Golden World Cetus Impian Baru

MENGAPA mesti emas? Bukankah menyimpan wang berkepuk-kepuk di dalam bank lagi senang dan bagus?

Ramai masih tidak sedar mengenai kepentingan menyimpan emas. Sehari dua memang tidak nampak hasilnya tetapi bagaimana selepas beberapa tahun?

Golden World mencetuskan satu impian baru kepada mereka yang inginkan satu perubahan unggul dalam sistem simpanan masa depan.

Syarikat milik penuh Bumiputera ini menjalankan perniagaan menjual dan membeli emas fizikal.

Ia diperbadankan dengan nama Gold Bullion World Sdn Bhd pada 27 September tahun lalu.

Bagi penjualan, Golden World menjual emas berjenama terkenal di dunia, Pamp Suisse sementara bagi pembelian, syarikat ini menerima semua jenis emas dan harga belian bergantung kepada kandungan emas dalam sesuatu item yang dibeli.

Pelaburan lumayan masa depan

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Hamizan Mohd Safaia berkata, sudah tiba masanya rakyat Malaysia dididik betapa pentingnya memiliki emas pada masa depan. Bukan sekadar menganggapnya sebagai barangan perhiasan semata-mata sebaliknya boleh dijadikan jalan pelaburan yang lumayan pada masa depan.

“Berdasarkan pengalaman saya sendiri dalam bidang kewangan selama 10 tahun, justeru saya mengambil inisiatif menubuhkan syarikat ini bagi membantu rakyat Malaysia dalam merancang simpanan untuk kehidupan masa depan.

“Simpanan emas berbentuk fizikal sangat bernilai kerana nilainya meningkat dari sehari ke sehari berbanding sekiranya seseorang individu itu hanya menyimpan wang.

“Misalnya seseorang itu membeli emas sekarang. Bagaimana nilai emas itu pada 10 tahun akan datang. Mereka boleh menjualnya semula dengan harga tinggi kerana nilai dan harga emas meningkat dari sehari ke sehari,” katanya pada sidang akhbar selepas perasmian sekali gus pelancaran syarikat beliau baru-baru ini.

Majlis disempurnakan Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Noraini Ahmad. Saluran betul beli, jual emas Mohd Hamizan berkata, visi syarikat ialah mendidik masyarakat betapa pentingnya menyimpan emas dan perak.

Justeru pihaknya berhasrat mewujudkan kesedaran kepada orang ramai supaya membeli, memegang dan memiliki emas fizikal demi keuntungan bagi beberapa tahun akan datang.

“Bukan dengan cara menyimpan semata-mata wang tunai,” katanya.

Menurutnya, Golden World sebagai tempat atau saluran yang betul kepada masyarakat untuk membeli dan menjual emas supaya mereka tidak berurusan di premis yang salah.

Selain itu katanya, rentetan penubuhan Golden World juga memberi peluang dalam pembangunan karier sebagai penasihat perniagaan emas kepada mereka.

“Hari ini kita merasakan wang sangat bernilai. Tetapi kita tidak sedar nilai wang makin hari makin susut. Justeru menyimpan emas adalah pelindung nilai yang terbaik daripada kesusutan nilai mata wang serta kenaikan kadar inflasi yang menyebabkan wang simpanan kita menyusut nilainya.

“Sistem ekonomi dunia akan stabil sekiranya seluruh dunia menggunakan emas dan perak sebagai alat perantara atau sebagai sandaran pengukur nilai mata wang sesebuah negara.

“Tetapi tidak mudah kita hendak mengubah sistem mata wang dunia. Namun, kita berkuasa dan mampu mengubah sistem simpanan sendiri dengan bertukar kepada portfolio simpanan emas fizikal,” katanya.

Jual harga emas lebih rendah

Menurutnya. konsep Golden World lebih kurang sama dengan sebuah kedai emas, tetapi syarikat kami menjual emas dengan harga yang lebih rendah.

