentingan terbuka naik kepada 3,791 kontrak daripada 3,735 kontrak pada Selasa manakala jumlah dagangan susut kepada 263 lot bernilai RM3.76 juta berbanding 301 lot bernilai RM4.33 juta sebelumnya.

Harga fizikal emas turun RM1.67 kepada RM137.44 segram hari ini daripada RM139.11 segram semalam.

-BERNAMA

_________________________________________________________________________________________

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

_________________________________________________________________________________________

perlukan TUNAI dengan segera . tukarkan EMAS anda kepada TUNAI 
sedia membeli emas terpakai dengan harga yang tinggi.
sedia membeli segala jenis emas 999.9 , 999 , 916 , 875 , 835 , paun , 750 , pandora 916, emas lama , emas patah , bengkok , surat pajak dan lain-lain lagi . asalkan emas tulen.
COD cheras / ke tempat anda.

whatsapp/sms/call 013-9720910 Acikx Hargaemas + facebook 
_________________________________________________________________________________________

Ahli Perniagaan Rugi RM3.4 Juta Beli Emas Melalui Facebook

FB

MELAKA: Seorang ahli perniagaan bersama kira-kira 50 ahli keluarga dan rakannya dilapor mengalami kerugian RM3.4 juta setelah membeli emas melalui Facebook.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Melaka, Supritendan Ee Khong Koy berkata, lelaki berusia 33 tahun itu berurusan dengan sebuah syarikat pada September tahun lepas dengan jaminan keuntungan lumayan.

Beliau berkata mangsa menyedari telah tertipu selepas tidak dapat lagi menghubungi syarikat tersebut pada 9 Januari lalu.

“Pada peringkat awal urusan pembelian berlaku tanpa masalah dan mangsa telah mengajak ahli keluarga dan rakannya untuk membeli emas daripada syarikat tersebut.

Namun setelah pembayaran dibuat, emas yang dijanjikan tidak diterima,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontigen Melaka di sini, Rabu.

Beliau berkata, syarikat tersebut didapati mempunyai ramai ejen jualan di seluruh negara.-BERNAMA

_________________________________________________________________________________________

perlukan TUNAI dengan segera . tukarkan EMAS anda kepada TUNAI 
sedia membeli emas terpakai dengan harga yang tinggi .
sedia membeli segala jenis emas 999.9 , 999 , 916 , 875 , 835 , paun , 750 , pandora 916, emas lama , emas patah , bengkok , surat pajak dan lain-lain lagi . asalkan emas tulen .
COD cheras / ke tempat anda .

whatsapp/sms/call 013-9720910 Acikx Hargaemas + facebook 
_________________________________________________________________________________________

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

_________________________________________________________________________________________

Skim Pelaburan Emas Menipu !?

45792_Obv

Dari tahun 2009 sehinggalah tahun 2015 ini, berbagai-bagai skim pelaburan emas yang tidak diketahui asal-usulnya timbul. Macam cendawan selepas hujan.

Ramai yang join.

Ramai yang tertipu.

Ramai yang hilang duit. RM10k, RM20k, bahkan ada yang beratus-ratus ribu.

Inilah yang kita panggil skim pelaburan emas menipu!

Nak tahu bagaimana untuk detect skim-skim pelaburan emas scam dan menipu jenis seperti ini?

Mereka janjikan pulangan bulanan yang lumayan. Setiap bulan RM2,000, selama 5 bulan… contohnya.

Mereka tidak dapat menjelaskan sumber income dan keuntungan yang mereka jana. Anda tanyalah mereka sama ada di public ataupun secara private message. Mereka takkan layan anda.

Mereka tidak berikan produk kepada anda. Seperti contoh, pelaburan emas. Mana emas-nya? Anda dapat pegang emas? Tidak, kan? Sedangkan ASB pun ada boleh nampak value dan angka di buku akaun bank.

Mereka mencipta skill pelik-pelik dan sangat tidak praktikal, bahkan ada yang sebenarnya sangat merugikan, dan tunjuk kepada anda. Dengan harapan anda akan percaya bahawa mereka sangat power dan berilmu tinggi. Padahal kalau anda kaji, anda akan nampak bahawa mereka sebenarnya sangat bodoh.

