Zakat Emas Bulan Ramadhan

ilustrasi-zakat12

Assalammua’laikum WMT buat pembaca-pembaca yang dikasihi sekalian,
Sempena kedatangan bulan Ramadhan ini…ingin mengingatkan sesama rakan yang mana ada simpanan emas dan perak melebihi nisab dan cukup setahun bolihlah ambil peluang di dalam bulan Ramadhan yang berkah ini dengan menunaikan zakat ems tersebut

Bila sebut je zakat ..ramai je yang culas atau enggan tunaikan zakat..maklumlah 2.5% dari harta kita kena bagi kpd hak orang lain…apa taknye…. siap sebut lagi ” Alhamdulillah…syukur…nassib baik aku tak kena zakat “….jawapan spontan yg diluahkan oleh org ramai bila mana setelah membuat atau selesai membuat kiraan zakat….huhuhuu….maybe kita tak faham akan kepentingan berzakat ini yang mana dapat melatih sifat dermawan dalam diri seseorang utk menginfakkan sebahagian harta bukan banyak pun ….hanya 2.5 % sahaja….

Hmmmm….apapun diharapkan kita dapat mengubah persepsi dan memotivasikan diri kita untuk sempernakan rukun Islam kita yang ke tiga ini dengan menunaikan zakat …zakat adalah rukun yang terpenting selepas solat..manakan tidak di dalam Quran Allah telah sebutkan solat dan zakat di sebut berpasang2an…

jadi..buat pembaca-pembaca yang ade simpanan emas 85gram dan perak 595gram ambiklah peluang di dalam bulan Ramadhan ini dengan mengeluarkan zakat emas dan perak…sebab yang pertama…amalan yang baik dilakukan di bulan Ramadhan… pahala akan berganda2… dan lagi satu senang nak kira haul zakat…yelah….kan senang nak ingat…. bila sampai je bulan Ramadhan…tunaikan zakat emas dan perak….sebab dah cukup tempoh setahun kan…kan senang ingat….hati kita pun rase gembira bila datangnya bulan Ramadhan ini…kita dapat menambah pahala amal kita berganda2…

zaharudin-zakat-emas

 

Cara pengiraan zakat emas

link: http://terkini.hargaemas.com.my/cara-kiraan-zakat-emas-di-malaysia/

Cara kiraan zakat emas di Malaysia

** 29-5-2017 ** Kandungan didalam artikel ini telah outdated, sila rujuk posting terbaru ZAKAT EMAS


Emas dan perak merupakan logam galian yang berharga kurniaan Allah s.w.t. Ia merupakan hasil bumi yang banyak manfaat kepada manusia dan manusia pula menjadikannya nilai tukaran wang bagi segala sesuatu. Sementara syariat pula mengibaratkan emas dan perak sebagai sesuatu kekayaan alam yang hidup dan berkembang.Dalam hal ini, zakat emas dan perak terbahagi kepada dua perbahasan iaitu atas zat atau ‘ain emas dan perak itu sendiri sama ada dipakai atau disimpan dan perbahasan kedua ialah zakat mata wang kerana sandaran mata wang pada zaman ini asasnya kepada emas.

ZAKAT EMAS DAN PERAK

Zakat diwajibkan ke atas pihak yang memiliki emas dan perak apabila telah sampai nisab dan telah cukup haul setahun.

DALIL WAJIB ZAKAT EMAS DAN PERAK

Firman Allah SWT yang bermaksud :

“Dan ingatlah orang yang menyimpan emas dan perak, serta tidak membelanjakannya di jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan balasan atau azab seksa yang tidak terperi sakitnya”. (surah at-Taubah 34)

Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud :

Tidak ada seseorang yang mempunyai emas dan perak yang tidak menunaikan zakatnya, melainkan pada hari kiamat dijadikan hartanya itu beberapa keping api neraka. Setelah dipanaskan, digosokkan lambung, dahi dan belakangnya. Setiap kali ia sejuk dipanaskan semula pada satu hari yang lamanya 50 ribu tahun sehingga Allah menyelesaikan segala perkara yang berkaitan dengan hambaNya. -Riwayat Muslim-