Bagaimanapun jangan urusan perniagaan ini disamakan dengan syarikat Multi Level Marketing (MLM) kerana perniagaan yang mereka jalankan bukan berasaskan produk.

Beliau berkata, setakat ini syarikatnya telah mempunyai seramai 300 agen berdaftar dan pada tahun ini pihaknya menyasarkan jualan lebih daripada RM1 bilion.

“Berdasarkan kajian, kira-kira 95% daripada rakyat di negara ini tidak tahu mengenai penggunaan emas pada masa depan.

“Perlu kita ingat bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda ‘akan tiba suatu zaman, tiada apa yang lebih berharga kecuali emas dan perak’.

“Oleh itu, pihak kami berusaha mendidik masyarakat kita hari ini supaya memilih emas dalam merancang simpanan untuk pada masa depan kerana ia boleh beri keuntungan berganda,” katanya. -Sinar.

Kelantan Dapat Royalti Emas 10 Juta

(Tuan Guru menunjukkan mok cek yang diterima hasil dari royalti lombong emas di Kelantan)

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan dijangka menerima RM10 juta royalty emas tahun ini dari Syarikat CNMC Goldmind Ltd, memandangkan hasil bumi itu yang terletak di Sokor, Tanah Merah dijangka bertambah tahun ini.

Pada tahun 2012, kerajaan Kelantan telah menerima sebanyak RM5 juta dari syarikat berkenaan sebagai royalty hasil kejayaan syarikat itu.

Semalam, Pengarah Eksekutif syarikat terbabit, Prof Lin Xiang Xiong, telah menyerahkan royalty terbabit kepada Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebanyak RM386,926,97.

Manakala cek berjumlah RM347,115.45 pula dibayar kepada Ketua Ekesekutif PKINK, Haji Sabri Abdullah, mewakili anak syarikat kerajaan negeri yang turut serta dalam perlombongan itu.

Majlis ringkas itu diadakan di Pejabat Menteri Besar, yang turut dihadiri oleh Setiausaha-Setiausaha Menteri Besar, serta pegawai dari syarikat perlombongan emas itu.

Lin Xiang Xiong, berkata pihaknya menjangkakan sebanyak RM10 juta royalty bakal diberikan pada kerajaan Kelantan memandangkan syarikatnya berjaya melombong hasil bumi itu dari setahun ke setahun.

Jelasnya, di pasaran dunia harga emas kini USD153 billion untuk sekilogram.

Sementara itu, Tuan Guru berharap sekiranya syarikat luar dapat membayar balik royalty pada Kelantan melalui perlombongan emas, beliau juga berharap royalty minyak dapat juga dibayar.

Menurutnya, mana boleh ambil hak kerajaan negeri begitu sahaja, apa lagi perjanjian telah dibuat.

Pada masa yang sama beliau melahirkan rasa syukur kerana rezeki kerajaan negeri untuk rakyatnya akan bertambah.

“Alhamdulillah, syukur pada Allah di atas rezeki yang dikurniakan Allah ini dan mudahan berkat doa kita semua rezeki yang ada dapat kita kongsikan bersama rakyat,”ujarnya.

Syarikat CNMC Holding itu mula beroperasi di Kelantan untuk carigali emas pada tahun 2007, setelah majlis perjanjian usahasama berhubung perkara itu dibuat dengan anak syarikat kerajaan negeri sebelum itu.

Kes Pelabur Saman Genneva

KUALA LUMPUR 30 Jan. – Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 1 Mac depan bagi pengurusan kes saman sembilan pelabur terhadap Genneva Malaysia Sdn. Bhd. (Genneva) dan empat pengarahnya melibatkan wang pelaburan lebih RM2 juta.

Pesuruhjaya Kehakiman, Vazeer Alam Mydin Meera turut mengarahkan mereka menyediakan ikatan dokumen, fakta-fakta yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

Pada 21 Disember tahun lalu, pelabur-pelabur berkenaan yang antaranya merupakan suri rumah dan arkitek menyaman syarikat tersebut.

