Year:
Kesan kepada Malaysia jika Greece kehabisan wang

Wang kertas tiada nilai, wang kertas makin banyak dicetak tetapi hakikatnya simpanan emas tiada. Kelompok yang memperkenalkan wang fiat mempunyai agenda tersendiri untuk menindas dunia dengan ada hutang/interest melalui pinjaman tetapi akhirnya sudah kelihatan “senjata sudah makan tuan”. Banyak negara-negara di sekitar Afrika telah menjadi mangsa kegagalan/bangkrap daripada kesan penggunaan wang kertas dan juga inflasi melampau-lampau.
Ekonomi jatuh sekitar tahun 1929 – 1930 antara sebab lainnya kerana disebabkan wang kertas ini dan diakhirnya perang dunia kedua dari tahun 1939 – 1945.
Sebelum ini Kesatuan Eropah telah pun meluluskan pinjaman bernilai US$50 bilion kepada Greece. Sekarang ini sudah habis?
Selain daripada masalah salah urus tadbir negara, tipu angka ekonomi, kronisma dan nepostime yang berleluasa, kegagalan negara Greece juga didapati mempunyai bilangan kakitangan awam yang sangat tinggi, ratio antara yang tertinggi di dalam Kesatuan Eropah. Ini yang menyebabkan kos perbelanjaan kerajaan mereka. Dengan ditambah dengan sistem yang tidak efisien telah turut menyumbang kepada kejatuhan cepat ekonomi Greece.
- kehabisan tunai yang bakal dialami Greece antara lainnya adalah untuk menampung operasi negara yang besar termasuklah membayar gaji kakitangan awamnya & pencen
- disebabkan Greece menggunakan matawang Euro, oleh itu Greece tidak boleh mencetak duitnya sesuka hati. Ini kerana semuanya mesti melalui Bank Pusat Eropah (ECB) mereka
Begitu juga penipuan yang berleluasa di Greece dalam industri farmasi contohnya menambah lagi beban teruk kepada kerajaan Greece bagi membendung kemunduran ekonomi mereka ketika ini.
- Sudah menjadi adat doktor akan menetapkan ubat yang mahal serta dose yang lebih kepada psakit dan “pelanggannya”
- Jikalau di negara seperti di greece contohnya, doktor di klinik swasta tidak menjual ubat. Doktor hanya mentapkan ubat yang mana satu yang sesuai untuk pesakitnya dan psakit akan pergi ke farmasi yang disarankan bagi mengambil ubat yang telah ditetapkan
- Jadi firma farmaseutikal akan memberi komisen kepada doktor yang mengesyorkan ubat keluaran syarikatnya.
- Lama kelamaan, ia menjadi suatu budaya yang biasa di sana. Implikasinya? Implikasi…..ia kan meninggikan kos ubat di Greece.
- Siasatan Kesatuan Eropah telah mendapati ia sudah mencapai ke tahap yang cukup kritikal.
- Akhirnya, walaupun dibersihkan penipuan secara keseluruhan ribuan orang akan kehilangan kerja akibat penurunan mendadak jualan ubat mereka
- Selama ini di sana, pemintaan ubat tinggi hanyalah penipuan semata
Jika negara Greece keluar daripada Kesatuan Eropah akan memberikan risiko yang cukup besar kepada negara Eropah lainyang akan terdesak untuk turut keluar sama.
“Tiada Keyakinan = Malapetaka”
Ditambah pula isu sekarang ini Itali, sebuah negara yang memilki hutang bertrilion dollar dan Sepanyol yang merupakan pemegang ekonomi terbesar selepas Jerman dan Perancis di mana Sepanyol yang kaar pengangurannya sudah mencapai ke paras 22% (kadar pengangguran golongan muda melebihi 50%) dan juga malapetaka terhadap ekonomi Sepanyol antara lainnya disebabkan dalam tempoh 10 tahun nilai hartanah naik melambung tinggi.
- Sebagaimana diungkapkan kapitalis seperti REDHA (Persatuan Pemaju Hartanah Dan Perumahan Malaysia) mengatakan kenaikan nilai hartanah itu bagus dan bawa kemakmuran ekonomi di sesebuah negara.
