Harga Emas Pasaran Turun Sebelum Cuti Raya

promosi-raya-bersama-emas

KUALA LUMPUR, 25 Julai (Bernama) — Kontrak hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif ditutup rendah hari ini berikutan kurangnya sokongan belian. Peniaga Phillip Futures Sdn Bhd Low Cheng Yang berkata kontrak emas
ditutup pada paras terendah dalam tempoh lima minggu dengan mengalami dua sesi kerugian berturut-turut.

Dagangan yang tidak banyak berubah dalam kontrak hadapan emas tempatan adalah terhad disebabkan pemulihan penanda aras niaga hadapan Bursa Komoditi New York (COMEX) berikutan ketidaktentuan politik di Ukraine selepas pakatan kerajaan Kiev yang mentadbir, tumbang,” katanya kepada Bernama.

Pada penutup, Julai 2014, Ogos 2014, September 2014, dan Oktober 2014 susut 10 mata setiap satu, masing-masing kepada RM132.35 segram, RM132.60 segram, RM132.75 segram dan RM133.25 segram.

Kepentingan terbuka merosot kepada 5,164 kontrak daripada 5,360 pada Khamis manakala jumlah dagangan susut kepada 83 lot bernilai RM1.097 juta daripada 275 lot berjumlah RM3.652 juta sebelumnya.

Harga emas fizikal turun sebanyak RM0.38 sen kepada RM127.65 segram berbanding RM128.03 segram pada Khamis.
— BERNAMA

Jongkong Emas Dikebas ‘Polis’

bhp-gas

Kuala Lumpur, 24 Julai : Seorang ahli perniagaan tidak hanya diculik dan dipaksa menyerahkan dua jongkong emas, malah turut dicampak penjenayah di kawasan tanah perkuburan.

Dalam kejadian jam 11.30 pagi kelmarin, mangsa berusia 44 tahun dilarikan dua penjenayah yang menyamar anggota polis ketika mangsa berada di stesen minyak di Jalan Loke Yew.

Sumber polis berkata, mangsa yang berhenti untuk mengisi minyak mendakwa dihampiri dua lelaki yang memperkenalkan diri sebagai anggota polis.

Menurutnya, dua lelaki itu mengacukan parang pada leher mangsa sebelum menariknya masuk ke dalam kereta dan beredar dari kawasan itu.

“Ketika berada di dalam tawanan suspek, mata mangsa ditutup dengan kain hitam sebelum suspek memeriksa seluruh badan mangsa.

“Suspek seolah-olah mengetahui mangsa menyimpan barang berharga apabila menemui dua jongkong emas yang disimpan di dalam poket seluar mangsa,” katanya.

Menurutnya, suspek kemudian merampas emas dan wang tunai milik mangsa yang dianggarkan bernilai hampir RM50,000.

“Mangsa yang ketakutan hanya berdiam diri dan akur dengan arahan suspek.

“Suspek kemudian membawa mangsa ke kawasan tanah perkuburan Cina di Sungai Besi sebelum mengarahkan mangsa keluar dari kenderaan,” katanya.

Menurutnya, mangsa hanya kerugian emas seberat kira-kira 300 gram dan tidak cedera.

“Dia kemudian meminta bantuan orang awam sebelum membuat laporan di Balai Polis Tun HS Lee untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad mengesahkan kejadian itu dan memberitahu, siasatan lanjut sedang dilakukan bagi menjejaki suspek.-HM

6 Perkara ditakuti bila beli emas

Salam semua pembaca! ktk orang semua nang best sbb sedang membaca satu-satu nya blog Pelaburan dan Simpanan Emas dalam bahasa Sarawak tok. Satu-satu nya ka? i guess

Hasil dari perkongsian Emas kmk melalui posting dan inbox di FB dan hasil perbincangan dgn kawan-kawan dalam session TT dari Kuching, Sri Aman, Sibu, Bintulu, Miri, Kuala Belait, Bandar Sri Begawan, Limbang, Lawas, Kota Kinabalu, Kuala Lumpur etc yang kmk polah selamak tok, kmk telah mengenal pasti beberapa perkara yang menyebabkan banyak orang ‘Takut nak melabur Emas’.

