Beli Emas dengan harga mark up, buy back setiap bulan selama 3 tahun

harga-emas

Soalan,

Salam,

Soalan dr anok buah. Dia beli emas 100g dengan harga RM 18k. Harga pasaran RM15k. Dia jual semula di hujung bulan kepada syarikat yg sama dgn harga RM21k, untung RM3k. Perjanjian dgn syarikat emas tersebut selama 3 tahun. Apa hukumnya?

Jawapan.

Ia adalah pakej jual beli emas yang bermasalah. Sekiranya emas yang dibeli sudah diterima, dan munkin dilakukan secara taqabud dan tunai di dalam majlis aqad, maka ia selamat dari masalah riba pada jual beli emas secara bertangguh. Sekiranya emas tidak diterima, maka ia adalah riba pada jual beli emas. Adapun menjual semula kepada syarikat pada hujung bulan dengan harga yang lebih tinggi, ia adalah bay’ al-inah. Walaupun tidak disyaratkan jual balik, qarinah kepada perancangan dan persetujuan kepada jual semula sangat jelas. Tidak ada pembeli biasa yang bodoh membeli emas yang jauh lebih mahal dari harga pasaran, kecuali kerana inginkan ganjaran buyback dengan harga yang lebih tinggi walaupun tersangat jauh dari harga pasaran.

Perjanjian selama 3 tahun? Berapa kali nak jual emas yang sama? Kalau sudah dijual, macam mana nak dijual lagi? Tak masuk akal. Mana boleh jual barang yang tiada. Tidak sah jual beli.

Kemunkinan besar, emas tidak diterima oleh pembeli/pelabur, ia hanyalah tempahan secara ETA, dan apabila tiba tempoh sebulan, dibeli balik dengan harga yang lebih mahal. Maka ia adalah riba yang berganda ganda, riba pada jual beli emas bertangguh serahan, riba pada buy back dengan harga yang tinggi kerana bay’ al-inah yang dilarang oleh Rasulullah, dan riba kerana mengulangi riba riba tadi berkali kali.

Wallahua’lam

sumber – drazman.net (Dr.Azman Mohd Noor)

Perjanjian Usahasama Emas yang memberikan pulangan tetap

emas

Assalamualaikum Dr Azman,

Mohon pandangan Dr. mengenai perjanjian usahasama pelaburan emas ini.

Syarat2 perjanjian :

1. Pelabur memberi sebahagian modal perjanjian yang dipersetujui selama tempoh yang dikehendaki dalam jual beli emas. Minima 6 bulan dan maksimum 12 bulan. Permulaan usahasama digalakkan bermula pada awal bulan.

2. Syarikat akan memberikan pulangan keuntungan kepada pelabur setelah genap 30 hari dari tarikh bermula usahasama sebanyak 3%-5% dari modal yang dilaburkan.

3. Pelabur akan mendapat balik modal setelah habis program usahasama ini, bergantung kepada pelabur. Tetapi mestilah memberitahu syarikat sebulan lebih awal dari tarikh ingin berhenti dari program usahasama. Sekiranya lewat pihak syarikat akan memberi pulangan modal pada bulan yang berikutnya.

4. Pelabur yang ingin menambah modal pelaburan perlu memberitahu pihak syarikat untuk menukar surat perjanjian lama dengan baru.

Terima kasih.

Jawapan

Ia adalah perkongsian / musyarakah yang tidak patuh Shariah. Menjamin memberi pulangan tetap sekurang kurangnya 3% adalah sama dengan riba yang diberikan pada pinjaman berfaedah. Lebih lebih lagi apabila modal dijamin, maka ia adalah pinjaman berfaedah. Ia adalah riba

Wallahua’lam

sumber – drazman.net (Dr.Azman Mohd Noor)

Malaysia Sasar 40 Emas

image (2)

PUTRAJAYA, Disember 2014 (Bernama) – Malaysia menyasar 40 pingat emas pada temasya Sukan Universiti Asean (AUG) ke-17 di Palembang, Indonesia yang akan membuka tirai Rabu ini.

Ketua Kontinjen Malaysia Datuk Prof Abdullah Mohamad Said berkata seramai 322 atlet akan menggalas cabaran negara dalam 20 acara bagi mempertahankan pencapaian terbaik selaku juara bertahan.

“Setelah kita teliti keupayaan serta prestasi atlet negara dan membuat perbandingan dengan atlet negara lain, sasaran 40 pingat emas adalah realistik,” katanya.

Pada temasya sukan itu di Vientiane, Laos pada 2012, kontinjen Malaysia muncul juara keseluruhan apabila melakukan pencapaian cemerlang dengan merangkul 60 pingat emas, 47 perak dan 72 gangsa.

