KRONOLOGI KES AR-RAHNU
KIRA VALUE EMAS KALKULATOR EMAS, AR-RAHNU, PAJAK GADAI
Kira DisiniHamba Allah ini yang sedang dalam kesusahan dan telah menjual perniagaannya. RM30.000 dari wang hasil jualan diserahkan kepada isterinya yang kemudiannya membeli 3 utas rantai untuk dijadikan aset. Baki RM30,000 lagi dilaburkan kepada rakan niaga yang akhirnya tertipu dan lebur semuanya sekelip mata.
Tanpa pengetahuan suami, si isteri, seorang penjawat awam telah menggadaikan emas tersebut kepada Sistem Gadaian Islam sebuah bank tempatan. Hasil gadaian dilabur pula dalam satu Skim Perlaburan Emas yang ditawarkan oleh seorang lelaki yang akhirnya lesap.
SIMPLE GOLD TESTING KIT USING ACID TEST TO CHECK GOLD PURITY
Uji Emas AndaDaripada nilai asal RM29,000 emas tersebut, beliau hanya diberi pinjam RM18.800, iaitu sekitar 65% sahaja. Itu tidak termasuk kos proses dan terpaksa mengisi pelbagai borang dan memberikan nama waris yang mungkin dijadikan sebagai penjamin.
Yang memeranjatkan kami, ‘Kos Faedah’ yang digelar sebagai ‘upah simpan’ ialah RM1,300 utk 6 bulan atau RM2,600 setahun, iaitu 14% setahun.
Apabila pelaburan lesap dan beliau terpaksa membayar ‘upah simpan’ seterusnya maka beliau merasakan tidak mampu. Anak yang ramai dan masih bersekolah ditambah dengan kejatuhan perniagaan suami yang juga tertipu membuatkan beliau menyerah kalah.
SUDAH JATUH DITIMPA TANGGA
Apabila dibawa berbincang dengan pihak bank pada hujung tempoh pajakan, beliau amat terkejut kerana jika beliau tidak bayar maka emas akan dilelong. Harga semasa pula jatuh jadi lebih kurang RM21,000 sahaja.
DIBERITAHU PULA BAHAWA BANK AKAN TOLAK 20% DARI HARGA SEMASA UNTUK PROSES LELONG. SEBARANG DEFESIT LELONGAN AKAN DITUNTUT DARI BELIAU. ITU TIDAK MASUK KOS LELONGAN, GUAMAN DAN SEBAGAINYA.
Kira punya kira beliau tetap akan rugi, bahkan akan terbeban dengan defisit lelongan yang amat banyak. Jika mahu ditebus sekarang pula harus bayar juga RM1,300 dan caj tebusan bersama wang pokok RM18,800. Jumlah itu menghampiri RM21K iaitu nilai semasa emas itu.
Demi mengelakkan beban lebih berat akibat defisit hasil lelongan yang sudah pasti beliau tidak boleh bayar, dan diblacklist, akhirnya beliau tiada pilihan bahkan terpaksa menebus juga emas tersebut. Malangnya beliau tiada wang.
Semakin hari beliau semakin tertekan sedangkan kesemua anak sekolah memerlukan belanja di awal tahun. Setelah disyurokan, kami memutuskan untuk membantu menebus emas yang tiada gambaran keuntungan sama sekali itu. Ianya atas dasar melepaskan saudara asnaf kita dari cengkaman zalim RIBA atas NAMA ISLAM ini. Mudah-mudahan wang yang dilaburkan dapat dikembalikan apabila harga emas naik semula InsyaAllah. Yang penting ialah niat membebaskan sahabat kita dari penindasan yang tidak bertepi ini.
Pada hari terakhir tempoh ‘upah simpan’, kebetulan hari jumaat, beliau bawa cek kami untuk tebus emas beliau. Pihak bank kata mereka beri masa sampai isnin sambil tunggu cek clear. Bila sudah clear beliau ke bank semula lalu diminta datang semula esoknya kerana tidak sempat proses pada hari itu.
Apabila datang semula mereka minta bayar denda lewat iaitu RM7 sehari. Walhal itu kelalaian mereka. Setelah gagal bernegosiasi, akhirnya sahabat kita yang sudah amat tertekan itu minta jumpa pengurus namun pihak kaunter tidak izinkan. Beliau naik angin dan mengacah untuk lompat naik ikut kaunter jika pintu tidak dibuka untuk bertemu pengurus… MORALNYA IALAH HANYA KERANA RM7, DENDA LEWAT SEHARI YANG DISEBABKAN OLEH KELEWATAN PIHAK BANK SAMPAI BEGITU SEKALI RIGIDNYA.
ISLAM TINGGAL NAMA
Hari ini berbagai-bagai nama dan skim yang berbunyi Islamik namun hakikat perlaksanaannya tiada petunjuk yang membenarkan keIslamannya seperti mahunya Allah. Nama Islam itu sendiri membawa maksud sejahtera jika kita serah diri dan amalkan sungguh-sungguh mengikut sistemnya.
