Kenapa beli Emas? Buat apa? Untung Ke?

barang-kemas-31

Persoalan Emas: “Kenapa beli Emas? Buat apa? Untung Ke?”

Assalamualaikum & Salam sejahtera kepada para pembaca yang setia, diharapkan anda murah rezeki dan sihat-sihat sahaja.

Untuk penulisan kali ini, saya ingin membawa pembaca semua untuk melihat trend kenaikan harga emas , bila agaknya waktu yang sebaiknya untuk kita membeli komoditi ini sebagai aset pelaburan dan untuk membincangkan tentang persoalan tajuk penulisan ini.

Pernah beberapa teman dan kenalan yang apabila bercerita sahaja mengenai topik emas, dialog-dialog seperti berikut pasti terkeluar dari mulut mereka yang masih belum memulakan pelaburan dalam emas. Contohnya:

1.“eh, emas mahal kan sekarang”

2.“erm…pelaburan emas ni jangkamasa panjangkan?! lambat la kalau nak untung”

3. “saya ada jugak hasrat nak beli, tapi tunggu harga dia jatuh dan rendah lah macam tahun 2001 tu ke..boleh beli banyak-banyak”

4. “betul ke pelaburan emas ni?! boleh percaya ke?!”

5. “takde duit la nak beli emas! duit nak pakai untuk banyak benda lagi, nak simpan untuk itu ini lagi”

6. “rasanya saya berminat jugak dengan benda ni, dah lama saya duk baca pasal emas ni, tapi saya kena kaji sikit lagi la kot, baru ready”

7. “saya pernah dengar orang-orang yang dah kaya cakap, dalam pelaburan ni akan ada satu masa dia akan jatuh merudum, haa…masa tulah baru saya beli emas ni, sure murah time tu kan! “

8.”Kenapa beli Emas?”

9.”Nak buat apa Emas?”

10.”Untung ke Emas??”

Bagi sesetengah orang yang belum melabur dalam emas dan belum sedar tentang kelebihan emas, ayat-ayat sebegini adalah paling logik bagi mereka. Namun, pasti ada juga yang tersenyum apabila terbaca dialog-dialog yang sebegini kan?!. Ini kerana anda sememangnya orang yang telah sedar akan realiti pelaburan emas yang sebenar… Tahniah..

Baiklah, sebelum menjawab setiap persoalan dan keraguan-keraguan orang ramai seperti di atas, terlebih dahulu mari kita lihat akan trend kenaikan harga emas dunia mengikut graf kitco.COM

Baiklah,tanpa membuang masa,kita berbalik kepada bualan-bualan orang ramai tadi, jawapan yang sesuai adalah seperti berikut:

1.“eh, emas mahal kan sekarang”
Memang la mahal, tetapi, esok lusa di masa depan lagi mahal. Oleh itu, jangan tunggu-tunggu lagi, andai anda mempunyai wang tunai yang tidak diperlukan segera (seperti dalam simpanan bank, tabung haji, ASB, dll) terus sahaja tukar dan ikatnya pada nilaian emas. Anda tak akan rugi kerana lebih rugi apabila memandang ke belakang dan berkata “alamak, ruginya waktu harga tengah rendah hari tu saya tak beli….” Keluhan panjang anda sudah lagi tidak berguna kerana harga emas tidak akan menunggu anda dan ianya akan terus meningkat dan meningkat tiap tahun. Bayangkan harga emas 20gram pada 2008 ialah RM1800, kini RM3300! Ruginye kalau anda tak beli sekarang…

2.“erm…pelaburan emas ni jangkamasa panjangkan?! lambat la kalau nak untung”
Benar! tetapi semua pelaburan yang baik sememangnya begitu, dan pelaburan emas boleh jadi dalam jangkamasa pendek bergantung kepada target keuntungan yang anda ingin peroleh . Sekiranya cukup sekadar untuk lebih baik daripada pelaburan amanah saham, sudah tentu pelaburan emas adalah lebih baik. Manakan tidak! Kenaikan emas 20-28% setahun.. Mana ada mana-mana bank atau amanah saham yang bayar faedah/dividen/riba mereka sehingga 20-28%. Paling tinggi pun 8% jer.. Lagipun kalau nak pakai duit emergency, bawa emas ke ar-Rahnu dan buat pinjaman di bank. Duit dapat, emas pun dapat. Emas di ar-Rahnu tetap anda punya.

3.“saya ada jugak hasrat nak beli, tapi tunggu harga dia jatuh dan rendah lah macam tahun 2001 tu ke..boleh beli banyak-banyak”
Berhenti bermimpi! Sesungguhnya ianya tidak akan berlaku lagi kerana harga komoditi ini sama seperti juga harga petrol dunia. Cuba tanya mana-mana pekerja Petronas begini “agak-agak harga minyak nanti akan turun macam tahun 2001 tak? dalam RM1/liter kan seronok” sudah tentu lah tidak bukan, jadi berhenti berangan atau berangan untuk menunggu dan terus menunggu lagi kerana anda adalah antara orang yang dalam kerugian:)

4.“betul ke pelaburan emas ni?! boleh percaya ke?!”
Ramai pakar-pakar ekonomi yang lebih bijak dari anda telah percaya akan pelaburan ini, jadi kalau orang yang tidak berlatar belakang kan pengajian ekonomi masih tidak percaya dan mahu mengkaji, terpulanglah. Statistik dan fakta telah terbukti. Hadith riwayat Rasululllah pun ada menyebut tentang pelaburan emas dan perak (dinar dan dirham) adalah simpanan yang baik. Ade jugak sesetengah orang yang meragui ketulenan emas yang kami jual.. ish3.. Kalau tak percaya, beli 1 dari kami, kemudian cek ketulenan emas di kedai emas (samada emas 999 atau 916)..

5.“takde duit la nak beli emas! duit nak pakai untuk banyak benda lagi, nak simpan untuk itu ini lagi”
Fahaman ini yang harus diubah sebenarnya. Orang ramai menganggap membeli emas adalah sama seperti membeli barang-barang lain seperti pakaian, makanan, kenderaan dan sebagainya. Di mana mereka percaya apabila sudah berbelanja, maka duit itu telah tiada lagi. Para pembaca sekelian, sebenarnya apabila anda membeli emas, wang anda lansgung tidak terusik dan berkurang dari simpanan, malah ianya akan berganda lebih banyak dari jumlah asal. Anda telah mengikat matawang anda dengan nilaian emas. Dengan emas, apabila disaat anda sangat memerlukan wang untuk digunakan, anda sama ada boleh menjual balik emas tersebut pada harga yang tinggi (keuntungan) atau hanya cukup sekadar memajaknya di mana-mana sistem pajak gadai islam AR RAHNU. Percayalah, cara ini adalah lebih menguntungkan dan berbaloi.

6.“rasanya saya berminat jugak dengan benda ni, dah lama saya duk baca pasal emas ni, tapi saya kena kaji sikit lagi la kot, baru ready”
Bagus! niat anda untuk mengkaji dan mendalami ilmu emas adalah satu tindakan yang bijak. Namun, berapa lama masa yang anda akan ambil untuk benar-benar berpuas hati dan ready untuk mula melabur? Saya tak suka sebut pelaburan.. huu.. Fobia.. Ada kenangan ngeri.. Lebih suka dengan istilah beli emas.. Ingat! masa itu emas, dan lagi banyak masa yang terlepas, begitulah juga kerugian anda untuk lambat mengambil tindakan.