“Pada penampilan di Laos, kontinjen negara meletak sasaran awal 36 pingat emas sahaja, namun bernasib baik apabila mencapai 60 pingat emas. Kita berharap atlet negara sebelum ini yang meraih pingat perak dapat menyumbangkan pingat emas kali ini,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan Jalur Gemilang kepada kontinjen negara di Kementerian Pendidikan di sini hari ini.

Majlis penyerahan disempurnakan Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh.

Atlet karate kebangsaan Lim Chee Wei dipilih sebagai pembawa Jalur Gemilang.

Beliau merupakan pemenang pingat emas bagi acara Kata pada Sukan Asia di Incheon, Korea Selatan September lepas.

Lim yang meraih pingat gangsa pada AUG di Laos, bertekad mahu menebus kekecewaan dengan meraih pingat emas bagi acara individu Kata lelaki pada edisi kali ini.

“Acara Kata adalah sukan subjektif. Walaupun saya pernah meraih pingat emas seperti Sukan Asia di Incheon baru-baru ini, tidak bermakna mudah untuk saya ulangi kejayaan itu di Palembang.

“Saya akan menggunakan pengalaman yang ada untuk membawa kejayaan kepada negara. Walaupun cemerlang di peringkat Asia, saya tidak nafikan atlet tuan rumah (Indonesia) dan Vietnam akan memberi saingan sengit,” kata pelajar Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Inggeris di Universiti Sains Malaysia (USM) ini.

Indonesia pernah merangkul juara keseluruhan sebanyak 10 kali, Thailand tiga kali, Malaysia dua kali dan Vietnam sekali sejak temasya dianjurkan pada 1981.

-BERNAMA

Bangladesh tahan wanita Malaysia bawa Enam Jongkong Emas

650_3Wan Mohd. Azim Mohd Atiar Oman, 12, merayu agar ibunya, Raja Baslina Raja Malek, 51, yang ditahan oleh penguatkuasa Bangladesh, dibebaskan dan dapat pulang ke Malaysia dengan selamat. Turut bersama Presiden IKHLAS, Mohd Ridzuan Abdullah akan mendapatkan khidmat peguam untuk membela wanita tersebut. – Foto TRP/Zaini Hardy

KUALA LUMPUR, 6 Disember: Selepas lebih 10 hari ditahan oleh pegawai penguatkuasa di Bangladesh, akhirnya seorang wanita warganegara Malaysia bakal mendapat pembelaan daripada Pertubuhan Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS).

Wanita tersebut, Raja Baslina Raja Malek, 51, yang berasal dari Semenyih ditahan penguatkuasa negara itu ketika melalui laluan hijau sejurus tiba di Lapangan Antarabangsa Hazrat Shahjalal, di Dhaka.

Dia ditahan kerana membawa enam jongkong emas seberat enam kilogram bernilai RM750,000.

Wanita berkenaan membawa jongkong emas tersebut kerana mahu dijadikan sebagai modal yang akan ditukarkan dalam bentuk mata wang bagi tujuan membina rumah di atas tanah suaminya di sana.

Langkah Raja Baslina membawa emas tersebut turut mendapat kebenaran daripada penguatkuasa di negara ini semasa di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum dia bertolak ke sana dan dokumen mengenainya turut dibawa bersama.

Difahamkan, pihak kerajaan Bangladesh hanya membenarkan emas dibawa masuk ke negara itu dengan tidak melebihi 100 gram sahaja.

Tindakan undang-undang sedang dijalankan ke atas wanita itu, kata akhbar dalam talian yang memetik kenyataan Penolong Pesuruhjaya Kastam Jewela Khanam.

Dalam satu sidang media yang diadakan hari ini, Presidennya, Mohd Ridzuan Abdullah berkata, pihaknya akan berusaha untuk membantu membebaskan wanita berkenaan yang merupakan isteri kepada seorang warga Bangladesh yang telah bermastautin di negara ini sejak 28 tahun lalu.

Menurut beliau, pihaknya kini sedang menguruskan visa perjalanan dan akan berlepas ke negara tersebut selewat-lewatnya minggu depan.

“Pihak kami akan sedaya upaya membawa pulang wanita berkenaan dengan menggunakan beberapa saluran tertentu,” katanya.
Mengulas mengenai perkara itu, Mohd Ridzuan memberitahu, sebelum ini IKHLAS merasa kecewa dengan pihak Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra) kerana tidak mengambil berat terhadap kes tersebut yang diurus sendiri oleh suami wanita berkenaan.

Beliau berkata, selepas pihaknya campurtangan berhubung perkara itu barulah pihak kementerian melalui kedutaan Malaysia di sana mengambil respons terhadap perkara tersebut.

Katanya, IKHLAS akan mencari pelbagai kaedah termasuk menggunakan orang politik di sana selain mendapatkan khidmat peguam untuk membela wanita tersebut.

Tambah beliau, dalam hal ini IKHLAS turut merasa kecewa dan memandang serius dengan pihak kerajaan Bangladesh kerana terlalu tegas terhadap rakyat negara ini yang bukannya melakukan satu kesalahan jenayah.

