Gold Prices Driven Up The U.S. Economic Recovery

New York : Gold futures rose U.S. $ 5.8 to U.S. $ 1,676.4 per ounce in line with the improving economic data the United States to mark the economic recovery. During the year, gold prices tend to be flat after rising 7% in 2012. While gold in the spot market rose 0.5% to U.S. $ 1,675 per ounce and silver fell 0.3% to U.S. $ 31.7 per ounce. Analysts said the Platinum Group Metals (PGMs) can move higher in a few weeks if the data U.S. showed further signs of economic recovery, although gold can also catch up with the rebound technically. “Gold persist at the level of resistance U.S. $ 1,700 per ounce, “said Adam Sarhan of Sarhan Capital as quoted by Reuter ‘s, Tuesday (5/2 / 2013). PGMs take advantage gained after U.S. car sales figures increased 14.2% in January from a year earlier, with the seasonally adjusted annual sales reaching 15.29 million vehicles. increase also occurred in the platinum price, which jumped 0, 8% to over U.S. $ 1,705 per ounce. This figure represents the highest level in 17 weeks due to lower production of Anglo American Platinum Ltd.. Manufacturer of the world’s largest platinum based in Johannesburg reported a loss in 2012 due to production down 8.8% while costs jumped. Companies also cut production targets between 2.1 million and 2.3 million ounces per year and cut capital spending U.S. $ 1.2 billion. (Ndw)

Kemelesetan Besar 1930 Akibat Wang

Kemelesetan besar merupakan satu kemelesetan perdagangan sedunia 1930. Ia telah mencatatkan satu jangkawaktu pengangguran dan kelembapan pergadangan terlama dalam dunia moden.

Kemelesetan besar berlaku pada Oktober 1929, apabila stok dan saham di Amerika Syarikat menjunam teruk. Ribuan pemegang saham mengalami kerugian duit yang banyak.
Apakah jenis duit yang digunakan ketika itu? Apakah dalam bentuk emas dan perak?


Wang pada tahun 1923 di Amerika Syarikat.
Bank-bank, kilang-kilang dan kedai-kedai ditutup sehingga mengakibatkan jutaan manusia tiada pekerjaan dan tiada duit. Ramai orang bergantung pada kerajaan atau pun derma-derma dalam bentuk makanan.Siapa yang telah mengaut wang ini? Ke mana wang-wang itu pergi? Apakah wang kertas ini lebih bersifat wang daripada wang emas dan perak yang telah lama digunakan di Amerika Syarikat?

Sebelum wang kertas di cipta, Amerika Syarikat telah menggunakan wang emas dan perak seawal 1795. Emas dan perak adalah wang sebenar. Bawalah ke mana-mana pun manusia akan tertarik dengan dua benda ini. Acara sukan pun menawarkan emas dan perak kepada para pemenangnya. Ini lumrah manusia.

1795 Eagle | Liberty
Seperti negara-negara Kapitalis lain, Amerika Syarikat memiliki bank pusat seperti kita sekarang (Bank Negara). Bank ini menjadi lubuk kekayaan negara. Tetapi kebiasaannya ia disalah-gunakan oleh golongan tertentu.Pada 1833, presiden ke-7 Amerika Syarikat, Andrew Jackson telah menggunakan kuasa vetonya bagi mengharamkan bank pusat. Ini kerana bank itu tidak mendatangkan faedah pada rakyat Amerika Syarikat berikutan amalan bank tersebut, yang mengeluarkan duit kertas tanpa disokong sebarang emas atau pun perak. Sebaliknya emas dan perak dinikmati oleh golongan elit sahaja. Tak seperti sesetengah kerajaan yang bermurah hati memberi rakyat jelata dinar (emas) dan dirham (perak).

Tiga tahun kemudian Andrew mengeluarkan wang emas dan perak yang dikenali dengan nama Specie Circular.

1836 Liberty
Ia telah mengakibatkan bank jatuh bankrap akibat jumlah emas yang kurang di bank-bank.
Bank-bank pada dahulunya menyimpan wang emas rakyat jelata. Kemudiannya memberikan wang kertas sebagai janji bahawa emas itu ada sebanyak yang tertulis di atas wang kertas.

Tetapi kewujudan bank merupakan helah perompak ekonomi dunia. Kerana itulah wang emas rakyat jelata tiada di dalam simpanan bank yang konon menyimpan emas.
Hari ini wang kertas tidak lagi menjanjikan emas. Sebaliknya rakyat perlu pula membeli emas dan bukannya menukar emas dengan wang kertas. Bunyinya mungkin serupa antara beli dan tukar. Tetapi bukankah nilai emas meningkat apabila wujud permintaan yang tinggi?

