China Jadi Pengeluar Emas Terbesar di Dunia

Menurut data Persatuan Emas China baru-baru ini, jumlah pengeluaran emas China mencatat 403.05 tan pada tahun 2012, sekali gus menjadikannya negara pengeluar emas yang terbesar di dunia enam tahun berturut-turut.

Dengan jumlah penggunaan emas sebanyak 832.18 tan, China turut menjadi negara pengguna emas yang kedua terbesar selepas India. Berbanding dengan tahun 2011, jumlah penggunaan emas China meningkat 9.35%, iaitu sebanyak 71.13 tan.

Peningkatan permintaan terhadap emas di China berikutan semakin ramai pengguna dan pelabur melihat emas sebagai aset yang penting. Pelaburan emas menjadi langkah utama warga China untuk mengatasi inflasi.

Lombong Emas Terbaharu Sektor Hartanah

SEBANYAK 16 buah syarikat hartanah swasta terkemuka telah melabur sebanyak RM20 bilion dalam tempoh tiga tahun di sesebuah kawasan merupakan sesuatu yang sangat luar biasa dan jarang berlaku.

Apakah kelebihan kawasan berkenaan hingga semua syarikat berkenaan sanggup mengambil risiko dengan melakukan pembangunan hartanah secara serentak? Apakah tidak berlaku gelembung hartanah.

Untuk menarik pelaburan swasta bukan mudah kerana mereka sangat mementingkan aspek keuntungan dan berdasarkan tindakan mereka, jelas sekali kawasan berkenaan mempunyai prospek yang tinggi pada masa depan.

Kawasan yang dimaksudkan adalah Cyberjaya. Bandar berstatus Multimedia Super Corridor (MSC) yang sudah berusia 15 tahun dan semakin hampir mencapai tempoh matangnya.

Pemaju utamanya, Setia Haruman Sdn. Bhd. (SHSB) baru-baru ini telah berkongsi mengenai pelan pembangunan fasa tinga (2012-2016) dan fasa terakhir (2016-2020) dengan Utusan Malaysia.

Perancangan pembangunan yang ditunjangi tokoh hartanah terkenal Tan Sri Mustapha Kamal Abu Bakar cukup mantap dan tersusun rapi sehingga meyakinkan sesiapa sahaja yang mendengarnya.

Orang ramai mungkin tidak mengetahui prospek kawasan ini secara dekat tetapi anda boleh jadikan tindak tanduk awal pemaju hartanah di sesebuah kawasan sebagai petunjuk apa yang akan berlaku tidak lama lagi.

Tinjauan sekitar Cyberjaya baru-baru ini mendapati banyak kren-kren pembinaan tumbuh merata-rata di kawasan berkenaan dan ini menjadi bukti apa yang dicanangkan oleh SHSB bukan omong kosong.

Nama syarikat yang terpapar pada papan tanda projek di kawasan berkenaan bukan calang-calang antaranya adalah SP Setia, Kumpulan Emkay, UEM Land, Mah Sing dan Glomac.

Berdasarkan reputasi syarikat seperti ini, hampir mustahil untuk mereka gagal melaksanakan projek hartanah yang dikendalikan.

Persoalan di sini, adakah berbaloi untuk kita melabur di Cyberjaya? Adakah projek ini bakal menjadi ‘gajah putih’ atau berhadapan dengan gelembung hartanah pada masa depan?

Mari kita dekati perancangan SHSB, sebelum membuat sebarang spekulasi. Fasa tiga Cyberjaya menyasarkan untuk menggandakan penduduk kepada 100,000 dengan tambahan lebih 25,000 buah rumah, tujuh juta kaki persegi ruang pejabat dan 1,200 buah kedai berbanding sekarang.

Tidak ketinggalan pembinaan tiga buah sekolah dan tiga buah institut pengajian tinggi.