“Mereka kena ingat bahawa rakyat mereka juga ramai mencari makan di negara kita ini, tetapi sedikitpun kerajaan Malaysia tidak mengenakan sebarang sekatan terhadap rakyat mereka asalkan mempunyai dokumen perjalanan sah,” tegasnya.

Sementara itu, anak lelaki wanita berkenaan, Wan Mohd. Azim Mohd Atiar Oman, 12, merayu agar ibunya dilepaskan kerana dia tidak melakukan sebarang kesalahan.

“Saya harap agar ibu dapat pulang ke Malaysia dengan selamat.

“Saya juga merayu agar pihak-pihak yang berkenaan dapat membantu membebaskan ibu saya dan berdoa agar segalanya berjalan dengan selamat,” ujarnya.

sumber – bm.therakyatpost.com

Larangan Menjual Beli Emas Secara Bertangguh

10806471_998140676879532_4806184510157293196_n

Ada yang mendakwa bahawa yang dilarang jual beli emas secara bertangguh ialah bagi pertukaran emas dengan emas sahaja. Kepada mereka yang mendakwa sedemikian, adakah anda inkar hadith hadith Rasulullah sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ubadah b Samit seperti berikut:

—قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «الذَّهَبُ بِالذَّهَبِ، وَالْفِضَّةُ بِالْفِضَّةِ، وَالْبُرُّ بِالْبُرِّ، وَالشَّعِيرُ بِالشَّعِيرِ، وَالتَّمْرُ بِالتَّمْرِ، وَالْمِلْحُ بِالْمِلْحِ، مِثْلًا بِمِثْلٍ، سَوَاءً بِسَوَاءٍ، يَدًا بِيَدٍ، فَإِذَا اخْتَلَفَتْ هَذِهِ الْأَصْنَافُ، فَبِيعُوا كَيْفَ شِئْتُمْ، إِذَا كَانَ يَدًا بِيَدٍ» مسلم
“Emas dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, barli dengan barli, kurma dengan kurma, garam dengan garam (ditukarkan) sesama jenis, pada kadar yang sama, secara tunai (spot), sekiranya berlainan jenis, maka jual belilah sesuka hatimu selama mana ia adalah pertukaran tunai.” – (Muslim, Abu Daud, al-Nasai, dan Ahmad)

Hadith ini menjelaskaan hukum jual beli/pertukaran barang barang ribawi. Hadith di atas tidak meletakkan apa apa sharat bagi jual beli barang barang biasa yang buka ribawi seperti membeli beras degan menggunakan matawang. Ia boleh dilakukan secara tunai, bayaran tangguh, atau bayar dahulu terima kemudian.

Cuba perhatikan lafaz “Sekiranya berlainan jenis, maka jual belilah sesuka hati kamu selama mana ia adalah pertukaran secara tunai” (lani/tangan degan tangan).

Ulama bersepakat kalau emas ditukar dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, ada dua sharat yang perlu dipenuhi: 1. Pada nilai/sukatan yang sama. 2. Dilakukan secara tunai.

Sekirannya berlainan jenis, tetapi illah yang sama seperti emas dengan perak, gandum dengan garam, maka di sana ada satu syarat yang mesti dipatuhi iaitu mestilah dilakukan secara tunai/lani. Maka boleh jual beli 100 gram emas dengan 2 kilo perak, satu kilo tamar dengan 2 kilo gandum dengan syarat ia dilakukan secara tunai/lani, bukan secara tangguh/ansuran.

Emas dalam bentuk dinar pada zaman Rasulullah adalah pada harga 8 atau 10 atau 12 dirham perak. Harganya sentiasa berubah. Emas dijual beli atau ditukar dengan perak atau emas dinar digunakan untuk membayar hutang yang diambil dalam dirham perak atau sebaliknya seperti yang disebut di dalam hadith Abdullah ibn Umar dalam transaksi juala untanya dan bayaran hutang dengan matawang yang berbeza (dinar emas vs dirham perak).

Dalil dalil lain yang melaranga jual beli emas/perak dan matawang secara bertangguh:

عَنْ مَالِكِ بْنِ أَوْسِ بْنِ الْحَدَثَانِ، أَنَّهُ قَالَ: أَقْبَلْتُ أَقُولُ مَنْ يَصْطَرِفُ الدَّرَاهِمَ؟ فَقَالَ طَلْحَةُ بْنُ عُبَيْدِ اللهِ – وَهُوَ عِنْدَ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ -: أَرِنَا ذَهَبَكَ، ثُمَّ ائْتِنَا، إِذَا جَاءَ خَادِمُنَا، نُعْطِكَ وَرِقَكَ، فَقَالَ عُمَرُ بْنُ الْخَطَّابِ: كَلَّا، وَاللهِ لَتُعْطِيَنَّهُ وَرِقَهُ، أَوْ لَتَرُدَّنَّ إِلَيْهِ ذَهَبَهُ، فَإِنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: «الْوَرِقُ بِالذَّهَبِ رِبًا، إِلَّا هَاءَ وَهَاءَ، وَالْبُرُّ بِالْبُرِّ رِبًا، إِلَّا هَاءَ وَهَاءَ، وَالشَّعِيرُ بِالشَّعِيرِ رِبًا، إِلَّا هَاءَ وَهَاءَ، وَالتَّمْرُ بِالتَّمْرِ رِبًا، إِلَّا هَاءَ وَهَاءَ» مسلم
—Maksudnya, kata Umar r.a (setelah melarang dua orang sahabat Nabi yang berjualbeli emas dan perak tetapi salah seorang mereka ingin menangguh penyerahan peraknya), “Sesungguhnya Rasulullah saw telah berkata: (jual beli) perak dan emas adalah riba kecuali jika (mereka berkata) “nah ambil ini” dan (seorang lagi berkata) “nah ambil ini”. (هاء bererti خذ ْها)
—
—حَدَّثَنَا مَالِكٌ، عَنْ نَافِعٍ، عَنْ عبد الله بن عمر، أَنَّ عُمَرَ، قَالَ: لا تَبِيعُوا الذَّهَبَ بِالذَّهَبِ إِلَّا مِثْلًا بِمِثْلٍ، وَلاَ تُشِفُّوا بَعْضَهَا عَلَى بَعْضٍ، وَلاَ تَبِيعُوا الْوَرِقَ بِالْوَرِقِ إِلَّا مِثْلًا بِمِثْلٍ، وَلاَ تُشِفُّوا بَعْضَهَا عَلَى بَعْضٍ، وَلاَ تَبِيعُوا الذَّهَبِ بالْوَرِقَ أَحَدُهُمَا غَائِبٌ، وَالْآخَرُ نَاجِزٌ، وَإِنِ اسْتَنْظَرَكَ إِلَى أَنْ يَلِجَ إلى بَيْتَهُ، فَلاَ تُنْظِرْهُ، إِنِّي أَخَافُ عَلَيْكُمُ الرَّمَاءَ وَالرَّمَاءُ من الرِّبَا – الموطأ
—
—Kata umar:
…”jangan jual emas dgn perak sedangkan salah satunya tiada di depan kamu dan satu lagi disegerakan. Jika dia minta tangguh hingga dia masuk ke rumahnya maka jgn kamu beri penangguhan padanya kerana aku takuti riba terkena pada kamu.”

Dalam konteks sekarang, matawang kertas adalah matawang yang sah dan mengambil hukum yang sama dengan emas sebagaimana yang diputuskan oleh Majma Fiqhi, Majlis Majlis Fatwa dan badan badan Fiqh sedunia. Dengan itu haram hukumnya membeli emas secara tangguh. Ia adalah RIBA. Penangguhan boleh berlaku dalam dua keadaan. 1. Dengan membuat bayaran dahulu, emas diterima kemudian, termasuklan penangguhan beberapa minit selepas majlis aqad atau beberapa hari atau minggu. 2. Penangguhan bayaran, di mana emas sudah diterima tetapi dibayar secara ansuran atau lum sum, tetapi selepas majlis aqad, beberapa jam, hari, minggu etc.

Kedua dua cara jual beli emas sebegini adalah perlanggaran yang jelas ke atas hadith di atas dan ia adalah RIBA.

Wallahu’alam

sumber – drazman.net/2014/10/larangan-menjual-beli-emas-secara-bertangguh/

Komen Azizi Ali Tentang Belian Emas Berdiskaun

azizi-ali

1. Sebelum saya komen tentang emas ETA ini, saya perlu terangkan 4 perkara: (a) saya mula melabur dalam emas pada awal tahun 1990an, lama sebelum kebanyakkan orang (termasuk mereka yang buat komen di Fan Page ini) dan malah sebelum sesetengah orang lahir lagi; (b) saya telah menulis dua buah buku (1 fizikal dan 1 ebook) tentang emas dan juga menganjurkan banyak seminar tentang pelaburan ini; (c) jumlah pelaburan emas peribadi saya adalah substantial; (d) saya pemegang designation Chartered Financial Consultant (ChFC) yang bermakna saya telah menjalani latihan formal dan layak untuk memberi nasihat kewangan peribadi.

2. Tujuan saya bermula dengan poin (1) ialah untuk memberitahu sesetengah pihak yang saya lebih daripada layak untuk memberikan komen tentang subjek ini, dan bukan untuk riak. Jika tidak, adalah hamba Allah yang akan berkata saya hanya ‘tuan tanah’ dan tak tahu menahu tentang emas.