JENIS EMAS YANG DIWAJIBKAN ZAKAT

EMAS YANG DISIMPAN

Emas yang tidak dipakai bermaksud emas yang tidak digunakan atau dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun. Jika nilai emas yang dipakai menyamai atau melebihi 85 gram (nisab), maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5%. sebagai contoh, jika berat keseluruhan emas yang tidak dipakai itu seberat 90 gram bernilai RM9500 maka zakatnya adalah : RM9500 x 2.5% = RM237.50

EMAS YANG DIPAKAI

Emas sama ada dipakai (sebagai perhiasan) sekali-sekala atau secara berterusan dalam tempoh setahun tidak wajib dikeluarkan zakat ke atasnya. Walau bagaimanapun jika ia melebihi ‘uruf maka wajib dikeluarkan zakat dengan kadar 2.5% atas lebihan dari nilai ‘uruf. Nilai yang diambil kira adalah nilai semasa emas sahaja dan tidak termasuk batu permata atau seumpamanya.

Nilai uruf bagi negeri-negeri di Malaysia.

Berikut adalah nilai uruf bagi negeri-negeri di Malaysia.

  1. Uruf emas bagi negeri Kedah adalah 150 gram.
  2. Uruf emas bagi negeri Perlis adalah 170 gram
  3. Uruf emas bagi negeri Pulau Pinang adalah 165 gram
  4. Uruf emas bagi negeri Melaka adalah RM5000
  5. Uruf emas bagi negeri Johor adalah 850 gram
  6. Uruf emas bagi negeri Sembilan adalah 200 gram
  7. Uruf emas bagi negeri Selangor adalah 800 gram
  8. Uruf emas bagi Wilayah Persekutuan adalah 150 gram
  9. Uruf emas bagi negeri Kelantan : tiada uruf
  10. Uruf emas bagi negeri Terengganu adalah 850 gram
  11. Uruf emas bagi negeri Pahang adalah 200 gram
  12. Uruf emas bagi negeri Perak adalah 500 gram
  13. Uruf emas bagi negeri Sabah adalah RM5000
  14. Uruf emas bagi negeri Sarawak adalah 775 gram

(Sumber: Laporan kajian penetapan uruf emas pakai negeri Pahang Darul Makmur tahun 2008) (klik)

NISAB DAN KADAR ZAKAT EMAS

Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud :

“Tiada wajib atas engkau sesuatu (pada emas) sehingga engkau memiliki 20 dinar (85gram). Apabila ada pada engkau 20 dinar dan cukup haul, maka wajiblah zakat padanya 1/2 dinar (2.5%). Maka sekiranya lebih dari 20 dinar, hendaklah dihisab menurut lebihannya itu 2.5% daripada keseluruhannya”. (Riwayat Abu Daud)

Nisab bagi emas ialah 85gm atau 20 miskal / dinar atau 25 mayam.

Apabila seseorang memiliki emas menyamai nisab semasa atau lebih dan telah cukup haul (setahun) ia wajib mengeluarkan zakat. Ulama sepakat mengatakan bahawa emas apabila cukup 20 misqal, maka wajib dikenakan zakat. Kadar zakat ialah rubu’ al ‘usyur iaitu satu perempat puluh (1/40) atau dua setengah peratus (2.5%).

Emas yang disimpan seberat 85gm dan telah mencukupi satu tahun, wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5 % daripada nilai semasa emas tersebut (termasuk juga emas yang rosak / patah)

Emas yang dipakai tidak diwajibkan zakat kecuali melebihi uruf. Kadar uruf (kebiasaan pemakaian setempat) di Negeri Pahang ialah 200gm. Emas yang dipakai yang melebihi uruf dikenakan zakat sebanyak 2.5 %. (berat yang melebihi uruf sahaja).

CONTOH PENGIRAAN :

(Andaikan nisab semasa 85gm emas adalah RM 8,909.48)

Emas tersimpan seberat 90gm.