Bolehkah nilai kertas disamakan dengan emas yang meningkat. Siapa yang tergila-gilakan kertas? Lagi pun kertas bukan universal jika dibawa ke mana-mana. Nilai tidak setanding dengan emas.
Kemelesetan besar menjangkau ke semua negara di dunia pada 1930. Hal ini telah menyebabkan kejatuhan dalam perdagangan sedunia. Rata-ratanya, semua negara mahu berjimat dan cuba meningkatkan jumlah catuan barangan import dan menumpukan pada barangan tempatan bagi menolong rakyat mereka sendiri.

Kemelesetan juga telah mempengaruhi politik banyak negara. Pemimpin di banyak negara telah digulingkan dan jenis kerajaan juga banyak telah berubah akibat kemelesetan besar.

Contohnya, keadaan ekonomi yang teruk telah menaikkan Adolf Hitler yang menjanjikan perubahan buat warga Jerman. Keadaan ekonomi yang teruk juga telah menyebabkan Jepun menjajah daerah Manchuria di China.

Hitler menjanjikan perubahan pada warga Jerman dengan mendakwa Jerman bakal menjadi negara nombor satu di dunia. Jepun pula telah mendirikan pelbagai industri dan lombong-lombong di daerah Manchuria dengan harapan rakyatnya akan bebas dari kemelesetan besar.

Tindakan dua negara besar ini sedikit sebanyak menjadikan punca berlakunya perang dunia kedua (1939-1945).
Kemelesetan besar berakhir apabila banyak negara meningkatkan penghasilan produk persenjataan menjelang perang dunia kedua. Di mana hal ini telah menyebabkan banyak wang dilaburkan dan kembali disebarkan.

Kemelesetan ini telah menyebabkan kerajaan dan rakyat di pelbagai negara menjadi peka dan lebih bertanggungjawab dalam menjaga ekonomi berbanding tempoh sebelumnya.

Kesimpulannya sejarah telah membuktikan wang kertas boleh meranapkan ekonomi negara dan ekonomi sedunia akibat nilainya yang tidak sekukuh emas dan perak. Kerana itulah wang kertas dan inflasi tidak dapat dipisahkan.
p/s: Wang elektronik bagaimana pula?

: zharifalimin.blogspot.com

Gold Bullion World Tambah Ejen

Noraini (kanan) melihat koleksi emas sambil diperhatikan Mohd Hamizan pada majlis pelancaran Gold Bullion World di Kuala Lumpur.

Gold Bullion World Sdn Bhd, syarikat menjual beli emas fizikal milik Bumiputera, komited untuk meningkatkan jumlah ejennya di seluruh negara kepada 16,000 menjelang akhir tahun ini.

Syarikat itu kini memiliki 300 ejen dan sasaran pertambahan itu adalah sejajar dengan hasrat syarikat itu untuk mengukuhkan kehadirannya di pasaran tempatan.

juga memberi peluang pembangunan karier kepada orang awam untuk menjadi perunding jual beli emas fizikal.

Ketua Eksekutifnya, Mohd Hamizan Mohd Safaia, berkata emas berbentuk fizikal adalah salah satu simpanan yang sangat bernilai kerana harga dan nilai emas sentiasa dalam aliran meningkat.

Beliau berkata, mengikut rekod, harga emas kekal kukuh untuk tempoh yang panjang iaitu dalam tempoh 10 tahun lalu, harga emas sudah melonjak sebanyak 400 peratus.

Justeru itu, pihaknya berharap lebih ramai rakyat negara ini menjadikan emas sebagai simpanan atau pelaburan jangka panjang.

Nilai wang susut
“Hari ini, kita merasakan duit atau wang adalah sangat bernilai.

Bagaimanapun, tanpa disedari, nilai wang semakin hari semakin menyusut, manakala nilai emas pula semakin meningkat. Justeru itu, kami menggalakkan lebih ramai orang untuk membeli emas
dan menjadikannya simpananuntuk masa depan,” katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran rasmi syarikatnya di Kuala Lumpur, kelmarin.

Majlis pelancaran itu disempurnakan oleh bekas Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Noraini Ahmad.

Gold Bullion World atau lebih dikenali sebagai Golden World didaftarkan mengikut Akta Syarikat 1965 pada 27 September 2012.