3. Baik, sekarang setelah itu diterangkan, berikut adalah komen saya tentang sistem emas ETA ini: Pertamanya ia boleh dibahagikan kepada 2 aktiviti: (1) pengusaha/supplier (perlu jual kepada orang lain); (2) pelabur (tak perlu jual kepada orang lain). Anda boleh buat satu atau kedua-dua aktiviti itu.

4. Sudah tentu mereka yang mempunyai kepentingan dalam sistem ini akan menceritakan yang indah-indah saja: ianya senang untuk dilakukan (orang tak pas SPM pun boleh buat), pembeli beratur untuk membeli emas anda, dan untungnya berlipat ganda.

5. Berikut adalah cerita disebalik tabir: untuk menjayakan bisnes ini secara konsisten, pengusaha perlu 3 elemen: modal yang besar, supply emas yang besar dan konsisten, dan supply pembeli yang besar dan konsisten.

6. Oleh kerana ramai pengusaha tidak mempunyai modal yang besar, itulah salah satu sebabnya mereka menggunakan fasiliti gadaian ar-rahnu, yang merupakan langkah meminjam wang dengan kadar bayaran balik yang tinggi i.e. boleh mencapai 18% setahun. (Poin ini telah saya komen pada post yang bertarikh 10 dan 12 Nov.)

7. Elemen yang kedua dan ketiga adalah kritikal kerana bisnes ini main masa (7 hari, 14 hari, dsb). Jika supply emas dan supply pembeli tergendala, maka bisnes ini akan pincang, yang akan membawa masalah kepada pengusaha yang akan membawa kerugian.

8. Apa yang menambahkan risiko kepada semua pihak – pengusaha dan pelabur – ialah harga transaksi ditetapkan lebih awal walhal harga emas semas naik turun setiap hari, malah ia naik turun setiap minit! Harga emas pula amat volatile (mudah meruap), yakni boleh naik turun dengan mendadak. Apabila harganya naik atau turun dengan mendadak, ramai orang akan terperangkap – yang PASTI akan berlaku.

9. Pelabur menanggung risiko yang mungkin tidak disedarinya: jika pengusaha/supplier itu mati, accident, berhenti berniaga (sebab dia buat part-time saja) atau melarikan diri sebelum pelabur mendapat emas yang dibeli (masih dalam tempoh ETA), pelabur akan menanggung kerugian.

10. Jika harga emas naik mendadak dalam masa ETA tersebut, pengusaha mungkin enggan menyerahkan emas itu kepada pelabur kerana dia akan menanggung kerugian.

11. Dan jika harga emas jatuh merudum dalam masa ETA pula, pelabur akan menanggung kerugian.

12. Jika emas yang diberikan oleh pengusaha bukan yang tulin, pelabur akan menanggung kerugian. Ini PASTI akan berlaku – hanya menunggu masa saja! (Realitinya ialah ramai orang tidak tahu bagaimana untuk mengenal pasti emas yang tulin dan yang palsu.)

13. Produk emas yang sama boleh dijual kepada ramai pelabur (sudah tentu tanpa pengetahuan pelabur tersebut). Ini bermakna semua pelabur akan tersangkut jika dan bila berlaku apa-apa masalah yang disebut dalam poin 9.

14. Jika ada pembayaran hibah, hadiah atau dividen kepada pelabur, sistem ini telah menjadi pelaburan dan oleh itu menyalahi undang-undang. (Pengusaha perlu mendapat kelulusan daripada BNM sebelum boleh menjual produk pelaburan di Malaysia.)

15. Nama salah satu pengusaha utama emas ETA – syarikat Darul Emas Perak Berhad – ada dalam blacklist BNM. Bukankah amaran yang sebesar dinosaur ini lebih daripada cukup untuk membuatkan anda melarikan diri jauh daripadanya?

16. Jadi seperti yang boleh dilihat, risiko dalam bisnes ini amat tinggi. Malah, ianya jauh lebih tinggi daripada bisnes-bisnes biasa. Bayangkan: anda mempunyai masalah untuk membuat untung daripada bisnes yang kos produknya tetap; bagaimana untuk mendapat untung daripada bisnes yang kos produknya begitu volatile? Ingat: nak beli emas itu senang; nak jual emas itu pada harga yang dikehendaki tak begitu senang!

17. Kesimpulannya? Walaupun ada segelintir individu yang buat duit daripada bisnes ini, kebanyakkan peserta akan menanggung kerugian dan kesalan.

18. Sudah tentu saya boleh silap. Jadi untuk menentukan kesahihan sistem dan pengusaha emas ETA ini, sila telefon BNM Telelink di 1-300-88-5465. Ingat – WANG ANDA yang dipertaruhkan!

19. Apa yang menarik tentang semua ini ialah bagaimana mereka yang aktif dalam emas ETA ini tidak menjawab/komen poin 3 hingga 18. Yang dia concentrate ialah untuk ‘menyerang’ poin 1!