Saman itu difailkan berasaskan dakwaan syarikat pelaburan emas itu melalui pengarah-pengarahnya membuat representasi palsu apabila menyatakan skim yang ditawarkan berasaskan syariah.

Semua pelabur sehubungan itu menuntut syarikat terbabit dan pengarahnya memulangkan kembali wang pelaburan melebihi RM2 juta. -utusan

Dinar Emas – Matawang Islam Masa Depan

Spesifikasi Dinar Emas

1 Dinar adalah bersamaan berat 4.25 gram emas 916.6

1 Dirham adalah bersamaan berat 3 gram perak 999

 

Kelebihan Dinar Emas

* Emas mempunyai nilai intrinsik yang tersendiri dan diiktiraf sebagai wang di seluruh dunia.

* Dinar dan Dirham merupakan Matawang Islam yang sebenar.

* Penyimpan nilai yang lebih stabil berbanding Wang Kertas (Wang Fiat).Dinar Emas dan juga Dirham Perak mampu menjadi pelindung kepada kekayaan anda.

* Boleh juga digunakan sebagai bayaran Mas Kahwin.

* Penggunaan Dinar Emas membolehkan pembayaran zakat yang lebih tepat.

* Harga Emas yang akan meningkat setiap tahun akan menambahkan nilai kekayaan penyimpan Dinar.

 

Di antara Kegunaan Dinar Emas ialah:

1-Boleh disimpan sebagai pelaburan dan juga simpanan.

2-Boleh digunakan untuk membayar zakat.

3-Boleh digunakan sebagai Mas Kahwin.

4-Boleh diberikan sebagai hadiah/cenderamata kepada orang tersayang.

5-Boleh digunakan untuk aktiviti jual beli.(Contoh:Boleh digunakan untuk membeli seekor kambing)

Abu Bakar ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda:
“Akan tiba satu zaman di mana tiada apa yang tinggal dan boleh digunakan oleh umat manusia,maka simpanlah Dinar dan Dirham.” (Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal)

Harga Emas Dijangka Cecah AS1,800 Seaun

Didorong permintaan kukuh pasaran terbesar di China, India

Harga emas dijangka meningkat mencecah AS$1,800 seaun tahun ini, naik lapan peratus daripada harga semasanya selepas berlegar dalam paras AS$1,600 hingga AS$1,700 sejak 2011, kata ahli urus niaga emas tempatan.

Unjuran peningkatan itu, kata mereka bersandarkan permintaan kukuh emas sebagai alat pelaburan jangka panjang dan pelindung inflasi, khususnya dari pasaran pengguna terbesar logam berharga itu iaitu di China dan India.

Harga emas meningkat kira-kira tujuh peratus tahun lalu, iaitu kenaikan untuk tahun ke-12 berturut-turut.

Aliran kenaikan itu antara yang paling lama berlaku bagi harga komoditi.

Emas mencecah rekod tertinggi sekitar AS$1,920 pada September 2011, apabila krisis hutang Eropah yang semakin buruk ketika itu mencetuskan belian besar-besaran.

Pengurus Pemasaran Poh Kong Holdings Bhd, Elizabeth Choon (gambar), berkata emas tetap menjadi antara alat pelaburan diminati dalam kalangan pelabur yang mahukan pulangan jangka panjang.

Pelabur termasuk di Malaysia, katanya, dijangka terus membeli jongkong dan siling emas sebagai satu bentuk opsyen pelaburan di samping membeli barang kemas untuk mendapatkan pulangan simpanan nilai akan datang.

Pelaburan jangka panjang

“Pelaburan emas adalah satu bentuk pelaburan jangka panjang. Memandangkan permintaan pasaran global terhadap emas lebih tinggi daripada bekalan, harganya dijangka menjadi lebih tinggi pada masa akan datang, termasuk tahun ini,” katanya ketika ditemui BH, baru-baru ini.

Poh Kong, peruncit barangan kemas dan produk emas senaraian awam terbesar di negara ini menghasilkan produk jenama sendiri menerusi kilang pengeluaran miliknya.

