15kg Jokong Emas milik Pak Pandir lesap

S7000358

Setelah berbulan lamanya mencari harta karun di belakang rumahnya, akhirnya Pak Pandir berjaya menemukan jongkong emas seberat 15 kilogram yang tertanam di bawah jamban rumah jirannya. Dengan penuh perasaan gembira Pak Pandir membawa pulang emas tersebut.

Sampai di rumah, tiba-tiba Pak Pandir merasa bimbang kalau-kalau sahabat baiknya Luncai mengetahui tentang harta yang dijumpainya, pasti Luncai akan mengambil emas itu. Hasil buah fikiran itiknya, Pak Pandir mendapat idea untuk menanam emas itu di taman permainan kanak-kanak di pekan berhampiran tempat tinggalnya.

Pak Pandir menggali lubang yang besar untuk memasukkan harta karunnya itu. Setelah selesai menimbus harta karunnya, bimbang hartanya diketahui orang, dia pun meletakkan papan tanda bertulis “Di sini tiada harta karun Pak Pandir”. Lega hatinya, Pak Pandir pun pulang dengan perasaan gembira.

Malam itu sedang Luncai di dalam perjalanan untuk mencuri duit di masjid berhampiran, dia ternampak papan tanda Pak Pandir. Apa lagi, dia pun terus mengorek tanah dan mendapatkan emas yang tersimpan di situ. Bimbang perbuatannya diketahui Pak Pandir, untuk ‘cover line’, luncai menimbus semula lubang tersebut dan meletakkan satu lagi papan tanda bertulis “BUKAN LUNCAI YANG AMBIK!”.

gelihati.blogspot.com

_________________________________________________________________________________________

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

_________________________________________________________________________________________
perlukan TUNAI dengan segera . tukarkan EMAS anda kepada TUNAI 
sedia membeli emas terpakai dengan harga yang tinggi. sedia membeli segala jenis emas 999.9, 999, 916, 875, 835, paun, 750, pandora 916, emas lama, emas patah, bengkok, surat pajak dan lain-lain lagi.
asalkan emas tulen. COD cheras / ke tempat anda.

whatsapp/sms/call 013-9720910 @ 017-8855788 Acikx Hargaemas + facebook 
_________________________________________________________________________________________

Pemakaian Cincin Mengikut Sunnah

cara-sunnah-memakai-cincin

Umat Islam baik golongan lelaki atau wanita amat digalakkan untuk mengikuti sunnah Nabi Muhammad s.a.w. dalam kehidupan seharian seperti dalam pemakaian cincin. Alhamdulillah kini semakin ramai golongan lelaki yang berjinak-jinak memakai cincin.

Dalam pada itu ada juga di kalangan kita secara keterlaluan dalam pemakaian cincin sehingga penuh pada kesemua jari dengan pelbagai jenis dan bentuk cincin. Sebenarnya Rasulullah s.a.w. memakai tidak lebih daripada dua bentuk cincin dan ada kalanya hanya dipakai satu bentuk sahaja dan jika diniatkan pemakaian cincin itu mengikut sunnah Rasulullah s.a.w., maka sudah pasti pahala menanti kita.

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

A) Bagaimana Cara Sunnah Memakai Cincin

Para ulama` berselisih pendapat yang mana lebih utama dalam pemakaian cincin ini. Walaubagaimanapun telah ijmak para ulama` bahawa harus memakai cincin pada mana-mana tangan. Maka diharuskan (dibolehkan) memakai cincin sama ada di tangan kanan dan juga tangan kiri.

Menurut Imam an-Nawawi; “Telah ijmak para ulamak bahawa harus memakai cincin di tangan kanan atau tangan kiri. Di sebelah mana kita memakainya tidaklah dimakruhkan.” ( Sahih Muslim).

Merujuk kepada hadis-hadis, terdapat hadis menceritakan Nabi memakai cincin di tangan kanannya dan ada juga hadis baginda memakainya di tangan kiri.

Rasulullah s.a.w. juga memakai cincin di jari manis dan di jari kelingking tangan kiri Baginda s.a.w.. Anas bin Malek menceritakan; “Adalah Nabi s.a.w. memakai cincinnya di jari ini (Anas menunjukkan pada jari kelingking di tangan kirinya).” (Riwayat Imam Muslim)

1.) Memakai Cincin Di Tangan Kanan

Dalil keharusan memakai cincin di tangan kanan ialah;

1. Daripada Saidina Ali r.a. menceritakan; “Sesungguhnya Nabi s.a.w. memakai cincinnya di tangan kanannya.” (Riwayat Imam at-Tirmizi)

2. Hammad bin Salamah menceritakan; “Aku telah melihat Abi Rafi” memakai cincin di tangan kanannya, maka aku bertanya kepadanya tentang hal tersebut. Lalu dia menjawab; “Kerana aku telah melihat Abdullah bin Jaafar r.a. (seorang sahabat) memakai cincin di tangan kanannya dan dia (yakni Abdullah) berkata kepadaku; “Adalah Rasulullah s.a.w. memakai cincin di sebelah tangan kanannya”.” (Riwayat Abu Daud, at-Tirmizi, Ibnu Majah dan Imam Ahmad).

2.) Memakai Cincin Di Tangan Kiri

Adapun dalil bagi tangan kiri;

1. Daripada Anas dan Ibnu Umar keduanya menceritakan; “Adalah Nabi s.a.w. memakai cincin di tangan kirinya.” (Riwayat Imam Muslim dari Anas dan Abu Daud dari Ibnu Umar)

2. Daripada Jaafar bin Muhammad yang meriwayatkan daripada bapanya, menceritakan; “Adalah Hasan dan Husain (cucu Nabi), kedua-dua mereka memakai cincin di tangan sebelah kiri mereka.” (Riwayat Imam at-Tirmizi,).
Menurut ulamak; Kemungkinan kedua-dua mereka telah melihat datuk mereka (Nabi s.a.w.) memakai cincin di tangan kiri, lalu mereka mengikutinya.