Bagaimana infrastruktur ini mampu dipenuhi penduduk? Di sini, fasa empat Cyberjaya akan memainkan peranannya dengan sasaran menarik kehadiran syarikat berimpak tinggi seperti syarikat multinasional (MNC) melabur di sini.

Dengan baki 1,000 ekar tanah untuk fasa empat, dijangkakan mampu mewujudkan 67,000 peluang pekerjaan berpendapatan tinggi baharu menjelang 2020.

Pada ketika itu, anda dapat melihat berapa prospek pelaburan hartanah di Cyberjaya. Bandar yang dipenuhi syarikat MNC dan golongan profesional dengan pendapatan tinggi.

Menurut perunding hartanah, nilai hartanah di Cyberjaya dijangka meningkat berlipat kali ganda berbanding RM80 sekaki persegi ketika ini.

Anda boleh membuat perkiraan pelaburan sekarang dan jangan lupa setiap hari yang berlalu akan mengurangkan margin keuntungan masa depan anda. – Utusan

Tiga Dulang Rantai Emas RM200,000 Dilarikan

KUALA LUMPUR — Dua lelaki bersenjatakan parang dan tukul melarikan tiga dulang mengandungi rantai emas bernilai kira-kira RM200,000 dalam kejadian menyamun sebuah kedai emas yang terletak di hadapan Balai Polis Selayang Baru dekat sini, hari ini.

Dalam kejadian samun pukul 10.15 pagi itu, dua suspek menerpa masuk ke dalam kedai emas berkenaan dengan bersenjatakan parang dan tukul di mana tukul itu digunakan untuk memecahkan cermin ruang pameran.

Pemilik kedai yang hanya ingin dikenali sebagai Kak Su berkata, ketika kejadian tiada pelanggan di dalam premis dan suaminya keluar untuk minum.

“Ketika kejadian dua penyamun itu masuk dan terus memecahkan cermin ruang pameran mengunakan tukul lalu mengambil tiga dulang mengandungi rantai emas dan terus melarikan diri menggunakan sebuah motosikal jenis Honda Ex5 yang diletakkan di lorong belakang kedai,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Beliau berkata, kedua-dua suspek memakai helmet dan vest berwarna hijau dan oren.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu.

“Pemeriksaan kita di tempat kejadian telah menemui tukul yang digunakan untuk memecahkan cermin ruang pameran. Premis itu tiada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) tetapi kami boleh memperoleh rakaman CCTV dari kedai berdekatan,” katanya.

Abdul Rahim berkata, individu yang berada di premis berkenaan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Katanya, ia merupakan kali pertama premis berkenaan disamun dan kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun bersenjata. — BERNAMA

Permintaan Emas Turun 12 Peratus Di India

NEW DELHI, 14 Feb (Bernama) – Permintaan emas di India turun 12 peratus tahun lepas kepada 864.2 tan metrik berbanding 986.3 tan metrik pada 2011 susulan langkah mengehadkan import emas dan kenaikan mendadak harga domestik, kata World Gold Council.

Tahun lepas merupakan tahun yang mencatatkan prestasi bercampur-campur bagi pasaran terbesar emas itu. Pasaran tersebut kukuh pada suku akhir dengan jumlah permintaan sebanyak 261.9 tan metrik, peningkatan 41 peratus berbanding tempoh yang sama pada 2011.

“Permintaan barang kemas dan pelaburan mencecah paras tertingginya bagi enam suku. Permintaan bagi barang kemas meningkat 35 peratus tahun ke tahun mencecah 153 tan metrik dan permintaan runcit kukuh membawa kepada 108.9 tan metrik belian pelaburan,” kata majlis itu dalam laporan Gold Demand Trend yang dikeluarkan hari ini.

Di India, prospek peningkatan duti yang berkuat kuasa pada Januari 2013 mungkin membantu belian kukuh dalam suku akhir bagi mengatasi jangkaan peningkatan harga.