7.“saya pernah dengar orang kaya cakap, dalam pelaburan ni akan ada satu masa dia akan jatuh merudum, haa…masa tulah baru saya beli emas ni, sure murah time tu kan! “
Pernahkah anda bertanya pada diri sendiri, agaknya, ada tak waktu untuk harga petrol dunia kembali rendah sehingga ke paras RM 0.70/liter, atau harga gula kembali rendah, harga susu menyusut, harga air sirap segelas hanya Rm0.10 seperti dulu-dulu, harga nasi lemak hanya RM0.50 dan sebagainya. MUSTAHIL bukan?! Begitu juga harga emas yang terus melonjak naik dengan tinggi dan telah Skyrocketed sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

8.”Kenapa beli Emas?”
Dengan kadar kenaikan sebanyak 20-28% setiap tahun (fakta) dan sifat emas iaitu kalis inflasi dan harganya yang semakin mahal, emas memang sesuai untuk kita jadikan asset pelaburan hari tua kita.Bukan untuk kita sahaja..untuk anak2 dan keluarga kita. Ada 2 asset pelaburan yang memberangsangkan iaitu tanah dan emas atau perak. Bagi saya perak lebih menguntungkan (sekiranya untuk simpanan) kerana kenaikannya akhir-akhir ini mendadak sehingga sekali ganda atau hamper 100% setahun. Berbalik persoalan tadi.. Adakah anda mampu membeli tanah jika anda mempunyai wang sebanyak rm700?Haruslah tidak kan.mungkin boleh beli selori sahaja..tapi nk buat apa? Jadi,emas adalah pilihan yang tepat bagi kita yang tidak mampu untuk menceburi pelaburan hartanah di mana dengan modal yang kecil,anda mampu memiliki emas.

9.”Nak buat apa Emas?”
Soalan seperti ini kerap kali diajukan kepada saya, pada saya,mudah sahaja..anda beli,anda simpan sebagai aset anda. Anda akan terpegun apabila suatu hari nanti,harga emas yang anda miliki hari ini telah berubah harga nya menjadi lebih tinggi.Dan sekiranya pada masa itu anda ingin menjual emas,akan terbit rasa sayang anda untuk menjual emas tersebut memandangkan harga nya boleh meningkat lagi. Sebenarnya banyak lagi teknik-teknik lain. Tetapi terlalu panjang untuk dibahaskan disini. Contohnya dengan menggunakan teknik ar-Rahnu.. Anda beli emas dengan harga RM20k bersamaan 7 ketul emas 20gram, kemudian ar-Rahnu dapat RM14k dan beli lagi emas 20gram dapat 4 ketul lagi kemudian ar-Rahnu lagi dapat lagi 10 dinar, ar-Rahnu lagi dan laburkan dalam bank pelaburan yang syari’e atau belanjakan. Asalnya anda ada 7 ketul emas shj.. tetapi sekarang anda ada berapa ye.. Subhanallah.. Maha Suci Allah.. Gunakan teknik ini untuk jadi kaya.. Tetapi dalam masa yang sama harus beringat, semua kekayaan ini datang dari Allah dan wajiblah kita menurut dan mentaati Allah..

10.”Untung ke Emas??”
Mengikut fakta, emas mencatatkan kenaikan sebanyak 20-28% setiap tahun.Andai kata pada hari ini,20/12/2010,anda memiliki 1 dinar emas yang berharga RM652,Maka pada tahun hadapan bersamaan 20/12/2011 dengan kenaikan yang paling rendah 20%, 1 Dinar anda tadi akan menjadi RM782.40 dan anda akan memperolehi keuntungan sebanyak rm130.40. Itu kalau anda ada 1 Dinar,kalau anda ada berdinar2?fikir2kan…

Jadi… bagaimana pendapat anda akan kenaikan emas yang berganda dengan giatnya ini setiap tahun?! Bagaimana pula dengan tahun hadapan 2012?! Bagaimana dengan tahun-tahun yang seterusnya?! Bagaimana dengan 10 tahun yang akan mendatang?! Ramai pakar-pakar pelabur emas dunia dan pakar ekonomi telah menjangkakan kenaikan 10 tahun yang akan datang tidak lagi 457.66% seperti 10 tahun yang sudah, malah lebih tinggi lagi dan mungkin mencapai kenaikan 800-1000% menjelang tahun 2020.

Mustahil dan tidak masuk akal bukan?! Tapi itulah yang akan berlaku apabila melihat kepada analisis semasa trend kejatuhan dan kegagalan banyak matawang serta peningkatan tekanan ekonomi dan inflasi yang kian berganda saban hari, telah menyebabkan komoditi emas turut berganda dengan lebih giat.

Kenaikan harga emas dunia merupakan penanda aras akan kemerosotan ekonomi dunia yang kian hari kian meruncing tanpa kita orang awam menyedarinya. Tiba masanya, yang kita semua akan tahu semua harga telah naik dan meningkat, semua servis dan perkhidmatan dinaikkan harga sedikit demi sedikit bagi mengikut kadar semasa tekanan ekonomi dunia yang kian melanda.

kegawatan ekonomi ekonomi dunia seperti yang telah berlaku pada tahun 1870-an, 1890-an, 1929-1939, 1932-1933, 1997-1998 dan 2009 akan sentiasa berulang. Haruskah anda akan sentiasa menanti untuk ianya berlaku lagi dan terus-menerus menjadi mangsa ekonomi dunia?! Jadi…mulakan pelaburan emas anda sekarang. Jangan berlengah lagi kerana masa itu emas.

Beli sekarang jika anda ada simpanan tunai, beli sewaktu harga jatuh beberapa kali dalam setahun sebelum ianya melonjak naik semula ke paras yang lebih tinggi. (Anda harus tahu analisis graf kitco dan sentiasa mengikuti perkembangan isu semasa dunia untuk tujuan ini).

Masa itu emas,mesti anda semua pernah mendengar ayat ini.Memang betul.Sesungguh nya,kita tidak akan dapat mengundurkan masa dan emas dikaitkan dengan masa untuk menunjukkan betapa bernilai nya masa. Oleh itu,dapat emas ketika anda mampu dan sebelum terlambat.Jika tidak, beli sahaja apabila ada RM… Ingat, simpanan dalam bentuk RM hanya merugikan walaupun nilaiannya sama kerana kuasa membeli wang akan terus merudum jatuh dan merosot, manakala emas pula tidak.Tukarkan bentuk pelaburan anda di dalam bentuk emas. Anda boleh mengubahnya.

RANCANG KEWANGAN ANDA DEMI MASA DEPAN GEMILANG CEMERLANG DAN TERBILANG !!!!

Wallahu’alam

sumber – rezekiemas.com

 

Ditipu Syarikat Pelaburan Emas

image (1)

BANDARAYA MELAKA – Seorang kakitangan kerajaan hanya mampu gigit jari kerana tidak sempat merasa wang pulangan pelaburan emas berjumlah RM70,000, selepas sebuah syarikat berpengkalan di Selangor enggan membayar hasil pelaburannya.

Lelaki berusia 31 tahun yang mahu dikenali sebagai Alang, mendakwa ditipu hingga menyebabkan dia mengalami kerugian RM6,980 selepas tiga kali membuat bayaran atas tiga jenis pelan ditawarkan syarikat terbabit sejak 6 November lalu.

Alang yang menetap di Pulau Gadong berkata, lebih menyedihkan dan membimbangkan apabila diugut pemilik syarikat berstatus enterprise itu, sekiranya dia membuat laporan polis.

Menurut Alang, yang pernah melabur sebanyak lima kali sejak September lalu, dia menemui iklan tawaran pelaburan emas oleh ejen syarikat terbabit di dalam sebuah laman sosial pada 24 September lalu sebelum membuat bayaran RM180 pada hari sama.

“Saya hanya sempat berurusan sekali dengan ejen dan kemudian berurusan secara terus dengan seorang lelaki dipercayai pemilik syarikat berkenaan secara atas talian melalui Facebook dan Whatsapp selain SMS.

“Dua pelaburan awal berjumlah RM4,680 dilakukan sehingga 3 Oktober lalu dan saya terima pulangannya seperti dijanjikan pada tarikh ditetapkan, namun tidak pada pelaburan yang ketiga pada 18 November bernilai RM14,000,” katanya semalam.

Alang membuat bayaran kali ketiga pada 6 Oktober berjumlah RM3,800 sebelum keesokan harinya melabur kali keempat kira-kira RM3,000 dan kelima pada 19 Oktober lepas sebanyak RM180 namun hanya menyedari ditipu apabila tidak menerima bayaran sepatutnya pada 18 November.

“Saya tidak menerima bayaran pulangan pada 18 November lalu seperti yang dijanjikan selepas mendebitkan RM4,500 menerusi bayaran secara atas talian sedangkan saya ada beberapa kali mengingatkan pihak pengurusan mengenai ‘payout’ sebelum tarikh tersebut lagi.

