Cara Membeli Emas & Melabur Emas Yang Betul & Selamat

Pelaburan emas memerlukan cara membeli emas dan cara melabur emas atau teknik yang betul dan selamat agar kita dapat memaksimakan kuntungan dalam pelaburan emas fizikal.Sebelum melabur emas atau membeli emas jongkong atau syiling dinar kita mesti memeriksa syarikat terbaik, sah , “spread” (beza harga jual dan beli yang rendah, kemudahan menjual balik dan sbagainya.

Seterusnya anda perlu menggunakan cara teknik yang betul,utama,benar dan selamat seperti di bawah :

1. Hanya Beli Emas Fizikal

Hanya beli emas fizikal yang boleh anda pegang di tangan, iaitu beli emas dapat emas bukan beli emas dapat nombor. Sebab mengapa anda perlu beli emas yang boleh anda pegang dan simpan sendiri.

Pertamanya, ia mengurangkan risiko anda ditipu. Beli emas tetapi tidak dapat emas, hanya dapat lihat nombor-nombor tercetak di atas slip (buku akaun emas / eft dan sebagainya).Entah betul atau tidak emas itu “benar-benar wujud”? Tidak anda ketahui! Jika bank tutup?(Tidak mustahil berlaku, malah pernah berlaku). Apakah yang akan terjadi dengan nombor nombor yang tercatat pada slip akaun simpanan emas anda?.Jadi beli emas fizikal!

Keduanya, ia lebih selamat. Maksud saya, jika apa-apa berlaku kepada ekonomi negara, atau pihak syarikat/bank tempat anda beli emas itu (seperti ditutup). Anda tidak perlu risaukan apa-apa, sebab, emas tersebut masih di tangan anda! Dan emas, adalah sesuatu yang bernilai! Anda masih boleh menjualnya kepada pihak lain (walaupun anda mungkin rugi sedikit akibat perbezaan spread yang besar), tetapi anda masih boleh menjualnya!.

Jika suatu hari nanti, negara kita mengalami masalah hyperinflasi dan suasananya menjadi kacau-bilau! Anda mempunyai pilihan untuk berhijrah ke negara jiran denganmembawa emas-emas anda. Kemudian, gadaikan ia disana dan mulakan kehidupan yangbaru! (Seperti mana yang pernah dilakukan oleh pelarian Vietnam ketika perang dulu!).Berbeza jika anda membawa wang kertas Malaysia ke luar negara dan cuba tukarkannya dimoney exchanger, ianya mungkin sudah tidak diterima kerana sudah tidak begitu bernilai,ataupun anda hanya akan mendapat nilai yang sangat kecil sahaja. Jadi beli emas fizikal!

Ketiga, Penggandaan wang. Hanya emas fizikal kita boleh buat menggandakan wang atau emas yang paling banyak. Iaitu dengan cara pajak emas di Arrahnu atau bank. Pajak emas paling banyak dapat pinjaman iaitu 65% hingga 80% daripada nilai emas. Jika kita pajak tanah kita di bank hanya dapat 50% daripada nilai tanah sahaja. Kenapa ? Sebabnya pihak bank atau dunia mengetahui emas akan sentiasa meningkat harganya. Jadi beli emas fizkal sekarang.. Dan teknik ini, hanya boleh dilakukan jika anda memiliki dan memegang emas tersebut di tangan anda!.Kalau emas yg jenis dalam buku simpanan bank, memang tak boleh. Jadi belilah emas fizikal!

2. Membeli Emas Hanya Sebahagian Sahaja Daripada Wang Anda.

Walaupun pelaburan emas ini sangat menguntungkan, tetapi, usahlah menjadi terlalu fanatik (atau tamak sebenarnya), dan melaburkan kesemua wang anda kepada emas. Sebaik-baiknya hanya melabur 50% wang anda. Jangan sesekali melupakan hukum pelaburan.. “Don’t put all your eggs in one basket”.. jadi.. berpada-pada lah. Gunakan sebahagian lagi wang anda untuk pelaburan lain seperti tanah, dana amanah ( seperti Public Mutual, saya juga agen Public Mutual ) atau perniagaan. Tujuan utama yang lain adalah jika harga emas turun, anda boleh lagi membeli jongkong emas agar merendahkan harga emas anda melalui konsep pemurataan harga.