Di akhir cerita, mereka akan cepat menyalahkan orang lain apabila berlaku insiden yang tidak diingini. Ianya dipanggil ‘Tersontot’, dalam bahasa kasarnya. Mereka akan cipta drama demi drama, mencipta kambing hitam (scapegoat) untuk disalahkan, demi mengalihkan perhatian orang lain dari masalah tersontot. Ada antara mereka yang diam menyorok, padahal di belakang orang lain mereka bangunkan hartanah dan segala macam bisnes menggunakan duit modal pelabur.

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

Dalam sesi muzakarah saya dengan Ustaz Halim (pakar Mu’amalat Islam Singapura) pada 11/1/2015, beliau telah memberikan kami panduan untuk mengelakkan dari terjebak dengan skim-skim pelaburan emas menipu ini.

Kaji source of income dan keuntungan syarikat yang menjalankan program yang diragui.
Kaji latar belakang syarikat dan pemilik syarikat tersebut.

Ikut tertib perniagaan emas dalam Islam. Tiada istilah seumpama ‘pelaburan emas’ dalam Islam, mohon ambil perhatian ya.

Dalam Islam, emas hanyalah satu medium yang boleh diperdagangkan dengan cara fizikal kerana ianya cara yang halal lagi sahih dan jelas.

Kalau anda dengar si pengelola skim emas bercakap tentang Bai Al-Wafa’, Bai As-Salam dan segala macam terms Arab bagi menghalalkan program mereka, ignore saja dan elakkan diri. Itu cuma antara alasan untuk mereka menghalalkan benda yang kalau silap hari-bulan, boleh jatuh haram.

Perhatikan akad mereka. Adakah akad menjual beli? Atau akad sewa? Ataupun akad pun entah ke mana? Kerana perniagaan emas adalah paling strict dalam hukum Islam. Silap akad, urusniaga tak sah. Dan adakah pelaburan emas sebahagian dari urusniaga dan perniagaan? Sudah tentu tidak.

Kami secara jujurnya tidak terlibat langsung dengan skim-skim pelaburan emas menipu seperti ini.

Pada kami, asalnya ia adalah hukum khilaf dan sudah jatuh syubhah. Tapi sekarang ianya lebih memudaratkan dan menyebabkan kerugian besar di pihak pelanggan.

Jelas bertentangan dengan prinsip hukum mu’amalat Islam yang sangat menekankan sifat puas hati penjual dan pembeli selepas pertukaran barang. Jadi cara kami senang saja.

Hukumnya HARAM.

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

Saya senang mengambil petikan antara perbualan saya dengan pakar kewangan dan mentor jutawan, Datuk Azizi Ali, yang mana beliau mengatakan bahawa “Sesiapa yang sudah terjebak dengan skim seperti ini, dinasihatkan supaya ambil balik duit modal mereka dan keluar jauh-jauh dari skim seperti ini. Kalau nak berniaga, buatlah seperti orang berniaga.

Back to basic.”.

Mudah saja, kan?

oleh Mohd Shafrizal Bin Azmi
sumber – niagaummah.com

_________________________________________________________________________________________

perlukan TUNAI dengan segera . tukarkan EMAS anda kepada TUNAI 
sedia membeli emas terpakai dengan harga yang tinggi .
sedia membeli segala jenis emas 999.9 , 999 , 916 , 875 , 835 , paun , 750 , pandora 916, emas lama , emas patah , bengkok , surat pajak dan lain-lain lagi . asalkan emas tulen .
COD cheras / ke tempat anda .

whatsapp/sms/call 013-9720910 Acikx Hargaemas + facebook 
_________________________________________________________________________________________

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

_________________________________________________________________________________________

Penjelasan Hukum Fizik Mengapa Lelaki Diharamkan Memakai Emas & Emas Putih

image (4)

Di sini saya sediakan sebab- sebab mengapa emas haram dipakai oleh lelaki berdasarkan kepada sifat unsur-unsur sains mengikut pandangan Islam terhadap emas itu.

1. Dari sudut metafizik sains, lelaki bersifat +ve dan unsur emas juga +ve. Maka ianya berlawan dari segi magnet dan gelombangnya. Tekanan ini menyebabkan tulang akan mudah membengkok dan rapuh.