B.) Pakai di jari mana?

1. Mengenai jari pula, sepakat para ulamak menyebutkan; sunat cincin dipakai di jari kelingking berdalilkan hadis dari Anas r.a. berikut;
Anas bin Malek menceritakan; “Adalah Nabi s.a.w. memakai cincinnya di jari ini (lalu ditunjukkan pada jari kelingking di tangan kirinya).” (Riwayat Imam Muslim)

2. Nabi Muhammad s.a.w. menasihatkan Saidina Ali r.a. selepas dia berkahwin dengan anakanda kesayangan Baginda s.a.w. (Siti Fatimah r.ha.) supaya Saidina Ali memakai cincin di jari manis atau jari kelingking (anak jari). Di samping itu Ali bin Abi Talib berkata: “Rasulullah s.a.w. telah melarang saya memakai cincin pada jari telunjuk atau jari yang mengiringinya (jari tengah atau jari hantu).” (Hadith riwatat Muslim, Abu Daud At-Tirmizi dan An-Nasai

3. Bagi kaum wanita, harus memakai cincin pada mana-mana jari tanpa makruh. (Syarah Sahih Muslim, Tuhfah al-Ahwazi, “Aunul-Ma”bud)

C.) Menurut Pendapat Para Ulama’

Mana yang lebih afdhal, memakainya di tangan kanan atau di tangan kiri?

1. Menurut Imam Nawawi; para ulama’ Salaf ramai yang memakainya di tangan kanan dan tidak kurang ramai juga yang memakainya di tangan kiri. Imam Malik menyukai memakainya di tangan kiri dan ia memakruhkan memakainya di tangan kanan.

2. Di kalangan para ulama’ mazhab Syafi”ie terdapat khilaf; ada yang menyukai di tangan kanan dan ada yang menyukai di tangan kiri.

3. Sebahagian ulama’ pula berpendapat bahawa memakai cincin lebih baik di tangan kanan kerana cincin adalah perhiasan, maka tangan kanan lebih mulia dan lebih berhak diberi perhiasan dan dimuliakan daripada tangan kiri. (Syarah Sahih Muslim)

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

D.) Makruh Memakai Cincin Di 2 Jari

1. Makruh untuk seseorang lelaki memakai cincin di jari hantu (tengah). Terdapat hadis melarang memakai cincin di jari telunjuk dan yang mengiringinya (jari tengah /jari hantu).
Ali bin Abi Talib menceritakan; “Rasulullah s.a.w. telah menegahku dari memakai cincin di jari ini atau jari sebelahnya, sambil dia (Ali) menunjukkan jari telunjuk dan jari tengahnya.” (HR Imam Muslim, at-Tirmizi dan an-Nasai)

2. Namun menurut ulama’; Larangan di dalam hadis di atas adalah larangan makruh, bukan larangan haram. (Syarah Sahih Muslim)

3. Ada disebut di dalam kitab Bahrulmazi, bahawa telah ijmak sekalian umat Fekah, sesungguhnya makruh hukumnya memakai cincin di jari telunjuk atau jari tengah atau ibu jari kerana Nabi tiada memakai cincinnya pada jari-jari tersebut.

4. Nabi Muhammad s.a.w. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.

5. Makruh juga hukumnya bagi perempuan memakai cincin perak kerana cincin perak itu ketentuan bagi golongan lelaki.

E.) Larangan

1. Dilarang memakai cincin daripada sumber dan bahan yang diharamkan seperti hasil riba’, curi dan tulang haiwan yang najis.

2. Diharamkan juga menggunakan batu permata yang berbentuk patung, haiwan, manusia dan bentuk alat sulit lelaki/perempuan.

3. Rasulullah s.a.w. melarang golongan lelaki memakai cincin emas.

a) Hadis riwayat Abu Hurairah Radliyallaahu ‘anhu: “Dari Nabi s.a.w., Baginda melarang memakai cincin emas.” (Sahih Muslim No.3896)

b) “Rasulullah s.a.w. melarang kami mengenakan pakaian dari sutera, memakai cincin emas dan minum dengan bekas yang biasa dipakai untuk minum arak.” (HR. An-Nasaa”i)

c) Nabi Muhammad s.a.w pernah sekali memakai cincin emas iaitu waktu sebelum diturunkan lagi ayat yang melarang orang lelaki memakai emas. Apabila diturunkan ayat itu maka Nabi s.a.w pun segera menanggalkannya dan para sahabat yang memakai cincin emas turut menanggalkan cincin masing-masing.

d) Daripada Ibnu Omar radhiyallahu ‘anhuma dia berkata: “Nabi s.a.w. telah memakai cincin daripada emas (dalam satu riwayat: Baginda memakainya di tangan kanannya) lalu Baginda ﷺ melemparkannya dan memakai cincin daripada perak dengan ukiran: Muhammad Rasulullah. Dan Baginda ﷺ bersabda: “Jangan ada yang mengukir seperti ukiran cincinku ini. Ketika memakainya Baginda akan menjadikan kepala cincinnya pada bahagian dalam telapak tangannya.” (Bukhari dan Muslim)

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

F.) Bagaimana Cara Rasulullah s.a.w. Memakai Cincin

1. Rasulullah s.a.w. akan menyarungkan cincin-cincin tersebut di jari kelingking (anak jari) dan di jari manis tangan kiri Baginda s.a.w.. Sekiranya Rasulullah s.a.w. memakai sebentuk cincin sahaja, Baginda s.a.w. akan disarungkannya di jari kelingking tangan kiri Baginda s.a.w..
Hadis daripada Anas bin Malek, menceritakan: “Adalah Nabi ﷺ memakai cincinnya di jari ini (Anas menunjukkan pada jari kelingking di tangan kirinya).” (Hadis Riwayat Muslim)

2. Hadis Riwayat Muslim menyatakan bahawa Rasulullah ﷺ memakai cincin di jari kelingking tangan kiri sehingga baginda wafat. Inilah yang dipegang Imam Malek, Imam Syafi’e dan Imam Ahmad.