1gm emas        =          (RM 8,909.48 ¸ 85)                   =          RM 104.82

90gm emas      =          90gm x RM 104.82                   =          RM 9,433.80

Zakatnya          =          RM 9,433.80 X 2.5%                 =          RM 235.85

Emas yang dipakai seberat 300gm.

200gm              =          uruf pemakaian emas

300-200gm       =          lebihan daripada uruf                =          100gm

100gm emas     =          100gm x RM 104.82                  =          RM 10,482.00

Zakatnya          =          RM 10,482.00 X 2.5%               =          RM 262.05

Soalan-soalan lazim yang perlu diketahui mengenai zakat emas:

1. Soalan: Sekiranya saya telah menggadaikan sejumlah emas perhiasan ke dalam skim Ar-Rahn, perlukah saya membayar zakat untuk emas yang digadaikan itu?

Jawapan: Tidak wajib, kerana tidak sempurna milik

2. Soalan: Adakah emas yang disimpan di dalam bank (safe deposit box) perlu dizakatkan?

Jawapan: Ya, wajib dizakatkan dan dikira sebagai emas yang disimpan.

3. Soalan: Saya memiliki beberapa utas rantai emas tetapi saya gadaikan untuk membuat modal perniagaan. Adakah wajib membayar zakat bagi rantai emas yang digadaikan itu?

Jawapan: Tidak wajib dizakatkan kecuali setelah ditebus semula. Kiraan haul bermula pada hari ditebus.

4. Soalan: Ibu saya mempunyai emas yang sudah cukup syarat untuk dizakatkan. Tetapi beliau meninggal dunia sebelum sempat mengeluarkan zakat. Siapakah yang bertanggungjawab membayar zakat tersebut? Daripada sumber mana yang perlu digunakan untuk membayar zakat tersebut?

Jawapan: Waris perlulah melunaskan bayaran zakat tersebut dengan menggunakan duit si mati sebelum harta peninggalannya di faraid.

5. Soalan: Adakah saya wajib membayar zakat emas perhiasan yang telah disimpan dan diwarisi daripada nenek?

Jawapan: Ya, emas perhiasan yang disimpan dan diwarisi wajib dikeluarkan zakat sekiranya cukup syarat.

6. Soalan: Saya ada emas yang dipakai. Ia tidak cukup untuk dikeluarkan zakat. Tetapi jika dicampurkan dengan emas yang digadai, cukup untuk bayar zakat. Persoalannya, wajib kah saya membayar zakat?

Jawapan: Tidak wajib dikenakan zakat kerana tidak cukup nisab dan emas yang digadai tidak sempurna milik.

(sumber: http://web.e-zakat.com.my/baru/organisasi/faq.asp)

p/s: Banyak lagi persoalan zakat yang boleh didapati dengan melawat link diatas.

NISAB DAN KADAR ZAKAT PERAK

Wajib zakat pada perak lima auqiyah ;

[ Satu auqiyah = 40 dirham. ( 5 x 40 = 200 dirham ) ] Ijmak’ ulama’ telah menetapkan nisab perak sebanyak 200 dirham iaitu bersamaan dengan 595 gram.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :

“…tidak diwajibkan zakat pada perak jika kurang daripada 5 awsuq.”

(Riwayat Muslim)

Sabda Rasulullah s.a.w lagi yang bermaksud :

“Pada perak (zakatnya) 1/40…” (Riwayat al-Bukhari)

Contoh Pengiraan Zakat Perak :

Andaian 1 gram perak  = RM 30.00

Perak yang dimiliki seberat 1,000 gram.