3. Beli Emas waktu Anda Ada Duit Sekarang, Jangan Tunggu Harga Rendah

Jika anda hanya merancang untuk membeli emas pada ketika harga emas rendah sahaja,kemungkinan besar, anda tidak akan membelinya sampai bila-bila. Waktu yang terbaik untuk membeli emas, adalah sewaktu anda mempunyai duit!, bukannya sewaktu harga emas sedang murah!, sebabnya, anda tidak akan tahu bilakah waktunya harga emas sedang benarbenar murah. Dan emas, sudah pastinya tidak akan jadi murah.. sebab.. ianya EMAS!(bukannya besi!). Semurah manapun emas, ia tetap “mahal” di pandangan masyarakat. Jadi, tidak perlu risau, jika anda ada duit, dan duit itu cukup untuk membeli emas pada waktu itu. Beli sahaja! Tak perlu nak tunggu sampai harga emas jadi murah .. baru nak beli! Sebab ia takkan berlaku. Tambahan pula jika anda membeli emas sekarang (jika harga tinggi) nilai gadaian yang akan anda dapat juga tinggi..

“Tetapi bagaimana kalau selepas saya beli! Harga emas jatuh?!”
Oh!.. itu mudah sahaja!.. Beli lagi! Dan teknik ini, dipanggail “cost averaging”, dengan kaedah ini, anda akan dapat merendahkan kadar purata kos anda membeli emas. Sebagai contoh, Anda telah membeli seketul emas 20gm, sewaktu ianya berharga RM3200, sebulan selepas itu, tiba-tiba harga emas tersebut turun menjadi RM2800. Anda pun membelinya satu lagi. Kini secara puratanya, kos anda untuk memiliki 2 ketul emas 20gm ialah (3200+2800 / 2) =RM3,000. Kini, anda hanya perlu tunggu harga emas itu naik semula melebihi RM3000 untuk membolehkan pelaburan anda untung semula. Berbeza kalau anda tidak membeli emas lagi, maknanya, anda perlu tunggu emas naik semula melebihi RM3200 untuk memastikan pelaburan anda terhadap seketul emas itu menguntungkan. Disebabkan itu jugalah, anda tidak digalakkan membeli kesemua wang tunai anda kepada emas sekaligus, beli sedikit dahulu, kemudian tunggu, lihat pergerakkan harga emas tersebut, turun atau naik.. hanya selepas anda membeli buat pertama kali, barulah anda dapat lihat dengan jelas maksud “tinggi” atau “rendah” harga emas itu pada satu-satu waktu, kerana kini, anda sudahpun mempunyai “benchmark” (tanda pengukur) anda sendiri, iaitu harga emas sewaktu anda membelinya pada kali yang pertama. Selagi anda tidak membeli emas buat kali pertama, anda tidak akan tahu bilakah harga emas itu “rendah” atau “tinggi” , sebab anda tidak ada “satu harga” benchmark untuk anda bandingkan. Jadi, beli sikit-sikit dahulu, malahan ada sesetengah penjual emas yang mengalakkan anda membeli 1 dinar 1 bulan. Cukup 12 bulan, sudah ada 12 dinar..

“Bagaimana pula jika pada waktu harga emas jatuh itu, saya sudah tidak ada duit untuk membeli emas lagi?”

Ada 2 pilihan disini!..

Pertama, anda boleh pajak emas yang anda sedia ada itu, kemudian, wang hasil pajakan itu anda gunakan untuk beli emas lagi! Kos upah simpan adalah 0.75% sebulan, bersamaan dengan 9% setahun (lebih kurang interest pinjaman bank). Untuk memastikan teknik ini berjaya, anda perlu pastikan, harga emas yang baru anda beli itu meningkat lebih dari 15% dalam masa setahun ( untuk cover semula kos 9% upah pajak + 6% spread emas). Jika tidak, anda mungkin akan sedikit rugi. Dan ya! Teknik ini hanya boleh dilakukan jika emas tersebut ada di tangan anda! Emas yg dibeli secara “buku akaun simpanan”, tidak boleh melakukan teknik ini.