Ditulis oleh : Azizi Ali
sumber – ikhwanfahmi.com/2014/11/komen-azizi-ali-tentang-belian-emas-berdiskaun/

Bagaimana Cara Mengelakkan Riba Pada Transaksi Jual Beli Emas

no riba

Riba pada jual beli emas boleh berlaku dalam dua keadaan. Pertama: Penangguhan serahan emas, kedua: Penangguhan bayaran harga emas.

Jadi, untuk mengelakkan berlakunya riba, kedua dua bayaran harga dan serahan emas mestilah dilakukan segera ketika melakukan aqad jual beli emas (di dalam majlis aqad) tanpa sebarang penangguhan keseluruhan atau baki bayaran/emas. Di antara cara cara yang dicadangkan adalah seperti berikut:

1. Serahan bayaran boleh dilakukan secara tunai, bankers’ cheque, debit credit akaun, kad kredit yang patuh Shariah. Pembeli juga boleh meminjam duit daripada pihak ketiga untuk membayar emas secara tunai.

2. Serahan dan penerimaan emas secara segera/lani oleh pembeli atau wakilnya.

3. Melantik wakil untuk membeli emas. Di antara penyelesaian untuk mengelakkan berlaku riba dalam jual beli emas secara tangguh serahan ialah melantik wakil untuk melakukan transaksi membeli dan qabad. Pembeli boleh mewakilkan sesiapa sahaja untuk melakukan transaksi jual beli dan qabad. Bank bank Islam yang berurusan menjual emas, sharikat, atau individu yang yang bergiat menjual emas boleh bertindak sebagai wakil kepada pelanggan untuk membeli emas dari pembekal. Cara wakalah sebegini agak lebih fleksible, kerana pembeli tidak perlu datang untuk melakukan akad jual beli dan qabad emas. Ia juga boleh menyelesaikan jual beli online atau secara pos. Ini dibenaran dengan syarat wakil melakukan transaksi jual beli emas dan qabad tanpa ada unsur penagngguhan.

Penjual emas yang bertindak menjadi wakil boleh mengenakan upah dalam bentuk peratus atau jumlah tertentu bagi setiap transaksi. Upah mestilah diketahui dan dipersetujui. Wakil juga boleh meminta kebenaran sekiranya dia boleh dapatkan harga yang lebih rendah, ia akan dikira sebagai komisyen atau insentif kepadanya. Begitulah juga ketika ingin menjual semula emas yand sudah dibeli samada untuk mendapatkan keuntungan kerana kenaikan harga emas di pasaran, atau di atas tujuan untuk mendapatkan tunai, maka wakil juga boleh membuat persetujuan, sekiranya dia berjaya menjual dengan harga yang lebih tinggi, maka harga jualan yang melebihi harga yang disiytiharkan dikira sebagai komisyen kepada wakil. Ini adalah berdasarkan kepada prisip:

”بع بكذا فما زاد فهو لك” ونظيره “اشتر بكذا فما نقص فهو لك”

Bermaksud: “Jual lah dengan harga sekian sekian, yang selebihnya adalah diberikan kepada mu”, Belikanlah dengan harga sekian-sekian, kalau kamu boleh dapatkan dengan harga yang lebih murah, baki adalah diberikan kepada mu”.

Ini adalah pendapat Ibn Abbas dan sebahagian daripada ulama Hanabilah.

4. Consignment dan melantik wakil untuk menjual emas

Cara seterusnya ialah consignment. Penjual emas menjadi wakil menjual emas kepada pembekal seperti MKS. Emas sudah ada bersama dengan consignee. Sebagai wakil, consignee boleh menjual terus kepada pembeli atau wakilnya. Melalui konsep consignment juga, emas yang ada di tangan consignee boleh dianggap wadiah atau dipinjamkan (‘ariyah, bukan qard) untuk dipamerkan. Dalam keadaan ini, consignee boleh membeli dahulu emas tersebut daripada consignor sebelum dia menjual terus kepada customer dan bayaran dibuat melalui debit dan kredit ke dalam akaun consignor. Kelebihan cara yang kedua ialah, consignee sudah boleh menentukan harga dan keuntungan yang akan diperolehinya, dan boleh iklan “harga kami”. Adapun dalam wakalah, ia adalah harga yang diishtiharkan oleh consignor. Kedua dua keadaan wakalah atau wadiah, senarai harga perlu diishtiharkan.

Wallahu’alam

sumber – drazman.net (Dr.Azman Mohd Noor)

Jual Beli Emas Melalui “Lock in” Harga Dan Dikenakan Denda Bagi Pembatalan

lockPrice

Soalan: Saya berminat nak beli emas untuk simpanan, bukan mengharapkan keuntungan yang tetap melalui skim skim pelaburan atau jual beli emas yang menjanjikan pulangan tetap atau janji beli balik dengan harga yang lebih tinggi. Cara jual belinya sebegini:

1)Lock harga.

2) Perlu bayar jumlah penuh dalam masa 24jam, samada melalui ejen atau walk in. Ejen pun mesti bank in duit dahulu.

