Kualiti & Kuantiti Emas Untuk Pelaburan

3 cara yang mungkin digunakan oleh pelabur

1) membeli emas pada kuantiti besar100g,500g,1kg
2) membeli emas pada kuantiti medium 10g,20g
3) membeli emas pada kuantiti kecil 0.5g,1g,5g

berdasarkan 3 cara diatas terdapat kelebihan dan keuntungannya.. tetapi semuanya bergantung kepada tuanpelabur,

1) Membeli emas pada kuantiti besar 100g, 500g, 1kg
Terdapat kebaikan jika membeli emas pada kuantiti yang besar antaranya ialah dapat mengurangkan spread harga ( harga jual beli). apabila spread rendah pelabur dapat mengurang tempoh memperolehi keuntungan kerana spread harga dpt diatasi dengan cepat jika dibandingkan membeli pada kuantiti medium dan kecil. Dalam dunia pelaburan emas fizikal, anda perlu paham terdapat 2 kategory pembeli iaitu syarikat yang membekal emas( syarikat yang menjual emas kepada anda) dan pembeli emas seperti anda. jika anda mahukan keuntungan yang maksima anda perlu menjual kepada pembeli bukan kpd syarikat kerana syarikat akan membeli pada harga “we buy”. jika anda pandai mencari pembeli anda boleh memperolehi keuntungan lebih kerana anda boleh naikkan harga we buy tersebut.. point saya ialah pada kuantiti besar pelabur mungkin sukar untuk mencari pembeli,kerana harga yang tinggi.. akhirnya pelabur terpaksa menjual kepada syarikat asal..

2) Membeli pada kuantiti medium 10g,20g
secara peribadi saya galakkan pelabur memberi pada kuantiti ini kerana spread harga yg sederhana dan pelabur boleh menjual pada pembeli.. kerana ianya mampu dibeli oleh pelabur lain jika dibandingkan dengan kuantiti besar..

3) Membeli pada kuantiti kecil 0.5g,1g dan 5g
kelebihan pada kuantiti kecil ialah ianya mampu milik. ianya sesuai untuk golongan yang mempunyai simpanan yang kecil.. antara kelebihan lain ialah ianya dpt dibeli secara bulanan.
tetapi harganya we sellnya tinggi kerana disbbkan factor minted,mold dan harga beli semula yang rendah. ini menyebabkan spread menjadi tinggi. disini saya simpulkan bahawa

membeli pada kuantiti yang besar mengambil masa 1 tahun untuk memperolehi keuntugan minima pertama.
membeli pada kuantiti sederhana mengambil masa 1 tahun setengah untuk memperolehi keuntungan minima yang pertama.
membeli pada kuantiti kecil mengambil masa 2-3 tahun untuk memperolehi keuntungan minima yang pertama.

keuntungan diatas bergantung kepada timing yang sesuai.

RM100,000 Hilang Dalam 3 Minit

Anggota forensik memeriksa sekitar kedai emas dalam kejadian rompakan di Jalan Othman, Petaling Jaya. – Foto Mior Azfar Mior Kamarulbaid

Petaling Jaya: Seorang pemilik kedai emas kerugian lebih RM100,000 dalam tempoh tiga minit selepas disamun empat penjenayah di premisnya di Jalan Othman di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, empat lelaki bertopi keledar berpenutup muka, dilihat memasuki kedai emas yang baru sejam dibuka itu selepas melepaskan satu das tembakan amaran.
Enam pekerja dan seorang pelanggan yang berada dalam kedai berkenaan tidak dapat berbuat apa-apa kerana dua daripada empat penjenayah dilihat bersenjatakan pistol.

Penjenayah terbabit memecahkan cermin kaunter menggunakan dua tukul besi dan kapak sebelum mengaut barang kemas dipamerkan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed, ketika dihubungi berkata, rompakan berlaku dalam tempoh tiga minit sebelum suspek melarikan diri menaiki dua motosikal.

“Lokasi kejadian sudah diperiksa pasukan forensik dan kita menemui beberapa bukti termasuk dua tukul besi dan sebilah kapak yang dipercayai digunakan untuk memecahkan cermin pameran.