1,000 gram perak (lebihan 405 gm dari nisab)

1,000 x RM 30= RM30,000

Zakat yang dikenakan ialah       : RM 30,000 X 2.5%      = RM 750.00

Kesimpulan

Saya berharap agar topik kali ini dapat membantu anda dalam menyelesaikan masalah dalam pengiraan zakat emas dan perak kerana zakat ini merupakan perkara yang wajib ditunaikan oleh setiap orang Islam sekiranya cukup syarat…Sebagai pelabur kita inginkan kejayaan di dunia dan juga keberkatan di akhirat

Oleh itu, selamat membuat pelaburan emas dan perak dan semoga berjaya

Cara mengira zakat emas

sebagai yang kita maklum zakat terbahagi kepada dua iaitu zakat harta dan zakat fitrah, zakat harta adalah terdiri dari zakat emas dan perak, zakat ternakan, zakat pendapatan, zakat ternakan, zakat galian, zakat tanaman manakala zakat fitrah adalah zakat wajib dikeluarkan oleh setaip orang islam pada Bulan Ramadhan, bukanlah disini intu saya mendefinisikan secara detail syarat-syarat, dalail dari quran dan sunnah dan lain, penulisan saya tertumpu pada cara pengiraan zakat emas.
terlebih dahulu saya letakan syarat-syarat diwajibkan menguarkan zakat emas:
1- islam
2- merdeka
3- sempurna milik
4- cukup nisab
5- cukup satu haul (dalam kiraan hijriah 354 hari)

zakat emas terbahagi kepada dua:

1- yang di pakai, syarat wajib untuk emas yang dipakai adalah mengikut uruf setempat, contoh di johor uruf setempat dalam pemakaian emas adalah 850gram.jd sesiapa yang pakai lebih 850 gram emas maka dia wajib menguarkan zakat pada lebihan tersebut. contoh seseorang yang memakai 900 gram emas jd nilai yang perlu dizakatkan hanya 50 gram.

contoh jalan pengiraan 900 gram (emas dipakai) – 850 gram (kadar uruf pemakaian emas setempat) = 50 gram lebihan pemakaian. 50 gram. nisab zakat (kadar nisab berbeza mengikut negeri) bagi negeri johor kadarnya adalah RM 13, 126.00 (pada tarikh 1 mac 2012, ianya berubah-rumah mengikut kadar semasa) yang bersamaan dengan 85 gram emas, jadi perlu di cari setiap gram emas. cara mengira 1 gram emas adalah RM 13, 126.00 / 85 gram emas = RM154.49 pada nilai setiap 1 gram.  jika seseorang memakai 900 gram di tolak dengan kada ururf pemakaian emas setempat adalah 850 gram berbaki 50 gram dan dikalikan dengan RM 154.49 bersamaan RM 7724.40 kemudian di bahagikan dengan 0.25%(kadar dikenakan zakat) atau dibahagikan kepada 1/40 jd zakatnya adalah RM 193.11

2- Zakat emas yang tidak di pakai:
contoh pengiraan emas bagi emas yang tidak dipakai adalah:
ada mempunyai 100 gram emas, jd emas yang perlu di bazakan zakat adalah 100 gram ini , perkara yang perlu di cari adalah nilai setiap gram emas, nisab zakat (kadar nisab berbeza mengikut negeri) bagi negeri johor kadarnya adalah RM 13, 126.00 (pada tarikh 1 mac 2012, ianya berubah-rumah mengikut kadar semasa) yang bersamaan dengan 85 gram emas, jadi perlu di cari setiap gram emas. cara mengira 1 gram emas adalah RM 13, 126.00 / 85 gram emas = RM154.49 pada nilai setiap 1 gram , jadi 100 gram (yang disimpan) di kali dengan RM 154.49 (nilai 1 gram emas) bersamaan RM 15449.00 dibahagikan dengan 0.25% (kadar dikenakan zakat) atau dibahagikan kepada 1/40. jd zakatnya adalah RM 386.23

*emas bila dipamerkan kepada orang lain itu dikira emas itu di pakai, jika anda memakainya hanya cuba-cuba, ianya tidak dikira di pakai kerana sifat emas itu hiasan diri

Kewajipan kepada pemilik barang kemas -Islam

MEMANG fitrah manusia sentiasa tertarik epada harta dan suka mengumpulnya. Malah manusia tidak pernah puas dalam mengejar harta kekayaan. Hakikatnya, tidak ada sesuatu pun yang dapat menghalang kecintaan dalam mengejar harta kecuali kematian.

