Pencarian harta karun Pulau Nangka dihentikan

NSTPHARTA karun peninggalan Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka dipercayai terdapat di sekitar Pulau Nangka. – Foto Rasul Azli Samad

MELAKA: Sejak kebelakangan ini, nama Pulau Nangka tiba-tiba menjadi popular dan sebutan ramai. Tiada siapa menyangka, pulau yang dinamakan berdasarkan bentuk fizikalnya seperti buah nangka itu ada satu rahsia besar.

KIRA VALUE EMAS KALKULATOR EMAS, AR-RAHNU, PAJAK GADAI
Kira Disini

Pulau kecil tidak berpenghuni dengan keluasan kira-kira 20 hektar, terletak kira-kira 17 kilometer dari kawasan pantai serta empat kilometer dari Pulau Besar, berhampiran Umbai dikatakan menyimpan 1,001 rahsia tersendiri yang belum terungkai sehingga kini.

Rahsia berkenaan adalah harta karun dipercayai milik sultan terakhir Melaka, Sultan Mahmud Shah yang dikatakan ditanam di pulau itu dengan nilainya dianggarkan berbilion ringgit.

SIMPLE GOLD TESTING KIT USING ACID TEST TO CHECK GOLD PURITY
Uji Emas Anda

Mengikut sejarah, Sultan Mahmud dikatakan menanam sebahagian hartanya berupa wang emas, pakaian dan jongkong di pulau itu ketika penjajahan Portugis pada tahun 1511, manakala sebahagian lagi dibawanya bersama.

Pulau Nangka diwartakan sebagai milik Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) pada tahun 1997 dikelilingi kira-kira 10 pulau kecil yang tidak dihuni, kecuali Pulau Besar dan Pulau Undan.

Di tengah Pulau Nangka ini pula terdapat sebuah bukit dengan ketinggian sekitar kira-kira 50 meter dari paras laut, manakala di puncak bukit itu pula terdapat banyak tumbuhan renek, pokok besar, makam lama dan pelbagai lagi tinggalan sejarah.

Terdapat juga makam pahlawan di sekitar lereng bukit itu yang menghadap ke arah laut. Namun, tidak dapat dipastikan makam siapa ia sebenarnya.

Namun, pendedahan media sejak tahun lalu mengenai pencarian harta karun menarik lebih perhatian apabila kerajaan Melaka melantik sebuah syarikat, Smart Partnership International Sdn Bhd bagi mengkaji dan mengeluarkan harta dipercayai masih tertanam di pulau itu.

Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron sendiri mendedahkan usaha mencari harta karun itu sebenarnya sudah bermula secara senyap sejak kira-kira 30 tahun lalu.

“Emas yang ada di situ bukan berbentuk jongkong, tetapi berbentuk seperti timun. Sebelum ini, ada individu yang sudah berjaya menembusi tempat itu. Tapi, apabila mereka pegang emas untuk bawa keluar, kaki mereka tidak boleh melangkah. Apabila diletakkan kembali emas itu, barulah mereka boleh melangkah semula,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Besar PERZIM, Datuk Khamis Abas, mengulas perkembangan terkini berkata, segala kerja pencarian harta karun kini sudah dihentikan.

NSTP

Katanya, ia berikutan kegagalan sebuah syarikat mematuhi syarat yang ditetapkan apabila merosakkan alam sekitar pulau berkenaan.

“Setakat ini, hanya dua syiling lama saja yang berjaya ditemui sepanjang kerja pencarian harta karun di pulau ini,” katanya kepada BH.

Dua syiling berkenaan ditemui oleh syarikat Smart Partnership pada April tahun lalu ketika melakukan kerja penggalian di lokasi dipercayai laluan ke pintu masuk tempat harta itu ditemui.

NSTPPENGURUS Besar, Perbadanan Muzium Melaka, Datuk Khamis Abas menunjukkan duit syiling yang dijumpai semasa pencarian harta karun di Pulau Nangka pada April tahun lalu. – Foto Rasul Azli Samad

Syiling itu dikatakan dibuat oleh kerajaan Majapahit berdasarkan tulisan yang tertera di atasnya. Melalui teknik imbasan yang dilakukan oleh syarikat berkenaan, sebanyak 96 peti besi dikesan mengandungi pelbagai syiling emas berada dalam satu ruang kosong di bawah lubang di kawasan tempat syiling itu ditemui.

Seorang penduduk tempatan, Yaakop Husin, 75, berkata beliau tidak pernah mendengar mengenai kewujudan harta karun di pulau Nangka sejak kecil.

Katanya, beliau kurang percaya dengan dakwaan mengenai harta karun itu kerana jika tidak sudah tentu ramai masyarakat di sekitar Umbai dan Serkam mengetahuinya lebih awal.

“Pulau ini sudah tentu menjadi rata sekarang jika benar ada harta karun di dalamnya, tetapi sehingga kini tiada sesiapa yang pernah menjumpainya,” kata pesara kakitangan kerajaan itu lagi.

NSTPKERJA menebuk bahagian bongkah batu oleh syarikat Smart Partnership International (M) Sdn Bhd di Pulau Nangka. – Foto Rasul Azli Samad

INFO:
Teori harta karun yang ditanam di Pulau Nangka

* Ia dikatakan sebahagian daripada kekayaan yang disimpan oleh sultan terakhir Melaka, Sultan Mahmud Shah.

* Sultan Mahmud dikatakan membawa sebahagian besar jongkong emas daripada dirampas Portugis yang menakluk Melaka pada tahun 1511.

* Buku sejarah mengatakan Sultan Mahmud cuba menawan semula Melaka tetapi tidak berjaya beberapa kali, mungkin kerana kekayaan yang masih ditinggalkan baginda.

* Menurut pakar sejarah Portugis pada abad ke-16, Portugis Fernao Lopes de Castanheda, tentera yang menawan Melaka tidak dapat mencari kekayaan Sultan.

* Apa yang dicari adalah emas dalam bentuk jongkong, sutera, lakuer dan porselin.

* Pulau Nangka terletak kira-kira empat kilometer dari pulau utama Melaka, iaitu Pulau Besar, destinasi tarikan pelancong yang popular.

* Pulau berbatu berkeluasan kira-kira 20 hektar itu mempunyai pantai berpasir begitu luas dengan air jernih yang mengelilinginya.

* Terumbu karang berdekatan pulau berkenaan turut menarik perhatian menarik penyelam.

www.bhplus.com.my

_________________________________________________________________________________________

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

_________________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________________
perlukan TUNAI dengan segera . tukarkan EMAS anda kepada TUNAI 
sedia membeli emas terpakai dengan harga yang tinggi. sedia membeli segala jenis emas 999.9, 999, 916, 875, 835, paun, 750, pandora 916, emas lama, emas patah, bengkok, surat pajak dan lain-lain lagi.
asalkan emas tulen. COD cheras / ke tempat anda.

whatsapp/sms/call 013-9720910 @ 017-8855788 Acikx Hargaemas + facebook 
_________________________________________________________________________________________

BELAJAR CARA KIRA HARGA EMAS DAN SENARAI SUPPLIER KILANG
Learn More

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes:

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>