Apabila Jerung Tamak, Bilis Yang Susah

jerung-emas

APABILA Cikgu Halim akan bersara dari karier perguruan pada akhir 2014, beliau mempunyai banyak impian yang ingin dilaksanakan. Halim dan keluarganya tidak sabar menunggu hari persaraan tersebut kerana apabila tugasnya berbakti kepada anak bangsa tamat, Cikgu Halim ingin menghabiskan masa bersama keluarga dirumah dan tidak perlu lagi berfikir masalah yang menimbung di sekolah

Sebelum bersara Halim telah merancang pelan persaraan yang selesa. Duit simpanannya akan digunakan untuk membayar semua hutang yang ada dan bakinya bernilai RM300, 000 akan dilaburkan didalam perniagaan atau pelaburan yang selamat. Halim berharap agar masa depan yang bakal dilaluinya akan cerah dan hasil pelaburan dan perniagaannya dapat menjamin masa depan yang lebih baik untuk anak-anaknya dengan pendidikan yang lebih sempurna.

Semasa Halim sedang mencari skim-skim pelaburan yang selamat dan pulangan yang tinggi, Halim telah didatangi Haji Syed (bukan nama sebenar), seorang kenalan lamanya yang dulu hanya menjawat jawatan guru biasa sekolah kanak-kanak khas, tetapi kini seperti orang kaya baru dengan memakai kereta Porsche Cayenne, no pendaftaran dua digit dan motor berkuasa tinggi. Halim teruja melihat kemewahan Haji Syed dan bertanya tentang peluang pelaburan & perniagaan Haji Syed sehingga menjadi kaya begini dalam masa yang singkat.

Halim telah diterangkan dengan skim pelaburan emas yang dijamin selamat, guarantee dan dijanjikan tunjuk ajar dengan pelbagai kotak skill pelaburan emas yang mampu memanipulasi emas untuk menjana kekayaan. Halim semakin berminat apabila mendengar keterangan Haji Syed dan yakin dengan pelaburan emas dan memulakan pelaburan emas yang asing pada dirinya dengan bermodalkan 100g sahaja.

Pada bulan pertama pelaburan, halim mendapat keuntungan RM2500 dan dia mula teruja dan berkira-kira untuk menambah lebih banyak, dari sehari ke sehari Halim menambah jumlah pelaburannya sehingga 80% dari jumlah simpananya, tempoh masa 2-3 bulan pertama halim mendapat jauh lebih banyak dari gaji yang diperolehi selama ini di sekolah, Halim semakin aktif dalam pelaburan emas dan mula menarik kawan-kawan seangkatan yang lain dan mula mengelolakan jemaahnya sendiri dengan nasihat dari Haji Syed, Halim menerima wang dari pelabur baru jemaahnya dan masuk kedalam program haji syed sebagai wakilnya dengan berharap akan mendapat berganda lagi untung.

Hidup Halim kini berubah dalam masa beberapa bulan sahaja, jumlah pelabur dibawahnya kini mencecah berjuta-juta, dulu hanya bawa kereta Honda kini Halim mampu swap dengan kereta BMW M6 idamannya, sehinggalah suatu hari.

Secara tiba-tiba haji syed memaklumkan pelaburan mereka adalah haram dari segi syariat dan terpaksa dihentikan serta merta, duit-duit pelaburan terpaksa dicuci dahulu dan akan dibayar pada suatu tarikh yang dijanjikan, tanpa ilmu emas yang cukup, halim terkial-kial menjawab persoalan jemaahnya dalam situasi sekarang. Apabila tarikh yang dijanjikan tiba, Haji Syed menangguhkan lagi pembayaran modal pelabur dan meminta wakil-wakilnya mendahulukan wang mereka dengan janji untuk memberi pulangan lebih tinggi, Halim yang yakin dengan Haji syed membayar pendahuluan wang kepada pelabur dengan baki simpananya 20% tadi.

Masa semakin berlalu, mesyuarat demi mesyuarat telah halim lalui tapi transaksi wang atau emas yang ditunggu tidak kunjung tiba, manakala jemaahnya semakin menekan Halim untuk mendapatkan modal mereka, kereta-kereta mewah dan rumah-rumah mewah terpaksa Halim let go dahulu demi mengelak dari namanya buruk oleh kawan-kawan untuk memberi bayaran kepada mereka.