- Jika itulah penanda ukur yang diimpakan kapitalis seperti REDHA ini, alamatnya nasib Malaysia untuk menuju cepat seperti apa yang dialami oleh negara seperti Sepanyol ketika ini bukan asing lagi
Sekarang ini Eurozone teruk sebab masalah Euro di mana semasa pengasasan matawang Euro tu sendiri. Bayangkan kami berikan contoh mudah sebegini rupa di mana katakanlah kita juga berkongsi matawang dengan negara Asean yang lain :
- Katakan hari esok Malaysia, Thailand, Brunei & Singapore setuju kongsi matawang, kita panggilnya sebagai Aseandollar. Katakan RM1 = A$1. Singapore pulak, SGD1 = A$2.40.
- Gaji sorang kerani di Malaysia RM800 contohnya. Jadi gaji baru A$800. Di Singapore pula, gaji SGD800, sekarang A$1,920.
- Oleh sebab di bawah rejim matawang yang sama, maka kuasa membeli kat Singapore lebih tinggi. Harga barang pula hampir pasti meningkat sebab kos bahan mentah meningkat. Subsidi yang dahulunya boleh digunakan untuk mengawal harga sekarang menjadi susah hendak dilaksanakan.
- Apa yang Dr. Mahathir lakukan semasa tahun 1997 tidak dapat buat sudah di mana Dr Mahathir laksanakan tambatan matawang. Tetapi jikalau Malaysia contohnya berkongsi matawang, kita tidak boleh menambat matawang.
- Bank Negara nak buat kawalan fiskal pun tak boleh menjadi sebab dah kuasa sudah kat Bank Pusat Asean
- Ini semua antara dilema yang dialami oleh negara seperti Greece ketika ini kerana sudah tiada banyak pilihan dan alternatif untuk menyelematkan negara mereka daripada “hancur”
Jadi, apa risikonya?
- Di pentas ekonomi dunia, kedudukan Sepanyol dan Itali dari segi GDP
- Hilangnya keyakinan atas matawang Euro = Implikasi yang belum boleh digapai
Persoalannya sekarang ini, adakah Malaysia akan menerima tempias jika Greece keluar daripada Kesatuan Eropah?
- Jawapannya setakat ini bagi kami sebab kalau Greece keluar dari Euro, Euro akan hancur.
- Greece akan selamat untuk sementara. Tetapi……implikasinya jika Euro jatuh, ‘kekuatan’ ekonomi Eropah akan tumbang, dan Eropah secara kolektif adalah zon ekonomi kedua terbesar di dunia, selepas Amerika Syarikat
- Akibat tumbangnya ekonomi Eropah, perdagangan sedunia akan menerima kesan dengan pesanan barangan pengguna dijangka merosot dengan teruk. Zon ekonomi ketiga terbesar sedunia, Latin Amerika, dan zon-zon lain seperti Russia, Asia Tengah dan Asia Timur masih belum berupaya menggantikan Eropah, sebab pembahagian kekayaan di zon-zon ini teramat tidak seimbang, dari 5 – 20% penduduk di situ menguasai 70 – 90% kekayaan.
- Keadaan ini diburukkan dengan matawang Euro merupakan matawang kedua terbesar di seluruh dunia, dan digunakan di hampir seluruh Eropah.
- Sekiranya Greece bertindak keluar dari Euro, negara-negara seperti Ireland, Sepanyol, Portugal dan Itali mungkin teruja membuat tindakan yang sama. Sekiranya langkah ini diambil, nilai matawang Euro hari ini akan menyusut secara mendadak sebab akan menjadi tidak bernilai.
- Pendukung utama Euro seperti Perancis, Jerman dan Belgium akan menghadapi masalah memegang matawang yang dinilaikan begitu tinggi, tetapi semakin hari semakin menjadi seperti matawang pokok pisang masa Jepun dahulu, dan kalau diikutkan dalam bahasa ekonomi, duit fiat.
- Duit fiat membawa makna sesuatu matawang yang diberi nilai oleh kerajaan, tetapi jika nilai ini ditarik balik oleh kerajaan hanyalah berupa sekeping kertas tidak berharga.