3. Kebiasaannya Nabi Muhammmad s.a.w. memakai dua bentuk cincin yang diperbuat daripada perak dan daripada batu permata berwarna seperti “Habasyi” (batu aqiq/akik).
Daripada Saidina Anas r.a dia berkata : “Sesungguhnya cincin Baginda Nabi s.a.w. itu dibuat daripada perak dan batunya berwarna habasyi.” (Hadis diriwayatkan oleh al-Imam Abu Daud rh.)

G.) Rumusan

Harus (dibolehkan) memakai cincin di jari manis atau kelingking tangan kanan atau kiri tetapi adalah disyorkan malah lebih afdal memakai cincin di jari kelingking tangan kiri. Rasulullah s.a.w. juga tidak pernah pakai cincin di 2 jari iaitu pada jari telunjuk dan jari hantu.

Ijmak ulama’ mengatakan bahawa adalah sunnah bagi orang lelaki memakai cincin di jari kelingking (anak jari) dan wanita boleh di mana-mana jari sekalipun. Hikmahnya adalah jari kelingking itu terhindar daripada tugas yang mencabar lantaran kedudukannya di sebelah tepi.
.
Dari ‘Amr bin ‘Auf bin Zaid al-Muzani radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah s.a.w. bersabda,
مَنْ أَحْيَا سُنَّةً مِنْ سُنَّتِى فَعَمِلَ بِهَا النَّاسُ كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِ مَنْ عَمِلَ بِهَا لاَ يَنْقُصُ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْئًا
“Sesiapa yang menghidupkan satu sunnah dari sunnah-sunnahku, kemudian diamalkan oleh manusia, maka dia akan mendapatkan (pahala) seperti pahala orang-orang yang mengamalkannya, dengan tidak mengurangi pahala mereka sedikit pun.” (HR Ibnu Majah: 209).
.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

shafiqolbu.wordpress.com

_________________________________________________________________________________________

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

_________________________________________________________________________________________
perlukan TUNAI dengan segera . tukarkan EMAS anda kepada TUNAI 
sedia membeli emas terpakai dengan harga yang tinggi. sedia membeli segala jenis emas 999.9, 999, 916, 875, 835, paun, 750, pandora 916, emas lama, emas patah, bengkok, surat pajak dan lain-lain lagi.
asalkan emas tulen. COD cheras / ke tempat anda.

whatsapp/sms/call 013-9720910 @ 017-8855788 Acikx Hargaemas + facebook 
_________________________________________________________________________________________

Eta ke Atas Eta

10172717_701242953247299_1561162382_n

Soalan

Apa hukum kalau dibuat ETA ke atas ETA. Emas ditempah melalui ETA (bayaran penuh dan penagguhan serahan emas). Kemudian penjual membuat tempahan secara ETA dengan pihak lain pula?

Jawapan

Jual beli emas tidak boleh dilakukan secara bertangguh serahan atau bayaran kerana ia adalah riba. Samada dilakukan sekali atau beberapa kali, ia adalah riba. Jual beli barangan lain secara al-salam (tempahan dengan membuat bayaran pedahuluan sepenuhnya) selain daripada emas, perak atau matawang adalah dibenarkan. Bay’ al-salam juga boleh dibuat parallel salam, iaitu penjual pertama yang menerima tempahan daripada pelanggannya boleh membuat tempahan dengan pembekal lain pula kadar dan jumlah barang yang ditempah.

Dr. Azman Mohd Noor
drazman.net

_________________________________________________________________________________________

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

_________________________________________________________________________________________
perlukan TUNAI dengan segera . tukarkan EMAS anda kepada TUNAI 
sedia membeli emas terpakai dengan harga yang tinggi. sedia membeli segala jenis emas 999.9, 999, 916, 875, 835, paun, 750, pandora 916, emas lama, emas patah, bengkok, surat pajak dan lain-lain lagi.
asalkan emas tulen. COD cheras / ke tempat anda.

whatsapp/sms/call 013-9720910 @ 017-8855788 Acikx Hargaemas + facebook 
_________________________________________________________________________________________

Fakta-Fakta Menarik Tentang Emas

63968_175188385842103_174685805892361_515248_1487934_n (1)

1. Emas adalah wang, duit dan harta dari Zaman Manusia mula menemui emas.

2. Emas adalah salah satu unsur kimia dengan simbol Au (Aurum)

3. Nombor atom untuk emas adalah 79.

4. Emas telah dijadikan sebagai syiling, barang kemas, hiasan sejak zaman dahulu kala lagi apabila tamadun manusia mula pandai merekod.

5. Emas diperolehi dari kerak bumi dalam bentuk butiran, urat batuan dan mendapan aluvial.

6. Sifat fizikal emas adalah berkilat, lembut dan padat.

7. Emas adalah logam paling lembut di Muka Bumi

8. Emas adalah logam yang paling mudah ditempa di dunia

9. Emas berwarna kuning berkilau dan tidak teroksida walaupun didalam air (tidak berkarat).

10. Emas digunakan sebagai logam untuk matawang dan ia adalah simbol kemewahan dan simpanan kekayaan individu.

11. Emas dikaitkan dengan semua ideologi, agama dan simbol samada Islam, hindu ataupun aties.

12. Dikatakan sebanyak 161,000 ton (161juta kilogram) emas telah digali dari muka bumi.

13.Emas memainkan beberapa peranan penting dalam pembuatan komputer, alat komunikasi, kapal angkasa, enjin pesawat jet, kapal terbang, dan hasil pengeluaran yang lain.