Pilihan Kedua, rileks saja jangan takut emas akan naik kerana pningkatan manusia dan penggunaan emas dalam elektronik dan sebagainya akan meningkatkan permintaan emas seterusnya akan meningkat harga emas. Insyallah harga emas akan naik semula dalam masa 1 hingga 2 bulan kemudian. Itu adalah perkara normal, harga emas memang akan sentiasa turun dan naik, tetapi dalam jangka masa panjang, ianya pasti akan meningkat. Jadi, jangan terlalu gabra / cemas setiap kali melihat harga emas turun. Itu adalah perkara normal.

4. Beli Emas Yang Mudah Di jual beli, Tidak Cerewet Dengan Syarikat Pelaburan Emas Yang Sah

Emas yang tidak cerewet yang saya maksudkan ialah, emas yang tidak jatuh nilainya walaupun sudah tercalar, bengkok, dibuka sampul plastiknya atau sebagainya, tetapi, pihak penjual emas tersebut masih sedia untuk membelinya semula dengan harga yang tinggi!. Manakala emas yang mudah dijualbeli pula bermaksud, emas tersebut senang dibeli dan dijual semula dimana-mana lokasi kerana terdapat ramai pengedarnya.

5. Jangan terlalu mudah menjual Semula Emas Anda

Walaupun emas itu boleh dijual semula dengan mudah, tapi saya nasihatkan, seboleh bolehnya,jangan jual emas anda Ini kerana, kemungkinan besar, selepas anda menjual emas anda itu, anda mungkin sudah tidak dapat membeli emas itu semula dengan harga yang pernah anda beli suatu masa lalu.. ini kerana, harga emas sentiasa meningkat . Jadi, jika anda ingin menjual emas anda, pastikan anda mempunyai tujuan yang betul-betul kukuh mengapa anda perlu menjualnya. Tetapi, jika anda cuma terdesak nak pakai duit buat sementara waktu! Cara yang lebih baik..adalah dengan memajakkan emas tersebut! Dan bukan menjualnya! Itu lebih baik.

6. Jangan “saja-saja” pajak emas anda

Ya! Walaupun emas anda boleh dipajak, tetapi, anda janganlah secara “suka-suka sebab tak ada kerja” memajak emas anda. Memajak emas, sebenarnya, membawa erti/maksud “anda membuat pinjaman”. Jadi, nak buat apa anda mahu buat pinjaman jika tiada apa-apa sebab! Tak pasal-pasal membazir duit bayar kadar faedah / upah simpan. Jika anda ingin pajak emas anda, pastikan anda mempunyai tujuan yang khusus dan kukuh, antara tujuan yang saya fikir sesuai untuk anda memajakan emas anda, adalah..

1. Ingin mendapatkan modal permulaan/pusingan perniagaan anda

2. Ingin membeli lebih banyak emas

3. Memang sebab terdesak nak pakai duit sebab nak bayar hutang, kereta
rosak atau hal-hal kecemasan yang lain.

Itulah sahaja 3 sebab yang saya rasa sesuai untuk anda memajakkan emas anda. Sebab sebab lain seperti,nak pakai duit sebab nak beli handphone baru, nak beli TV besar dan lain lain perkara didalam kategori liabiliti, adalah tidak digalakkan.

Penutup
Itulah antara beberapa tips tentang pelaburan emas yang betul, sebenarnya dan selamat. Jika anda ingin membeli dan melabur di dalam emas, belilah emas fizikal, belilah apabila anda sudah cukup duit, beli emas pada harga rendah seperti harga sekarang dan buat pinjaman peribadi untuk beli emas pada masa yang sesuai seperti sekarang. Sebenarnya rugi jika membiarkan sahaja wang tunai itu terperap di dalam bank atau tidak mmbuat pinjaman peribadi. Nilainya akan menjadi semakin susut akibat inflasi. Gandakan wang dengan membeli emas atau membuat pinjaman peribadi membeli emas fizikal. Dan akhir sekali, apabila sudah memiliki emas, jangan terlalu mudah menjualnya atau secara suka-suka memajaknya. Pastikan anda mempunyai tujuan yang kukuh jika anda mahu menjual atau memajaknya.

Lady Gaga Guna Kerusi Roda Bersalut Emas

LOS ANGELES – Diva pop Lady Gaga nyata tidak mensia-siakan kekayaannya apabila menggunakan sebuah kerusi roda bersalut emas.