Walaubagaimanapun, bagi kami apa yang patut dibuat bukannya menghalang Greece keluar dari Euro, tetapi menghalang spekulator sedunia daripada terus menerus bermain matawang dan komoditi utama sedunia. Tetapi, tahukah anda bahawa semasa krisis 1997, kita telah menuduh spekulator matawang sebagai parasit sedunia? Dan pada hari ini, ramai rakyat Malaysia turut bermain jual beli matawang asing tanpa teringatkan beban kepada negara semasa 1997?
Di Eurozone, pembahagian kekayaan agak seimbang, disebabkan kerajaan mereka yang kebanyakannya mengamalkan sistem kebajikan sosial. Oleh itu, sekiranya Eurozone menghadapi masalah matawang maka kesannya hampir semua merasa kejatuhan dalam keupayaan membeli mereka. Manakala di zon ekonomi lain, pembahagiannya lebih tidak setara. Dari serendah 20% rakyat mengawal hampir 80% sehingga seteruk-teruknya 5% rakyat menguasai 95% kekayaan.
Bagi sebuah zon ekonomi menggantikan Eurozone secara efektif, setiap produk yang sepatutnya dibeli oleh Eurozone perlu dibeli oleh penduduk dalam zon ekonomi lain.
- Bayangkan kilang A menghasilkan 100 buah TV untuk dijual kepada Eurozone.
- Sekarang Eurozone tak boleh beli. Jadi 100 buah TV ni kena jual kat, katakan Zon BRIC (Brazil, Rusia, India dan China). Pembahagian kekayaan di situ sudah mencapai tahap ekstrim, iaitu 5% kuasai 95% kekayaan.
- Katakan kilang A jual kat Brazil. Sekiranya bilangan penduduk Eurozone sama dengan Brazil, maka saiz pasaran kini merosot daripada hampir 100 orang kepada 5 orang sahaja. 5 orang yang kuasai 95% kekayaan ini takkan bertindak membeli 100 buah TV semata-mata kerana mereka mempunyai wang.
- Senario yang sama, tetapi sekarang kilang A yang sama kena buat 100 buah TV untuk Eurozone dan 100 lagi untuk BRIC.
- Keadaan menjadi semakin serius kerana daripada tidak dapat menjual 100 buah TV, sekarang kilang A tidak boleh menjual 195 buah TV.
- Apabila kilang A menghadapi keadaan ini, maka dia akan kurangkan pembelian bahan mentah dan mungkin sehingga tahap memecat pekerjanya.
- Masalah yang Malaysia bakal hadapi bukan kilang A, tetapi pembekal kepada kilang A dan pekerja kilang A.
Nampak kesan rantaiannya di situ? Dan, jika sebuah negara seperti ……
- Greece dengan sikap “pemalasnya”
- Itali dengan rasuah dan kronismenya
- Sepanyol terkenal dengan nilai hartanah yang melambung tinggi sehingga pada kadar yang membabankan dan tidak munasabah
Oleh itu, sesebuah negara yang mempunyai ketiga-tiga ciri seperti di atas jika masih tidak mahu mengambil sikap untuk berubah daripada sekarang secara total, alamatnya beban dan riskonya akan dipulangkan kepada rakyatnya untuk menganggungnya.
source: beritasemasa.com

Vokalis utama D’lloyd meninggal dunia (suara emas)
Tiada lagi alunan mendayu Cinta Hampa mahupun Oh Di Mana daripada Sam berikutan kematian vokalis utama kumpulan D’lloyd itu, pagi semalam.
Sam, yang nama sebenarnya Syamsuar Hashim, 64, mengidap penyakit jantung dan kanser paru-paru yang dirahsiakan selama ini, menghembuskan nafas terakhir di Rumah Sakit Cempaka Putih, Jakarta, Indonesia, sekitar jam 9.15 pagi waktu Malaysia.