14.Daya tahan terhadap pengoksidaan membolehkan emas digunakan secara berleluasa dalam pembuatan lapisan nipis elektroplat pada permukaan penyambung elektrik untuk memastikan penyambungan yang baik.

15. Seperti perak, emas boleh membentuk amalgam keras bersama raksa, dan ini kadang kala digunakan sebagai bahan pengisi gigi.

16. Emas adalah unsur paling pasif, stabil dan sangat kurang bertindak balas dengan unsur lain

17. Emas satu-satunya unsur yang tidak larut didalam Asid Nitric. Logam-logam lain seperti Silver (Si) dan logam lain bertindak balas dengan Asid Nitrik.

18. Asid Nitrik adalah larutan utama digunakan untuk menentukan ketulenan emas.

19. Pada tahun 2008, China telah memintas Afrika Selatan sebagai pengeluar terbesar emas didunia. Ini kali pertama berlaku sejak Afrika Selatan mula mengeluarkan emas pada tahun 1905.

20. Dalam sejarah manusia, 161,000 ton emas yang telah digali dapat mengisi hanya dapat mengisi 2 kolam saiz olimpik.

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

21. Satu gram emas boleh ditempa menjadi satu kerajang bersaiz satu meter panjang dan satu meter lebar atau 1 auns kepada 300 kaki² (3300meter persegi) ~(57m x 57m)

22. Emas tulen boleh ditempa sehalus mungkin sehingga menjadi hampir transparent .

23. Emas boleh dijadikan aloi bersama logam-logam yang lain

24. Aloi yang dihasilkan dari emas boleh mengubah kekerasan, kekuatan, sifat kelogaman (metallugical), suhu lebur dan perubahan kaler sesuatu kualiti emas.

25. Emas digunakan didalam industri moden sebagai konduktor haba dan elektrik.

26. Memandangkan emas merupakan pemantul pancaran inframerah dan cahaya tampak yang baik, logam ini digunakan sebagai lapisan pelindung pada satelit buatan manusia.

27. Emas tidak bertindakbalas dengan udara, kelembapan dan agen hakisan yang kuat.

28. Ion emas sentiasa mengalami proses penurunan dan mendapan yang terhasil adalah logam emas padu.

29. Emas tulen 24karat tidak mempunyai rasa dan bau.

30. Emas sangat tumpat, 1 meter padu emas adalah seberat 19,300kg

31. Warna emas tulen adalah kuning metalic.

32. Hanya Emas, Cesium dan tembaga adalah unsur logam yang tidak berwarna putih ataupun kelabu.

33. Emas mempunyai tindak balas berlainan bergantung kepada kesan relativistic yang berlaku pada satu atom pada orbital atomnya (79 – 2.8.18.18.32.1) (bayangkan satu tahi bintang yang mengelilingi bumi setiap masa)

34. Aloi emas berwarna merah rose boleh dihasilkan dengan campuran beberapa komposisi copper (tembaga) dan Silver (perak)

35. Emas hanya mempunyai 1 bentuk isotop sahaja dalam bentuk semulajadinya dan 18 radioisotop lain. Radioisotop Au-195 adalah paling stabil dengan separuh hayat 186 hari.

36.Emas digunakan secara meluas di seluruh dunia sebagai tambatan matawang. Amaun emas yang disimpan bank negara sama jumlah dengan nilai wang kertas yang dicetak untuk digunakan dalam urusan seharian.

37. Jumlah emas didalam dunia adalah terhad dan pada hari ini, pengeluaran emas semakin berkurang.

38. Pada kurun ke-20, simpanan emas dunia dan pasaran urusniaganya semakin kecil dan kadar nilaiannya adalah tetap.

39. Ketika bermulanya perang dunia pertama, negara-negara yang terlibat dalam perang kembali menggunakan emas untuk membiayai kempen peperangan masing-masing.

40. Selepas perang dunia kedua, emas digantikan dengan tukaran matawang kertas mengikut kaedah Bretton Woods.

41. Nilai standard emas dan nilai tukaran terus kepada nilai matawang telah dihentikan dan kini ia digantikan dengan nilai tukaran tetap.

42. Switzerland adalah negara terakhir yang menambat matawang mereka (sebanyak 40%) pada nilai emas selepas menganggotai Tabung Kewangan Dunia (IMF) pada tahun 1999

43 Walaupun emas adalah logam lengai, namun ia boleh menghasilkan pelbagai sebatian.Aurik klorida (AuCl3) dan asid kloraurik (HAuCl4) adalah sebatian emas yang paling umum. Badan manusia tidak dapat mennyerap sebatian emas yang kebiasaannya tidak begitu toksik. Namun dilaporkan lebih 50% pesakit artritis yang dirawat dengan drug yang mengandungi emas mengalami kerosakan hati dan ginjal.

44. Emas tulen adalah sangat lembut untuk digunakan seharian dan biasanya ia dialoikan dengan logam lain untuk menjadikan ia lebih keras.

45. Kandungan emas didalam aloi diukur menggunkan unit Karat (k).

46. Emas tulen diukur sebagai 24karat(k) atau 999.9 % emas.

47. Syiling emas yang dikeluarkan sejak tahun 1526 sehingga 1930 adalah dalam bentuk emas 22karat (916).

48. Emas untuk pelaburan tidak memerlukan sifat mekanikal seperti keras, kuat untuk dipakai jadi ianya biasa dibentuk kepada emas 24karat.