“Semua pekerja dan pelanggan di premis itu tidak dicederakan manakala polis kini meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) untuk membantu siasatan,” katanya.
Sementara itu, pengurus restoran berhampiran kedai emas terbabit, Ajimir Mustafa, 40, berkata beliau berada di kaunter ketika terdengar bunyi tembakan.

“Saya dan beberapa pekerja serta pelanggan lari ke belakang kedai untuk menyelamatkan diri,” katanya. -Bharian

Harga Emas Dijangka Turun

Kejatuhan cecah 7.5 peratus lebih rendah akhir 2012

London: Aliran meningkat harga emas sejak sembilan dekad lalu, dijangka berakhir berikutan langkah menjual pegangan oleh sebahagian besar pengurus dana global.
Susulan itu kebanyakan penganalisis menjangka harga komoditi itu akan mencatat aliran menurun buat kali pertama sejak 2000.

Harga emas mulai susut pada April meskipun bank pusat mencetak wang secara besar-besaran, penularan krisis hutang Eropah dan pengurangan unjuran pertumbuhan ekonomi tahun ini untuk kali keempat oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

Harga logam berharga itu dijangka berada pada paras AS$1,550 seaun menjelang akhir tahun ini, iaitu 7.5 peratus lebih rendah berbanding harga pada akhir 2012.

Ia adalah kejatuhan paling besar sejak 1997, demikian mengikut 38 jangkaan yang dikumpulkan Bloomberg.

Pelabur kini menjual logam berharga menerusi produk dagangan bursa (ETF) pada kadar terpantas dalam rekod.

Harga emas mulai susut pada April meskipun bank pusat mencetak wang secara besar-besaran, penularan krisis hutang Eropah dan pengurangan unjuran pertumbuhan ekonomi tahun ini untuk kali keempat oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).
Nilai emas jatuh ketika ekuiti Amerika Syarikat (AS) mencatatkan rekod tertinggi, sekali gus mencerminkan penurunan keyakinan pelabur.

“Ia adalah tanda berakhirnya satu era,” kata Ketua Penyelidik Komoditi Societe Generale SA di New York, Michael Haigh, yang membuat jangkaan mengenai kejatuhan harga logam berharga itu sebulan lalu.

“Arah aliran ETF dan dana lindung nilai mengubah arah aliran emas buat pertama kali dalam tempoh yang sangat lama. Harga dilihat akan terus jatuh,” katanya.

Harga emas susut 13 peratus kepada AS$1,450 di London tahun ini dan mencecah paras terendah dalam tempoh dua tahun pada AS$1,321.95 pada 16 April.

Ia mencatatkan peningkatan 16 peratus untuk terus mencatatkan peningkatan 13 tahun berturut-turut. Standard & Poor’s GSCI menunjukkan 24 komoditi jatuh 5.8 peratus sejak awal Januari, dengan emas mencatatkan prestasi ketiga terburuk selepas perak dan plumbum.

Indeks Ekuiti MSCI Semua Negara Dunia meningkat 8.3 peratus dan Indeks Bank of America Corp menunjukkan Treasuries naik 0.9 peratus.

Peningkatan tahunan selama 12 tahun berturut-turut turut dicatatkan sesetengah aset lain.

Perbendaharaan AS memberi pelabur pulangan sekurang-kurangnya 16 tahun menerusi 1993 dan bon Indeks pasaran Meluas Global Bank of America meningkat setiap tahun sejak 2000.

Nilai emas yang dipegang menerusi ETF jatuh AS$37 bilion kepada AS$106.1 bilion sejak Oktober berikutan kejatuhan harga dan pelabur menjual logam, demikian mengikut perangkaan yang dikumpulkan Bloomberg.

Institusi memiliki kira-kira 50 peratus 1,078 tan dalam SPDR Gold Trust, iaitu ETP terbesar, dan mereka mungkin menjual kira-kira separuh daripadanya kerana harga jatuh dan pelabur memilih ekuiti, kata Deutsche Bank AG dalam laporannya pada 26 April.