Berita kematian Allahyarham dimaklumkan kepada Metro Ahad oleh sahabatnya, komposer Richard Kyoto yang turut menziarahi jenazah Sam di kediaman kakaknya sebelum dikebumikan di Tanah Kuasir, Jakarta. Richard, komposer lagu Kasih, menyifatkan sahabatnya itu seorang yang memendam rasa kerana di sebalik wajahnya yang sentiasa senyum, ramai di kalangan ahli keluarga, teman dan peminat tidak menyedari penyakit kanser paru-paru Allahyarham sudah di peringkat serius.
“Saya terkejut apabila diberitahu penyakit kanser Allahyarham sudah sampai tahap empat. Hairannya bila bertemu, beliau tidak pernah menceritakan perihal penyakitnya itu. Sedih saya mengenangkannya tetapi bersyukur dapat menziarahi jenazahnya,” katanya.
Kumpulan D’lloyd turut dianggotai Bartje Van Houten selaku pemain gitar dan ketua kumpulan, Yuhanny Fatmarida Susilo, Chairul Daud, Candra Casmala dan Ucep Tekol. Lagu lain dipopularkan D’lloyd seperti Keagungan Tuhan, Oh Tak Mungkin dan Semalam Di Malaysia.
Di kalangan anggota D’lloyd, Sam dilihat agak misteri kerana statusnya yang hidup membujang. Bagaimanapun, kata Richard, seingatnya Allahyarham pernah berkahwin dengan seorang perempuan Singapura tetapi jodoh tidak panjang dan mereka juga tidak dikurniakan zuriat.
D’lloyd yang ditubuhkan pada 1969, antara kumpulan muzik berpengaruh di rantau ini pada era 1970-an, julung kali mengadakan konsert di Kuala Lumpur pada 1978 di Stadium Negara. Sekitar awal 1990-an, Harian Metro membawa D’lloyd untuk satu persembahan khas manakala konsert terakhir D’lloyd di sini, pada 6 hingga 8 Mei tahun lalu di Istana Budaya melalui persembahan Semalam Di Malaysia, bergandingan dengan Datuk Ahmad Jais.
Ketika sidang akhbar, Sam membuatkan pihak media terharu apabila dia tiba-tiba sebak hingga mengalirkan air mata. Kesedihan itu diperjelaskan Sam betapa jiwanya tersentuh mengenang walau sudah setengah abad peminat di Malaysia masih mengagumi D’lloyd.
Apa yang pasti air mata Sam itu, petanda salam perpisahan kepada peminat Malaysia untuk tidak bertemu kembali. -MA
PSB juga minat dengan kemerduan suara emas Abg Sam, moga rohnya mendapat keampunan dan bersama orang beriman.

Aidil ambil emas Rita
Apa guna saya bersuami, jika bil bersalin pun diungkit. Kalau Aidil terpaksa berhutang kad kredit, itu bukan salah saya. Kos bersalin tidak sampai RM10,000 kerana saya bersalin bukannya melalui pembedahan. Itupun Aidil dapat tuntut balik RM5,000 daripada persatuan. Apa yang Aidil nak ungkit sangat? Kalau saya tahu dia jenis berkira, lebih baik saya bayar sendiri.
Dia sebagai suami kena mementingkan keselamatan dan keselesaan anak isteri, bukannya bersikap berkira. Ketika dalam pantang, saya beli ubat guna duit saya sendiri, dia tidak pernah ambil tahu atau menghulur duit.
Sampaikan baju dan keperluan dia dan anak juga saya tanggung. Boleh kira dengan jari jika guna duit dia. Saya tidak kisah soal duit asalkan kami hidup bahagia. Kalau saya mata duitan, takkan saya tahan hidup dengan dia sampai empat tahun. Duit nafkah saya dan anak-anak, kalau saya tidak mintak tiadalah.
Saya bukan jenis minta duit orang. Kadang-kala saya biarkan saja asalkan tidak bergaduh. Saya tidak suka bising-bising, dia hanya tahu pergi main bola, balik rumah, makan dan tidur. Semua urusan anak dan rumah, tanggungjawab dia pun saya kena fikirkan. Nak sewa rumah saya yang cari dan kena keluar dulu duit pendahuluan, saya tidak kisah.