1# Takut Meli Emas sebab sik paham

Yes. tok satu perkara utama yg menyelubungi banyak orang. tok perkara biasa. bukan sbb ktk sik paham ya salah ktk. sik. tapi mmg normal bah. sapa mok ngeluar duit utk benda yg nya lom paham pa pun cerita nya nak? Walaupun camya tek, sidak tetap tauk bahawa Emas tok ada bernilai dan menguntongkan. Cuma sidak sik tauk camney cara nya?

 

2# Takut Emas di simpan di curi atau ilang

Bila dah faham dan nampak kelebihan emas, timbul gik rasa takut mok nyimpan emas. bahaya kata nya. kenak tanyak kmk? “sbb emas ya mahal dan org mok ngambik” jawab nya tek. menati juak. hehe! Emas mun di simpan ktk geley-geley rah tempat sik selamat dan sik dijaga mmg org ngambik nya.

 

jgn madah Emas, helmet motosikal eh, cuba ktk engkah nya geley-geley rah bakol moto masa diat Sarawak main bol di stadium? ilang ndak? “ya helmet pok. helmet lain cerita. tok emas tok aih..” kata nya gik tek. hehe! so, mun sik mok hilang helmet, ktk pun yg bertanggungjawab jaga helmet ya. embak kan helmet ya masok stadium. mun sik pun, hantar kan helmet ya rah sidak nak mukak kaunter jaga helmet ya. sik helmet ya ilang nak?

camya juak mun ktk nyimpan emas. Emas ya tapok kan nya rah tempat yg selamat. jgn ktk sepasar-pasar besusir ngelaka madah aku meli emas sekilo marek eh. Mun emas ktk dah tahap banyak, boleh simpan di ‘safe deposite box’ yang sangat banyak di offer kemudahan nya oleh sidak bank :) dgn bayaran tahunan yg minimum sekitar RM160~RM300 (RM13~RM25 sebulan jak) utk safe deposite box, Emas ktk selamat di simpan dgn rapi :)

3# Takut rugi emas di beli mahal, lekak meli alu turun harga emas ya tek

yah.. dah paham emas.. dah tauk seney nak nyimpan, nektok takut gik nak meli sbb takut lekak meli esok alu turun rega emas. jangan bimbang. mun ktk takut utk sebab tok, normal lah ya. sbb kita dah terbiasa dgn jenis simpanan static yg bertambah jumlah nya hasil dari effort kita pun. dalam kes ya, hanya jumlah yg nait jak akan kita nampak. atas sebab ya juak rami org biasa sik main saham sbb nya takut lak duit nya abis rugi. (terkecuali utk risk taker dan out side box thinker. sidak tok jenis deraz. dgn ilmu dan pengalaman pernah gagal, sidak sik takut dan terus polah jak pa2 yg boleh menguntongkan even nya berisiko tinggi utk rugi. dari pemerhatian kmk, sidak tok mmg jenis taknikal dari segi kewangan/ekonomi).

sigek gik, sbb minded org kita banyak berkonsep ‘cepat kaya’ dan berjiwa MLM yg kelaka untong RM pulohan ribu sebulan dgn kereta mewah dan rumah besar sebagai ‘icon’ utama. Secara lansung, idelogy tok menyebabkan pada kita, sebarang penurunan adalah dianggap RUGI.. secara lansung juak telah menyebabkan kita lupak.. Harga emas dah nait lebih 500% semenjak 10tahun lepas. Even tho berlaku juak penurunan minor dalam tempoh tersebut, tapi  kita sekali lagik lupak, harga emas tahun tok sik pernah lebih murah dari harga tahun lepas :)

3 igek TAKUT yg kmk akan explain lepas tok biasa nya akan berlaku lepas 3igek takut di atas berjaya di atasi…

4# Takut bila masa EMERGENCY mok makey duit, Emas sikpat pakey mayar barang emergency ya tek