2. Emas adalah berwarna kuning oren dalam sistem gelombang adalah berelektrik untuk fungsi adrenalin buah pinggang. Maka ianya memberi kesan buruk ketahanan sistem buah pinggang dan perkumuhan. Penyakit gout, sendi dan batu karang mudah berlaku.

3. Emas juga beresonans tinggi dan tarikannya kewangan mampu membiaskan sifat riak dan takabur bagi lelaki yang memakainya.

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

Tahukah anda pemakaian emas oleh golongan lelaki boleh menyebabkan penyakit Alzheimer? Kajian menarik ini mampu membuka mata anda mengapa islam mengharamkan pemakaian barangan berunsur emas oleh lelaki. Inilah manfaat yang kita perolehi dari pengharaman pemakaian emas seperti rantai emas, gigi emas, cincin emas, subang emas dan sebagainya.

Dari Abi Musa RA bahawa Rasulullah saw bersabda, ”Telah diharamkan memakai sutera dan emas bagi laki-laki dari umatku dan dihalalkan bagi wanitanya..” [HR Tirmizi dengan sanad hasan sahih]

1400 tahun yang lalu, setiap kali perintah Allah SWT turun melalui RasulNya, para sahabat tak pernah bertanya dan langsung melakukannya ketika itu juga. Hampir jarang ada penjelasan ilmiah. Dan biasanya kemudian, pada beberapa ratus tahun lagi tersingkap kebenaran misteri dalam berbagai perintah Rasul itu.

Begitu pula dengan larangan lelaki memakai perhiasan dibuat dari emas termasuk emas putih. Secara perubatan, inilah fakta kenapa hal itu berlaku dalam Islam. Para ahli fizik telah menyimpulkan bahawa atom pada emas mampu menembus ke dalam kulit dan masuk ke dalam darah manusia. Dan jika lelaki mengenakan emas dalam jumlah tertentu dan dalam jangka waktu yang lama, maka kesan yang ditimbulkan iaitu di dalam darah dan air kencing akan mengandungi atom emas dalam peratus yang melebihi had (dikenali dengan sebutan ” Migrasi Emas “).

Dan apabila ini terjadi, maka akan mengakibatkan penyakit Alzheimer. Alzheimer adalah suatu penyakit dimana orang tersebut kehilangan semua kemampuan mental dan fizikal serta menyebabkan kembali seperti anak kecil. Alzheimer bukan penuaan normal, tetapi merupakan penuaan paksaan atau terpaksa.

Dan mengapa Islam membolehkan wanita untuk mengenakan emas? Wanita tidak menderita masalah ini kerana setiap bulan, partikel berbahaya tersebut keluar dari tubuh wanita melalui keuzuran.

Fakta: Pakar perubatan di China telah membuat rawatan ‘Negatively Charged Gold Nanoparticles’ untuk mengubati Alzheimer.

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

Zarah yg wujud dlm emas mampu menembus ke dalam kulit melalui pori2 dan masuk ke dalam darah manusia. Jika seorang manusia mengenakan emas dalam jumlah tertentu dan dalam jangka waktu yang lama, maka kesannya di dalam darah dan urine akan mengandung atom/zarah emas dalam kadar yang melebihi batas (dikenal dengan sebutan migrasi emas).

Dan apabila ini terjadi dalam jangka waktu yang lama, maka akan mengakibatkan penyakit Alzheimer. Ini adalah kerana zarah emas yg tidak di buang dalam jangka waktu yang lama dalam darah ini akan sampai ke otak dan memicu penyakit alzheimer. Alzheimer adalah suatu penyakit di mana orang tersebut kehilangan semua kemampuan mental dan fisik serta menyebabkan kembali seperti anak kecil.

Alzheimer bukan penuaan normal,tetapi merupakan penuaan paksaan atau terpaksa. Antara yang terkena penyakit alzheimer adalah charles bronson, ralph waldo emerson, ronald reagan dan sugar ray robinson.

Akan tetapi, mengapa Islam memperbolehkan wanita untuk mengenakan emas?
Jawapannya adalah.. “Wanita tidak menderita masalah ini karena setiap bulan, partikel berbahaya tersebut keluar dari tubuh wanita melalui menstruasi.” itulah sebabnya islam mengharamkan lelaki memakai emas dan membolehkan wanita memakai perhiasan emas. itulah antara sebab agama Islam melarang kaum lelaki memakai emas, ternyata hal ini telah diketahui Nabi Muhammad lebih 1400 tahun yang lalu padahal beliau tidak pernah belajar ilmu sains.

