KUALA LUMPUR (Bernama) — Persatuan Saudagar Emas dan Permata Malaysia akan mengadakan siri jelajah dan mengendalikan seminar sebagai usaha untuk mendidik pelabur berpotensi di bandar-bandar kecil dalam perdagangan niaga hadapan emas.
KIRA VALUE EMAS KALKULATOR EMAS, AR-RAHNU, PAJAK GADAI
Kira DisiniPresidennya Datuk Ng Yih Pyng berkata minat terhadap perdagangan niaga hadapan emas dalam kalangan pelabur awam adalah tinggi tetapi “masih suatu yang baharu kepada mereka di luar bandar-bandar. ”
“Terdapat ramai orang di luar sana, orang-orang yang sangat berminat dalam dagangan niaga hadapan emas (di Bursa Malaysia) tetapi sudah tentu, mereka tidak biasa dengan perdagangan jenis ini,” katanya kepada Bernama di luar acara majlis pelancaran kontrak hadapan emas Bursa Malaysia Derivatif pada Khamis.
SIMPLE GOLD TESTING KIT USING ACID TEST TO CHECK GOLD PURITY
Uji Emas AndaNg berkata orang ramai biasa dengan perdagangan emas fizikal tetapi tidak biasa dengan perdagangan di atas kertas.
Pasaran niaga hadapan emas, kontrak niaga hadapan emas bersaiz kecil dalam mata wang ringgit adalah kontrak penyelesaian tunai, tanpa emas fizikal.
“Kami sudah memulakan siri jelajah penerangan untuk menarik mereka berdagang emas melalui kontrak niaga hadapan. Mendidik orang ramai termasuk anggota kami tentang kontrak ini dan memastikan mereka memahami tentang perdagangan tersebut akan mengambil masa,” katanya.
Persatuan itu juga akan mengadakan seminar untuk anggotanya yang seramai 1,600 mengenai tawaran baharu oleh pengendali bursa saham tempatan itu, kata Ng.
Beliau berkata pengenalan kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif merupakan langkah yang positif untuk industri.
Beliau berkata ia akan membolehkan peserta pasaran melindung nilai pegangan emas mereka terutamanya dalam pasaran yang tidak menentu.
“Ia juga memperkenalkan platform tambahan dan dikawal selia dengan baik untuk pelabur mempunyai pegangan dalam emas,” katanya.
Kontrak niaga hadapan logam berharga yang pertama di Malaysia itu akan memulakan perdagangan di Bursa Malaysia pada 7 Okt ini.
Kontrak dalam denominasi ringgit itu akan didagangkan dalam saiz kontrak kecil 100 gram, membolehkan pelabur berdagang dalam kuantiti yang kecil dengan itu mampu untuk dilabur.
Denominasi ringgit akan meminimumkan risiko yang dikaitkan dengan keadaan turun naik mata wang asing, dengan itu menyediakan kemudahan dan fleksibiliti untuk berdagang emas di Bursa Malaysia.
— BERNAMA