Logam berharga itu jatuh 25 peratus daripada paras rekodnya AS$1,921.15 pada September 2011 kerana Indeks MSCI Semua Negara Dunia meningkat 26 peratus.
Societe Generale mengunjurkan harga purata pada suku keempat ialah sekitar AS$1,375, iaitu paras terendah dalam tempoh tiga tahun.

Goldman Sachs Group Inc, Barclays Plc, Credit Suisse Group AG dan Morgan Stanley juga antara mereka yang mengunjurkan harga rendah dan hanya 10 daripada 38 penganalisis yang terbabit dalam kaji selidik Bloomberg menjangkakan logam berharga itu mencatatkan peningkatan bagi tahun ke-13.

Sementara Goldman pula dalam cadangan jualannya pada 23 April, berkata ia menjangkakan harga emas mencatatkan kejatuhan selanjutnya.

Harga emas mencatatkan peningkatan 11 peratus sejak mencecah paras terendah dalam dua tahun kerana kejatuhan mendorong pembelian emas syiling dan barang kemas. – Bloomberg

Banyak Faktor Kenapa Perlu Tukar Duit Jadi Emas

Pertama
Kita mengajak dan men‘dakwah’ umat islam melindungi kewangan dan kekayaan mereka. Duit kertas yang kita simpan bila-bila masa boleh susut nilai. Krisis kewangan yang pernah melanda negara kita satu masa dahulu, adakah mustahil berlaku lagi. Kerajaan memaksakan duit kertas. Tetapi kalau duit susut nilai rakyat kena tanggung sendiri.

Kedua
Sistem kewangan sekarang tiada keadilan. Projek-projek besar yang dibangunkan melalui dana-dana amanah atau saham awam. Keuntungan yang diberikan sekitar 8% hanya sekadar menampung inflasi yang memamah kuasa beli duit kertas yang kadar biasanya 4%, dan boleh mencapai 6-7%.

Ketiga
Bank-bank yang ada menawarkan pinjaman berkonsepkan keuntungan berganda. Bank yang ada gagal melahirakn orang islam yang kaya. Apa yang berlaku mereka menawarkan pinjaman dan hutang yang besar dan biasanya berakhir pula dengan memufliskan. Mengikut islam memberi pinjam atas dasar “bertolong-tolong atas perkara kebajikan dan takwa” bukan menjadikannya perniagaan yang sangat laba. Kalau bank menyimpan dinar dan memberikan pinjaman. Bank tidak perlu berorientasikan cas lebihan. Kerana dinar emas dalam simpanan tetap naik nilai sebagaimana dinar emas yang ada tangan peminjam, bila dikembalikan secara beransur tetap nilainya meningkat.

Keempat
meninggalkan haram ,syubhat dan tidak jelas bertukar kepada yang halal. Melaburkan wang kita kepada saham-saham yang masih berkait dengan tempat-tempat haram tidak akan menenangkan jiwa kita, kerana “dosa adalah perkara yang mendatangkan keresahan dan keraguan di dalam jiwa”. Ada pula saham yang banyak melibatkan orang islam yang dikategorikan harus. Ini pun satu yang perlu dilihat semula. “harus tidak semestinya halal”. Kalau kita berada dihutan tiada makanan lain yang boleh kita makan melainkan khinzir, kalau kita tak makan boleh menyebabkan kita mati, maka pada ketika itu “harus” kita makan. Tapi ini tidak bererti khinzir itu halal. Itu pun makan sekadar untuk hidup.

Kelima
Bersama melakukan jihad ekonomi.
Kenapa dolar sebagai matawang yang mesti diterima oleh semua negara islam termasuk kita. Kenapa tidak dinar. Kenapa kita membangunkan matawang kapitalis yang mendakwa polis dunia yang semahunya meruntuh dan menghancurkan negara umat islam. Bersengkongkol dengan zionis israel membunuh rakyat palestin. Emas kontra dengan dollar. Emas naik – dollar akan turun. Dollar naik – emas turun. Emas pasti akan naik. Kita boleh mendidik negaranya supaya tidak ego dengan negara umat islam. Hanya dengan perlaksanaan dinar emas.