Penyanyi lagu Poker Face berusia 26 tahun itu menggunakan kerusi roda emas 24 karat itu selepas menjalani pembedahan pinggul.

Kerusi roda itu dilengkapi tempat duduk kulit dan kanopi mudah alih, juga daripada kulit serta boleh diturunkan jika penyanyi itu ingin baring.

Gaga meminta Ken Borochov dari syarikat pembuat barang berjenama Modekai untuk menghasilkan kerusi roda unik itu.

“Saya gembira dapat mencipta apa yang saya gelar ‘The Chariot’ – kerusi roda sesuai untuk seorang permaisuri,” kata Borochov.

Gaga menjalani pembedahan bulan lalu untuk merawat pinggulnya yang cedera, menyebabkan dia membatalkan konsert jelajahan dunianya.- The Sun

Bekas CEO Kerugian RM1 Juta

SHAH ALAM – Seorang bekas ketua pegawai eksekutif syarikat serta isteri kehilangan barang-barang kemas bernilai kira-kira RM1 juta apabila rumah teres dua tingkat mereka di Seksyen 4, di sini dipecah masuk, petang semalam.

Kejadian itu berlaku ketika Othman Ismail, 63, isterinya, Rohani Abdul Ghani, 54, pergi ke majlis kenduri kahwin di Klang kira-kira jam 2.30 petang.

Anak dan menantu mereka yang tinggal di rumah teres bersebelahan juga tiada di rumah ketika itu.

Othman berkata, sebaik sahaja mereka pulang kira-kira jam 5 petang, isteri beliau mendapati pakaian dan barang-barang lain di bilik tidur utama dalam keadaan berselerak.

Mereka terus memeriksa bilik-bilik lain dan dapati almari-almari digeledah dan pakaian berselerak di lantai.

Mereka terkejut mendapati banyak barang kemas, semuanya bernilai kira-kira RM1 juta lesap.

Antara yang hilang ialah cincin yang berharga kira-kira RM70,000 sebentuk, seutas jam bernilai kira-kira RM30,000 dan barang-barang emas serta berlian.

Rohani menganggarkan nilai barang-barang kemasnya yang lesap sekitar RM800,000.

Barang-barang kemas milik anak-anak mereka yang hilang belum dapat dipastikan.

Penjenayah dipercayai memasuki rumah itu dengan mengumpil selak pintu belakang rumah anak mereka, sebelum memasuki rumah mereka.

Rohani berkata, mereka biasanya membawa barang-barang kemas bersama apabila balik ke kampung di pantai timur.

“Sebelum keluar tadi pun saya teringat mengenai barang-barang kemas itu, tetapi tidak membawa sekali kerana menyangka kami tidak keluar lama,” kata Rohani.

Mereka membuat laporan di balai polis di sini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob memberitahu, kes tersebut masih dalam siasatan. – SinarHarian

Bekas Pekerja Syarikat Barang Kemas Didakwa Pecah Amanah

KUALA LUMPUR 12 Mac – Seorang bekas pekerja syarikat pembuatan barangan kemas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap pertuduhan pecah amanah membabitkan batu permata berlian milik syarikat itu dua tahun lepas.

Hew Sok Chan, 28, yang ketika itu penolong pengurus bahagian perkhidmatan produk syarikat Tomei Gold and Jewellery Manufacturing Sdn. Bhd., didakwa melakukan pecah amanah melibatkan 5,776 biji berlian asli bernilai RM695,794.18 dengan menyalahgunakannya untuk kegunaan sendiri.

Hew didakwa melakukan kesalahan itu di syarikat Tomei Consolidated Bhd., beralamat di Projek Jaya Industrial Estate, Batu 6, Jalan Klang Lama, di sini pada 6 Mei 2011.

Dia didakwa mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 14 tahun dan sebat, dan boleh dikenakan denda.

Hew juga menghadapi pertuduhan kedua iaitu memalsukan akaun majikannya dalam rekod Item Adjustment Listing dengan niat hendak mengubah sehingga menyebabkan syarikat itu mengalami kerugian RM657,587.22.

Bagi pertuduhan itu, Hew didakwa mengikut Seksyen 474(A) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun, atau dengan denda, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Suzanne ak Tiyon Bimen menawarkan jaminan RM100,000 bagi setiap pertuduhan.