Kalau dia cerita dia tidak mampu, beli kereta mewah dan motosikal berkuasa tinggi dan barang keperluan dia, mampu pula! Tapi nak hulur duit pada anak isteri seolah-olah seperti mahu menjerut leher. Saya selalu pesan dia, dahulukan anak.
Motosikal berkuasa tinggi, rim dan cat kereta tu penting ke? Tapi, semua tu tidak peduli. Dia sanggup keluar berpuluh-puluh ribu untuk keperluannya. Beli motosikal tu boleh pula, tapi soal anak sendiri, zuriat sendiri berkira. Waras ke Aidil ni? Makin lama makin melalut dengan hal yang tidak masuk akal. Kalau anak dengar dan faham, mesti mereka kecil hati.
Tapi berbeza dengan saya. Sejak berkahwin dan mempunyai anak, baju pun saya susah nak beli. Jika saya tidak menyimpan duit untuk anak-anak, saya tak tahulah apa nasib kami. Tanggungjawab saya besar, tapi selalu dia tinggalkan saya dan anak-anak tanpa satu sen. Sampaikan pernah saya SMS dia ketika di lapangan terbang. Dia boleh jawab terlupa! Allahuakbar, macam mana dia boleh lupa ada anak dan isteri?
Kalau dia cakap tidak mampu, beli motosikal berkuasa tinggi mampu pula. Baik duit pendahuluan simpan untuk anak-anak. Saya pernah kata jangan sampai anak-anak makan pasir. Memang saya bekerja dan ada duit sendiri, tapi nampaknya Aidil ambil kesempatan. Saya bercakap untuk masa depan bersama, bila sudah ada anak, jangan terlalu mementingkan diri dan fikir nak bergaya saja. Rim kereta dan tayar motosikal tu bukan boleh makan! Perlu ke beli motosikal jika sudah ada kereta? Kenapa nak tunjuk hebat pada orang?
Saya melakukan pemeriksaan ketika hamil kedua-dua anak pun kadang-kadang saya bayar sendiri. Apa lagi yang tidak kena? Terlalu banyak saya bantu tetapi dia langsung tidak menghargai dan berterima kasih atas tolak ansur yang melampau-lampau dari seorang isteri. Kerana terlalu sayang, saya tidak pernah merungut dan tidak kisah walaupun tanggung diri sendiri.
Dia berkira sangat, tetapi rezeki yang diberi pun sebab anak isteri. Jangan sampai sekelip mata Tuhan tarik balik. Jangan riak! Dia kalau ada duit, hanya fikir nak tukar cat, rim dan cantikkan kereta. Itu semua lagi penting daripada anak-anak! Nasihat saya dia pandang macam sampah. Kita ni ada anak isteri buat cara ada keluarga, jangan nak ikut perangai orang tiada tanggungan. Pakai motosikal berkuasa tinggi pun buat apa kalau tahu tak mampu. Jadi, tak payahlah nak ungkit soal hutang kad kredit bayar bil saya bersalin. Kenapa tidak guna kad kredit bayar beli motosikal?
Walaupun Aidil pernah memberi hadiah gelang emas kepada saya, tapi saya bukan jenis minat barang kemas. Tetapi apabila lari, dia ambil semula gelang emas itu. Saya memang nak tergelak apabila teringatkan tingkah laku Aidil. Terima kasih Aidil kerana terlalu berkira Dia juga ada menyebut pasa saya tabur duit di hadapan rumah, janganlah nak menipu dan memutar beli cerita. Duit itu diberikan pada Rayyan. Dia pun tahu Rayyan suka main duit. Saya membiarkan Rayyan memegang duit kerana tidak mahu dia mengamuk tapi lain pula tuduhan Aidil.
Aidil saya mohon maaf, saya kena bela diri. Saya berkahwin dengan dia bukan kerana duit. Sebab itulah, saya tidak berkira dan boleh tahan hidup dengannya walaupun terpaksa sara diri seperti orang bujang. Saya kecewa sangat apabila pasal anak dan duit dia nak ungkit menungkit. Saya pantang betul kalau mengungkit, berkira dan kedekut.
Mencari Emas Dalam Sungai Sampah
Setiap hari, kira-kira 300 orang yang menggelar diri mereka “pelombong” turun ke bawah jurang dan mengharungi air sampah busuk untuk mencari cincin dan gelang yang diperbuat daripada perak atau emas yang mungkin terdapat di situ.
