Gold Bullion World Tambah Ejen

Noraini (kanan) melihat koleksi emas sambil diperhatikan Mohd Hamizan pada majlis pelancaran Gold Bullion World di Kuala Lumpur.

Gold Bullion World Sdn Bhd, syarikat menjual beli emas fizikal milik Bumiputera, komited untuk meningkatkan jumlah ejennya di seluruh negara kepada 16,000 menjelang akhir tahun ini.

Syarikat itu kini memiliki 300 ejen dan sasaran pertambahan itu adalah sejajar dengan hasrat syarikat itu untuk mengukuhkan kehadirannya di pasaran tempatan.

juga memberi peluang pembangunan karier kepada orang awam untuk menjadi perunding jual beli emas fizikal.

Ketua Eksekutifnya, Mohd Hamizan Mohd Safaia, berkata emas berbentuk fizikal adalah salah satu simpanan yang sangat bernilai kerana harga dan nilai emas sentiasa dalam aliran meningkat.

Beliau berkata, mengikut rekod, harga emas kekal kukuh untuk tempoh yang panjang iaitu dalam tempoh 10 tahun lalu, harga emas sudah melonjak sebanyak 400 peratus.

Justeru itu, pihaknya berharap lebih ramai rakyat negara ini menjadikan emas sebagai simpanan atau pelaburan jangka panjang.

Nilai wang susut
“Hari ini, kita merasakan duit atau wang adalah sangat bernilai.

Bagaimanapun, tanpa disedari, nilai wang semakin hari semakin menyusut, manakala nilai emas pula semakin meningkat. Justeru itu, kami menggalakkan lebih ramai orang untuk membeli emas
dan menjadikannya simpananuntuk masa depan,” katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran rasmi syarikatnya di Kuala Lumpur, kelmarin.

Majlis pelancaran itu disempurnakan oleh bekas Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Noraini Ahmad.

Gold Bullion World atau lebih dikenali sebagai Golden World didaftarkan mengikut Akta Syarikat 1965 pada 27 September 2012.

Sijil emas

Ia menjual produk emas jenama nombor satu dunia iaitu PAMP Suisse yang disertakan dengan sijil ketulenan emas yang diterima di seluruh dunia.

Bagi pembelian emas, syarikat itu menerima semua jenis emas dan harga belian akan bergantung kepada kandungan emas dalam sesuatu item yang dibeli. -BH

Hadiahkan ‘Taj Mahal’ Buat Insan Tersayang

Golongan lelaki kini berpeluang membeli ‘Taj Mahal’ dan menghadiahkannya kepada insan tersayang sebagai lambang cinta sejati seperti yang dilakukan oleh Shah Jahan untuk isterinya, Mumtaz Mahal.

Perkara itu bukanlah mustahil selepas satu kumpulan yang dianggotai kira-kira 35 tenaga kerja di sini, menghasilkan sebuah replika bangunan Taj Mahal setinggi 106 sentimeter.

Replika bangunan ikonik itu dibina daripada 20 kilogram emas, 400 kilogram perak dan dihiasi dengan lapan butir berlian.

Menurut ketua kumpulan tersebut, Syed Hanif, sebanyak 25 kubah Taj Mahal dihasilkan daripada emas, manakala 20,000 kepingan perak dijadikan lantai bangunan tersebut.

Syed berkata, sebanyak 32 pintunya turut diperbuat daripada emas, selain seorang ulama ditugaskan untuk memastikan ayat-ayat Al-Quran yang dihiaskan pada replika bangunan abad ke-16 itu dihasilkan dengan teliti dan tepat.

“Saya merupakan seorang pekerja biasa yang hanya menerima upah sebanyak 11 pound (RM53) sehari sewaktu pertama kali melihat Taj Mahal.

“Sejak dari itu, saya menjadi taksub akan bangunan ikonik tersebut dan bercita-cita menghasilkan replikanya yang diperbuat daripada emas,” kata pemilik syarikat barangan kemas Star Gems itu.

Bagi merealisasikan impiannya, usahawan berusia 50 tahun itu mengarahkan sekumpulan pekerjanya untuk meneliti setiap sudut Taj Mahal bagi menghasilkan replika yang benar-benar serupa.

“Kami mengambil beribu-ribu keping gambar Taj Mahal untuk membuat lakaran pembinaan replika.

“Biarpun menelan belanja yang banyak untuk menghasilkannya, saya bercadang untuk menjual replika tersebut pada harga sekurang-kurangnya 11.5 juta pound (RM55.2 juta),” ujarnya. – Agensi

Mayat Lelaki Tua Ditemui Bersama Emas Bernilai USD$7 Juta!