Kini wang simpanan Halim habis, ilmu emasnya nipis, skills kotak yang dipelajarinya tidak dapat berfungsi dengan modal kosong, manakala Haji Syed masih berkeras untuk memulangkan bayaran kepada wakilnya. Halim semakin tertekan dan mula menyelidik pelaburan Haji Syed didalam sektor hartanah, saham, rumah, agrikultur dan pelbagai lagi, Halim mendesak Haji Syed untuk menjual perniagaannya untuk membayar modal pelabur tetapi Haji Syed berkeras untuk meneruskan programnya dan akan memberikan pulangan kepada pelabur-pelaburnya sehingga tiba waktunya

Cikgu Halim kini berlawan dengan masa, setiap hujung bulan pelabur akan mencari dan meminta modal mereka, dan setiap kali meminta bayaran kepada guru pelaburan emasnya, dia hanya mendapat kosong-kosong, kosong jawapan dan kosong respon serta pulang dengan poket kosong, Halim kini menunggu dan menunggu dengan hati tidak tenteram, bilakah Jerung akan memulangkan pelaburannya……..? atau wang nya telah menjadi bayang-bayang khayalan dalam tempoh hanya beberapa bulan…

 

Rahsia Manipulasi ETA – Untung Atau Tidak?

hargaemas-trading-eta-emas

ETA adalah salah satu teknik yang sering disebut-sebut dapat memberi keuntungan kepada peniaga emas. ramai peniaga emas sebenarnya terkandas kerana kekurangan modal untuk menyimpan emas dan menjual pada skala besar, contohnya tidak banyak kedai emas dapat menjual lebih 1 kilo emas sehari, biasanya pada skalar besar 1-5 kilo sehari ini dilakukan oleh supplier & kilang emas dengan margin untung yang rendah, samada RM0.50/gram ataupun RM1/gram.

Dengan menggunakan ETA, peniaga emas dapat meminjam wang dari pembeli untuk tempoh masa tertentu bagi transaksi singkat samada harian atau mingguan dan pada masa yang sama memberi peluang kepada pembeli membeli emas pada harga jauh lebih murah.

Bagaimana proses membekal emas berlaku? peniaga emas biasanya mempunyai order dari pelanggan untuk dihantar, samada untuk tempahan harian kilo-kilo sehari atau untuk supply kepada kumpulan tertentu, biasanya pembekal emas berdaftar dengan MKS untuk mendapat harga murah dan kemudiannya menjual kedalam pasaran,

Bagaimanapun pada keadaan sekarang, pamp suisse boleh diperolehi dengan mudah dari tangan individu di fb pada harga lebih rendah.

Banyak program jual beli emas sekarang memerlukan pamp suisse, maka agent/sub-agent program memerlukan emas untuk urusniaga mereka, kekurangan masa agent-subagent untuk mencari emas yang murah menyebabkan mereka lebih berharap pada pembekal yang boleh memenuhi permintaan pelanggan,

Jadi disini banyak pihak yang tidak berlatarbelakangkan emas terlibat untuk membekal, dengan modal kurang, peniaga emas baru ini membuka kaedah ETA untuk menggunakan modal pembeli untuk menjana keuntungan transaksi harian dan pada masa yang sama memberi sedikit keuntungan kepada pembeli.

Simulasi Sebenar ETA : Ismail ingin membuat ETA 7 hari dengan 1 kilogram emas

(1) Ismail mempunyai modal RM150,000 untuk diniagakan dalam jual beli emas, langkah pertama Ismail perlu membeli emas dahulu. Jadi Ismail menghubungi Syarikat Hargaemas untuk membeli pada harga termurah contohnya RM130.00/gram, jadi jumlah semua sekali RM130,00.00 digunakan untuk membeli gold bar  100g pamp suisse x 10 keping

(2) Langkah kedua, ismail memajakkan emasnya didalam arrahnu dan mendapat pinjaman 70% sebanyak RM10,000 untuk setiap keping emas (rujukan harga Ar-rahnu 999 RM145/g, www.goldprice.my), jadi jumlah pinjaman yang diterima Ismail adalah RM100,000 untuk 10 keping emas pamp suisse

(3) Ismail membuka ETA tujuh pada harga RM125/g, maka ramai pembeli berminat dan membayarnya kedalam akaun Ismail Enterprise, jadi jumlah wang yang ada pada tangan ismail sekarang adalah RM245,000.00

  • Wang tunai belum digunakan : RM20,000
  • Wang Pinjaman dari Arrahnu: RM100,000
  • Wang diterima dari peserta ETA :RM125,000

(4) Untuk membuat keuntungan, Ismail menggunakan cash yang ada ditangannya untuk urusniaga jual beli emas yang cepat dalam masa 7 hari, Ismail mencari pamp-pamp suisse yang murah di forum-forum emas dan menjualnya dengan segera, dengan modal sebanyak RM245,000, Ismail dapat membeli maksimum 1.8kilo emas untuk setiap transaksi