Dlm satu hadis nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam telah melarang kaum lelaki memakai emas walaupun cincin yg kecil. Al-Bukhari dan Muslim masing-masing dari Al-Bara’ bin Azib Radhiyallahu ‘anhu, bahwa ketika Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam melihat seorang laki-laki memakai cincin emas di tangannya, maka beliau memintanya supaya menanggalkan cincinnya. (HR. Bukhori & Muslim) Wallahua’lam.”

…………….

http://youtu.be/VCQYEGrFZdg

……………

Hukum Lelaki Memakai Emas Putih

Jawatankuasa Fatwa yang bersidang pada 23 Ogos 1999 memutuskan : ‘Bahawa Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (Fatwa) Negeri Selangor yang bersidang pada 23 Ogos 1999 sebulat suara memutuskan bahawa hukum lelaki memakai emas putih adalah haram berdasarkan kenyataan Prof. Zahari Dato” Sulaiman bahawa emas putih terhasil campuran daripada 2 unsur logam iaitu emas kuning dicampur perak. Hujjah bagi pengharaman lelaki memakai emas putih kerana kadar emas yang dicampurkan dengan perak adalah lebih tinggi daripada perak sehinggalah kadar emas itu melebihi daripada 50% setahun adakalanya mencecah sehingga 75%’.

Keterangan/Hujah:
Dari Abu Musa bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Dihalalkan emas dan sutera untuk kaum wanita dari umatku dan diharamkan keduanya terhadap kaum lelaki. Terdapat satu riwayat bahawa Rasulullah s.a.w pernah melihat sebuah cincin dari emas ditangan seseorang, maka Rasulullah s.a.w meragutnya lalu membuangnya lantas bersabda, “Seseorang dari kamu sengaja memegang bara api dari neraka lalu diletakkan ditangannya”, lalu Rasulullah meninggalkan lelaki pemilik cincin tersebut dan membiarkan cincinnya terbuang di hamparan bumi lantas sebahagian orang berkata kepada si pemilik cincin, “Rasulullah telah pergi, ambil cincinmu dan pergunakanlah”, Lelaki itupun menjawab dengan tegas, “Tidak, Demi Allah aku tidak akan mengambilnya apa yang sudah dilempar Rasul”.

Menurut para Fuqaha” golongan Maliki, bagi kaum lelaki boleh memakai cincin dari perak asalkan tidak lebih dari dua dirham dengan syarat bertujuan mengikut jejak Rasulullah s.a.w. Berdasarkan analogi cincin ini, maka setiap benda yang diperbuat daripada emas (termasuk emas putih) yang dipakai untuk berhias oleh kaum lelaki, maka benda-benada tersebut hukumnya tetap diharamkan bagi mereka (Yunos Ali al-Mudhor: Terjemahan Halal dan Haram dalam Islam).

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

Sebab-sebab lelaki haram memakai emas: Maksudnya : Dari Abu Musa, bahawa Nabi s.a.w bersabda: Emas dan Perak itu dihalalkan bagi kaum wanita dari umatku dan diharamkan bagi lelakinya (Riwayat Nasa”i, Termizi dan Ahmad) Islam mengharamkan pemakaian ini hanya kerana memakai emas boleh menjurus kepada dua bahawa : Satu sisi akan menjurus pada gaya hidup yang mewah dan berlebih-lebihan yang tidak diperkenankan Islam. Sisi lain akan mengacu kepada kemewahan yang dapat merosakkan bangsa dan penyianyian harta yang tidak sepatutnya oleh kaum lelaki.

………………………

Tukar Cincin Emas saat prosesi pernikahan: bukan budaya Islam

Penyakit yang disebabkan oleh kandungan emas ini, tidak ditemukan pada perempuan. Penelitian tentang penyakit ini menyebutkan bahwa dalam tubuh seorang perempuan/wanita, terdapat suatu lemak unik, lemak yang berbeda yang tidak dimiliki seorang laki-laki dimana lemak ini akan mencegah unsur senyawa atom emas (Au) untuk masuk ke dalam tubuh, sehingga saat atom ini masuk, hanya mampu menembus kulit, namun tidak bisa menembus lemak yang menghalangi jalan menuju daging dan darah.