Antara jenama barangan kemas miliknya ialah Tranz, Anggun, Auspicious, Happy Love. Poh Kong juga mengeluarkan jongkong emas Bunga Raya.

Choon bagaimanapun berkata, pelabur yang berhasrat menjadikan emas sebagai opsyen pelaburan mesti melakukan kajian mendalam terhadap peranan logam berharga itu serta meneliti pergerakan harganya dari semasa ke semasa.

“Jika anda tidak mengetahui bagaimana pelaburan ini boleh menghasilkan pulangan, lebih baik jangan berbuat demikian,” katanya.

Tidak terlalu berisiko

Beliau menjelaskan, pelaburan emas adalah sesuai kepada pelabur yang kurang agresif dan tidak terlalu berisiko.
Katanya, emas juga terus kekal menjadi alat pelaburan lindung nilai kepada inflasi.

“Malah, emas yang dijadikan alat pelaburan itu boleh dipindahkan kepada generasi akan datang,” katanya sambil menambah 70 peratus permintaan emas dunia tahun ini dijangka masih lagi datang dari dua pasaran terbesarnya, China dan India.

Sementara itu, Pengarah Dana Runcit Bahagian Pengurusan Dana AMMB Holdings Bhd, Ng Chze How, berkata harga emas dunia dijangka melepasi paras AS$2,000 (RM6,158) seaun dalam tempoh dua tahun lagi disebabkan permintaan yang tinggi di kalangan pembeli dari Asia.

Beliau berkata, corak kenaikan harga emas dijangka terus positif untuk jangka masa panjang berdasarkan prestasi konsisten sepanjang dekad ini.

“Saya menjangkakan purata harga emas akan melebihi AS$1,800 (RM5,542) seaun dalam tempoh setahun dan melebihi AS$2,000 (RM6,158) seaun dalam tempoh 24 bulan,” katanya.

Bank pelaburan, HSBC Holdings Plc dalam nota penyelidikannya pula berkata, pasaran emas dijangka mencatat aliran lebih tinggi tahun ini berikutan asas bekalan/permintaan yang lebih positif.

– berita harian

Ugut Bakar Diri , Untuk Menyamun Kedai Emas

Kajang: Cara baru menyamun. Seorang lelaki yang ingin menyamun sebuah kedai emas menyiram dirinya dengan petrol sebelum mengugut jurujual supaya menyerahkan barangan kemas dipamerkan jika tidak, dia akan membakar diri.

Taktik itu berkesan apabila lelaki terbabit melarikan pelbagai barangan kemas bernilai lebih RM10,000 ketika menyamun sebuah kedai emas di Bandar Baru Bangi, di sini, jam 12 tengah hari kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wabab berkata, suspek datang ke kedai itu sebagai pelanggan kononnya mahu membeli barang kemas untuk dijadikan hadiah.

“Ketika itu, seorang jurujual menyapa suspek dan membantu membuat pilihan sambil mengeluarkan beberapa bekas barangan kemas dari ruang pameran.

“Mangsa tidak menyedari lelaki itu perompak kerana lagaknya seperti pelanggan yang berlakon seolah-olah sedang membuat pilihan dengan membelek beberapa rantai dan gelang,” katanya.

Beliau berkata, 10 minit kemudian, suspek tiba-tiba mengeluarkan sebotol minyak petrol daripada beg sandang dibawanya sebelum menyiram dirinya dan sebahagian kaunter bayaran kedai berkenaan.

“Lelaki itu juga memegang pemetik api dan mengugut untuk membakar diri dan kedai itu sekiranya jurujual berkenaan tidak menyerahkan barangan kemas dipamerkan.

“Panik dengan tindakan suspek, jurujual berkenaan menurut arahan lelaki itu dengan memberi bekas barangan kemas yang dikeluarkan untuk ditunjukkan kepada suspek,” katanya.

