Dari Broker Emas Kecilan Menjadi Jutawan PureGold

30 Tahun lalu, Firoz Merchant menjejak kaki ke Dubai untuk berbulan madu.

Terpegun Keselamatan UAE

Sepanjang disana, dia terpegun melihat deretan kedai emas di kota Dubai mempamerkan penuh barang kemas di kedai tanpa risau dengan risiko keselamatan, terdetik di hatinya, senangnya berniaga emas di UAE.

Berhijrah ke Dubai

Selepas 10 tahun balik ke India, Firoz mula bosan dengan kerjanya, dan merancang untuk berhijrah ke UAE bersama keluarga dan terlibat dalam perniagaan emas.

Jual 2 Bar Sehari Menjadi Jutawan

Firoz bermula dengan menjadi agen syarikat emas. Pada hari pertamanya sebagai peniaga dia berjaya menjual 2 keping bar dan mendapat komisyen Dh10 (kira-kira) RM11.00.

Membuka Firma Sendiri

Bermula dari detik itu, berkat dari dedikasi, kerja keras dan etika kerja, Firoz Merchant berjaya membuka firma emas sendiri yang dikenali sebagai Pure Gold Jewelers, yang terkenal dengan kecantikan bar nya yang turut dijual di Lazada, Malaysia

Membantu Insan Lain

Nama Puregold bukan hanya terkenal dengan kualiti produk mereka, tetapi juga kerana jasa mereka membebaskan ramai pekerja asing India, Pakistan, Bangladesh yang ditahan di UAE disebabkan kesempitan hidup, visa, duduk lebih masa dan sebagainya disana.

Menerima Taraf Kerakyatan UAE

Beberapa hari lalu, Firoz Merchant, menerima panggilan telefon dari kedutaan UAE, untuk memaklumkan dia dan keluarga diberi Golden Card UAE, iaitu taraf kerakyatan UAE setelah 30 tahun memohon.

Lombong Emas Haram Punca Kematian Kuala Koh

Seorang aktivis alam sekitar yang dikenali sebagai SHRMB menyalahkan kewujudan lombong-lombong emas haram sebagai punca kematian mengejut hampir 16 orang penduduk orang asli di Taman Negara Kuala Koh minggu lalu.

Punca Kematian : Sianida

Menurut aktivis tersebut, punca kematian mangsa disahkan sebagai Pneumonia

disebabkan oleh penggunaan Sianida bahan yang selalu digunakan didalam perlombongan emas.

Berlindung Sebagai Lombong Besi

Lombong-lombong emas haram ini berlindung sebagai industri perlombongan biji besi untuk menutup aktiviti haram yang dilakukan di kawasan hutan taman negara.

Masih menunggu pihak berkuasa memberi maklumat rasmi.

billionaire malaysia

40 Gaji CEO Tertinggi Di Malaysia

Dalam laporan Aliran Online semalam, pada 2018 kekayaan mereka yang digelar Billionaire meningkat sebanyak 12% tahun lalu manakala majoriti 3.8 bilion penduduk bumi yang lain, menyaksikan sendiri kemewahan mereka diragut hampir 11% sepanjang tahun 2018.

Laporan disediakan oleh Oxfam untuk World Economic Forum di Davos.

Jurang pendapatan bagi penduduk kaya dan miskin semakin bertambah menunjukkan usaha kerajaan tidak berkesan membantu masyarakat miskin terutamanya b40.

kerajaan juga tidak banyak membantu menjana ekonomi negara malah pertikaman lidah terbuka diantara mereka menyebabkan orang ramai semakin meluat dengan pimpinan baru yang dibentuk.

Mari bezakan jumlah pendapatan 40 CEO tertinggi di Malaysia berbanding pendapatan anda tahun 2018.

[wpdatatable id=7]

emas iphone liverpool

Iphone Emas 24 Karat Untuk Setiap Pemain Liverpool

Akhirnya setelah setahun menunggu apabila tewas ditangan Real Madrid tahun lepas, peminat, pemain, pengurus, tukang bancuh air, pegawai keselamatan dan semua makhluk berdarah merah di Anfields

menarik nafas kepuasan apabila berjaya merangkul piala paling berprestij di dunia, Champion League 2019 menewaskan Spurs 2-0.

