Al Rajhi Komited Tingkat 30% Transaksi Jualan Emas

Kuala Lumpur: Al Rajhi Banking & Investment Corporation (Malaysia) Bhd (Al Rajhi), komited untuk mencapai peningkatan transaksi jualan produk emas yang diperkenalkan dua tahun lalu pada kadar 30 peratus berbanding RM100 juta yang dicatatkan sebelum ini.

Pengarah Bahagian Perbankan Runcitnya Mohd Khalil Alkhushairi berkata, menerusi produk Real Gold Real Value, pihaknya menyasarkan peningkatan transaksi jualan emas di Al Rajhi secara konservatif tahun ini berbanding 2012.

Beliau berkata, Al Rajhi memperkenalkan produk itu berikutan emas boleh diguna pakai sebagai pelindung nilai dan juga diiktiraf untuk medium tukaran serta mata wang terutama ketika ketidakstabilan politik dan ekonomi.

“Sambutan produk emas di Al Rajhi Bank amat memuaskan dan ia bukan saja mendapat sambutan di kalangan masyarakat Malaysia, malah juga dari warga asing.

“Kami yakin dengan permintaan terhadap jongkong emas yang semakin berkembang ini, secara tidak langsung dapat menambah keuntungan kompetitif dan pertumbuhan positif bank,” katanya kepada Bisnes Metro di sini.

Menurutnya, produk emas juga sejajar dengan strategi pemerolehan Perbankan Premium di Al Rajhi dan kelebihan yang ditampilkan adalah menerusi penekanan dalam ketelusan aspek syariah.

Mohd Khalil berkata, pelanggan emas Al Rajhi juga tidak dikenakan kos tersembunyi mahupun faedah riba. Malah, transaksi jual beli produk emas berlandaskan syarikat syariah yang paling dititik beratkan oleh Al Rajhi Bank.

“Setiap transaksi jual beli emas di Al Rajhi mesti dilakukan secara serentak di mana pelabur akan menerima emas fizikal pada masa sama ketika membuat pembayaran dan produk emas yang ditawarkan tersedia bagi memenuhi pelbagai kehendak serta gaya hidup semua lapisan masyarakat dari serendah 10 gram ke satu kilogram,” katanya.

Sempena pelancaran inisiatif ‘Hijrah Bersama Al Rajhi’, pelanggan yang membeli emas fizikal berpeluang memenangi pakej haji dan pelbagai lagi hadiah menarik. Kempen bermula April hingga 31 Disember ini akan menjadikan pembelian emas fizikal lebih berbaloi kepada pelanggan. HMetro

Celik Emas VS Buta Emas

Celik Emas

1.Mula sedar tentang emas-lalu membuat research mengenainya sama ada melalui forum-forum di internet,blog-blog,laman sosial atau bahan-bahan bacaan bercetak

2.Perasaan ingin tahu yang sangat kuat dan merasakan aura emas.

3.Merasa tidak sabar untuk memiliki emas,dan apabila memiliki emas,akan timbul perasaan teruja yang mendorong penyimpan emas untuk menceritakan tentang emas kepada orang lain pula

4.Timbul kesedaran mengenai helah wang kertas dan berusaha untuk mencari lebih maklumat mengenainya.

5.Menyedari akan hakikat bahawa wang yang sebenar ialah dinar dan dirham,namun untuk mengaplikasikannya sekaligus amatlah payah.Maka usaha untuk menggunakannya secara kecil-kecilan dalam komuniti kecil amatlah sesuai di peringkat awal ini.

6.Mengambil langkah memperkenalkan emas dan perak terlebih dahulu dan menggalakkan orang lain menyimpan emas sebagai aset yang unggul,kalis inflasi dan mengelakkan dari menyimpan wang kertas yang susut nilai.Simpanan wang kertas hanyalah untuk keperluan seharian dan sebagai medium pertukaran on the spot.