49. Syiling emas yang dikeluarkan oleh negara tertentu seperti American Gold Eagle, British Gold Sovereign dan South Africa Krugerran adalah dalam bentuk 22karat.

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

50. Emas paling tulen didunia dikeluarkan oleh Canada dalam bentuk Canadian Gold Maple Leaf dengan ketulenan 99.999% emas.

51.Emas di dalam bentuk debu sekalipun ianya tetap berharga

52. Takat lebur bagi emas ialah 1337.33 K (1064.18 °C, 1947.52 °F) dan takat didihnya 3129 K (2856 °C, 5173 °F)

53. Isotop emas Au-198, (Separuh hayat: 2.7 hari) digunakan dalam rawatan barah dan rawatan lain-lain penyakit.

54.Emas koloid (nanopartikel emas) ialah larutan berwarna berkeamatan tinggi yang kini sedang dikaji di dalam makmal-makmal untuk kegunaan perubatan dan biologi (kaji hayat). Ia juga merupakan bentuk yang sering digunakan dalam pengecatan emas pada seramik sebelum seramik dibakar.

55.Emas digunakan sebagai bahan penyalutan untuk membolehkan bahan biologi diperhatikan di bawah mikroskop elektron imbasan.

56. Warna yang terdapat pada emas adalah disebabkan oleh frekuensi plasmon emas yang terletak pada julat penglihatan, mengakibatkan warna merah dan kuning dipantulkan sementara warna biru diserap. Hanya koloid perak mempunyai interaksi yang sama terhadap cahaya, tetapi dalam frekuensi yang lebih pendek, sehingga menyebabkan warna koloid perak menjadi kuning.

57.Emas merupakan pengalir haba dan elektrik yang baik, dan tidak dipengaruhi oleh udara dan kebanyakan reagen. Secara kimianya, logam emas tidak boleh diubah oleh haba, kelembapan, dan kebanyakan agen menghakis dan oleh itu ia amat sesuai digunakan sebagai duit syiling dan barangan kemas.

58.Emas diasingkan daripada bijihnya menggunakan sianida, amalgam, dan peleburan. Penulenan logam biasanya dijalankan menggunakan elektrolisis.

59.Emas terdapat di dalam air laut pada kepekatan 0.1 to 2 mg/ton bergantung kepada kedudukan sampel. Walau bagaimanapun, sehingga kini iaitu tahun 2006 tidak terdapatnya apa-apa cara yang boleh memberi hasil keuntungan sekiranya emas diperolehi daripada air laut.

60.Tamadun Melayu Srivijaya & Majapahit menggunakan emas sebagai matawang untuk perdagangan maritim .

61.Nabi Sulaiman dan empayar agungnya menghiasi istana & kerajaannya dengan emas.

62. Kijang Emas Malaysia, pertama kali dicetak pada bulan Disember 2000 oleh Royal Mint Malaysia. Malaysia adalah negara ke-12 di dunia yang mengeluarkan syiling emas sendiri dan bergabung dengan jajaran emas Maple Leaf Gold Kanada, Amerika Gold Eagle, Australia Gold Nugget, dan Afrika Selatan Krugerranh .

63. Emas boleh ditemui disetiap benua yang ada di bumi dan ini termasuklah di Benua Artik dan juga Antartika.

64. Perlombongan pertama yang telah direkodkan ialah di Nubia ataupun Mesir iaitu 4,400 tahun yang lampau

65. Pada bulan Mac tahun 2008, harga emas telah melepasi USD 1,000 untuk pertama kalinya bagi satu aun atau 31.105gm.

66. Perkataan dalam bahasa Inggeris iaitu ‘gold’ dikatakan mungkin berasal daripada bahasa terawal Eropah Indo-Asia seperti ‘ghol’ ataupun ‘ghel’ yang bermaksud kuning, hijau ataupun bercahaya.

67. Orang-orang Indian Amerika percaya dengan memakan emas boleh menyebabkan
mereka terbang .

68.Untuk menghasilkan hanya 1 aun emas, sebanyak 4,000 gelen air diperlukan.

69. Suhu 1064.43 darjah Celcius diperlukan untuk melebur emas.

70. Sebanyak 30tan bijih perlu dikeluarkan terlebih dahulu hanya untuk menghasilkan satu aun emas.

71. Satu aun emas boleh ditukar menjadi selembar benang sepanjang 50 batu.

72. Kubah Masjid Al Aqsa dilitupi sepenuhnya sengan daun-daun emas.

73. Dunia kita lebih banyak menghasilkan besi bagi setiap jam daripada ia menghasilkan emas sejak manusia mengumpulnya.

74. Sejak tahun 1910, lebih 3/4 daripada emas yang dikeluarkan didunia telah di gunakan.

75. Satu aun emas juga boleh diketuk menjadi dekeping emas berkeluasan 15 meter persegi.

76. Selain daripadatembaga,emas adalah satu lagi bahan logam yang manusia telah temui sejak 5,000 tahun yang lampau.

77. Sejak sekian lama, para ahli kimia telah berusaha untuk menukar bahan logam biasa kepada emas tetapi hanya dengan penemuan Nuklear pada zaman moden sahaja mereka mampu melakukannya namun kos untuk melakukannya melebihi nilai sebenar emas yang dikeluarkan.

78. Emas merupakan penyimpan nilai yang terunggul.Jika anda menyimpan kekayaan di dalam bentuk emas anda dijamin untung. Bak kata guru ku Syukor Hashim, “Beli emas-untung, jual beli emas-untung ,beli emas lepas tu ngangah pun-untung jugak.kalau kena dengan caranya lah.”