“Saya mendapat lebih banyak wang datang ke sini daripada pergi ke syarikat di mana mereka terus-menerus akan memarahi saya,” kata Eddie Miranda yang berusia 41 tahun.
Dia bernasib baik baru-baru ini apabila mendapat gelang dengan 9 gram emas dan mendapat 2000 quetzals ($ 256) untuk itu. Ia mungkin tidak kelihatan seperti banyak, tetapi ia hampir sama seperti gaji bulanan $ 270 minimum di negara Amerika Tengah.
Walaupun nyawa jadi taruhan akibat air sampah yang berasid, ramai pekerja dan penganggur memilih cara hidup seperti tu apabila mampu mendapat $20 dollar sehari iaitu dua kali ganda gaji sehari jika bekerja.

Kerugian loket emas palsu mencapai 80 juta

Oleh kerana ingin mendapat upah sebanyak RM150 untuk setiap surat, Khairul fahmi sanggup membiarkan satu syarikat ’emas’ menggunakan namanya untuk memajak ’emas’ didalam ar-rahnu. Kononnya sekadar untuk pajak sahaja dan syarikat akan tebus balik, dia tidak sedar bahawa namanya dipergunakan oleh syarikat yang tidak bertanggungjawab itu untuk mengaut keuntungan lumayan. Akhirnya, fahmi sendiri terjerat dan terpaksa membayar balik hutang bernilai ratusan ribu ringgit di bank dan berkemungkinan diblacklist dari financial institution.
Bagaimana syarikat ’emas’ ini mengaut keuntungan? beberapa bulan yang lalu, ketika orang ramai rancak memajak emas di bank-bank, ar-rahnu, kedai pajak express, tauke yang tidak bertanggung jawab ini mendapat idea untuk mencampurkan tungsten kedalam emas dan usaha ‘kotor’ mereka berjaya mengeksploitasi kelemahan mesin density meter yang digunakan. Akhirnya sejumlah besar emas kini yang berada di pasaran adalah campuran tungsten dan emas. Bukan sahaja loket, ada beberapa juga barang lain dengan peratusan emas cuma 30% sahaja tetapi mendapat bacaan tinggi di density meter.
Modus operandi mereka adalah mencari penganggur, mereka yang tidak bekerja dan menawarkan upah untuk setiap emas yang dipajak menggunakan nama mereka. Mangsa pada mulanya akan diterangkan tujuan hanyalah sekadar menggunakan nama mereka untuk pajakan, dan emas itu sebagai guarantee untuk syarikat tebus balik, jadi siapa yang kisah kalau setakat guna nama kan, lagi-lagi dapat upah lumayan. Maka beratus dan beribulah pemuda yang membantu tauke memajak emas2 palsu ke seluruh financial institution, maklumat terkini mengatakan nilainya kini hampir 80 juta, bukan sedikit.
Mereka yang bekerjasama dengan tauke ini pun bukan calang-calang orangnya, ada tu berguru dengan mentor jutawan negara, dengan semangat motivasi yang tinggi dan jiwa yang berkobar-kobar itu, mereka mengerahkan seluruh unit marketing untuk bekerja all-out mengaut keuntungan besar ini, mungkin paling besar berbanding syarikat yang lain.
Kami selalu ingat pesanan tok guru emas dulu, jika internet yang baru berusia belasan tahun pun penuh penipuan scam, swisscash dan berbagai lagi, apatah lagi dengan perniagaan emas yang dah wujud ratusan ribuan tahun dalam sejarah manusia. Ini baru satu syarikat, malah ada banyak lagi syarikat diluar sana yang sedang menanti signal untuk cabut. Maka nasihat kami berhati-hati dalam perniagaan emas, malah kami sendiri pun selalu tertipu dengan emas2 palsu ini. Wallahualam….
Mana yang anda pilih pelaburan emas atau perniagaan emas?