Peguam S. Prakash memohon jaminan dikurangkan kepada RM10,000 bagi setiap pertuduhan atas alasan anak guamnya itu menanggung ibu dan adik-beradiknya.

Hakim Che Mohamad Zulkifly Jusoh membenarkan tertuduh diikat jamin RM100,000 bagi kedua-dua pertuduhan dengan seorang penjamin, dan menetapkan 12 April untuk sebutan semula kes.

Dia membayar jaminan itu. – BERNAMA

Kedai Emas Disamun 3 Lelaki

Anggota polis sedang menjalankan siasatan selepas kejadian samun di Jalan Tok Hakim semalam.

KOTA BHARU – Sebuah kedai emas disamun tiga lelaki yang memakai topi keledar dengan bersenjatakan kapak dan parang di jalan Tok Hakim di sini petang kelmarin.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 4.45 petang itu menyebabkan pemilik premis terbabit mengalami kerugian kira-kira RM 200,000.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, dalam kejadian itu, tiga suspek terbabit masuk ke dalam kedai emas berkenaan tanpa membuka topi keledar lalu terus memecahkan meja kaca yang mempamerkan beberapa utas rantai dan barang kemas dengan menggunakan senjata tajam yang dibawa.

“Dipercayai ketiga-tiga suspek berbangsa Melayu, melakukan rompakan terbabit tidak lebih dari lima minit dan terus melarikan diri dengan barangan kemas yang dirompak.

“Suspek berkenaan, turut meninggalkan sebilah kapak di dalam kedai emas itu, namun sempat meloloskan diri dengan parang yang turut digunakan dalam kejadian itu,” katanya ketika ditemui di kawasan kejadian.

Azham berkata, gerakan memburu ketiga-tiga suspek kini giat dijalankan bagi mengesan mereka yang masih bebas.

“Setakat ini kita masih menjalankan siasatan terhadap kes ini memandangkan ketika kejadian itu, terdapat lima pekerja di dalam kedai berkenaan yang diarahkan berdiam diri ketika rompakan berlaku.

“Kes terbabit disiasat di bawah seksyen 395/397 Kanun Keseksaan (KK) kerana melakukan samun berkumpulan dengan menggunakan senjata,” katanya.

Sementara itu menurut saksi kejadian yang bekerja di kedai permainan video berhampiran kedai emas berkenaan, Sarah Nik Mod, 20, dia melihat kelibat ketiga-tiga suspek meninggalkan motosikal di lorong sempit berhampiran kedai tempat dia bekerja.

“Mereka berjalan betul-betul di hadapan kedai ini dengan membawa sebilah parang dan kapak dan saya terkejut melihat kedaaan itu, lalu mendiamkan diri.

“Apa yang saya nampak, kelakuan mereka memang mencurigakan dan kelibat mereka memang jelas dalam rakaman litar tertutup (CCTV) yang dipasang di kedai ini,” katanya.

Skim Pelaburan Emas Haram

KOTA KINABALU: Polis di sini kelmarin akan meningkatkan pemantauan bagi menangani skim pelaburan haram menggunakan emas di negeri ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Negeri, Superitendan Saiman Kasran berkata kerjasama dengan pelbagai pihak terutamanya Bank Negara Malaysia (BNM) akan terus dipertingkatkan dari masa ke semasa bagi membanteras kegiatan itu.

Beliau, dalam pada itu, tidak menafikan Sabah turut terkena tempias kegiatan skim berkenaan dan berdasarkan rekod setakat ini, seramai 12 individu telah melaporkan kepada polis dan mendakwa kerugian RM603,998.53.

“Setakat ini, kita hanya menerima laporan daripada 12 individu yang mendakwa kerugian lebih RM600,000 setelah melakukan pelaburan emas di sebuah syarikat yang berpengkalan Semenanjung Malaysia di negeri ini.

“Namun begitu, kita hanya bertindak melaporkan serta menghantar dokumen kepada BNM sahaja dan setakat ini, polis masih belum melakukan sebarang serbuan ke atas mana-mana syarikat yang disyaki menjalankan skim pelaburan emas haram di Sabah,” katanya ketika dihubungi kelmarin.