7.Sedar wang kertas penuh dengan riba,dan berusaha untuk mengurangkannya kerana untuk membuang 100% belum dapat lagi dilaksanakan.Maka dengan simpanan emas dan seterusnya penggunaan dinar dan dirham dapat mengelakkan dari riba secara terus menerus.
” Dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah SWT (dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya) nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala yang menyusahkannya)”

8.Bertindak menjadi peniaga emas untuk memudahkan usaha untuk memperkenalkan emas kepada lebih ramai orang.Ini juga dapat meningkatkan ekonomi orang Islam dari seorang umat kepada seorang umat yang lain.
Sabda Nabi SAW
“Peniaga yang benar dan jujur lagi beramanah,Allah SWT akan menempatkan mereka bersama para Nabi,Sidiqqin, dan para Shuhada”
-Riwayat At Tarmizi

Kategori Peminat Emas
1.Menjadikan emas hanya untuk mencari keuntungan melalui jual beli semata-mata-tidak menyebarkan ilmu emas
2.Menyampaikan info tentang emas dan menyimpan emas tapi tidak mampu mengedarkan emas kerana bukan pengedar emas
3.Menyimpan emas dan mengedarkan emas sambil menyampaikan info tentang simpanan emas
4.Menyimpan emas untuk dirinya dan keluarganya sendiri-dan tidak menyebarkannya.Baginya memadai untuk dirinya sendiri.Alangkah bagusnya jika golongan ini buang rasa mementingkan diri sendiri dan kasihan kepada golongan yang buta emas lalu menyampaikan kebenaran…

Buta Emas

1.Tidak tahu apa -apa tentang emas.Tidak ada sesiapa yang menyampaikan tentang kepentingan emas,rahsia wang kertas dan sebab untuk mereka menyimpan emas.

2.Pernah dengar dan baca tentang emas-tetapi tidak meneruskan usaha untuk menggali lebih info tentang emas.Akhirnya buta emas

3.Seseorang telah menyampaikan tentang emas kepada golongan ini,namun mereka berada di zon selesa menyimpan wang kertas dan langsung tidak membuka hati untuk mengetahuinya lebih lanjut.Kesilapan golongan ini ialah kerana merasakan yang penyampai hanya ingin menjual barang dan tak mahu terlibat.Tak kurang yang takut jika ini adalah skim dan bimbang tertipu.

4.Menjual emas tetapi dia sendiri tidak menyimpan emas-hanya untuk keuntungan semata-mata.Sayang kerana si buta emas hanya pandai menjual namun diri sendiri tidak menyimpan.Yang membeli emas dengan golongan seperti ini juga jadi penyimpan emas yang tidak tahu apa-apa.Dan diajar untuk ‘buy low,sell high (konsep pelaburan).Emas adalah simpanan dalam erti kata yang sebenar dan bukanlah pelaburan semata-mata.Namun menjadikannya pelaburan tak salah,tapi ada caranya.

5.Langsung tidak tahu mengenai dinar dan dirham.Kalau tahu atau pernah dengar sekalipun,mereka tak tahu apa fungsinya yang sebenar.Mereka tidak tahu ia adalah untuk tujuan muamalat (jual dan beli)

6.Tidak kisah dengan riba ,tidak faham,tidak berusaha ambil tahu dan mengendahkan larangan yang jelas disampaikan melalui khutbah terakhir Rasulullah SAW.

Kesimpulannya,masyarakat harus celik emas dan tugas menyebarkan tentang kebaikan menyimpan emas adalah tanggungjawab sosial dan menyebarkan tentang penggunaan matawang Islam Dinar dan Dirham pula tanggungjawab sebagai seorang Muslim.
Janganlah kita malu menjadi penyimpan emas mahupun peniaga emas kerana apa yang kita lakukan adalah jihad. Jihad dalam menentang riba dan monopoli oleh kapitalisme.

www.jutawangold.com

Curi Emas IBU : Lelaki Dihukum Penjara 8 Bulan

KUALA LUMPUR: Seorang pekerja kontrak dijatuhi hukuman penjara lapan bulan oleh Mahkamah Majistret Selayang di sini selepas mengaku bersalah mencuri rantai emas dan loket milik ibunya, April lepas.