Emergency ya pun dah takut jak bunyi nya :) Apa jak hal Emergency dlm banyak minda org? biasa nya tok bukan membawa 100% maksud ada eksiden atau kecederaan. biasa nya, yg di maksudkan emergency di ctok boleh jadi,

  1. Tiba-tiba kereta rusak? mok bikik ka mok turun kerja makey Bas?
  2. Anak tiba-tiba mintak RM200 pakey mayar molah kerja krusus dan pegi lawatan Sambil belajar
  3. Tiba-tiba mok disuroh dak opis travel outstation seminggu di KL. mok bayar dikpun dolok, claim dudi.
  4. Terlibat ngan eksiden kereta dan kereta masok bengkel bebikik 3minggu. Extra cost utk turun kerja pa indah gik.

dan pelbagai lagi keperluan luar jangka especially yang berlaku di tengah bulan.. yalah emergency sebenar.. lepas ya last sekali bok lam otak kita mikey emergency berkaitan ngan kecederaan dan kita memerlukan kos perubatan. (yg ada apply Insurance/Takaful Peribadi akan lebih secure lam hal tok) :)

Selagi Emas ktk di simpan rah tangan dikpun, senang-senang jak boleh di jual balit :) Call kmk balit, jual harga buy back, kmk bank in to your account. (atau contact dealers PG seluruh Malaysia)  dan emas ya dikpun pun sangat berharga dan sgt mudah dicairkan. Even tanpa wujud nya PG sekalipun, Emas yg ktk simpan ya masih boleh di jual dan diterima pakai diseluroh dunia :)

5# Takut dapat emas bulak

Hasil pemerhatian kmk juak, rami org takut kenak bulak meli emas. kenak bulak dari segi apa? meli emas mayar harga 999.9 tapi dapat emas 950, 916,850 etc. Nasih kmk, cara terbaik utk memastikan ktk sik tertipu, sila beli Emas dgn certificated yg di sahkan oleh metal assayer yg bertauliah. Apa assayer? Assayer adalah.. Lepas ya, hati senang  sik duak tiga duak tiga :)

6# Takut bila emas dah untong alu kenak tolak untong pakey mayar Zakat

Alhamdulilah. toklah yang bagus. sbb org kita mmg anggap zakat ya adalah penting dan sik pernah diabaikan. Tapi takut RUGI duit abis mayar zakat emas yg satu mentality yg kita perlu buang jaoh2x. Sbb zakat ya dikpun nak kah satu ibadah? dan sigek sbb nya, masih rami org siktauk camney ngira zakat emas dan sebelum nya tauk cara ngira nya, dolok gik sidak assume zakat emas makan abis duit sidak :)

 

Cara ngira zakat Emas camtok, Emas akan di kenakan zakat bila nya cukup haul, simpanan lebih dari 85g yg tidak digunakan akan di zakatkan pada kadar 2.5% dari harga emas semasa.

Contoh: ktk simpan 100g emas setahun lam bentuk gold bar yg sik digunakan. so, 15g akan di zakat kan. 15g x 2.5% x harga emas semasa. boleh refer Baitulmal Sarawak –> http://www.tabung-baitulmal-sarawak.org.my/zakatemas.html

 

link: http://www.publicgoldsarawak.com/ver2/2012/03/14/perkara-yang-ditakut-orang-kita-bila-sebut-hal-emas/

Cara membeli cincin pertunangan

Ketika anda akan membuat pembelian cincin pertunangan yang unik, adalah bijaksana untuk pertama menetapkan anggaran anda, cari tahu apa gaya dia yang paling menikmati dan belajar bagaimana memilih berlian. Walaupun belum ditetapkan dalam batu, dikatakan bahawa anda boleh menggunakan sehingga dua bulan bernilai gaji anda di membeli cincin pertunangan berlian. Perlu diingat bahawa tunanganmu akan memakai cincin barunya selama sisa hidupnya. Hal ini tidak jarang bahawa pasangan akan memilih cincin pertunangan berlian kerana berlian berdiri untuk kemurnian dan kekuatan. Namun, safir, rubi dan batu berharga lain boleh membuat cincin pertunangan yang sangat khas yang unik. Melalui internet, anda boleh menemui ribuan gaya cincin perkahwinan & keuntungan mengambil peluang besar. Anda boleh mempunyai pilihan untuk membeli hanya ring mount dan desain cincin berlian sendiri atau desain cincin anda sendiri dengan batu permata pusaka keluarga anda.