Sementara itu permintaan di China tidak berubah tahun ke tahun, mencerminkan kesan kelembapan ekonomi. Bagaimanapun, bagi suku keempat, jumlah permintaan naik satu peratus berbanding suku sebelumnya kepada 202.5 tan metrik.

“China dan India kekal sebagai kuasa emas dunia meskipun keadaan ekonomi domestik yang mencabar,” kata Pengarah Urusan World Gold Council, Marcus Grubb. – BERNAMA

Negara Paling Banyak Membeli Emas & Menyimpan Emas ?

Negara Mana Yang Paling Banyak Membeli Emas?? Bukan Amerika Syarikat.

Majlis Emas Dunia telah mengeluarkan senarai terbaru pemegang emas terbesar di dunia. Tetapi negara manakah yang paling banyak membeli dalam dekad yang lalu? Jawapannya mungkin akan mengejutkan anda!

No 3 : Turkey – 243.5 tan metrik
Cukup untuk membina sebuah Statue of Liberty daripada emas

No 2 : China – 454.1 tan metrik
Cukup untuk membina 2 Statue of Liberty daripada emas

No 1 : Russia – 570.1 tan metrik
Cukup untuk membina 3 Statue of Liberty daripada emas

Note : 1 tan metrik = 1000kg.

Rekod Simpanan Emas 2012
WORLD OFFICIAL GOLD HOLDINGS
International Financial Statistics, August 2012*

Negara Malaysia dan Asia Tenggara

ini pula rekod tahun sebelumnya (Tahun 2011)

Boleh lah lihat bertambah atau berkurang rangking kita ..

: emasmaster.com

1 Dinar

Tahu kah anda !!!

1 Dinar syiling emas
yang digunakan untuk berusan jual beli
dan ia adalah bersamaan
dengan 4.25gram emas 916

Hari ini harganya Feb 2013
Sekitar = RM 730.00

10 tahun lepas , tahun 2002
Harga 1 Dinar hanya sekitar = RM 160.00

Kalau 10 tahun lama sangat,
kita lihat 5 tahun kebelakangan ini
Tahun 2007
1 Dinar boleh di dapati dengan bermodalkan = RM 400.00

Fikir-fikir…..

Agak-agaknya lah …
Dalam tempoh 10 tahun akan datang
ie 2023
Berapa RM untuk 1 Dinar kan!

Tahun wawasan 2020 pula ?

Hukum Makan dan Minum Dengan Bekas Bersadur Emas


Soalan:

Assalam ustaz..saya ingin membuat pertanyaan, apakah hukumnya menggunakan pinggan mangkuk, gelas minuman yang di salutkan dengan sedikit warna seperti emas tetapi ianya bukanlah emas betul seperti yang terdapat dipasaran sekarang ini. Terima kasih.

Jawapan:

Bekas yang dibuat dari logam selain emas dan perak kemudian disadurkan luarannya dengan warna keemasan (yakni bukan disadur dengan emas, tetapi dengan bahan yang memberi warna keemasan), ia harus digunakan kerana yang diambil perkiraan bukan warna luarannya, tetapi bahan pembuatannya. Oleh kerana bahan pembuatannya bukan dari emas dan perak, maka ia tidak tertakluk dengan larangan Nabi SAW dalam hadisnya walaupun warnanya keemasan seperti emas.

Di dalam hadis, Nabi SAW hanya melarang bekas yang diperbuat dari emas dan perak sahaja (tanpa menyebut bekas dari bahan selain keduanya). Sabda Nabi SAW (bermaksud):

“Jangan kamu minum dalam bekas dari emas dan perak dan jangan kamu makan dalam pinggan dari keduanya kerana sesungguhnya ia untuk mereka (yakni orang-orang kafir) di dunia dan untuk kamu di akhirat” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim dari Huzaifah r.a.)