: syeikhulmaqari.blogspot.com

60 Maut Lombong Emas Runtuh di Sudan

KHARTOUM 2 Mei – Lebih 60 orang dilapor mati tertimbus apabila sebuah lombong emas runtuh di Darfur, Sudan hari ini.

Pegawai polis tempatan, Haroun al-Hassan berkata, kejadian tersebut berlaku di Jebel Amir, Darfur Utara dan jumlah sebenar mangsa yang tertimbus masih lagi disiasat.

“Menurut laporan, lebih 60 orang terbunuh dalam insiden berkenaan.

“Saya tidak dapat memberikan jumlah sebanar mangsa yang terkorban atau terperangkap kerana tiada maklumat yang menunjukkan berapa ramai orang memasuki lombong berkenaan,” jelasnya. – AFP

Sindiket Tipu Beli Emas Dan Berlian Internet Tumpas

Polis berjaya menumpaskan satu sindiket penipuan internet yang kononnya menawarkan jualan barang berharga seperti emas dan berlian, dengan tertangkapnya 14 lelaki warga Afrika di Puchong, Selangor.

Tangkapan itu susulan aduan dibuat tiga mangsa dari China yang kerugian lebih tiga juta dolar Amerika.

DATUK SYED ISMAIL SYED AZIZAN / PENGARAH JSJK BUKIT AMAN
“Mangsa telah diminta memasukkan wang itu ke beberapa akaun tempatan dan setelah wang dimasukkan mereka ini, suspek ini telah pun menghilangkan diri”.

Pihaknya menerima laporan daripada polis China Disember lalu daripada tiga rakyat republik itu yang ditipu kenalan di laman sosial.

Siasatan kemudian membawa kepada serbuan di empat premis di Taman Mutiara Indah, Khamis lalu.

Semua yang ditahan berusia antara 25 hingga 33 tahun itu adalah penuntut kolej di sekitar Lembah Klang.

Polis turut merampas 27 unit telefon bimbit, 12 kad ATM dan tujuh buah komputer riba.

Suri Rumah Curi Rantai Emas Dipenjara 6 Hari

Kota Bharu: Seorang suri rumah dijatuhi hukuman penjara enam hari dan denda RM3,000 di Mahkamah Majistret di sini, semalam, kerana mencuri seutas rantai emas bernilai RM900 di dalam sebuah kedai emas minggu lalu.

Majistret Nik Habri Muhamad yang menjatuhkan hukuman itu selepas Nor Aini Mohd Yusoff, 21, mengaku bersalah terhadap pertuduhan dibacakan, memerintahkan hukuman penjara bermula dari tarikh Nor Aini ditangkap pada 25 April 2013 dan dia boleh dikenakan tambahan hukuman penjara tiga bulan jika gagal menjelaskan denda.

Sebelum itu, Nik Habri turut menasihatkan tertuduh supaya mengambil pengajaran terhadap kesalahan dilakukankannya.

“Saya tahu kamu bukan penjenayah tegar dan kejadian jenayah ini berlaku apabila kamu mempunyai peluang berbuat demikian.

“Kesalahan ini menyebabkan kamu rugi kerana perlu membayar denda melebihi nilai barang kemas itu selain memalukan suami dan anak. Saya harap kamu insaf,” katanya.

Mengikut pertuduhan, Nor Aini didakwa mencuri seutas rantai leher emas milik Kedai Emas Seri Ayu di Jalan Temenggong di sini pada jam 11.15 pagi, 25 April 2013. Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Terdahulu, tertuduh dalam rayuannya memohon hukuman ringan kerana dia sudah insaf dengan kesalahannya.

“Saya tidak bekerja manakala suami hanya bekerja sebagai seorang buruh dan mempunyai seorang anak yang masih kecil.

“Selepas direman beberapa hari saya sudah insaf dan berjanji tidak mengulangi kesalahan sama,” katanya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Noor Dayana Mohamed memohon tertuduh dijatuhi hukuman setimpal untuk memberi pengajaran kepada tertuduh dan teladan kepada orang ramai. -hmetro

Cepat Bayar Hutang Dengan Emas

Sejak kebelakangan ni dah mula ramai yang terlibat dengan program kumpul emas untuk simpanan atau untuk buat untung.

