Laporan berita Starbiz menyebut Trump dan rakan sejawatannya dari China, Xin Jian Ping bersetuju untuk kembali ke meja rundingan bagi menghentikan tariff US kepada produk dari China.
Perjanjian sementara ini menyebabkan kenaikan harga emas dunia dan Malaysia tersekat dan mula susut setelah berada pada rekod paling tinggi dalam sejarah Malaysia dengan indek paling tinggi mencecah 7265/tael atau 1425usd/onz.
KIRA VALUE EMAS KALKULATOR EMAS, AR-RAHNU, PAJAK GADAI
Kira DisiniHari ini indeks emas Malaysia kembali jatuh dibawah mata 7000 pertama kali sejak hari raya Aidilfitri bulan lalu.
SIMPLE GOLD TESTING KIT USING ACID TEST TO CHECK GOLD PURITY
Uji Emas AndaBagaimanapun perjanjian sementara ini mungkin tidak akan bertahan lama kerana pilihanraya Presiden US bakal bermula akhir tahun ini dan banyak janji Trump belum terlaksana
Antaranya:
- Membina tembok us-mexico -gagal
- Menghentikan imigren dari amerika selatan – gagal
- Menang perang dagangan dengan china, jepun, euro – gagal
- Menyelesaikan perang diplomatik iran, korea utara, israel – gagal
- Meningkatkan sekatan kepada Rusia – gagal
Tekanan Dari Demokrat
Senator-senator dari kem Demokrat akan menggunakan kegagalan polisi Trump-republican ini dalam pilihanraya presiden akan datang untuk menukar presiden
Untuk rekod Trump kalah undi majoriti dalam pilihanraya US dan tewas dalam pilihanraya senator terakhir tahun lalu.
Kem trump kini berada dalam tekanan dan perjanjian sementara antara China dan US amat rapuh dan Naga dari China ini bukannya binatang ternak yang senang untuk dijinakkan oleh Trump.
Harga emas masih mempunyai potensi besar untuk terus naik kerana rekod emas dunia 1900usd/onz masih jauh. Hari ini emas hanya baru sekitar 1400usd/onz.