Penelitian lain menyebutkan bahwa di dalam tubuh seorang wanita, zat emas bisa masuk ke dalam tubuh dan mengalir bersama darah, namun zat ini tidak akan berbahaya karena akan dibuang bersama darah saat haid/menstruasi. Jadi Nabi membolehkan seorang istri/wanita mengenakan cincin/perhiasan dari emas, namun sangat dilarang bagi suami/laki-laki.

Alasan Islam melarang pria memakai emas, telah disampaikan Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam lebih 1400 tahun yang lalu. Padahal beliau tidak pernah belajar ilmu fisika.

Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Al-Bara’ bin Azib Radhiyallahu ‘anhu, bahwa ketika Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam melihat seorang laki-laki memakai cincin emas di tangannya, maka beliau memintanya supaya mencopot cincinnya, kemudian melemparkannya ke tanah. (HR Bukhari & Muslim).

“Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam melarang cincin emas (bagi laki-laki),” (HR Bukhari No 5863 & Muslim No. 2089).

Rasulullah shallallahu ’alaihi wa sallam pernah bertemu seorang lelaki yang memakai cincin emas di tangannya. Beliau mencabut cincin tersebut lalu melemparnya, kemudian bersabda, « يَعْمِدُ أَحَدُكُمْ إِلَى جَمْرَةٍ مِنْ نَارٍ فَيَجْعَلُهَا فِى يَدِهِ » (“Seseorang dari kalian telah sengaja mengambil bara api neraka dengan meletakkan (cincin emas semacam itu) di tangannya”). Lalu, setelah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam pergi, ada yang mengatakan kepada lelaki tadi, “Ambillah dan manfaatkanlah cincin tersebut.” Ia berkata, “Tidak, demi Allah. Saya tak akan mengambil cincin itu lagi selamanya karena Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam telah membuangnya,” (HR Muslim No. 2090, dari hadits ‘Abdullah bin ‘Abbas).

Imam Nawawi rahimahullah ketika menjelaskan hadits ini berkata, “Seandainya si pemilik emas tadi mengambil emas itu lagi, tidaklah haram baginya. Ia boleh memanfaatkannya untuk dijual dan tindakan yang lain. Akan tetapi, ia bersikap waro’ (hati-hati) untuk mengambilnya, padahal ia bisa saja menyedekahkan emas tadi kepada yang membutuhkan karena Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam tidaklah melarang seluruh pemanfaatan emas. Yang beliau larang adalah emas tersebut dikenakan. Namun untuk pemanfaatan lainnya, dibolehkan,” (Syarh Shahih Muslim, 14: 56).

Imam Nawawi rahimahullah berkata dalam Syarh Shahih Muslim (14: 32), “Emas itu haram bagi laki-laki berdasarkan ijma’ (kesepakatan) para ulama.” Dalam kitab yang sama (14: 65), Imam Nawawi juga berkata, “Para ulama kaum Muslimin sepakat bahwa cincin emas halal bagi wanita. Sebaliknya mereka juga sepakat bahwa cincin emas haram bagi pria.”

(nabawia.com dan sumber lainnya)
artikel ini diambil dari laman web silverheritage.blogspot.com

_________________________________________________________________________________________

perlukan TUNAI dengan segera . tukarkan EMAS anda kepada TUNAI 
sedia membeli emas terpakai dengan harga yang tinggi .
sedia membeli segala jenis emas 999.9 , 999 , 916 , 875 , 835 , paun , 750 , pandora 916, emas lama , emas patah , bengkok , surat pajak dan lain-lain lagi . asalkan emas tulen .
COD cheras / ke tempat anda .

whatsapp/sms/call 013-9720910 Acikx Hargaemas + facebook 
_________________________________________________________________________________________

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

_________________________________________________________________________________________

Hukum Akaun Pelaburan Emas Di Bank Malaysia

gold

Soalan 1

Assalamualaikum UZAR, Saya nak kepastian dari UZAR mengenai masalah berikut:

Bagaimana pula pelaburan emas Kijang emas yang telah diperkenalkan oleh Maybank? Bagaimana cara selamat mengikut undang-undang Syariah untuk membeli dan melabur gold tersebut? Sila masuk ke maybank2u.com Terima kasih.