Allah turut merakamkan kecintaan manusia kepada harta benda dalam firman-Nya yang bermaksud: Dijadikan indah pada (pandangan manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu; wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia; dan di sisi Allahlah tempat kembali yang baik (syurga). (ali-Imran: 14).

Hakikatnya ramai yang alpa atau buat-buat terlupa bahawa harta yang dimiliki itu sebenarnya hak Allah SWT. Hak kita hanyalah sebagai ‘pengurus’ atau ‘penjaga’ yang pastinya akan ditanya dari mana harta itu dan ke mana ia dibelanjakan.

Oleh itu, janganlah sekali-kali menganggap harta yang dimiliki hak mutlak kita dengan berbelanja sesuka hati termasuk ke jalan kemaksiatan dan kemungkaran.

Islam tidak menganggap kekayaan sebagai penghalang untuk berbakti kepada agama dan meningkatkan mutu ibadat serta mendekatkan diri kepada Allah.

Bahkan, Islam menyuruh umatnya mencari sebanyak mungkin harta. Syaratnya, jangan sampai lalai daripada mengingati Allah SWT.

Malah, dalam al-Quran banyak disebutkan ayat yang menyeru umat Islam untuk mencari rezeki dan berusaha di atas muka bumi ini.

Firman Allah SWT yang bermaksud: Dialah yang menjadikan bumi ini mudah bagi kamu, maka berjalanlah di segala penjurunya dan makanlah sebahagian dari rezeki-Nya. Dan hanya kepada-Nya kamu (kembali setelah) dibangkitkan. (al-Mulk: 15)

Manakala dalam surah al-Jumu’ah ayat 10 pula Allah SWT menuntut kita mencari dan mengumpulkan harta.

Malahan Rasulullah sentiasa berdoa agar dimasukkan dari kalangan orang yang kaya dan dijauhkan daripada kemiskinan dan kefakiran.

Yang pastinya, Islam tidak menyuruh umatnya hidup dalam keadaan miskin dan sentiasa mengharap simpati orang.

Persepsi yang menyebutkan bahawa jika ingin menjadi hamba yang soleh mestilah hidup dalam keadaan miskin bukanlah syiar Islam.

Ini pernah ditegaskan dalam buku karangan ulama terkenal, Prof. Dr. Yusof al-Qaradawi bertajuk Masalah Dalam Kemiskinan dan Cara Islam Mengatasinya.

Dalam buku itu beliau mengatakan kemiskinan boleh membawa seseorang melakukan perkara yang menjejaskan akidah serta merbahaya kepada pemikiran, akhlak, masyarakat dan negara.

Untuk memastikan wujud keadilan antara yang miskin dan kaya, maka terdapat mekanisme zakat yang diwajibkan ke atas umat Islam yang ada kemampuan.

Bagi zakat harta ia turut termasuk zakat emas terutama bagi golongan wanita yang suka berhias dan memakai barangan perhiasan daripada emas dan perak.

Malah ada yang yang menjadikan pembelian perhiasan emas dan perak sebagai satu hobi dan kemestian.

Sedangkan tanpa disedari di sebalik hobi atau kemestian sebenarnya ada kewajipan yang perlu diberi perhatian.

Eksekutif Zakat PPZ-MAIWP, Ahmad Husni Abd. Rahman memberitahu, kesedaran umat Islam di negara untuk mengeluarkan zakat emas dan perak menampakkan peningkatan.

“Ramai yang sudah mula sedar kewajipan berzakat dan menunaikannya. Ini dilihat menerusi statistik dari segi penambahan bilangan pembayar individu, syarikat dan sebagainya serta bilangan kutipan yang meningkat.

“Walaupun ada kesedaran yang baik tetapi masih perlu diusahakan kerana pasaran emas bukan lagi terhad kepada emas perhiasan atau emas yang disimpan dalam bentuk klasik semata-mata bahkan sudah melebar luas kepada emas dalam bentuk perdagangan dan pelaburan,” katanya ketika ditemui selepas bengkel Kilauan Firdausi anjuran Pusat Pengutan Zakat, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) dengan kerjasama Felda Holdings Berhad dan Habib Jewels Sdn. Bhd.