Dah tentu ramai yang nak untung lebih-lebih lagi buat untung dalam emas. Asal ada kaitan dengan emas sahaja mudah orang nak terima. Tu yang emas ni senang untuk dijual rupa-rupanya walaupun harganya beribu-ribu.

Kadang tak masuk dek akal bila perhatikan emasnya tak sampai besar tapak tangan tapi ada yang harga RM100,000 bagi yang berat 700 gram.

Kekuatan emas boleh dilihat bila ia dijual atau dicagar. Waktu itu baru nampak RM$$$ yang wow banyaknya!
Baru-baru ni saya ada ceritakan saya beli motor secara tunai gunakan emas sebab saya tak suka nak berhutang lagi.

Emas 100 gram dicagar dan dapat beli motor harga RM10,000 disamping ada duit baki lagi untuk beli 10 gram. Senang untuk redah jem disamping jimat tol, minyak dan parking.

Jadi 90 gram sahaja kos beli motor. Tetapi sebenarnya motor tu boleh jadi secara percuma. Macamana boleh jadi macam tu….

Setiap 11 bulan emas yang dicagar perlu ditebus sebelum bank nak lelong. Di luar dalam tangan masih ada lagi 100 gram. Jadi emas yang ditangan hanya letakkan di bank dan dapat 70% duit cagaran yang boleh digunakan untuk tebus emas di dalam bank yang juga 100gram.

Emas yang baru dicagar ni dah tentu dah naik nilainya dan dapat 70% lebih banyak dari sebelum ni (11 bulan lalu) yang dah tentu boleh buat bayar pinjaman beli motor dulu dan ada lagi untung sebagai contoh jika dulu dapat RM11,600 dari 70%, emas sekarang dapat RM15,000!

Motor dah kira percuma dan dapat duit lagi (sebelum tolak upah simpan RM15,000 – RM11,600= RM3,400). Dah tentu akan fikir kalau nak buat cara macam ni kena ada stok emas banyak. Sebenarnya ikut kemahuan dan kreatif anda sendiri. Jika anda mulai dengan 100gram sahaja pun dah ok.

Sebagai contoh anda cagar 100 gram untuk tempoh 11 bulan. Sewaktu tempoh itu, selama 11 bulan anda boleh mulai kumpul 100 gram yang baru. Setiap bulan kumpul 10 gram.

Macamana nak dapat duit kumpul 10 gram setiap bulan yang bersamaan RM1,600 sedangkan gaji bawah RM1,000.
Itu yang ajaibnya pasal emas. Bila anda amalkan konsep tarik emas, secara tak disedari emas anda jadi banyak. Macamana tarik emas? Ni istilah yang mudah nak tarik perhatian sahaja. Tarik emas maksudnya bila kita dah anggap emas macam bola. Macamana tu?

Kalau dulu tengok iklan koka kola tidur bola, makan bola, mandi bola….senang serita fanatic pasal bola tapi kali ni, bangun tidur ucapkan AlhamdulillahX21 lalu fikir pasal emas, mandi, makan, tidur, kerja …..emas belaka. Senang cerita FOKUS EMAS.

Disamping itu bayar zakat emas, ia akan menarik lagi emas yang ada diluar. Itu namanya tarik emas. Emas suka pada tuan yang bayar zakat emas. Dan paling utama untuk buat untung dari emas ialah bila anda dah mulai ada emas, anda jangan lepaskan peluang untuk buat untung dari emas sebagai trader.

Jika anda menyimpan emas sebagai investor, anda boleh dapat untung purata setiap tahun 30% tetapi jika anda ada emas dan jadi trader emas, anda boleh dapat untung sehingga 3000% atau lebih.

Saya dah jumpa orang yang jadi trader emas setiap bulan 6 angka komisen dia sahaja jual emas. Walaupun emas ni komisen hanyalah 1% kadang kala macam tak masuk akal.
Ya lah sebagai contoh kalau jual 100 gram yang harga RM16,000 komisen baru RM160.