Dia disahkan meninggal dunia pada May tahun lepas dengan baki di dalam akaunnya cuma ada $200 sahaja. Apa yang mengejutkan ketika pihak berkuasa datang untuk membersihkan rumahnya, mereka terkejut kerana lelaki tua yang meninggal dunia tersebut ditemui bersama syiling emas yang bernilai $7 juta di rumahnya.

Walter Samasko Jr, meninggal dunia pada usia 69 tahun disebabkan masalah jantung dan hanya ditemui mati berseorangan dirumahnya selepas sebulan kematiannya. Kematiannya hanya disedari oleh jirannya selepas mereka terbau sesuatu yang busuk dari rumah lelaki tersebut.

Apa yang mengejutkan, apabila pihak berkuasa datang ke rumah tersebut untuk membersihkan mayat tersebut, mereka menjumpai kotak berisi syiling emas di dalam rumah dan garaj lelaki tua tersebut yang bernilai $7,000,000.

Kotak-kotak berisi syiling emas itu hanya ditandai dengan perkataan “Buku” di luarnya.

Terdapat begitu banyak syiling emas sehinggakan pihak berkuasa terpaksa menggunakan kereta sorong untuk membawa naik ke trak. Syiling emas tersebut kemudiannya dipindahkan ke bilik kebal bank dengan diawasi kenderaan berperisai.

Samasko yang tinggal di sebuah rumah kecil berkeluasan 1,200 kaki di Carson City, Nevada, tidak mempunyai saudara-mara terdekat. Mayatnya telah diterbangkan ke Chicago dan dibakar sebelum dikebumikan bersebelahan ibunya yang meninggal dunia pada tahun 1992.

Seorang yang disyaki sebagai sepupunya yang tinggal di San Rafael, California, kemungkinan besar akan mewarisi kekayaan tinggalan lelaki tua itu.-Reuters

Sindiket Lebur Emas Tumpas

KOTA BHARU- Taktik licik warga Kemboja menggunakan kawasan belakang rumah sebagai lokasi untuk meleburkan barangan terpakai bagi mendapatkan serbuk emas dan logam secara haram, berjaya ditumpaskan dalam operasi bersepadu sepasukan anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI) di Kampung Bunga Emas, Penambang, di sini, petang semalam.

Operasi (Ops Lebur) yang diketuai Ketua Inspektor penguat kuasa MPKB-BRI, Mohamad Ali, turut disertai oleh empat anggotanya, enam kakitangan Jabatan Alam Sekitar (JAS), dua anggota polis serta empat kakitangan Imigresen.

Dalam serbuan berkenaan, lima kediaman dan sebuah bangsal yang didirikan di belakang semak yang menjalankan kegiatan itu diserbu selain seorang lelaki warga Kemboja yang tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah turut ditahan.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguat kuasa MPKB-BRI, Ramly Che Hussein, berkata operasi dilakukan, hasil intipan dan risikan anggota penguat kuasa sejak dua bulan lalu.

“Selepas mengenal pasti kawasan berkenaan serta aktiviti yang dijalankan warga Kemboja itu, kami bertindak menjalankan serbuan di kawasan terbabit.

“Melalui maklumat awal yang kami perolehi, mereka menjalankan operasi tanpa lesen dan kebenaran yang sah sekitar tiga hingga lima tahun lalu dengan membakar barangan terpakai  secara terbuka, termasuk pasu bunga, batu, pasir serta cip komputer yang mengundang masalah kesihatan kepada penduduk,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Ramly berkata, pihak terbabit pernah diberikan amaran sebelum ini oleh pihak JAS namun masih berdegil serta masih menjalankan aktiviti terbabit dan atas sikap mereka itu pihaknya, mengambil langkah segera menyerbu premis berkenaan.

“Dalam operasi ini, dua kediaman yang sedang menjalankan kegiatan membakar dan melebur diserbu dan diberi notis amaran oleh JAS selama 14 hari untuk memberhentikan kegiatan mereka serta merta serta.

“Sekiranya mereka ingkar dan masih berdegil, MPKB akan mengambil tindakan merobohkan premis terbabit dan tindakan mahkamah akan di ambil oleh pihak JAS,” katanya.