Majistret Namirah Hanum Mohamed Albaki memerintahkan Muhammad Kamal Maniandy, 42, menjalani hukuman itu bermula dari tarikh dia ditangkap pada 9 April lalu selepas dia menukar pengakuannya kepada bersalah pada Selasa.

Tertuduh didakwa mencuri seutas rantai emas bersama loket yang kesemuanya bernilai RM2,500 milik N. Navamani Devi di rumah No.114E, Indian Settlement, Jalan 13, Batu Caves, Gombak di sini pada 6 petang 7 April lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes, pada 7 April lepas, ibunya mendapati rantai emas dan loket yang disimpan di dalam almari telah hilang.

Wanita itu mengesyaki anaknya mencuri selepas menjumpai dua resit deposit wang masuk bernilai RM1,400 ke dalam akaun tertuduh yang kemudiannya mengaku mengambil barang kemas itu dan menjualnya di sebuah kedai pajak gadai di Taman Sri Selayang.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Nadia Basri manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

-BERNAMA

Ar-Rahnu-i RHB Kini Dibuka !

Ar Rahnu-i is an Islamic pawn broking service that allows gold jewellery to be used as a surety against credit. The Bank will retain the gold as collateral and charge for safekeeping service. The gold will be valued at the prevailing market price and the loan amount is up to 70% of the current market value. The safekeeping period is determined and agreed upon by both parties. At the end of the period, the loan must be paid to the Bank and the collateral reclaimed.

Ar Rahnu-i is currently available at the following branches:

RHB Islamic Bank Kubang Kerian branch, Kota Bahru, Kelantan
RHB Islamic Bank Kuala Terengganu branch, Terengganu
RHB Islamic Bank Bangi branch, Selangor
RHB Islamic Bank Sungai Petani branch, Kedah and
RHB Islamic Bank Laman Seri branch, Shah Alam, Selangor

Kenapa Bila USD Naik, Emas Turun ?

Jika US Dollar menjadi semakin kukuh, kita memerlukan duit dollar yang kurang untuk membeli sebarang komoditi termasuk emas yang sememangnya diletakkan di dalam USD.

Jika US Dollar menjadi lemah, kita memerlukan lebih duit USD untuk membeli komoditi pada jumlah yang sama.

Ini yang menyebabkan harga emas kelihatan seolah-olah berkadar songsang dengan USD. Jika USD naik, harga emas turun, jika USD makin lemah pula, harga emas akan naik.

Dari Kitco :

When the US Dollar gets stronger, it takes fewer dollars to buy any commodity that is priced in $USD. When the US Dollar gets weaker it takes more dollars to purchase the same commodity.

The price of all US Dollar denominated commodities, like gold, will change to reflect the fact that it will take fewer or more dollars to buy that commodity. So it’s quite possible, in fact it’s almost always the case that a portion of the change in the price of gold is really just a reflection of a change in the value of the US Dollar. Sometimes that portion is insignificant. But often the opposite is true where the entire change in the gold price is simply a mathematical recalculation of an ever-changing US Dollar value.

When the dollar gets strong, gold appears to go down, and vice versa. That accounts for part of the fluctuations that we see in the value of gold.

The other part is an actual increase in the supply or demand for gold. If the price is higher when being measured not only in US Dollars, but also in Euros, Pounds Sterling, Japanese Yen, and every other major currency, then we know the gold demand is higher and it has actually increased in value.

Consequently, if gold is higher in US Dollars while at the same time cheaper in every other currency, then we can conclude that the US Dollar has weakened, and that gold has actually lost value in all other currencies. But the price, because it is being quoted in $USD will be higher and give the illusion of gold becoming more valuable. In such a case the devaluation of gold, due to increased supply on the market, is camouflaged by a weakened US Dollar.

Gudang EMAS Terbesar Di Dunia

Federal Reserve Bank of New York terletak di New York, 33 Liberty Steet, Manhattan, New York, Amerika Syarikat. Bank ini di buka pada tarikh 16 November 1914 dan tempat inilah anda boleh melihat emas yang banyaknya yang tidak akan pernah anda lihat seumur umur anda kerana disinilah terdapat vault (ruang penyimpanan) emas terbesar di dunia.