Sijil emas

Ia menjual produk emas jenama nombor satu dunia iaitu PAMP Suisse yang disertakan dengan sijil ketulenan emas yang diterima di seluruh dunia.

Bagi pembelian emas, syarikat itu menerima semua jenis emas dan harga belian akan bergantung kepada kandungan emas dalam sesuatu item yang dibeli. -BH

Hadiahkan ‘Taj Mahal’ Buat Insan Tersayang

Golongan lelaki kini berpeluang membeli ‘Taj Mahal’ dan menghadiahkannya kepada insan tersayang sebagai lambang cinta sejati seperti yang dilakukan oleh Shah Jahan untuk isterinya, Mumtaz Mahal.

Perkara itu bukanlah mustahil selepas satu kumpulan yang dianggotai kira-kira 35 tenaga kerja di sini, menghasilkan sebuah replika bangunan Taj Mahal setinggi 106 sentimeter.

Replika bangunan ikonik itu dibina daripada 20 kilogram emas, 400 kilogram perak dan dihiasi dengan lapan butir berlian.

Menurut ketua kumpulan tersebut, Syed Hanif, sebanyak 25 kubah Taj Mahal dihasilkan daripada emas, manakala 20,000 kepingan perak dijadikan lantai bangunan tersebut.

Syed berkata, sebanyak 32 pintunya turut diperbuat daripada emas, selain seorang ulama ditugaskan untuk memastikan ayat-ayat Al-Quran yang dihiaskan pada replika bangunan abad ke-16 itu dihasilkan dengan teliti dan tepat.

“Saya merupakan seorang pekerja biasa yang hanya menerima upah sebanyak 11 pound (RM53) sehari sewaktu pertama kali melihat Taj Mahal.

“Sejak dari itu, saya menjadi taksub akan bangunan ikonik tersebut dan bercita-cita menghasilkan replikanya yang diperbuat daripada emas,” kata pemilik syarikat barangan kemas Star Gems itu.

Bagi merealisasikan impiannya, usahawan berusia 50 tahun itu mengarahkan sekumpulan pekerjanya untuk meneliti setiap sudut Taj Mahal bagi menghasilkan replika yang benar-benar serupa.

“Kami mengambil beribu-ribu keping gambar Taj Mahal untuk membuat lakaran pembinaan replika.

“Biarpun menelan belanja yang banyak untuk menghasilkannya, saya bercadang untuk menjual replika tersebut pada harga sekurang-kurangnya 11.5 juta pound (RM55.2 juta),” ujarnya. – Agensi

Mayat Lelaki Tua Ditemui Bersama Emas Bernilai USD$7 Juta!

Dia disahkan meninggal dunia pada May tahun lepas dengan baki di dalam akaunnya cuma ada $200 sahaja. Apa yang mengejutkan ketika pihak berkuasa datang untuk membersihkan rumahnya, mereka terkejut kerana lelaki tua yang meninggal dunia tersebut ditemui bersama syiling emas yang bernilai $7 juta di rumahnya.

Walter Samasko Jr, meninggal dunia pada usia 69 tahun disebabkan masalah jantung dan hanya ditemui mati berseorangan dirumahnya selepas sebulan kematiannya. Kematiannya hanya disedari oleh jirannya selepas mereka terbau sesuatu yang busuk dari rumah lelaki tersebut.

Apa yang mengejutkan, apabila pihak berkuasa datang ke rumah tersebut untuk membersihkan mayat tersebut, mereka menjumpai kotak berisi syiling emas di dalam rumah dan garaj lelaki tua tersebut yang bernilai $7,000,000.

Kotak-kotak berisi syiling emas itu hanya ditandai dengan perkataan “Buku” di luarnya.

Terdapat begitu banyak syiling emas sehinggakan pihak berkuasa terpaksa menggunakan kereta sorong untuk membawa naik ke trak. Syiling emas tersebut kemudiannya dipindahkan ke bilik kebal bank dengan diawasi kenderaan berperisai.

Samasko yang tinggal di sebuah rumah kecil berkeluasan 1,200 kaki di Carson City, Nevada, tidak mempunyai saudara-mara terdekat. Mayatnya telah diterbangkan ke Chicago dan dibakar sebelum dikebumikan bersebelahan ibunya yang meninggal dunia pada tahun 1992.