Ramly berkata, di atas kesalahan terbabit pengusaha barangan itu, boleh dikenakan tindakan di bawah akta Undang-Undang Trade Kecil MPKB 1987 dan Akta Dalam Parit dan Bangunan 1974. – Sinar harian

Golden World Cetus Impian Baru

MENGAPA mesti emas? Bukankah menyimpan wang berkepuk-kepuk di dalam bank lagi senang dan bagus?

Ramai masih tidak sedar mengenai kepentingan menyimpan emas. Sehari dua memang tidak nampak hasilnya tetapi bagaimana selepas beberapa tahun?

Golden World mencetuskan satu impian baru kepada mereka yang inginkan satu perubahan unggul dalam sistem simpanan masa depan.

Syarikat milik penuh Bumiputera ini menjalankan perniagaan menjual dan membeli emas fizikal.

Ia diperbadankan dengan nama Gold Bullion World Sdn Bhd pada 27 September tahun lalu.

Bagi penjualan, Golden World menjual emas berjenama terkenal di dunia, Pamp Suisse sementara bagi pembelian, syarikat ini menerima semua jenis emas dan harga belian bergantung kepada kandungan emas dalam sesuatu item yang dibeli.

Pelaburan lumayan masa depan

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Hamizan Mohd Safaia berkata, sudah tiba masanya rakyat Malaysia dididik betapa pentingnya memiliki emas pada masa depan. Bukan sekadar menganggapnya sebagai barangan perhiasan semata-mata sebaliknya boleh dijadikan jalan pelaburan yang lumayan pada masa depan.

“Berdasarkan pengalaman saya sendiri dalam bidang kewangan selama 10 tahun, justeru saya mengambil inisiatif menubuhkan syarikat ini bagi membantu rakyat Malaysia dalam merancang simpanan untuk kehidupan masa depan.

“Simpanan emas berbentuk fizikal sangat bernilai kerana nilainya meningkat dari sehari ke sehari berbanding sekiranya seseorang individu itu hanya menyimpan wang.

“Misalnya seseorang itu membeli emas sekarang. Bagaimana nilai emas itu pada 10 tahun akan datang. Mereka boleh menjualnya semula dengan harga tinggi kerana nilai dan harga emas meningkat dari sehari ke sehari,” katanya pada sidang akhbar selepas perasmian sekali gus pelancaran syarikat beliau baru-baru ini.

Majlis disempurnakan Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Noraini Ahmad. Saluran betul beli, jual emas Mohd Hamizan berkata, visi syarikat ialah mendidik masyarakat betapa pentingnya menyimpan emas dan perak.

Justeru pihaknya berhasrat mewujudkan kesedaran kepada orang ramai supaya membeli, memegang dan memiliki emas fizikal demi keuntungan bagi beberapa tahun akan datang.

“Bukan dengan cara menyimpan semata-mata wang tunai,” katanya.

Menurutnya, Golden World sebagai tempat atau saluran yang betul kepada masyarakat untuk membeli dan menjual emas supaya mereka tidak berurusan di premis yang salah.

Selain itu katanya, rentetan penubuhan Golden World juga memberi peluang dalam pembangunan karier sebagai penasihat perniagaan emas kepada mereka.

“Hari ini kita merasakan wang sangat bernilai. Tetapi kita tidak sedar nilai wang makin hari makin susut. Justeru menyimpan emas adalah pelindung nilai yang terbaik daripada kesusutan nilai mata wang serta kenaikan kadar inflasi yang menyebabkan wang simpanan kita menyusut nilainya.

“Sistem ekonomi dunia akan stabil sekiranya seluruh dunia menggunakan emas dan perak sebagai alat perantara atau sebagai sandaran pengukur nilai mata wang sesebuah negara.

“Tetapi tidak mudah kita hendak mengubah sistem mata wang dunia. Namun, kita berkuasa dan mampu mengubah sistem simpanan sendiri dengan bertukar kepada portfolio simpanan emas fizikal,” katanya.

Jual harga emas lebih rendah

Menurutnya. konsep Golden World lebih kurang sama dengan sebuah kedai emas, tetapi syarikat kami menjual emas dengan harga yang lebih rendah.

Bagaimanapun jangan urusan perniagaan ini disamakan dengan syarikat Multi Level Marketing (MLM) kerana perniagaan yang mereka jalankan bukan berasaskan produk.

Beliau berkata, setakat ini syarikatnya telah mempunyai seramai 300 agen berdaftar dan pada tahun ini pihaknya menyasarkan jualan lebih daripada RM1 bilion.

“Berdasarkan kajian, kira-kira 95% daripada rakyat di negara ini tidak tahu mengenai penggunaan emas pada masa depan.