“Disebabkan tiada respons saya kemudian bertindak menghantar Whatsapp secara personal kepada seorang wanita dipercayai menguruskan pembayaran kepada pelabur namun saya dikejutkan dengan mesejnya ‘Saya tiada urusan dengan kamu lagi, tolong jangan ganggu saya’ pada 15 November lalu,” katanya.

Menurutnya, dia terus menghubungi pemilik syarikat pelaburan emas itu secara personel melalui pelbagai medium atas talian selain membuat panggilan sejak 26 November lalu namun hanya menerima mesej berbaur ancaman dan kata kesat tiga hari kemudian.

“Saya ada menghantar mesej saya akan membuat laporan polis sekiranya dia dan syarikat berdiam tidak membantu menyelesaikan isu yang timbul.

“Akhirnya pada jam 11.17 malam, 29 November lalu dia balas mesej saya di Facebook menyatakan enggan membayar pulangan pelaburan selain mengugut pelabur-pelabur lain tidak juga akan menerima bayaran sekiranya hal ini diketahui umum,” katanya.

Alang berkata, melalui mesej tersebut juga, lelaki tersebut mengugut akan memburuk-burukkan nama saya kepada pelabur lain kerana dia dikatakan telah merosakkan nama baik syarikat berkenaan.

“Saya nekad membuat laporan polis untuk menuntut hak saya selain kerana saya tidak mahu orang lain menjadi mangsa. Kalau mereka boleh buat kepada saya, tidak mustahil mereka boleh lakukan kepada orang lain.

“Kejadian ini menjadi pengajaran kepada saya dan diharapkan dapat dijadikan iktibar kepada orang lain. Jadi saya nasihatkan supaya berhati-hati dengan pelaburan emas dan semua jenis perniagaan atas talian,” katanya yang sudah membuat laporan di Balai Polis Tanjung Minyak, sekitar jam 6,00 petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah ketika dihubungi mengesahkan polis menerima laporan daripada mangsa.

sumber – www.sinarharian.com.my

 

Setem Bersadur Emas Pertama Di Malaysia

setemdiyanaDiyana menunjukkan setem sulaman Kebaya Nyonya yang bersadur emas dan berbentuk kertas.
“Setem ini amat terhad. Jadi bagi peminat setem bolehlah datang ke ruang legar pameran setem antarabangsa ini bermula hari ini (Selasa),” katanya.

KUALA LUMPUR: Peminat setem di negara ini berpeluang mendapatkan koleksi setem bersadur emas yang dikeluarkan buat pertama kalinya di negara ini.

Ketua Unit Setem dan Filateli Pos Malaysia Berhad, Diyana Lean Abdullah berkata setem bertemakan ‘Baba & Nyonya’ itu boleh didapati pada harga RM50 sekeping.

“Setem bersadur emas ini pertama kali dikeluarkan di negara ini. Ia adalah susulan pengeluaran setem tersebut dalam bentuk kertas pada November tahun lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Pameran Setem Belia Dunia Kuala Lumpur (KLwyse) 2014 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini, Selasa.

Diyana berkata, setem tersebut memaparkan motif buah-buahan tempatan sulaman kebaya Nyonya iaitu pakaian tradisional Peranakan Cina di Melaka yang boleh digunakan untuk tujuan pengeposan.

Bagaimanapun, katanya, setem tersebut adalah terhad kerana dicetak sebanyak 5,000 keping sahaja dan boleh didapati bermula Selasa.

Jelas beliau, sambutan terhadap setem tersebut amat memberangsang dan ia akan menjadi antara setem paling laris sepanjang pameran yang akan berakhir Sabtu ini.

“Saya percaya setem ini memang akan jadi rebutan. Ini kerana ia (bersadur emas) pertama kali dikeluarkan di negara ini,” katanya.

Sementara itu, Diyana berkata setem Empat Annas (empat dominasi) iaitu Separuh Anna, Satu Anna, Dua Anna dan Empat Annas antara yang terawal digunakan dalam negeri-negeri Selat dicetak semula bagi memperingati genap 160 tahun penggunaan setem di Malaysia.

“Setem tersebut antara yang terawal digunakan di Malaysia, kira-kira 160 tahun dahulu. Ia susah dijumpai dan kita cetak semula pada kali ini,” katanya.

Beliau berkata, setem tersebut yang juga milik seorang warganegara Singapura itu mampu mencecah $AS1.5 juta di pasaran.

setem1newSetem bertemakan 160 tahun penggunaan setem di Malaysia.

“Koleksi setem Empat Annas itu hanya dicetak sebanyak 60,000 keping sahaja. Jumlahnya juga amat terhad. Bagi peminat setem, saya syorkan datanglah ke pameran ini untuk mendapatkan koleksi ini,” katanya.

Koleksi setem Empat Annas itu boleh didapati pada harga RM1, RM2 dan RM3.

Pameran yang berlangsung di KLCC bermula 1 hingga 6 Disember ini mempamerkan lebih 100,000 koleksi setem termasuk setem wajah Queen Victoria ketika berumur 15 tahun yang digunakan di Negeri-negeri Selat yang berusia 160 tahun.

Selain itu, lima set setem lembaran mini khas turut dikeluarkan pada setiap hari pameran dengan tema berbeza iaitu Bangunan Warisan, Flora, Fauna, Tarian Kebudayaan dan Cerita Legenda Melayu.

sumber – SOFEA SUSAN ALBERT KASSIM www.mstar.com.my

 

Mencari Tukang Emas yang boleh anda percayai

ru_03.1

Membeli-belah untuk barang kemas boleh menjadi satu perkara yang menakutkan bagi ramai orang, sama ada mereka sedang mencari untuk pasangan mudah bentuk Mutiara atau cincin pertunangan yang sempurna iaitu “Akan anda berkahwin dengan saya?”. Pelanggan sering tertanya-tanya jika mereka mendapat kualiti terbaik, harga tempahan saksama, dan gaya yang tepat untuk keperluan mereka. Mencari tukang emas yang berkualiti dan nasihat yang anda tahu anda boleh mengira yang sangat berharga. Ini adalah cara untuk mencari tukang emas yang boleh anda percayai.

Sama ada anda sedang mencari sebuah kedai barang kemas Raleigh di Chicago, Topeka, Orlando atau mana-mana sahaja, prinsip-prinsip asas yang sama. Tukang emas yang betul untuk anda akan menawarkan nilai terbaik untuk wang anda. Nilai tidak semestinya bermakna yang paling murah, walaupun ia sudah tentu boleh; nilai bermaksud mendapat harga yang terbaik untuk kualiti barang-barang kemas tersebut. Bagaimana anda boleh tahu jika tukang emas yang menawarkan nilai yang baik? Dengan membandingkan kos barangan mereka dengan barang-barang kemas yang serupa dijual di tempat lain. Ini biasanya boleh dilakukan secara online, atau dengan melawat beberapa jewelers di kawasan anda dan membandingkan “epal kepada epal”, jadi untuk bercakap. Jewelers tradisional cenderung untuk mempunyai harga yang lebih tinggi, manakala Internet atau butik-butik yang baru mungkin lebih berdaya saing.

Ianya juga penting untuk mencari seorang tukang emas yang boleh memberi anda nasihat yang baik. Membeli barang kemas adalah kira-kira lebih memilih sesuatu yang indah; Ia adalah mengenai memilih bahagian yang paling indah untuk memenuhi keperluan anda. Tukang emas yang baik adalah pendengar yang baik yang akan mengarahkan anda ke arah cincin, Gelang, kalung atau pasangan bentuk yang sempurna bagi anda. Sebagai contoh, jika anda mencari sebuah kedai barang kemas Raleigh di mana untuk membeli barang kemas untuk perkahwinan anda, anda mahu sebuah kedai yang memahami motif, bahan, dan gaya yang sesuai dengan sambutan di atas pasir. Apabila membeli cincin pertunangan, Tukang emas yang baik akan memberi perhatian yang berhati-hati bukan hanya untuk selera anda, tetapi gaya hidup anda dan akan membimbing anda ke arah kepingan yang akan membuatkan anda yang paling bahagia untuk jangka masa panjang, dan bukannya hanya memperlihatkan perkara-perkara yang paling mahal.