Seorang yang disyaki sebagai sepupunya yang tinggal di San Rafael, California, kemungkinan besar akan mewarisi kekayaan tinggalan lelaki tua itu.-Reuters

Sindiket Lebur Emas Tumpas

KOTA BHARU- Taktik licik warga Kemboja menggunakan kawasan belakang rumah sebagai lokasi untuk meleburkan barangan terpakai bagi mendapatkan serbuk emas dan logam secara haram, berjaya ditumpaskan dalam operasi bersepadu sepasukan anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI) di Kampung Bunga Emas, Penambang, di sini, petang semalam.

Operasi (Ops Lebur) yang diketuai Ketua Inspektor penguat kuasa MPKB-BRI, Mohamad Ali, turut disertai oleh empat anggotanya, enam kakitangan Jabatan Alam Sekitar (JAS), dua anggota polis serta empat kakitangan Imigresen.

Dalam serbuan berkenaan, lima kediaman dan sebuah bangsal yang didirikan di belakang semak yang menjalankan kegiatan itu diserbu selain seorang lelaki warga Kemboja yang tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah turut ditahan.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguat kuasa MPKB-BRI, Ramly Che Hussein, berkata operasi dilakukan, hasil intipan dan risikan anggota penguat kuasa sejak dua bulan lalu.

“Selepas mengenal pasti kawasan berkenaan serta aktiviti yang dijalankan warga Kemboja itu, kami bertindak menjalankan serbuan di kawasan terbabit.

“Melalui maklumat awal yang kami perolehi, mereka menjalankan operasi tanpa lesen dan kebenaran yang sah sekitar tiga hingga lima tahun lalu dengan membakar barangan terpakai  secara terbuka, termasuk pasu bunga, batu, pasir serta cip komputer yang mengundang masalah kesihatan kepada penduduk,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Ramly berkata, pihak terbabit pernah diberikan amaran sebelum ini oleh pihak JAS namun masih berdegil serta masih menjalankan aktiviti terbabit dan atas sikap mereka itu pihaknya, mengambil langkah segera menyerbu premis berkenaan.

“Dalam operasi ini, dua kediaman yang sedang menjalankan kegiatan membakar dan melebur diserbu dan diberi notis amaran oleh JAS selama 14 hari untuk memberhentikan kegiatan mereka serta merta serta.

“Sekiranya mereka ingkar dan masih berdegil, MPKB akan mengambil tindakan merobohkan premis terbabit dan tindakan mahkamah akan di ambil oleh pihak JAS,” katanya.

Ramly berkata, di atas kesalahan terbabit pengusaha barangan itu, boleh dikenakan tindakan di bawah akta Undang-Undang Trade Kecil MPKB 1987 dan Akta Dalam Parit dan Bangunan 1974. – Sinar harian

Golden World Cetus Impian Baru

MENGAPA mesti emas? Bukankah menyimpan wang berkepuk-kepuk di dalam bank lagi senang dan bagus?

Ramai masih tidak sedar mengenai kepentingan menyimpan emas. Sehari dua memang tidak nampak hasilnya tetapi bagaimana selepas beberapa tahun?

Golden World mencetuskan satu impian baru kepada mereka yang inginkan satu perubahan unggul dalam sistem simpanan masa depan.

Syarikat milik penuh Bumiputera ini menjalankan perniagaan menjual dan membeli emas fizikal.

Ia diperbadankan dengan nama Gold Bullion World Sdn Bhd pada 27 September tahun lalu.

Bagi penjualan, Golden World menjual emas berjenama terkenal di dunia, Pamp Suisse sementara bagi pembelian, syarikat ini menerima semua jenis emas dan harga belian bergantung kepada kandungan emas dalam sesuatu item yang dibeli.

Pelaburan lumayan masa depan

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Hamizan Mohd Safaia berkata, sudah tiba masanya rakyat Malaysia dididik betapa pentingnya memiliki emas pada masa depan. Bukan sekadar menganggapnya sebagai barangan perhiasan semata-mata sebaliknya boleh dijadikan jalan pelaburan yang lumayan pada masa depan.

“Berdasarkan pengalaman saya sendiri dalam bidang kewangan selama 10 tahun, justeru saya mengambil inisiatif menubuhkan syarikat ini bagi membantu rakyat Malaysia dalam merancang simpanan untuk kehidupan masa depan.

“Simpanan emas berbentuk fizikal sangat bernilai kerana nilainya meningkat dari sehari ke sehari berbanding sekiranya seseorang individu itu hanya menyimpan wang.