Banyak pihak telah menulis dan menyuarakan, termasuk artikel kami sebelum ini. Kini kami kongsikan terus melalui koleksi pengalaman hidup kami sendiri.
“Akan datang pada manusia suatu zaman, ketika itu Islam tidak tinggal kecuali namanya, alqur’an tidak tinggal kecuali tulisannya, masjid-masjid megah namun kosong dari petunjuk, ulamanya termasuk orang paling teruk yang berada di bawah kolong langit , karena dari meraka timbul beberapa fitnah dan akan kembali (fitnah itu) padanya.” (H.R. Baihaqi Dari Ali R.A)
“Itu tidak lain hanyalah nama-nama yang kamu dan bapak-bapak kamu mengadakannya; Allah tidak menurunkan suatu keteranganpun untuknya. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti sangkaan-sangkaan, dan apa yang diingini oleh hawa nafsu mereka dan sesungguhnya telah datang PETUNJUK kepada mereka dari Tuhan mereka” – QS:53. An Najm 23
SISTEM KEWANGAN ISLAM YANG TIDAK ISLAMIK
Rasanya semua sudah tahu bahawa Islamic Finance ini hanya pada nama dan istilah Islamik yang menyokong pada urusniaga yang sebenarnya jauh lari dari konsep muamalat Islam. Dari apa yang kami sendiri alami ini, maka kami cuba membuat bacaan dan ingin kami kongsikan beberapa kepincangan dari sudut pengalaman dan pandangan qualitatif.
Memberi pinjam dari perspektif Islam perlu lebih baik demi meringankan beban si peminjam. Ada juga yang memberikan alasan seperti kalau diringankan yang meminjam pula pijak kepala. Jadi sistem perekonomian hari ini tiada lagi nilai IBADAH di dalamnya. Sekadar ingin memeras dan mengaut keuntungan semata-mata. Yang kaya bertambah kaya, yang susah akan terus merana. Kalau kita mengetahui konsep atau asas Islam itu sendiri, kita mampu membezakan sesuatu sistem itu samada ianya “ISLAM” atau pun tidak.
DI MANA TIDAK ISLAMIKNYA KES DI ATAS?
Hari ini dengan IC saja pun anda boleh dapat kad kredit yang rata-rata cajnya sekitar 1% sebulan. Faedah untuk pinjaman kereta, pinjaman peribadi, rumah juga serendah 2-4%, jarang yang melebihi 10% setahun. Ini bermakna ‘upah simpan’ (istilah menggantikan faedah riba) 14% setahun dari kes ar-Rahnu ini lebih teruk dari RIBA’ CIPTAAN DAJJAL.
Kedai Pajak Gadai Berlesen sekarang mampu meminjamkan tunai sehingga 82% daripada nilai marhun berbanding ar-Rahnu yang hanya maksima 75% (dalam kes di atas hanya 65%).
Bila anda gagal menebus, pajak gadai berlesen tidak akan menyaman anda walaupun harga emas turun kerana biasanya mereka tidak melakukan lelongan seperti bank, tetapi menjualnya secara runcit. Jika terpaksa melelong sekalipun, mereka tanggung risiko, tidak mengejar pemilik emas jika lelongan tidak mencukupi. Tidaklah jadi sudah jatuh, tertimpa tangga tercium pula tahi ayam seperti kes di atas.
Pengalaman ini menafikan ayat Allah QS 2:280 “Dan jika dalam kesukaran, maka berilah tangguh sampai dia berkelapangan. Dan menyedekahkan itu, lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui”.
AR-RAHNU SUDAH JADI ‘PINJAMAN’ BERCAGAR EMAS. Ia sebenarnya semacam satu pinjaman biasa yang menggunakan nama pajak gadai dan dicantikkan lagi dengan istilah Islam. Bermacam-macam borang dan penyenaraian dalam Central Credit Reference Information System (CCRIS) atau CTOS. Ini akan menjadikan anda disenarai hitam dalam sistem perbankan yang menyebabkan permohonan pinjaman anda di mana-mana bank akan dinafikan. Padahal emas itu buttertrade tunai anda, bukanlah ia pinjaman tanpa cagaran. Ramai sekali yang tertipu akibat CCRIS dan CITOS ini.
PENTINGNYA MUSYAWARAH, UTAMAKAN KEPERLUAN, BUKAN KEMAHUAN
Banyak kes yang dirujuk kepada kami menunjukkan situasi parah apabila isteri bertindak tanpa pengetahuan dan izin suami. Di situlah pentingnya budaya musyawarah dalam keluarga. Dalam contoh kes di atas juga, jelas ada unsur mengejar kemahuan, bukan keperluan. Biarlah rezeki sedikit tetapi mencukupi (berkat), daripada banyak tapi tiada keberkatannya.