Kualiti adalah juga penting, tentu saja. Mencari seorang tukang emas yang berbangga dengan bahan-bahan dan teknik yang mereka gunakan. Mereka harus bersedia untuk menjawab soalan-soalan mengenai permata, logam berharga, dan kaedah penciptaan. Mata dan tangan anda akan memberitahu anda banyak tentang kualiti. Potongan-potongan perhiasan seharusnya lancar dan selesai kemas, permata terus dalam prongs, dan mereka harus berasa baik apabila anda cuba. Perhiasan Kristal hendaklah dibuat dari Kristal resepi asli. Jika membeli item Tiket yang tinggi yang seperti berlian bagi cincin pertunangan, Kedai sepatutnya gembira untuk menunjukkan kepada anda untuk diberi sijil yang mengesahkan kualiti dari satu makmal bebas permata seperti AGS atau GIA.

Ramai orang mahu melakukan membeli-belah dalam talian, dan ia pasti mustahil untuk mencari jewelers yang boleh dipercayai di internet. Mencari satu laman web yang selamat, polisi pemulangan yang baik, dan nombor telefon yang dipaparkan. Ia sepatutnya mudah untuk memanggil dan bercakap kepada orang yang hidup dengan apa-apa soalan yang anda mungkin mempunyai sebelum meletakkan pesanan anda. Yang memastikan bahawa jika anda mempunyai apa-apa kebimbangan sebaik sahaja pesanan anda diterima, akan ada seseorang yang bersedia untuk membantu anda. Dengan batu-bata dan mortar perhiasan kedai, membayar perhatian yang teliti terhadap kualiti bahan-bahan yang digunakan semasa membeli-belah untuk barang-barang kemas secara online.

Apabila anda mencari seorang tukang emas yang di mana anda merasa yakin, membeli-belah untuk barang kemas menjadi angin. Bila-bila masa anda memerlukan sesuatu untuk hari jadi hadir, Khas hari, atau hanya untuk bersenang-senang, anda boleh pergi ke kedai barang kemas kegemaran anda untuk mencari barang-barang kemas yang sempurna dengan harga yang sesuai. Hubungan anda mewujudkan dengan tukang emas anda akan menjadi satu yang baik selama ini.

sumber – jerryjournal.com

 

Mencari ilmu Rahsia Pelaburan Emas

rahsia-emas-azizi-ali

Emas adalah satu logam yang amat berharga, dari dahulu, sekarang dan selamanya. Itulah sebabnya digalakkan kita melabur di dalam emas. Tapi sebelum melabur, pastikan anda ada ilmunya dahulu.

Saya rasa, pasti ramai yang telah dengar tentang pelaburan emas yang sedang hangat di sembang di media sosial. Mungkin ada rakan anda, atau saudara mara anda yang sedang mempromosi, dan mahu menjual emas kepada anda. Anda boleh membeli, tetapi harus diingat, anda perlu ada sedikit ilmu untuk menceburi pelaburan emas ini. Pasti ada diantara anda yang telah membeli emas tetapi tidak tahu bagaimana mahu menguruskannya.

Saya berbesar hati untuk berkongsikan dengan anda mengenai Buku Rahsia Emas dimana Azizi Ali telahpun berjaya menghasilkan ebook ( Buku ) yang bertajuk ” Rahsia Emas

rahsia-emas-6

Saudara Azizi Ali sendiri telah habiskan pembacaan lebih daripada 50 buah buku tentang pelaburan emas. Barulah beliau kemudiannya melabur di dalam emas.Itulah betapa tingginya ilmu diletakkan oleh beliau sebelum melakukan sesuatu.

Buku Rahsia Emas ini adalah hasil pengalaman dan ilmu saudara Azizi Ali sendiri. Jadi, pastinya ilmu yang anda dapat ini pun merangkumi daripada lebih 50 buah buku.

Dapatkan Laporan Percuma Rahsia Pelaburan Emas Yang WAJIB Anda Tahu Dan Praktikkan!

JANGAN KUATIR Dan BIMBANG
Saudara Azizi Ali bukan lah dari agen pelabur emas atau syarikat pelabur emas yang menjual emas. Beliau hanya ingin berkongsi ilmu dan pengalaman beliau kepada yang memerlukan sahaja. Jadi, anda dapat ilmu yang TIDAK BERAT SEBELAH – ini adalah penting kerana anda tidak mahu dipengaruhi oleh orang lain

Oleh itu, Tak kira anda yang membaca ini seorang yang sudah lama atau baru hendak berkecimpung di dalam pelaburan emas, mungkin ini lah buku yang patut baca untuk mengetahui dengan lebih dekat tentang ilmu pelaburan emas.

Jika anda berminat untuk mendapatkan buku ini, Sila klik link / Banner dibawah untuk membeli :

Kerajaan Perlu Tingkatkan Rezab Emas Negara

rizab

Jika sesiapa yang perasan, penurunan harga minyak mentah mempunyai korelasi positif dengan harga semasa emas dunia. Harga emas dunia sekarang juga menunjukkan aliran penurunan selari dengan penurunan harga minyak. Negara kuasa besar seperti Rusia dilihat sedang meningkatkan pembelian emas bagi menambahkan rizab seperti yang dilaporkan oleh CNBC.

Untuk menambah stok minyak mentah pada masa harga rendah dilihat kurang praktikal kerana ianya bakal melibatkan kos yang tinggi selain keperluan membina pusat penyimpanan dan memerlukan kawasan yang besar. Pembelian emas pada harga rendah adalah dilihat lebih praktikal sebagai pengumpulan bekalan untuk pada masa akan datang terutama sekali semasa kenaikan harga minyak di pasaran dunia. Pada masa berkenaan, rizab emas yang bakal mengalami kenaikan nilai boleh digunapakai bagi menyerap bebanan kenaikan harga minyak seterusnya mengelakkan ekonomi negara berada dalam keadaan kejutan yang keterlaluan.

Oleh yang demikian, kita berharap agar pembuat dasar ekonomi negara mula mengkaji kaedah ini dengan sebaiknya. Ini bagi memastikan pertumbuhan ekonomi negara terus berada pada landasan yang positif untuk jangka masa yang panjang.

sumber – myiktisad.blogspot.com

 

GST dan Emas

d47a

Salah satu topik hangat di Malaysia sekarang ini adalah berkaitan dengan perlaksanaan Goods and Services Tax atau nama glamernya GST. Kalau kita tengok kempen dari blok kerajaan, semuanya mengatakan GST ini bagus, baik dan indah. Kalau tengok dari blok pembangkang, maka sudah tentulah sebaliknya.

Tanpa menyentuh kesan GST kepada ekonomi dan masyarakat Malaysia secara keseluruhan, saya cuma nak fokus kepada GST dan emas. Soalan yang paling banyak di tanya ialah “adakah harga emas akan naik bila ada GST?”

Baik. Ada beberapa perkara yang perlu di jelas kan dahulu.

Emas 999.9 tidak di kenakan GST. Ini bermakna Gold bar 999.9, Bunga Mas 999.9 (keluaran Public Gold) dan emas 1 gram dan 10 gram LBMA (keluaran Nadeer) tidak akan di kenakan GST.
Emas 916 akan di kenakan GST. Maknanya dinar* dan D-series (barang kemas) keluaran Public Gold) akan di kenakan GST.

*Terdapat juga rumours yang mengatakan bahawa Public Gold akan mengeluarkan dinar 999.9 dalam jangkamasa terdekat. Ini berita baik sebenarnya. 🙂

Dari segi harga, apabila GST di implementasikan, saya melihat akan ada kenaikan pada harga emas. Cuma ianya telah di priced in atau di serap terus ke dalam kos pengeluarannya. Maksudnya, selain dari kos premium dan tukaran wang asing, parameter GST akan di kenakan kepada emas tersebut.

Saya teringat satu laporan yang saya baca tentang harga rumah – GST tidak akan di kenakan kepada sektor rumah tetapi harga rumah tetap akan naik antara 1 – 2%. Mengapa? Kerana GST di kenakan kepada barang-barang mentah yang di gunakan untuk membuat rumah. (Menteri yang bijak memberi jawapan yang bijak).

