KUALA LUMPUR 24 April 2013 – Sekarang adalah masa yang sesuai untuk semua pihak membeli emas dengan harga yang masih rendah selepas kejatuhan terbesarnya pada 15 April, kata pengerusi eksekutif kumpulan Public Gold Datuk Louis Ng.
KIRA VALUE EMAS KALKULATOR EMAS, AR-RAHNU, PAJAK GADAI
Kira Disini“Sekarang dengan harga yang merudum, ia menjadikan emas lebih mampu milik untuk semua, terutamanya pembeli baharu, yang mahu menyimpan emas untuk perlindungan harta,” katanya dalam satu kenyataan.
Pada 15 April, harga emas susut US$140 kepada US$1,395 satu auns, satu kejatuhan terbesar semenjak 1993, mengejutkan ramai pelabur veteran.
SIMPLE GOLD TESTING KIT USING ACID TEST TO CHECK GOLD PURITY
Uji Emas AndaSemenjak itu, harga telah memulih sedikit, dan semalam ia ditutup pada US$1,408 satu auns, susut US$16.50.
Permintaan untuk emas telah meningkat kukuh semenjak 2000, dengan kebanyakan daripadanya berikutan negara-negara membangun menggunakan kekayaan baharu mereka untuk memenuhkan rizab mereka dengan emas.
Pada masa sekarang, adalah dinasihatkan rakyat Malaysia untuk membeli emas sebagai simpanan masa depan sebelum harga meningkat semula, kata kenyataan itu. – Bernama
Panji Aman says:
secara jujurnya > pembelian emas ,selamat jika kamu beli pada harga Rm 3800
>> Rm 3885 >> kamu nanti aja harga emas akan menjunan turun … so jgn terlalu yakin harga emas akan melonjak naik dgn bagitu cepat …. tq