(5) Katakan Ismail cuma mengambil untung RM1/g sahaja untuk setiap transaksi dan sehari cuma sempat urusniaga 1.8kilo sahaja emas, jadi Ismail berjaya  untung RM1800.00 sehari, jika 2 kali pusingan RM3600, atau 3 kali pusingan RM5400.00 untung dalam masa sehari

(6) Katakan dalam tempoh 7 hari itu Ismail berjaya melakukan transaksi 1.8kilo setiap hari, maka jumlah keuntungan diperolehi Ismail adalah RM1800 x 7kali bersamaan RM12,600.00 untung.

(7) Sampai masa 7 hari iaitu hari untuk pemulangan order ETA7 yang diterima, ismail mengeluarkan pamp dari arrahnu berjumlah RM100,000 + RM1080 (upah simpan) dan kemudiannya menyerahkan semua pamp tersebut kepada pembeli-pembeli yang menempahnya. Jom kira berapa keuntungan Ismail.

  • Jumlah wang Ismail pada hari terakhir urusniaga RM245,000 + RM12,600 = RM257,600
  • Jumlah wang dikeluarkan untuk menebus kembali emas dalam Ar-Rahnu RM101,080
  • Selepas serahan ETA7, jumlah wang Ismail menjadi RM156,520.00
  • Maka keuntungan bersih Ismail adalah RM6,520.00 dalam masa seminggu dengan hanya 1 pusingan transaksi dalam masa sehari (minimum)

Jika simulasi diatas diaplikasi kepada ETA14, ETA21 & ETA30, keuntungan adalah seperti berikut

Pemalar: (1) Pinjaman Arrahnu RM100,000  (2) Wang belum digunakan RM20,000 (3) Tebus barang dari Arrahnu RM101,080 (4) Untung transaksi harian RM1800/hari

  • ETA14  Wang diterima RM120,000.00 (RM120/gram) /  Untung transaksi RM25,200
  • Pada hari terakhir, Ismail mempunyai modal RM265,200.00,  maka jumlah bersih wang Ismail adalah RM164,120 (untung RM14,120)
  • ETA21 Wang diterima RM115,000 (RM115/g) / Untung transaksi = RM37,800.00
  • Pada hari terakhir, Ismail mempunyai modal RM272,800, maka jumlah bersih wang Ismail adalah RM171,720 (untung RM21,720)
  • ETA30 Wang diterima RM105,00 (RM105/g) / Untung transaksi = RM54,000
  • Pada hari terakhir, Ismail mempunyai modal RM279,000, maka jumlah bersih wang Ismail adalah RM177,920 (untung RM27,920.00)

Continue reading

Bagaimana Pelaburan Emas (Singaporey) Tersontot?

singaporey

Antara pelaburan yang menarik perhatian pelabur emas salah satunya adalah Suisse International (Singapore’s) yang didaftarkan sebagai Suisse HK Limited di Hong Kong.

Syarikat ini tidak berdaftar di Singapura walaupun beroperasi sepenuhnya di Singapura, tetapi didaftarkan di Hong Kong.

Selain pelaburan emas, bisnes lainnya adalah lelongan syiling emas, jual beli jam mewah dan turut terlibat dalam bisnes perfileman. Mereka turut mengeluarkan syiling emas sendiri walaupun bukan dari bukanya pengeluar syiling emas terkemuka dunia.

Dikhabarkan baru-baru ini beberapa syarikat pelaburan emas tempatan tersontot dan tidak mampu memberikan pulangan seperti dijanjikan, adalah tidak sukar untuk meneka bagaimana pelaburan mereka terjejas,

dan kenapa teknik manipulasi emas yang diuar-uarkan tidak menjadi, Ini dapat dikaitkan dengan satu bentuk pelaburan merentasi sempadan yang baru-baru ini disita oleh Bank Negara Singapura iaitu Suisse International Ltd.

Bagaimana operasi pelaburan emas Suisse International?

Suisse-International-1

 

1. Untuk memulakan pelaburan, setiap pelabur dikehendaki membawa 200g emas kepada syarikat untuk mula melabur, pelabur boleh membeli pamp suisse pada harga pasaran terkini contohnya hari ini harga RM132/g dan hantar pada syarikat. Atau pelabur boleh membeli secara direct dengan syarikat.

Suisse-International-2

2. Seterusnya syarikat akan membeli emas pelabur pada harga RM200/g secara ansuran, bermaksud pelabur akan dibayar sebanyak RM40,000 untuk 200gram emas secara ansuran ($78/g singapore dollar) dalam tempoh 12 bulan.