Jadi bersedialah ya. Beli emas dari sekarang. Confirm lebih murah dari tahun depan!

sumber – shufaad.com

 

Faktor Luaran yang mempengaruhi Harga Emas

usd-index

Salam.

Selain dari faktor permintaan dan penawaran yang merupakan faktor asas kepada pergerakan harga semua pasaran, terdapat apa yang di panggil sebagai faktor luaran atau “outside factor” yang boleh mempengaruhi harga emas.

2 faktor tersebut ialah:

1. USD Index
2. Harga minyak

Apa yang anda faham tentang USD Index? Ia adalah nilai US Dollar yang di bandingkan dengan 6 major currencies dunia; Euro, Yen, Pound, Cad, Krone dan Franc. Jika USD Index meningkat, maksudnya US Dollar menguat. Jika USD Index menurun, makna nya US Dollar melemah.

MInyak pula di gunakan sebagai asas kepada perngeluaran di peringkat industri, seperti industri perlombongan dan sebagainya. Penurunan harga minyak, seperti yang berlaku sekarang, sekurang-kurangnya memberi impak positif kepada pelabur-pelabur yang baru hendak bermula dengan emas. Ini kerana, di dalam keadaan normal, penurunan harga minyak bererti kos pengeluaran emas dari lombong yang rendah, dan seterusnya harga emas yang lebih rendah. (saya kecualikan faktor permintaan dan penawaran buat masa ini ye).

Jadi, selepas ini pastikan anda memperhatikan kedua-dua faktor luaran ini sebelum anda bercita-cita untuk trade emas. Saya pasti ianya akan banyak membantu!

Terima kasih.

sumber – shufaad.com

 

45 Perniagaan # Dengan Modal Kurang Dari RM5,000

45-perniagaan-modal-kurang-5k

Artikel ini dipetik dari Majalah AO Tribe Edisi #2

Ramai orang menyangka, jika seseorang itu ingin memulakan perniagaan, dia haruslah memiliki sebuah kedai, barangan yang cukup, pekerja yang ramai dan pengangkutan yang berpatutan dan akhirnya ia dijangkakan paling kurang mestilah memiliki modal sekurang-kurangnya enam angka ke atas untuk memulakan sesuatu perniagaan.

Akan tetapi, hakikat mana-mana perniagaan pun di dunia ini tidak bermula dengan semalam selesai proses mendaftarkan syarikat, hari ini syarikatnya sudah setanding syarikat gergasi seperti Apple atau pun Microsoft yang sebenarnya suatu masa dahulu mereka juga bermula daripada menjadikan garaj kereta sebagai pusat permulaan operasi.

Oleh itu, modal bukanlah penghalang utama untuk memulakan sesuatu perniagaan dan ketahui 45 teknik bagaimana untuk memulakan perniagaan dengan modal kurang daripada RM5000 khususnya bagi mereka yang betul-betul berminat untuk menjadikan perniagaan sebagai pemangkin kekuatan ekonomi diri, bangsa dan juga negara.

1. PENJAGA KANAK-KANAK
Anda mungkin seorang yang suka kepada kanakkanak. Anda mempunyai anak dan idea menjaga beberapa orang kanak-kanak mungkin sesuatu yang anda boleh lakukan. Keperluan penjagaan anak terus meningkat di negara ini. Ramai orang lebih suka anak-anak mereka dijaga dalam persekitaran rumah sendiri semasa mereka di tempat kerja. Dan ini adalah perniagaan yang boleh dijalankan serta merta.

2. SEWA BILIK HUJUNG MINGGU
Adakah anda mempunyai sebuah bilik yang mempunyai bilik mandi sendiri? Adakah tempat tinggal anda berhampiran kawasan pelancongan, stadium sukan atau tempat untuk acara tahunan yang besar? Atau anda tinggal di pinggir bandar atau kawasan perkampungan dengan suasana hidup aman? Anda boleh mewujudkan satu pengalaman yang unik untuk menarik orang menyewa bilik anda untuk hujung minggu. Katakanlah anda boleh menyewa bilik untuk RM150 satu malam setiap hujung minggu. 52 minggu setahun x RM150 = RM7, 800 jika satu malam setiap minggu. Cuba kira jika anda sewakan 2 – 3 hari seminggu?

3. JUALAN POKOK LAMAN
Menjual pokok-pokok anda sendiri adalah pilihan yang terbaik. Atau anda boleh membeli pokok-pokok anda daripada pemborong dan menjual pada pelanggan di kawasan halaman rumah anda.

4. BIDANG URUT
Anda boleh belajar terapi urut dengan menghadiri kursus-kursus mengenai anatomi manusia dan fisiologi. Perniagaan bidang urut ini amat menggalakkan sebab ramai orang sibuk dengan kehidupan yang stres dan mereka suka terapi urut yang dapat melegakan kesakitan badan dan merehatkan minda.

5. PERKHIDMATAN MENGANGKUT BARANG
Ramai orang ingin mengupah seseorang untuk melakukan kerja-kerja mengangkat barangan berat untuk mereka. Anda boleh membantu dengan mengambil beberapa pekerja sambilan dan menyewa lori untuk kerja-kerja pemindahan barangan.

6. MENGAJAR MUZIK
Anda mungkin seorang ahli muzik yang cukup mahir untuk menawarkan perkhidmatan mengajar alat muzik instrumen yang berbeza. Anda boleh mengajar dalam kelas atau secara individu.

7. JURUGAMBAR
Membuat wang sebagai seorang jurugambar boleh dilakukan dalam beberapa cara yang berbeza. Anda boleh menjadi pakar dalam satu aspek, kebiasaannya jurugambar majlis perkahwinan. Terdapat juga beberapa niche yang anda boleh terokai untuk fotografi seperti potret orang dan haiwan peliharaan, keluarga mereka, dan rumah-rumah, gambar-gambar peristiwa percutian, parti hari jadi atau ulangtahun dan banyak lagi kemungkinan yang tidak berkesudahan.

8. PERKHIDMATAN HAMPER HADIAH
Mencari niche adalah cara terbaik untuk bermula dalam perniagaan hamper hadiah. Bakul hadiah dan hamper adalah satu perniagaan yang laris jika anda pandai memasarkan servis anda terutamanya pada hari-hari istimewa dan perayaan. Bisnes ini boleh juga dibuat untuk perkahwinan, hari jadi dan majlis makan tahunan syarikat.

9. PENDANDAN RAMBUT & ARTIS SOLEK
Dandanan rambut adalah perniagaan yang popular byang agak lumayan. Secara umumnya, perniagaan hairstylist digandingkan dengan perkhidmatan artis solek. Ramai wanita suka mengupah pendandan atau artis solek untuk menghadiri majlis-majlis dan jamuan makan. Kepakaran ini juga bagus untuk industri filem dan pemodelan di mana freelancer akan diupah mengikut hari atau projek.

10. PERKHIDMATAN KESETIAUSAHAAN SYARIKAT
Antara perkhidmatan yang boleh anda berikan meliputi penyediaan dan penyelenggaraan minit mesyuarat, mengurus penerbitan dan pemindahan sijil syer dan debenture, menyimpan dan menyelenggara daftar anggota-anggota, daftar pengarah-pengarah, pengurus dan setiausaha, daftar pemegang eksekutif, mengirim notis mesyuarat, menyediakan dan menyerahkan penyata tahunan dan dokumen kepada ROC (Registrar of Companies) dan berbagai lagi. Banyak syarikat SME (small medium enterprise) memerlukan perkhidmatan sebegini dan jika anda seorang yang sangat teliti, teratur dan bagus dalam membuat aktiviti susulan mengikut tarikh atau tempoh masa seperti penyediaan laporan tahunan, pembaharuan permit/lesen-lesen (renewal) dan sebagainya, perniagaan ini mungkin bidang yang anda boleh ceburi.

11. DESKTOP PUBLISHER
Anda boleh menggunakan perisian penerbitan desktop untuk mewujudkan risalah, majalah, buku-buku atau dokumen-dokumen pemasaran juga. Anda boleh membuat kandungan untuk penerbitan desktop anda, atau anda boleh membayar penulis untuk mewujudkan kandungan untuk anda. Sebagai alternatif, anda boleh mengiklankan perkhidmatan penerbitan desktop anda untuk merekabentuk dan mencipta risalah dan bukubuku untuk orang lain dengan kandungan mereka.