Katanya, polis meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dalam kedai itu yang baru beroperasi sebulan lalu bagi mengesan suspek.

Siasatan lanjut masih dijalankan dan setakat ini polis belum mengenal pasti identiti suspek. Kes disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan kerana menyamun.

Harapkan Emas , Rupanya Tembaga

Kuala Berang: Seorang wanita bingung memikirkan selonggok emas bermutu rendah yang dibelinya ketika lelongan awam oleh sebuah bank sebenarnya tembaga bukan emas bernilai ribuan ringgit seperti didakwa.

Zuraini Yaacob, 44, berkata, dia ke sebuah bank di daerah itu untuk membeli emas yang kononnya bermutu rendah yang dilelong dengan harga RM20,000 pada petang 26 Mei 2011.

Menurutnya, selepas selesai urusan pembelian, dia ke sebuah kedai emas di Kota Bharu, Kelantan, pada jam 10 malam hari sama, untuk melakukan ujian bagi mengetahui jumlah kandungan emas dalam barang kemas itu.

“Saya terkejut apabila pemilik kedai emas berkenaan memberitahu barang kemas yang saya beli itu bukan emas bermutu rendah, tetapi tembaga semata-mata yang tiada nilai untuk dijual.”

“Saya hairan bagaimana bank berkenaan boleh melelong barang kemas itu sebagai emas bermutu rendah (kerana dicampur dengan tembaga) sedangkan ia langsung tidak mengandungi emas.”

Pelaburan Emas : Mengapa Melabur Dalam Emas

Soalan-soalan yang paling top rank bila mana orang ingin memulakan pelaburan emas. Ini adalah soalan yang mesti ditanya dan mempunyai jawapan yang jelas didalam minda masing-masing.

Mengapa Saya Membuat Pelaburan Emas ?

Sesungguhnya apabila bertanya soalan mengenai mengapa membuat pelaburan emas (tidak kiralah emas 999, emas 916, emas fizikal, emas maya, barang kemas) tentulah jawapannya untuk mendapatkan keuntungan. Keuntungan terpulanglah kepada cara dan olahan anda bagaimana menggunakan emas untuk mendapatkan keuntungan.

Berikut saya senaraikan beberapa target keuntungan yang biasanya ingin dicapai oleh pelabur/penyimpan logam mulia ini.

  • Keuntungan bermatlamat: Mereka selalunya menetapkan matlamat tertentu bagi simpanan dan pelaburan mereka dalam tempoh panjang dan sederhana. Sebagai contoh simpanan untuk menunaikan haji, simpanan hari tua, simpanan persekolahan anak-anak, simpanan membeli rumah dan banyak lagi.
  • Keuntungan melebihi ASB, unit trust: Peratus kenaikan harga emas sepanjang 10 tahun lalu dimana purata kenaikan setahun adaah melebihi15% berbanding ASB 8% dan Unit trust menjadi faktor mereka memilih emas sebagai salah satu pelaburan yang memberi pulangan yang tinggi. Tetapi perlu diingat untuk mendapatkan pulangan yang tinggi memerlukantempoh masa yang panjang( melebihi 5 tahun). Jika anda seorang yang inginkan pulangan yang cepat, emas tidak sesuai sebagai pelaburan jangka pendek.
  • Mengelakkan kebocoran wang: Menggunakan emas sebagai alternatif simpanan kerana selalunya apabila menyimpan wang pasti tak lekat di tangan.

 

  • Emas digunakan sebagai muamalat: Kebanyakan mereka adalah pejuang-pejuang yang ingin menghidupkan sunnah menggunakan matawangdinar emas dan dirham perak dalam urusan jual beli. Sebenarnya menggunakan wang dinar dan dirham lebih menguntungkan kerana kuasa beli anda sentiasa stabil berbanding menggunakan wang fiat yang mengalami susut nilai menyebabkan kuasa beli semakin menurun.