Akaun Pelaburan Emas di Maybank atau Public Bank – Pelaburan di Maybank jika mahu boleh dapatkan emasnya tapi di Public Bank tak pasti emasnya boleh dikeluarkan (Tiada yang sumber memastikan yang emas di PB boleh dikeluarkan). Jika mereka dagangkan hanya berdasarkan harga sahaja adakah ianya SAH disegi Islam?

Soalan 2

Saya telah membuat panggilan telefon (Public Bank customer service 1800883323) untuk mengetahui cara-cara urusniaga pelaburan akuan emas ini.

Dari maklumbalas yang diberikan ialah:

Jualbeli emas hanyalah berdasarkan harga semasa dan tidak mewakili emas fizikal.

Keuntungan pelaburan adalah dari perbezaan harga beli dan jual.

Setakat ini nilai pelaburan tidak mewakili emas fizikal dan tiada emas yang boleh dikeluarkan. Mereka ada rancangan perlaksanaan pembelian emas secara fizikal tetapi mungkin tahun depan.

Bagaimana pula Maybank yang Emasnya boleh diperolehi jika ada permintaan.

Minta komen ustaz kerana ramai pengguna-pengguna Islam terkeliru diatas pelaburan ini yang dianjurkan oleh institusi yang disahkan oleh kerajaan.

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

JAWAPAN

Tidak dinafikan, tatkala nilai matawang USD dan lain-lain semakin tidak menentu ketika ini, membeli emas dengan tujuan pelaburan adalah tindakan positif menurut banyak pendapat. Ini mungkin disebabkan emas yang mempunyai nilai lebih stabil berbanding matawang kertas ( paper or fiat money), ditambah pula dengan permintaan emas yang sentiasa ada.

Bagi mengulas isu yang ditanyakan, setelah merujuk dan melakukan pembacaan maklumat dari web bank yang terbabit, saya berpendapat seperti berikut :-

Apabila seseorang pelanggan ingin membuka akaun pelaburan emas, ia beerti ia bersetuju untuk membeli emas, simpan dan mungkin menjualnya apabila harga emas meningkat.

Oleh kerana itu, hukum bagi sebarang jenis akaun pelaburan jenis emas ini bergantung kepada beberapa keadaan, bagi memberikan sedikit kefahaman kepada pembaca berkenaan keadaan-keadaan berbeza ini, ia adalah seperti berikut :-

• HARAM DAN BATAL : Jika emas itu belum berada dalam pemilikan bank dan hanya akan dibeli daripada pihak ketiga dalam majlis transaksi yang berasingan. Urusniaga pembukaan akaun itu telah menjadi HARAM dan tidak SAH, kerana pihak bank telah menjual emas yang tiada di dalam miliknya dan juga kerana riba telah berlaku apabila tiadanya elemen ‘Taqabud fil Majlis’ (serah terima dalam satu masa), sebarang penangguhan membawa kepada Riba an-Nasiah.

Kesimpulan ; pastikan emas yang ingin dijual mestilah berada dalam pemilikan pihak bank tersebut.

• HARAM DAN BATAL : Iaitu jika emas BELUM atau TIDAK diterima sertamerta ketika membuka akaun pelaburan emas itu.

Sebagai contohnya, pelanggan hanya yang membayar sejumlah wang untuk membeli emas 100 gram dan memulkana akaunnya, namun pihak bank tidak memberikan sebarang bukti pembelian telah termeterai dengan rasminya atau ‘concluded’. SERTA tiada sebarang jenis bukti bertulis yang menunjukkan pelanggan kini menerima ‘hak tasarruf’ (hak kebebasan terhadap sejumlah emas yang telah dibelinya sama ada untuk menjualnya padabila-bila masa yang dikehendakinya).

• HALAL DAN SAH :

Setelah anda membaca dua bentuk yang jatuh haram, sudah tentu anda mampu memeastikan bagaimana bentuk akaun pelaburan emas yang halal dan sah. Iaitu :-

a. Bank memiliki emas yang dijual semasa menjual.

b. Bank memberikan bukti dan hak tasarruf kepada pelanggan sama ada dalam bentuk fizikal emas atau bentuk sijil hak ke atas sejumlah emas (yang telah dibeli), yang mana sijil itu melayakkan pelanggan itu menuntut emasnya secara fizikal pada bila-bila masa yang dikehendakinya. Ini bermakna sijil itu ibarat sebuah kad debit dan cek yang mewakili duit fizikal yang wujud. Penyerahan menggunakan sijil ha milik emas sebagai tanda pembeli dan pembukaan akaun sudah sempurna adalah SAH DAN HARUS di sisi Islam. Ia dianggap sebagai penyerahan tidak fizikal (al-Qabdhu Al-Ma’nawi) Demikian fatwa oleh Majlis Fiqh Antarabangsa dalam keputusan mereka nombor 84, 9/1 (Qararat Wa Tawsiat, hlm 191)

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

DALAM KES AKAUN PELABURAN EMAS DI BANK ?