Cari gaya yang sempurna untuk cincin pertunangan barunya

Jika anda ingin mengetahui apa jenis cincin pertunangan pacar anda menyukai & menghargai lebih, anda akan harus melakukan beberapa pekerjaan kajian. Jika kamu belum pernah dibahas keutamaan cincin, sebuah cara yang baik untuk mengetahui tentang miliknya adalah meminta saran kepada teman dekat dan kerabatnya. Bicarakan dengan perhiasan kegemaran pacar anda akan mengarahkan anda di ke arah yang benar. Jika pacar anda baru saja perhiasan emas kuning, sebuah cincin pertunangan dengan ciri-ciri yang sama tampaknya menjadi pilihan sempurna. Tetapi, jika ia lebih memilih perhiasan perak, emas putih atau platinum, maka akan mungkin idea yang baik untuk memberikan platinum nya, cincin emas putih yang unik.

Pengantin modern mencari tampak sederhana dan klasik juga mungkin ingin salah satu cincin yang paling popular penglibatan unik:

. Sebuah cincin berlian tunggal: Jenis cincin adalah pilihan yang baik apabila anda tidak yakin gaya. pasangan anda bahkan boleh memilih rangka ring setelahnya.

. Sebuah cincin berlian tunggal dengan hiasan: Cincin ini dicirikan oleh batu utama, biasanya berlian, dikelilingi oleh batu permata kecil seperti berlian, emerald dan rubi. Berat karat cincin meliputi berat semua batu sama sekali dan tidak hanya itu batu utama.

. Tiga batu cincin berlian: cincin Ini juga disebut cincin masa lalu-sekarang-masa depan atau trilogi cincin dan mempunyai tiga berlian dipotong bulat terang mewakili masa lalu, masa kini dan masa depan kerjasama anda.

Anda juga boleh membeli cincin perkahwinan untuk memadankan cincin pasangan anda. Menekankan jumlah tidak terbatas dari kombinasi dari batu dan gaya, bridal set biasanya termasuk band perkahwinan dan cincin pertunangan. Jika tunangan lebih memilih perhiasan antik, anda mungkin berfikir mengenai sebuah cincin klasik dan masing-masing perkahwinan its band sebagai kombinasi yang tepat.

Memilih berlian yang anda cintai

Ketika anda membeli cincin berlian, memikirkan high lebih memilih saiz & memilih pilihan yang paling indah cincin pertunangan unik yang anda mampu. Industri perhiasan menggunakan 4 Cs untuk menilai setiap high berlian ini: Cut, karat, kejernihan dan warna.

Perhatikan bentuk dipotong dan berlian

berpotongan A Diamond menentukan seberapa baik berlian memantulkan cahaya untuk mempamerkan semua kecerahan. Sebuah laporan standard penilaian menggambarkan dipotong oleh bentuk berlian & pola lokasi, alias gaya pemotongan. Bentuk berbeza daripada pusingan tradisional ke hati, pir, zamrud & lain. Pilih bentuk yang menekankan selera orang tersebut.

Memilih berat berlian karat

Diamond saiz diukur dengan karat berat. Harga pergi manakala meningkatkan karat berat. Dengan memilih berat berlian sedikit lebih ringan, mengatakan sampai dengan 0.05 kurang, anda boleh menyimpan wang yang signifikan dan masih mampu memberikan isteri masa depan anda sebuah batu yang menakjubkan.

Carilah kejelasan Diamond

Majoriti berlian mempunyai cacat kecil bernama Inclusions yang sering diperhatikan dengan mata kasar. Vendor sering menggambarkan kejernihan berlian menggunakan skala penilaian standard industri daripada “sempurna” (FI) ke “sempurna, cacat terlihat dengan mata telanjang” (I1, I2, I3).