3) Buat appointment utk ambil stok emas yang dipesan 3 hari lebih awal.

Pembatalan: Penalti/denda 5% daripada total harga emas yang ditempah

Jawapan

Struktur jualan di atas bermasalah. Pertamanya tidak ada taqabud/pertukaran segera di antara duit dan emas. Jumlah duit yang di bank in 3 hari lebih awal dianggap bayaran kepada emas, dan disyaratkan kena bayar awal. Emas pula akan diserahkan 3 hari kemudian. Jelas sekali di sini ada penangguhan di antara bayaran dan serahan emas. Sharat khas bagi jual beli emas ialah mesti berlaku pertukaran (bayaran dan serahan emas secara taqabud, on the spot, berlaku pertukaran secara serentak). Hukum yang sama adalah pada pembelian perak dan juga pertukaran matawang. Dalam struktu jual beli emas di atas, kalau nak anggap bayaran awal sebagai wadiah pun, tidak dinyatakan dengan jelas mekansimanya.

Kedua, dikenakan denda sebanyak 5% sekiranya pembeli ingin membatalkan pembelian. Isu Shariah ialah seolah olah tempahan atau purchase order sudah mengikat/binding, dianggap seperti sudah berlaku jual beli daripada awal, bukan sekadar tempahan. Apa yang berlaku dalam aqad jual beli ialah, komitment menyerah barang pertukaran kerana berlakunya perpindahan pemilikan. Ini bererti kalau aqad jual beli belum berlaku, penjual tidak ada hak untuk mengenakan apa apa caj pembatalan. Kalau ada pandangan yang membenarkannya pun, ia mestilah berdasarkan actually incurred cost/kos sebenar sahaja (kalau ada, seperti tambang pengangankutan), bukan dalam bentuk peratus.

Pengambilan deposit sebagai urbun juga tidak dibenarkan bagi jual beli emas kerana ia dianggap sebagai sebahagian daripada harga. Booking fee, yang boleh dipulangkan bagi pembatalan munkin boleh dipertimbangkan.

Kesimpulan: Struktur jual beli emas seperti di atas bermasalah, masih ada unsur unsur penangguhan pertukaran emas dengan duit bayaran, begitu juga pengenaan caj 5% menunjukkan tempahan melalui lock in sudah mengikat/binding, seolah olah sudah berlaku akad jual beli.

Di antara penyelesaian ialah, boleh lock harga, tetapi tidak dikenakan apa apa bayaran. Bayaran hanya dibuat semasa pertukaran bayaran harga dan serahan emas (aqad). Kalau dikenakan booking fee, ia mestilah pada jumlah yang kecil, dan boleh dikembalikan sekiranya tidak diteruskan jual beli.

Wallahua’lam

sumber – drazman.net (Dr.Azman Mohd Noor)

Tips Membeli Barang Kemas

1655999_998755563484710_3852729457495651585_n

Tips yang dimaksudkan disini ialah cara-cara yang betul membeli emas di kedai emas,tak kira la sama ada kedai Cina atau kedai Melayu dan India. ramai yang tak ambil kisah sebenarnya tentang cara-cara yang betul membeli emas. Diantara Tips-tips tersebut adalah:

Tip1: Beli barang kemas 999 (24k) atau 916 (22k) sahaja
Kedua-dua jenis ketulenan emas itu mempunyai nilai tertinggi untuk jangka panjang. Emas 999 (kandungan emas 99.9%) jarang dibuat barang kemas sebab ia telalu lembut dan mudah lekuk. Untuk kenal emas 999 dan 916 ialah lihat pada bahagian belakang barang kemas tu sebab biasanya ia akan ditempa dengan cop “999” dan “916”. Satu lagi, kalau dibakar, ia tak tinggalkan kesan kehitaman.

Tip2: Beli barang kemas padu/ tumpat sahaja
Elakkan barang kemas yang berlubang/ kosong di dalam. Ini penting untung memudahkan proses penilaian ketulenan menggunakan densimeter bila nak jual balik ataupun dipajak di Ar-Rahnu nanti. Densimeter tak dapat buat bacaan yang tepat bagi barang kemas yang berlubang ataupun mempunyai batu pertama.Selain daripada tu, barang kemas padu lebih kukuh, tahan lasak dan payah patah, putus, bengkok atau rosak. Bila barang kemas tu rosak, terpaksalah trade-in sebagai ‘used gold’ dengan harga diskaun 25%! Banyak tu. Kalau simpan jer, nanti kena zakat sebagai emas yang tak dipakai yang nisabnya lebih tinggi emas yang dipakai.

Tip3: Elakkan membeli barang kemas yang ada batu permata
Barang kemas yang ada batu permata rendah nilai ‘2nd hand value’nya. Nilainya sangat rendah bila nak jual balik dan tak diterima untuk gadaian. Emas 916 biasanya jarang ada batu permata sebab ia tak cukup kuat untuk pegang permata. Kalau emas 916 tapi ada permata, awas! Mungkin barang kemas tu bukan 100% emas 916, biasanya emas 750.