Di vault ini dianggarkan terdapat 10% daripada rizab emas di dunia atau sekitar 5000 metric tons emas deposit, yang bernilai USD $270 b.

Rizab emas ditempat ini bukan hanya berasal dari Amerika Syarikat tetapi sebahagian adalah merupakan simpanan dari 36 negara yang lain, yang mempercayai penyimpanannya di The Fed Bank of New York.
Tidak sembarangan orang dapat memasukinya apalagi mendokumentasikan tentang apa yang ada di dalam vault tersebut.

Jadi berbahagialah anda yang dapat melihat vault penyimpanan emas terbesar di dunia tersebut. Walaupun hanya melihat, tapi menambah pengetahuan kita.

Tauke Rugi RM17,000 Kedai Emas Dirompak, Polis Cedera

ALOR SETAR – Seorang pegawai polis yang sedang bercuti tetap melaksanakan tugasnya menjaga keselamatan awam dengan berusaha menghalang dua perompak yang memecah masuk sebuah kedai emas di Alor Janggus di sini petang kelmarin.

Sungguhpun begitu, beliau cedera di tangan kanan apabila terkena tembakan yang dilepaskan oleh seorang perompak sebelum melarikan diri.

Ketika insiden itu, Ketua Polis Balai Senai, Johor, Inspektor Zuwairi Ramli sedang bercuti dan dalam perjalanan ke Alor Setar bersama keluarga.

Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim berkata, ketika sampai di pekan Alor Janggus, pegawai polis itu ternampak dua lelaki keluar dari sebuah kedai emas sambil memegang satu tukul besi dan beg tangan.

“Inspektor Zuwairi mengesyaki berlaku rompakan di kedai itu segera memberhentikan keretanya untuk menangkap suspek. Secara tiba-tiba, seorang suspek mengeluarkan sepucuk pistol dan melepaskan tembakan dan mengenai tangan kanannya,” katanya.

Suspek kemudian melarikan diri dengan motosikal sebelum terbabas dan melanggar sebuah kereta kira-kira 200 meter dari tempat kejadian.

Mereka kemudian melepaskan satu lagi tembakan ke udara sebelum merampas kenderaan yang dirempuh itu untuk melarikan diri. Kereta itu dijumpai semula di Taman Anggerik berdekatan sebuah pasar raya di sini, kira-kira jam 6 petang.

“Kita mendapat panggilan telefon daripada seorang pekerja di Plaza Tol Alor Setar Utara yang melihat lelaki yang mencurigakan di tandas.

“Kita menjumpai satu beg kecil berisi sepucuk pistol jenis Styr, satu magazin dan sebutir peluru 9 milimeter dalam tandas itu,” katanya.

Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati kelongsong peluru yang dilepaskan suspek kes rompakan kedai emas itu sama dengan sebutir peluru yang dijumpai.

“Polis masih menjalankan siasatan sama ada pistol itu ada kaitan dengan rompakan kedai emas atau sebaliknya. Kes disiasat di bawah Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971,” katanya.

Mengenai anggota polis yang terkena tembakan, Ahmad beliau berkata, Zuwairi mengalami kecederaan pada tapak tangan sebelah kanan.

“Beliau hanya cedera di tapak tangan dan mendapat rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.

“Pegawai polis itu ketika ini masih bercuti untuk menghadiri majlis perkahwinan adik perempuannya di sini,” katanya.

Sementara itu, pemilik kedai emas terbabit, Thoo Ah Fatt, 55, berkata, kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu berlaku terlalu pantas dan boleh membahayakan nyawa orang ramai.

“Sewaktu kejadian, saya berada di ruang niaga. Tiba-tiba dua lelaki memberhentikan motosikal dan terus berlari ke arah kedai saya sambil mengacukan pistol.