Serupa juga macam unit trust yang ada komisen dalam 0.7% tetapi ada juga yang jadi kaya walaupun komisen ciput macam tu. Emas dengan Unit Trust bezanya emas ni fizikal manakala unit trust hanyalah beli kertas untuk dapat kertas juga.

Pengalaman saya buat emas, dari percentage untung yang kecil tetapi tanpa disedari dapat kumpul berkilo emas. Tanpa disedari simpanan bertambah. Tanpa disedari dapat langsaikan banyak hutang yang besar-besar.

Seperti hutang terbaru RM30,000 saya dapat selesaikan dengan gunakan emas. Kalau nak kumpul duit buat bayar memang rasa banyak tapi bila bayar pakai emas sebagai contoh emasnya 100 gram hanya perlukan 2 ketul sahaja jadi tak terasa.

Itu pun emasnya masih ada sebab simpan dalam bank. Tunggu masa untuk tebus semula nanti jadi emas tak kemana.

Kalau hutang dengan kawan pula, kita boleh minta tangguh. Sebagai contoh kalau kawan tak kisah kita tangguh sampai 5 tahun. Tu pun kalau ada kawan jenis tak kisah dan panjang umur.
Contoh masa kita pinjam kawan dulu RM20,000. Waktu nak kumpul duit bayar hutang tu, baik kita kumpul emas dulu.

Emas yang kita beli rupa-rupanya tak sampai RM10,000 bila dah 5 tahun masa nak bayar hutang kita dengan kawan tu. Jadi kita dah untung diatas kesempatan kejatuhan nilai matawang.

Kawan sebenarnya tak kisah berapa lama kita nak bayar semula janji bayar balik. Ni yang buat kawan bengang bila tak nak bayar terus. Itu pun kalau ada kawan yang tak kisah macam ni.

Tapi kalau setakat pinjam RM100 melampau 5 tahun baru nak bayar. Itu tak perlulah nak beli emas dulu.
Ni kita cerita kalau pinjam sampai puluh ribu. Mana tahu masa pinjam dulu niat untuk buat bisnes tapi bisnes lingkup tak Berjaya. Jadi sumber untuk bayar balik buntu nak bayar dari mana. Patut masa dapat duit dulu beli emas terlebih dahulu kemudian baru guna duit cagar emas buat modal bisnes.

Atau yang kawan memberi pinjam tu sebelum bagi orang pinjam duit beli emas dulu baru bagi pinjam. Kalau kawan tak bayar atau lambat bayar sekurang-kurangnya ada stok emas walaupun emasnya dibank sebab kita ada 11 bulan lagi untuk ditebus.

Baru-baru ni sejak saya dah mula gerak sana-sini naik motor, saya dah rajin singgah ke kedai motor-motor besar…ada satu motor yang mula berkenan di hati…Kawasaki GTR 1400. Harganya RM119,000!

Bukan setakat boleh beli Proton Inspira, Mitsubishi Lancer pun boleh beli. Kelajuan motor ni boleh capai 300km/j. Kalau berlumba dengan Ferrari selamba sahaja.

Congak-congak harga motor dengan emas, satu kilogram dah lepas sangat untuk beli secara tunai. Bayangkan emas 1 kilo yang besarnya sama dengan Handfon Blekberi boleh diconvertkan jadi Motor Super Bike yang terlaju di dunia yang fana ni.

Untung bagi sesiapa yang ada emas 1 kilo boleh beli barang yang harga RM100,000 secara tunai. Tetapi jauh di sudut hati berkata, macamana nak jadi zuhud kalau pakai motor besar ni. Dikhuatiri hati yang susah nak dikawal melemahkan diri.

Apa-apa pun, mohon pada Allah untuk berikan yang terbaik. Jika diizinkan untuk memiliki sesuatu yang mewah, Alhamdulillah. Jika tidak, pun Alhamdulillah sebab di kehidupan yang akan datang lebih hebat lagi mainannya.