Hadis di atas walaupun hanya menyebutkan larangan bekas emas dan perak untuk makan dan minum, namun dikiaskan kepadanya peralatan-peralatan yang lain yang dibuat darinya untuk kegunaan lainnya kerana jika untuk kegunaan terpenting manusia (iaitu makan dan minum) ia dilarang, maka kegunaan yang kurang penting darinya lebih-lebih lagilah dilarang.

Berkata Imam an-Nawawi; “Telah disepakati oleh sekelian ulamak bahawa diharamkan menggunakan bekas dari emas dan perak sama ada untuk makan, minum, bersuci atau bentuk-bentuk penggunaan yang lain, sama ada bekas itu besar atau kecil, sama ada yang menggunakannya itu lelaki atau perempuan” (Syarah Soheh Muslim, Imam an-Nawawi). Termasuk yang diharamkan ialah jam dan pen dari emas dan perak. (Syeikh Majid al-Hamawi, ta’liq ‘ala Matn al-Ghayah wa at-Taqrib, hlm. 28).

Adapun jika ia disadurkan dengan emas sebenar, hukumnya mengikut mazhab adalah seperti berikut:

Mazhab Hanafi – bekas yang disadur dengan emas dan perak harus digunakan jika kandungan emas itu tidak mungkin dipisahkan lagi dari bekas.

Mazhab Syafiie – harus menggunakan bekas yang disadur dengan emas dan perak jika saduran itu sedikit iaitu tidak dapat dipisahkan lagi dari bekas. Jika kandungan emas itu banyak iaitu dapat dipisah dari bekas yang disadur itu (melalui peleburan atau sebagainya), haram menggunakannya. Menurut mazhab Syafiie juga; jika bekas emas atau perak disadur dengan logam lain, harus digunakan kerana tidak ada lagi kebanggaan emas padanya.

Mazhab Hanbali – bekas yang disadur dengan emas dan perak haram digunakan sama seperti haramnya bekas emas dan perak itu sendiri. Namun jika berubah sifat emas setelah proses saduran iaitu warnanya tidak lagi kelihatan seperti emas, harus digunakan dengan syarat kandungan emas tidak lagi dapat dipisahkan dari bekas yang disadur itu.

Mazhab Maliki – Tidak haram menggunakan bekas yang disadur dengan emas kerana ia mengikut hukum bekas, bukan hukum emas. (al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyah (1/119, Aniyah), Mughni al-Muhtaj (1/129, kitab at-Toharah), al-Insaf (1/478, bab Sitr al-’Aurah), As-Syarh al-Kabir Li ad-Dardir (1/63)).

Kesimpulanya, menurut jumhur ulamak; bekas yang disadur dengan emas; jika saduran itu sedikit iaitu tidak dapat dipisahkan lagi dari bekas, tidak haram menggunakan bekas saduran tersebut kerana emasnya telah musnah dalam logam lain, maka dihukumkan seperti tiada.

Namun jika saduran emas itu banyak di mana ia dapat dipisahkan dari bekas(melalui pelebutan atau sebagainya), haram menggunakannya kerana ia masih wujud dan menggunakan bekas itu sama sepert menggunakan bekas emas. (Fiqh al-Albisah wa az-Zinah, ‘Abdul-Wahhab Tawilah, hlm. 369).

Wallahu a’lam.

: ilmudanulamak.blogspot.com

Sistem Penggera Gagal Cubaan Samun Kedai Emas


Kuala Lumpur: Satu cubaan samun kedai emas di Jalan Sentul, di sini, gagal akibat sistem penggera keselamatan di premis itu berbunyi selepas mengesan pencerobohan, kelmarin.

Suspek dipercayai lebih dua orang, dipercayai memanjat balkoni di belakang premis kedai tiga tingkat itu sebelum cuba masuk ke dalam kedai dengan menebuk siling kedai emas terbabit yang terletak di tingkat bawah.
Kejadian dipercayai berlaku antara jam 3 hingga 4 pagi disedari pemilik kedai emas yang bercuti Tahun Baru Cina selepas menerima notis dihantar ke telefon bimbitnya daripada sistem penggera di kedainya mengenai pencerobohan itu sebelum menghubungi polis.