Setelah melihat serba ringkas info akaun pelaburan emas di kedua-dua bank terbabit melalui web mereka. Saya kira Maybank menawarkan akaun pelaburan emas yang HALAL dengan TIGA lagi syarat tambahan lagi, iaitu :

1- JANGAN DIGUNAKAN UNTUK AKTIVTI RIBA : mestilah emas sebenar (fizikal) yang berada simpanannya bagi pihak pelanggan tadi TIDAK digunakan untuk kegunaan aktiviti ribawi mereka. Justeru, satu jaminan atau pengesahan dari pihak bank mestilah diperolehi sama ada secara lisan atau bertulis atau disahkan oleh Majlis Syariah bank berkenaan.

Apabila kita menyimpan emas fizikal yang telah kita beli di bank tersebut, aqad simpanan itu juga sepatutnya mesti dikenal pasti dengan jelas. Apakah jenis aqadnya? Adakah ia Wadiah? atau Qard dan sebagainya.

2- JUMLAH EMAS MENCUKUPI KETIKA TRANSAKSI : Mestilah dipastikan wujud jumlah emas mencukupi ketika proses jual beli dibuat pada satu-satu masa.

Maksud saya, sebagai contoh : Bank mempunyai 100 kilo emas sahaja, dalam masa yang sama (satu waktu), 100 kilo emas itu digunakan untuk dua atau lebih pelanggan yang berlainan.

Pelanggan Ahmad membeli 100 kilo emas pada jam 2.30 petang, demikian juga sdr Ah Chong tepat jam 2.30 petang juga membeli dan membuka akaun yang sama di kaunter berlainan, padahal bank hanya mempunyai 100 kilo emas sahaja. Tatkala itu, transaksi orang kedua tidak sah. Hanya yang pertama sahaja yang sah.

3- CARA PEMBAYARAN YANG HALAL : Pembayaran yang dibuat oleh pihak pelanggan pula WAJIBLAH menggunakan sama ada tunai, debit akaun sertamerta, kad debit dan kad kredit Islam bank tempatan, cek tempatan.

Sebarang pembayaran menggunakan cek antarabangsa dan kad kredit Islam yang mengambil masa lebih 3 hari untuk settlement adalah TERLARANG menurut fatwa Majlis Fiqh Antarabangsa.

Mengapa 3 hari? ia adalah tempoh maksimum menurut ‘uruf bagi memastikan syarat ‘Taqabud fil hal’ tercapai, ia adalah fatwa yang dipetik dari pandangan Mazhab Maliki dan juga fatwa kebanyakan ulama fiqh sedunia, termasuk Syeikh Dr Abd Sattar Abu Ghuddah.

4- PEMEGANG AKAUN PELABURAN EMAS MESTILAH MEMBAYAR ZAKAT : Apabila cukup hawl atau tempoh setahun bulan Islam dan apabila nisab simpanannya mencapai atau melebihi nisab wajib keluar zakat emas iaitu 85 gram. Untuk kira-kira buka di sini.

Namun akaun pelaburan Public Bank saya kurang pasti kerana tidak dinyatakan sama ada sijil atau bukti pembelian itu boleh ditukarkan kepada emas fizikal pada bila-bila masa yang dikehendaki. Malah penyoal menyatakan beliau telah menelefon pihak bank dan terbukti sijil atau bukti pembelian itu tersebut TIDAK BOLEH ditukar kepada emas fizikal. Tatkala itu, bagi saya transaksi ini bermasalah dari sudut hukum Islam.

Jika sijil tersebut tidak boleh ditukar kepada emas fizikal, tatkala itu ia memberikan kesan kepada proses ‘Taqabud al-hukmi’ yang disyaratkan dalam jual beli item ribawi dan merosakkan aqad ini, dalam kes ini antara emas dan wang Ringgit Malaysia.