Ujar Ahmad Husni, kebiasaannya bagi emas yang disimpan, tidak banyak isu yang dibincangkan.

Perkara yang sering menimbulkan persoalan sama ada wajid berzakat atau tidak ialah yang membabitkan emas yang digadai dan yang dipakai sebagai perhiasan.

Yang pertama terdapat pandangan yang mewajibkan zakat terhadap emas yang dipakai.

Pandangan ini dikeluarkan oleh Umar bin al-Khattab, Abdullah bin Mas’ud, Abdullah bin Abbas, Abdullah bin Amr bin ‘Ash, Sa’id bin al-Musayyab, Sa’id bin Jabir, ‘Atha’, Mujahid dan lain-lain lagi. Mazhab Hanafi, Zahiri dan Zaidiyah juga menyokong pendapat ini.

Kedua, pendapat yang mengatakan tidak wajib zakat ke atas emas yang dipakai sebagai perhiasan sebagaimana yang dikeluarkan oleh Abdullah bin Umar, Aisyah, Jabir bin Abdullah, Anas bin Malik, Asma binti Abu Bakr dan beberapa orang lagi. Mazhab Maliki, Hambali dan pendapat yang ketara daripada Syafie dan Ja’fariyyah juga mendokong pendapat kedua ni.

Kata Ahmad Husni, setelah dilihat dan dikaji, kewajipan zakat emas yang dipakai ini dilihat kepada persoalan uruf (kebiasaan pemakaian) masyarakat setempat.

Jika ia melebihi keperluan, maka dianggap sebagai sesuatu yang bersifat berlebih-lebihan dan keluar dari norma keseimbangan.

Ini berdasarkan firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 219 yang bermaksud: Dan mereka bertanya kepadamu apa yang mereka nafkahkan. Katakanlah: Yang lebih daripada keperluan. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu supaya kamu berfikir.

Maka lebihan daripada uruf tersebut wajar dizakatkan. Uruf emas perhiasan di Wilayah Persekutuan adalah sebanyak 150 gram.

Isu lain kata Ahmad Husni, adalah berkaitan nilaian untuk kiraan emas, sama ada dinilai secara purata atau mengikut harga semasa.

Perkara ini katanya, masih dalam perbincangan yang akan diumumkan keputusannya.

Melihat kepada nilai emas yang semakin tinggi menyebabkan emas bukan sahaja terhad sebagai barang perhiasan tetapi telah digunakan untuk pelaburan.

Jelas Ahmad Husni, emas pelaburan wajib dizakatkan. Ini berdasarkan kaedah fiqh dalam bab zakat dinyatakan: “Setiap harta yang berkembang atau mempunyai potensi pengembangan dan produktif, maka ia adalah tabungan untuk zakat.”

Justeru, kecenderungan menjadikan emas sebagai komoditi harus dilihat kaedah zakatnya. Ia mungkin bukan lagi dalam bentuk emas itu sendiri secara fizikal tetapi lebih kepada pergerakan pelaburan yang mirip kepada zakat perniagaan.

Mengulas tindakan mereka yang lari daripada kewajipan menunaikan zakat, Ahmad Husni berkata, apabila seseorang itu telah mampu dan telah wajib untuknya mengeluarkan zakat tetapi dia melewatkan pengeluaran zakat maka terdapat dua kesan ke atas dirinya:

lBerdosa kerana dia dengan niat sengaja melewatkan pembayaran dan menjadi penghalang orang fakir untuk mendapatkan haknya.

lHak ganti rugi fakir miskin terhadap ‘ain harta yang diwajibkan zakat walaupun semua hartanya musnah. Ini kerana dia sengaja melewatkannya tanpa alasan dan dia terpaksa menanggung risiko kelalaiannya demi menjaga kepentingan orang yang berhak.