Dalam satu kes, ada isteri yang mengambil pinjaman Along tanpa pengetahuan suami hanya untuk membeli peralatan rumah. Kononnya ia akan dibayar menggunakan penjimatan wang dapur. Akhirnya bil air dan letrik, , ansuran rumah tidak berbayar, belanja anak sekolah juga turut terhakis kerana membayar Along. Akibatnya rumah yang ingin dihias itu juga akhirnya terlelong.
QS: 42. Asy Syuura 38 “Dan orang-orang yang mengutamakan seruan Tuhannya dan mendirikan shalat, urusan mereka dengan musyawarat antara mereka; dan mereka menafkahkan sebagian dari rezki yang Kami berikan kepada mereka”..
QS 2 Albaqoroh : 278. Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan tinggalkan sisa riba jika kamu orang-orang yang beriman.
QS 2 Albaqoroh : 279. Maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba), maka ketahuilah, bahwa Allah dan Rasul-Nya akan memerangimu. Dan jika kamu bertaubat, maka bagimu pokok hartamu; kamu tidak menganiaya dan tidak dianiaya.
SENGSARA DAN PENINDASAN AKIBAT RIBA
Dari kes yang dirujuk kepada kami, juga hasil pengumpulan kes dari kalangan kaum keluarga dan pengalaman sendiri, jelas mengesahkan kesan buruk dari amalan riba ini.
Selain kes di atas, terlalu banyak kes mereka yang meminjam Along, Bank dan Ceti untuk menampung bayaran pembelian aset. Sampai aset yang dibeli bahkan aset yang sedia ada terjual semuanya, masih tidak dapat melunaskan hutang riba ini. Inilah akibat dari mengikut KEHENDAK hawa nafsu dan rasa tamak. Akhirnya semua kerugian.
Ramai juga peniaga yang tidak mahu bersabar dan berpuasa apabila dilanda kesusahan, atau terlalu ghairah untuk membesarkan perniagaan lalu melibatkan diri dengan pinjaman dan riba. Akhirnya mereka mudah terkucil. Apabila ada wang pinjaman di tangan, banyaklah pertimbangan salah dan pemborosan dilakukan. Akhirnya hidup jadi haru biru, berkerja siang malam hanya untuk menjadi hamba riba dan akhirnya perniagaan jatuh.
AMALAN RIBA JADI GAMBARAN AKHIR ZAMAN,
“Akan tiba suatu zaman, tidak ada seorang juga pun kecuali ia terlibat dalam memakan harta riba. Kalau ia tidak memakan secara langsung, ia akan terkena juga debu-debunya”. – H.R. Ibnu Majah
Jelas sekali telah berakhirnya cara hidup Islam yang diajarkan nabi saw. Harta riba’ wujud di merata tempat. Itu menjadi manifestasi kejatuhan dan berakhirnya Islam. Salah seorang dari kami pernah berbincang dengan bekas mufti sebuah negeri. Beliau sendiri jelas mengatakan beliau tidak jumpa jalan keluar. Zakat terkumpul beratus juta dalam setahun namun tidak tahu kemana perginya. Kelompongan sistem ekonomi Islam ini agak sukar ditampung melainkan kita ada satu sistem yang mandiri tanpa bersekongkol dengan sistem kuffar.
Kami harap rencana ringkas ini mampu menguatkan semangat umat Islam untuk mengorak langkah. Jika kita tidak mampu mengubah sistem, jauhilah sistem itu. Berpuasalah dari mengikut kehendak nafsu.
Perkongsian Iqra’
WARGA PRIHATIN .. souce: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10152525278987786
Roslan S. Alibasa says:
Sila dapatkan maklumat di pihak.lain. jangan kerana satu agensi kena pula yang lain.. bagi puhak bank, mereka ada ahli lembaga tersendiri. Polisi tertakluk kepada perbincangan ahli lembaga itu… dapatkan maklumat pajak gadai Islam yg betul
Roslan S. Alibasa says:
Berserta hujah dan tomahan blog ini, akan mencemar agensi pajak gadai Islam malah menjejas nama baik Islam.
Wanmaz Wansal says:
UNTUK PEDOMAN SEMUA ,BERHATI HATI ATAU WASPADA
hamba allah says:
umat akhir zaman sekarang menghalalkan bnde yang haram & mengharamkan bnde yang halal,sistem riba yang terang2 haram disyorkan dan di “support” sedangkan yang halal dituduh haram…ulamak islam mencari jalan keluar dri msalah riba ini dgn muamalat islam mengikut al-quran dan hadis dan umat islam sendiri yg memandai membuat fatwa sendiri mengatakan ia haram dan zalim tanpa kaji betul2 ilmu ini.
Wan Abdul Karim says:
Mangsa rempit emas la ni..
Ridwan says:
Sebenarnya inilah kenyataan..tp apekan daye..kite tetap kne cri yg halal w/pn yg halal tu lbh mnindas dr yg haram..mklomla..BNM kn bwh Rothschild..jd bljrlh utk redha..yg tu diorg yg akn dipersoalkan d akhirat sne..Islam bermula dagang,dakhir zaman,Islam kembali dagang(terasing)..