KESIMPULAN

Bagi sesiapa yang ingin membuka akaun ini, saya nasihatkan menyemak terlebih dahulu perkara yang telah saya sebutkan di atas. Ditambah pula, akaun pelaburan emas dan kijang emas ini tidak diletakkan di bawah skim pelaburan Islam maybank dan public bank. Ia sekali lagi menimbulkan tandatanya. Saya tidak ada kemudahan untuk menyemak hal itu ketika ini kerana kesukaran komunikasi dengan pihak bank terbabit, terutamanya berada di perantauan.

Jika anda sudah punyai jawapan kepada syarat dan persoalan yang saya utarakan di atas. Baik jika dapat anda memaklumkan kepada saya dengan tepat dan jitu. Saya juga berminat untuk membuka akaun ini jika semua persoalan di atas telah LULUS.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net

_________________________________________________________________________________________

perlukan TUNAI dengan segera . tukarkan EMAS anda kepada TUNAI 
sedia membeli emas terpakai dengan harga yang tinggi .
sedia membeli segala jenis emas 999.9 , 999 , 916 , 875 , 835 , paun , 750 , pandora 916, emas lama , emas patah , bengkok , surat pajak dan lain-lain lagi . asalkan emas tulen .
COD cheras / ke tempat anda .

whatsapp/sms/call 013-9720910 Acikx Hargaemas + facebook 
_________________________________________________________________________________________

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

_________________________________________________________________________________________

Nelayan dapat Emas bela kucing

image3

ROMPIN – Seorang nelayan yang tinggal di Kampung Perepat, di sini, tidak menyangka keputusannya memelihara seekor anak kucing yang dijumpai di pinggir hutan berhampiran rumahnya empat tahun lalu membawa kepada penemuan objek misteri yang tertanam di tepi kediamannya.

Menurut Zulkipli Sulong, 46, kucing betina yang diberi nama Miow itu telah melahirkan lima ekor anak tahun lalu, namun seekor daripadanya mati.

“Bila anak kucing tu mati, saya cadang nak tanam di tepi rumah sahaja. Sedang saya gali lubang kubur untuk anak kucing tu, tiba-tiba mata alat penggali yang saya guna terkena objek keras macam besi.

“Saya gali lagi dan bila dikeluarkan dari tanah, saya terkejut sebab ia merupakan kacip pinang yang berukir kepala naga berwarna emas. Saya tak sangka kematian anak Miow membawa kepada penemuan kacip pinang yang diperbuat daripada emas. Mungkin ini balasan sebab saya ambil dan peliharanya Miow sewaktu dijumpai di pinggir hutan empat tahun lalu,” katanya yang menganggap penemuan tersebut ibarat tuah membela Miow.

Zulkipli berkata, sebelum menjumpai kacip pinang emas tersebut, satu kejadian aneh pernah berlaku apabila ada objek besar jatuh di atas bumbung rumahnya dengan bunyi yang sangat kuat, namun selepas diperiksa tidak menjumpai sebarang objek.

Bagaimana pun, menurutnya, selepas menjumpai kacip pinang emas itu tiada kejadian aneh yang menimpa dirinya.

“Sampai sekarang ni saya masih simpan kacip pinang tersebut. Saya juga yakin ia adalah emas sebenar selepas bertanya dengan rakan-rakan yang rapat. Kawan-kawan beritahu, kacip pinang itu memang diperbuat daripada emas. Saya cuba mengikisnya sendiri dengan pisau… warna emasnya tak hilang dan habuknya berkilat,” katanya.

sumber – newmalaysianpost.com

_________________________________________________________________________________________

perlukan TUNAI dengan segera . tukarkan EMAS anda kepada TUNAI 
sedia membeli emas terpakai dengan harga yang tinggi .
sedia membeli segala jenis emas 999.9 , 999 , 916 , 875 , 835 , paun , 750 , pandora 916, emas lama , emas patah , bengkok , surat pajak dan lain-lain lagi . asalkan emas tulen .
COD cheras / ke tempat anda .

whatsapp/sms/call 013-9720910 Acikx Hargaemas + facebook 
_________________________________________________________________________________________

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

_________________________________________________________________________________________