Tidak cukup dengan wang kemenangan, trophy, kenaikan gaji, bonus, komisen, pemain-pemain liverpool juga bakal menerima

Iphone Max Gold yang dilapisi emas tulen 24 Karat bercirikan trophy champion league dan bertahtah nama setiap pemain, nombor jersi dan rujukan kemenenangan kali ke 6 Liverpool dalam UCL

Dan satu design istimewa tanpa nombor untuk pengurus Liverpool musim ini Jurgen Kloop.

Admin : Tetap menyokong Arsenal walaupun nyaris untuk membeli baju Liverpool sebagai baju raya tahun ini…

(boleh berpoyo sikit pergi open house nanti) mujur saiz 2XL x ada… arsenal oh arsenal lama-lama lalang pun terbang juga nanti ni…

iphone gold? yukkk.. tak berminat… oneplus tetap dihati..ram speed tu penting tuan-tuan..

Emas Kelantan Murah Tak Bernilai?

Menjadi bahan lawak di twitter seorang netizen meragui status ketulenan emas kelantan.

Emas simbol wanita Kelantan

Barang kemas dan wanita kelantan dah berabad menjadi simbol negeri kelantan.

Bukan lokasi tapi Karat

Faktanya bukan asal emas mana itu yang penting, yang penting berapa karat emas itu sendiri.
Sama seperti tuan-tuan mengukur panjang menggunakan pembaris, begitulah ibaratnya mengukur emas menggunakan karat.
Ketulenan emas paling tinggi 24 karat, 22 karat dan seterusnya sehingga 9 karat

Part per thousand

Jika tuan-tuan bahagikan 22 / 24 = nilainya ada 0.916, jadi part per thousand (ppt) biasa dipanggil emas 916
Begitulah seterusnya untuk emas 18/24 = 0.750 dan seterusnya.

Emas bukan dari Malaysia

Kebanyakan barang kemas yang ada di pasaran Malaysia asalnya mungkin bukan dari Malaysia pun..
Mungkin dari afrika selatan, venezuela, Timor Leste dan negara pengeluar lain.
Kedai-kedai emas di kelantan, perak, johor mungkin barang jualannya berasal dari kilang yang sama.

Design Kilang Emas

Biasanya setiap kilang emas mengeluarkan design yang berlainan

Dan kebanyakan kedai emas pula tidak mengambil stok hanya dari satu kilang.
Jadi barang kemas yang dibeli di kelantan, boleh jadi diayak di Pahang, Dibakar di Penang dan diassay di Kuala Lumpur.

Selagi barang kemas itu bertanda berapa karat, tidak kisah dimana asalnya.

Penting ilmu emas

Jika tuan-tuan berminat meniaga emas, mendapatkan stok atau mencari supplier dapatkan ebook Ilmu Asas Emas di

Ebook Hargabiz

Perbezaan Emas vs Bitcoin

Secara tiba-tiba timbul balik isu beza emas vs bitcoin, di twitter geng-geng crypto teruja dengan saranan Tun M untuk mencipta matawang baru.

Bagi mereka apa sahaja currency, asalkan bukan matawang FEDERAL RESERVE atau kata lain matawang yang dikawal Bank Negara.

Sejarah Wang Kertas

Sejak Marco Polo memperkenalkan wang kertas ke eropah 700 tahun yang lalu, matawang dunia tidak banyak berubah.

Kecuali pada 1970, apabila Presiden Nixon menghentikan sandaran wang kertas dengan emas, maka kertas sebagai matawang mula boleh diprint tanpa had dan hanya ada satu pihak saja mengawalnya iaitu Bank.

40 tahun berlalu, wang kertas masih diprint, ekonomi dunia masih tidak menentu.

Wang Kertas Dikawal Bank

Setiap tahun bank umum untung juta juta, dan setiap tahun juga bank didenda juta-juta.

maksudnya bank tahu mereka akan didenda, tapi tetap langgar je untuk jana lebih keuntungan.

Dari sini mula tercetuslah idea Bitcoin, satu code serial nombor yang unik, lebih unik dari no siri di wang kertas, tanpa sempadan dan bebas dari kawalan pihak berkuasa dan juga bank.

Perbandingan Fizikal

Dari segi fizikal, emas adalah logam yang mempunyai jisim, mengisi ruang, berbentuk dan terhad.

Manakala bitcoin adalah “idea” yang disusun mengikut sequance number, tanpa lokasi nyata, tanpa bentuk dan tanpa had.