Bukan setakat kelajuan 300km/j…malah mungkin 3juta kelajuan cahaya kenderaan kita disana kerana rumah kawan-kawan kita yang imannya sebesar zarah sebesar bumi rumahnya yang hari ini kita lihat bumi lebih besar dari matahari pada hal matahari 1.6juta kali ganda besar dari bumi.

: toyip-wang.blogspot.com/

Akaun Pelaburan Emas : Perbandingan Antara Bank

Harga emas kini berada pada tahap paling rendah dalam tempoh dua tahun, jadi sekarang adalah peluang terbaik untuk anda mula melabur dalam emas. Cara yang paling mudah untuk melakukannya adalah dengan membuka Akaun Pelaburan Emas di bank.

Apakah itu Akaun Pelaburan Emas? Ia adalah satu akaun yang membolehkan individu untuk membeli dan menjual emas pada harga emas harian dalam Ringgit Malaysia (MYR), tanpa perlu menyimpan emas fizikal.

Akaun Pelaburan Emas memberikan anda peluang untuk memperolehi keuntungan modal dan kepelbagaian portfolio melalui pelaburan dan jual beli emas. Pada masa yang sama anda boleh menikmati kemudahan dan ciri-ciri keselamatan yang lebih baik sepertimana akaun-akaun bank yang lain.

Pada masa ini terdapat 5 bank di Malaysia yang menawarkan perkhidmatan akaun pelaburan emas:

  • Akaun Pelaburan Emas (MGIA) – Maybank
  • Akaun Pelaburan Emas (GIA) – Public Bank
  • Gold Account-i – Kuwait Finance House
  • Akaun Simpanan Emas (GSA) -UOB
  • Akaun Deposit Emas (GDA) -CIMB Bank

Di bawah ini saya telah menyenaraikan semua ciri-ciri yang ditawarkan oleh setiap akaun. Mereka dibentangkan sebelah menyebelah dalam jadual supaya anda boleh membuat perbandingan, dan seterusnya memilih akaun yang terbaik untuk anda.

Features

Maybank MGIA

Public Bank GIA

KFH Gold Account-i

UOB GSA

CIMB GDA

Belian pertama minima1 gm10 gm10 gm20 gm10 gm
Baki minima1 gm2 gm2 gm10 gm1 gm
Urusniaga minimaMesti dlm gandaan 1 gm5 gm & mesti dlm gandaan 1 gm5 gm & mesti dlm gandaan 1 gmMesti dlm gandaan 5 gm5 gm & mesti dlm gandaan 1 gm
Keaslian emas99.99%99.99%99.5%99.99%99.9%
Spread jual-beli4.09%3.89%3.50%1.15%2.99%
Pilihan jualan/pengeluaran-Tunai-Kredit ke dlm akaun-Tunai-Kredit ke dlm akaun

-Emas fizikal

-Kredit ke dlm akaun-Emas fizikal-Kredit ke dlm akaun-Emas fizikal-Kredit ke dlm akaun-Emas fizikal
YuranTiada-Yuran tahunan RM10 sekiranya baki akaun kurang dari 10 gm pada akhir tahun
-Yuran pengeluaran emas fizikal
Tiada-Yuran pentadbiran RM2 dikenakan setiap bulan jika baki kurang dari 10 gm pada akhir bulan-Yuran tahunan RM5 sekiranya baki akaun kurang dari 10 gm pada akhir tahun
-Yuran pengeluaran emas fizikal
Mod  operasiBuku akaunBuku akaunPenyataPenyataBuku akaun
Pra-syaratTiadaMempunyai akaun simpanan atau semasaMempunyai akaun simpanan atau semasaMempunyai akaun simpanan atau semasaMempunyai akaun simpanan atau semasa
Insuran PIDMTidak diinsuranTidak diinsuranTidak diinsuranTidak diinsuranTidak diinsuran

: www.malaysiatercinta.com/

Emas Pilihan Paling Selamat Untuk Pelabur

Dato’ Salleh Majid dalam rencana mingguannya menyarankan koperasi melabur emas untuk manfaat koperasi dan ahli-ahli koperasi yang berjumlah 6.6 juta di akhir Disember 2010 di seluruh negara dengan jumlah aset berjumlah RM71.7 bilion. Bagi ahli koperasi yang hendak membeli emas pada masa ini berharga RM200 satu gram mungkin rumit kepada sesetengah orang. Skim pinjaman pembelian emas boleh diatur oleh koperasi, di mana ahli membeli emas melalui pinjaman dan pihak koperasi menyimpan emas yang dibeli sebagai cagaran. Ahli dikenakan sedikit upah menyimpan oleh koperasi.