12. LAMAN WEB DEVELOPER
Banyak kursus laman web wujud di mana anda boleh belajar bagaimana untuk menubuhkan sistem cart membeli-belah, masalah keselamatan online dan lain-lain. Apa yang anda perlu tahu ialah suasana reka bentuk laman web yang sesuai untuk setiap syarikat iaitu imej yang perlu dicerminkan, adakah ia kontemporari atau ceria, bermakna warna-warna cerah dan grafik menyeronokkan? Atau warna lebih klasik seperti hitam, biru tua dan merah-ungu lebih sesuai?

13. PEREKA GRAFIK
Pengalaman serta latihan rekaan grafik mungkin diperlukan bagi pekerjaan ini. Jika anda seorang yang mempunyai minat yang tinggi terhadap rekaan grafik, ini mungkin peluang untuk anda tukarkan minat ini kepada bentuk pendapatan sampingan. Dengan wujudnya syarikatsyarikat baru hampir setiap hari, anda mungkin berpeluang untuk memberi perkhidmatan dari segi rekaan flyer, letterhead, sampul surat, poster, majalah dan lain-lain lagi kepada syarikat ini. Website dan pengiklanan secara online juga memerlukan kepakaran pereka grafik. Rekaan grafik mempunyai permintaan yang tinggi serta ia berpotensi besar untuk memberi pendapatan lumayan secara berterusan.

14. MENGAJAR PENGGUNAAN KOMPUTER
Jika anda mempunyai kemahiran menggunakan komputer, anda mungkin boleh pertimbangkan untuk mengadakan kelas latihan komputer bagi wargawarga emas. Anda boleh mengajar cara penggunaan komputer secara asas seperti penggunaan emel bagi menghantar sesuatu maklumat yang penting serta penggunaan media sosial seperti Facebook untuk memudahkan mereka berhubung dengan orang yang tersayang. Terdapat banyak lagi perisian sesuai yang anda boleh kongsikan dengan mereka.

15. MEMBAIKI KOMPUTER
Anda boleh mengkaji jenis perisian utama yang pengguna mahu seperti pemprosesan perkataan, perisian manipulasi foto, spreadsheet, reka bentuk dan terutamanya perisian keselamatan. Pastikan anda berpengetahuan dan sentiasa memberi servis mengikut keperluan dan perkembangan teknologi semasa. Anda perlu benar-benar biasa dengan semua ISP (pembekal perkhidmatan Internet) yang terdapat di pasaran dan mengiklankan diri anda sebagai seorang pakar komputer yang boleh memenuhi keperluan pengguna komputer peribadi, perniagaan kecil atau perbadanan yang besar.

16. JURULATIH PERIBADI KECERGASAN
Iklankan perkhidmatan anda untuk membantu pelanggan membuat keputusan untuk mengupah anda sebagai jurulatih peribadi. Ramai pelanggan anda mungkin terdiri daripada eksekutif yang tiada masa dan memerlukan bimbingan seorang jurulatih peribadi untuk mendisiplinkan dan membantu mereka untuk fokus dalam melatih diri, mengamalkan tabiat hidup sihat atau menguruskan berat badan.

17. PENGURUSAN HARTANAH
Tugas anda dalam hal sewa rumah atau hartanah adalah untuk memastikan penyewaan harta itu berjalan dengan lancar. Kemungkinan besar anda akan menghabiskan masa menguruskan, menjaga dan memastikan harta itu sedia untuk disewa.

18. PAKAR IMPORT / EKSPORT
Jika anda belum mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang import atau eksport, anda boleh memulakan dengan pembelajaran asas-asas dan menjadi tuan rumah sesi pendidikan untuk mengajar orang lain apa yang mereka perlu tahu untuk bermula dalam bidang import dan eksport. Dari situ anda boleh membina senarai pelanggan yang berminat dalam bidang ini dan meluaskan rangkaian anda untuk mengembangkan bisnes ini dengan mencari rakan niaga yang berpotensi.

19. PERANCANG PERKAHWINAN (WEDDING PLANNER)
Anda perlu sentiasa update info-info berkaitan dengan trend dan fesyen perkahwinan terkini. Mempunyai jaringan perniagaan dengan rakan-rakan yang terlibat dengan pengurusan perkahwinan seperti deejay, kumpulan kompang, pelamin, katering dan lain-lain lagi. Memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan dengan memberi pakej istimewa serta hadiah-hadiah percuma kepada mereka.

20. MENJUAL BUKU TERPAKAI
Hampir setiap orang mempunyai buku-buku lama yang tidak dibaca lagi. Apa kata anda minta buku ini dari mereka dan adakan jualan murah kepada orang ramai. Untuk mendapatkan lebih banyak buku terpakai, anda boleh membuat perjanjian ringkas bersama penderma buku dengan memberikan sedikit keuntungan dari hasil buku yang terjual kepada mereka. Anda boleh menjual buku ini di kedai-kedai atau jualkannya melalui online serta media sosial seperti Facebook, website, blog dan banyak lagi.

21. KHIDMAT NASIHAT INCOME TAX
Malaysia merupakan negara yang semakin maju, begitu juga dengan rakyatnya. Income Tax merupakan salah satu perkara wajib ditunaikan bagi individu yang mempunyai pendapatan yang melebihi dari had yang telah ditetapkan oleh LHDN. Kebanyakkan orang tidak mempunyai masa untuk mengisi borang income yang agak rumit jika ianya tidak dipelajari dengan betul. Anda boleh menyediakan perkhidmatan bagi mengisi borang income tax tersebut serta memberi nasihat-nasihat yang dapat memberi keuntungan kepada pelanggan jika mereka dikenakan income tax pada tahun berikutnya.

22. PENGHIAS RUANG DALAMAN (INTERIOR DESIGNER)
Iklankan bakat anda kepada kontraktor. Pembeli rumah baru selalunya boleh terharu dengan visual hiasan rumah dalaman yang dapat membantu dalam penjualan sesuatu hartanah. Anda boleh menyediakan beberapa borang soal selidik untuk setiap elemen utama dan setiap bilik utama di dalam rumah. Ketahui bagaimana pemilik rumah akan menggunakan rumah, dengan adanya kanak-kanak? Haiwan kesayangan? Bagaimanakah setiap bilik digunakan? Apakah pencahayaan ambien yang paling sesuai?

23. MEMBUAT JEWELRY (HIASAN KEMAS)
Terdapat banyak cara yang berbeza dalam perniagaan kemas dan pelbagai jenis bahan-bahan yang anda boleh gunakan untuk membuat barang kemas seperti kaca, plastik, manik, bulu, kayu dan sebagainya kreativiti anda.

24. PENULIS PEMASARAN (COPYWRITER)
Jika anda boleh menulis dan membuat orang teruja untuk membeli apa sahaja dengan bakat penulisan anda, anda boleh membuat banyak wang dalam bidang perniagaan ini. Anda boleh menulis untuk risalah, katalog, iklan dan sudah tentu untuk pemasaran di web. Yang bagusnya, kerja ini anda boleh buat dari rumah.

25. JURULATIH GOLF
Satu lagi tempat untuk mencari pelanggan adalah dunia korporat. Golf adalah permainan yang orangorang bisnes gunakan untuk membangunkan hubungan di luar pejabat. Anda perlu menjadi lebih baik daripada pemain golf yang sederhana bagus untuk membangunkan reputasi sebagai jurulatih golf. Anda juga perlu menjadi seorang guru yang baik, tahu untuk memberi motivasi dan bersedia untuk bekerja dengan pelbagai jenis orang yang berbeza.

26. PERANCANG KEWANGAN
Untuk memulakan perniagaan ini, anda perlu melalui proses pensijilan supaya anda boleh label diri anda CFP (Perancang Kewangan Bertauliah). Sijil anda menunjukkan bahawa anda mempunyai kepakaran dan kredibiliti serta pembezaan ini akan membantu orang memilih anda sebagai perancang kewangan mereka.

27. PASAR HUJUNG MINGGU
Orang suka menghabiskan hujung minggu mencari barangan murah, barangan keperluan atau barangan koleksi hobi. Pastikan anda sentiasa mempunyai kelainan, stok yang cukup dan baru untuk memuaskan hati pelanggan anda.