Tentukan apa warna berlian yang anda inginkan

Walaupun berlian yang paling sering pada pandangan sederhana putih, mereka semua mempunyai gelaran tertentu jejak kuning. berlian tak berwarna A, E, F & umumnya lebih berharga daripada hampir berlian tak berwarna (skala G, H & J). Tetapi “gelap berlian”, alias Z + berlian kadang-kadang boleh kos lebih dari berlian berwarna karat berat yang sama. berlian berwarna yang popular di kalangan selebriti yang suka memakai jenis cincin. Mereka datang dalam pelbagai warna yang cukup besar, termasuk dalam kuning, merah muda, hijau, warna biru & hitam.

Elakkan konflik berlian

Konflik berlian, berlian dijual untuk menunjang perang, berasal terutama dari Angola, Sierra Leone dan Republik Demokratik Congo. Mungkin hal ini harus peduli kepada anda dan jika hal ini anda mungkin ingin meminta perhiasan anda untuk mengesahkan asal / nya berlian, cara ini, anda mengelakkan membeli berlian konflik.

Mesin automatik membeli emas

LONDON – Sebuah mesin automatik di sebuah pusat beli-belah Westfield, di barat London menjual kepingan emas, lapor sebuah akhbar semalam.

Sebuah komputer di dalam mesin itu akan mengemas kini harga emas setiap 10 minit berdasarkan harga di pasaran dunia.

Para pembeli boleh memilih wang syiling emas seberat satu gram berharga £40 (RM192.97) atau kepingan emas seberat 250 gram yang berharga £10,250 (RM49,445) dengan menggunakan mesin tersebut.

Mesin itu juga mengeluarkan kepingan emas kecil seberat 2.5 gram dengan harga £100 (RM482.46)

Kepingan emas paling kecil yang dijual di mesin itu ialah satu gram.

Tidak ada pengawal keselamatan yang mengawasi mesin automatik itu namun ia diperkukuhkan dengan besi dan dilengkapi sistem penggera keselamatan.

Kedai emas semakin lengang

KOTA BHARU – Kenaikan harga emas menyebabkan para peniaga emas di sini berdepan dengan keperitan ekoran jumlah pelanggan semakin berkurangan sejak awal tahun ini.

Tinjauan Kosmo! petang semalam mendapati kebanyakan kedai emas yang beroperasi di bandar ini lengang dan kurang dikunjungi pelanggan.

Seorang penjual emas, Normalina Ahmad, 38, memberitahu, keadaan kini sangat jauh berbeza berbanding 10 tahun lalu apabila kedai emas menjadi tumpuan ramai.

“Satu ketika dulu, 20 pelanggan datang membeli barang kemas setiap hari. Sekarang ini cuma tiga hingga empat pelanggan sehari dan kami lebih banyak duduk termenung di kedai.

“Ia bukan sahaja kerana harga emas naik, tapi juga disebabkan kaum wanita takut memakai barang kemas kerana bimbang diragut,” katanya di sini semalam.

Kosmo! semalam melaporkan harga emas diramal melambung tinggi dan bakal mencecah harga RM4,840 satu auns (28.3 gram) pada tahun ini.

Harga emas naik secara berterusan sejak 2001 dan mencapai paras tertinggi iaitu RM4,472.23 satu auns pada Januari lalu gara-gara kebimbangan pelabur terhadap kadar inflasi kejatuhan nilai dolar serta kekacauan di Asia Barat.

Seorang lagi peniaga kedai emas, Nani Ali, 36, berkata, walaupun harga emas naik namun ia tidak memberi keuntungan kepada peniaga komoditi itu.

“Apabila harga naik, orang tak mahu datang beli. Kebanyakan peniaga emas pening kepala dan kalau keadaan ini berterusan, mungkin ada yang terpaksa tutup kedai,” katanya.

Pelaburan Emas Linda Rafar

PELAKON dan kini ahli perniagaan, Azlinda Rafar, 33, pada mulanya tidak faham mengapa sesetengah orang menyimpan emas sebagai pelaburan masa hadapan. Baginya, pelaburan yang menguntungkan adalah dengan membeli rumah dan menjalankan perniagaan yang dapat memberikan pulangan wang yang banyak.