“Perlu kita ingat bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda ‘akan tiba suatu zaman, tiada apa yang lebih berharga kecuali emas dan perak’.

“Oleh itu, pihak kami berusaha mendidik masyarakat kita hari ini supaya memilih emas dalam merancang simpanan untuk pada masa depan kerana ia boleh beri keuntungan berganda,” katanya. -Sinar.

Kelantan Dapat Royalti Emas 10 Juta

(Tuan Guru menunjukkan mok cek yang diterima hasil dari royalti lombong emas di Kelantan)

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan dijangka menerima RM10 juta royalty emas tahun ini dari Syarikat CNMC Goldmind Ltd, memandangkan hasil bumi itu yang terletak di Sokor, Tanah Merah dijangka bertambah tahun ini.

Pada tahun 2012, kerajaan Kelantan telah menerima sebanyak RM5 juta dari syarikat berkenaan sebagai royalty hasil kejayaan syarikat itu.

Semalam, Pengarah Eksekutif syarikat terbabit, Prof Lin Xiang Xiong, telah menyerahkan royalty terbabit kepada Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebanyak RM386,926,97.

Manakala cek berjumlah RM347,115.45 pula dibayar kepada Ketua Ekesekutif PKINK, Haji Sabri Abdullah, mewakili anak syarikat kerajaan negeri yang turut serta dalam perlombongan itu.

Majlis ringkas itu diadakan di Pejabat Menteri Besar, yang turut dihadiri oleh Setiausaha-Setiausaha Menteri Besar, serta pegawai dari syarikat perlombongan emas itu.

Lin Xiang Xiong, berkata pihaknya menjangkakan sebanyak RM10 juta royalty bakal diberikan pada kerajaan Kelantan memandangkan syarikatnya berjaya melombong hasil bumi itu dari setahun ke setahun.

Jelasnya, di pasaran dunia harga emas kini USD153 billion untuk sekilogram.

Sementara itu, Tuan Guru berharap sekiranya syarikat luar dapat membayar balik royalty pada Kelantan melalui perlombongan emas, beliau juga berharap royalty minyak dapat juga dibayar.

Menurutnya, mana boleh ambil hak kerajaan negeri begitu sahaja, apa lagi perjanjian telah dibuat.

Pada masa yang sama beliau melahirkan rasa syukur kerana rezeki kerajaan negeri untuk rakyatnya akan bertambah.

“Alhamdulillah, syukur pada Allah di atas rezeki yang dikurniakan Allah ini dan mudahan berkat doa kita semua rezeki yang ada dapat kita kongsikan bersama rakyat,”ujarnya.

Syarikat CNMC Holding itu mula beroperasi di Kelantan untuk carigali emas pada tahun 2007, setelah majlis perjanjian usahasama berhubung perkara itu dibuat dengan anak syarikat kerajaan negeri sebelum itu.

Antara Kes Penipuan Pelaburan Yang Membabitkan Masyarakat Melayu/Islam

SEPANJANG tahun lalu, banyak skandal dan penipuan pelaburan yang melibatkan segolongan masyarakat Melayu/Islam setempat yang dilaporkan Berita Harian.

Ini tidak termasuk kes-kes yang tidak diketahui dan yang tidak dilaporkan dan terlepas daripada pemantauan akhbar ini.

Berikut adalah antara kes penipuan pelaburan melibatkan masyarakat Melayu/Islam setempat yang dilaporkan akhbar ini pada tahun lalu:

1. Pelaburan saham emas kendalian syarikat Virgin Gold Mining Corporation (VGMC)

Seramai 7,000 hingga 8,000 pelabur, sebahagian besar Melayu, dilaporkan melabur dalam skim pelaburan saham emas Virgin Gold Mining Corporation (VGMC) Singapore.

Berdasarkan jumlah minimum 2,000 saham yang perlu dilabur dan harga sekitar AS$1.70 ($2.10) sesaham, ini bermakna jumlah pelaburan minimum yang sudah dipindahkan kepada firma itu boleh mencapai $33.6 juta.

Syarikat itu mencetuskan tengkarah apabila ia gagal memberi pelabur dividen disebabkan keputusan syarikat membuat Tawaran Awam Awal (IPO).

2. Program Roll Over

Sekitar 50 pelabur Melayu/Islam setempat difahamkan terjebak dalam skim pelaburan palsu yang dijalankan secara senyap-senyap dan melibatkan pelaburan bernilai hampir $1 juta.