Bila saya sebut pasal pelaburan emas ramai yang dah tau kot…Tapi bila saya sebut pasal perniagaan emas ramai yang tak tau dan jarang kita dapati orang ajar secara percuma…ilmu emas ini kalau anda nak tau sangat bermakna dan susah didapati.
Pelaburan Emas
Pelaburan emas adalah terbahagi kepada dua,iaitu pelaburan emas secara online dan pelaburan emas secara fizikal. Pelaburan emas secara online adalah seperti forex, ianya tak semudah yang kita jangkakan sebab kita kena mahir dalam perjalanan graf dan teknik-teknik yang lain.
Pelaburan emas secara fizikal anda selamat dari pada kejatuhan harga sebab emas tersebut ditangan anda sendiri, walau bagaimanapun anda boleh menunggu harga naik,simpan lama-lama pun tak mengapa kerana emas takkan susut nilainya..tapi saya sarankan anda kalau anda ingin memulakan pelaburan emas pilihlah harga yang murah, bandingkan semua harga penjual-penjual emas dan pastikan spread harga jual dan harga beli jangan terlalu jauh,maximum rm5.00 kebawah adalah senang anda mendapat keuntungan.
Perniagaan Emas
Kalau sebut pasal perniagaan emas adalah bermacam-macam cara dan bermacam-macam ragam dalam perniagaan emas,keuntungan pun begitu juga tergantung pada ilmu yang kita ada, kepakaran dalam persaingan market adalah faktor kepada kejayaan perniagaan emas,kebanyakan orang rugi dalam perniagaan emas adalah orang yang tamak yang ingin keuntungan besar, contohnya ada sebahagian yang saya jumpa harga dah naik tapi tak nk jual juga sebab dia nak tunggu lagi naik, padahal besoknya harga emas turun. Perniagaan emas adalah lebih untung dari pada pelaburan emas.
Banyak lagi yang anda kena ambil peduli atau kena belajar dalam perniagaan emas,mengenali emas tak rugi sebab anda sendiri pun membeli emas.
Beli emas dapat duit setiap bulan
“Orang tamak selalu rugi, macam anjing dengan bayang-bayang. ”
Ada beberapa cara nak melabur dengan emas hari ini. Tapi sila berhati-hati, ada cara yang halal, ada cara yang tak patuh Shariah dan ada cara yang menipu atau skim cepat lingkup.
1. Emas Fizikal
Beli 25 gram emas fizikal dalam bentuk bar, syiling dan barang kemas.
Selagi mana beli secara tunai, tiada isu Shariah. Cara buat untung adalah beli harga rendah, jual harga tinggi.
Rujuk: http://www.pakdi.net/cara-membeli-emas-perak-patuh-shariah/
2. Akaun Pelaburan Emas
Beli 25 gram emas dari bank, emas fizikal tak perlu ambil. Bank simpan atau bank cuma benchmark harga emas semasa.
Yang confirm transaksinya halal cuma KFH dan Al-Rajhi Bank, selebihnya tidak.
Rujuk: http://www.pakdi.net/akaun-pelaburan-emas/
3. Emas + Ar-Rahnu
Kalau emas dah beli secara tunai dan kemudian digadaikan, ok. Patuh Shariah.
Kalau buat kombo sekaligus, maka ada isu Shariah yang pelu diperhalusi.
Rujuk: http://www.pakdi.net/hukum-pelaburan-emas-ar-rahnu/
4. Saham syarikat berhad yang berkaitan emas di Bursa Malaysia
Setahu saya hanya Poh Kong Holdings Berhad (5080) yang sahamnya dijual beli di Bursa Malaysia. Wah Chan dan Habib Jewels masih Sdn Bhd. (Kalau saya tertinggal syarikat berhad dalam industri emas yang didagangkan di Bursa, tolong beritahu saya ya dalam ruang komen) Poh Kong merupakan penjual emas dan barang kemas paling besar di Malaysia dan mempunyai lebih 100 cawangan seluruh negara.
Beli saham Poh Kong Holdings Berhad dan kita berpeluang mendapat capital gain dari harga saham dan juga dividen tahunan. Saya ulang, dividen tahunan.
5. Skim Cepat Lingkup
Caranya, beli emas dapat dividen, duit dan pulangan x% setiap bulan.