28. PERKHIDMATAN EDITORIAL
Berikut adalah beberapa perkhidmatan editorial yang anda boleh berikan dari rumah anda sendiri:
Copyediting.
Ini adalah proses di mana pemeriksaan kesilapan tatabahasa, gaya dan tipografi berlaku.
Proofreading.
Pembaca proofreading bertanggungjawab memastikan perubahan copyediting telah ditukar dengan betul dan tiada kesilapan baru dicipta dalam proses penulisan dan pencetakan.
#Pendoktoran buku.
Ini adalah satu perkhidmatan editorial bagi manuskrip yang ditulis oleh pakar-pakar. Mereka membuat manuskrip untuk menjadi sebaik mungkin atau ditulis dalam bahasa yang lebih mudah difahami, teratur dan kemudian direka dalam bentuk buku yang patut diterbitkan.
#Penulisan hantu.
Sebagai seorang penulis hantu, anda melakukan banyak penyelidikan untuk mendapatkan maklumat dan fakta atau ilham untuk penulisan sesuatu buku, tetapi nama orang lain digunakan sebagai penulis.
#Penulisan iklan.
Juga dikenali sebagai penulisan perniagaan. Ini adalah penulisan yang menggalakkan pembelian produk atau perkhidmatan.
#Menulis buku.
Adakah anda mempunyai kepakaran dalam sesuatu bidang, seperti perakaunan atau hiasan dalaman? Atau secara peribadi, seperti mengait? Mengapa anda tidak menulis buku tentang perkara ini?
#Penulisan artikel majalah.
Majalah dan surat khabar adalah cara yang baik untuk penulisan anda diterbitkan sebelum menangani tugas untuk menulis sebuah buku.
#Pembekal kandungan laman web.
Menyediakan kandungan untuk laman web adalah cara yang baik untuk membuat duit dari penulisan.

29. ELEKTRONIK REPAIR
Perniagaan ini adalah sama dengan perniagaan membaiki komputer, tetapi anda akan mengambil pelbagai peralatan elektronik selain hanya komputer. Anda juga mungkin mahu menggalakkan orang ramai untuk memberikan elektronik lama mereka untuk anda gunakan sebagai bahagian spare.

30. PERANCANGAN MAJLIS
Salah satu perkara pertama yang anda perlu lakukan adalah melawat setiap lokasi acara yang berpotensi. Anda boleh bekerja dengan pengurus pemasaran di setiap lokasi untuk belajar apa yang anda boleh dapati di setiap lokasi. Kemudian apabila anda mula merancang acara dengan pelanggan, anda boleh tahu apa parameter utama untuk acara tersebut dan cara mudah menarik sehingga tiga atau empat tapak yang memenuhi kriteria asas pelanggan.

31. PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN
Menyediakan pekerja untuk perkhidmatan pembersihan adalah perniagaan yang sangat berpotensi. Terdapat banyak syarikat, restoran dan rumah yang memerlukan perkhidmatan pembersihan. Restoran memerlukan pembersihan menyeluruh setiap hari dan boleh menjadi sumber pelanggan yang stabil. Mungkin anda lebih berminat untuk membersihkan rumah. Anda mungkin tidak perlu menghabiskan banyak wang untuk pengiklanan atau pemasaran kerana ramai pelanggan anda akan datang dari perbualan mulut ke mulut

32. CONCIERGE PERIBADI / RUNNER
Perniagaan ini adalah untuk seseorang yang cekap dan mempunyai keupayaan untuk melaksanakan tugasan dengan sempurna. Orang yang mengupah anda akan mengharapkan anda berupaya untuk melaksanakan bukan sahaja apa yang mereka mahu, tetapi dengan sentuhan peribadi dan senyuman yang bagus. Pelanggan yang menggunakan perkhidmatan concierge peribadi adalah eksekutif berjawatan tinggi yang tiada masa dan sentiasa berada di ofis dari 7 pagi sehingga 9 malam hampir setiap malam, meninggalkan mereka masa yang sangat sedikit untuk melakukan semua urusan peribadi dan keluarga.

33. PERUNDING
Untuk menjadi seorang perunding, anda perlu mempunyai kepakaran dalam sesuatu yang anda boleh iklankan diri anda sebagai penasihat kepada sesiapa sahaja yang ingin mengupah kemahiran anda. Anda boleh menggunakan pengalaman kerjaya atau berniaga untuk membantu orang lain melakukan perkara yang sama tanpa membuat kesilapan yang sama yang anda buat sepanjang pengalaman kerjaya anda.

34. PENTERJEMAH
Jika anda mempunyai kelebihan menghafal pelbagai bahasa, apa kata gunakan ia sebagai pendapatan tambahan dengan menjadi seorang penterjemah. Penterjemah tidak semestinya melalui percakapan, terjemahkan penulisan ke bahasa lain juga boleh memberi keuntungan besar ke atas diri anda.

35. PELUKIS KARTUN
Terdapat banyak cara untuk mendapat duit melalui melukis kartun. Anda boleh mengambil kerja sebagai pelukis sketch potrait individu, melukis kartun bagi majalah, website, media digital dan sebagainya. Lukisan kartun berbentuk digital juga mempunyai permintaan yang tinggi di pasaran online.

36. AGEN INSURANS / TAKAFUL
Pekerjaan ini memerlukan anda mengambil beberapa ujian bertulis bagi mendapat lesen untuk menjualnya. Secara umumnya, rakyat Malaysia sudah mula memahami kepentingan mempunyai insurans demi keuntungan masa hadapan. Anda mempunyai peluang yang tinggi untuk mendapat pelanggan dengan mudah.

37. DEEJAY
Bekerja secara sambilan dengan menjadi deejay jemputan di karnival, majlis perkahwinan, majlis harijadi, rumah terbuka dan lain-lain lagi. Jika anda tidak mempunyai peralatan sistem audio, anda mungkin boleh sewa dari orang lain. Simpan wang secukupnya dan beli sistem audio sendiri untuk mendapat lebih banyak keuntungan.

38. AGEN LELONGAN / JUALAN
Anda boleh bermula dengan mengumpul barangbarang yang tidak digunakan lagi. Dapatkannya dari rakan-rakan serta saudara mara. Setiap barangan dijual dengan harga yang sangat berpatutan atau erti kata lain ‘lelong’. Berikan sedikit keuntungan jualan kepada rakan atau saudara yang sudi memberi barang kepada anda. Jualkan ia di kedai atau secara online.

39. MENJAHIT
Setiap kali perayaan hampir tiba, maka baju baru akan mula ditempah dengan berpusu-pusu oleh orang ramai. Jika anda mempunyai skil dalam menjahit, gunakan ia untuk menjana pendapatan. Samada anda menjahit secara tetap atau sambilan, kedua-duanya mampu menjana hasil yang lumayan.

40. GURU MASAKAN
Kumpulkan kesemua resepi masakan yang anda tahu, kemudian jadikan ia satu buku digital (e-book) dan jualkannya. Anda juga boleh mengadakan mini kelas masakan bagi isteri-isteri atau bakal menjadi isteri yang tidak tahu memasak.

41. MENJUAL SARAPAN PAGI
Nasi lemak antara sarapan pagi yang paling diminati oleh rakyat negara ini. Telah menjadi satu tradisi untuk bersarapan nasi lemak di pagi hari. Anda juga boleh menjual sandwich yang sudah siap dibungkus. Jika rajin, dapatkan order dari ofis-ofis berdekatan dan sediakan penghantaran percuma sarapan pagi kepada mereka.

42. MEMBUAT BARANGAN HIASAN & KRAFTANGAN
Kemahiran membuat hiasan dengan menggunakan tangan (handmade) merupakan satu kelebihan bagi menjana wang sampingan. Terdapat banyak hiasan dan kraftangan yang boleh dibuat dan dijual serta merta seperti barangan perhiasan diri dan perhiasan rumah.

43. MENCETAK T-SHIRT
Anda tidak memerlukan mesin mencetak baju dan modal tetapi apa yang anda perlukan ialah kenalan yang menyediakan perkhidmatan mencetak baju. Anda hanya perlu membuat pemasaran dan dapatkan pelanggan sahaja. Ia umpama anda berfungsi sebagai orang tengah.