“Saya tidak mampu berbuat apa-apa, hanya boleh lari selamatkan diri di belakang kedai. Seorang daripadanya kemudian memecahkan cermin tempat barangan kemas menggunakan tukul besi sebelum melarikan pelbagai barangan kemas,” katanya.

Menurutnya, sewaktu suspek cuba melarikan diri, seorang anggota polis yang secara kebetulan lalu di hadapan kedai emas memberhentikan kereta dan memperkenalkan diri selepas melihat tindakan suspek yang mencurigakan.

“Terkejut dengan kehadiran anggota polis itu, seorang suspek melepaskan satu das tembakan dan mengenai tangan anggota polis itu,” katanya yang kerugian kira-kira RM17,000 akibat kejadian itu. SinarHarian

Inspektor Cuba Halang Rompakan Cedera Ditembak

Seorang pegawai polis berpangkat Inspektor yang sedang bercuti di kampungnya, cedera ketika cuba menggagalkan rompakan di sebuah kedai emas di Batu 4, Jalan Kuala Sungai di Alor Setar semalam.

Ketua Polis Kedah Datuk Ahmad Ibrahim berkata dalam kejadian kira-kira 4.30 petang itu, dua lelaki yang memakai topi keledar muka penuh bersenjatakan sepucuk pistol dan sebatang besi melepaskan tembakan sehingga mencederakan pegawai polis itu ketika suspek bergegas melarikan diri dengan sebuah motosikal.

Beliau berkata mangsa yang bertugas di Johor kebetulan lalu di kawasan kedai emas berkenaan dan menyaksikan kejadian rompakan yang menyebabkan kerugian lebih RM18,000 itu.

“Anggota (polis) itu perkenalkan dirinya sebelum seorang suspek bertindak keluarkan sepucuk pistol dan melepaskan tembakan.

“Anggota itu cedera di tangan kanan dan menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah sebagai pesakit luar dan dilaporkan stabil,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kedah di Alor Setar malam tadi.

Ahmad berkata motosikal yang ditunggang suspek kemudian terbabas dan melanggar sebuah kereta kira-kira 150 meter dari tempat kejadian dan seorang daripada mereka melepaskan satu tembakan ke udara sebelum bertindak merampas kenderaan yang dirempuh itu.

Beliau berkata kereta itu kemudian ditemui di Taman Anggerik pada kira-kira 6.25 petang.

Polis menerima maklumat orang awam yang melihat lelaki mencurigakan keluar dari tandas di plaza tol Alor Setar Utara, Jalan Langgar di Alor Setar, katanya.

Ahmad berkata hasil siasatan mendapati satu beg kecil berisi sepucuk pistol jenis Styr Satu Magazin dan sebutir peluru 9 milimeter diletak dalam tandas itu.

“Hasil pemeriksaan mendapati kelongsong peluru yang dilepaskan suspek kes rompakan kedai emas itu sama, dan kita akan menyiasat sama ada kedua-dua kes itu mempunyai kaitan atau tidak,” katanya sambil menambah kes disiasat mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

Sementara itu, seorang saksi, Nurliza Ali, 20, yang juga pekerja kedai emas berkata dua lelaki yang menaiki motosikal jenis Yamaha RXZ meluru ke dalam kedai sebelum mengacu pistol ke arahnya serta meminta beliau diam dan tidak melawan.

Nurliza berkata ketika itu, hanya beliau berada di bahagian depan kedai manakala majikannya yang berusia 51 tahun bersama dua anak berusia 23 dan 11 tahun di pejabat yang terletak di belakang kedai.

“Dia (suspek) suruh saya duduk, dan saya pun duduk bertinggung sebab takut.

Lepas tu, seorang lelaki yang pegang batang besi dibalut kain pecahkan cermin pameran dan ambil pelbagai gelang, cincin emas dan perak, termasuk emas tiruan, secara tergesa-gesa.

“Lepas penggera berbunyi, mereka lari menuju ke arah Alor Janggus dan sayapun berlari mendapatkan majikan,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Anak sulung pemilik kedai emas, Thoo Chee Cheng, 23, pula berkata beliau keluar dari pejabat dan menekan butang penggera selepas terdengar bunyi bising di luar dan ternampak kelibat dua lelaki bersenjata.