“Misalnya seseorang itu membeli emas sekarang. Bagaimana nilai emas itu pada 10 tahun akan datang. Mereka boleh menjualnya semula dengan harga tinggi kerana nilai dan harga emas meningkat dari sehari ke sehari,” katanya pada sidang akhbar selepas perasmian sekali gus pelancaran syarikat beliau baru-baru ini.

Majlis disempurnakan Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Noraini Ahmad. Saluran betul beli, jual emas Mohd Hamizan berkata, visi syarikat ialah mendidik masyarakat betapa pentingnya menyimpan emas dan perak.

Justeru pihaknya berhasrat mewujudkan kesedaran kepada orang ramai supaya membeli, memegang dan memiliki emas fizikal demi keuntungan bagi beberapa tahun akan datang.

“Bukan dengan cara menyimpan semata-mata wang tunai,” katanya.

Menurutnya, Golden World sebagai tempat atau saluran yang betul kepada masyarakat untuk membeli dan menjual emas supaya mereka tidak berurusan di premis yang salah.

Selain itu katanya, rentetan penubuhan Golden World juga memberi peluang dalam pembangunan karier sebagai penasihat perniagaan emas kepada mereka.

“Hari ini kita merasakan wang sangat bernilai. Tetapi kita tidak sedar nilai wang makin hari makin susut. Justeru menyimpan emas adalah pelindung nilai yang terbaik daripada kesusutan nilai mata wang serta kenaikan kadar inflasi yang menyebabkan wang simpanan kita menyusut nilainya.

“Sistem ekonomi dunia akan stabil sekiranya seluruh dunia menggunakan emas dan perak sebagai alat perantara atau sebagai sandaran pengukur nilai mata wang sesebuah negara.

“Tetapi tidak mudah kita hendak mengubah sistem mata wang dunia. Namun, kita berkuasa dan mampu mengubah sistem simpanan sendiri dengan bertukar kepada portfolio simpanan emas fizikal,” katanya.

Jual harga emas lebih rendah

Menurutnya. konsep Golden World lebih kurang sama dengan sebuah kedai emas, tetapi syarikat kami menjual emas dengan harga yang lebih rendah.

Bagaimanapun jangan urusan perniagaan ini disamakan dengan syarikat Multi Level Marketing (MLM) kerana perniagaan yang mereka jalankan bukan berasaskan produk.

Beliau berkata, setakat ini syarikatnya telah mempunyai seramai 300 agen berdaftar dan pada tahun ini pihaknya menyasarkan jualan lebih daripada RM1 bilion.

“Berdasarkan kajian, kira-kira 95% daripada rakyat di negara ini tidak tahu mengenai penggunaan emas pada masa depan.

“Perlu kita ingat bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda ‘akan tiba suatu zaman, tiada apa yang lebih berharga kecuali emas dan perak’.

“Oleh itu, pihak kami berusaha mendidik masyarakat kita hari ini supaya memilih emas dalam merancang simpanan untuk pada masa depan kerana ia boleh beri keuntungan berganda,” katanya. -Sinar.

Kelantan Dapat Royalti Emas 10 Juta

(Tuan Guru menunjukkan mok cek yang diterima hasil dari royalti lombong emas di Kelantan)

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan dijangka menerima RM10 juta royalty emas tahun ini dari Syarikat CNMC Goldmind Ltd, memandangkan hasil bumi itu yang terletak di Sokor, Tanah Merah dijangka bertambah tahun ini.

Pada tahun 2012, kerajaan Kelantan telah menerima sebanyak RM5 juta dari syarikat berkenaan sebagai royalty hasil kejayaan syarikat itu.

Semalam, Pengarah Eksekutif syarikat terbabit, Prof Lin Xiang Xiong, telah menyerahkan royalty terbabit kepada Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebanyak RM386,926,97.

Manakala cek berjumlah RM347,115.45 pula dibayar kepada Ketua Ekesekutif PKINK, Haji Sabri Abdullah, mewakili anak syarikat kerajaan negeri yang turut serta dalam perlombongan itu.

Majlis ringkas itu diadakan di Pejabat Menteri Besar, yang turut dihadiri oleh Setiausaha-Setiausaha Menteri Besar, serta pegawai dari syarikat perlombongan emas itu.

Lin Xiang Xiong, berkata pihaknya menjangkakan sebanyak RM10 juta royalty bakal diberikan pada kerajaan Kelantan memandangkan syarikatnya berjaya melombong hasil bumi itu dari setahun ke setahun.

Jelasnya, di pasaran dunia harga emas kini USD153 billion untuk sekilogram.