Ini skim cepat lingkup. Emas fizikal tak beri dividen. Akaun pelaburan emas pun tak beri sebarang dividen. Kalau nak dapat dividen pun kena beli saham macam syarikat Poh Kong yang tersenarai dengan Bursa Malaysia untuk tujuan tersebut, tapi itu bukan beli emas tapi beli saham.
Kalau syarikat berkaitan emas yang paling besar pun cuma berani dan mampu beri dividen tahunan sahaja, kenapa boleh ada syarikat biasa-biasa yang nak janjikan pulangan dividen setiap bulan? Ia tidak masuk akal. Syarikat sebegitu adalah musang yang sedang membela ayam.
Apa yang sebenarnya syarikat sebegini jual? Emas ke saham?
Jika emas, mana emasnya? Jika emas tiada itu sudah jadi transaksi haram.
Kalau saham pula, adakah ia tersenarai di Bursa Malaysia atau mana-mana bursa saham lain ?
Apakah operasi sebenar syarikat tersebut? Terlibat dalam jual beli emas macam Poh Kong, Habib dan Wah Chan atau cuma sedang menipu orang ramai, penjawat awam dan makcik-makcik di kampung?
Modus operandi skim cepat lingkup bermula dengan model “pelaburan” semudah skim Pak Man Telo dan Labu Peram. Kemudian disusuli skim forex, futures market, CPO, ternak lembu, rumpai laut, jala ikan, MLM dan kini pelaburan emas.
Tak percaya?
“Takkan dia tipu pula, sebab saya masih dapat duit tiap-tiap bulan Pakdi!” ujar seorang pegawai kerajaan.
Ok. Tiada masalah.
Pergi lah habiskan semua duit simpanan, duit simpanan nak pergi haji, gadai tanah, buat pinjaman bank, minta duit & paksa emak ayah, adik beradik, kawan-kawan semua masuk dan jumpa peneroka Felda dan orang kampung untuk terlibat dalam skim yang sama.
Pergi buat apa yang patut untuk terlibat dalam skim macam ni. Pergi buat untuk jadi kaya dengan jalan menipu. Teruskan mengikis duit orang lain.
Saya dah tegur dan ingatkan skim cepat lingkup sebegini melalui siri seminar, ceramah dan bengkel dan hari ini melalui blog. Saya cuma nak selamatkan diri saya, keluarga dan kalian yang mahu percaya sahaja.
Blog perniagaan vs facebook perniagaan

Dalam perniagaan, mana yang lebih penting? Guna Blog perniagaan atau Facebook perniagaan?
Jawapannya agak cliche, sebab kedua-duanya penting dan kedua-duanya lain fungsinya untuk sesuatu perniagaan. Saya pecahkan kegunaannya di bawah:
Facebook untuk perniagaan:
- berhubung dengan pelanggan lama, baru dan prospek secara santai
- kongsi maklumat-maklumat menarik yang berkaitan dengan industri
- update pengikut dan penyokong tentang perniagaan yang dijalankan
Blog untuk perniagaan:
- tunjukkan kepakaran dan bidang perniagaan anda
- kongsikan perniagaan yang dijalankan dengan lebih terperinci
- amat penting untuk mendapat kedudukan terbaik di enjin pencari!
Jadi, bagi yang tanya saya nak guna blog ataupun facebook dalam perniagaan, jawapannya adalah guna kedua-duanya sekali. Lagi banyak medium pendedahan kita di Internet, lebih mudah sesuatu perniagaan itu mendapat pendedahan di Internet untuk berkembang.
Tiada syarat yang tetap sama ada sesuatu post atau berita itu patut kita letak di blog ataupun facebook. Ia bergantung pada keadaan. Gunakan tip di atas sebagai panduan sahaja.
Seringkali, sebaiknya kita membawa bakal pelanggan ke blog dan juga laman web kita daripada Facebook. Facebook adalah amat baik untuk pendedahan perniagaan, tetapi agak sukar untuk dapatkan pelanggan. Gunakan blog atau laman web kita untuk close the sale. Jangan lupa juga kita boleh import blog posting kita ke dalam FB.