44. MEMBUAT BISKUT DAN PASTRI
Aneka biskut dan pastri boleh dibuat dan dijual dalam skala kecil dan besar. Anda boleh mengambil tempahan harian, mingguan, bulanan atau semasa musim perayaan. Perniagaan ini sangat lumayan jika anda pandai membuat biskut, pastri, roti, kek dan sebagainya. Apa yang akan menarik hati pelanggan adalah rasa yang sedap serta gubahan corak atau dekorasi biskut dan pastri dengan sentuhan yang amat menarik.

45. MENJUAL CENDERAHATI
Pelbagai jenis cenderahati yang comel dan unik seperti soft toys, keychains, bantal, bolsters, bunga hiasan dan lain-lain untuk semua peringkat usia dan untuk semua jenis acara, sambutan dan perayaan seperti harijadi, perkahwinan, hari ibu, bapa dan guru boleh dijual. Sediakan pakej jualan secara runcit dan borong. Untuk jualan secara borong, anda boleh beri diskaun antara 20-40% daripada harga jualan.

 

Buat Pinjaman Beli Emas, Adakah Berbaloi?

image

Kalau google di internet, kita boleh jumpa banyak artikel yang ditulis oleh blogger emas yang mengesyorkan buat pinjaman untuk beli emas. Artikel-artikel tu semua ditulis pada tahun 2012 atau sebelumnya. Waktu tu, kalau beli emas hari ni, pendek kata 6 bulan lagi confirm untung (kalau jual). Bahkan kalau ikut projection yang mereka buat, lepas 3 atau 4 tahun, kita boleh jual sebahagian emas untuk buat full-settlement loan dan masih berbaki kepingan emas. Seolah-olah boleh dapat emas tu percuma!

Saranan begitu bagi saya memang relevan pada waktu tu sebab kalau tengok pada track record 10 tahun, belum ada tahun harga emas negatif (turun) untuk tempoh lebih 12 bulan. Secara puratanya, harga emas naik sekitar 15% – 20%. Bahkan ada tahun naik hingga 35% setahun! Jadi dengan andaian harga emas naik 20% setahun, memang logik strategi buat loan untuk beli emas. Tapi bila harga emas jatuh 27% tahun 2013, bagi saya kita kena kenalpasti bila waktu yang ‘agak selamat’ untuk beli emas dengan duit pinjaman.

Guna Duit Simpanan Lebih Baik

Secara asasnya, beli emas ni lebih baik pakai duit simpanan tunai jer. Tak perlu buat pinjaman. Sebab emas ni salah satu bentuk simpanan jangka sederhana dan jangka panjang. Daripada duit tu terbiar terlalu banyak dalam bentuk “duit kertas”, lebih baik simpan dalam bentuk yang lebih selamat nilainya iaitu emas.

Yang kedua, kalau nak buat pinjaman bagi tujuan pelaburan, sebenarnya labur dalam hartanah lebih baik. Effective rate untuk pinjaman perumahan sebenarnya lebih murah berbanding personal loan. Dan apa yang lebih baik, bank suka bagi pinjaman yang lebih besar kalau kita nak beli hartanah sebab itu aset yang selamat bagi bank. Tapi kalau nak beli emas, kita kena pakai duit “personal loan”.

Jadi, kalau nak beli emas, pakai duit simpanan sendiri jer lebih baik. Cuma dalam beberapa situasi, saya boleh setuju buat pinjaman untuk beli emas, antaranya:

#1 – Nak Paksa Diri Menyimpan

Ramai juga orang yang jenis susah menyimpan. Kalau menyimpan pun, duit tu tak bertahan lama. Simpan, simpan, simpan, lepas tu sekejap jer habis dibelanjakan. Jadi duit simpanan tu tak bertambah-tambah. Kerja dah bertahun-tahun, duit simpanan kecemasan pun masih tak cukup.

Jadi dengan buat pinjaman, dia terpaksa ‘menyimpan’. Duit ansuran bank tu dia terpaksa bayar. Kalau tak bayar, nanti bank ‘cari’. Walaupun kita ada hutang dengan bank, dalam masa yang sama kita ada emas. Dan emas tu sendiri bagi saya ialah duit tunai juga. Bila-bila nak pakai duit, boleh jual atau pajak di ar-rahnu. Boleh dapat duit on the spot.

#2 – Nak Jana Pendapatan Sebagai Dealer

Ada orang yang memang minat dengan emas. Bila minat, dia suka bercerita dan promote kepada orang lain supaya simpan emas (walaupun tak dibayar). Tapi bila ada orang nak beli emas, dia tak dapat bantu sebab dia bukan dealer. Sedangkan hanya dealer jer yang boleh “introduce” orang lain beli emas Public Gold (dan dibayar komisyen).

Cara paling senang jana pendapatan dengan emas ialah jadi dealer sebab dealer melangkah sebelah kaki sebagai peniaga, bukan sekadar pelabur. Peniaga boleh jana keuntungan dalam apa juga keadaan harga emas tapi syaratnya kena ada ilmu. Untuk jadi dealer, kena buat belian RM30,000 dalam satu resit. Komisyen sebagai dealer tu nanti insyaAllah boleh cover ansuran bank.

Kalaupun tak berjaya jana pendapatan yang berbaloi sebagai dealer sekalipun, duit tu sebenarnya tak lebur sebab kita boleh jual balik emas tu untuk bayar balik pinjaman, insyaAllah.

Beli Harga Di Paras ‘Selamat’

Antara point lain yang perlu juga dipertimbangkan kalau nak beli emas dengan duit pinjaman ialah beli bila harga emas diparas rendah supaya kurang sikit kerisauannya. Kalau beli emas dengan duit simpanan sendiri, kita tak perlu risau sebab kita tak ada apa-apa komitmen dengan duit tu. Itu duit simpanan yang memang kita tak pakai. Tapi kalau nak beli emas dengan duit pinjaman, mungkin kita akan sedikit risau kalau harga emas turun. Jadi untuk kurangkan kerisauan, belilah masa harga emas di paras rendah. Persoalannya, berapa rendah?

Kalau berdasarkan analisis harga emas pada waktu sekarang, harga diparas paling selamat sekitar USD1,000 – USD1,200 (per oz) sebab itu harga emas keluar dari lombong seluruh dunia. Pendek kata kalau harga emas turun bawah USD1,200, sebahagian lombong emas terpaksa tutup. Kalau turun bawah USD1,000, habis lombong seluruh dunia kena tutup dan harga emas terpaksa naik sebab “short supply”. Jadi siapa beli emas sekitar harga USD1,200, insyaAllah kebarangkalian harga emas turun tu tak banyak berbanding potensi naik.

Risiko Harga Emas Jatuh

Tapi adakah jangan beli emas selagi harga tak cecah USD1,200? Pastinya tidak. Kalau nak dikirakan risiko, simpan duit kertas tu risikonya lebih besar berbanding simpan emas. Sejarah Malaysia, duit kertas (Duit Pisang) pernah hilang nilainya 100%. Duit Ringgit Malaysia pernah jatuh 50% hanya dalam tempoh 1 tahun (1997 – 1998)! Tapi tak pernah berlaku dalam sejarah manusia, nilai emas hilang 100%. Bahkan tak pernah dalam sejarah harga emas jatuh 50% setahun.

Kalau nak dikira dari sudut simpanan dalam erti kata sebenar, simpan emas jauh lebih lebih selamat. Simpan duit kertas jauh lebih berisiko berbanding simpan emas. Cuma kita kena psyco dengan nombor jer. Walaupun harga emas ada turun naik dalam jangka pendek, secara relatifnya kuasa beli emas bertahan zaman berzaman. Bukan macam duit kertas, nilai emas ampuh dari sebarang ketidaktentuan ekonomi ataupun politik.

Jadi kesimpulanya, adakah berbaloi beli emas dengan duit pinjaman? Saya tak boleh bagi jawapan “Ya” atau “Tidak”. Ikut kepada kedudukan dan matlamat kewangan masing-masing. Saya secara peribadi cuma beli emas dengan duit simpanan sahaja.

Wallahu a’lam.

Zulkifli
sumber – www.mohdzulkifli.com