Sementara itu, Tuan Guru berharap sekiranya syarikat luar dapat membayar balik royalty pada Kelantan melalui perlombongan emas, beliau juga berharap royalty minyak dapat juga dibayar.

Menurutnya, mana boleh ambil hak kerajaan negeri begitu sahaja, apa lagi perjanjian telah dibuat.

Pada masa yang sama beliau melahirkan rasa syukur kerana rezeki kerajaan negeri untuk rakyatnya akan bertambah.

“Alhamdulillah, syukur pada Allah di atas rezeki yang dikurniakan Allah ini dan mudahan berkat doa kita semua rezeki yang ada dapat kita kongsikan bersama rakyat,”ujarnya.

Syarikat CNMC Holding itu mula beroperasi di Kelantan untuk carigali emas pada tahun 2007, setelah majlis perjanjian usahasama berhubung perkara itu dibuat dengan anak syarikat kerajaan negeri sebelum itu.

Antara Kes Penipuan Pelaburan Yang Membabitkan Masyarakat Melayu/Islam

SEPANJANG tahun lalu, banyak skandal dan penipuan pelaburan yang melibatkan segolongan masyarakat Melayu/Islam setempat yang dilaporkan Berita Harian.

Ini tidak termasuk kes-kes yang tidak diketahui dan yang tidak dilaporkan dan terlepas daripada pemantauan akhbar ini.

Berikut adalah antara kes penipuan pelaburan melibatkan masyarakat Melayu/Islam setempat yang dilaporkan akhbar ini pada tahun lalu:

1. Pelaburan saham emas kendalian syarikat Virgin Gold Mining Corporation (VGMC)

Seramai 7,000 hingga 8,000 pelabur, sebahagian besar Melayu, dilaporkan melabur dalam skim pelaburan saham emas Virgin Gold Mining Corporation (VGMC) Singapore.

Berdasarkan jumlah minimum 2,000 saham yang perlu dilabur dan harga sekitar AS$1.70 ($2.10) sesaham, ini bermakna jumlah pelaburan minimum yang sudah dipindahkan kepada firma itu boleh mencapai $33.6 juta.

Syarikat itu mencetuskan tengkarah apabila ia gagal memberi pelabur dividen disebabkan keputusan syarikat membuat Tawaran Awam Awal (IPO).

2. Program Roll Over

Sekitar 50 pelabur Melayu/Islam setempat difahamkan terjebak dalam skim pelaburan palsu yang dijalankan secara senyap-senyap dan melibatkan pelaburan bernilai hampir $1 juta.

Dinamakan Program Roll Over, pelaburan itu dikendalikan orang tengah, yang juga merupakan seorang peniaga, menerusi syarikat rawatannya di Golden Landmark.

3. Firma Dagangan Emas Genneva – satu skim berniagakan emas yang boleh dibeli balik daripada pelanggan

Genneva disiasat Jabatan Ehwal Perniagaan (CAD) kerana gagal memberikan wang dan emas yang dijanjikan kepada pelanggan mereka.

Sejak diperkenalkan di sini pada 2008, Genneva telah menarik 10,000 pelanggan di Singapura dan dianggarkan 25-30 peratus pelanggannya terdiri daripada orang Melayu.

Di akhir kontrak, Genneva membeli balik emas pada harga asal yang dibayar pelanggan. Namun, syarikat itu menjual emas kepada pelanggan pada kadar premium 20-30 peratus di atas harga pasaran.

4. Firma Perunding cara Hutang Reliance Credit Consultancy

Beberapa pelanggan Melayu yang menghadapi masalah hutang meruncing, semakin bertambah beban hutang kewangan mereka setelah mereka mendapatkan khidmat firma perunding cara milik pasangan Melayu.

Firma itu awalnya bersetuju menawarkan khidmat berunding dengan bank-bank bagi menghuraikan masalah hutang-hutang mereka. Namun setelah membayar wang kepada syarikat perunding cara hutang itu, bank-bank masih menuntut bayaran hutang dan mendesak para pelanggan yang terjebak melunaskan bayaran mereka.

5. Chique Gelerie

Satu lagi kes hangat ialah penjualan beg berjenama melalui rangkaian sosial Facebook, Chique Gelerie, milik peniaga Melayu.

Chique Gelerie, yang menjual beg berjenama, dipercayai tidak memulangkan sehingga $120,000 kepada lebih 400 pelanggan, majoriti Melayu, selepas gagal mengirim tempahan mereka.