Kebanyakan koperasi hanya memberikan pinjaman kepada ahlinya. Dengan pelaburan emas ini, ahli koperasi masih boleh meminjam daripada koperasi. Bezanya ahli mendapat manfaat kerana pinjamannya berasaskan emas yang disimpan sebagai cagaran. Ahli mendapat faedah daripada kenaikan harga emas. Koperasi yang melabur emas juga mendapat manfaat daripada kenaikan harga emas.

Walaupun diakui ada masa-masanya harga emas juga akan turun tetapi secara keseluruhannya dalam masa 5 tahun yang lalu, harga emas telah meningkat sebanyak 700 peratus. Emas diakui sebagai satu-satunya tempat yang selamat oleh pelabur apabila berlaku keruntuhan pasaran saham dan ekonomi yang tidak menentu.

Kalau kita mengimbas keadaan ekonomi di Amerika dan Eropah kita akan dapati Amerika masih bergelut dengan mencari jalan untuk menyelesaikan masalah pemulihan ekonominya. Hutang mereka yang tinggi sama banyaknya dengan jumlah KDNK negara tersebut iaitu AS$14.3 trilion hutang berbanding dengan KDNK bernilai AS$14.66 trilion. Keputusan menaikkan had hutang sebanyak AS$2.3 trilion untuk 10 tahun akan datang tercapai dengan begitu susah payah. Keputusan ini dilihat tidak banyak mendatangkan penyelesaian kepada masalah ekonomi Amerika.

Penurunan kadar kredit Amerika daripada AAA kepada AA+ memburukkan lagi keadaan. Walaupun keputusan S&P itu dipersoalkan, pelabur telah tergamam dengan penurunan tersebut. Ekonomi terbesar di dunia diturunkan penarafannya adalah suatu tamparan hebat.

Eropah juga masih bergelut dengan krisis hutang euronya. Beberapa negara di sana seperti Portugal, Ireland, Greece dan Sepanyol menghadapi masalah defisit. Terbaru ialah Itali. Kini kebimbangan beralih kepada Perancis disebabkan oleh bank-bank mereka telah terdedah dengan pinjaman kepada Greece dan Jerman telah menunjukkan pertumbuhan yang jauh lebih rendah daripada yang dijangkakan iaitu 0.8% untuk penggal kedua. Banyak harapan diletakkan di kedua-dua negara ini tetapi sekarang kebimbangan pelabur terserlah dengan kejatuhan pasaran saham di benua tersebut.

Kegagalan Perancis dan Jerman mencapai kata sepakat untuk menyelesaikan krisis hutang euro ini membangkitkan semula kebimbangan pelabur.

Apa yang dapat kita rumuskan ialah suatu keadaan ekonomi kepada sesebuah dunia yang begitu lemah dan kita sendiri tidak akan terkecuali tempiasnya. Ekonomi kita akan mengalami pertumbuhan yang lebih rendah daripada dijangkakan dengan kadar inflasi terus meningkat.

Satu-satunya syarikat bumiputera yang terbabit dengan urusan jual beli emas berketulenan 999.99 ialah syarikat Serambi Emas yang mempunyai akses kepada London Gold Bullion Market dan pasaran emas di Switzerland, Jepun, Australia dan Dubai. Bermula dari kesedaran pentingnya emas sebagai sokongan ekonomi kepada sesebuah organisasi atau negara, Serambi Emas mengambil inisiatif untuk menyedarkan masyarakat agar peka terhadap pentingnya emas dalam kehidupan. Serambi Emas juga memberikan khidmat nasihat pengurusan emas sebagai aset secara percuma bagaimana menjana keuntungan dari simpanan emas dan peluang perniagaan serta kerjaya.