Beliau berkata sebelum ini, kedai emas yang beroperasi sejak 23 tahun lepas itu tidak pernah dirompak.
– Bernama

Pajak Barang Kemas, Adakah Ia Menguntungkan?

“Beli barang kemas, nanti senang nak pajak”, antara nasihat yang masyhur kita dengar. Dan nasihat tu memang betul sebab ar-rahnu di bawah pengurusan bank hanya terima barang kemas sahaja (sejak tahun 2011), tapi nasihat umum begitu sebenarnya telah memerangkap ramai pelabur. Pelaburan emas pada asasnya TAK PERLU PAJAK. Yang kedua, memajak emas perlu ada strategi yang betul dan kira-kira yang teliti.

Kalau tak tahu bila masa terbaik untuk pajak, macam mana buat kira-kira untung rugi dengan ar-rahnu, dan tak ada strategi yang betul, memang confirm ia memerangkap pelabur emas ke dalam belengu hutang ar-rahnu.

Kenapa ramai pelabur terperangkap? Perkara paling penting yang mereka lupa, spread (susut nilai) barang kemas biasanya sekitar 25% (sangat tinggi)!

Kerugian #1 – Susut Nilai Tinggi (25%)

Siapa beli barang kemas hanya semata-mata nak memudahkan pajak, dia kerugian 25% on the spot! Kalau anda jual emas tu di kedai emas, mereka akan tolak spread (susut nilai) sebanyak 25%. Maksudnya, kalau anda tak pajak pun emas tu, anda perlu tunggu at least harga emas naik sebanyak 25% baru boleh BALIK MODAL. Jangan cerita pasal untung lagi sebab jarang sekali harga emas melepasi 25% dalam tempoh setahun. At least 2 – 3 tahun baru balik modal. (Rujuk artikel “Perbandingan Spread (Susut Nilai) Emas di Malaysia” untuk fahami pengiraan susut nilai, dan fahami 4 kerugian membeli barang kemas di artikel “Barang Kemas vs Emas Pelaburan, Mana Lebih Untung?”.).

Selain susut nilai barang kemas yang tinggi, ada dua (2) lagi risiko kerugian iaitu:

  • Caj upah simpan / caj pajakan yang mahal; dan
  • Harga emas yang tak naik, bahkan lebih rendah daripada harga anda beli.

Kerugian #2 – Caj Upah Simpan (13.8% Setahun)

Ramai orang fikir, caj ar-rahnu cuma 0.75% – 1.00% sahaja sebulan, tapi sebenarnya mereka silap sebab caj itu dikira atas NILAI MARHUN (nilai emas), bukan atas NILAI PINJAMAN. Bila nak kira kos untuk ‘investment’, kita kena kira kos atas “nilai pinjaman”.

Caj pajakan Ar-Rahnu Agrobank.

Berdasarkan kira-kira yang saya buat, kos sebenar pajakan ar-rahnu ialah sekitar 1.15% – 1.54% sebulan (atau 13.8% – 18.5% setahun) daripada JUMLAH PINJAMAN yang diberikan. Memang banyak, hampir sama dengan kadar interest kad kredit!

[Illustrasi : Kos pajakan 6 bulan ialah 6.9% (1.15% x 6 bulan)]

Kalau ambil kira susut nilai 25% + kos pajakan 6.9%, bermakna anda perlu tunggu harga emas naik 31.9% baru anda BALIK MODAL! Itu belum ambil kira caj pajakan yang lebih mahal i.e. sehingga 1.54% sebulan.

Kerugian #3 – Harga Emas Bergerak Mendatar

Tempoh asas pajakan adalah 6 bulan. Sesetengah ar-rahnu bagi lagi tempoh lanjutan 3 bulan – 6 bulan. Katakanlah anda pajak emas bernilai RM10,000, tapi lepas 6 bulan, nilai semasa emas masih lagi RM10,000 kerana harga bergerak MENDATAR, maka di sinilah anda akan mula nampak masalah sebab emas tu perlu ditebus sedangkan;

  • Anda kena tanggung kos pajakan 6.9%;
  • Kalau jual emas (surat pajak) tu, anda rugi lagi 25%!