79. Emas adalah aset yang sangat mudah ditunaikan. Samada dijual atau dipajak.

80. Kadangkala, ada peluang yang datang dekat depan mata dan kita perlukan tunai
segera. Emas boleh membantu.

81. Walau apa jua keadaan ekonomi dan politik, orang yang menyimpan emas tetap akan untung. Bagi kita rakyat Malaysia, kita amat bertuah kerana negara kita aman, stabil dan makmur. Jadi kalau kita simpan emas ianya lebih kepada menyimpan kekayaan dan membuat pelaburan.

82. Sesiapa yang memiliki emas,.tentunya ia memiliki eset lain.Kenapa tak percaya…kalau ada duit beli aje emas .

83. Bagi kita rakyat Malaysia, dengan emas, berbagai perkara dan tujuan boleh dilakukan antaranya :

  • Sebagai penyimpan kekayaan (harga emas stabil/naik dalam jangkamasa panjang).
  • Sebagai pelaburan – untung beli ketika harga rendah, jual ketika harga tinggi
  • Sebagai barang kemas sebab nak nampak cantik.
  • Hantaran kahwin

84. Harga emas akan terus naik. Ia bukan macam duit fiat yang kita bangga-banggakan. Dengan adanya emas tidak akan berlaku inflasi.

85. Semakin jatuh nilai USD, maka semakin melonjak harga emas. Dengan ekonomi yang meleset kini, menyimpan emas sememangnya satu langkah yang tepat.

86. Emas tidak pernah tidak laku.Cuba tengok kedai emas, orang tak beli emas pun muka tokey emas tu.. “Muka masih atak senyum ma. Apa meliaga ada gelenti untong punye ..? Meliaga ematla atak tau ka?! ” (Meniaga emaslah tahu ke tidak ?!) .”

87. Jadikan simpanan emas menggantikan simpanan tetap dalam bank. Katakanlah kita simpan emas 20 tahun, anggaran kenaikan 25% setahun. Agak-agak berape tu kalau simpan 20 tahun? Pakcik Kayo..!

Akhirkata saya harap sesiapa yang membaca fakta tentang emas ini dari awal hingga akhir dapatlah sedikit ilmu tentang emas ni ,teruskan mencari jangan henti mencari ilmu tentang Emas ini.Akan tetapi ilmu yang baik dan bermanfaat itu adalah ilmu yang dapat di amalkan oleh kita semua umat dunia ini, ilmu bukan hanya untuk dihafal sahaja tapi untuk di amalkan jua betul dak? Mulalah sekarang , ada duit belilah emas mulakanlah walaupun dengan 1gram .

Susunan Ibnu Marzuq.

_________________________________________________________________________________________

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

_________________________________________________________________________________________
perlukan TUNAI dengan segera . tukarkan EMAS anda kepada TUNAI 
sedia membeli emas terpakai dengan harga yang tinggi. sedia membeli segala jenis emas 999.9, 999, 916, 875, 835, paun, 750, pandora 916, emas lama, emas patah, bengkok, surat pajak dan lain-lain lagi.  asalkan emas tulen.
COD cheras / ke tempat anda.

whatsapp/sms/call 013-9720910 @ 017-8855788 Acikx Hargaemas + facebook 
_________________________________________________________________________________________

Ringgit Malaysia Bersadur Emas itu PALSU!

Gold-BankNoteRinggit Malaysia Bersadur Emas PALSU!!

Ini adalah amaran dari Bank Negara Malaysia mengenai Ringgit Malaysia Bersadur Emas. Bank Negara tak umumkan keluaran baru atau keluaran khas, maka ia adalah palsu. Fake. Adesss, korang yang beli tu dapat replika je lah lebih kurangnya.

Amaran-BNM

Maklum balas ini merujuk kepada “Ringgit Malaysia Bersadur Emas” yang dijual kepada orang ramai melalui pelbagai platform dalam talian dan di laman sesawang.

Bank Negara Malaysia ingin memaklumkan bahawa perbuatan mengeluarkan semula mana-mana wang kertas dan duit syiling Malaysia, atau menggunakan apa-apa gambar, lukisan atau reka bentuk yang menyerupai mana-mana wang kertas atau duit syiling Malaysia, dalam apa-apa iklan, barangan atau produk tanpa kebenaran bertulis daripada Bank Negara Malaysia adalah dilarang di bawah Akta Bank Negara Malaysia 1958.

Bank Negara Malaysia memandang berat perkara ini dan menggesa semua pihak termasuk orang ramai untuk tidak melibatkan diri dalam apa-apa kegiatan jualan atau belian “Ringgit Malaysia Bersadur Emas”

_________________________________________________________________________________________

perlukan TUNAI dengan segera . tukarkan EMAS anda kepada TUNAI 
sedia membeli emas terpakai dengan harga yang tinggi .
sedia membeli segala jenis emas 999.9 , 999 , 916 , 875 , 835 , paun , 750 , pandora 916, emas lama , emas patah , bengkok , surat pajak dan lain-lain lagi . asalkan emas tulen .
COD cheras / ke tempat anda .

whatsapp/sms/call 013-9720910 Acikx Hargaemas + facebook 
_________________________________________________________________________________________

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

_________________________________________________________________________________________

Dapatkan Tips Pelaburan Tentang Emas

611x395_anasayfa_4f6794b96c675

Rata-rata ramai rakyat Malaysia sedar akan kepentingan mengamalkan pelaburan terutamanya pelaburan emas.

Pelaburan emas ini sememangnya merupakan pelaburan yang bukan sahaja amat-amat menguntungkan malah boleh menjana kekayaan dan kemewahan.

Makin lama nilai emas makin meningkat dan dalam beberapa tahun mendatang nilainya bakal meningkat berganda-ganda lagi.

Namun begitu pelaburan tetap pelaburan dan setiap pelaburan ada risikonya. Begitu juga dengan pelaburan emas.

