KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) — Keuntungan pracukai Poh Kong Holdings Bhd bagi suku kedua berakhir 31 Januari, 2013 turun kepada RM12.3 juta berbanding RM17.7 juta pada tempoh yang sama tahun lepas.
KIRA VALUE EMAS KALKULATOR EMAS, AR-RAHNU, PAJAK GADAI
Kira DisiniPerolehannya juga turun kepada RM197.9 juta berbanding RM202.4 juta pada tempoh yang sama tahun lepas.
Pendapatan sesaham asas syarikat itu turun kepada 2.22 sen berbanding 3.03 sen, katanya dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.
SIMPLE GOLD TESTING KIT USING ACID TEST TO CHECK GOLD PURITY
Uji Emas AndaPeruncit barang-barang kemas itu berkata kerugian keuntungan pracukai pada sukuan semasa sebahagian besarnya disebabkan kejatuhan perolehan dan turun naik harga emas yang menghasilkan margin keuntungan yang kecil daripada perolehan emas.
Kerugian perolehan Poh Kong juga disumbangkan oleh kejatuhan permintaan produk pelaburan emas seperti kepingan emas dan wafer pada sukuan yang dikaji.
Bagi tahun kewangan semasa, kumpulan itu berkata ia akan terus memacu untuk membina agihan pasaran dengan meningkatkan dan membezakan tawaran produknya kepada segmen pasaran yang disasarkan.
Katanya Poh Kong sedang menilai secara aktif pelbagai prakarsa dan peluang untuk menarik pelanggan baharu melalui pengenalan reka bentuk produk baharu dan meningkatkan perkhidmatan pelanggan. – BERNAMA