Tip4: Simpan resit belian
Resit asal belian akan membezakan nilai bila nak jual balik pada pengeluar, dan ia perlu untuk pajak di Ar-Rahnu nanti. Kalau nak jual balik emas yang kita beli dari Poh Kong contohnya; kalau ada resit dia beli balik dengan harga diskaun 20% (spread), kalau tau tak ada resit asal, dia akan beli dengan diskuan 25% dari harga semasa.

Tip5: Jangan beli emas putih
Emas putih di jual pada harga platinum (logam paling mahal, lebih mahal daripada emas 999), tapi tak ada second hand value. Emas putih mengandungi samaada 75% atau 37.5% emas, selebihnya dicampur dengan logam lain. Rupa emas putih sama dengan silver. Bezanya cuma terdapat cop “750” atau “375” sahaja. Berdasarkan apa yang saya survey, ada juga kedai emas yang jual emas putih sanggup beli balik pada harga diskuan 30% kalau ada resit, dan 50% kalau tak ada resit. Tapi umumnya, bukan mudah nak jual balik emas putih tu. Pokoknya, memang ianya rugi dari sudut pelaburan.

Tip6: Survey kos upah paling rendah.
Kos upah berbeza untuk satu kedai dengan kedai yang lain walaupun designnya sama. Kalau tak ada kos upah lagi bagus.

Tip7: Cari kedai yang jual emas bawah harga FGJAM(Persatuan Pekedai Emas).
Harga ‘standard’ pekedai emas boleh rujuk di kedai emas berhampiran.

Tip8: Cari kedai yang terima belian balik (trade-in) dengan harga yang tinggi.
Secara puratanya, mereka beli balik dengan harga diskaun 20% – 25%, tetapi ada juga kedai yang sanggup beli balik dengan harga diskuan 15% untuk barang kemas yang dibeli di kedainya.

Mudah-mudahan, tips ini boleh dijadikan panduan untuk sahabat-sahabat membeli barang kemas yang bukan sahaja berfungsi sebagai perhiasan, tapi ia juga boleh dijadikan pelaburan yang bernilai tinggi. Sambil menyelam minum air, insyaAllah.

sumber – magoldsilver.blogspot.com

 

Adakah Emas dan Perak Dikenakan GST?

d17eb3293800c6d9a4b629f96640ea26_XL

Goods and Services Tax (GST ) akan dilaksanakan dengan berkuat kuasa 1 April 2015. Kadar GST ditetapkan pada 6%. Bagaimana ini akan memberi kesan kepada pelaburan emas dan perak anda ?

Pertama sekali, adakah GST yang dikenakan ke atas emas dan perak? Jawapannya adalah jelas YA, tidak kira sama ada anda membeli dalam bentuk bar atau syiling.

Mr Nur Hilmy Ahmad dari Nubex Sdn Bhd (salah satu daripada pengedar emas dan perak terbesar di Malaysia) telah menulis kepada Jabatan Perlaksanaan GST dan mendapat jawapan yang jelas bahawa GST tidak akan dikecualikan daripada GST.

Silver GST

Adakah terdapat sebarang pengecualian ke atas produk dan perkhidmatan yang tidak perlu membayar GST? Ya ada …

Menurut NBC Group, GST dikenakan ke atas semua barangan dan perkhidmatan yang dikeluarkan di negara ini termasuk import. Walau bagaimanapun , makanan asas tertentu suka beras, gula, tepung, minyak masak , sayur-sayuran , ikan dan daging, telur dan perkhidmatan asas seperti kesihatan dan pendidikan swasta , pengangkutan awam, rumah kediaman dan tanah pertanian tidak tertakluk kepada GST.

GST juga tidak akan dikenakan ke atas bekalan air paip dan 200 unit pertama elektrik setiap bulan untuk pengguna domestik dan perkhidmatan pengangkutan seperti bas, kereta api , LRT , teksi , feri, bot , tol lebuh raya dan juga pendidikan dan perkhidmatan kesihatan dikecualikan daripada GST .

Walau bagaimanapun , emas dan perak TIDAK dikategorikan ke dalam mana-mana di atas.Apabila penjual mengenakan caj tambahan 6 % ke atas pembelian emas dan perak mulai 1 April 2015, caj 6% tidak akan masuk ke dalam poket mereka. Mereka hanya mengambil duit itu bagi pihak kerajaan.

Jadi, adakah anda ingin membeli emas dan perak sekarang ( tanpa GST) atau ingin menunggu GST dikenakan ke atas emas dan perak selepas 1 April 2015? Lakukan tindakan yang bijak! Belilah emas dan perak sekarang.

sumber – magoldsilver.blogspot.com