Timbalan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Aziz Zakaria, berkata sistem penggera keselamatan di kedai emas terbabit berbunyi selepas suspek cuba membuka pintu dalam kedai itu.

Tebuk siling

Selepas menebuk lubang di siling, suspek masuk ke dalam belakang kedai emas dan ketika memecah masuk pintu ke bahagian ruang pameran barang kemas di bahagian depan kedai, sistem penggera berbunyi.

Kami percaya suspek panik apabila penggera itu berbunyi dan melarikan diri. Siasatan menemui pelbagai peralatan untuk memecah masuk kedai yang ditinggalkan suspek, katanya di sini, semalam.

Kerajaan Persekutuan Perlu Guna Saham Emas Benarkan Selangor ambilalih Syabas

SHAH ALAM: Sebagai pemegang saham emas(golden share) Kerajaan Persekutuan diminta menggunakan kuasanya bagi membolehkan Syarikat Bekalan Air Selangor(Syabas) menerima tawaran harga Kerajaan Negeri bagi mengambil alih operasi pengurusan bekalan air di Selangor.

Langkah ini sekaligus mempercepatkan penyelesaian penyusunan semula industri air demi kepentingan rakyat.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, sekiranya mereka enggan berbuat demikian, Kerajaan Negeri akan membawa Kerajaan Persekutuan ke mahkamah kerana melanggar Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Wsia 2006).

Beliau menegaskan, ini bukanlah pengambil alihan biasa syarikat komersil sebaliknya melibatkan perjanjian antara tiga pihak iaitu Syabas, Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri yang pemegang sahamnya adalah rakyat.

“Urusniaga tidak boleh berpaksikan keuntungan semata-mata sebaliknya kebajikan rakyat perlu diberi keutamaan,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco.

Ketika mengulas berkaitan soal harga yang ditawarkan sama ada lebih tinggi atau rendah berbanding sebelum ini, Abdul Khalid menyatakan perkara berkenaan disifatkan sensitif dan sulit.

Beliau menambah, dokumen tawaran akan dihantar kepada syarikat konsesi pada minggu depan.

Usaha pengambil alihan ini susulan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini bahawa Kerajaan Persekutuan tiada masalah dengan usaha Selangor untuk menstruktur semula industri tersbut.

Makluman pengambil alihan pengurusan air daripada syarikat konsesi dalam tempoh 14 hari dibuat melalui surat yang ditulis Kerajaan Negeri kepada Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Kah Fui.

Tempoh 14 hari tersebut bermula pada 4 Februari dan akan akan tamat minggu depan.

Pada ketika ini, operasi air terawat dikendalikan syarikat konsesi Puncak Niaga Sdn Bhd, Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (SPLASH) dan Konsortium ABASS Sdn Bhd.

Pada 31 Januari 2010, Kerajaan Negeri menawarkan nilai pampasan sebanyak RM 9.27 bilion namun jumlah tersebut ditolak kesemua syarikat tersebut.

Dalam perkembangan sama, Kerajaan Negeri akan memberikan penerangan kepada rakyat mengenai pelan dan langkah-langkah yang akan dilakukakan selepas pengambilalihan perkhidmatan air ini dalam ‘Forum Air Untuk Rakyat’ yang akan diadakan selama 10 hari bermula 18 Februari sehingga 28 Februari di seluruh negeri.

Antara jurucakap yang terlibat adalah Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad; Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago; Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar; Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua; Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dan Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Faekah Husin.

“Kita akan iklankan tarikh dan tempat forum air ini akan diadakan di beberapa akhbar utama untuk memudahkan rakyat merancang dan membuat persediaan awal.