Saiman turut menyarankan kepada orang ramai untuk mengelak daripada terikut-ikut dengan skim-skim yang mampu mendatangkan keuntungan dalam masa singkat bagi mengelak diperdayakan.

“Kita menasihatkan kepada masyarakat untuk mengawal kehendak mereka daripada terlibat dengan kegiatan seperti ini dan sekiranya hendak melaburkan wang mereka, polis menasihatkan agar ikutilah saluran yang betul serta sah seperti bank-bank yang sedia ada.

“Polis juga meminta kepada ramai untuk lebih peka dengan perkembangan semasa baik dari sudut pemberitahuan di akhbar ataupun di kaca televisyen mengenai skim-skim seperti ini bagi mengelakkan menjadi mangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas satu kenyataan daripada BNM mengenai serbuan dan penyitaan wang tunai daripada empat syarikat di ibu negara baru-baru ini.

Di dalam kenyataan itu menyaksikan penyitaan serta rampasan berupa 142.7 kilogram emas dan RM101.92 juta dalam akaun bank serta tunai daripada empat syarikat yang terbabit dalam skim pelaburan haram menggunakan emas.

Jumlah itu dinyatakan dalam kenyataan BNM bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Pelabur Skim Pelaburan Emas Genneva Minta Kerajaan Selesai Masalah Mereka

KUCHING: Kira-kira 200 pelabur Skim Pelaburan Emas Genneva meng-adakan perhimpunan aman di luar bangunan Bank Negara Malaysia (BNN) di sini, meminta kerajaan bertindak segera menyelesaikan masalah yang mereka hadapi.

Pelabur-pelabur terbabit men-dakwa pihak berkuasa mengambil masa terlalu lama untuk melakukan siasatan mengenai kesahihan operasi Genneva Malaysia Sdn Bhd.

Menurut jurucakap kumpulan berkenaan yang mewakili pelabur Sarawak, yang tidak mahu namanya disiarkan berkata sudah lima bulan berlalu selepas syarikat itu (Genneva Malaysia Sdn Bhd) diserbu tetapi masih tiada perkembangan terkini mengenai perkara itu.

“Kami mahu Bank Negara menyiapkan siasatan secepat mungkin kerana kami mahu tahu perkara sebenar yang berlaku. Kami benar-benar bimbang,” katanya ketika ditemui ketika melakukan perhimpunan aman itu sekali gus menye-rahkan memorandum kepada gabenor BNM.

“Kami berharap hasil siasatan dapat dikeluarkan tanpa berlengah lagi, dengan itu kami boleh mengambil tindakan sewajarnya untuk memulihkan kerugian yang kami hadapi,” katanya sambil mendedahkan kira-kira 10,000 orang di seluruh Sarawak terjejas selepas akaun mereka dibekukan.

Rata-rata daripada mereka kata-nya, bergantung sepenuhnya kepada pelaburan tersebut untuk menambah pendapatan serta menyara keluarga dan menampung perbelanjaan per-ubatan, pinjaman dan yuran pengajian anak-anak di universiti.

Kumpulan itu diketuai Setiausaha DAP Sarawak Chong Chieng Jen menyerahkan memorandum itu kepada pegawai BNM di sini.

Chong yang juga Ahli Parlimen Bandar Kuching dan ADUN Kota Sentosa, berkata siasatan mengenai kes itu boleh dipercepatkan dengan hanya memeriksa rekod-rekod transaksi akaun Genneva.

“Sudah lima bulan siasatan dilakukan tetapi masih belum ada keputusan menyebabkan mangsa (pelabur) me-nunggu tanpa jawapan sehingga menyebabkan mereka cemas.

“Mereka (pelabur) hanya mahu tahu sama ada syarikat itu melanggar undang-undang atau sebaliknya.

“Jika tidak ada (melanggar undang-undang), akaun mereka tidak seharusnya dibekukan,” tambahnya.

Sekiranya siasatan membuktikan Genneva beroperasi secara haram, Chong berkata pihak berkuasa harus mengambil tindakan terhadap mereka yang melakukan jenayah menipu.

“Kerajaan dan Bank Negara seharusnya mempercepatkan siasatan ke-rana sekarang sudah lima bulan berlalu. Sudah tiba masanya untuk me-reka mengumumkan keputusannya,” ujar beliau lagi.