Jumlah kerugian 31.9%!

Kalau modal anda RM10,000, senang-senang rugi sekitar RM3,190! Kalau harga emas turun 10% daripada harga anda beli, maka kerugian mudah ialah 41.9% (31.9% + 10%) bersamaan RM4,190. Dan anda boleh agak apa akibatnya. Emas yang anda ada kononnya nak melabur, akan berakhir dengan emas tu lebur dilelong ar-rahnu!

 

Lepas September 2011 (garisan merah), ramai pemajak tegar mula berduka cita…
Teknik Manipulasi Ar-Rahnu perlu disemak semula kalau nak dilakukan pada hari ini.

5 Nasihat Untuk Pemajak Barang Kemas

Jadi nasihat saya:

Nasihat #1: Beli emas yang spreadnya rendah. Dah banyak ar-rahnu terima pajakan gold bar, gold coin, dan dinar terutamanya ar-rahnu swasta dan di bawah pengurusan koperasi. Kalau anda nak beli barang kemas juga, saya syorkan barang kemas i-series Public Gold sebab susut nilainya cuma 10% berbanding barang kemas biasa 25%.

Nasihat #2: Buat kira-kira, adakah berbaloi upah simpan yang anda perlu tanggung berbanding peluang menjana keuntungan dengan duit pinjaman ar-rahnu yang anda dapat.

Nasihat #3: Kalau anda pajak emas bagi mendapatkan modal untuk beli lagi emas pada harga rendah i.e. Teknik Manipulasi Ar-Rahnu, pastikan ianya berada pada paras harga yang selamat mengikut pandangan Analisis Teknikal. Kalau anda tak tahu Analisis Teknikal, rujuk mereka yang pakar tentang analisis.

Nasihat #4: Pajak emas dalam jumlah yang berpada-pada. Kalau harga emas tak naik dalam tempoh pajakan 6 bulan, anda dah ready dengan Plan B sebagai jalan keluar. Point pentingnya, jangan tamak. Orang tamak selalu rugi…

Nasihat #5: Fahami strategi memanfaatkan duit pinjaman ar-rahnu. Kalau anda pajak untuk rolling modal perniagaan, bagi saya ia tak ada masalah sebab anda boleh jangka keuntungan perniagaan yang bakal anda dapat berbanding kos pajakan. Tapi kalau guna duit pajak untuk belanja hangus, memang emas tu akan hangus dilelong ar-rahnu. Jangan tanya saya mana nak cari duit untuk tebus emas tu nanti! (“,)

Nanti berkelapangan, saya akan tulis artikel “Teknik Sebenar Manipulasi Ar-Rahnu”. Saya tak menjanjikan sebarang “magic solution”, tapi saya berikan panduan yang selamat dan menguntungkan, insyaAllah. Dan saya tak syorkan anda buat “manipulasi ar-rahnu” kalau anda belum betul-betul buat kira-kira meyakinkan dengan ambil kira faktor ketidaktentuan harga emas sekarang serta jalan keluarnya. Sebab, pelaburan emas fizikal pada asasnya TAK PERLU PAJAK. Beli dan simpan. Bila nak pakai duit untuk belanja hangus, terus jual. Itu jer…

Nota 1 – Kos Pajakan Paling Minimum : Pemerhatian saya, caj pajakan (upah simpan) paling rendah setakat ni ialah Ar-Rahnu Agrobank dan Ar-Rahnu Bank Rakyat. Iaitu pinjaman 70% dari nilai emas (marhun) dengan caj upah simpan RM0.75 atas setiap nilai emas RM100. Jadi, kadar sebenar atas NILAI PINJAMAN ialah 1.07% sebulan, bersamaan 6.43% untuk tempoh 6 bulan, atau 12.86% setahun. Itu caj MINIMUM.