Dalam keghairahan kita melakukan pelaburan emas kita dapat lihat ramai juga diantara kita yang kerugian seperti…

  • Menjual semula emas dengan harga yang rendah dari harga yang dibeli.
  • Emas yang dibeli rupa-rupanya tidak seasli seperti yang didakwa.
  • Ditipu dengan skim-skim pelaburan emas.
  • Dan banyak lagi kes kerugian…

Walaupun kita sering dibuaikan dengan keuntungan-keuntungan besar kita tidak sedar yang ianya juga boleh membawa kerugian berganda-ganda dari pelaburan emas ini.

Kita perlu sediakan dahulu diri kita dengan ilmu pelaburan yang betul. Dalam pelaburan emas ini kita perlu tahu:

  • Bagaimana untuk bermain dengan permainannya? Jika tidak tahu ianya amat-amat berisiko tinggi.
  • Bagaimana caranya untuk membeli dan menjual emas dengan keuntungan yang tinggi? Kalau tidak rugi jadinya.
  • Apakah bahasa-bahasa pelaburan yang perlu digunakan? Ingat jangan sampai kena tipu kerana tidak faham bahasa mereka.
  • Dan banyak lagi ilmu pelaburan emas yang perlu di kuasai

Jadi jika anda ingin mengetahui lebih lanjut lagi tentang emas, sila log masuk ke laman web www.RahsiaEmas.com untuk mendapatkan tips tentang pelaburan ini.

_________________________________________________________________________________________

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

_________________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________________
perlukan TUNAI dengan segera . tukarkan EMAS anda kepada TUNAI 
sedia membeli emas terpakai dengan harga yang tinggi. sedia membeli segala jenis emas 999.9, 999, 916, 875, 835, paun, 750, pandora 916, emas lama, emas patah, bengkok, surat pajak dan lain-lain lagi. asalkan emas tulen.
COD cheras / ke tempat anda.

whatsapp/sms/call 013-9720910 @ 017-8855788 Acikx Hargaemas + facebook 
_________________________________________________________________________________________

8 perkara yang perlu diketahui tentang Emas

WEIGHT-OF-GOLD-copy

1. Kedudukan emas sangat tinggi nilainya dan merupakan komoditi yang terpenting masyarakat dunia – Pengeluaran emas dari perut bumi adalah sedikit dan tidak dapat memenuhi permintaan masyarakat dunia.

2. Jumlah emas di atas muka bumi tidak banyak tetapi beredar di dalam masyarakat ketika ini dan pemilikan emas sentiasa bertukar tangan – Kebanyakan orang yang mampu sahaja memiliki dan menyimpan emas.

3. Emas adalah wang – Emas memberi banyak kelebihan kepada pemiliknya berbanding simpanan wang kertas yang susut nilainya dan tidak disandarkan kepada sesuatu yang bernilai seperti emas, sebaliknya digunakan kerana arahan pemerintah.

4. Emas adalah alternatif kepada wang kertas dunia – Wang kertas sentiasa bermasalah kerana dikawal oleh kerajaan dan nilainya boleh turun menjunam apabila berlakunya defisit negara.

5. Nilai jualan emas tetap kekal dan tidak seperti wang – Nilai wang kertas sepuluh tahun yang lalu tidak akan sama nilainya pada hari ini.

6. Jikalau emas dipasarkan dipasaran saham, keadaannya sentiasa ‘BULLISH’ kerana nilai harga yang sentiasa naik.

7. Nilai emas ditentukan oleh pasaran dan tidak dikawal oleh bank pusat (Central Bank); dan

8. Nilai emas adalah stabil dan tidak dipengaruhi oleh inflasi (zero inflation effect) – Satu fungsi utama wang yang gagal dimainkan oleh wang kertas adalah sebagai penyimpan nilai yang baik. Nilai wang kertas akan menyusut dalam jangka masa yang panjang. Inflasi akan memakan nilai wang anda, menyebabkan nilai wang kertas yang berada ditangan anda sekarang tidak akan sama dengan nilainya pada masa hadapan.

artikel dari www.mas2u.com

_________________________________________________________________________________________

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

_________________________________________________________________________________________
perlukan TUNAI dengan segera . tukarkan EMAS anda kepada TUNAI 
sedia membeli emas terpakai dengan harga yang tinggi. sedia membeli segala jenis emas 999.9, 999, 916, 875, 835, paun, 750, pandora 916, emas lama, emas patah, bengkok, surat pajak dan lain-lain lagi. asalkan emas tulen.
COD cheras / ke tempat anda.

whatsapp/sms/call 013-9720910 @ 017-8855788 Acikx Hargaemas + facebook 
_________________________________________________________________________________________

Kes samun 40 
keping emas selesai

imageYahaya Ramli

KUALA LUMPUR 20 Jan. – Polis berjaya menyelesaikan kes samun 40 keping emas bernilai RM1.65 juta di Kampung Bukit Lanchong, Putra Height pada 23 Disember lalu, dengan tertangkapnya baki enam suspek termasuk seorang wanita yang disyaki terlibat secara langsung dalam kejadian itu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, siasatan polis juga percaya motif utama kes samun tersebut mempunyai berkaitan dengan persaingan perniagaan emas yang dijalankan kedua-dua pihak.

“Kita berjaya menahan saki-baki ahli kumpulan ini dalam beberapa operasi susulan yang dijalankan minggu lepas.

“Siasatan terhadap semua suspek yang ditahan membuktikan kumpulan penjenayah ini terlibat dalam satu perusahaan perniagaan ke­pingan emas,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya, Selangor hari ini.

Dalam kejadian 23 Disember tahun lalu, seorang lelaki bersama rakannya disamun sekumpulan penjenayah di Kampung Bukit Lanchong, Putra Height dan melarikan sejumlah 40 keping emas seberat 4 kilogram.