Perbandingan Sebagai Matawang.

Emas telah digunakan sebagai matawang sejak tamadun mesir lagi, Zaman emas sebagai matawang mungkin sudah berlalu,

Walaupun emas ada ciri ideal sebagai matawang, emas juga mempunyai banyak kelemahan, antaranya;

1. Nilainya tidak tetap,

2. Sukar untuk buat transaksi

3 Senang hilang

Kelemahan Emas

Oleh kerana emas tidak sesuai, wang kertas pula boleh dimanipulasi, maka timbul idea wang digital? Kenapa?

Jawapannya “Kenapa tidak?” getus Satoshi dalam hati…

Masalah dengan emas, sesiapa yang ada emas, mesti nak tukar ke tunai, harga emas naik… jual.

Penyakit hampir sama juga melanda pemilik bitcoin, tunggu harga naik untuk jual, dapat tunai terus simpan.

Jadi akhirnya semua kembali kepada tunai iaitu wang kertas balik.

Jadi bolehkah bitcoin menjadi matawang?

-will continue-

3D Printing – Reka Barang Kemas 916 Dari Rumah

3D Printing adalah teknologi masa depan untuk barang kemas. Kadang-kadang mungkin anda jemu dengan design barang kemas di kedai emas.

Hampir sama saja saban tahun, tidak unik dan sama dengan jiran sebelah rumah.

Ada masanya anda terniat untuk reka sendiri barang kemas atau rasa nak tiru sebijik macam barang kemas JLo.

Kini teknologi 3D sudah advance, tak perlu beli printer 3D printer harga ribu riban, cukup sekadar anda tahu design apa yang nak.

Video 3D Printing Process

3D Software Senang Guna

Samada nak guna software 3D sendiri atau minta tolong kawan buat mana2 pun boleh.

Antara software paling senang guna untuk reka model 3D adalah

1. Sketchup ( by google) paling senang macam microsoft paint.

2. Figuro – Online based 3D model creator, antara yang senang guna

3. Fusion 360 (by autodesk) software free guna untuk guru dan student (daftar sbg student 🙂

4. AutoCAD (by autodesk) ini yang profesional selalu guna tidak free.

Kemudian design dengan segala penuh imaginasi anda, nak letak love boleh, nak letak payung pun boleh

( nasihat orang tua : perempuan jgn pakai design payung2 emas ni, mcm meminta minta dimadukan )

3D Printing On Demand

Kemudian selepas siap, hantar ke syarikat 3D Printer On Demand dan pilih material/bahan yang nak guna untuk print emas, silver, alloy, stainless steel etc

Antara contoh syarikat 3D Printer On Demand adalah;

1. Shapeways – hantar 3d model anda dan pilih material untuk print.

2. Sculpteo – sama seperti shapeways diatas, ada marketplace sendiri untuk jual produk anda.

3. Craftcloud -seperti namanya, adalah untuk pusat barang kemas custom dalam talian.

Kesemua printing service on demand diatas menyediakan penghantaran worldwide.

Di Malaysia mungkin ada servis ini, jika anda jumpa sila tinggalkan comment dibawah.

Jana Pendapatan Pasif

Selain untuk print untuk diri sendiri, anda juga boleh menjual design anda di marketplace barang kemas seperti Etsy, Shopee ataupun Mudah.

Mana tahu design anda boleh meletup viral, dapatlah income hanya dengan khayalan 3d sahaja. Tuan-tuan…

Success Story 3 Printing

koperasi emas makmur gold

Komakmur Koperasi Pertama Malaysia Keluarkan Gold Bar

Baru-baru ini keluar artikel di Utusan bertajuk “Komakmur Koperasi Pertama Keluar Emas Bar Jenama Sendiri” pada awal may 2019.

Jadi beberapa hari lalu kami berkesempatan bertemu sendiri dengan Tuan Hishamuddin Abdullah merangkap Pengerusi Koperasi Muafakat Makmur Berhad berpangkalan di Kuantan dan bertanya sendiri beberapa soalan.

Ikuti temubual dibawah yang telah diubahsuai untuk kefahaman pembaca dan apa yang menarik dengan bar emas terbaru buatan bumiputera tempatan.

utusan komakmur gold

Kenapa Keluarkan Bar Jenama Sendiri

Di Malaysia setakat ini jual-beli emas di peringkat industri kebanyakannya menggunakan bar jenama dari luar, jadi kami nampak masih ada ruang dan peluang untuk syarikat bumiputera bersaing dalam bidang ini.

jongkong emas komakmur gold

Bolehkah Komakmur Memberi persaingan harga dengan bar dari luar.