Suisse-International-4

3. Apabila pelabur menghantar 200g gold bar, pelabur akan diberikan 3 keping syiling  emas pada harga $52/piece

Suisse-International-5

4. pelabur boleh jual balik kepada syiling kepada syarikat untuk dapat tunai segera dengan harga $1700/piece (kebanyakan pelabur akan jual balik untuk tunai, cashback), jadi 3 keping syiling dijual balik akan dapat RM13,000.00

Suisse-International-3

5.  Seterusnya pelabur akan diberikan keuntungan 7% sebulan dari harga yang dibeli syarikat tadi, jadi 7% dari RM40,000 sama dengan RM2800.00 sebulan ($1092 Singapore Dollar), sebulan.

Berapa jumlah pelabur melabur sekarang?

(1)Beli 200g Pamp Suisse RM26,400… (3) dapat balik cashback ~RM13,000… jadi cuma RM13,4.00 sahaja yang dilaburkan

Berapa modal & keuntungan sebenat?

Modal RM13,400.00, keuntungan dijangka RM33,600 dalam masa 12 bulan atau 250% setahun.

Siapa Yang Melabur?

Banyak syarikat yang mengelolakan pelaburan-pelaburan emas tempatan terheret sama melabur didalam skim pelaburan ini, ramai yang menghantar bar pamp suisse ke singapore kerana tertarik dengan pulangan lumayan kira-kira 250% setahun berbanding pelaburan biasa paling banyak cuma 20-30% sahaja setahun.

Bila bermula skim pelaburan ini?

Dari rekod laman domaintools, laman web syarikat (http://www.suissecollection.com) didaftarkan pada 2-5-2013, dan laman facebook syarikat juga didaftarkan pada 2-5-2013 tarikh yang sama (https://www.facebook.com/suissecollection)

Siapa dibelakang syarikat ini?

Wujud desas desus di alam siber, CEO The Gold Capital, Lee Siong Tek yang menghilangkan diri sejak Januari 2013 mempunyai kaitan dengan syarikat Suisse Internatiol HK ltd. Pada akhir 2012, Bank Negara Singapura telah menyita syarikat-syarikat pelaburan emas genneva, asia pacific dan gold guarantee kerana terbabit menerima deposit haram dalam urusniaga skim ponzi berjumlah berbillion ringgit, Lee Siong Tek telah menghilangkan diri sejak itu dan sehingga  kini tidak dapat dihubungi.

Bagaimana Suisse International jatuh?

Akaun utama Suisse International di DBS telah dibekukan pada akhir September 2014/ awal oktober 2014 dan siasatan sedang dilakukan oleh CAD & MAS Singapura keatas syarikat ini kerana menerima deposit haram dan mengelolakan pelaburan haram (mirip ponzi scheme), kesan daripada pembekuan akaun ini menyebabkan beberapa syarikat pelaburan emas tempatan tidak menerima cash dari Suisse International dan turut terheret sekali dalam masalah ini.

Berapakah kerugian kepada Syarikat Pelaburan Emas dalam negara?

Tidak dapat dijangka, kerana dikhabarkan berkilo-kilo malah bertan emas telah dibawa merentasi tambak johor oleh syarikat-syarikat  pelaburan emas tempatan menggunakan operasi yang hampir sama (program atas program)

Contohnya: Syarikat A mengumpul 3 tan emas dari beribu pelabur, kemudiannya melaburkannya kedalam skim ini, jika Suisse International memberikan bulanan RM2800 sebulan, syarikat pelaburan tempatan akan memberi RM2000/bulan kepada pelabur dan makan untung RM800/sebulan bagi setiap seorang pelabur. (lebih kurang).

Adakah semua syarikat pelaburan emas di Malaysia terlibat?

Tidak semua, cuma syarikat yang mempunyai masalah membayar amaun yang dijanjikan kepada pelabur mungkin terlibat, kerana tarikh, masa dan ceritanya hampir sama (tak perlu ambil phd pun boleh agak kot)

Emas ETA adakah suatu pelaburan?

image

Member saya bertanya tentang emas eta, pairing, delay atau bermacam istilah, adakah sangat berbaloi untuk melabur?

Maksud eta disini adalah Estimate Time Arrival, maksudnya dalam kes ini, anda perlu bayar dulu dalam tempoh tertentu sebelum dapat barangnya. contohnya, ali membeli 100g emas ETA07 berharga rm10,000, ali perlu bayar dulu, dan selepas 7 hari baru dapat emasnya, dan begitulah seterusnya untuk ETA30 atau ETA 6 bulan, setahun dan sebagainya.