“Kita berharap rakyat dapat menggunakan forum air sebagai platform untuk mendapatkan maklumat tepat dan terkini berhubung isu air di Selangor dan Lembah Klang,” ujar beliau lagi.

Perbandingan Pelaburan Emas Fizikal Di Malaysia

Di Malaysia sememangnya banyak peluang pelaburan Emas Fizikal. Di bawah adalah beberapa contoh perbandingan Emas Fizikal untuk pelaburan emas di Malaysia, bagi mereka yang masih mencari-cari peluang untuk pelaburan emas! Anda boleh membandingkan setiap bentuk pelaburan emas fizikal dibawah, pada pendapat saya ‘Perlaburan yang menghargai EMAS adalah yang terbaik antara yang terbaik’. Yang paling penting adalah SPREAD untuk memaksimakan keuntungan kita. Cuba semak dengan saksama.

 

Emas Kijang


Kita boleh beli dan perolehinya di cawangan Maybank yang tertentu.
Spreadnya adalah 1oz (6%), 1/2oz (8%), 1/4oz (10%).
Kita langsung TIDAK boleh LOCK harga dan juga tidak boleh booking.
Kita dikehendaki datang sendiri di Maybank untuk mendapatkannya.
Perlu diingat stok sering kehabisan.
Dan yang perlu diingat pihak bank tidak akan beli semula jikalau tercalar atau yang sewaktu dengannya.

 

OUB

Kita hanya boleh membelinya di OUB Utama sahaja.
Spreadnya adalah berdasarkan 1oz : AUS Nugget (2%), Gold Maple Leaf (2%), Kinebar(2%), Pamp Gold (3.5%), Singapore Lion (2%).
Kita perlulah dapatkan sendiri di OUB.
Sama seperti emas kijang, stok selalu habis.
Kita dikehendaki dan mesti membawa resit asal semasa jual balik.
Kita tidak boleh buka sarung.

 

Pamp Suisse

Mengenai emas Pamp Suisse kita boleh beli di kedai emas tertentu.
Spreadnya pula adalah diantara 10%-30% mengikut kehendak pengurus kedai tersebut.
Tetapi kita jangan lupa apabila kita buka sahaja sarungnya maka akan ditolak lagi harganya.

 

Bunga Raya

Emas jenis ini pula hanya boleh dibeli dan dijual di Poh Kong sahaja.
Spreadnya adalah 15%-25%.
Ianya sama seperti emas pamp suisse buka sarung tolak harga.

 

Barang Kemas

Yang bagusnya barang kemas adalah ianya boleh dibeli di mana-mana kedai emas.
Harga memang tinggi berbanding pasaran.
Spreadnya pula tinggi dlm lingkungan 25%-40%.
Harga jualan belum termasuk WORKMANSHIP.

 

Dinar Emas Kelantan

Dinar Kelantan boleh dibeli melalui ejen berdaftar atau orang perseorangan.
Masalahnya stok adalah terhad dan selalu kehabisan stok.
Spreadnya adalah 10%-15%.

 

Public Gold / Public Dinar / Public Silver / Public Jewellery

Emas PG boleh dibeli daripada mana-mana ejen Public Gold.
Spreadnya rendah 4.5%-6% sahaja jika dibandingkan dengan emas-emas lain.
Dijamin beli balik walaupun telah dibuka sarungnya, kemek, calar dan sebagainya asalkan berat masih sama.
Kita boleh booking dan lock harga yang kita kehendaki.
Yang paling penting emas PG dinilai oleh assayer emas yang bertauliah.
Emas PG disertakan bersama dengan Certificate of Authenticity.
Timbangan berat emas adalah 100% dijamin tulen.

Jadi, tepuk dada tanya selera. apakah pelaburan emas dan perak terbaik bagi diri anda? Adakah perlu ianya cantik semata-mata tanpa memikirkan keuntungan?