 

  • Emas adalah aset: Aset adalah harta yang mempunyai nilai dan nilainya sentiasa meningkat. Mereka yang berfokuskan emas sebagai aset sentiasa ingin menambah jumlah berat emas mereka. Emas dijadikan aset yang boleh diwariskan kepada anak cucu kerana sifat-sifat emas itu sendiri, kalis inflasi, berharga, mudah dibahagikan, mudah dicairkan.

Dan yang paling penting , apa jua matlamat simpanan dan pelaburan emas anda, anda akan mendapat keuntungan apabila anda melakukan tindakan. Jika anda masih kelam dan kabur mengenai matlamat dan tujuan simpanan dan pelaburan emas anda pilih saja salah satu daripada sebab-sebab di atas.

– almahbubahjewellery.blogspot.com

Harga Emas Naik Akhir Bulan Februari 2013

Kuala Lumpur – Spekulasi bahawa kerajaan India mungkin meningkatkan duti import ke atas emas kepada enam peratus pada tahun ini dijangka mendorong permintaan untuk komoditi itu.

Persekutuan Persatuan Perniagaan Emas dan Permata Malaysia, Ermin D.M. Siow berkata, harga emas semasa ialah di antara AS$1,650 (RM4,971.45) satu auns dan boleh mencecah AS$1,800 (RM5423.40) satu auns pada tahun ini.

“Sesungguhnya ia sedikit rendah daripada harga pada 2011 yang mana harga emas mencecah AS$1,920 (RM5784.96) satu auns, ia masih stabil dan dijangka meningkat lebih tinggi,” katanya kepada Bernama di sini semalam.

Siow menjangkakan harga emas akan mula meningkat menjelang akhir Februari atau awal Mac.

“Terdapat pelbagai punca kepada trend ini. Salah satunya ialah pelabur akan meningkatkan simpanan mereka untuk mengambil peluang daripada harga rendah, sebelum kerajaan India membuat apa-apa pengumuman mengenai duti import.

“Memandangkan Tahun Baru Cina akan disambut pada Februari, banyak peniaga akan mula membeli untuk meningkatkan inventori mereka yang akan mendorong permintaan fizikal untuk emas,” katanya.

Tambah beliau, selain barangan kemas, pembeli juga membeli komoditi itu sebagai alat pelaburan.

“Dengan ketidaktentuan dalam ekonomi global dan langkah oleh Bank Pusat untuk mengekalkan kadar faedah yang rendah, orang ramai tidak lagi menyimpan duit mereka di bank,” tambahnya beliau. – akhbar KOSMO

 

Gali-Gali Jumpa Emas

SYDNEY – Seorang pencari gali amatur Australia terkejut apabila menemui satu ketul emas seberat 5.5 kilogram di Ballarat, bandar yang dikenali sebagai “Perkampungan Emas”.

Lelaki yang tidak mahu dikenali itu berkata, dengan hanya menggunakan pengesan logam tangan dia menemui ketul emas tertanam 60 sentimeter dalam tanah berhampiran bandar Ballarat, yang terletak di negeri selatan Victoria.

Nilai ketul emas itu dianggarkan AS$300,000 (hampir RM1 juta). Pakar emas tempatan mengatakan emas mula digali di kawasan itu sejak beberapa dekat lalu tetapi tiada sebarang penemuan lagi sebelum ini.

“Saya sendiri pernah mencari dan berniaga emas selama dua dekad tetapi kali terakhir saya menemui bongkah emas hanya seberat 2.8 kilogram,” kata pemilik kedai emas di Ballarat, Cordell Kent. Sebuah video mengenai penemuan bongkah emas itu telah dimuat naik di YouTube oleh seorang pengguna.

“Nilai emas kini diniagakan di Australia kira-kira A$1,600 (RM5,070) bagi setiap auns bermakna penemuan bongkah emas bernilai kira-kira A$283,200 (RM897,700),” kata Kent. Dia menambah, jika pencari gali menggunakan pengesan logam bermakna mereka mampu mengesan kedudukan emas jauh di dalam tanah berbanding teknik cari gali yang digunakan sebelum ini.