Suspek juga memaksa mangsa memindahkan wang sebanyak RM50,000 ke dalam akaun bank salah seorang suspek.

Menurut Yahaya, pihaknya turut me­nemukan kepingan emas yang disamun dengan penahanan lima suspek termasuk seorang wa­nita pada 5 Januari lalu.

“Semua suspek ditahan di beberapa lokasi berasingan di sekitar Lembah Klang.

“Turut ditemukan ialah wang tunai sejumlah RM100,000 dan polis turut menyita dua kereta jenis Toyota Wish dan BMW milik suspek,” katanya

sumber – www.utusan.com.my

_________________________________________________________________________________________

perlukan TUNAI dengan segera . tukarkan EMAS anda kepada TUNAI 
sedia membeli emas terpakai dengan harga yang tinggi . sedia membeli segala jenis emas 999.9, 999, 916, 875, 835, paun, 750,  emas lama, emas patah, bengkok, surat pajak dan lain-lain lagi. asalkan emas tulen. COD cheras / ke tempat anda.

whatsapp/sms/call 013-9720910 @ 017-8855788 Acikx Hargaemas + facebook 
_________________________________________________________________________________________

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

_________________________________________________________________________________________

Dua Lagi Didakwa Rompak Wang Tunai RM1.6 Juta Dan Jongkong Emas

playmobil51775

PETALING JAYA: Selepas lima rakan didakwa atas pertuduhan rompak berkumpulan terhadap peniaga emas awal bulan lepas, pada Selasa dua lagi lelaki turut didakwa terhadap pertuduhan sama di Mahkamah Sesyen di sini.

Pada 7 Januari lepas, lima tertuduh tersebut didakwa di hadapan Hakim Abu Bakar Manat.

Pada prosiding Selasa, tertuduh Muhammad Fuad Mat Isa dan Muszafaizan Mohamad Zawawi, masing-masing berumur 29 tahun, mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Azhanis Teh Azman Teh.

Mereka dituduh bersama-sama lima lagi yang masih bebas, merompak wang tunai RM1.6 juta dan empat kilogram jongkong emas bernilai RM400,000 milik Abdul Akhmal Mohamad, 26.

Kesemua tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu dengan menggunakan sebatang kayu dan rotan di No.6 Jalan PPRT 2, Kg Bukit Lanchong, Putra Heights, pada 10.45 malam, 23 Disember lepas.

Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama mengikut Seksyen 397 kanun sama dan jika sabit kesalahan, mereka boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan juga dikenakan sebatan.

Timbalan Pendakwa Raya Tan Gin Han tidak menawarkan jaminan atas alasan ia melibatkan kesalahan yang serius.

Kedua-dua mereka yang tidak diwakili peguam, merayu mahkamah membenarkan jaminan ke atas mereka kerana masing-masing masih menyara keluarga.

Azhanis membenarkan kedua-dua mereka diikat jamin RM40,000 dengan seorang penjamin dan melaporkan diri ke balai polis berdekatan pada 7 hari bulan setiap bulan.

Tertuduh, Muhammad Fuad diarah menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Kes disebut semula 12 Februari ini. – Bernama

_________________________________________________________________________________________

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

_________________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________________
perlukan TUNAI dengan segera . tukarkan EMAS anda kepada TUNAI 
sedia membeli emas terpakai dengan harga yang tinggi. sedia membeli segala jenis emas 999.9, 999, 916, 875, 835, paun, 750, pandora 916, emas lama, emas patah, bengkok, surat pajak dan lain-lain lagi.
asalkan emas tulen. cod cheras / ke tempat anda.

whatsapp/sms/call 013-9720910 @ 017-8855788 Acikx Hargaemas + facebook 
_________________________________________________________________________________________

But Emas Bertatah Berlian Hadiah Nike Buat Ronaldo

bot emas ronaldo

ZURICH: ‘Mercurial CR7 Rare Gold’, but bertatahkan berlian ditempah khas buat Pemain Terbaik Dunia buat kali ketiga, Cristiano Ro­naldo.

But berkenaan berwarna emas, tertulis perkataan CR7 dan mempunyai mikro berlian di bahagian tumit.

tapak but

Ia dikeluarkan Nike yang juga penaja rasmi penyerang berusia 29 tahun itu.

“Berlian yang digunakan dipilih secara cermat daripada batu-batu besar dan dibentuk dengan penuh teliti oleh pengukir berlian.

“Oleh kerana berlian sangat halus dan butir-butirnya tajam, ia dipotong menjadi kepingan kecil membentuk mikro berlian.

“Ketekunan yang diperlukan untuk menghasilkan but tersebut me­ngingatkan pasukan reka bentuk Nike kepada etika kerja Ronaldo,” kata Nike.

bot emas

Pengeluar barangan sukan antarabangsa itu memutuskan untuk menghasilkan sepasang kasut istimewa buat Ronaldo bagi meraikan kejayaan bintang penyerang Portugal itu menjulang anugerah Ballon d’Or.

Selain itu, Ronaldo juga dilihat berjaya mengharungi musim yang cemerlang dengan merangkul gelaran Liga Juara-Juara, Copa del Rey, Piala Super Eropah, Piala Dunia Kelab. -www.mstar.com.my

_________________________________________________________________________________________

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

_________________________________________________________________________________________
perlukan TUNAI dengan segera . tukarkan EMAS anda kepada TUNAI 
sedia membeli emas terpakai dengan harga yang tinggi.
sedia membeli segala jenis emas 999.9 , 999 , 916 , 875 , 835 , paun , 750 , pandora 916, emas lama , emas patah , bengkok , surat pajak dan lain-lain lagi . asalkan emas tulen.
COD cheras / ke tempat anda.

whatsapp/sms/call 013-9720910 Acikx Hargaemas + facebook 
_________________________________________________________________________________________