KIRA VALUE EMAS KALKULATOR EMAS, AR-RAHNU, PAJAK GADAI
Kira DisiniMengapa emas boleh menarik kekayaan ? Setiap benda adalah energi. Dan setiap energi mempunyai frekuensi tarikan tersendiri.
Anda biasa dengar pepatah bergaul dengan orang miskin, kita jadi miskin…bergaul dengan emas kita jadi kaya. Mengapa begitu ? Sebab level energiorang kaya ia banyak menarik energi positif…
SIMPLE GOLD TESTING KIT USING ACID TEST TO CHECK GOLD PURITY
Uji Emas AndaLevel energi orang miskin menarik banyak energi negatif. Selalu mengeluh masalah, complain, memberi pandangan negatif, putus asa, putus harapan…benda-benda itu yang akan menarik energi negatif.
Orang Kaya pula, mereka sentiasa berfikiran positif dan berfikiran dia boleh. Setiap masalah yang dilihatnya adalah satu peluang. Jika dia kaya dia tetap menganggap kekayaan itu semua milik Allah. Yang mana eksyen biasanya kaya sekejap.
Jadi emas juga mempunyai tarikan energi kekayaan yang kuat. Bermakna siapa bergaul dengan emas, kekayaan dia semakin bertambah. Mengapa boleh jadi begitu ?
Sebab orang yang mempunyai emas membayar zakat emas. Yang tak bayar zakat emas pun nanti emasnya tak kekal lama dengan dia. Jadi janganlah teragak-agak untuk bayar zakat.
Setiap perintah Allah itu ada keistimewaan dan kebaikan untuk hambanya. Berzakat sebenarnya untuk membersihkan harta dan bila harta bersih, harta lain akan datang.
Baik orang Islam atau bukan Islam, zakat dan charity akan menarik kekayaan. Anda pernah datang ke rumah orang-orang kaya ? Lihat perhiasan dalam rumahnya.
Banyak perhiasan yan diperbuat daripada salutan warna emas atau emas betul. Pinggan mangkuk di tepi-tepinya corak emas. Sudu garpu emas. Warna dinding pun emas. Almari, karpet emas.
Warna emas juga melambangkan kekayaan. Sebab itu pantang jika makan jangan pakai pinggan plastik sebab energi dari pinggan plastik akan dimasukkan ke dalam tubuh badan.
Tapi nak buat macamana, kalau kita selalu makan di luar terutama di kedai mamak. Takkan nak bawa pinggan emas kita.
Ini hanyalah konsep kekayaan emas. Jika kita mampu buat kita buat. Kalau tak buat pun bukannya kita boleh jadi teruk.