Bagaimanapun keadaan itu berubah apabila dia mula diperkenalkan dengan pelaburan emas melalui abang iparnya yang merupakan pembekal emas. Melalui syarikat Serambi Emas, dia yang mudah dikenali dengan panggilan Linda akhirnya terjebak dengan perniagaan berasaskan emas dan mengakui ia merupakan pelaburan yang menguntungkan.

“Daripada seorang yang tidak faham mengenai emas, kini saya dan seluruh ahli keluarga terbabit dengan perniagaan dan pelaburan emas secara aktif.

“Sekiranya saya mendapat pendedahan lebih awal mengenai emas, mungkin saya telah menceburi bidang ini lebih awal,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Shah Alam baru-baru ini.

Harga sentiasa naik

Menurut Linda, dia memilih emas kerana selain mudah untuk disimpan, dia tidak perlu bimbang dengan kejatuhan harganya. Harga emas sentiasa naik dari tahun ke tahun dan boleh digadaikan pada bila-bila masa sahaja.

“Walaupun harga emas kadangkala turun naik, tetapi jika dilihat dengan lebih teliti, harganya tetap akan naik dari tahun ke tahun. Pemilik emas pula boleh menjual emas mereka pada bila-bila masa sahaja sekiranya memerlukan wang dengan segera.

“Ia ibarat simpanan dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB). Setiap tahun ada keuntungan dan pemiliknya tidak akan menanggung kerugian selagi melabur. Tetapi emas lebih mudah diuruskan,” katanya.

Menceritakan perkembangan perniagaan emasnya, Linda memberitahu, selain ahli keluarga, di bawah agensinya dia mempunyai lebih 30 orang ejen yang bergerak secara aktif.

“Perniagaan emas adalah fokus Linda dan keluarga Linda ketika ini. Bagaimanapun, perniagaan spa dan produk penjagaan kulit kami masih berjalan seperti biasa,” katanya.

Linda memberitahu, melalui Serambi Emas, orang ramai boleh membeli sama ada kepingan emas seberat 100 gram, 500 gram dan sekilogram yang berharga RM160 satu gram (mengikut harga semasa).

“Kepingan-kepingan emas ini dibeli di Indonesia dan Switzerland dan dihasilkan oleh pengeluar yang memiliki reputasi dalam penghasilan jongkong emas 999.9.

“Saiz yang disediakan adalah bagi memenuhi kemampuan pelanggan dan dijual melalui sistem ar-Rahnu,” katanya.

Mengulas lanjut, pelanggan hanya perlu membayar sebanyak 35 peratus daripada nilai emas dan bakinya akan dibiaya oleh ar-Rahnu.

“Pelanggan hanya perlu membayar secara ansuran kepada ar-Rahnu sehingga selesai dan selepas itu ia akan menjadi hak milik mutlak pelanggan,” katanya.

Setiap pelanggan yang memperkenalkan pelanggan baharu akan mendapat RM500 pada setiap pembelian.

“Sehubungan itu, mereka yang terlibat dengan perniagaan dan pelaburan emas dengan Serambi Emas pada masa sama dapat menjana pendapatan sampingan atau membayar upah simpan dan bayaran ansuran emas di ar-Rahnu sehingga pembayaran mereka selesai,” katanya.

Aura penyeri

Dalam pada itu, Linda mengakui kehidupannya berubah sejak terbabit dengan Serambi Emas. Selain sibuk mempromosikan emas di Facebook dan kepada rakan-rakan artis, dia juga mula memakai emas sebagai perhiasan selepas mengetahui kebaikannya.

“Emas mempunyai aura semula jadi sebagai penyeri wanita. Tetapi saya tidak memakai emas dengan banyak, cukuplah sebagai perhiasan secara ringkas.

“Selain menjual kepingan emas, saya sendiri menyimpan beberapa kepingan emas yang akan saya gunakan untuk promosi kepada rakan-rakan saya di mana-mana sahaja,” katanya.

Serambi Emas juga akan mengeluarkan emas seberat 50 gram pada masa akan datang untuk memenuhi permintaan pelanggan.