Harga bar emas jenama komakmur amat kompetitif dan kami yakin boleh bersaing dengan jenama-jenama yang sudah terkenal. Lagipun kebanyakan kedai emas milik bumiputera di kawasan luar bandar jauh dari kilang penghasilan emas, jadi kami boleh memberikan servis terutamanya di wilayah pantai timur.

Setakat ini Makmur Gold mempunyai cawangan di Kuantan dan akan membuka cawangan seterusnya di Kota Bharu dalam masa terdekat.

Bagaimana mutu dan kualiti jongkong emas Komakmur

Setiap bar emas jenama komakmur setelah diproses dan dihasilkan akan dihantar ke KL Assayer untuk tujuan pengesahan ketulenan sebelum disahkan assayer yang bertauliah. Jadi produk Komakmur sememangnya emas tulen 99.99% sama seperti bar jenama lain di pasaran.

Komakmur mengeluarkan produk emas tulen 100gm dan 50gm untuk tujuan industri manakala produk 1gm, 0.5gm dan 0.25gm untuk tujuan komersial.

Berapa Harga Bar kecil ini?

Harga bar 1gm kami jual jauh lebih murah dari bar yang dihasilkan syarikat tertentu. Selain ahli mendapat harga kompetitif, setiap bar 1gm, 0.5gm, 0.25gm juga boleh ditukar dengan pakej perlancongan yang kami sediakan.

Jadi maksudnya ahli mendapat peluang untuk simpan emas setiap bulan dan boleh melancong bersama Komakmur ke Legoland, Korea dan sebagainya.

Produk Apa Selain Bar Emas?

Komakmur juga memiliki anak syarikat Makmur Gold yang memiliki kedai emas di Kuantan yang menjual pelbagai bentuk barang kemas 916 pada harga yang kompetitif kepada ahli-ahli. Orang ramai juga dijemput untuk membeli dan boleh mendaftar sebagai ahli

Berminat menjual emas moden 916?

Pada peringkat ini pasaran kami di pantai timur hanya mengfokuskan design tradisi emas tulen 916, design-design seperti pandora dan sebagainya kurang diminati di Pantai Timur, jadi fokus hanya dengan produk yang laku disana.

Emas Online atau Crypto

Ketika ini banyak syarikat emas mengfokuskan e-gold, crypto, kenapa Komakmur backward atau dengan kata lain buat apa yang dah ada?

Sebagai sebuah koperasi, kami terikat dengan akta koperasi dan hanya menjalan perniagaan fizikal, e-gold atau crypto senang disalahguna untuk tujuan pelaburan dan itu bertentangan dengan akta koperasi. Buat masa sekarang komakmur hanya menjalankan perniagaan emas fizikal bar dan barang kemas.

kedai emas komakmur kuantan

Ar-Rahnu atau Kedai Emas

Biasanya koperasi membuka ar-rahnu kedai pajak gadai Islam kenapa komakmur buka kedai emas?

Kedai emas makmur gold adalah kedai emas pertama di Malaysia milik koperasi sepenuhnya, mengikut perancangan kami menyasarkan untuk membuka 30 kedai emas dengan ahli-ahli koperasi menggunakan kaedah mentor mentee.

Berbalik kepada ar-rahnu, memang kami ada merancang untuk membuka ar-rahnu sendiri, tetapi buat masa ini kami mengfokuskan kepada jualan emas dahulu.

Tutup Buku

Banyak syarikat bumiputera emas yang keluarkan bar sendiri sebelum ini tutup buku, kenapa mencuba?

Kami mempunyai perancangan kami sendiri dan tidak mengfokuskan hanya untuk mengeluarkan bar emas jenama sendiri sahaja, kami juga menjual barang kemas 916 dimana disitu menjana lebih pendapatan.

