KUALA LUMPUR, Feb (Bernama) — Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif dijangka diniagakan tinggi minggu depan hasil sokongan momentum belian.
Peniaga Phillip Futures Sdn Bhd Ong Su Ling memberitahu Bernama, harga emas diunjur meningkat ketika dolar Amerika Syarikat (AS) lemah berikutan data AS yang mengecewakan. Bagaimanapun, belian kukuh daripada China menjelang cuti sambutan Tahun Baru Cina, boleh memberikan sokongan jangka pendek terhadap harga emas.
“Pelabur akan turut memantau nasib Greece ketika rundingan diteruskan pada Isnin mengenai hutangnya selain mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) pada Khamis,” katanya.
Bagi perbandingan Jumaat ke Jumaat, kontrak Februari 2015 susut 75 mata kepada RM140.35 segram manakala Mac 2015 dan April 2015 masing-masing merosot 69 mata kepada RM141.05 segram dan RM141.50 segram.
Mei 2015 susut 81 mata kepada RM141.50 segram.
Jumlah dagangan bagi minggu ini meningkat kepada 861 lot bernilai RM12.29 juta daripada 522 lot bernilai RM7.55 juta, minggu lepas.
Kepentingan terbuka pada Jumaat meningkat kepada 3,256 kontrak berbanding 2,952 kontrak minggu lepas.
— BERNAMA
_________________________________________________________________________________________
“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”
_________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________________
perlukan TUNAI dengan segera . tukarkan EMAS anda kepada TUNAI
sedia membeli emas terpakai dengan harga yang tinggi. sedia membeli segala jenis emas 999.9, 999, 916, 875, 835, paun, 750, pandora 916, emas lama, emas patah, bengkok, tebus surat pajak dan lain-lain lagi.
asalkan emas tulen. COD cheras / ke tempat anda.
whatsapp/sms/call 013-9720910 Acikx Hargaemas
_________________________________________________________________________________________