Perkembangan terkini mengenai perkara itu tiga bulan lalu dan menurut jurucakap kumpulan itu lagi, Genneva Gold akan mengeluarkan surat kepada mereka bagi memaklumkan perkembangan terkini.

Sementara itu dalam satu kenya-taan dikeluarkan BNM awal Disember 2012, siasatan awal perakauan mendedahkan kerugian besar dialami syarikat itu tahun lepas. Syarikat itu menanggung liabiliti melebihi 10 kali ganda daripada asetnya.

Kenyataan itu turut menyebut jualan emas kira-kira 20 peratus hingga 25 peratus lebih tinggi berbanding harga pasaran, dengan bayaran pulangan kira-kira dua hingga tiga pe-ratus sebulan kepada pelanggan dan belian balik emas daripada pelanggan pada harga belian asal bukan usaha mapan.

Beli Emas Secara Ansuran

1. Dengan modal sekitar RM400 – RM500 sebulan anda dapat memiliki sekurang-kurangnya 30 gram emas 999.9 pada setiap tahun! (Zakat emas belum dikenakan kerana masih kurang dari kadar nisab iaitu 85 gram).

2. Kenaikan harga emas secara purata sekitar 20% setahun!

3. Kaedah ini anda membolehkan anda bebas hutang!

4. Kenaikan harga emas tak perlu tunggu 31 December pada setiap tahun. Anda boleh monitor sepanjang bulan dan boleh decide nak jual balik anytime as long harga jual balik sudah melepasi harga belian anda dulu.

5. Suami isteri pakat seorang keluar modal RM200 – 250 seorang setiap bulan. Lebih mudah nak beli emas.

Awas! Penipuan Kewangan Melibatkan Pelaburan Emas

Salam, saya ingin memetik daripada majalah Ringgit keluaran bersama Gabungan Persatuan-persatuan pengguna Malaysia dan Bank Negara Malaysia. Bank Negara Malaysia ingin mengingatkan orang ramai agar hanya melabur dengan pihak yang dilesenkan oleh pihak berkuasa.

Anda dinasihatkan agar lebih berhati-hati serta meneliti kesan-kesan buruk sebelum menyertai mana-mana skim yang menjanjikan pulangan yang tinggi dalam jangka masa yang singkat.

Ramai pelabur yang telah tertipu dan menjadi mangsa akibat keliru dengan tawaran-tawaran lumayan yang dijanjikan oleh penganjur kerana ingin menjadi “Cepat Kaya”.

Sejak kebelakangan ini, jenis skim cepat kaya yang kerap dilaporkan ialah Skim Pelaburan Emas. Pada kebiasaannya, pengendali menjalankan skim pelaburan emas dengan menggunakan syarikat perniagaan atau syarikat sendirian berhad (syarikat).

Syarikat memberikan jaminan pembelian balik (buy back guarantee) atas setiap skim pelaburan emas yang dijalankan. Jaminan pembelian balik tersebut mengakibatkan skim pelaburan emas yang dijalankan mempunyai elemen-elemen pengambilan deposit haram yang melanggar peruntukan dalam Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan 1989 (BAFIA).

Trend Harga Menurun – Emas & Matawang Euro

Sejak September tahun lepas hingga kini, keadaan harga emas dalam trend menurun. Tertinggi di bulan September lepas adalah US 1795, kini dalam keadaan paras terendah iaitu US 1554,++.

Sesiapa yang ingin membuat pelaburan dalam jangka panjang, tentunya waktu ini adalah sesuai untuk memerhati pasaran semasa dan melabur dalam harga yang terbaik.

Tapi perlu diingatkan, harga pada January 2011 adalah sekitar US 1307 sahaja. Dan September 2011, paras tertinggi mencecah US 1902.++.

Bagi peminat matawang Euro, hari ini tertinggi hanya lah 1.3072 dalam keadaan menjunam. Tertinggi tahun ini adalah 1.3710.

Trend masa ini masih lagi menurun dan menjunam ke 1.2966 minggu lepas, 1hb Mac 2013.

Bagi peniaga matawang, waktu ini adalah sesuai untuk mengutip mata-mata pelaburan jangka panjang.

Sekian, selamat berurus niaga.