Dinamakan Program Roll Over, pelaburan itu dikendalikan orang tengah, yang juga merupakan seorang peniaga, menerusi syarikat rawatannya di Golden Landmark.

3. Firma Dagangan Emas Genneva – satu skim berniagakan emas yang boleh dibeli balik daripada pelanggan

Genneva disiasat Jabatan Ehwal Perniagaan (CAD) kerana gagal memberikan wang dan emas yang dijanjikan kepada pelanggan mereka.

Sejak diperkenalkan di sini pada 2008, Genneva telah menarik 10,000 pelanggan di Singapura dan dianggarkan 25-30 peratus pelanggannya terdiri daripada orang Melayu.

Di akhir kontrak, Genneva membeli balik emas pada harga asal yang dibayar pelanggan. Namun, syarikat itu menjual emas kepada pelanggan pada kadar premium 20-30 peratus di atas harga pasaran.

4. Firma Perunding cara Hutang Reliance Credit Consultancy

Beberapa pelanggan Melayu yang menghadapi masalah hutang meruncing, semakin bertambah beban hutang kewangan mereka setelah mereka mendapatkan khidmat firma perunding cara milik pasangan Melayu.

Firma itu awalnya bersetuju menawarkan khidmat berunding dengan bank-bank bagi menghuraikan masalah hutang-hutang mereka. Namun setelah membayar wang kepada syarikat perunding cara hutang itu, bank-bank masih menuntut bayaran hutang dan mendesak para pelanggan yang terjebak melunaskan bayaran mereka.

5. Chique Gelerie

Satu lagi kes hangat ialah penjualan beg berjenama melalui rangkaian sosial Facebook, Chique Gelerie, milik peniaga Melayu.

Chique Gelerie, yang menjual beg berjenama, dipercayai tidak memulangkan sehingga $120,000 kepada lebih 400 pelanggan, majoriti Melayu, selepas gagal mengirim tempahan mereka.

Ramalan Harga Emas 2013 Hingga 2015

Harga emas dunia dijangkakan akan terus meningkat. Selain faktor permintaan emas yang meningkat kerana populasi manusia yang meningkat berganda, faktor  ekonomi dunia kerana krisis ekonomi yang melanda beberapa negara Eropah mengukuhkan lagi bukti bahawa harga emas akan meningkat berganda bermula tahun 2012.Hasil pembacaan artikel dan berita emas ahli peramal emas dunia telah membuat beberapa ramalan harga emas bagi tahun 2013 hingga 2015.

Semasa artikel ini ditulis harga emas rendah dan tengah meningkat iaitu pada harga US$1,715. Harga emas dunia boleh dilihat DISINI.

Berikut adalah ramalan harga emas oleh ahli emas dunia :

1. Rob McEwen (Chief Executive Officer – CEO dari US Gold Corp Inc.)

Rob Mcwen meramalkan  harga emas akan mencapai US$ 5,000/oz dalam jangkamasa  antara 2012 – 2014.

Alasannya : Hutang Amerika yang terus meningkat akan mencapai skala yang di sebut sebagai horrific scale(skala menyeramkan) . Dari masalah hutang yang pelik tersebut , menurut Rob akhir tahun ini saja harga emas boleh mencapai US$ 2,000/oz.

Rob McEwen, Chairman and CEO of US Gold Corp. and Minera Andes Inc., says gold prices are going to more than double before the bull market in precious metals is over. Speaking to a reporter from Stock to Buy, McEwen emphasized the importance of gold in a properly diversified portfolio. “Gold is money. People invest in it to protect their other investments,” McEwen said. “By the time it peaks, I think it’ll be at $5,000 an ounce.” Maklumat lanjut klikDISINI

2. Peter Cooper ( Penulis buku “Dubai Sabbatical : The Road to US$ 5,000 Gold)

Peter Cooper pula menganggarkan harga emas akan mencapai US$ 5,000/oz dalam waktu terdekat. Alasannya : Negara-negara dunia mengalami krisis ekonomi dan Negara-negara ini akan beralih kepada pelaburan yang selamat. Pelaburan yang selamat sekarang ini adalah pelaburan emas. Pembelian emas yang banyak akan menyebabkan harga emas meningkat.

3. Egon von Greyerz ( Managing Derector dari Matterhorn Asset Management – Swiss)

Egon von Greyerz pula meramalkan harga emas berada pada harga US$ 5,000/oz – US$ 10,000/oz dalam beberapa tahun akan datang.