Bagaimana untuk mendaftar dan membeli emas

Mereka yang berminat untuk boleh mendaftar di laman web komakmur dan boleh ke pejabat kami di kuantan, jika hargaemas nak dapat komisyen boleh bantu mereka dengan mendaftar dibawah 🙂

-TAMAT-


Artikel ini telah disunting dengan hebatnya sekali kerana pertemuan kami tidaklah berbentuk formal hanya sekadar sembang-sembang biasa, terima kasih kepada Pengerusi Koperasi Komakmur, Tuan Shamsudin Abdullah kerana sudi bertemu kami di Hargaemas

Jadi peniaga-peniaga emas, maka kami perkenalkan bar jenama Komakmur sebagai salah satu pilihan sumber bahan mentah untuk menghasilkan barang kemas.

Kepada pelabur atau collector emas, jangan lepaskan peluang untuk dapatkan bar emas bersaiz kecil 1gm, 0.5gm dan 0.25gm dari pengedar yang sah.

Tahniah kepada Koperasi Muafakat Makmur Berhad kerana menjadi koperasi pertama memiliki emas jenama sendiri. Hebat-hebat orang pantai timur ni tuan tuan….

Proses penghasilan gold bar emas 24 k

(Video) Proses Penghasilan & Penulenan Bar Emas 24 Karat

Untuk menerangkan proses menghasilkan jongkong emas tulen 24 karat, Wartawan Business Insider telah pergi ke kilang Baird & Co Bullion Ltd di London, satu satunya kilang penulenan emas di UK untuk merakam proses sebenar menghasilkan jongkong emas tulen 24 Karat 999.9%.

Video Proses Penulenan Emas

emas mentah lombong

Sumber Asal Emas

Menurut Baird & Co, mereka memperolehi bahan mentah untuk menghasilkan jongkong emas dari lonbong emas dengan ketulenan sekitar 90% emas manakala sumber kedua pula adalah dari scrap gold barang kemas yang biasanya berketulenan 37% emas.

proses penulenan emas

Miller Process

Emas-emas mentah dan scrap yang diterima akan dileburkan dan ditambah dengan bahan kimia chlorine untuk mengekstrak logam-logam lain.

proses penulenan emas 2

proses ini dapat menghasilkan emas dengan ketulenan 95% atau maksimum 99.5% emas dalam bentuk cornflakes

Aqua Regia

Aqua Regia adalah campuran diantara Nitric dan Hydrochloric asid kemudiannya dicampurkan ke produk diatas untuk melarutkan base metal dan mengasingkan emas dan silver.

Proses penghasilan emas

Pada proses ini ketulenan maksimum emas 99.99% terhasil dalam bentuk molekul halus seperti pasir.

proses penulenan emas

Casting Bar

Emas dalam bentuk pasir seperti proses diatas kemudiannya dicairkan pada suhu melebihi 1200 celsius dan kemudiannya di dituangkan kedalam acuan casting mengikut berat dan bentuk.

proses penulenan emas
Maka terhasilah jongkong emas dengan ketulenan 24 Karat.

proses penulenan emas

Minting Bar

Produk dari proses diatas kemudiannya boleh dicairkn lagi dan dibentuk ke kemasan yang lebih baik untuk menghasilkan jongkong emas yang lebih kecil, bar tersebut kemudian dihantar kepada quality assayer untuk pengesahan ketulenan sebelum dijual

Berminat untuk belajar lebih terperinci perniagaan emas, boleh dapatkan ebook kami bertajuk Ilmu Asas Emas.

salf bae steak emas

Salt Bae Hidang Steak Daging Emas 24 Karat

Chef Selebriti asal Turki, Nusret Gokce atau glamornya dipanggil Salf Bae memperkenalkan menu baru di restorannya iaitu Steak Daging bersadur emas 24 karat.

salf bae steak emas 2019

Dalam videonya di Instagram, Salf Bae menyajikan steak daging emas sempena birthday netizen sambil memotong dan menyuap sendiri kepada netizen.

Dalam keadaan separuh masak, dia memotong daging tersebut ke bentuk kepingan dan membuat aksi pengenalan, menabur garam ke atas daging tersebut sebelum menikam pisau di atas meja.

Satu hidangan daging stik bersadur emas dijual pada harga AS$300 (RM1,256).

salt bae steak emas 24 karat

Sukakan bidang masakan terutamanya daging, dia menjelaskan bahawa emas 24 karat boleh dimakan kerana emas tulen tidak menimbulkan tindak balas kimia.

Apabila dimakan, emas tersebut akan dicerna oleh sistem pencernaan tanpa diserap ke dalam badan.