MELAKA : Seorang pekerja kedai emas bertindak nekad apabila menyimbah asid ke atas seorang daripada empat penjenayah bersenjata yang merompak premis berkenaan di Taman Seri Duyong Seksyen 2, di sini, kira-kira 11.30 pagi ini.
KIRA VALUE EMAS KALKULATOR EMAS, AR-RAHNU, PAJAK GADAI
Kira DisiniTindakan berani pekerja itu mengakibatkan seorang daripada penjenayah itu cedera manakala seorang lagi melepaskan tembakan sebelum keempat-empat mereka melarikan diri dengan menaiki dua motosikal jenis Yamaha LC.
Difahamkan, dalam kejadian itu, empat penjenayah berkenaan hanya mengambil kira-kira lima minit untuk merompak sejumlah barangan kemas yang dipamerkan sebelum melarikan diri.
SIMPLE GOLD TESTING KIT USING ACID TEST TO CHECK GOLD PURITY
Uji Emas AndaKetua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, ketika kejadian terdapat dua pelanggan wanita di premis berkenaan selain pekerja kedai terbabit.
“Keempat-empat suspek dianggarkan berusia bawah 30-an memakai topi keledar berpenutup penuh masuk ke premis ini dengan membawa empat tukul besi dan satu senjata api.”Mereka mengarahkan pelanggan keluar dari premis itu sebelum memecahkan cermin pameran dan menggeledah barang kemas di dalamnya,” katanya ketika ditemui di lokasi, di sini, semalam.
Menurutnya, pada masa sama seorang pekerja kedai itu menyimbah asid yang digunakan untuk mencuci barang kemas ke atas seorang daripada suspek. – Metro