Alasannya : pertama bila real inflation seperti yang dinyatakan oleh Shadowstats.com digunakan untuk mengukur harga emas, maka harga emas akan berganda 6 kali dari harga sekarang.

Kedua, bekalan  emas yang tidak cukup untuk mmenuhi prmintaan emas yang meningkat dengan cepat.

4. Alf Field ( Tekenal di dunia sebagai World’s Best Gold Analyst)

Alf Field meramalkan  harga emas akan berada diantara US 5,000/Oz – US$ 10,000/Oz.

Alasannya : Jika mengikut aras harga tahun 70-an ke 80-an dimana harga emas melonjak 24.3 x dalam 1 dekad, kenaikan emas dekad ini akan mencapai US$ 6,221/Oz.Krisis ekonomi dunia skarang menyebabkan systemic meltdown menyebabkan nilai wang kertas menjadi semakin tidak bernilai.

5. Arnold Bock ( Penulis pada website paling terkenal di dunia Kitco.com)

Arnold Bock menyatakan harga emas akan naik secara parabola hingga mencapai US$ 10,000 pada tahun 2012.

Alasannya  :

a) kegagalan pemerintah-pemerintah dunia membayar hutang

b) Raksasa-raksasa financial dunia akan bangkrap

c) Inflasi dan devaluasi matawang-matawang dunia

d) manipulasi harga emas sehingga sekarang masih rendah

e) Bekalan emas yang kurang berbanding permintaannya yang semakin meningkat

f) Keperluan Negara dunia untuk melabur ditempat yang selamat…apalagi jika tidak pelaburan emas…

Jika anda ingin maklumat lanjut tentang ramalan emas klik DISINI

Ramalan diatas adalah ramalan semata-mata dan kita jangan percaya sangat, namun kita harus percaya bahawa purata kenaikan harga emas adalah antara 25% hingga 40% setahun. Jika ramalan pakar emas diatas adalah benar ianya adalah bonus bagi pelabur emas. Saya juga meramalkan harga emas akan naik pada harga US$5000 pada tahun 2013 atau 2014 atau 2015 .

 

sumber : google

Kes Pelabur Saman Genneva

KUALA LUMPUR 30 Jan. – Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 1 Mac depan bagi pengurusan kes saman sembilan pelabur terhadap Genneva Malaysia Sdn. Bhd. (Genneva) dan empat pengarahnya melibatkan wang pelaburan lebih RM2 juta.

Pesuruhjaya Kehakiman, Vazeer Alam Mydin Meera turut mengarahkan mereka menyediakan ikatan dokumen, fakta-fakta yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

Pada 21 Disember tahun lalu, pelabur-pelabur berkenaan yang antaranya merupakan suri rumah dan arkitek menyaman syarikat tersebut.

Saman itu difailkan berasaskan dakwaan syarikat pelaburan emas itu melalui pengarah-pengarahnya membuat representasi palsu apabila menyatakan skim yang ditawarkan berasaskan syariah.

Semua pelabur sehubungan itu menuntut syarikat terbabit dan pengarahnya memulangkan kembali wang pelaburan melebihi RM2 juta. -utusan

14 Individu Dicari Polis #HimpunanAman

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini telah mengeluarkan gambar-gambar peserta yang telah melanggar Akta Perhimpunan Aman dengan membawa kanak-kanak ke Himpunan Kebangkitan Rakyat (KL112) yang berlangsung di Stadium Merdeka pada 12 Januari lalu.

Sebanyak 14 keping gambar telah diedarkan menerusi beberapa media cetak dan elektronik bagi mengenalpasti saksi-saksi yang dapat membantu dalam siasatan ini.
Gambar-gambar mereka telah dirakamkan semasa mereka mengambil bahagian dalam perhimpunan tersebut.

Dengan itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh menyeru saksi-saksi yang gambarnya disiarkan untuk tampil terus ke mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat ASP Tonny Lunggan di talian O14-6225262 atau pejabat di 03-90516222

Menurutnya, perbuatan membawa kanak-kanak dibawah usia 15 tahun adalah menjadi satu kesalahan di bawah SEK. 4(2) Akta Perhimpunan Aman 2012 dan di bawah SEK. 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Jika disabit kesalahan, penjaga yang membawa kanak-kanak itu boleh didenda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali.

Sementara itu, mana-mana orang awam yang mempunyai maklumat tentang saksi tersebut juga diminta memberi kerjasama dengan pihak polis.

Lihat gambar-gambar yang telah diedarkan hari ini.

2
3
4
5
6
7
6 8
9
10
11
12
13
14
15