Kebiasaannya ETA adalah straight forward urusniaga, jika dijanjikan 7 hari maka dalam masa 7 hari, anda akan dpt emas anda, tetapi ada juga yang tidak straight forward, contohnya.

Tawaran A : beli emas 100g rm10,000 , bulan2 dapat rm2000 selama 6 bulan, dan akhirnya dapat gold bar 100g

atau
Tawaran B : beli emas 100g ETA 3Bulan, rm10,000, rebet tunai rm5000, 3 bulan seterusnya dapat rm2000 sebulan.

Menarik bukan, contohnya dalam tawaran A pelabur boleh menjana keuntungan 2 x ganda, dengan modal RM10,000, dapat balik RM22,000 dalam masa 6 bulan atau tawaran B, modal labur RM5000 (setelah tolak rebet) dapat untung RM6000 dalam masa 3 bulan. totally untung besar pelabur.

So bagaimana keuntungan diperolehi dalam urusniaga diatas? ada beberapa peringkat bahagian ini anda perlu tahu.

Pertama: keuntungan kepada pelabur..
seperti tawaran A & B diatas, pelabur bakal menikmati keuntungan yang tinggi seperti ditawarkan, yang penting jual beli itu siap dokumen yang lengkap, dan syarikat tersebut membayar tepat pada masanya.

Kedua: keuntungan kepada orang tengah…
Dalam urusan ETA ini, wujud orang-orang tengah yang membeli dulu tawaran yang dibuka syarikat, dan menjualnya kembali untuk keuntungan diatas angin, contohnya Abu membeli tawaran A diatas, kemudiannya menjualnya kembali kepada Azman dengan bayaran rm1500 sebulan selama 6 bulan, jadi Abu mendapat untung atas angin rm500 sebulan

Ketiga: Keuntungan kepada syarikat…
Syarikat yang menawarkan ETA seharusnya mempunyai mekanisme yang kencang untuk memberi pulangan lumayan kepada pelabur, samada pelaburan digunakan dalam urusniaga emas, ikan keli, sektor hartanah atau apa sahaja bisnes yang dapat menjana pulangan dalam tempoh masa yang ditetapkan. Pelabur perlu pastikan syarikat ini trusted, wakil mereka trusted, genuine atau tidak urusniaga mereka dan modal pusingan mereka banyak tidak kira berjuta kilo emas, sekilo atau 1-2 gram. Yang penting syarikat berkemampuan membayar kepada pelabur.

Ini adalah tulisan ringkas sistem ETA, tulisan sependek ini tidak mencerminkan keseluruhan urusniaga ETA, tetapi sedikit sebanyak merungkai persoalan pembaca, sila komen untuk perbincangan lebih detail

Shahrul emas www.hrg.ms
Wsapp: 012-2301015

Pelaburan Emas : Anggota Tentera Didakwa

tentera-emas

AYER KEROH – Seorang anggota tentera mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, semalam atas pertuduhan menipu seorang lelaki berhubung pelaburan saham yang tidak wujud membabitkan sejumlah hampir RM12,000.

Tertuduh, Muhammad Abu Handzalah Mohd Pandi, 28, dari Segamat, Johor membuat pengakuan selepas mengangguk faham tiga pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Mohd Firdaus Saleh.

Berdasarkan ketiga-tiga pertuduhan, Muhammad yang didakwa menawarkan pelaburan saham emas tidak wujud telah memperdayakan Noor Affandi Abdul Mohssin, 41, untuk menyerahkan wang tunai berjumlah RM11,800.

Dia yang menerima wang RM1,700, RM1,700 dan RM8,400 secara berasingan didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Desa Taming Sari 1, Sungai Udang, dekat sini, pada Januari, Februari dan Mac lalu.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Mohd Ahsraf Abd Hamid ketika pendakwaan meminta mahkamah memberikan jaminan RM6,000 bagi setiap pertuduhan,

Bagaimanapun, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu supaya wang jaminan tersebut dikurangkan dengan alasan bekerja dia yang sebagai anggota tentera dan masih berkhidmat perlu menanggung dua anak.

“Selain salah seorang anak baru lahir, saya dan pengadu sudah berbincang dan pengadu bersedia untuk menarik kes ini dan kami akan menyelesaikan di luar mahkamah,” katanya.

Selepas mendengar rayuan tersebut, Mohd Firdaus kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM7,500 bagi ketiga-tiga pertuduhan dan beliau turut menetapkan kes disebut semula pada 2 Oktober depan.